<?xml version="1.0" encoding="utf-8" ?><Search><Pages Count="1040"><Page Number="1"></Page><Page Number="2">sastera kebangsaan</Page><Page Number="3">kumpulan esei jubli emas dbp sastera kebangsaan penyelenggara hamzah hamdani dewan bahasa dan pustaka kuala lumpur 2006</Page><Page Number="4">cetakan pertama 2006 para penulis dan dewan bahasa dan pustaka 2006 hak cipta terpelihara. tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ba- hagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada ketua pengarah, dewan bahasa dan pustaka, peti surat 10803, 50926 kuala lumpur, malaysia. perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. perpustakaan negara malaysia•data pengkatalogari-dalam- penerbitan sastera kebangsaan: isu dan cabaran / penyelenggara hamzah hamdani. mengandungi indeks isbn 983-62-9238-1 1. malay literature--history and criticism. i. hamzah hamdani, 1953-. 899.2309 dicetak oleh dawama sdn. bhd. kompleks dawama lot 1037, jalan au3/1 54200 ampang/hulu kelang selangor darul ehsan</Page><Page Number="5">kandungan pengenalan• xi ii a. aziz deraman• 1 bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 a.f. yassin• 22 abdullah sidek novelis yang jarang diperkatakan a. rahim abdullah• 30 karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan v</Page><Page Number="6">kandlingan a. rahman yusof• 52 realisme dan metafiction dalam cerpen-cerpen anwar ridhwan a. samad ahmad• 62 sulalatus salatin (prolog) a. wahab hamzah• 77 sastera di dunia teknologi maklumat abang patdeli abang muhi• 84 (politik) persatuan penulis di sarawak abdul ahmad• 93 permasalahan dalam kaedah genetik abdullah hussain• 102 penulis dan cabarannya ahmad kamal abdullah• 120 generasi '80 dengan puisi-puisi "resah"nya ainon mohd.• 134 konflik-konflik dasar dalam terjemahan sastera ali haji ahmad• 139 puisi baharu melayu 1942-1960 anis sabirin• 157 puisi melayu moden anwar ridhwan• 171 buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik dalam penilaian sastera awang sariyan• 184 penerapan tatabahasa dalam karya kreatif vi</Page><Page Number="7">kandungan ayob yamin• 195 pengembangan menghadapi tahun 2000 baha zain• 206 penyair, puisi dan kemanusiaan: menterjemah kasih sayang tuhan dinsman• 216 "meriam berpesawat" skrip drama melayu baru: lahir pada 1 april 1897 firdaus abdullah• 233 yang tegang berjela-jela dan kendur berdenting-denting hajijah jais• 239 citra wanita berbilang kaum dalam cerpen penulis sarawak 1990-2000 hamdan yahya• 260 percintaan dan kisah rumah tangga: tema novel- novel melayu malaysia dan inggeris filipina tahun-tahun 1920-an dan 1930-an hamzah hamdani• 283 sasterawan islam hasni abas• 296 patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya hassan ahmad• 310 sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi hazami jahari• 331 perkembangan novel sepanjang 25 tahun (1977-2002) vii</Page><Page Number="8">kandungan idros samsudin• 349 pengukuhan bahasa melalui persatuan-persatuan bahasa melayu ismail abbas• 355 persuratan melayu menjana, mengembang pembinaan tamadun bumiputera sabah ismail dahaman• 372 citrawirama tiang seri tegak berlima: siti muhsinat lambang rukun hidup jaafar abdul rahim• 385 isu-isu pemikiran sastera dekad 1980-an jaafar haji hamdan• 399 sastera sarawak perlu perubahan? jamilah haji ahmad• 405 istana dalam perkembangan budaya nusantara jaraiee sawal• 415 ketandusan akhbar melayu di sarawak: salah siapa? jiso rutan• 436 perkembangan penulisan cerpen di sarawak (satu gambaran dan tanggapan umum) johan jaaffar• 465 teater kita: maruahnya di mana, hasilnya bagaimana? jumaat dato' haji mohd. noor• 477 dari pbmpb hingga dbp: renungan terhadap sejarah perkembangan organisasi bahasa dan'sastera melayu viii</Page><Page Number="9">kandungan kamaludin muhammad• 515 kesusasteraan dan masyarakat umum kassim ahmad• 526 pengarang kita hari ini dan masalah-masalahnya m. noor azam• 533 masalah perwatakan dalam kesusasteraan kita matlin dullah• 537 laut sebuah ayunan: keakraban penyair terhadap alam dan nelayan mohamad daud mohamad• 546 penyair dan kepenyairan: keghairahan generasi kini mohamad shahidan• 553 daripada etos kepada moralisasi: pantun sebagai pancarannya mohammad dris• 565 perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak: satu pendekatan dari sudut sejarah mohd. hanafi ibrahim• 598 kecenderungan penulis muda dalam cereka mohd. thani ahmad• 613 rasialisme dalam kesusasteraan melayu muhamad ikhram fadhly hussin• 627 bahasa dan sastera melayu: kelestariannya di bahu penulis muda norza• 636 sejarah perkembangan dewan sastera 1971-2000 ix</Page><Page Number="10">kand ungan ramli isin• 647 kritikan sastera kini: antara dilema dan kemungkinan rogayah a. hamid• 659 analisis dan perbandingan hikayat upu daeng menambun rohani rustam dan raja masittah raja ariffin•689 wanita malaysia dan pembacaan karya sastera melayu: satu tinjauan awal s. jaafar husin• 696 kesusasteraan dan sejarah: satu pendekatan safian hussain• 709 novel-novel 70-an dan hubungannya dengan kegiatan berkarya sebelumnya saifullizan yahaya• 728 bahasa melayu, generasi pengarang m uda dan peranannya saleh daud• 737 membaca: apakah yang harus dibaca suatu catatan pengalaman sarah sadon• 743 tipa induk menggerakan al-isra' shamsuddin jaafar• 759 sekepal tanah: menyorot peranan tradisi dan keagamaan di dalamnya siti aisah murad• 766 wanita di tangan arena wati x</Page><Page Number="11">kandungan suhaimi haji muhammad• 775 puisi mistik hakikat batin yang indah sutung umar rs• 782 penyair malaysia menghadapi dekad 90-an syed nasir ismail• 790 penulis adalah pembentuk dan pemimpin zamannya talib samat• 804 syed alwi syed syeikh al-hadi: pelopor drama berunsur islam di tanah melayu ungku a. aziz• 838 peranan universiti dalam pembangunan kebudayaan nasional usman awang• 853 peranan intelektual wan yusof hassan• 861 pantun melayu: manifestasi keceriaan dan kepupusan yahaya ismail• 876 tugas pengkritik dalam sastera melayu moden zaen kasturi• 885 petunjuk normatif dalam kota kaca zahrah ibrahim• 892 penglibatan penulis bukan melayu dalam puisi melayu zainal abidin bakar• 899 takrif "kerana" dan "untuk" dalam sastera islam zaini oje @ ozea• 905 penglibatan berbilang kaum di sarawak dalam pengkaryaan drama: apakah maknanya? xi</Page><Page Number="12">kandungan zaiton ajamain dan mariam omar• 912 citra wanita dalam cerpen penulis wanita sabah masa kini zakaria arijfin• 933 perkembangan drama melayu moden malaysia zalila sharif• 952 hikayat muhammad hanafiyyah: semangat dan strategi peperangan biodata penulis• 963 indeks• 987</Page><Page Number="13">pengenalan • • • merayakan jubli emas, ia-itu ulang tahun ke-50, bagi sesebuah organisasi adalah detik yang amat bermakna. perjalanan 50 tahun bagi sesebuah organisasi adalah perjalanan meniti detik-detik yang penuh cabaran dan perjuangan; ada manis dan pahitnya. dalam konteks dewan bahasa dan pustaka (dbp), tarikh 22 jun 2006 cukup bermakna. pada 22 jun 1956 ia ditubuhkan sebagai satu bahagian kecil di kementerian pelajaran atas nama balai pustaka, mencontohi institusi balai pustaka yang terkenal di indonesia. hasil daripada kongres bahasa dan persuratan melayu ketiga di singapura dan johor bahru pada 16-21 september 1956, kerajaan bersetuju dengan satu daripada ca- xiii •</Page><Page Number="14">pengenalan dangan kongres, menukar nama balai pustaka kepada dewan bahasa dan pustaka. seperti yang dicadangkan oleh kongres, pada tahun 1959, dbp dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun di bawah ordinan dewan bahasa dan pustaka. dalam tempoh waktu lima dekad, dbp telah melalui perkembangan yang pesat dari segi fizikal dan struktur dalamannya. pada tahun 1956, pejabat awalnya ialah di ba-ngunan kerajaan bukit timbalan johor bahru. apabila persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dbp berpindah pejabat ke bangunan bekas wad sebuah hospital di jalan young, kuala lumpur. mulai 31 januari 1962, dbp berpindah ke bangunannya sendiri di jalan lapangan terbang lama, kuala lumpur. mulai september 2002, dbp berpindah ke bangunan setinggi 33 tingkat di jalan dewan bahasa, yang dinamakan menara dbp, dan menjadi salah satu mercu tanda bandar raya kuala lumpur. sesuai dengan keperluan serta perkembangan zaman, dbp menubuhkan pejabatnya di sabah dan sarawak pada tahun 1977, iaitu dbp cawangan sabah di kota kinabalu, sabah, dan dbp cawangan sarawak di kuching, sarawak. pada penghujung abad 20, dbp mendirikan pejabat-pejabat wilayah di semenanjung iaitu dbp wilayah utara (bukit mertajam, pulau pinang, 1999), dbp wilayah timur (kota bharu, kelantan, 1999) dan dbp w ilayah selatan (johor bahru, johor, 2000). di samping pengembangan pejabat operasinya ke cawangan dan wilayah, pada tahun 2002 berlaku perubahan struktur pentadbirannya. beberapa bahagian dan unitnya diswastakan seperti unit reka bentuk, unit pracetak, bahagian percetakan, dan bahagian perniagaan dan pemasaran. tujuan utamanya adalah untuk memberikan tumpuan kepada fungsi pengembangan bahasa, sastera dan penerbitan. sebagai organisasi yang lahir daripada perjuangan rakyat untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam sebuah negara merdeka yang berdaulat, hayat perjalanannya didukung oleh karyawan yang dedikasi dalam perjuangan bahasa, sastera dan penerbit- xiv</Page><Page Number="15">pengenalan an. selama 50 tahun, dbp telah digerakkan oleh tokoh-tokoh pemikir bangsa silih berganti. kekuatan organisasi bukan sahaja kerana perancangan dan pelaksanaan rancangan-rancangannya yang menepati sasaran, yang tidak kurang pen-tingnya ialah adanya tokoh-tokoh yang menjadi karyawan. mereka telah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan fungsi organisasi mencapai matlamatnya. sebagai usaha menghargai pemikiran karyawan dbp selama 50 tahun, buku ini memuatkan 71 esei kritik karangan mereka sebagai tanda ingatan sambutan jubli emas dbp. buku yang diberi judul sastera kebangsaan: isu dan cabaran ini memuatkan esei kritik yang memperkatakan soal-soal sejarah, tokoh sastera, karya, persatuan penulis, penterjemahan, teori sastera, sastera bandingan, akhbar, teater, sastera islam, penulis dan pembaca, karya penulis pelbagai kaum, kebudayaan kebangsaan, penulis muda dan hubungan sastera dengan teknologi. cakupannya meliputi sastera tradisional dan sastera moden. dbp sebagai organisasi yang telah berj aya memar tab atkan bahasa dan sastera kebangsaan sehingga melahirkan tokoh-tokoh sasterawan negara, selama lima dekad ini telah didukung oleh karyawan yang berwibawa, iaitu penerima anugerah sastera negara dan sea write award. sasterawan negara terdiri daripada keris mas atau kamaludin muhammad (1981), usman awang (1983), dan abdullah hussain (1996); dan penerima sea write award ialah baha zain (1980), abdullah hussain (1981), usman awang (1982), kemala (ahmad kamal abdullah, 1986), ismail abbas (1992), suhaimi haji muhammad (1995), zakaria ariffin (2001) dan anwar ridhwan (2002). di samping tokoh-tokoh penerima anugerah sastera yang berprestij itu, dalam buku ini dimuatkan juga esei-esei karya tokoh-tokoh yang pernah menjadi ketua pengarah dbp seperti ungku a. aziz, syed nasir ismail, ali haji ahmad, hassan ahmad, jumaat dato' haji mohd. noor dan a. aziz deraman, serta ketua pengarah kini, iaitu firdaus haji abdullah. xv</Page><Page Number="16">pengenalan  kecemerlangan organisasi dbp juga ditunjangi oleh beberapa orang tokoh bahasa dan sastera yang ber wibawa seperti a. samad ahmad, m. noor azam, yahaya ismail, anis sabirin, kassim ahmad, saleh daud, shamsuddin jaafar, ramli isin, dinsman, johan jaaffar, awang sariyan, ismail dahaman, sutung umar rs, a.f. yassin, hamdan yahya, ainon mohd., a. rahim abdullah, zaini oje @ ozea, zaiton ajamain, hamzah hamdani, dan ramai lagi, yang karangan mereka dimuatkan dalam buku ini. kebanyakan tokoh penulis yang berwibawa tersebut telah meninggalkan perkhidmatan dengan dbp, sama ada bersara, atau mendapat peluang pekerjaan lain. namun tokoh-tokoh baru sedang berkembang, seperti a. wahab hamzah, abang patdeli abang muhi, hajijah jais, siti aisah murad, hasni abas, mohd. hanafi ibrahim, hazami jahari, norza, mohamad shahidan, saifullizan yahaya, muhamad ikhram fadhly hussin dan jaafar haji hamdan. merekalah pewaris kecemerlangan dbp untuk dekad-dekad akan datang. diharap mereka akan berjuang mendukung visi dan misi dbp dengan gigih untuk menjadi tokoh-tokoh besar dbp masa mendatang. yang ingin diungkapkan dan dirakamkan dalam buku ini adalah tentang sastera kebangsaan di malaysia, iaitu hasil sastera dalam bahasa melayu, yang diiktiraf sebagai sastera kebangsaan dalam kongres kebudayaan kebangsaan di universiti malaya, kuala lumpur, pada 16-20 ogos 1971, anjuran kementerian kebudayaan, belia dan sukan. dengan takrif sasterakebangsaan sebagai hasilkaryayang ditulis dalam bahasa melayu atau bahasa malaysia, tujuannya adalah untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan. tokoh-tokoh sastera yang menjadi karyawan dbp telah menghasilkan tulisan-tulisan yang pelbagai kandungannya; dari soal sejarah sastera pelbagai genre, isu-isu yang timbul dalam tempoh waktu lima dekad ini, hinggalah kepada cabaran masa depan terutama untuk menghadapi wawasan 2020 yang dicetuskan oleh tun dr. mahathir mohamad sewaktu menjadi perdana menteri. diharapkan esei kritik yang dipilih ini dapat menggambarkan xvi</Page><Page Number="17">pengenalan suatu tahap pemikiran yang tinggi dalam perkembangan sastera kebangsaan di malaysia. walaupun masih ada suara-suara yang menyangsikan konsep sastera kebangsaan, namun sebagai rakyat malaysia yang mendukung rukun negara pada prinsip keseluruhan perlembagaan, maka perkara 152 perlembagaan malaysia jelas menyebutkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. inilah bahasa jati diri bangsa malaysia yang harus terus diperjuangkan untuk menjadi bahasa bermartabat, bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa untuk mengungkapkan daya kreativiti bahasa malaysia yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada dato' dr. firdaus haji abdullah, ketua pengarah dbp, yang memungkinkan buku ini di-terbitkan sempena sambutan jubli emas dbp. terima kasih kepada haji abdul rahman yusof, pengarah jabatan sastera, yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyelenggarakan buku ini. terima kasih kepada puan norimah bajuri, ketua bahagian penerbitan sastera, dbp, dan editor-editornya, puan seri banon md. kassim dan puan halilah haji khalid, yang telah melaksanakan kerja-kerja penyelarasan dan penyuntingan buku ini. terima kasih juga kepada sdr. zeti aktar jaafar, yang membantu pengumpulan esei kritik ini pada peringkat awalnya. ucapan ribuan terima kasih paling istimewa kepada semua penulis yang hasil karya mereka termuat dalam buku ini. inilah sumbangan kita yang bermakna dalam sambutan jubli emas dbp. semoga hasil pemikiran ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi pewaris karyawan dbp. sebagai institusi yang lahir daripada kehendak rakyat dan negara, kita sentiasa memikul amanah untuk menjadikannya institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. hidup dewan bahasa dan pustaka! hamzah hamdani rumah gapena, 22 jun 2006. xvii</Page><Page Number="18">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 .ttk. a. aziz deraman wawasan 2020 adalah cetus-an fikiran perdana menteri malaysia yab datuk seri dr. mahathir mohamad yang menekankan pencapaian sebuah negara maju dalam semua bidang kehidupan, politik, ekonomi, sosial, dan kebudayaan. sejauh yang berkaitan kebudayaan, fikiran beliau harus ditnfsir dalam peranan dan tanggungjawab pelaksananya dan pendukungnya. hal ini akan dibincangkan dari sudut beberapa premis. pertama, pandangan terbaru beliau tentang dua senario mutakhir yang cukup menarik, yakni tanda kemajuan ekonomi asia dan kebangkitan asia apabila meramalkan masa depan asia. kedua, pegangan kita terhadap bahasa dan kesusasteraan melayu. ketiga, peranan 1</Page><Page Number="19">sastera kebangsaan: isu dan cabaran penting bahasa dan kesusasteraan kita dalam kerangka wawasan 2020, dan premis keempat, arah dan pengisian baru bahasa dan kesusasteraan dalam beberapa peringkat bermula di negara kita, rantau asia tenggara, asia pasifik, dan di arena antarabangsa. kemajuan ekonomi dan masa depan asia bank pembangunan asia dalam asian development outlook 1995 and 1996 menganggarkan pertumbuhan ekonomi global akan berada pada tahap peningkatan tiga peratus. dijangkakan negara asia yang telah mencapai kemajuan yang lebih pesat daripada rantau lain akan terus menikmati pertumbuhan yang sihat dalam tempoh dua tahun ini. kebanyakan nega-ra asia mengalami kemajuan ekonomi yang seimbang pada tahun 1995 dengan jangkaan pertumbuhan 7.6 peratus dan dengan peningkatan yang kuat dalam bidang perindustrian dan perdagangan. china dianggap sebagai negara yang paling dinamik, manakala pertumbuhan ekonomi asia tenggara diramalkan meningkat 7.5 peratus. sungguhpun filipina dikatakan tertinggal dengan kadar 5.0 peratus sahaja, negara dalam lingkungan tamadun berbahasa melayu yang lain ter-utama malaysia 8.5 peratus, indonesia 7.1 peratus, singapura 9.0 peratus, dan thailand 8.6 peratus. negara di indo-china seperti vietnam, laos, dan kemboja yang dianggap sebagai negara mundur, sebaliknya sedang melakukan pembaharuan ekonomi dan memelihara kestabilan politik masing-masing. pada tahun 2020 kita sudah berada dalam suatu abad baru. abad yang tidak akan memisahkan kita berasingan. kita tidak mungkin bergerak sendiri. sungguhpun jangkaan bahawa abad ke-21 menjadi abad asia pasifik dengan kebangkitan asia yang lebih menonjol dalam bidang ekonomi, asia tidak akan melepaskan dirinya untuk mendukung dan mendorong bersama-sama kemajuan kebudayaan keseluruhannya. asia memiliki nilai yang tidak sama dengan barat yang menempa kemajuan mereka dan memegang tampuk abad ke-20 dengan kelunturan sebahagian besar tamadun mereka. senario ini 2</Page><Page Number="20">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 boleh dikaitkan pula dengan pandangan terbaru dr. mahathir mohamad, dalam persidangan antarabangsa tentang masa depan asia di tokyo pada 19 mei 1995. beliau menyatakan bahawa asia boleh menjadi rantau yang maju, makmur, dan bebas sekiranya dapat menetapkan cara dan matlamat sendi-ri. asia jangan menyembah barat. pandangan ini menepati gagasan beliau tentang masa depan negara, bahawa malaysia boleh mencapai wawasan 2020, menjadi sebuah negara yang benar-benar maju sekiranya mengikut acuan sendiri dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain. pertumbuh-an ekonomi negara yang cukup positif (8.5 peratus) dan diramalkan akan bertambah baik pada tahun yang akan datang menjadi petanda nyata bahawa wawasan 2020 akan tercapai. wawasan 2020 yang dikemukakan oleh dr. mahathir memang tepat dengan masanya. tanggal 28 februari 1991, jika diimbas ke belakang ke tarikh kemerdekaan dan jika dipandang ke depan ke tarikh pencapaian wawasan 2020, jarak masanya seakan-akan sama. tiga puluh tahun ke belakang dan 30 tahun ke depan. semenjak mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini, kerajaan telah melancarkan pelbagai dasar untuk memajukan negara, terutama dasar ekonomi baru dan rangka rancangan jangka panjang kedua (rrjp2). wawasan 2020 merupakan penerusan dasar tersebut untuk memajukan negara. tidak harus dianggap keterlaluan jika dikatakan bahawa zaman kegemilangan pemerintahan dan zaman keagungan empayar melaka telah dikembalikan pada zaman ini. negara telah mencapai kemajuan yang membanggakan. dr. mahathir bertanggungjawab melakukannya sama seperti tun perak, zaman melaka dan saya menggelar beliau sebagai "arkitek bangsa" menjelang abad ke-21. malaysia sedang melangkah masuk ke era kegemilangan baru dalam konteks zaman yang berbeza. malaysia bertukar daripada sejarah silam monarki mutlak kepada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, berubah daripada negara kota pelabuhan kepada negara-negara baru. sejarah 3</Page><Page Number="21">sastera kebangsaan: isu dan cabaran akan membuktikan kalau apa-apa yang ditegaskan pada awal tahun 1970-an dan dilaksanakan pada awal tahun 1980-an dipertahankan maka kegemilangan baru malaysia, insya-allah, akan tercipta sebaik-baik sahaja negara kita melangkah ke dekad pertama abad ke-21. cuma kita belum boleh me-nuntut kejayaan dan kegemilangan sepenuhnya dalam bidang kebudayaan, sekiranya imej kebudayaan terutama bahasa dan kesusasteraannya berada pada tahap lama yang tidak diimbangi oleh kemajuan ekonomi dan pencapaian kesejahteraan sosial atau keupayaan politik negara. pada zaman kesultanan melayu, melaka juga muncul sebagai pusat kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan yang terunggul. terdapat kekosongan yang perlu diisi bersama-sama, iaitu kemajuan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan sebagai bahagian penting pengisian tamadun bangsa. tamadun tinggi yang ingin kita capai itu hendaklah ber-asaskan kehidupan kebudayaan kebangsaan yang benar-benar terserlah dan nyata. kita belum lagi dapat membina atau mencapai satu bentuk kebudayaan kebangsaan yang membanggakan. peranan, keutamaan, dan kedudukan bahasa melayu mestilah berada pada peringkat ter tinggi dan pada masa yang sama kita juga tidak membelakangkan bahasa penting yang lain, seperti bahasa arab, jerman, perancis, jepun, mandarin, yang selainnya untuk ilmu pengetahuan dan teknologi atau untuk keperluan ekonomi dan perdagangan. pegangan terhadap bahasa dan kesusasteraan berbicara tentang bahasa dan kesusasteraan melayu akan mengajak kita bersedia berpadu tenaga rnembina, memupuk, dan mengembangkannya. kegemilangan bukan sahaja harus terserlah di kalangan 200 juta orang umat berbahasa melayu di rantau ini, bahkan dalam perspektif yang lebih luas meletakkannya di pentas dunia. kita juga harus melihat adakah rujukan bahasa dan kesusasteraan melayu semata-mata kepada bahasa dan kesusasteraan yang terhasil dalam bahasa melayu di malaysia atau dalam bahasa melayu brunei 4</Page><Page Number="22">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 atau dalam bahasa melayu singapura. adakah juga segala hasil karya kesusasteraan indonesia tidak boleh digolongkan sebagai hasil kesusasteraan bersama? demikian pula segala hasil kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa melayu yang dihasilkan oleh penulis dan karyawan thailand, filipina, atau mana-mana jua. kalau jiwa kecil yang kita ambil, maka tentulah ada pendapat yang mahu melihat bahasa dan kesusasteraan melayu dihasilkan oleh penulis atau karyawan dalam bahasa melayu oleh kelompok melayu sahaja. istilah bahasa melayu harus mengatasi istilah kebangsaan di kalangan kita. mungkin disebabkan oleh keperluan ke-negaraan dan suasana sosial, kita menamakannya bahasa malaysia atau bahasa indonesia. bagi keperluan global, bahasa melayu harus merujuk kepada istilah linguistik atau istilah ilmunya dikenali sebagai bahasa lisan dan persuratan di beberapa buah wilayah asia tenggara sama ada berupa bahasa malaysia, bahasa indonesia, bahasa melayu brunei, bahasa melayu singapura, atau bahasa melayu pertuturan di wilayah selatan thailand dan selatan filipina. dalam perbincangan ini bahasa melayu digunakan bagi istilah antarabangsanya dan kebanyakan orang menyebutnya bahasa malaysia bagi istilah kebangsaannya. dalam bahasa inggeris, istilahnya ialah the malay language dan bahasa ini sekarang sedang diajar dan dipelajari di beberapa buah negara di asia, australia, dan new zealand. pusat pengajian tinggi dan beberapa buah pusat penyelidikan asing di eropah dan amerika telah dan sedang meneruskan kajian tentang bahasa dan persuratan kita yang merujuk kepada wilayah tamadun berbahasa melayu. persepsi sejarah perjuangan bangsa kita juga menunjukkan cita-cita mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara atau sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan negara. pengisiannya dan pendaulatannya menjadikan kedudukan bahasa melayu selangkah demi selangkah mengambil tempat yang cukup penting dalam pembinaan bangsa baru malaysia, indonesia, dan brunei darussalam. 5</Page><Page Number="23">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kalaulah satu pegangan bersama dapat diambil, maka bahasa dan kesusasteraan melayu harus berada dan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti, dan aktiviti besar kita. bahasa adalah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun. tamadun menjadi kekal dan ber tahan melalui tradisi ilmu. jadi bahasa melayu ada peranan keseluruhan membina dan menggerakkan kehidupan kebudayaan bangsa-nya, meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan. bahasa melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah, dan imej warisan tamadunnya hatta aspek kebendaan tamadun itu. wawasan 2020 tidak bermakna kalau kita ketinggalan dalarn bidang bahasa dan kesusasteraan. bahasa juga berpengaruh dan ada peranan yang besar dalam memupuk kesenian bangsanya dengan penghayatan dan penyer taan yang menyeluruh. tamadun silam seperti yang pernah dilalui oleh orang yunani-romawi, tamadun islam, tamadun india, dan tamadun china banyak mengekalkan fikiran dan perasaan kesenian bangsanya melalui bahasa. peranan kesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan, terletak di sini. bahasa pun memupuk resam, nilai, dan norma sesuatu bangsa. dalam situasi politik-ekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah tamadun. bahasa dan kesusasteraan melayu patut mengisi segala keperluan, meliputi perundangan, nilai keagamaan, pendidikan, pembinaan kebudayaan, sebaran am, perdagang-an, perniagaan, dan kemajuan perindustrian yang sedang menempuh suatu transisi menjadi amalan baru. keinginan mempelajari bahasa melayu-indonesia di luar rantau ini sendiri menandakan meningkatnya kesedaran dan kemahuan untuk memperoleh ilmu yang selama ini ditulis dalam bahasa melayu. kehadiran bahasa melayu pada peringkat antarabangsa menandakan tahap yang kian meningkat. maka seharusnya keyakinan terhadap bahasa melayu perlu seiring dan sejalan dengan perkembangan</Page><Page Number="24">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 dan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. sokongan dan kerjasama kepada mereka di asia, australia, dan new zealand sudah sepatutnya dimulakan segera. persaingan yang hebat sedang dihadapi oleh bahasa melayu kini. kita memerlukan pengisian yang berterusan. jika perlu, satu gerakan baru kesedaran bahasa hendaklah dilancarkan. golongan cendekiawan, sarjana, dan gerakan sosiopolitik patut tampil bersama-sama mendorongnya. cendekiawan dan sarjana di malaysia bertanggungjawab menghasilkan segala "karya besar" dalam pelbagai bidang ilmu dan kepakaran masing-masing. gerakan yang sama harus ditingkatkan dalam bidang penterjemahan sumber ilmu dan karya agung antarabangsa ke dalam bahasa melayu, seperti gerakan yang dilakukan di jepun dan korea. maka atas pegangan dan sifat yang sedemikianlah, bahasa dan kesusasteraan melayu menjadi milik kita melampaui istilah kebangsaan dan negara sendiri. bahasa dan kesusasteraan melayu dalam kerangka wawasan 2020 wawasan 2020 boleh dicapai dengan syarat kita mengatasi sembilan cabaran utama. sembilan cabaran utama ini juga merupakan kerangka negara bangsa yang maju yang ingin kita bina. sembilan cabaran itu juga merupakan kerangka pembinaan tamadun baru malaysia dan tidak terkecuali dalam usaha kita menjadikan bahasa dan kesusasteraan melayu sebagai tiang seri dalam membina kebudayaan kebangsaan yang menjadi perisian rohani negara-negara kita. kita mahu mencapai kemajuan kebendaan dan kerohanian, yakni kemajuan kebudayaan yang menuju pembinaan tamadun yang tinggi. sembilan cabaran utama pencapaian wawasan 2020 itu adalah tentang membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu; tentang melahirkan sebuah masyarakat malaysia yang bebas, teguh, dan telah terbentuk jiwanya; tentang membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan 7</Page><Page Number="25">sastera kebangsaan: isij dan cabaran suatu bentuk demokrasi malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, tentang membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moralnya dan etikanya; t&amp;itang membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran; tentang membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta, dan berpandangan jauh ke hari muka; tentang membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang; tentang menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya; dan tentang membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan. bangsa malaysia maju akan mendorong kemajuan bukan sahaja dalam bidang ekonomi yang bersifat pencapaian fizikal atau kesejahteraan sosial dan kestabilan politik, bahkan juga kegemilangan kebudayaannya. kecemerlangan pemerintahan selepas tiga dekad kemer-dekaan sejak tahun 1957 mula menunjukkan tanda bahawa malaysia sedang menuju kemajuan dan akan mencipta kege-milangan. kita seperti berupaya mengembalikan semula keagungan abad ke-15 setelah lebih lima abad kita kehilangan-nya. malaysia kini dikenali, dihormati, dan pengaruh pendirian politiknya mampu menyedarkan banyak pihak di kalangan negara membangun mahupun negara maju dan kuasa besar. malaysia seperti mengambil semula kedudukannya sebagai rujukan pendapat dan pengalaman. tumpuan kegiatan ekonomi, membangunkan perindustrian, dan meluaskan perdagangan inenjadikan malaysia mendepani sifat baru berpusatkan asia tenggara, yakni salah sebuah wilayah utama dalam kebangkitan asia selain asia timur laut yang dikongsi oleh jepun, korea, dan china. kita tidak harus tertinggal dalam arah dan pengisian kebudayaan sebagai sebahagian daripada tamadun umat kerana demikianlah warisan dan nilai asia sendiri. jadi, globalisasi bahasa dan kesusasteraan melayu mesti terbuka sifatnya keluar masuk dalam penghayatan warga tamadun dunia, saling memberi dan menerima dalam lingkungan wajahnya sendiri, dan secara 8</Page><Page Number="26">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 terbuka pula membuktikan kehadirannya di mana-mana. keunikan demikian bukanlah sesuatu yang baru kerana tradisi kebudayaan dan tamadun kita merupakan wadah yang dikongsi bersama secara kolektif dan akomodatif. bahasa melayu telah terbukti digunakan sebagai bahasa agama dan falsafah, alam fizik dan metafizik, teknologi, bahasa komunikasi, bahasa pendidikan, pelajaran, penyalur maklumat pembangunan luar bandar, perdagangan, pertanian, perniagaan, dan sebagainya. bukti silam dan keupayaan semasa menunjukkan betapa bahasa melayu telah dan terus bersedia mendukung asas dan pembinaan tamadun umatnya. pembangunan ekonomi malaysia berjalan rancak dan pesat. perkembangan ekonomi dalam negeri dan peranan malaysia di arena antarabangsa haruslah membawa bersama-sama tanggungjawab pengembangan dan penggunaan bahasa melayu. tambahan pula, industri pendidikan dan penubuhan universiti baru di malaysia dijangka akan menjadi tumpuan pelajar luar negara yang datang belajar di malaysia. bahasa melayu memiliki, paling minimum, dua peranan penting: 1. pengukuhannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang mempunyai nilai ekonomi dan bahasa perpaduan bangsa. untuk itu sebenarnya tidak harus timbul krisis keyakinan atau silap faham tentang keperluan kita berbahasa. bangsa malaysia yang terbahagi kepada beberapa kaum dan suku bangsa tetap memerlukan satu bahasa penyatuan. tugas ini hanya ada dan boleh dimainkan oleh bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi yang terus didukung. kita tidak mahu mengekori isu dan masalah pengalaman bahasa seperti yang berlaku di kalangan kaum minoriti tamil dengan kaum majoriti singhalese di sri lanka, ancaman perpisahan kerana bahasa perancis di kanada, atau masalah bahasa walloon atau flemish di belgium. usaha menegakkan perpaduan bangsa dan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa malaysia 9</Page><Page Number="27">sastera kebangsaan: isij dan eabaran tidaklah sampai menghalang penggunaan bahasa kaum dan dialek masing-masing. dalam hal ter tentu kita juga perlu menguasai bahasa lain. 2. tanggungjawab membina dan mengembangkan bahasa melayu ke peringkat antarabangsa, dengan mengatur langkah mula di kawasan sendiri di asia tenggara. inilah tanggunawab kita dalam kerangka wawasan 2020 atau melangkahi abad ke-21. malaysia, indonesia, brunei, singapura, dan negara serantau lain yang berminat harus bermuafakat memulakannya di kalangan negara asean. kita seharusnya tidak lagi melihat sistem yang berasaskan tuntutan kaum atau kenegaraan, tetapi menjengah keluar secara global, berdiri di lapangan nasional, mendorong perkembangan serantau dan mengembangkan sayap pengaruh ke tingkat antarabangsa. arah dan pengisian baru malaysia cita-cita mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa ke-bangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar ilmu pengetahuan, dan bahasa pengucapan seni adalah hasrat sebuah perjuangan. cita-cita membina sebuah negara bangsa semenjak awal ditunjuk oleh hasrat pengisian kemerdekaan melalui gerakan bahasa dan kebudayaan. sebuah negara kebangsaan perlu lahir dengan sifat kebang-saannya. bahasa adalah alat pengucapan kebudayaan. bahasa yang tidak kaku atau beku dan dinamik sahaja yang boleh menangani perubahan dan tuntutan baru peradaban manusia, mampu pula membina tamadun umatnya. kekuatan rohaniah dan jasmaniah sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun tidak bergantung pada kemajuan ekonomi semata-mata. tamadun banyak bergantung pada bahasa dan kesusasteraan yang tinggi. di malaysia dan di kalangan urriat serumpun melayu, bahasa melayu adalah jiwa bangsa atau umatnya. bahasa juga 10</Page><Page Number="28">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 adalah perasaan, minda, dan jiwa penutur bangsa malaysia. di luar wilayah geopolitiknya, bahasa melayu dipercayai boleh menjadi bahasa komunikasi, ilmu pengetahuan, media, falsafah, kesusasteraan, dan saluran fikiran umat kita sehingga menjadi sebahagian penting daripada bahasa dan persuratan dunia. bahasa kita meminta pertanggungjawaban baru. kita mesti melahirkan karya besar kesusasteraan. kedudukan bahasa melayu tidak sepatutnya kekal dalam anggapan kita bertaraf bahasa kelompok atau bahasa orang melayu di malaysia sahaja. kita sedang menuju ke tahap pembinaan kebudayaan tinggi. kebudayaan tinggi akan menyebabkan terciptanya peradaban bangsa. persepsi tentang bahasa mestilah jelas. asia tenggara di kalangan negara serantau, cita-cita membina, mengem-bangkan, dan meletakkan bahasa dan kesusasteraan kita ke pengaruh yang luas perlu dilakukan serentak dalam kestabilan politik yang ada, kemajuan ekonomi, dan kesejahteraan sosial. mungkin kita memerlukan revolusi pemikiran dalam konteks baru, suatu transformasi kebudayaan dengan mencetuskan kemajuan sebuah tamadun dan memupuk kelahiran baru dalam pengisian tamadun bangsa di rantau kita itu. perjuangan politik kebangsaan di indonesia dan malaysia berjaya menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa nasional atas sifat kebangsaan dan kenegaraan masing-masing. nasio-nalisme serumpun bermula dengan tindakan indonesia dengan adanya sumpah pemuda 1928 yang meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa nasional indonesia dan memberi kesan yang besar terhadap pergerakan kebudayaan di rantau ini. bahasa melayu didaulatkan pada tahun keramat proklamasi indonesia, 17 ogos 1945. hal ini diikuti pula oleh peristiwa perisytiharan kemerdekaan persekutuan tanah melayu pada 31 ogos 1957 (kemudian malaysia pada tahun 1963) apabila bahasa melayu dikanunkan dalam perlembagaan malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 11</Page><Page Number="29">sastera kebangsaan: isu dan cabaran selangkah demi selangkah bahasa melayu mengambil tempat dalam pembinaan bangsa baru malaysia dan indonesia dan menjadi bahasa penting di asia tenggara yang didukung oleh kira-kira 200 juta orang manusia tadi. cuma sungguhpun pengucapannya melewati batas sempadan ke-dua-dua buah negara itu atau termasuklah juga brunei dan singapura, kedudukannya yang belum mencapai taraf rasmi di filipina tidak bermakna bahasa itu tidak akan dipelajari atau perkembangan masa depannya tidak akan ditangani. sikap dan keterbukaan baru banyak negara, termasuk thailand atau negara indo-china akan memungkinkan hasrat baru dan tanda perubahan arahnya. wilayah kita sebagai sebahagian daripada asia pasifik sedang berubah. cabarannya meliputi pelbagai bidang. kekayaan sumber dan kepesatan pertumbuhan ekonomi di wilayah ini menunjukkan tanda bahawa orang asing menaruh minat mempelajari bahasa dan kebudayaan kita. maka bahasa melayu harus didorong menjadi bahasa pengucapan kebudayaan, perdagangan, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. kita memerlukan jalan keluar yang "berhikmah". penyatuan dan penyelarasan bahasa oleh tiga buah nega-ra, malaysia-brunei-indonesia, iikan mempercepat usaha sekiranya gerakan dibuat secara sedar ke arah meletakkan bahasa dan persuratan agung dan mampu berganding dengan tamadun iain. kedudukan mabbim (majlis bahasa brunei darussalam, indonesia, malaysia) sebagai wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap, dan berwibawa perlu ditingkatkan dan diperkukuh dengan imej serta cara baru melihat ke depan. negara serantau asia tenggara memerlukan satu anjakan paradigma, beralih daripada sifat terkongkong secara kelompok, kaum, atau kenegaraan, atau kerantauan semata-mata untuk bersama-sama melangkah keluar dan terlibat dalam gerakan membina peradaban baru dunia. dialog peradaban di kalangan kita tidak lagi harus tertumpu pada keperluan ekonomi dan kepentingan per-dagangan, tetapi seharusnya saling memahami dan mem- 12</Page><Page Number="30">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 pelajari cara, kaedah, dan strategi pembangunan umat berasaskan akar kebudayaan yang boleh dikongsi bersama. kita tidak dapat menafikan bahawa perkembangan ekonomi dan kemajuan pembangunan fizikal berubah terlalu cepat dan jauh meninggalkan kita, tetapi keperluan perimbangan antara tuntutan fizikal dengan pembinaan nilai spiritual serta kemanusiaan tetap ada dan harus menjadi agenda utama. perkembangan kerohanian dan peningkatan minda yang diasaskan melalui bahasa dan kesusasteraan harus berjalan seiring. bahasa adalah alat yang amat penting. pembinaan dan pengembangan kesusasteraan adalah melalui bahasa kerana dalam kesusasteraan itu jua disuratkan dan disiratkan nilai peradaban bangsa dan manusia. ilmu lain lebih ber-sifat kemahiran, sains dan teknologi, industri, ekonomi, dan perdagangan yang merupakan sumber pengetahuan yang terhad kepada keperluan tertentu tentangnya, tetapi kesusasteraan jauh merentasi segala-galanya. cabaran baru di rantau kita selain ekonomi adalah kebijaksanaan kepimpinan kita dalam gerakan bahasa, kesusasteraan, dan budaya yang memerlukan suatu kaedah perancangan dan pengurusan yang terbaik, terbimbing, dan terarah. organisasi bahasa dan kesusasteraan seperti dewan bahasa dan pustaka (dbp), dewan-dewan kesenian di indonesia, majlis bahasa melayu singapura, dewan bahasa dan pustaka brunei, atau pertubuhan bukan kerajaan (ngo) , seperti gapena (gabungan persatuan penulis nasional), memiliki peranan dalaman sendiri dan tugas melahirkan kegemilangan bahasa dan kesusasteraan kita pada peringkat nasional dan antarabangsa. di rantau kita, sejarah pembinaan dan pengembangan bahasa terjadi serentak dan mempunyai kesalingan tugas dengan kesusasteraan. perkembangannya tidak wajar lagi didukungi oleh satu dua institusi atau disokongi oleh satu dua badan sahaja. kita memerlukan rangkaian kerja dan kerjasama pelbagai hala untuk menggerakkannya. kita perlu mempromosi secara agak drastik tetapi penuh kebijaksanaan (hikmah) sehingga perkembangan kesusasteraan berbahasa 13</Page><Page Number="31">sastera kebangsaan: isu dan cabaran melayu melampaui kelompok, kaum, sempadan wilayah dan rantau. kita perlu mencari pendukung dan penggerak di luar rantau kita tetapi dengan peranan kita yang harus semakin menonjol membina rangkaian kerja tadi, bermuafakat dan bekerjasama supaya usaha pelbagai cara itu menjadi sesuai sehingga kesusasteraan menjadi sesuatu yang berpengaruh. asia pasifik rantau asia-pasifik dikongsi dan ditandai oleh dua rumpun bangsa dan warisan kebudayaan, yang amat kuat dilandasi oleh nilai budaya asia, yang ber tahan dan sedia pula menerima perubahan. unsur kekuatannya yang tersendiri itu tergambar oleh kesatuan kebudayaan, sejarah, dan nilai spiritual yang mengangkat martabat tamadunnya. kawasan utara di asia timur laut sebagai rumpun china-jepun, bersumber tradisi kebenuaan, manakala di selatannya asia tenggara adalah rumpun melayu-polinesia bersumber laut dan kepulauan. berdasarkan kadar pertumbuhan eko nomi yang pesat dan kestabilan suasana politik di wilayah asia-pasifik, ramalan kemajuan dan kebangkitan asia tidak mustahil akan menjadi realiti dan didorongi oleh kekuatan kebudayaan tadi. negara berbahasa melayu yang menjadi bahagian penting wilayah asia-pasifik harus bersiap siaga tnenghadapi cabaran yang hebat ini. bagi kita yang bergerak dalam perjuangan mendaulatkan bahasa melayu, cabaran yang utama adalah untuk memajukan bahasa melayu menjadi bahasa yang lengkap bagi menangani semua lapangan kemajuan, terutama ilmu pengetahuan dan bidang sains dan teknologi. bahasa melayu akan mampu menjadi salah satu bahasa utama dunia abad ke-21 lanjutan land asan asalnya sebagai salah satu bahasa kebudayaan dunia, sekiranya secara sedar kelahiran malaysia sebagai sebuah negara maju berjaya diterjemah ke dalam acuan sendiri yang sebenar, dan didukungi bersama oleh negara berbahasa melayu yang lain. kesedaran terh adap sej arah perjuangan mendaulatkan bahasa harus dihayati bersama oleh umat serantau bagi menginsafi 14</Page><Page Number="32">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 betapa penting peranannya dalam membina bangsa dan kebudayaan baru wilayah. di negara asing, bahasa melayu dipelajari bagi kepenting-an pengajian kesusasteraan dan falsafah atau komunikasi, tidak dari sudut sains dan teknologi, mungkin kerana dalam bidang sains dan teknologi bahasa melayu secara takrifnya baru berkembang. maka kalau pembinaannya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dihasrati bersama sesuai dengan kemajuan di negara asal bahasa melayu itu, bahasa melayu akan kekal dipelajari sebagai bahasa kesusasteraan dan falsafah sahaja. bahasa melayu kini dipelajari di ber-bagai-bagai pusat pengajian tinggi dunia baik di timur atau di barat, dan di australia serta new zealand kerana kedudukan geografinya yang berhampiran dengan asia tenggara serta kerana kepentingan ekonomi dan politik dengan dunia melayu. australia atau new zealand sukar menjadi sebahagian daripada asia selagi mereka tidak menukar budayanya. tanda menunjukkan bahawa disebabkan oleh pelbagai kepentingan itu, australia dan new zealand berhasrat besar untuk menjadi sebahagian daripada kebangkitan asia. perubahan era baru lembangan pasifik abad ke-21 akan membawa bersama-samanya perubahan sosiobudaya. pembaharuan asia yang disebut-sebut berkait dengan kekuat-an asal asia yang berteraskan kebudayaan dan peradaban timur. tenaga besar perubahannya adalah dorongan peradab-an mengembalikan asia kepada modelnya sendiri, bukan mengambil barat yang selama ini menentukan kemajuan dan kemodenan berpaksikan ukuran dan nilai mereka. barat juga harus menghormati timur. komunikasi baru akan ikut beralih daripada bahasa barat kepada kemungkinan memantapkan dan mengembangkan bahasa asia termasuk bahasa melayu, selain bahasa jepun, korea, dan mandarin. untuk itu, dialog peradaban di kalangan sesama asia atau timur-barat sentiasa perlu. bahasa dan kesusasteraan melayu mempunyai masa depan yang terbuka luas di asia dengan syarat, strateginya dan tindakannya diatur secara bersepadu. 15</Page><Page Number="33">sastera kebangsaan: isti dan cabaran arena antarabangsa wilayah berbahasa melayu dan kita, selaku pendukungnya, mempunyai tanggungjawab dan peranan yang cukup besar dalam menggerakkan perkembangan pada peringkat nasio-nal, kerantauan, dan mengatur tindakan baru memajukannya di arena antarabangsa dalam senario perubahan sosiopolitik dan tamadun sejagat manusia. kesedaran kita itu perlu men-dorong pula penghayatan masyarakat antarabangsa terhadap kecemerlangan dan keindahan bahasa melayu, sekali gus membina keyakinan dan kecintaan terhadap bahasa dan kesusasteraan kita melalui segala program kebahasaan, ke-susasteraan, dan pertukaran kebudayaan antara satu sama lain. jalan baru mesti diteroka untuk menyebarluaskan bahasa melayu dan kesusasteraan umatnya ke pentas dunia. tanggungjawab nasional dan antarabangsa memerlukan per-himpunan demi perhimpunan dan dialog demi dialog dari dalam dan luar negara untuk membincangkan pelbagai aspek sumbangan dunia melayu, terutama dalam pembinaan dan pengembangan bahasa melayu, penyelidikan, pengajaran, dan pembelajaran, dengan harapan mencerminkan arah tuju barunya sebagai bahasa negara atau rantau yang bertamadun dan maju. penonjolan potensi bahasa melayu dan kesusaste-raan melayu mengharungi abad baru adalah cabaran memperlihatkan antara wawasan dengan keyakinan kita meningkatkan mar tabatnya dan pengaruhnya. kesempatan yang dirancang dalam mengembangkan bahasa melayu pada peringkat antarabangsa bukan sahaja melalui pengajian di pusat pengajian tinggi atau institusi bahasa yang boleh dibangunkan seperti mencontohi peranan yang dimainkan selama ini oleh british council, goethe institute, atau alliance francaise, tetapi juga melalui golongan korporat malaysia (khususnya bumiputera) yang beroperasi di luar negara. pusat bahasa melayu-indonesia di negara asing sedikit sebanyak boleh memikul peranan menyediakan tapak kepada usaha pembelajaran, pengajaran, dan pengajian bahasa dan 16</Page><Page Number="34">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadap1 wawasan 2020 tamadun melayu. untuk belajar di malaysia nanti seseorang pelajar asing tidak akan kerugian kerana kedudukan bahasa inggeris yang tidak dinafikan kepentingannya. gerakan mengantarabangsakan bahasa melayu semesti-nya berjalan serentak dengan cita-cita menjadikan rantau kita sebagai sebuah rantau yang maju dan era perindustrian seperti yang diharapkan oleh banyak negara. keterbukaan fikiran dan sikap di malaysia, umpamanya memerlukan juga rakyatnya menguasai bahasa tambahan yang lain, seperti bahasa arab, sepanyol, perancis, dan mandarin, kerana dunia perhubungan ekonomi, perdagangan, industri, dan diplomasi malaysia sedang mengarahkan perhatian baru ke benua amerika latin, asia barat, dan afrika selain rakan dagang tradisional sebelumnya. strategi dan program pengembangan selain melihat keperluan pengembangan bahasa melayu, kepemimpinan dan peranan institusi rasmi seperti dbp menjadi kian penting dalam usaha untuk memajukan bahasa dan kesusasteraan melayu. dbp adalah sebuah agensi kerajaan malaysia yang diamanahkan untuk memajukan dan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan serta penerbitan utama dalam bahasa melayu. dbp pada awal tahun 1995 yang lalu baru sahaja melancarkan pelan tindakan pelaksanaan sasaran kerja utama bagi tempoh rancangan malaysia ketujuh (1996-2000) dengan wawasan untuk menjadikan "bahasa melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia". misi dbp adalah untuk menjadikan bahasa melayu bahasa ilmu yang berwibawa dalam pembinaan tamadun bangsa. tempoh lima tahun menjelang tahun 2000, menandakan suatu peralihan dan ujian keupayaan kita mengadakan persiapan menghadapi abad baru dalam semua bidang kehidupan melangkah abad ke-21. dalam menghadapi wawasan 2020 penumpuan mesti diberi secara tegas kepada program pembinaan dan pengem-bangan bahasa melayu pada peringkat kebangsaan untuk 17</Page><Page Number="35">sastera kebangsaan: isu dan cabaran merealisasikan fungsinya yang sebenar sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, dan bahasa bagi tamadun malaysia moden. selain itu, tumpuan juga diberi kepada usaha untuk meningkatkan imej dan peranan bahasa melayu pada peringkat antarabangsa. usaha perlu digiatkan dan disempurnakan dalam pembinaan dan pengukuhan korpus bahasa melayu, pangkalan data linguistik bahasa melayu, penghasilan kajian linguistik dan statistik untuk menerbitkan pelbagai hasil kajian tatabahasa, kamus, kosa kata, tesaurus, dan pedoman bahasa melayu baku; untuk menyempurnakan sistem pangkalan data lek-sikon, projek pengkajian dan penulisan sejarah bahasa melayu; untuk mengkaji dan menerbitkan pedoman ragam bahasa melayu dan gaya bahasa lisan dalam komunikasi rasmi, serta pedoman laras bahasa bidang khusus, seperti sukan, ekonomi, perbankan, sains, industri dan undang-undang, penerbitan kamus dan siri kamus dwibahasabahasa melayu dengan bahasa kaum di malaysia, seperti bahasa cina, bahasa tamil dan sebaliknya. manakala untuk pengembangan bahasa melayu dan komunikasi dengan negara asean, perlu diterbitkan juga kamus bahasa melayu dengan bahasa tagalog, thai, dan vietnam. bagi keperluan penuntut yang lebih luas dan untuk pengembangan ilmu, perlu diusahakan penyusunan dan penerbitan kamus bahasa melayu dengan bahasa cina, jepun, korea, perancis, dan arab. dalam konteks serantau, ada peranan institusi dan ge-rakan sosiobudaya untuk meningkatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, dan bahasa perdagangan di asean dan asia-pasifik. dalam abad ke-21, tumpuan perlu dilakukan untuk menjadikan bahasa melayu bahasa komunikasi rasmi asean, serta bahasa perdagangan dua hala dengan negara asean dan asia-pasifik. usaha ini semestinya dilengkapi dengan program peningkatan dan pengiktirafan bahasa melayu sebagai salah satu bahasa antarabangsa. gagasan ini bukan mustahil hendak dilaksanakan sekiranya negara berbahasa melayu berpadu tenaga untuk merealisasikannya. 18</Page><Page Number="36">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 masa depan kesusasteraan di negara berbahasa melayu, haruslah bermula dengan perancangan dan kegiatan yang bersifat serantau. kegiatan kesusasteraan di malaysia, indonesia, singapura, dan brunei darussalam selama ini sedikit sebanyak bergerak secara sendirian. kesedaran untuk bergerak bersama-sama yang telah dimulai sebelumnya, misalnya pada tahun 1973 apabila dbp bersama-sama dengan gapena menganjurkan seminar kesusasteraan nusantara, boleh diteruskan dengan strategi dan tindakan baru yang lebih terancang dan terarah. usaha mengantarabangsakan bahasa melayu mesti dimulakan di rantaunya sendiri terlebih dahulu. gerakan masyarakat mula berupaya mengatur langkah melalui apa-apa sahaja program dan aktiviti yang sesuai kerana untuk menunggu usaha rasmi yang banyak bergantung pada birokrasi dan hambatan dasar memungkinkan kelambatan usaha yang boleh dijalankan. sebagai usaha memperkukuhnya, di pihak kerajaan malaysia, indonesia, brunei darussalam, dan singapura perlu memikirkan bersama sebagai anggota pendiri menubuhkan majlis sastera asia tenggara. majlis ini diusul penubuhannya dengan matlamat merapatkan hubungan, pengertian, dan kerjasama antara perancang kesusasteraan di empat buah negara dalam usaha untuk memajukan dan mengembangkan kesusasteraan melayu ke arah menjadi warga kesusasteraan dunia yang berwibawa. usaha penyelarasan kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan melayu secara terpadu dan penyediaan peluang bersama untuk sasterawan memajukan bakat, penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan kesusasteraan akan menjadi lebih bermakna. pada masa yang sama, digerakkan usaha bersama meman-tapkan penyebaran dan penggunaan bahasa melayu se-bagai alat komunikasi media ilmu pengetahuan dan media pengucapan seni ke peringkat rantau dan antarabangsa. majlis boleh melaksanakan antara lain kegiatan merancang dan melaksanakan kegiatan kesusasteraan dan penyelidikan kesusasteraan di empat buah negara secara terpadu. keanggotaannya boleh juga diluaskan di kalangan negara asia 19</Page><Page Number="37">sastera kebangsaan isu dan cabaran tenggara yang lain. masa depan kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan memerlukan rangkaian kerja dan kesepakatan wajah baru di rantau ini. kesimpulan kini cita-cita mengantarabangsakan bahasa dan kesusasteraan melayu dalam konteks asia tenggara yang maju hanya-lah dalam gambaran fikiran kita. kita perlu menjadikan gambaran itu suatu kenyataan. untuk itu segeralah dibina kerjasama, sokongan, perpaduan, tanggungjawab, amanah, pengorbanan, dan kerja kuat serta kegigihan semua pihak. kegemilangan bahasa dan kesusasteraan melayu tidak akan tercapai tanpa kesedaran bahawa kita memang memiliki kepintaran dan kebijaksanaan. kebijak sanaan itu juga me-rupakan perjuangan bangsa dan negara di rantau ini. yang pasti, kita yang telah berusaha akan terus berganding bahu meningkatkan perjuangan untuk mewa riskan kepada dunia satu tamadun tinggi yang baru dan sepadan dengan abad ke-21. tamadun tinggi itu bukan sahaja pada peringkat jasmani, malah meliputi juga peringkat rohani. kita membina dan mencipta kemajuan kebendaan dan kita juga perlu membina, mencipta, dan menerapkan kemajuan kebudayaan yang menjadi perisian dalaman sebuah tamadun tinggi. kita mahu bahasa dan kesusasteraan melayu maju bersama-sama dengan negara bangsanya atau umatnya dan menjadi warga bahasa dan kesusasteraan serantau, antarabangsa, dan sejagat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa dan kesusasteraan tamadun lain. harum cendana di jagat raya, cangkir madu ditabur setanggi; tamadun bangsa menjunjung budaya, luhur budi berhemah tinggi. pujangga negara putera berjasa, tangkas ceria rumpun melayu; 20</Page><Page Number="38">bahasa dan kesusasteraan melayu dalam menghadapi wawasan 2020 bahasa dan sastera lidah bangsa, terungkap pemikiran jiwa baru. brunei indonesia malaysia singapura, sama sefaham muafakat kerjasama; martabat bahasa memajukan negara, wawasan 2020 kongsi bersama. tamadun melayu dan pembinaan bangsa malaysia (edisi baharu), 2000. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 21</Page><Page Number="39">abdullah sidek novelis yang jarang diperkatakan . a.f. yassin dia keluar dari biliknya. dia menghampiri saya yang sedang menunggunya di ruang tamu di rumahnya di johor bahru. dia memandang saya dan meng-hulurkan tangan dan saya menjabatnya. kami berkenalan. buat saya, ini perkenalan kali kedua. tiga tahun dahulu saya sudah berbicara dengannya mengenai hal-hal kesusasteraan. kali ini saya datang kerana ingin berbicara lagi. akan tetapi daripada cara jalannya, daripada cara dia bercakap ternyata dia berbeza dengan yang saya lihat buat pertama kali kami bertemu tiga tahun dahulu. kali ini langkahnya begitu perla-han dan goyah. kali ini perkataannya sepatah, sepatah, dan tidak selancar dahulu. dia memandang saya dan kemudian 22</Page><Page Number="40">abdullah sidek novelis yang jarang diperkatakan merenung jauh ke hadapan melalui tingkap ruang tamu se-olah-olah sedang mengumpulkan ingatan sebagai persediaan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal saya kemukakan. "aku sakit ... baru pulang dari kuala lumpur. berubat seminggu di universiti hospital," katanya, tetapi dia enggan menyatakan penyakit apa yang sedang dideritanya. "seka-rang aku tidak boleh membaca lagi. bukan kerana mataku tidak nampak, tapi mataku sudah penat. aku cuba membaca setiap hari. tetapi bila selesai saja aku membaca dua pereng-gan segalanya menjadi samar-samar dan kabur. aku tidak bo-leh membaca lagi." itulah abdullah sidek, novelis sebelum perang yang ja-rang-jarang sekali diperkatakan orang. dia tidak begitu dike-nali seperti orang mengenal abdul rahim kajai, syed sheikh al-hadi, ahmad rashid talu atau shamsuddin salleh. dia tidak begitu aktif menulis selepas perang seperti aktifnya ishak haji muhammad (yang seangkatan dengannya) atau harun aminurrashid. cuma 11 buah sahaja novelnya yang terbit selepas 1943 di samping beberapa buah cerita pendek dan makalah-makalah dalam majalah-majalah guru dan lain-lain. akan tetapi ini tidak pula bererti abdullah sidek sudah kurang bertenaga dalam dunia penulisan. dia berusaha pula menjadi penerbit. di samping menerbitkan semula buku-bu-kunya dia juga memberi peluang kepada novelis-novelis baru untuk menerbitkan karya-karya mereka. abdullah sidek lahir di kampung kadut, mukim jabi, segamat dalam tahun 1913. bersekolah melayu di bandar se-gamat dan kemudian melanjutkan pelajaran di maktab latihan melayu, johor bahru. dia kemudian pindah ke maktab per-guruan sultan idris, tanjung malim, apabila maktab latihan melayu di johor bahru itu ditutup pada tahun 1929. kecen-derungannya membaca bermula semasa dia dalam tahun dua lagi. paling gemar sekali dia membaca buku-buku dari indone-sia dan setiap ruang waktu yang terluang baginya dihabiskan dengan membaca buku-buku dan majalah-majalah demikian sehingga dia digelar "hantu buku" oleh kawan-kawannya. 23</Page><Page Number="41">sastera kebangsaan isu dan cabaran dia kemudian dilantik menjadi penjaga kutubkhanah maktab tersebut di bawah pengawasan cikgu buyong adil (sekarang bekerja di dewan bahasa dan pustaka). pada akhir tahun ketiga di maktab, abdullah sidek berjaya menghasil-kan novel sulungnya bercinta yang tak berfaedah yang diter-bitkan pada tahun 1931 oleh encik debap and co. dari united press pulau pinang. novel dua penggal setebal 218 halaman ini merupakan sebuah novel percintaan teruna dara. "aku kemudian mengajar di segamat. selepas itu dihan-tar mengajar di parit jamil, muar. aku tinggal di parit jawa. jadi, aku hari-hari berulang-alik dari parit jawa ke parit jamil yang jauhnya kira-kira sebatu." abdullah sidek meneruskan ceritanya. novel keduanya penanggungan seorang putra rajasiap semasa dia mengajar di segamat dalarn tahun 1932 dan ter-bit pada tahun 1934. penerbitnya muhammadiah press, parit jamil, muar. cuma dua buah novel ini sahaja diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain kerana selepas itu dia menerbitkan novel-novelnya sendiri. hingga meletusnya perang dunia kedua, abdullah sidek berjaya menerbitkan 14 buah novel, 12 daripadanya diter-bitkannya sendiri. dalam tahun 1937, lahir dua buah novel-nya: siapakah pembunuhnya? dan pencuri yang licin; duri perkahwinan (1938); manusia yang buas (1939), pertemuan yang bahagia (1939), iblis rumah tangga (1939), gelombang hidup (1940), nasib hasnah (1940), semangat yang tercuri (1940), gadis hulu muar (1941), mari kita berjuang (1941) dan berjanji di keretapi (1942). kebanyakan novel yang dihasilkan abdullah sidek berkisar di sekitar soal-soal percintaan, kahwin paksa, kisah rumah tangga walaupun terdapat tema detektif dalam novel-nya, siapakah pembunuhnya? dalam mengolah kisah cinta dan kasih sayang, abdullah sidek bolehlah disamakan dengan novelis abdul samad ahmad yang sungguh-sungguh mem-berikan perhatian kepada kemurnian budi pekerti dara dan teruna yang berkasih sayang yang dilukiskan dalam novel-novelnya. selain itu abdullah sidek tidak hanya membatas- 24</Page><Page Number="42">abdullaii sidek novelis yang jarang diperkatakan kan latar belakang novelnya di tanah melayu sahaja bahkan dalam novelnya semangat yang tercuri, abdullah sidek mem-bawa pembaca ke daerah papua (irian barat). dalam novel ini novelisnya menganggap masyarakat papua itu sebagai masyarakat melayu juga dengan menonjolkan watak-watak melayu dalam ceritanya. tema percintaan abdullah sidek tidak terbatas kepada satu-satu golongan masyarakat sahaja. dia cuba mengisahkan lebih jauh dari itu, dengan memasukkan unsur-unsur kahwin campur. ini terdapat dalam novelnya iblis rumah tangga di mana seorang pemuda melayu berkahwin dengan seorang gadis tionghoa. jalan cerita iblis rumah tangga ini mirip ke-pada novel subuh atan long. cuma perpisahan antara suami isteri dalam iblis rumah tangga disebabkan sifat curang isterinya. isteri cina itu diceraikan apabila diketahui per-hubungan jantinanya dengan guru piano yang mengajarnya, manakala dalam subuh perpisahan antara suami isteri adalah disebabkan oleh hasutan ibu mentua. namun, kedua-dua no-vel ini mempunyai titik-titik persamaan pada akhir ceritanya. atan long menyudahkan ceritanya dengan sesalan si suami kerana terlalu mengikut kata ibu sendiri sedangkan dalam iblis rumah tangga, abdullah sidek menamatkan ceritanya dengan penyesalan pada pihak suami kerana memasukkan seorang iblis (guru piano) dalam rumah tangganya sendiri. sebanyak lima buah novel sebelum perang abdullah sidek pernah diulang cetak kerana larisnya penjualan novel-novel tersebut. siapakah pembunuhnya? yang merupakan novel tunggal bercorak detektif telah diulang cetak pada tahun 1950 dan dicetak lagi pada kali ketiganya pada tahun 1958. novel pertemuan yang bahagia telah dicetak semula dalam tahun 1957. gadis hulu muardicetak semula dalam ta-hun 1957. mari kita berjuang dalam tahun 1958 dan berjanji di keretapi pada tahun 1959 di singapura. semangat berdikari dan bekerja sendiri telah dimasukkan dalam novelnya, mari kita berjuang. dalam novel ini para be-lia melayu, lepasan sekolah melayu dan inggeris dinasihatkan jangan lekas berputus asa. mereka harus berusaha sendiri 25</Page><Page Number="43">sastera kebangsaan: isu dan cabaran membuka perusahaan sendiri dan jangan hanya mengharap-kan makan gaji dengan kerajaan semata-mata. di samping itu, abdullah sidek menyeru kaum bangsanya bersatu padu demi kepentingan tanah air tercinta. rupa-rupanya semangat yang ditiupkan oleh abdullah sidek ini menjadi pegangan pula ke-pada para belia sekarang ini. perang dunia kedua meletus pada tahun 1939 dan jepun menakluki tanah melayu. pemerintahan jepun juga meng-gunakan kesusasteraan melayu untuk mencanangkan kon-sep asia timur rayanya. menurut arena wati dalam buku-nya cerpen zaman jepun, penulisan kreatif khususnya cerpen merupakan sendi zaman yang amat penting dalam sejarah kesusasteraan melayu khasnya kerana dia memperlihatkan beberapa ciri dari segi isi. waktu itu tidak ada cerpen yang berbau lucah, yang bertemakan cinta khayal, yang meng-gambarkan keputusasaan. rata-rata cerpen-cerpen zaman itu berunsurkan semangat terutama semangat untuk berjuang. pada mulanya berjuang menghalau inggeris dan mengalu-alukan kedatangan jepun dan kemudiannya berjuang me-namatkan pemerintahan jepun pula. abdullah sidek tidak kreatif lagi waktu itu. dia cuma menghasilkan sebuah cerpen dalam dua siri. dari hal pak menung yang disiarkan dalam majalah matahari memancar bilangan 1 dan bilangan 2. cerita berkisar pada kepincangan ekonomi pak menung. dia bercita-cita hendak berkenduri arwah sempena menyambut puasa. disebabkan kekurangan wang pak menung cuba menjual lembunya kepada orang cina penanam sayur di tempat itu. pak menung gagal men-jual lembunya lebih daripada rm10.00. dia mendapat satu ja-lan, iaitu dengan memotong lembu itu clan menjual dagingnya kepada orang kampung. dengan cara ini bukan sahaja pak menung berjaya menunaikan kenduri arwahnya bahkan dia mendapat kelebihan sebanyak rm16.00 lagi daripada hasil jualan daging lembu itu. dia ingin membalas dendam perbuat-an cina itu. dengan jasa baik datuk penghulu dia berjaya mendapatkan tanah kerajaan tempat orang cina itu menanam sayur. orang cina itu kemudian dihalau dari kawasan itu. 26</Page><Page Number="44">abdullah s1dek novelis yang jarang diperkatakan akhirnya pak menung memaksa setiap mereka membayar rm3.00 satu batas tiap-tiap tahun kepadanya sebagai sewa menduduki tanahnya. nyata dilihat di sini bahawa abdullah sidek sudah meniupkan semangat kepada bangsanya untuk mencari jalan bagaimana mengatasi kepincangan ekonomi. cerpen-cerpen abdullah sidek seperti ini masih terdapat sesudah tamatnya perang. kebanyakan cerpen itu tersiar dalam majalah guru. misalnya, siri cerpennya berjudul "satu antara dua" yang tersiar dalam majalah guru, januari 1949 dan februari 1949. walaupun cerpen "satu antara dua" ini bertemakan percintaan dua orang gadis terhadap seorang teruna, yang bernama kamaruddin namun latar belakang cerita itu menunjukkan unsur-unsur memajukan ekonomi diri. pembaca diberitahu pertemuan kamaruddin dan fati-mah semasa dia menjual aiskrim. semangat berniaga untuk meninggikan taraf hidup sudah lama bercambah dan sudah masuk dalam unsur-unsur penceritaan abdullah sidek. cer-pen ini berkesudahan dengan kamaruddin menolak cinta fatimah dan mengahwini nurbaya. alasannya fatimah telah rosak kerana terlalu dimanja dengan kekayaan dan kasih sa-yang ibu bapanya. semangat berniaga dalam meninggikan taraf ekonomi telah juga diolah oleh abdullah sidek dalam cerpennya yang lagi satu dalam majalah guru terbitan jun 1949 hingga sep-tember 1949. perihal kecurangan hassan terhadap isterinya dengan membuat hubungan dengan mary kerr. disebabkan gadis serani itu dia melakukan pecah amanah dan akhirnya dia dihukum dan dibuang kerja. isterinya jamilah mengga-daikan barang emasnya untuk membayar hutang-hutang has-san. wang lebihnya dibuat berniaga kecil-kecilan. akhirnya mereka menjadi peniaga besar di jalan tuanku abdul rah-man (batu road). kesemua cerpen abdullah sidek berjumlah 23 buah. 12 buah cerpennya diantologikan dalam cerita rekaan semen-tara yang lain disiarkan dalam berbagai-bagai majalah sebe-lum dan sesudah perang. dalam bidang novel pula, abdullah sidek terus bergiat dan berjaya menghasilkan 11 buah lagi. 27</Page><Page Number="45">sastera kebangsaan: isu dan cabaran novel-novel tersebut ialah dugaan (1948), di bawah roda penghidupan (1948), tersungkur (1948), dr. zahari (1948), rahsia dalam rahsia (1948), kerana perempuan (1948), ga-dis dusun pergi ke bandar (1948), gara-gara kahwin paksa (1948), membina kehidupan (1948), kerana kongres (1948), dan kerana dia (1950). mengikut harnzah dalam bukunya pertumbuhan novel-novel melayu, abdullah sidek masih lagi menulis dengan gayanya sebelum perang. dia belum mem-bawa gaya baru, kerana caranya masih tetap dengan gaya sebelum perang. namun demikian, bahasanya murni dan ungkapannya halus. tambahnya lagi, abdullah sidek dan novelis-novelis yang seangkatan dengannya masih menggu-nakan kalimat-kalimat yang terlalu panjang, meleret-leret dan berisi kelucuan-kelucuan penghidupan masyarakat melayu dengan diiringi oleh tamsil, ibarat dan tunjuk ajar baik dalam cerpen mahupun novel-novel mereka. menurut zaba pula dalam makalahnya "recent malay literature", abdullah sidek seorang novelis yang menulis novel-novelnya dengan berlatarbelakangkan tanah melayu dengan watak-wataknya yang terdiri daripada orang melayu. ceritanya asli melainkan beberapa buah yang dipengaruhi oleh cerita-cerita hindia belanda. walau bagaimanapun, zaba menganggap abdullah sidek sebagai seorang penulis melayu yang bersungguh-sungguh dan menaruh hasrat yang besar pada pekerjaan sambilannya itu. shaharom husain sependapat dengan zaba, bahawa an-tara pengarang melayu, abdullah sidek belum lagi tergila-gila mencampuradukkan perkataan-perkataan indonesia atau inggeris dengan perkataan melayu. majalah-majalah yang sering memuatkan cerpen-cerpen abdullah sidek ialah warta malaya, al-hikmah, lembaga malaya, idaman, majalah guru, cermin hidup, dan medan sastra. selain daripada cerpen, novel dan esei, abdullah sidek telah juga berjaya menulis dua buku mengenai bahasa: kata-kata sebunyi yang dicetak oleh ahmadiyah press, singapura dalam tahun 1959 dan bunga bahasa yang dicetak oleh ma-laya publishing house dalam tahun 1960. 28</Page><Page Number="46">abdullah sidek novelis yang jarang diperkatakan sumbangannya dalam kesusasteraan tidak begitu mudah dilupakan. sumbangannya kepada perkembangan bahasa melayu sekarang juga tidak mudah dilupakan. dalam bidang pergerakan bahasa dan persuratan melayu, dia pernah dilan-tik menjadi yang dipertua lembaga bahasa melayu di singa-pura. dia juga pernah memegang jawatan setiausaha dalam pakatan bahasa melayu dan persuratan buku-buku diraja johor. hari ini dia sudah bersara, bersara daripada jawatan guru-nya dan bersara daripada penulisan. zaman kegemilangannya diingati, diingati seperti anak-anak dan cucu-cucunya meng-ingatinya sebagai seorang ayah dan seorang datuk. saya me-lihat kesayuan pada matanya, mungkin juga dia belum habis mengenang kisah-kisah silam sedang isteri dan cucu-cucunya (masih kecil-kecil) sibuk pula di dapur. tiga orang anaknya (semua perempuan) kini sudah bersama-sama suami mereka di jakarta, singapura dan kuala lumpur. "sayang," katanya. "darah penulisan ini tidak mengalir dalam darah anakku." mereka seolah-olah tidak tahu siapa abdullah sidek dalam dunia penulisan sepertimana juga pe-minat-peminat sastera tidak begitu ambil berat tentang sum-b angan-sumbangannya. dewan sastera, julai 1972. 29</Page><Page Number="47">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan a. rahim abdullah ketika menyusun dan me-nyelenggarakan antologi puisi penyair bukan melayu, melodi hidup (dewan bahasa dan pustaka, 1989), terdapat sebanyak 19 penulis yang aktif berkarya sejak tahun 1970-an dan 1980-an. daripada jumlah 19 penulis itu terdapat 16 orang penulis keturunan cina, seorang india (joseph selvam), seorang thai (suwanlerd pro poul), dan seorang penyair wanita bumiputera sarawak (margaret mary leonard atau margi leo). antologi itu sudah berusia satu dekad, dan apabila diteliti senarai nama mereka yang karya-karyanya diabadikan di dalam melodi hidup, ternyata kebanyakan mereka tidak lagi 30</Page><Page Number="48">karya puis1 penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan hidup (maksudnya dunia kreativiti mereka sudah gersang) dan hanya beberapa nama sahaja yang masih aktif dan produktif menulis. barangkali ada baiknya jika mereka yang aktif itulah yang wajar kita bincangkan di sini, di samping beberapa nama besar yang kelihatan amat berpotensi. se-narth mereka yang masih berkarya sehingga pertengahan 1990-an adalah seperti berikut: awang abdullah, chai loon guan, lee cheong beng, lee keok chih, lim swee tin, on ah guan, dan siow siew sing. sementara nama baru yang masuk ke dalam dunia sastera kebangsaan ialah selina s.f. lee. selain itu terdapat juga sajak-sajak yang dihasilkan peter augustine goh (walaupun keterampilannya lebih menyerlah dalam bidang cerpen); lim kim hui, low kok on dan e.k. somchit chitdahmrong serta beberapa nama lain yang se-sekali muncul di halaman akhbar dan majalah tempatan. dengan sedikit pengenalan di atas, secara tidak langsung saya telah mengemukakan masalah yang mewarnai kesusas-teraan malaysia kini, iaitu kurangnya penyertaan daripada kalangan penulis bukan melayu (khasnya penulis keturunan india dalam bidang puisi). jika ada pun bilangannya cukup terhad, sementara bilangan pertambahannya juga tidak meng-galakkan. kenapa dan mengapa senario seperti ini terjadi? apakah langkah-langkah yang bijak dan wajar dilakukan untuk merancakkan lagi dunia sastera kebangsaan ini dita-ngani bersama oleh penulis pelbagai kaum? barangkali se-gala masalah dan tindakan selanjutnya dapat disentuh pada bahagian akhir makalah. oleh sebab ruang yang terbatas, tumpuan makalah ini akan menyentuh karya-karya puisi penulis bukan melayu termasuk bukan bumiputera sabah dan sarawak, walaupun mereka ini tidak menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda atau komunikasi sesama keluarga. saya barangkali akan dianggap cukup berhemah apabila memperkatakan karya-karya mereka yang pernah tersiar dalam media utama, yang dibukukan mahupun yang pernah menang dalam sesuatu sayembara mengarang sahaja. per-bincangan kepada tema yang popular dan pemikiran penyair 31</Page><Page Number="49">sastera kebangsaan: isu dan cabaran berkenaan menjadi fokus perbincangari ini. kita akui bahawa pengucapan seni adalah suatu proses yang cukup unik dan sukar digambarkan lebih-lebih lagi jika wujudnya perbezaan bangsa dan bahasa ibunda melalui satu pengucapan bahasa yang dimaklumi oleh semua kaum. akan tetapi setelah lebih empat dekad mencapai kemerdekaan, kita percaya masalah-masalah internal dan jurang perbezaan kaum itu dapat diatasi dengan penuh kesedaran bersama daripada semua golongan masyarakat di negara ini. contoh terbaik dalam hubungan ini adalah golongan penulis, sastera-wan dan penyair - merekalah yang wajar dijadikan model kepada golongan masyarakat terbanyak di negara ini. sensitiviti penyair adalah alat penting yang merakam dan menyentuh indera rasa. sementara tidak pekanya seseorang itu pula menyebabkan dia tidak dapat menjadi penulis atau penyair yang baik. alam sekeliling, masalah sosial dan kekacauan peribadi adalah tiga faktor utama yang sering mempengaruhi penyair menghasilkan sajak atau puisi. hakikat inilah yang begitu lumrah dite mui dalam sajak-sajak penyair pelbagai kaum di samping persoalan yang bersifat peribadi. awang abdullah (nama asalnya pui tiong gee) yang terkenal dengan siri sajak "kecek" sering membawa persoal-an sosiopolitik tempatan dan antarabangsa. beliau sudah mendapat tempat yang dominan dalam kesusasteraan tanah air. sajak-sajaknya "guru adalah arus, adalah pengukir" memenangi hadiah pertama peraduan menulis puisi remaja esso-gapena tv (1986) di samping memenangi hadiah puisi alam sekitar. sajaknya "perninangan bukit besi" (berita minggu, 6 oktober 1985) mempersoalkan tentang pembangunan yang disampaikan secara sinis: dari rumah banglo harga mewah menggantikan rumah-rumah kongsi para buruh dan seperti biasa juga di sini akan dibangunkan sebuah padang golf yang luas saujana 32</Page><Page Number="50">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan tempat orang-orang ternama mengempiskan perutnya. sementara dalam "lukisan zaman" penyair ini melihat kebesaran tuhan, di samping memperingatkan diri, khasnya bagi seniman yang mahu berjaya dan dihormati: sesekali kita harus kembali menyatukan keyakinan dengan hakikat waktu atau membancuh nilai-nilai peribadi dan kekalutan ini dengan warna keimanan yang kental, sewaktu-waktunya kita juga harus pandai meletak diri antara sejuta garis yang menyilang chai loon guan, lahir pada 9 februari 1960 di tanjung malim dan kini bertugas di akademi pengajian melayu, universiti malaya, juga semakin aktif berkarya. sajak "melodi hidup" yang diangkat menjadi judul antologi pada tahun 1989 itu, penyair melihat kekacauan kota sebagai satu ironi, sehingga menyebabkan hakikat "melodi hidup" itu sudah hilang: remaja hilang bahasanya kota lupa sopannya ayah tua menanti hampa begitulah segala-galanya pun bermula. hujan turun tiada melodi mentari pun simpati pada usia lewat yang begini: inikah teknologi suara seorang tua: tanpa budi 33</Page><Page Number="51">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tanpa maruah diri? pengungsi kota kita adalah sementara sebelum menanti hari-hari sepi beliau juga sering menang dalam sayembara mengarang dan sajaknya yang terbaru mengenai bahasa dan kosovo turut diabadikan dalam buku-buku berkenaan. pandangan penyair sebagai seorang ahli akademik baik mengenai masalah dalam negara mahupun antarabangsa, turut mempertajamkan lagi daya kreativiti dan pandangan duniany a. saya perturunkan sikap chai loon guan mengenai "bahasaku bahasa melayu". bagaikan kuntum-kuntum mawar segar menguntum wangi mekar harum semerbak indah ceria tersebar ke ceruk rantau benua desa kota bahasaku, bahasa melayu semakin subur di kebun siasah semakin intim dan akrab di taman muhibah semakin mantap dan canggih di sketsa kemajuan semakin terampil di buana pembangunan kuntum kelopak kata, frasa dan klausa zaman-berzaman mapan berbunga ceria menangani riak kocak badai gelora sintaksis waswas dan lautan curiga. bahasaku, bahasa pemangkin budaya ilmu dan sastera di persada nusa bangsa, nusantara dan antarabangsa bahasaku, bahasa perjuangan srikandi dan wira di pentas wacana keintelektualan inteligensia sains dan teknologi menjelang wawasan perdana. dirgahayu bahasaku, bahasa melayu gah megah tabah gagah 34</Page><Page Number="52">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan meniti cemerlang mewarnai gemilang negara bangsa di peta dunia! (sumpah setia bahasa, 1999:66 - 67) sajaknya "kuala lumpur" (dewan sastera, mac 1997), mempersoalkan mengenai senario ibu kota malaysia yang mulai hilang nilai-nilai kemanusiaan. antara lain penyair men-jelaskan: kuala lumpur adalah sketsa penuh warna dipayungi kelompok awan-gemawan cemar dihambat deras arus canggih dan modenisme dibelenggu rantai-rantai materialisme dikurung jeriji-jeriji kecemburuan dicumbui nilai diri yang semakin nipis tiada ketulusan dan adab bicara tiada keluhuran dan kerasionalan kemanusiaan sarwajagat semakin sakit dan luka digigit kerakusan dan kebinatangan sebilangan manusia yang menghuni setiap inci ruang buminya! cheng poh hock yang aktif berkarya sejak 1970-an mempersoalkan tiga hal penting manusia di bumi malaysia ini: sejarah dan kebenaran tuah/jebat, cinta ilmu yang penuh pro dan kontra. penyair dari negeri perlis ini nampaknya sudah jarang berkarya sejak akhir-akhir ini. dalam "bahasa asing", cheng yang pernah memakai nama pena yusri cheng banyak bertolak daripada persoalan peribadi. antara lain katanya: betapa puas bersunyi: aku menunggu; dan mengharap sebuah negeri riang: menjadikan aku tidak faham dan semakin tidak mengerti membiarkan setiap pencari bertanya dalam waktu. 35</Page><Page Number="53">sastera kebangsaan: isu dan cabaran w' di keasinganku, hanya rindu dan titis-titis keharuan: membasahi sebuah kenangan yang sering membuat aku kian resah pada suara-suara memanggil pulang; bagai kicau burung di halaman mematikan langkah pencari. dalam sajak "dilema di 3 simpang", cheng mempersoal-kan tentang kesetiaan tuah-jebat: tuah-jebatmu; disimpang-siurkan oleh sejarah, yang diteknologikan mengikut fakta, kemudian dirojak-rojakkan oleh sarjana: aku dalam dilema cari-mencari, yang dipertikaikan oleh ahli sains dalam suka, dalam duka telah kubaca: keunikan hikayatmu dan kutelan jua pahitnya masa kecil penghilang resah. tidak kubiarkan diri dihanyutkan oleh arus; dan dalam bulan terang setitik sinar: menghasilkan kedewasaan ber.fikir di antara logika asing mengotorkan taman; kuhiasi masa lampaumu 36</Page><Page Number="54">karya puis1 penulis pelbaga1 kaum: antara kreativiti dan masa depan sebersih kapas selembut bayu. penyair doffin ng tiat chien dari pontian, kaya dengan getaran ingatan masa lampaunya. sajak-sajak "terkenang malam itu" dan "sinaran lampu di sebalik pantai" adalah rakaman pengalaman yang nostalgik. dalam "benang gitar april" penyair ini melihat danau yang sepi tetapi ada iramanya tersendiri. kuberdiri tegak gugup tanpa sekata pun april, bulan berani ria semangatku terpikat pada alunan gementar danau. riak-remiak tekan-menekan dan berteman bertahun-tahun sedangkan aku terlupa bulan-bulan nan baki. siapakah menenun kain abadi di sana mabuk pada cerita asmara kuno itu maka kuterkenang sebuah lagu dan lapuk berkurun-kurun. goh teck berasal dari jelebu, negeri sembilan, juga mengalami sentuhan rasa yang sama dalam sajaknya "apabila sepi terdampar di daerah ini". apabila sepi terdampar di daerah ini kamarku telah lama tertutup setiap langkah telah menghilangkan bunga jejak yang rancak lalu wajah lesu memberikan senyummu 37</Page><Page Number="55">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dalam "sandiwara yang pura-pura" goh teck men-jelaskan: dua musim bunga yang gugur pementasan sandiwara hidup di pantai hempasan ombak berseri-seri bulan purnama tak tampak-tampak dalam lautan. gunung-gunung renda bisa kudaki lembah-lembah cetek tidak sepi permukaan air laut bisa kukocak memecahkan keriangan dalam sunyi pada gundukan waktu. cumbuan gunung-gunung sudah tinggi tergelongsor penghibur di pentas hiba tanpa penonton-penonton kaya gadis sandiwara tidak akan kucinta lagi. goh then chye, bekas profesor madya di jabatan pe-ngajian tionghoa, universiti malaya, adalah tokoh penting dalam perkembangan bahasa dan sastera melayu dan cina di negara ini. sejak tahun 1960-an beliau menghasilkan beberapa buah buku kajian puisi termasuk terjemahan. goh yang memakai nama pena loo mun, auyang fan, dan chiang chi telah menghasilkan tujuh buah kumpulan puisi. beliau lebih banyak memberi fokus kepada kemanusiaan yang terabai, akibat daripada perubahan sosial. sajaknya "askar tua itu" digambarkan seperti berikut: askar tua itu seperti seekor burung unta senyap menjaga kesayuan mayapada. mungkin berbulan malam ini udara teramat dingin hati dingin seperti lumut dalam angin kencang. matanya menatap ke sempadan jauh keluhnya mengambang di udara teresak-esak jiwanya bagai daun hanyut dalam gelombang menderu. 38</Page><Page Number="56">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativit1 dan masa depan dengan hasrat luhur mulia di tanah sunyi lagi ngeri ini mengetuk pintu gerbang damai sejarah. malam ini, mukanya murung dia menanti merpati melayang atau menunggu ajal datang. dalam "hari bertaufan", penyair ini menyalahkan sistem yang menyebabkan sengketa dan pembunuhan berlaku dan meninggalkan peristiwa hitam pada manusia yang cintakan kedamaian. sebagai insan yang punya tanggungjawab moral, penyair tetap berazam dengan harapan yang cukup positif: di zaman malang dan kejam kita ada banyak bencana meskipun kita pernah mengharapkan hidup elok dan kuntum pertama mekar di bawah suria. nyahlah! setan kejam lihatlah! siapa anak kekasih zaman kita akan tulis halaman baru jiwa sendiri di dalam hari bertaufan! joseph selvam, lahir pada 6 disember 1940 di merlimau, melaka, mula menulis dalam bahasa tamil pada tahun 1962 dan bahasa melayu pada tahun 1971 dalam bidang cerpen, puisi, drama, rencana dan terjemahan. puisinya pada peringkat awal distensilkan kecuali "nadi perpaduan" (1972) dan "penerimaan" (1978). joseph yang menulis pada tahun 1970-an sudah tidak aktif lagi setelah bersara daripada menjadi guru. dalam sajak "pusaka kita", penyair antara lain menjelaskan: negaramu negaraku juga kerana awan dan aku rakyat yang setia dengan ini negara ini pusaka kita bersama! 39</Page><Page Number="57">sastera kebangsaan isu dan cabaran kita berlainan keturunan tapi kita bersemangat muhibah kita berlainan bangsa tapi kita bersatu padu dan siapa berani merosakkan perpaduan kita menghalang kemajuan pesat menjatuhkan imej negara harus lebih dahulu sanggup melangkahi mayat kau dan aku! (balai muhibah, april 1975) lee cheong beng atau mohd azli lee abdullah lebih senang dengan sajak-sajak yang pendek. oleh sebab itu terasa sajak-sajaknya lebih kompak dalam mengemukakan dan menyimpulkan persoalan. penyair ini lebih senang memperlawan kata-kata: kita yang melontar suara/suara yang melontar kata kata yang melontar makna/makna yang melontar akal ("kita yang melontar suara") dalam "ruang" penyair sinis ini mentafsir: ruang adalah para malaikat yang diam dan bertafakur cukup kenal pada malam cukup kenal pada siang tapi tidak pernah membezakan warna dan suara. lim kim hui yang giat menulis masa kini turut mewarnai suasana perpuisian tanah air. berpendidikan dari universiti malaya, lim kim hui pernah memenangi hadiah sastera 40</Page><Page Number="58">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan utusan-public bank. sajak "penjual adicita, tukang kebun dan warta lama" (mingguan malaysia, 26 disember 1993) memperlihatkan citra penyair yang cukup prihatin terhadap kehormatan dan budi bahasa manusia. antara lain jelasnya: sewaktu bunga gelar harum menguntum mekar di pohon kuasa sang raja adicita bersorak sebaris tutur kata menunjang hujah harganya semahal sebaris tajuk berita halaman pertama mata dan hati merebut menyambutnya. ii peredaran mayapada bermula musim gugur sudah tiba taufan berputar melanda daun wibawa gugur ranting sanjung kering dahan hormat patah akar sokong tengadah pohon kuasa rebah ke tanah tiada siapa peduli kecuali bahang bumi seruling air mata bisikan senja dan seorang tukang kebun memungutnya. penyair lim swee tin dalam arena kesusasteraan malaysia mutakhir, turut menjadi kebanggaan kita bersama kerana kesetiaannya yang terus berkarya sehingga namanya mendapat tempat yang terhormat. kumpulan puisinya warna pelangi (1992) mengandungi sebanyak 37 puisi yang dianggap 41</Page><Page Number="59">sastera kebangsaan: isu dan cabaran oleh mohamad daud mohamad sebagai mencatatkan peta perjalanan penyair mengenal fauna dan flora, sejarah keagungan bangsa, landskap kehidupan manusia dalam pel-bagai ragamnya. kumpulan puisi ini rnembawa tema cinta, serta kerinduan masa lalu sebagai titik pengalaman yang sukar dilupakan. terdapat penyatuan diri penyair dengan alam, sungai, laut, gunung, dan semua makhluk bernyawa. misalnya "surat dari rimba 1: daripada burung" antara lain berbunyi: tak benar di sini telah hilang segala kebebasan. aku masih melebarkan sayapku seperti dahulu. nyanyian silamku masih mesra mengisi riang rimba. tak benar di sini pupus dan redup segala keinginan hidup. dalam sajak "kulukis" penyair menjelaskan seperti ber-ikut: kulukis rajah dengan garis bersilang kerana kehidupan tidak selamanya lurus. kulakar sketsa dengan sentuhan berbagai kerana harapan tidak selalunya sebentuk. kuwarna corak dengan alun berbeza kerana mimpi tidak pastinya rata. kumasuki hari dengan awas yang cermat kerana langkah tidak selamanya tepat. 42</Page><Page Number="60">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan kujejaki waktu dengan akar yang pejal kerana tindak tidak selalunya bijak. kuredahi musim dengan yakin yang kental kerana fakir tidak pastinya kejap. kulukis bentuk dengan petak bersegi kerana kehidupan adalah labyrinth lain yang menguji. (gurindam alam, 1994:168) dalam sajak "seorang lelaki tua", penyair merasakan kota adalah satu malapetaka pada manusia lemah itu. seorang lelaki tua yang tiba-tiba bagaikan terjaga berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi asing dan menyepikan di kelilingnya asap dan debu kering dan melemaskan. (melodi hidup, 1989:58) lim tian hion, adik lim swee tin, pula semacam me-nyalahkan sistem. ini terlihat pada sajak "hanya sehelai ker tas" (dewan sastera, april 1992) dan sajak "kesederhanaan ini" (sin chew jit poh, 21 julai 1982). dalam "kepastian" penyair cuba memberontak dalam diri dengan monolog dalaman yang berbunyi: ada suara dalam dirinya kecil dan lantang ingin menyebut tentang segala kepalsuan namun siapakah di antara kita yang tahu mendengar sebuah suara tua itu? sesekali ingin kembali aku bersama mereka</Page><Page Number="61">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran tidur bersama mimpi dan sangsi untuk mengenali hanya satu kepastian dalam suara diri. low kok on, penulis dari sabah, menulis sajak "serey kemboja" yang ditujukan khusus untuk seorang gadis di salah sebuah negara jiran yang menjadi mangsa penganiaya-an kanak-kanak. antara lain penyair ini meluahkan perasaan simpatinya: lalu engkau dibiarkan terbaring di halaman sebuah taman pidana membiarkan kaki sepatu yang berlalu pijak dan terus memijak sehingga kepuasan tak bererti itu reda di hujung jari kaki. wahai serey kemboja aku difahamkan pada mulanya semangat dan pendirianmu mencecah langit biru enggan menunduk kepada kenyataan lalu engkau bergelut dengan nasib talam demi mempertahankan maruah kuntum kemboja namun lebih kuat engkau bergelut lebih dalam luka pada kelopakmu. maafkan ibu ranting yang terdesak maafkan sepatu yang tidak berakal maafkan setiap insan yang makanannya sedap namun fikirannya tidak seberapa. maafkan diriku yang hanya pandai berkata-kata 44</Page><Page Number="62">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan namun tidak dapat menghulurkan sapu tangan ikhlas tatkala air matamu bercucuran pada malam monsun januari mengganas sehingga hembusan pagi disember madkan aku wahai serey kemboja. (dewan sastera, julai 1998) puisi-puisi on ah guan @ ghazali m.a. pula, selain membicarakan persoalan manusia dan masyarakat, juga mampu menilai dalam dirinya. dalam sajak "ilmu" (puisi-puisi kijang ii, 1981) penyair ini merasakan dirinya teramat kerdil berbanding dengan kekuasaan allah yang qadim. dalam sajak "waktu" penyair banyak menggunakan perbandingan dan personifikasi. misalnya: matahari pun malu, dan bulan menghantar pulang, jari kaki membilang debu, dan kolam mata merah berair. ketika musim kemarau matahari pun malu dan bulan menghantar pulang. kita bercerita tentang masa lalu jari kaki membilang debu warung makin kosong angin pantai memanjang menikam pohon-pohon kelapa bergoyang lalu kolam mata merah berair tak kita sedari tikus warung terjun turun bangku panjang terjatuh di gigi pasir. telah terlalu lama kita bercerita warung mulai ditutup 45</Page><Page Number="63">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran lalu bulan menghantar pulang fikir tentang sejarah lalu. (mingguan malaysia, 20 februari 1983) ong boon teck, lahir di kota bharu, kelantan, pada 28 ogos 1962, pernah menjadi pemberita akhbar bacaria selama dua tahun sebelum berniaga sendiri, pernah memenangi hadiah sagu hati puisi hadiah utusan-public bank 1985. dalam "sajak hari kelahiran", ong boon teck melukiskan suasana budaya menyambut hari lahir yang penuh romantis: hari ini adalah antara hari-hari terkumpul segala kenangan manis segala pengalaman berwarna-warni seperti kuih di depanmu. lalu bergema di antara dian yang bernyala engkau menghembus apinya sehingga padam semuanya adalah restu semuanya adalah harapan moga-moga usia kekal abadi. hari ini hari kelahiranmu hari yang penuh dengan doa dan mimpi. peter augustine goh, berasal dari melaka dan kini bekerja sebagai polis di singapura, lebih berketerampilan dalam bidang cerpen. salah sebuah sajaknya yang ber tajuk "kekasih" (dewan sastera, mac 1997) , mengungkapkan permasalahan ketuhanan dan pengharapan seorang hamba allah untuk kekasihnya mengabdikan diri kepada penciptanya. antara lain penulis melahirkan citra manusia yang kudus: matamu bagai sinar cahaya bulan berseri dan mengindahkan bila terpancar di kolam hidup menjanjikan seribu harap. 46</Page><Page Number="64">karya puis1 penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan • wajahmu bagai cermin hias hening dan syandu bila terlontar ke diri insani mengukirkan kasih murni. hatimu menyimpan warna cinta yang tak mungkin pudar kautegak dalam uji perintah-nya yang semakin menebal. kekasih kau air sumur cinta yang menghilangkan dahaga di musim kemarau. dalam putaran roda masa katamu benar benar belaka semua ini sementara hanya dia saja yang kekal abadi. bagaimana dapat dilupakan segala yang sementara ini. selina s.f. lee atau nama sebenar lei sai fa adalah penyair wanita yang cukup berpotensi, dan mempunyai masa depan yang cemerlang andaffiya beliau terus berjuang bersama semangat suaminya, lim swee tin. dalam sajak "lelaki di pesisir" (1991), selina melukiskan citra lelaki yang cukup romantis seperti berikut: di matanya ada matahari hidup yang masih bersinar dalam deru dan gelisah harinya. dalam matanya ada tirai langit yang masih membiru dalam kelabu dan resah hidupnya. 47 •</Page><Page Number="65">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran seakan baginya jalan ini tak pernah akan ada hujung antara langkah-langkah cekal dan sabar dan wanita termangu itu menantinya dia adalah camar tak pernah takut pada gelombang dia adalah karang tak pernah bimbang pada taufan. di matanya ada bintang mengerdip dalam kelam dan sulit perjalanannya. dia lelaki tak akan pernah terluka kakinya oleh sejuta cabar dan rentetan duga. (gurindam alam: 166) imej dalam sajak siow siew sing, pensyarah di institut bahasa melayu malaysia, sering dipersonifikasikannya. kata-kata seperti: "cahaya bulan", "bertenggek/pada ranting-ran-ting" dalam sajak "cahaya" cukup berimbang. di kamar sepi ini bayang-bayang mengganggui tidurku cahaya bulan bercabang dua bagaikan ombak memukul dada pedih dan sebak akan kulemparkan cahaya itu pada pohon cemara di muara biar ia bertenggek pada ranting-ranting dan dedaun kering bakal menyinari akarnya. (dewan sastera, april 1981) 48</Page><Page Number="66">karya puisi penulis pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan penyair suwanlerd pro poul juga memahami persoalan peribadi yang diucapkan dengan halus, dan kesetiaannya dengan kata-kata yang harmonis dan berirama. bahasa resahmu/aku faham/bicara susahmu dan aku maklumi/bisikan rindumu ("bahasa ombak") dengan sejuta lelah dengan seusia parah membeku suara tangis anak isteri mendiamkan kepahitan sebati mengheret kepedihan abadi. ("pelaut yang pulang") tang eng teik, bekas pensyarah di jabatan pengajian tionghoa, universiti malaya, lebih banyak merakam peristiwa di sesuatu tempat. "batu maung", "dalam dusun", "hujan gerimis", menjadi bahan penulisannya yang menarik dan berkesan. akan tetapi lain pula saranan yang dibawa dalam "pintu" yang mengajak saudara-saudaranya berjabat tangan menyambung perpaduan. bukalah pintu ini bukalah pintu ini saudaraku biarlah kita berjabat tangan biarlah kita bermesra. di jalan sepi sunyi ini kami berjalan mengapakah semua pintu masih tertutup? bukalah pintu ini bukalah pintu ini janganlah percaya kata-kata dusta di antara kita masakan ada permusuhan yang wujud ialah 49</Page><Page Number="67">sastera kebangsaan: isu dan cabaran rasa persaudaraan yang indah laksana puspa rasa mesra laksana saudara-mara bukalah pintu ini bukalah pintu ini (melodi hidup, 1989:109) demikianlah serba ringkas kupasan dan kesan terhadap puisi-puisi penyair bukan melayu yang terhasil sekitar tahun 1970-an hingga tahun 1990-an dalam melihat kemampuan mereka mengucapkan rasa puitis dan pernyataan seni. menyedari tentang tema atau persoalan yang diungkapkan oleh mereka itu, maka secara langsung memperlihatkan pandangan dan tanggapan mereka terhadap alam sekeliling, masalah masyarakat sekitarnya dan masalah peribadi. seperti yang disebut pada awal-awal tulisan ini bahawa masalah kurangnya penulis pelbagai kaum menghasilkan karya puisi sebenarnya bukan satu persoalan serius. hal ini disebabkan dunia kreativiti memang ada pasang surutnya. mungkin kurang minat penulis bukan melayu terhadap kesusasteraan kebangsaan disebabkan faktor-faktor lain yang perlu kita kenal pasti bagi menggalakkan lagi proses kreativiti, dan kita tidak boleh memaksa mereka berkarya. masalah bahasa bukanlah faktor utamanya kerana semua kaum mendapat pendidikan bahasa kebangsaan yang cukup baik, malah kebanyakan pelajar bukan melayu jauh lebih cemerlang pencapaian mereka dalam subjek bahasa melayu. yang perlu kita fikirkan bagaimana menyemarakkan lagi dunia sastera tanah air dengan menambahkan lagi bilangan penulis berpotensi dan berkualiti. saya tidak bermaksud untuk "meramaikan" suasana kesusasteraan, tetapi membanyakkan karya yang lebih berkualiti, walaupun bilangan penulis dan pengkarya tidak seberapa. oleh itu gapena, jabatan perpaduan negara dan agensi-agensi lain, serta per tubuhan sastera budaya wajar memikirkan langkah-langkah positif bagi merangsang penulis-penulis bukan melayu berkarya. mungkin sahaja 50</Page><Page Number="68">karya puisi penul1s pelbagai kaum: antara kreativiti dan masa depan hadiah khas dalam bidang puisi dan sebagainya diwujudkan bagi mempertingkatkan lagi kreativiti, walaupun ada yang mengatakan tidak perlu kerana masalah jurang kebahasaan sebagai medium kreativiti mereka tidak lagi wujud di negara ini. walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa sastera dan puisi ada fungsi dan peranannya tersendiri. t.s. elliot pernah menyatakan bahawa puisi mungkin mempunyai tugas yang lain pada waktu depan berbanding tugasnya pada masa lampau. yang penting bagi kita ialah menentukan terlebih dahulu apakah fungsi yang pernah dilakukan oleh puisi pada waktu lampau, baik dalam mana-mana era dan zaman, dalam mana-mana satu bahasa dan secara universal. maka itu kita perlu merenung sejenak, apakah pengucapan seni para penyair pelbagai kaum sebelum ini telah berhasil mencorakkan suatu senario kehidupan yang harmoni, untuk bangsa dan negara ini, sejajar dengan aspirasi dan proses integrasi nasional? kertas kerja simposium penulis pelbagai kaum. miri, sarawak, 17-19 september 1999. 51</Page><Page Number="69">realisme dan meta fictlon dalam cerpen-cerpen anwar ridhwan a. rahman yusof sebuah karya mendepani kita dengan pelbagai kemungkinan. pada penulisnya mungkin karya itu dianggap sudah selesai. pada zahirnya memanglah begitu. sebuah karya yang selesai ditulis, disunting, dicetak dan diterbitkan dianggap oleh umum sudah selesai. memang anggapan umum itu tidak salah. tetapi dari sudut teori karya itu sebenarnya belum selesai. ia memasuki kesedaran para pembacanya dan di sana ia dicerna dan di-olah semula mengikut pemahaman masing-masing. ya, teks itu tidak berhenti setakat terbitnya. teks sesebuah karya bukanlah benda mati. sebagai satu sistem tanda ia menawarkan kepada kita pelbagai kemungkinan. 52</Page><Page Number="70">real1sme dan metafiction dalam cerpen•cerpen anwar r1dhwan begitulah apabila berdepan dengan sangkar, kumpulan 22 buah cerpen karya anwar ridhwan ini saya disogokkan dengan pelbagai kemungkinan. cerpen-cerpen dalam kumpulan ini, misalnya, boleh sahaja ditafsir dan dinilai menurut pendekatan tertentu. antara pendekatan itu termasuklah pendekatan sosiologi, psikologi, moral, formal, archetype dan bahasa. kalau kita mahu lebih kemas kini mungkin boleh dipakai pendekat-an-pendekatan terbaru seperti teori resepsi, strukturalisme, pascastrukturalisme, semiotik atau dekonstruksi. semua ini membawa saya kepada teori dan kritik sastera yang relevan, tema yang hangat dirancangkan dalam satu seminar di indonesia baru-baru ini. andaian di sebalik seminar itu ialah di indonesia kini belum wujud satu poetika atau teori sastera yang khusus indonesia untuk menanggapi karya-karya yang dihasilkan di sana. bagi saya, itu bukan persoalan yang cukup relevan, terutama apabila membicarakan kesusasteraan moden. seperti yang kita ambil bulat-bulat dari barat dengan sedikit penyesuaian di sana sini. hanya beberapa tahun kebelakangan ini dengan timbulnya kesedaran terhadap akar kebudayaan kita dan kebangkitan islam barulah timbul suara supaya diwujudkan satu poetika yang bersifat peribumi atau islam. bagi saya, pendekatan yang relevan ialah pendekatan yang mengambil kira sifat-sifat atau ciri-ciri khusus karya itu. sebuah karya yang kaya dengan perlambangan, misalnya, mungkin lebih sesuai digunakan pendekatan archetypal daripada pendekatan-pendekatan yang lain. begitu juga sebuah karya yang absurd atau yang membawa unsur-unsur fantastik kurang sesuai kalau dibicarakan dari sudut realisme. biarlah saya berterus terang sahaja. pendekatan yang akan saya ambil apabila membicarakan cerpen-cerpen anwar ridhwan ini ialah pendekatan yang eklektik. ertinya saya tidak akan menghambakan diri saya pada satu-satu pendekat-an tertentu. pada hemat saya keterikatan kita pada mana-mana satu pendekatan ada baik dan ada buruknya. baiknya kita mempunyai satu sikap dan pendirian yang jelas, iaitu 53</Page><Page Number="71">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sejak mula menentukan apa pendekatan yang akan diambil dan kerana pendekatannya yang satu itu sahaja, kita mungkin dapat membicarakan karya itu secara terperinci. buruknya ialah kita mungkin terlalu terikat dengan pendekatan yang kita pilih dengan segala konsep dan alatnya sehingga walaupun ada pendekatan lain yang dapat menerangkan karya itu dengan lebih saksama, pendekatan yang lain itu dengan sendi-rinya akan tersisih. untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi maka saya memilih pendekatan yang eklektik, iaitu mana-mana pendekatan yang saya kira boleh memperjelaskan sesebuah cerpen dengan lebih baik saya akan menggunakan pende-katan itu. tidak ada pretensi di sini untuk bersikap objektif apatah lagi untuk mengatakan pendapat yang saya kemukakan ini muktamad atau mutlak. tentu sahaja pendapat-pendapat saya boleh dibantah atau dicabar. akan tetapi sebelum itu eloklah saya jelaskan bahawa apa-apa yang bakal saya kemukakan ini adalah tanggapan peribadi saya, penjelmaan kesukaan dan ketidaksenangan saya terhadap karya-k arya yang terkumpul dalam kumpulan ini. pada hemat saya kajian terhadap satu-satu cabang ilmu kemanusiaan atau kemasyarakatan tidak mungkin sepenuhnya objektif, terutama bidang yang dikaji itu manusia yang serba kompleks dan volatile sifatnya. ja-ngan lupa juga bahawa yang melakukan penilaian itu seorang manusia yang mempunyai kesukaan tertentu, kebencian tertentu dan prasangka tertentu. akhir-akhirnya kritik sastera boleh disamakan dengan ujian rorschach iaitu tafsiran kita terhadap tompokan dakwat di kertas banyak bergantung kepada pendidikan, pengalaman dan trauma yang kita hadapi dalam hidup. dengan mukadimah yang agak panjang itu marilah sekarang kita tanggapi cerpen-cerpen yang termuat dalam sangkar. per tama, mengapa "sangkar"? mengapa tidak mengambil salah sebuah cerpen yang termuat dalam antologi ini sebagai judulnya iaitu menurut tradisi yang diamalkan sebelum ini? secara tegas judul dua kumpulan cerpen anwar 54</Page><Page Number="72">real1sme dan metaf1ction dalam cerpen-cerpen anwar r1dhwan yang terdahulu — parasit dan sesudah perang — diangkat daripada salah sebuah cerpen yang termuat dalam kedua-dua kumpulan itu. saya rasa jawapan kepada soalan itu sebahagiannya terjawab pada salah sebuah cerpen yang termuat dalam kumpulan ini. melalui "tik! tik! tik!" anwar menggambarkan keadaan di mana para doktor di sebuah klinik membayangkan klinik tersebut menjadi sangkar. dalam mata hati doktor, pemilik klinik itu: sangkar adalah lambang.... sebuah sangkar selalu membayangkan kurungan.... sangkar kosong pun membayangkan imej yang mengerikan. ia kosong, mungkin menanti penghuni baru yang bakal terpenjara. tapi, fikirnya, bukankah dunia ini pun sebuah sangkar maha besar? semua manusia terkurung di dalamnya.... (hlm. 128) bahagian yang diitalik ialah variasi daripada kata-kata shakespeare yang terkenal: "dunia adalah pentas dan semua manusia di dalamnya adalah para pelakonnya." kata-kata shakespeare itu optimistik sedang anwar agak suram dan pesimistik. barangkali perkara yang mahu disampaikan anwar melalui cerpen-cerpennya ini ialah manusia tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat pada dasarnya mengalami nasib yang sama iaitu terpenjara di dunia ini. ini adalah kumpulan cerpen anwar yang ketiga selepas parasitdan sesudah perang. beberapa buah cerpen daripada kumpulan yang terdahulu dimuatkan juga dalam antologi ini walaupun tidak kesemuanya. kedua-dua kumpulan yang terdahulu itu tidak lagi beredar dalam pasaran, maka dirasakan perlu antologi yang ketiga ini. cerpen-cerpen dalam kumpulan ini dipilih oleh pengarangnya sendiri. barangkali tidak salah kalau kita menduga pengarangnya menganggap kumpulan ini sebagai cerpen-cerpennya yang terbaik yang pernah dihasilkannya sehingga kini. 55</Page><Page Number="73">sastera kebangsaan: 1sc dan cabaran kumpulan ini terbahagi kepada tiga bahagian. bahagian pertama "bangau sawah" mengandungi enam buah cerpen; bahagian kedua "fikir yuyutsu" memuatkan tujuh buah cerpen; sementara bahagian ketiga dan terakhir, "ringgg ...!" pula menawarkan sembilan buah cerpen. ada beberapa hal yang menarik tentang pembahagian ini. bahagian pertama menyajikan cerpen-cerpen yang berlatarbelakangkan kampung atau daerah pedalaman. rata-rata cerpen dalam bahagian ini diolah menurut tradisi realisme. bahagian kedua mengutarakan kisah-kisah — adakalanya lebih menghampiri sketsa — yang berlegar dalam pemikiran watak-wataknya, cerpen-cerpen yang saya golongkan sebagai cerpen-cerpen mindscape. bahagian ketiga mengajukan cerpen-cerpen yang berlatarbelakangkan kota, khususnya kota-kota metropolitan di luar negeri seperti bangkok, hong kong dan new york. untuk memudahkan pembicaraan cerpen-cerpen dalam kumpulan ini kita akan mengikut pengelompokan seperti yang dibuat pada buku ini. pada hemat saya cara ini wajar kerana cerpen-cerpen itu dikelompokkan mengikut latar belakang atau mode penceritaannya. saya akan cuba mengete-ngahkan cerpen-cerpen yang saya anggap kuat dan berjaya, terutama ciri-ciri istimewanya dan juga cerpen-cerpen yang saya anggap kurang berhasil dan mengapa saya beranggapan demikian. seperti yang saya sebut pada awal pembicaraan ini saya tidak akan berpretensi objektif dalam penilaian saya. pada dasarnya saya senang dengan cerpen-cerpen yang realistik, sebab dunia yang disajikan kepada kita serba teratur dengan watak-wataknya yang jelas, plot yang kemas, ada ketegangan, kekusutan dan peleraian. %ktu beredar menurut satu garis lurus dan satu-satu kejadian dihuraikan mengikut hukum sebab dan akibat. saya suka pada reali sme kerana walaupun betapa suramnya dunia yang cuba digambarkannya, karya-karya realis biasanya memberi kita harapan. ia mengandaikan bahawa hidup kita ini boleh dianalisis dan difahami, bahawa tindak-tanduk kita sehari-hari bukan sahaja boleh dirakamkan 56</Page><Page Number="74">real1sme dan metafiction dald1 cerpen-cerpen anwar ridhwan bahkan juga amat berguna sebagai rekod masa depan dan bahawa ketidakadilan dan kekejaman itu lambat-laun boleh ditumpaskan. kedudukan realisme yang kukuh sejak berpuluh tahun itu akhir-akhir ini mendapat cabaran yang hebat. berbagai-bagai nama diberikan kepada jalur baru dalam kesusasteraan ini seperti introverted novel, anti-novel, irrealism, surfiction, new fiction, fabulation, metafiction dan sebagainya. pendekatan baru dalam cereka ini mengisytiharkan dirinya sebagai antiplot, antiwatak, antimesej dan antirealiti. dunianya tidak terikat pada hukum sebab dan akibat. jika realisme lebih menekankan kepada cerita dan hal-hal luaran, metafiction sebaliknya tidak mementingkan cerita. apa yang lebih penting ialah menciptakan suasana. jika realisme mengagungkan kehidupan, metafiction sebaliknya mengagungkan kata-kata. malah permainan kata-kata ini menjadi ciri khas metafiction sehingga seorang penulis mengatakan bahawa metafiction ialah pengembalian kepada satu bentuk cereka yang lebih verb al sifatnya. dengan sedikit catatan tentang realisme dan metafiction itu, marilah kita tinjau bagaimana anwar ridhwan menerapkan kedua-dua aliran itu. seperti dikatakan sebentar tadi kelompok pertama dan kelompok ketiga kumpulan ini membawa aliran realisme. daripada 15 buah cerpen yang terkumpul dalam kedua-dua kelompok ini ada empat buah saya dapati cukup berhasil iaitu "sesudah perang", "sehari dalam hidup jinggat", "sasaran" dan "menjadi tua". sebahagian besar daripada cerpen-cerpen ini masuk dalam kelompok pertama iaitu yang berlatarbelakangkan kampung dan daerah pedalaman. saya dapati anwar amat akrab dengan kedua-dua dunia ini dan kerana itu dapat menggambarkan suasana dan watak-wataknya bukan sahaja dengan baik bahkan meyakinkan. yang amat mengesankan antara cerpen ini ialah "sesudah perang". melalui cerpen ini anwar cuba menggambarkan penderitaan jiwa watak utamanya, masitah yang cuba menyembunyikan rahsia bahawa dia pernah dirogol daripada 57</Page><Page Number="75">sastera kebangsaan: isu dan cabaran diketahui oleh suami dan anak-anaknya. satu tema yang baik dan dilukiskan dengan amat peka sekali oleh anwar. realiti sehari-hari diselang-seli dengan imbasan kembali ketika masitah dirogol. sayangnya cerpen yang cukup baik ini dicacatkan sedikit oleh ketidaktelitian anwar dalam menyediakan imbas muka (foreshadowing). tiba-tiba pada akhir cerita kita diberitahu bahawa jali, anak masitah hasil daripada peristiwa rogol itu berangkat ke jepun untuk melanjutkan pelajaran sedangkan sepanjang cerita itu kita tidak disediakan dengan kemungkinan ini. "sehari dalam hidup jinggat" dengan amat sensitif menggambarkan pertembungan nilai generasi muda dan generasi tua di daerah pedalaman sarawak. jinggat, tuai rumah panjang yang bersikeras mahu mempertahankan tradisi, akhirnya berlembut apabila inendapati modenisasi tidak dapat dibendung apalagi dilawannya. "sasaran" juga membawa tema pertembungan nilai antara generasi. pawang kri, jaguh menangkap buaya semasa mudanya masih percaya kepada kekeramatan manteranya untuk menewaskan buaya walaupun kini beliau sudah tua. alwi yang mewakili golongan muda yang terpelajar meragui tentang kebolehan pawang itu. begitulah akhirnya pawang itu ditewaskan oleh buaya. apakah ini satu lambang terpukulnya faham-faham lama ke tepi, dengan tewasnya pawang yang mewakili fahaman lama itu? satu lagi cerpen yang saya dapati berhasil dan diambil dari kelompok ketiga ialah "menjadi tua". cerpen ini berlatarbelakangkan kota new york. 'tema yang diutarakan ialah ketakutan orang amerika, terutama yang perempuannya daripada menjadi tua. laura bolan tnenangis teresak-esak pada suatu hari apabila kakek-kakek yang mengambil kursus "critics on the arts" bersama-samanya di new york university diherdik oleh seorang yang lebih muda daripada mereka. dalam fikiran laura, itulah harga orang tua di new york dan dia amat takut apabila sampai waktunya dia menjadi tua seperti mereka. satu cerpen yang baik daripada sembilan buah cerpen 58</Page><Page Number="76">real1sme dan metafiction dalam cerpen-cerpen anwar ridhwan dalam kelompok ini bukanlah satu rekod yang baik. walau bagaimanapun, yang lapan lagi itu bukanlah buruk semuanya. lima lagi sederhana pencapaiannya manakala tiga lagi tidak harus dimuatkan dalam kumpulan ini kalau kumpulan ini mahu dianggap sebagai cerpen-cerpen anwar yang terbaik. tiga buah cerpen yang saya maksudkan itu ialah "love of the dragon", "jika begitu akhirnya" dan "muzik manhattan". "love of the dragon" dan "muzik manhattan" saya masuk-kan dalam kategori slick fiction iaitu cerita yang menekankan aspek-aspek luaran dan menghampiri cerita-cerita seperti yang tersiar di tv. kedua-dua cerpen ini agak sentimental dan melodramatik. dalam "love of the dragon", aku, protagonis cerpen ini, berasa cukup kecewa selepas membelek-belek album kekasihnya, agnes, didapati ada gambar seorang pembunuh di dalamnya. maka mulalah dia menyangka yang bukan-bukan terhadap kekasihnya itu. dia menuduh agnes seorang oportunis yang licik yang menggunakan orang lain untuk kepentingannya. ketika sedang hangat agnes menawarkannya segelas minuman, "aku" menolaknya atas alasan, dia mencurigai kandungannya. setelah berkali-kali dicuba tetapi gagal juga, agnes sendiri yang meminum minuman itu. dia lalu jatuh tersungkur. jelas gelas itu mengandungi racun. mengenai "muzik manhattan" pula ia seolah-olah dicabut daripada salah satu plot cerita jenayah. puan gonzalez yang terasa terseksa lahir batin kerana diseksa oleh suaminya, seorang veteran perang vietnam mengupah seorang bekas banduan untuk membunuhnya. bekas banduan itu diberikan 800 dolar sebagai pendahuluannya dan 2000 dolar lagi apabila kerjanya selesai. bekas banduan itu juga meminjam kereta puan gonzales untuk melakukan "operasinya". ternyata akhirnya puan gonzales tertipu. bukan sahaja bekas suami-nya, george tidak dibunuh, keretanya pula yang dilarikan oleh bekas banduan itu. "jika begitu akhirnya" saya dapati kurang berhasil kerana sebagai cerpen dalam tradisi realis, motivasi watak-wataknya tidak ditekankan. sebahagian besar cerpen ini lebih merupa- 59</Page><Page Number="77">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kan catatan pengembaraan tentang keindahan victoria peak di hong kong. dialog dan aksi dua watak utamanya tidak menyumbang kepada ketegangan dan kekusutan cerita ini. akhir sekali kita pergi ke kelompok kedua dalam kumpul-an ini — cerpen-cerpen yang saya namakan mindscapes atau metafiction. sikap saya terhadap kumpulan dalam kelompok ini cukup ambivalen. di satu pihak saya menyenanginya kera-na imagerinya yang segar dan bahasanya yang puitis, di satu pihak yang lain saya jadi lemas dengan permainan kata-kata-nya, dengan lambang-lambang yang peribadi sifatnya. satu ciri khusus cerpen-cerpen yang dikenali sebagai metafiction ini ialah ia berlegar dalam kepala narator atau watak-wataknya. aliran ini semacam memberi poetic license kepada penulisnya untuk mengungkapkan segala kenangan, igauan, keresahan watak-wataknya. ada orang berpendapat teknik itu "neutral" atau berke-cuali. ia hanya wahana untuk menyampaikan pemikiran. saya kurang setuju dengan pendapat ini. sekurang-kurangnya dalam soal metafiction ada ideologi yang terkandung di dalamnya. ideologinya: dunia ini serba kacau, tidak ada peraturan, serba absurd. duniajungkir-balik, untuk meminjam kata-kata prof. shahnon. menurut ideologi atau pandangan dunia ini, kekacauan ini tidak dapat digambarkan dengan baik dalam bentuk sastera yang tradisional alias realisme. untuk itu diperlukan satu pendekatan lain — pendekatan yang diberi berbagai-bagai nama tetapi untuk memudahkan pembicaraan saya hanya memilih satu iaitu metafiction sebagai mewakili jalur sastera yang antirealisme ini. di sinilah letaknya masalah dalam kesusasteraan kita. apakah realiti dalam masyarakat kita sudah begitu gawat sehingga realiti yang jungkir balik dan absurd ini dijelmakan dalam kesusasteraan kita? yang mengkhuatirkan saya sastera serius kita hari ini sudah merupakan dunia yang terpencil. dengan wujudnya cerpen-cerpen mindscapes atau metafiction ini saya takut dunia sastera kita menjadi lebih terpencil. saya takut cerpen-cerpen ini hanya dibaca dan dikaji oleh pensyarah dan para pelajarnya sahaja sedang sebahagian besar para 60</Page><Page Number="78">realisme dan metafiction dalam cerpen-cerpen anwar ridhwan pembaca kita tidak dapat menikmatinya. saya kira apa-apa yang saya tuju di sini ialah soal sastera kontekstual yang beberapa tahun kebelakangan ini dibincangkan di indonesia, iaitu menyogokkan sastera yang relevan dengan masyarakat sekitar, yang dapat difaham dan dinikmati oleh pembacanya. dewan sastera, ogos 1998. 61</Page><Page Number="79">sulalatus salatin (prolog) 4 a. samad ahmad persoalan mengenai seki-tar asal usul sulalatus salatin atau lebih terkenal sekarang dengan nama sejarah melayu itu, sudah lama dipertikaikan oleh beberapa orang sarjana, terutama sekali sarjana-sarjana barat, yang mempunyai segala kemudahan untuk mengkaji, meneliti dan membanding-bandingkan antara sebilangan banyak naskhah sulalatus salatin yang ada tersimpan di luar tanah air, khususnya di eropah. di sini tidaklah munasabah rasanya menyentuh segala hujah dan pendapat para sarjana tersebut, kecuali pada hal-hal yang difikirkan perlu; dan ini pun dengan hanya berpegang kepada edisi-edisi yang telah dicetak dan diterbitkan. 62</Page><Page Number="80">sulalatus salat1n (prolog) tidak ragu-ragu lagi bahawa rahsia mengenai asal usul sulalatus salatin itu, adalah tersimpul dalam isi muka-dimah pengarang atau penyusunnya; dan dengan meneliti, menghalusi isi mukadimah daripada naskhah-naskhah yang ayat-ayatnya tidak berkacau-bilau, maka tidaklah begitu sukar rasanya untuk memahami satu per satu maksudnya; ini bererti untuk menghuraikan segala sesuatu yang tersirat di dalamnya, haruslah diteliti halus-halus setiap ayat dalam mukadimah itu. bagi memenuhi maksud ini, maka dengan berdasarkan naskhah yang dijadikan asas panduan bagi edisi ini, saya turunkan ayat-ayat atau perenggan-perenggan yang berkenaan, serta cuba menghuraikannya dengan sedapat yang terupaya: ... pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan orang besar-besar bersenda gurau. pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. maka berkata ia kepada fakir, "hamba dengar ada hikayat melayu dibawa oleh orang dari goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. dan adalah beroleh faedah ia daripadanya." daripada ayat-ayat dalam perenggan di atas itu, dapat difahami bahawa timbulnya ura-ura atau hasrat mengenai penyusunan "sulalatus salatin", ialah di suatu majlis orang besar-besar. orang besar yang disebut telah mendengar "ada hikayat melayu dibawa oleh orang dari goa" itu, tidak lain daripada yang dipertuan di hilir, sultan abdullah ma'ayah syah. di samping itu ada dua rangkai kata dalam perenggan ini, yang dianggap mengandungi rahsia dan boleh dipersoalkan, iaitu pertamanya: "ada hikayat melayu", dan yang keduanya; "dibawa orang dari goa". oleh adanya perkaitan antara perkataan "hikayat melayu", itu dengan ayat "... barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya," maka dapat difahami bahawa "hikayat 63</Page><Page Number="81">sastera kebangsaan: isu dan cabaran melayu" adalah merupakan sebagai inti "sulalatus salatin". dengan perkataan lain, bahawa nenek moyang yang asal, yakni naskhah asal "sulalatus salatin", adalah berintikan sebuah naskhah hikayat yang bernarna "hikayat melayu". tidaklah pula diketahui, adakah naskhah yang tersebut itu, merupakan satu-satunya naskhah "hikayat melayu"; atau adakah seperti hasil sastera lama melayu yang lain, iaitu selain daripadanya ada beberapa buah lagi salinan yang serupa dengannya. terbitnya rasa keraguan ini ialah, kerana daripada perkataan "... ada hikayat melayu" itu, seolah-olah membawa pengertian bahawa "hikayat melayu" itu sudah sedia diketahui adanya, jika tidak pun sudah sedia terkenal pada zaman itu. dalam bidang kesusasteraan lama melayu, apabila disebut "hikayat", maka dengan serta-merta 1 ergambarlah kepada kita betapa bentuk keadaannya, iaitu tidak mempunyai bab atau bahagian, tiada mempunyai perenggan, tiada mempunyai tanda-tanda berhenti, melainkan berselerak dengan perkataan "maka", dan ada pula pada bahagian-bahagian yang tertentu menggunakan perkataan-perkataan; "arakian", "hatta", "kata sahibul hikayat", dan sebagainya. sebagaimana bentuk hasil-hasil sastera lama melayu yang bernama "hikayat", termasuklah juga "hikayat melayu" itu, maka naskhah-naskhah "sulalatus salatin" juga tidak berubah bentuk keadaannya daripacla yang sedemikian itu. hanya sesudah melalui edaran zaman lebih dua abad terkemudian daripada zaman penciptaannya, iaitu sesudah naskhah-naskhah itu disunting, dicetak dan diterbitkan menjadi edisi (tidak terkecuali edisi ini), barulah berubah bentuknya, dengan tersusun kepada beberapa bab atau bahagian, diadakan perenggan-perenggan serta tanda-tanda baca dan sebagainya. mengenai "sulalatus salatin", sehingga namanya pun bukan asli lagi, bahkan telah diubah oleh pihak yang tertentu kepada sejarah melayu. sekarang kita beralih pula kepada persoalan yang satu lagi, iaitu mengenai rangkai kata "dibawa orang dari goa". di sini timbul tanda tanya: "goa" yang mana? ada dua "goa" yang 64</Page><Page Number="82">sulalatus salatin  (prolog) pernah dipertikaikan oleh para sarjana barat, dengan alasan-alasan tertentu, iaitu goa portugis di india dan goa yang ada di negeri pahang. namun begitu tidak pula dinafikan bahawa pernah juga ditimbulkan nama goa di sulawesi sebagai satu kemungkinan, tetapi hanya sebagai lintasan sebutan semata-mata, seolah-olah kemungkinan itu dipandang sepi dan harus diketepikan sahaja. dalam perkara ini sungguh menghairan-kan, kerana rasanya tidak mungkin para sarjana tersebut tidak mengetahui wujudnya goa sebagai sebuah negeri atau kerajaan yang pada suatu zaman dahulu amat terkenal di tanah bugis itu (lih. peta di hlm. 95 — sulalatus salatin). sehingga ini seolah-olah sudah menjadi penerimaan yang mutlak, bahawa dari goa portugis di india itulah "hikayat melayu" dibawa ke johor pada t.m. 1612 itu; tetapi seperti juga beberapa perkara berhubungan dengan sejarah, yang kesimpulannya dibuat daripada anggapan dan dugaan boleh dipertikaikan, maka demikianlah juga perkara ini dapat dipertikai untuk dipertimbangkan. menurut kelaziman berlaku dalam masa peperangan, kerja atau usaha-usaha untuk mencari atau memperoleh naskhah-naskhah, bukanlah menjadi keperluan utama. usaha-usaha untuk mendapat dan mengumpulkan naskhah-naskhah itu, kalaupun ada antara golongan penyerang itu yang benar-benar meminatinya, hanya dijalankan sesudah pihak pelanggar atau penyerang sesebuah negeri itu menang, sudah merasai diri mereka selamat dan bertapak kuat. demikianlah, sesudah kesultanan melaka jatuh ke tangan portugis dalam t.m. 1511, mungkin ada sesuatu golongan dalam angkatan perang portugis itu yang berminat, telah menghimpun segala naskhah melayu yang ada tertinggal di istana-istana dan tiada sempat dibawa berundur, naskhah-naskhah itu mungkin telah dikumpulkan bersama-sama dengan segala khazanah rampasan dari melaka yang hendak dibawa oleh albuquerque ke goa, tetapi malangnya kapal-kapal albuquerque yang sarat membawa segala khazanah rampasan itu tenggelam dalam pelayaran, tidak sampai ke goa. ini bererti kalau ada pun naskhah-naskhah melayu yang hendak diangkut keluar itu 65</Page><Page Number="83">sastera kebangsaan: isu dan cabaran telah musnah, tenggelam ke dasar laut. dalam t.m. 1536 angkatan tentera portugis telah mudik arah ke hulu sungai johor dan telah menimpakan kerugian yang sebegitu teruk ke atas orang melayu, sehingga menye-babkan raja melayu itu minta damai, lalu pindah bersemayam di muar (lih. winstedt, history of malaya:76). sir r.o. winstedt menduga bahawa dalam peristiwa itulah naskhah (hikayat melayu) yang masih belum selesai itu, dibawa pergi oleh salah seorang askar portugis. di sini menimbulkan persoalan, iaitu di tempat yang dikatakan askar portugis itu menjumpai naskhah "hikayat melayu" seperti dugaan di atas, tidak mungkin tiada terjumpa lagi naskhah-naskhah lain, seperti naskhah-naskhah hikayat, kitab-kitab agama dan lain-lain lagi bersama-sama di situ. sudah tentulah askar portugis tersebut membawa pergi kesemua sekali naskhah-naskhah yang ada itu, bukan hanya dipilihnya naskhah "hikayat melayu", yang menurut winstedt, merupakan sebuah naskhah yang belum selesai itu, untuk diangkut ke goa (india). ini menimbulkan keraguan, mengapakah pedagang atau pelaut melayu yang pergi ke goa itu (sesudah 76 tahun kemudian), tidak membeli dan membawa balik kesemua naskhah-naskhah yang ada di goa itu, iaitu boleh memandang kepada naskhah-naskhah demikian, lebih-lebih lagi jika naskhah-naskhah itu diketahui sebagai rampasan dari dalam istana, tentu sahaja laris dan mudah dijual. mengapa pula dipilihny a naskhah "hikayat melayu" itu sahaja untuk dibawanya balik? *•*•* berdasarkan naskhah yang diturunkan menjadi edisi ini, dapat kita memahami bahawa perhubungan muhibah antara goa (di sulawesi) dengan melaka sudah terjalin sejak dari zaman kerajaan sultan mansur syah di melaka. mungkin juga seperti orang dari pulau-pulau sumatera dan jawa pada zaman itu, orang dari tanah bugis itu juga sudah agak ramai datang dan tinggal di melaka. hubungan ini terbukti berterusan sehingga 66</Page><Page Number="84">sulalatus salatin (prolog) ke masa kebelakangan. para pelayar, pelaut dan peniaga dari negeri-negeri di sulawesi itu tidak putus-putus berulang datang ke semenanjung ini; bukan sekadar itu sahaja, malah dengan melalui aliran sejarah, ikatan perhubungan muhibah antara kedua-dua pihak itu telah terjalin dengan lebih erat lagi melalui hubungan semenda-menyemenda, bukan sahaja di kalangan golongan rakyat, bahkan di kalangan raja-raja pemerintah. jika kita berpegang kepada pendapat bahawa naskhah "hikayat melayu", iaitu inti kepada "sulalatus salatin" itu sudah dalam penyusunan sejak dari zaman kesultanan melaka, dan dianggap sempat dibawa berundur keluar, yakni diselamatkan tatkala melaka jatuh ke tangan portugis, dan seterusnya kalaupun naskhah itu tidak dibawa dari melaka terus ke goa (di sulawesi), tetapi mungkin di sepanjang masa pengunduran itu telah dibawa ke beberapa tempat lain, pada akhirnya tidaklah boleh dikecuali atau dinafikan sama sekali, bahawa naskhah tersebut telah dibawa ke goa di sulawesi itu. kemudian, pada zaman pemerintahan sultan alau'd-din riayat syah iii bernegeri di pekan tua (dalam edisi lain ada yang menyebut pasir raja, dan ada pula menyebut di pasai), naskhah itu telah "dibawa orang dari goa" ke pekan tua. di sini haruslah difahami bahawa sehingga ke masa sebelum perang dunia pertama, ada antara golongan bangsawan dan hartawan melayu yang benar-benar meminati hasil-hasil sastera lama melayu, khususnya hikayat-hikayat, sanggup mengupah orang, membekalkan wang dan makanan dengan secukupnya, serta menyewakan perahu (tongkang) untuk pergi mencari dan membeli hikayat-hikayat yang baru dikarang, ataupun hikayat-hikayat yang salinannya belum ada dalam milik mereka. usaha mencari hikayat-hikayat ini hingga sampai ke negeri minangkabau dan ke pulau jawa. peminat-peminat tersebut akan berpuas hati, sekalipun hasil yang diperolehnya daripada usaha orang yang diupah itu hanya merupakan sebuah hikayat yang belum ada dalam miliknya. demikianlah halnya dengan orang yang membawa naskhah "hikayat melayu" dari goa (di sulawesi) itu, walaupun hanya 67</Page><Page Number="85">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sebuah naskhah itu sahaja yang dibawanya ke pekan tua atau pasir raja, namun ia berasa yakin bahawa ia akan mendapat harga jualan yang lumayan. *•* selanjutnya kita beralih pula ke suatu perenggan lain dalam mukadimah itu: setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas ang-gota fakir allazi murakkabun ala jahlihi, tun muhammad namanya, tun seri lanang timang-timangannya, paduka raja gelarannya, bendahara, anak orangkaya paduka raja, cucu bendahara seri maharaja, anak seri nara diraja tun ali, anak baginda mani purindani qaddasa 1-lahu sirrahum; melayu bangsanya, dari bukit si guntang maha miru; ma-lakat; negerinya batu sawar darul salam. ayat-ayat di atas adalah membayangkan bahawa setelah mendengar demikian titah rajanya, maka pengarang atau penyusun "sulalatus salatin" itu merasai dirinya berhadapan dengan suatu tugas yang berat; tetapi bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawabnya memenuhi hasrat rajanya itu. dan sebagai seorang yang mempunyai penuh rasa tanggungjawab atas karyanya, maka beliau bukan sahaja menyatakan nama dan jawatan, iaitu namanya tun muharnmad, timang-timang-annya tun sri lanang, dan jawatannya bendahara, bahkan menyatakan juga bangsanya, asal nenek moyangnya, bermula dari bukit si guntang maha miru, kemudian ke melaka, dan negerinya ialah batu sawar darul salarn. seterusnya ayat-ayat dalam perenggan itu berbunyi: tatkala hijratu 1-nabiyi salla 'llahu alaihi wa sallama seribu dua puluh tahun kepada tahun dal, pada dua belas hari bulan rabiul awal, kepada hari khamis, waktu al-duha, pada ketika syamsu, pada zaman kerajaan seri sultan alau'd-din riayat syah zillullahi fil-alam, 2 (diikuti dengan 68</Page><Page Number="86">sulalatus salatin (prolog) susur-galur baginda serta puji-pujian dalam bahasa arab). sedang baginda bernegeri di pekan tua, 3 dewasa itulah datang hamba seri narawangsa yang bernama tun bambang, anak seri akar raja, petani; menjunjungkan titah yang dipertuan di hilir, sultan abdullah ma'ayat syah ibni sultan ala jalla abdul jalil syah, (diikuti dengan beberapa pujian dalam bahasa arab dan pengertiannya dalam bahasa melayu) demikian bunyinya titah yang maha mulia itu: "bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada bendahara, peri persetua dan peri pertuturan raja-raja melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya." daripada keterangan di atas dapat kita ketahui tarikh, tahun, bulan, dan hari (edisi raffles ms. no. 18 menyebut hari ahad) sehingga ke saat dan ketikanya, titah yang dipertuan di hilir, sultan abdullah ma'ayat syah, disampaikan secara rasmi kepada tun sri lanang (t.h. 1021, 12 rabiulawal, yang disebutkan itu ialah bersamaan dengan 13 mei 1612) . 4 dalam ayat "... dewasa itulah datang hamba seri nara-wangsa ternyata ada berlaku kekhilafan penyalin, iaitu tertinggal perkataan "kepada". ayat itu seharusnya berbunyi "... dewasa itulah datang kepada hamba, seri narawangsa 1) perkataan "petuturan" yang terdapat pada hampir ke-semua naskhah "sulalatus salatin" itu telah lama diper-bincangkan para sarjana, iaitu apabila mereka membicarakan persoalan mengenai karya tersebut, dan ramai yang bersetuju mengatakan bahawa perkataan itu ialah "peraturan". tetapi oleh sebab boleh dikatakan kesemua naskhah itu, tidak terkecuali naskhah yang diturunkan menjadi edisi ini, menyebut "petuturan" ( j ) maka pengertian perkataan ini haruslah dihalusi lagi, kerana mungkin sebutan seperti yang tertulis itu betul. dalam persoalan ini, selain daripada pengertian "peraturan" itu ada dua kemungkinan lagi, iaitu: pertama mungkin perkataan "petuturan" pada zaman 69</Page><Page Number="87">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran itu digunakan dalam bahasa melayu sebagai istilah yang bermaksud "salasilah" dalam bahasa arab; dan kedua mungkin dimaksudkan "mempetuturkan" atau dalam perkataan seperti yang biasa digunakan sekarang "memperkatakan"; yang demikian hikayat yang dikehendaki oleh yang dipertuan di hilir itu, ialah "mengandungi peristiwa-peristiwa, dan memperkatakan perihal raja-raja melayu serta dengan adat istiadatnya sekali." kesimpulan daripada kata-kata yang melahirkan tujuan yang dipertuan di hilir minta perbuatkan hikayat tersebut, adalah mengandungi erti yang dalam serta murni maksudnya, — "supaya diketahui oleh segala anak cucu kita diingatkan oleh mereka beroleh faedah ia daripadanya." kata-kata ini bermaksud supaya segala "kita" yang terkemudian, meng-ambil ingatan: "yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, maka dengan demikianlah "kita" sekalian kelak beroleh faedah." setelah fakir allazi murakkabun ala jahlihi maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahadan mohonkan taufik ke hadrat allah, tuhan sani'il — alam, dan minta huruf kepada nabi sayyidi'l anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini kama sami' tuhu min jaddi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. maka fakir namai hikayat ini "sulalatus salatin" yakni "petuturan segala raja-raja". pada ayat pertama dari sebahagian perenggan yang ter-akhir mukadimah itu sekali lagi terdapat kekhilafan penyalin, iaitu ternyata ada perkataan tertinggal antara perkataan "ala jahlihi" dengan perkataan "maka fakir perkejutlah...." ayat itu mungkin berbunyi: "setelah fakir allazi murakkabun ala jahlihi mendengar titah yang maha atulia itu, maka fakir perkejutlah...." seterusnya daripada perenggan ini dapat difahami 70</Page><Page Number="88">sulalatus salatin (prolog) bahawa setelah mendengar titah itu, maka tun sri lanang pun menggerakkan segenap daya upaya dengan penuh azam, sambil memohon petunjuk daripada allah dan syafaat daripada nabi, lalu mengarang hikayat yang dinamainya sulalatus salatin, yakni "petuturan segala raja-raja", sebagai yang didengarnya daripada aki atau datuknya dan bapanya, iaitu supaya menyukakan rajanya itu. apabila tun sri lanang menyebut bahawa karyanya itu ditujukan "untuk menyukakan rajanya", maka kita dapat menduga bahawa sudah semestinyalah ditulis dan disusunnya dengan begitu teliti dan berhati-hati benar, sehingga pada penilaiannya sendiri karyanya itu sudah cukup sempurna. di sini jelas juga kepada kita bahawa ada sebuah sahaja naskhah asal atau naskhah sulung sulalatus salatin yang ditulis dengan tangan tun sri lanang sendiri; tetapi sejak dari terciptanya naskhah sulung sulalatus salatin itu, maka terdapat sebilangan banyak naskhah salinannya, dan tiap sebuah ada berselisih atau berbeza sedikit sebanyak dengan naskhah yang lain, bukan sahaja perbezaan tentang nama orang, tempat, perkataan, bahkan jalan ceritanya juga berbeza-beza; sehingga menyebabkan sesetengah sarjana yang mengkaji dan menyelidiki karya itu, apabila membanding-bandingkan dengan naskhah-naskhah yang ada, berasa ragu-ragu tentang beberapa perkara, umpamanya siapakah pengarang atau penyusunnya yang sebenar? di manakah naskhah asal itu dikarang? mana satukah antara naskhah itu yang tertua? sebanyak manakah isi "hikayat melayu" yang dibawa orang dari goa itu, ditokok tambah oleh tun sri lanang? seterusnya berapa banyak lagi yang ditokok tambah, dipinda dan sebagainya oleh orang yang terkemudian daripada tun sri lanang? di samping itu berapa banyak pula yang ditokok tambah dan diubah pinda oleh penyalin-penyalin yang berlagak memandai-mandai mengubah mengikut sedap sendiri dan tiada bertanggungjawab? sebabnya maka berlaku perbezaan-perbezaan itu, sehingga menimbulkan keraguan seperti yang disebut di atas, memang mudah difahami, iaitu terutama sekali disebabkan berbagai- 71</Page><Page Number="89">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran bagai kelemahan, bahkan kebebalan penyalin-penyalin yang menyalin daripada satu naskhah ke satu naskhah lain, dan begitulah berterusan melalui sepanjang peredaran zaman sejak dari terciptanya naskhah sulung sulalatus salatin itu. 5 dalam perkara ini hendaklah difahami bahawa penyalin-penyalin itu bukanlah kesemuanya ahli dalam bidang tulis-menulis; ada antara naskhah itu didapati seolah-olah penyalinnya belum berapa mahir menulis, kerana ejaannya banyak yang salah dan tulisannya pun seperti "cakar ayam". harus juga difahami bahawakerja menyalin sesebuah naskhah itu hanya sebagai kerja sambilan sahaja, sedangkan kerja itu memerlukan ketekunan dan kesabaran. sesebuah naskhah seperti naskhah ini, memerlukan seseorang penyalin yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya; yang demikian sudah tentulah menimbulkan rasa jemu dan bosan, dan ini membawa kepada kecuaian dan melakukan kekhilafan. selain daripada itu, adalah menjadi kebiasaan pula ke-pada penyalin-penyalin naskhah, tidak mahu ada sebarang kecacatan pada naskhah yang mereka salin itu; kerana jika ada sebarang cacat, comot atau kotor, boleh menyebabkan kurang nilai naskhah itu apabila dijual atau disewakan kelak; maka sebab itulah penyalin-penyalin itu mernbiarkan sahaja, tidak mahu memotong, memadam atau membetulkan sebarang kekhilafan sama ada pada susunan ayat, ejaan, tertinggal atau sebagainya, sekalipun mereka sudah mengetahui dengan pasti di mana tempat-tempat kekhilafan itu berlaku. ini ialah kerana lazimnya segala hasil sastera lama melayu itu adalah untuk dinikmati oleh pendengar-pendengarnya; oleh itu suara, gaya dan kelancaran bacaan si pembaca adalah lebih penting kepada para pendengar itu daripada mengambil tahu tentang salah khilaf apa-apa yang tertulis di dalam naskhah. segala apa yang disebutkan di atas itu tidak juga terkecuali penyalin naskhah yang menjadi asas panduan bagi edisi ini, kerana memang ada terdapat beberapa kekhilafannya, malah pada satu tempat dalam naskhah tersebut ada tertinggal lebih daripada satu halaman. *•*•* 72</Page><Page Number="90">sulalatus salatin  (prolog) akibat daripada segala kelemahan penyalin-penyalin itu, dengan tulisannya yang buruk dan salah ejaan, maka apabila sesebuah naskhah itu diusaha untuk dijadikan edisi, jika kurang-kurang teliti penyuntingnya memahami sesuatu per-kataan yang tertulis dalam naskhah itu, nescaya terjadilah kekeliruan dalam pengertiannya. satu contoh menunjukkan kekeliruan penyunting me-mahami perkataan daripada tulisan penyalin itu ialah me-ngenai perkataan "kelengkapan" dalam cerita yang kedua puluh lima edisi shellabear6 dan juga edisi munsyi abdullah, 7  iaitu mengenai peristiwa pembunuhan telanai terengganu. ayat yang berkenaan itu berbunyi: maka raja pahang pun tersenyum; titah baginda, "adapun telanai terengganu kita suruh bunuh itu sebab biadab mulutnya, mengata-ngata negeri melaka di bawah kelengkapannya." perkataan kelengkapannya itu, yang sebenarnya ialah kelangkangannya. sungguhpun perbezaan di sini hanya antara huruf dengan huruf , tetapi dalam pengertian adalah jauh bezanya; kerana jika sekadar mengata-ngata negeri melaka di bawah kelengkapannya, tidaklah rasanya mematutkan telanai itu dibunuh; sebaliknya kalau telanai terengganu mengata-ngata negeri melaka di bawah kelangkangannya, ini adalah satu penghinaan besar terhadap kerajaan melaka, dan se-patutnyalah dia dihukum demikian. *•*•* begitulah satu contoh yang menunjukkan betapa kurang telitinya seseorang penyunting dalam memahami sesuatu perkataan daripada naskhah-naskhah yang penyalin-penya-linnya banyak mempunyai kelemahan, terutama sekali tulis-annya buruk dan ejaannya terlalu banyak yang salah. namun begitu, kekhilafan penyunting dari satu contoh seperti yang disebutkan di atas itu, tidaklah sebegitu berat jika dibandingkan dengan suatu kekhilafan tertentu, yang begitu keliru dan mengelirukan dalam sejarah. kekhilafan ini ialah mengenai gelaran "sultan megat" sebagai gelaran bagi raja 73</Page><Page Number="91">sastera kebangsaan: ise dan cabaran melaka yang kedua, iaitu seperti yang disebutkan dalam teks raffles ms no. 18. ayat itu berbunyi: maka datanglah peredaran dunia, maka sultan iskandar syah pun mangkatlah, maka anakanda baginda raja kecil besarlah kerajaan menggantikan ayahanda, gelar baginda di atas kerajaan sultan megat. adapun tun perpateh tulus pun sudah hilang; maka anaknya jadi bendahara. maka sultan megat beristerikan anak bendahara, maka baginda beranak tiga orang laki-laki bernama radin bagus, seorang bernama radin tengah, seorang bernama radin anum. setelah dua tahun lama baginda di atas kerajaan, maka sultan megat pun mangkatlah . 8 dalam ulasannya mengenai: tarik h, pengarang dan pe-ngenalan rangka asal "hikayat melayu", winstedt dalam satu perenggan menyebutkan sekali lagi nama "sultan megat", demikian bunyinya: menurut edisi 1612 (sh. hlm. 60) iskandar syah, raja singapura yang akhir dan raja melaka yang pertama, telah digantikan oleh puteranya raja besar muda (pas-sim); menurut naskhah blagden puteranya itu bukan besar muda tetapi "kecil besar bergelar sultati megat" ( istimewa lagi memandang kepada makalah dr. callenfelsjmbras vol. xv. part ii, 1937 menyatakan bahawa parameswara (raja melaka yang pertama) memakai suatu gelaran yang menunjukkan dia berketurunan lebih rendah daripada isterinya, ini adalah menarik perhatian; seorang megat ialah anak seorang kebanyakan dari isterinya se-orang raja, seperti yang penyunting di johor pada tahun 1612 itu harus tahu. 9  demikian winstedt dengan berpandukan teks raffles ms. no. 18, mengemukakan alasan bahawa raja melaka yang kedua itu ialah keturunan megat, sebab gelaran baginda 74</Page><Page Number="92">sulalatus salatin (prolog) "sultan megat". maka itu tidak hairanlah kiranya ada se-setengah sejarawan dan para penuntut dan peminat sejarah, mengenali nama sultan iskandar, raja singapura yang akhir juga raja melaka yang pertama, sebagai megat iskandar. ini ialah kerana apabila anak itu seorang megat, maka sudah senriestinyalah ayahnya juga megat. tetapi, malangnya, winstedt seolah-olah terlupa, bahawa adalah menjadi resam semula jadi orang melayu, tidak pernah menonjol-nonjolkan nama atau gelaran bagi raja pemerintah atau sultan mereka dengan sesuatu nama atau gelaran yang membawa pengertian lebih rendah darjat keturunannya daripada keturunan raja; malah seseorang daeng dari bugis, tidak pernah memakai gelaran "sultan daeng", maka kerana itu tidak mungkin adanya gelaran "sultan megat" itu. punca yang menyebabkan kekeliruan ini tidak syak lagi, seperti yang telah terdahulu disebutkan, iaitu kerana penyun-ting kurang teliti dalam memahami bunyi perkataan yang dianggapnya "megat" itu. ejaan yang dimaksudkan di sini sebenarnya ialah "makuta" atau "makota" iaitu perkataan yang berasal daripada bahasa sanskrit "mukuta"; sesudah lama kemudian, bunyi sebutan perkataan ini berubah kepada "mahkota". sebagai kesimpulannya, bahawa gelaran bagi raja melaka yang kedua itu bukan "sultan megat", tetapi ialah "sultan mahkota". patut juga ditegaskan di sini bahawa sebutan "sultan mahkota" itu masih lagi dipakai sehingga ke hari ini; sebagai bukti yang jelas, perhatikan baris pertama dalam lagu kebangsaan negeri kedah yang berbunyi: "allah selamat sultan mahkota". nota 1 jika disemak nama-nama zuriat bendahara seri maharaja dan kakandanya, seri nara diraja, (lih. hlm. 192-196), nescaya me-nimbulkan keraguan, kerana seolah-olah membawa erti bahawa cucu seri nara diraja berkahwin dengan piut bendahara seri maharaja dan beranakkan tun sri lanang. dalam edisi ini 75</Page><Page Number="93">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ada menyebut juga bendahara seri maharaja banyak anaknya (lih. hlm. 193), tetapi yang dinyatakan hanya empat orang sahaja; nama tun abdul karim dan tun jenal (lih. hlm. 243) tiada disebut. kekeliruan ini jelas menunjukkan bahawa galur keturunan ini ditokok tambah oleh orang yang kemudian dari tun sri lanang yang telah samar-samar pengetahuannya dalam hal itu. bukti yang menunjukkan tokok tambah yang kemudian itu, ialah nama-nama disebutkan hingga kepada cicit tun sri lanang, sementara tiga orang anak tun sri lanang telah berjawatan bendahara pula. 2 t.m. 1597-1613. 3 dalam edisi ini ada menyebut: "setelah beberapa lamanya sultan mahmud di pahang, lalu berangkat ke johor, duduk di pekan tua, membuat kota kara" (lih. hlm. 254). ini adalah meragukan, kerana tidak dapat dipastikan tempatnya. adakah pasir raja, ataukah batu sawar seperti yang disebut oleh tun sri lanang sebagai negerinya itu, dikenali juga dengan nama pekan tua? atau adakah pengertiannya sama seperti "kampung baru" yang kini ada banyak di merata tempat itu? 4 lih. jmbrasxvi, part iii, hlm. 35,1938. 5 huraian lanjut mengenai sulalatus salatin, dan persoalan-persoalan yang menimbulkan keraguan pada sarjana menge-nainya. sila lih. a. samad ahmad, 1965. sejarah kesusasteraan melayu ii (hlm. 62-73). kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. lih. juga epilog. 6 lih. sejarah melayu, (edisi w.g. shellabear), 1977. kuala lumpur: fajar bakti. edisi ke-3, hlm. 136. 7 lih. sejarah melayu (edisi abdullah ibn abdulkadir munsji)). jakarta: djambatan, hlm. 200. 8 lih. jmbras vol. xvi, part iii, hlm. 82,1938. 9 lih. jmbras vol. xvi, part iii, hlm. 32,1938. a. samad ahmad, 1979. sulalatus salatin (sejarah melayu). kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 76</Page><Page Number="94">sastera di dunia teknologi maklumat a. wahab hamzah arus teknologi maklumat, ekonomi dan globalisasi sebenarnya semakin menghimpit dan meminggirkan dunia sastera tempatan. di manakah tempat dan haluan sastera tempatan dalam menghadapi gelombang dan cabaran ini? dalam keghairahan baru untuk mening-katkan penguasaan terhadap sains dan teknologi maklumat, apakah akhirnya sastera tempatan akan sedikit demi sedikit terpinggir, hilang kepentingan lalu dilemahkan seperti dilema yang dihadapi oleh bahasa kebangsaan? kita seharusnya risau jika benarlah semakin terpinggirnya karya sastera negara ini. apatah lagi banyak pemerhati sastera melihattidak adanyaperkembanganyangmemberangsangkan 77</Page><Page Number="95">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dalam arus karya-karya sastera tempatan akhir-akhir ini, biarpun pada masa yang sama kita melihat keghairahan baru penerbitan novel-novel popular. pada ketika negara kita begitu ghairah dengan gelombang kemajuan teknologi dan sains, teknologi komunikasi, cabaran globalisasi, serangan dan perubahan indeks ekonomi yang membawa kepada keghairahan terhadap bahasa inggeris, ramai yang telah terlupa kedudukan sastera tempatan dan nasib penerbitan buku di negara ini. dalam menghadapi persaingan ekonomi dan arus globa-lisasi, kejayaan dan kekuatan menguasai sains dan teknologi segera menjadi dasar dan keghairahan yang luar biasa. sementara pentingnya penguasaan ilmu sains dan teknologi, tetapi keghairahan ini menyebabkan ada yang lupa perlunya keseimbangan dalam mengharungi arus tersebut. dalam membangunkan kemajuan sains dan teknologi serta ekonomi, pembangunan sastera dan budaya juga wajar mencapai tahap dan dasar yang seimbang. kemajuan sains dan sastera adalah berkait dan tidak boleh dipisahkan. jus-teru itu, tanpa pencapaian yang hebat dalam pembangunan nilai sastera dan budaya, sukar rasanya untuk negara men-capai kejayaan dalam pembangunan teknologi maklumat, sains dan bersaing dalam arus globalisasi dengan acuan dan keperibadian sendiri. seperti kata perdana menteri, y ang kita tidak boleh selama-lamanya menjadi pengikut dalam perkembangan baru dunia hari ini terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. untuk maju dalam bidang ini kita harus menjadi pemuka. malaysia perlu kreatif dan inovatif katanya, ketika berucap di malaysian industry government group for high techno-logy (might) baru-baru ini. kreativiti dan inovasi adalah persoalan budaya dan pemikiran. dunia ilmu dan arus teknologi hari ini memen-tingkan maklumat, penyelidikan dan pembangunan untuk lebih inovatif. tetapi lebih penting daripada itu adalah kreativiti. sastera dan budaya ilmu mempunyai peranan dan tanggungjawab penting di sini. kebebasan berkreatif dan 78</Page><Page Number="96">sastera di dunia teknologi maklumat berfikir adalah asas dalam pembangunan karya sastera. hakikat ini tidak akan tercapai kalau perkembangan sastera dan industri penerbitan buku di negara ini lemah dan tidak digerakkan secara agresif. kita hanya perlu melihat dan mengambil contoh negara-negara yang berjaya dalam bidang pembangunan teknologi dan sains mereka. sama ada di jepun, korea, amerika atau sebahagian besar negara di eropah yang kita kagumi pencapaian industri dan teknologi mereka. di belakang kejayaan itu adalah tradisi dan kekuatan karya seni dan sastera yang sudah sekian lama berakar. perkembangan kreativiti dan inovasi cukup berkait dengan penghasilan karya sastera dan seni lainnya. bagi christopher claudwell yang dianggap pengkritik teori marxis yang penting, seni mempunyai pengaruh pen-ting terhadap ekonomi dan oleh itu mempunyai fungsi penting dalam ekonomi. perlu diingat, nilai sastera di sini bukan pengganti terhadap ekonomi sebagai produk. bagi claudwell, seni dan sains hanya bersifat teoritikal dan tugas melaksanakannya adalah terletak pada tindakan ekonomi. sebab itu, aspek seni tidak dapat dipisahkan dengan aspek praktikal. katanya, puisi (sajak) hanya wujud atau berlaku apabila ia dibaca. puisi akan menukar orientasi dan menya-lurkan emosi orang yang membacanya. dari segi praktiknya, seni mengubah manusia kerana keupayaannya membentuk emosi, sedangkan sains yang berbentuk pengetahuan luaran. oleh itu sastera yang mendorongkan sikap adalah aktiviti yang praktikal. pada praktiknya, sains berupaya mengubah dunia dan seni mengubah manusia. signifikan, karya seni bukan hanya kerja seni tetapi adalah satu proses sosial. justeru itu budaya sastera dan non-sastera mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan. budaya yang sihat memerlukan satu bentuk hubungan yang organik antara budaya popular dan sofistikated, antara kesusasteraan dan kehidupan. jadi adalah malang kalau kita sering melihat secara tidak seimbang peranan antara sains dan sastera. stanley kubrick tidak mungkin dapat mencipta imej- 79</Page><Page Number="97">sastera kebangsaan: isu dan cabaran imej efek khas luar biasa dalam filem 2001-space oddysey jika dia tidak mendalami novel fiksyen sains tulisan arthur c. clarke yang begitu imaginatif. begitu juga george lucas tidak mungkin dapat mencipta imej-imej efek khas luar biasa dengan menggunakan teknologi komputer dan grafik digital dalam filem fiksyen sains star wars tanpa pengaruh daripada sastera klasik dan fiksyen sains. malah istilah cyberspace dalam teknologi maklumat hari ini tidak akan wujud jika william gibson tidak me-nulis novel fiksyen sainsnya, neuromancer. hubungan rapat antara kreativiti karya sastera dan kreativiti dalam penciptaan imej grafik teknologi digital komputer sangat penting dalam memastikan kecemerlangan visual filem-filem ini. kejayaan filem-filem inilah yang menjadi pemangkin kepada perkembangan studio teknologi digital dalam arus perkembangan teknologi efek khas perfileman. lihat juga di mana peranan imaginasi j.rr tolkiens dalam novel klasiknya lord of the rings yang menginspirasikan kreativiti peter jackson dan studio weta digital yang ber-tanggungjawab menghasilkan imej janaan komputer (cgi) untuk filem ini. landskap asli dan pergunungan new zealand berupaya dibentuk untuk menghasilkan lembah rohan, river anduin, amon hen, fangaru forest atau mordor seperti yang dibayangkan oleh j.r.r. tolkiens. lord of the rings adalah dunia imaginasi tolkiens dan filem ini menjadi besar kerana gabungan keindahan landskap new zealand dan imej-imej cgi yang dihasilkan dengan teknik dan kreativiti yang tinggi. imej ciptaan cgi memang lanjutan daripada kecanggihan teknologi komputer. tetapi apalah kecanggihan teknologi komputer dan cgi ini tanpa keupayaan kreativiti dan imaginasi yang menghasilkan imej dan visual yang mengagumkan tersebut. dalam menghasilkan rekaan efek khas cgi, yang penting adalah originality. nilai rekaan imej dan visual cgi akan kurang nilainya jika imej yang dicipta sekadar mengulangi atau meniru rekaan yang telah pernah dihasilkan. inilah cabaran sebenar dalam menghasilkan efek khas cgi. kreativiti dan inovasi yang subur dalam masyarakat yang 80</Page><Page Number="98">sastera di dun1a teknologi maklumat mempunyai budaya seni dan kesusasteraan yang tinggi. memang teknologi digital atau cgi boleh dipindahkan kepada orang kita. atau kita sendiri membina infrastruktur teknologi ini di e-village untuk kerja-kerja pascapenerbitan filem di negara ini. tetapi apa yang terjadi? tanpa hasil kerja yang meyakinkan dan original, e-village menemui kegagalan. e-village dan industri perfileman negara ini memerlukan kreativiti tempatan dan keberanian meng-hasilkan karya yang baru. perfileman kita gagal mengangkat kekuatan imaginasi dan kreativiti karya sastera tempatan. atau memang senario sastera tempatan juga tidak membantu dan menggalakkan ke arah menghasilkan suasana ini. lihat bagaimana karya sastera klasik dan kontemporari amerika membantu membangunkan teknologi perfileman di hollywood. nampak realiti hubungan antara teknologi per-fileman dan komputer grafik dengan kreativiti dan imaginasi sastera. kita akhirnya memang bagus dalam membina struktur teknologi seperti di e-village, tetapi pengisiannya adalah cabaran sebenarnya. sebenarnya dunia sastera dan teknologi pada dasarnya mempunyai latar yang sama. kreativiti, kebebasan dan anar-kis. dunia sastera menuntut kebebasan kreatif dalam ber-karya, begitu juga dunia komputer. kesusasteraan dengan subjek dan kreativitinya menjadi dasar dan pemangkin yang lebih penting dalam pembangunan teknologi maklumat. bukan untuk rasa terpinggit atau terhina dalam persaingan ini. ia bersifat saling melengkapi. yang perlu dilakukan adalah menggerakkan aktiviti kesusasteraan untuk mewujudkan suasana kesusasteraan yang sihat di negara ini. menghasilkan lebih banyak karya sastera di semua peringkat pembaca. dan yang sama penting adalah menggalakkan masyarakat yang gemar membaca karya sastera tempatan. dalam obsesi kempen penggunaan komputer di kalangan masyarakat, keghairahan baru terhadap sains dan teknologi, kita seperti tidak mempedulikan kepada tahap pembacaan masyarakat, sama ada membaca karya sastera atau nonsastera. 81 .t.</Page><Page Number="99">sastera kebangsaan: isu dan cabaran strategi khas perlu dirangka segera untuk memastikan rakyat negara ini membaca buku-buku sastera tempatan. peranan yang seharusnya telah dilakukan dengan berkesan oleh perpustakaan, sekolah, guru dan para penulis. kempen membaca karya sastera perlu dilakukan secara besar-besaran sejak di bangku sekolah rendah lagi. untuk menjadikan me-reka lebih kreatif dan kritis bahan sastera yang dibaca perlu diperbanyakkan dan dipelbagaikan. yang perlu dilakukan adalah mendedahkan dan meng-galakkan para pelajar sekolah dari peringkat sekolah rendah dengan bahan bacaan sastera sebanyak mungkin. bukan sahaja untuk kreativiti dan keyakinan diri, malah melalui cara ini mereka akan dapat menguasai lebih banyak perbendaharaan kata, sama ada dalam bahasa melayu atau inggeris. pendekatan sebagai tela.h dilakukan dengan berkesan di britain. (oh ya, ini juga kaedah yang berkesan untuk mendidik pelajar sekolah menguasai bahasa inggeris — membaca dan mengetahui perbendaharaan kata). kita mengharapkan satu renaissance pembacaan dan pengkaryaan sastera akan berlaku di negara ini. peranan yang seharusnya dimainkan oleh semua pihak untuk kita menghadapi pembangunan ekonomi, sosial, teknologi dan arus globalisasi. hanya dengan karya sastera dan memahami seni budaya bukan sahaja akan menggerakkan intellectual renaissance bahkan membantu masyarakat kita lebih toleran dan lebih memahami. dalam keadaan masyarakat menghadapi pergolakan sosial dan cabaran globalisasi, cabaran yang dihadapi oleh penulis sama ada mereka itu sasterawan muda atau mapan nyata semakin kompleks. mereka bukan sahaja dituntut menghasilkan karya yang bermutu bahkan berupaya me-nanggap persoalan dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat. dalam soal ini saya bersetuju dengan apa-apa yang dinyatakan oleh zainal rashid ahmad. sasterawan harus berupaya menempatkan dirinya dalam masyarakatnya yang menyuarakan kegelisahan mereka dan pada masa yang sama terus menghasilkan kreativiti sastera dengan nilai sejagat. 82</Page><Page Number="100">sastera di dunia teknologi maklumat pada tahun lepas, kita mempunyai naratif ogonshoto karya anwar ridhwan selepas sekian lama berbangga de-ngan hujan pagikarya a. samad said. setelah sekian banyak hadiah dan anugerah, bengkel demi bengkel serta dukungan institusi dan sokongan daripada kerajaan, tongkat apakah yang dimahukan lagi oleh para penulis untuk menghasilkan karya? mingguan malaysia, 12 januari 2003. 83</Page><Page Number="101">(politik) persatuan penulis di sarawak abang patdeli abang muhi iftitah selayang pandang, maka-lah ini seolah-olah ingin mengundang kontroversi provokasi, dan sekali gus mencetuskan polemik serta menyentuh nubari sesetengah kalangan yang menjadi pemuka dan pendukung utama persatuan penulis. di sarawak, seperti juga di negeri-negeri lain, hatta negara-negara lain, persatuan atau badan penulisnya tidak dapat lari dengan politicizing sama ada yang berlaku dalam persatuan itu sendiri atau di kalangan anggota persatuan itu sendiri atau dengan pihak luar, baik dengan pihak berwenang mahupun 84</Page><Page Number="102">(politik) persatuan penulis di sarawak dengan masyarakat penulis dan awam yang sememangnya prihatin akan aspirasi, dilema dan permasalahan persatuan penulis serta masyarakat penulis itu sendiri. makalah ini tentunya tidak akan berbicara tentang politik persatuan penulis di sarawak per se, walau bagaimanapun, tu-rut memandukkan aspirasi, permasalahan dan juga pengalam-an persatuan penulis serta masyarakat penulis yang tentu sa-haja ia akan melampaui sempadan geopolitik dan geobudaya kenegerian. persatuan penulis sarawak sekilas pandang pada mac 1982, gabungan persatuan penulis sarawak (gpps) ditubuhkan. anggota gpps sebelum ini terdiri daripada persatuan-persatuan yang berdaftar, yakni pebas, putera, angkatan karya, angkatan karyawan limbang (akal) dan benak. menurut adi badiozaman tuah (1988), gpps ditubuhkan atas kesedaran tentang perlunya kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penting yang melibatkan penulis, penulisan dan kesusasteraan di sarawak. demikianlah sekelumit tentang rentetan sejarah suka duka persatuan penulis dan gabungan persatuan penulis di sarawak yang sepatutnya sudah cukup mantap dan mapan. sesungguhnya, persatuan-persatuan penulis di sa-rawak telah memainkan peranan yang cukup besar dalam menimbulkan dan membangkitkan kesedaran "bersastera" di kalangan penulis, penggiat dan pencinta bahasa, sastera dan budaya di sarawak, di samping memperjuangkan serta mempertahankan hak dan kepentingan para penulis. bahkan persatuan-persatuan penulis telah ikut serta mencorakkan dan menentukan hala tuju sastera kebangsaan di sarawak. kendatipun demikian, malangnya, semacam sudah men-jadi badi walang bahawa akan ada persatuan penulis yang mati tanpa talkin dan nisan. demikian jugalah badi walang yang menimpa beberapa persatuan penulis di sarawak. paspam, badan persuratan melayu sarawak, annsar, pebas, angkatan karya dan juga gpps gagal untuk ber tahan; 85</Page><Page Number="103">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sekurang-kurangnya hingga ke ambang alaf 2000 ini. yang masih bertahan hanyalah putera yang berpusat di miri. yang cukup "mengaibkan", kuching sebagai bandar raya utama dan pusat perkembangan budaya, ekonomi dan politik yang terpenting di sarawak tidak mempunyai persatuan penulis yang berdaftar apabila berkubur nya pebas, angkatan karya dan juga gpps. natijahnya, segolongan penulis yang masih ada sisa-sisa keprihatinan untuk bergerak dalam persatuan penulis yang berdaftar, berusaha untuk menghidupkan kembali pebas, bagaimanapun tidak berhasil. namun, akhirnya aksara di-luluskan pendaftarannya pada tahun 2000 ini. mungkinkah aksara juga akan menerima nasib yang serupa? sikap politik penulis dan persatuan penulis menurut j.h. rapar (1989), falsafah politik plato berupaya membahaskan dan menghuraikan berbagai-bagai sudut ke-hidupan manusia dalam hubungannya dengan negara. ia menawarkan konsep pemikiran tentang manusia dan negara yang baik, dan ia juga mempersoalkan cara yang harus di-tempuh bagi mewujudkan konsep pemikiran demikian. bagi plato, manusia dan negara memiliki persamaan yang hakiki, dan oleh itu, apabila manusia baik negara pun baik, dan maka, negara yang baik bererti manusianya pun baik. negara adalah pencerminan daripada manusia yang menjadi warganya. dalam pengertian yang lebih moden dan kontemporari politik sering dihubungkaitkan dengan kebeb asan, kekuasaan, kewibawaan, kewajipan, kesepakatan, persetujuan, demokrasi, keadilan dan hak asasi. demikian sedikit pengertian tentang politik. namun de-mikian, saya lebih berminat untuk berbicara tentang sikap politik penulis dan persatuan penulis, sama ada ia perlu dimiliki, dipelopori ataupun dianjurkan (preach) sebagai salah satu strategi penerusan agenda penulis dan persatuan penulis. relevannya soal politik dalam kita mewicarakan perihal 86</Page><Page Number="104">(politik) persatuan penulis di sarawak penulis dan persatuan penulis adalah justeru penulis mem-punyai peranan, fungsi dan tanggungjawab yang signifikan yang ada hubung kaitnya dengan politik, bangsa, agama dan negara. walau bagaimanapun, zaman selepas merdeka memper-lihatkan persatuan penulis tidak begitu menonjol agenda politiknya; ia masih memilih untuk bersikap "menjaga ke-bajikan" penulis, di samping lebih menjurus kepada menim-bulkan dan membangkitkan kesedaran "bersastera" di ka-langan penulis dan pencinta sastera. kendatipun, perhimpunan yang dinamai manifestasi budaya (bermula pada tahun 1980) diadakan saban tahun oleh gpps pada suatu masa dahulu, dan ada sedikit berbau politik, namun ia turut berkubur bersama-sama gpps. adi badiozaman tuah (1988) pun pernah mencatatkan bahawa kebanyakan kegiatan penulis di sarawak berkisar di sekitar upaya untuk menyatupadukan penulis-penulis di bawah naungan persatuan penulis, meningkatkan pengetahuan mereka tentang bahasa dan sastera, menggalakkan peng-hasilan karya-karya kreatif, memupuk dan mengasah bakat melalui bengkel atau diskusi, dan mencari saluran-saluran keluar bagi karya-karya mereka. maka, jelas upaya di atas tidak sedikit pun "berbau" politik. pemerhatian seimbas lalu saya mendapati persatuan penulis masih lagi terikat dengan stereotaipnya, yakni berperanan dan berfungsi seperti yang tertera dalam per-nyataan dr. adi di atas, dan tidak menonjol agenda politiknya bagi memperkasakan bahasa, sastera, dan hak-hak penulis. namun, selagi yang berkait dengan "bermain politik" dan politik dalaman, kepimpinan dan anggota-anggota persatuan penulis cukup licik juga politiknya. hah! persoalannya sekarang, adakah perlu para pe-nulis dan persatuan penulis mempunyai sikap politik yang formal? jawapan kepada persoalan ini ada hubung kaitnya dengan premis tentang sikap moral; jika penulis memiliki tanggungjawab dan iltizam sosial yang formal, maka natijah-nya para penulis, hatta persatuan penulis harus memiliki 87</Page><Page Number="105">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sikap politik formal kerana sikap politik formal merupakan manifestasi penzahiran tanggungjawab sosial dalam peng-ambilan keputusan politik. menurut stephen v. mosma (dlm. jujun s. suriasumantri, 1990), keputusan politik adalah keputusan yang bersifat mengikat (autoritatif), menyangkut seluruh masyarakat dan bersifat membahagikan kelebihan dan kekurangan (advantages and disadvantages). oleh yang demikian, dalam proses pengambilan keputusan politik para penulis dan anggota-anggota persatuan penulis seharusnya berperanan, antara lain, sebagai intelektual, birokrat mahupun teknokrat. sebagai intelektual atau ilmuwan, sesungguhnya sikap politik penulis adalah selari dengan asas moral keilmuan. empat asas moral yang mempengaruhi sikap formal politik ialah (i) kebenaran; (ii) kejujuran; (iii) tidak mempunyai kepentingan langsung; (iv) menyandarkan diri kepada ke-kuatan hujahan dalam menilai kebenaran, atau dengan perkataan lain, tidak mempunyai ikatan asal secara moral, psi-kologi, sosial mahupun politik dalam pengambilan keputusan (jujun s. suriasumantri, 1990). hatta, berfungsikah atau tidak berfungsikah penulis dalam pengambilan keputusan politik? dan, sejauh manakah fungsi itu "terlembaga", dan mampu rnemanifestasikan pe-ranan penulis sebagai intelektual atau ilmuwan, birokrat atau teknokrat? sejauh manakah penulis dan persatuan penulis memiliki etos dan bobot untuk rnenegakkan dan men-doktrinkan empat asas moral seperti yang dinyatakan di atas dalam realiti politik kini. adakah tidak mungkin, penulis dan persatuan penulis hanya bijak bermain-main dengan retorik dan metafora politik sehingga kalangan tersebut tidak "berfungsi langsung" dalam pengambilan keputusan politik? sedangkan, asas moral yang menjadi teras perjuangan para penulis dan persatuan penulis adalah bersifat menunjangi suatu orientasi terhadap kepentingan nasional dalam sikap politik formal penulis dan persatuan penulis. yang ingin saya serlahkan, adalah, berbanding dengan 88</Page><Page Number="106">(politik) persatuan penulis d1 sarawak persatuan bukan penulis, persatuan penulis hampir tidak mempunyai bargaining powermahupun pressuring poweryang ampuh sebagai manifestasi penglibatan persatuan penulis dalam proses pengambilan keputusan politik atau sebagai gambaran sikap politik formal persatuan penulis. tegal itulah, dan berdasarkan penelitian saya setakat ini, persatuan penulis sekadar menjadi peserta pasif, khu-susnya dalam hal ehwal yang berjerait dengan politik per se dan soal-soal politik bahasa, budaya, hatta sastera se-kalipun. ada kemungkinan "kepasifan" demikian disebab-kan persatuan penulis memang sifatnya sentimental dan bersifat non-confrontation, ataupun memang tidak ingin mengidentifikasikan persatuan penulis sebagai kumpulan pendesak seperti halnya dengan sesetengah badan bukan kerajaan yang lain. namun demikian, ini tidak harus disalahtafsirkan sebagai suatu keadaan tidak berfungsinya persatuan penulis justeru fungsi persatuan penulis dalam pengambilan keputusan po-litik adalah memberikan alternatif, dan bukannya sebagai kekuatan politik yang berfungsi memberi keputusan. oleh itu, persatuan penulis, sekali gus para penulis, tidak sewajarnya diperlakukan sebagai lawan politik oleh kekuatan politik yang mempunyai pendapat dan stereotaip yang berbeza dengan sikap politik para penulis dan persatuan penulis. dengan kata lain, para penulis dan persatuan penulis, khususnya di sarawak harus sound atau bersuara dalam hal-hal yang berkait dengan politik, terutama yang ada hubung kaitnya dengan empat asas moral yang dibincangkan terdahulu. reformasi persatuan penulis persoalan peranan, fungsi dan tanggungjawab penulis serta persatuan penulis, di samping soal status, kedudukan, ruang dan peluang penulis, sering sahaja dipaparkan, diwicarakan dan juga dipolemikkan, dan adakalanya dipolitikkan lewat akhbar, majalah, media dan pelbagai wacana bahasa, sastera dan budaya. ini, pada hemat saya adalah natijah daripada status masalah sastera itu sendiri yang merupakan masalah 89</Page><Page Number="107">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dasar seperti halnya dengan masalah-masalah sosial, politik dan ekonomi yang lain, yang harus diberi pertimbangan yang wajar, sekali gus dicari jawapan dan penyelesaiannya. penulis dan persatuan penulis masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah, dilema, tuntutan, cabaran dan kekangan sama ada masalah dalaman penulis atau persatuan penulis itu sendiri, mahupun masalah yang berada di luar lingkungan penulis dan persatuan penulis. di sarawak, sikap politik dan agenda politik persatuan tidak begitu terserlah. persatuan penulis seakan-akan "bacul" untuk menyatakan sikap dan pandangannya tentang isu-isu yang ada kaitan dengan politik, kendatipun persatuan penulis seharusnya memainkan peranan yang terserlah dan ke depan dalam hal-hal yang berhubung kait dengan keadilan, kebebasan dan kemanusiaan. dalam konteks ini, persatuan penulis memilih untuk bersikap "membisu". persatuan penulis di sarawak juga dikatakan tidak dapat ber tahan lama dan tegal itu, ia tidak nnampu memainkan pe-ranan dan fungsi yang lebih menyerlah„ lantas menjadikannya gerakan yang hanya sibuk dengan hal-hal sastera, penulis dan penulisan yang ritual sifatnya. adakah persatuan penulis harus terus dengan stereotaipnya, atau ia harus lebih berani bersuara dan ber tindak atas landasan kewajipan sosial dan nasional. cabaran-cabaran yang akan dihadapi, bahkan kini sedang dihadapi, muncul dan tercetus dalam pelbagai bentuk lewat pelbagai arah dan media. justeru itulah, pada hemat saya, persatuan penulis dan juga penulis kini berada di suatu persimpangan arus sej arah yang pastinya akan mempengaruhi, lantas menentukan kelangsungannya (survival). paling tidak, penulis dan persatuan penulis (dengan rujukan khusus kepada sarawak) akan berhadapan dengan cabaran dan kekangan yang berikut yang sekali gus menuntut beberapa reformasi dalam pengurusan serta pendekatan persatuan penulis: (i) asakan kemajuan teknologi; (ii) tuntutan sains dan realiti baru; 90</Page><Page Number="108">1polit1k) persatuan penulis d1 sarawak (iii) himpitan institusi politik dan ekonomi; (iv) kepimpinan dan pengurusan persatuan; (v) aspirasi dan keperluan penulis serta khalayak sastera yang semakin kompleks; dan (vi) birokrasi institusi bahasa dan sastera. cabaran-cabaran di atas, ditambah lagi dengan perubahan-perubahan serta pergolakan besar yang berlaku di sekeliling kita, baik yang berlaku di wilayah borneo kalimantan ini mahupun yang berlaku di luar lingkungan geopolitik dan geobudaya kita di wilayah ini. penulis dan persatuan penulis mempunyai pilihan untuk melakukan reformasi atau tidak. untuk itu, kita perlu memiliki keberanian intelektual dan politik. namun, adakah kita sebagai seniman dan ilmuwan memiliki keberanian untuk menghadapi perubahan dan mem-bawa perubahan yang akhirnya akan melahirkan penulis serta bangsa yang mempunyai etos dan kemuliaan (dignity) , tanpa berasa cuak dengan politikus? kemajuan teknologi, realiti sains dan perkembangan ekonomi yang semakin menghimpit serta iktikad politik (political will) terhadap bahasa, sastera dan budaya yang kian tercabar, pastinya menuntut penulis dan persatuan penulis untuk membina etos, imej, status serta bobot sebagai golongan ilmuwan, birokrat dan teknokrat. akhirulkalam i)alam era teknologi maklumat, perkampungan sejagat, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, k-economy, politics of survival ini, tentunya menuntut penulis dan persatuan penulis lebih berani melakukan reformasi. untuk memainkan peranan sebagai golongan ilmuwan, biro krat dan teknokrat, para penulis dan persatuan penulis juga harus lebih berani menuntut agar pihak yang berwenang tidak pudar iktikad politiknya untuk membina, mengembangkan serta melestarikan bahasa, sastera dan budaya yang menjadi teras kepada pembinaan tamadun dan negara bangsa. di samping memikirkan, merencanakan dan melaksana- 91</Page><Page Number="109">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kan pelbagai upaya membina, mengembangkan dan meles-tarikan bahasa, sastera dan budaya di daerah masing-masing, kita - para penulis, seniman dan budayawan, lewat badan dan persatuan masing-masing, seharusnya ikut prihatin untuk sama-sama menyatukan dan melestarikan kepelbagaian budaya di wilayah borneo kalimantan ini. akhirnya, kita sebagai penulis, budayawan dan karyawan hendaklah menjadi seniman yang baik memiliki etos; berani menyatakan dan menegakkan yang benar. bibliografi adi badiozaman tuah, 1988. "peranan persatuan-persatuan pe-nulis dalam usaha pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan" dlm. wajah sastera sarawak. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. anwar ibrahim, 1993. the asian renaissance. times book international, singapore: kuala lumpur. baharuddin zainal, 1993. "peranan penulis dalam negara mem-bangun" dlm. pemimpin dan sasterawan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. j.h. rapar, 1989. falsafah politik plato. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jujun s. suriasumantri, 1990. ilmu dalam perspektif moral, sosial dan politik. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. mohammad driss, 1985. "sekadar memperkatakan sedikit tentang peranan badan-badan penulis dalam perkembangan sastera di sarawak" (1980), dlm. perkembangan sastera di sarawak (dokumentasi). kuching: dewan bahasa dan pustaka. makalah ini disarnpaikan pada dialog borneo-kalimantan vi, di kuching, sarawak, 16-18 september 2000. hamzah hamdani dan abang haliman abang julai (ed.), 2003. pelagus: antologi sastera sarawak (jilid ii), kuching: dewan bahasa dan pustaka cawangan sarawak. 92</Page><Page Number="110">permasalahan dalam kaedah genetik abdul ahmad kesusasteraan bandingan merupakan satu bidang pengkajian yang cukup luas skopnya dan rencam pula sifatnya. para sarjana yang menganjurkan, memperkatakan dan mempraktikkannya mempunyai tanggapan yang pelbagai dan tidak sekata tentangnya. pada waktu-waktunya dan dalam keadaan-keadaan tertentu fungsi dan kaedahnya ber-tindih dengan bidang-bidang pengkajian kesusasteraan yang lain seperti teori, sejarah dan kritikan sastera. perbezaan tanggapan yang paling menonjol ialah an-tara sarjana daripada mazhab perancis dan mazhab moden (amerika). sarjana-sarjana mazhab awal seperti h.m. posnett, joseph taxte, fernand baldensperger, m.f. guyard, paul van 93</Page><Page Number="111">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tieghem dan jean marie carre menanggap kesusasteraan bandingan dalam konteks historikosaintifik (pengkajian se-cara biologis dan menurut teori-teori evolusi), yang mungkin terakibat daripada kemajuan dalam penyelidikan sains di eropah pada waktu itu yang ghairah dengan bidang pengeta-huan baru. guyard, umpamanya, menganggap kesusasteraan bandingan dalam konteks sebagai sejarah perhubungan ke-susasteraan antarabangsa (robert j. clements, 1978). carre pula menganggap kesusasteraan bandingan merupakan se-bagai satu cabang daripada sejarah k esusasteraan (ulrich weisstein, 1974:3). sementara bagi tieghem, kesusasteraan bandingan semata-mata bertujuan me agkaji hasil-hasil pel-bagai kesusasteraan dalam perhubungan antaranya (ulrich weisstein, 1974:5). akan tetapi, tanggapan sarjana-sarjana yang kemudian, terutamanya yang dari amerika seperti frank wadleigh chandler, henry remak, a. owen aldridge, rene wellek dan austin warren jelas lebih luas dan memberi implikasi bahawa kesusasteraan bandingan merupakan satu bidang pengkajian yang lebih menyeluruh, tetapi berpusat kepada teks sastera. bagi chandler, umpamanya, pengajian kesusas-teraan bandingan memanglah mengambil kira unsur sejarah, tetapi bukanlah persoalan pusat. yang harus dikaji secara perbandingan adalah yang menyangkut aspek-aspek keseni-annya. aldridge menganggap kesusasteraan bandingan se-bagai pengkajian sebarang fenomena kesusasteraan dalam perspektif lebih daripada sesebuah kesusasteraan kebang-saan atau bersama-sama dengan disiplin-disiplin ilmu lain (robert j. clements, 1978:5). sementara remak mengang-gapnya sebagai satu bidang pengkajian kesusasteraan yang merentas sesebuah negara, dan pengkajian-pengkajian ten-tang perhubungan antara kesusasteraan di satu pihak dengan bidang-bidang ilmu lain — seperti falsafah, sejarah sains dan sebagainya — di satu pihak (ulrich weisstein, 1974:23). wellek dan warren memperluas lagi skop kesusasteraan bandingan ini dengan melihat "pengkajian kesusasteraan sebagai satu bidang yang harus dikaji secara keseluruhan" (mohamad 94</Page><Page Number="112">permasalahan dalam kaedah genetik ghazali mat saleh, 1984:24), yang dalamnya terdapat cabang-cabang pengkajian teori sastera, kritikan sastera dan sejarah sastera (rene wellek, 1988:49— 50). demikianlah secara sepintas lalu dapat dikesan tang-gapan yang berbeza-beza terhadap kesusasteraan bandingan dan justeru itulah ia menjurus kepada skop yang sangat luas, dalam dan rencam. dari sini timbul pula pelbagai kerumitan yang harus dihadapi oleh seseorang pengkaji dalam mengap-likasikan kesusasteraan bandingan. ambil saja aspek genetik sebagai salah satu daripada sekian banyak pendekatan dan kaedah yang terdapat dalam kesusasteraan bandingan. menerusi pendekatan untuk mengkaji sumber dan asal usul sesebuah karya ini, mahu tidak mahu pengkaji harus mencekau ruang lingkup yang meluas dan mendalam pula, dan di dalamnya terdapat pelbagai masalah dan kerumitan yang tidak sekadar berlegar dalam konteks semasa atau nasio-nal, malah merentas ruang masa yang lebih lama dan ruang geografikal yang lebih luas. dalam mengkaji asal usul sesebuah karya sastera itu ter-dapat sekurang-kurangnya lima aspek yang harus diberi tum-puan, iaitu pengaruh, saduran (adaptasi), ciplakan (plagiat), peniruan (imitasi) dan terjemahan. masalah atau kerumitan yang cukup menonjol di sini adalah menentukan garis pan-duan yang jitu dan baku tentang kelima-lima aspek tersebut. yang dimaksudkan dengan pengaruh itu apa sebenarnya? pengaruh apakah atau bagaimanakah yang dapat dikatakan mempengaruhi penghasilan sesebuah karya sastera? penga-ruh boleh jadi unsur persekitaran atau milieu yang bersifat ekstrinsik seperti pergolakan dan tekanan politik, sosioeko-nomi dan sosiobudaya yang mempengaruhi dan meledaki perasaan dan jiwa pengarang hingga secara tanpa sedar "memaksa"nya menghasilkan karya. hal inilah yang barang-kali terjadi terhadap george orwell yang melahirkan animal farm. bagaimana pula dengan hassan ibrahim yang meng-hasilkan tikus rahmat? adakah hassan ibrahim dipengaruhi oleh persekitarannya, atau terpengaruh dengan cara gaya satira george orwell, yang digunakannya untuk mentafsir 95</Page><Page Number="113">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pergolakan politik setempat? hal begini juga terjadi terha-dap karya hamka, tenggelamnya kapal van der wijick yang dikatakan terpengaruh daripada majdulin oleh musthafa luthfi al-manfaluti yang dikatakan disadur daripada sous les tilleuls oleh alphonse karr, dan kemudiannya aziz afkar pula dikatakan terpengaruh dengan karya hamka dalam menghasilkan hartini. dalam konteks begini, pengkaji haruslah mengenal pasti fenomena yang memainkan peranan pengaruh terhadap penghasilan sesebuah karya. dia ha•us melengkapkan di-rinya dengan pelbagai pengetahuan bantu — seperti ideologi politik, sosiologi, antropologi dan sebagainya — memandang-kan karya sastera merupakan dimensi bahan yang membawa persoalan yang berbagai-bagai. perlengkapan tersebut akan membuatkan dia peka untuk mengesani fenomena atau ele-men pengaruh persekitaran terhadap diri pengarang. peng-kaji juga harus banyak tahu tentang segala macam bentuk genre yang terhasil dalam ruang geografi yang luas dan ru-ang waktu yang lama. pengkaji juga akan mencuba meneliti sebab akibat dan motif di sebalik penghasilan karya itu, ke-rana kedua-dua ini terbabit juga dengari fenomena pengaruh. pengkaji juga harus mempunyai kemahiran dalam menilai aspek-aspek intrinsik untuk mengungkap ciri-ciri struktural (seperti tema dan teknik) bagi membuktikan unsur pengaruh antara karya. hal-hal begini tentunya merupakan masalah, malah cabar-an, yang sangat besar dan berat yang akan dihadapi oleh pengkaji. lantas j.t. shaw beranggapan bahawa pengkajian pengaruh sangat kompleks, lebih lebih lagi dalam menentu-kan sama ada pengaruh terjadi secara langsung atau tidak langsung (ulrich weisstein, 1974:30). barangkali yang di-katakan pengaruh secara tidak langsung itu terjadi di dalam diri (pengetahuan) pengarang yang mengalami sesuatu yang baru lalu melewati proses transmisi dan reorganisasi tanpa sedar di dalam karyanya (sahlan mohd. saman, 1986:32). namun, bagi ulrich weisstein, pengaruh juga merupakan satu bentuk peniruan yang terjadi tanpa disedari, sementara 96</Page><Page Number="114">permasalahan dalam kaedah genetik peniruan adalah pengaruh yang disengajakan (ulrich weis-stein, 1974:31). peniruan mempunyai suatu konotasi yang membawa im-plikasi yang kurang menyenangkan, terutamanya bagi diri pengarang yang dilibatkan. justeru itu, pengkaji perlu berha-ti-hati dalam membuat penentuan sama ada sesebuah karya itu terhasil daripada pengaruh atau peniruan. saranan sah-lan mohd. saman bahawa pengkajian pengaruh ini dijadikan "satu penerang terhadap proses penciptaan sesebuah karya" (sahlan mohd. saman, 1986:31) wajar sekali. tambahan pula, pengarang bagaikan tidak terelakkan daripada terpengaruh, seperti yang diakui aldridge bahawa "sesuatu yang wujud dalam karya seseorang pengarang tidak akan wujud kalau dia tidak membaca karya-karya pengarang sebelumnya" (ulrich weisstein, 1974:32). pengkajian genetik ini juga akan berhadapan dengan persoalan yang lebih kurang sama dalam melihat fenomena adaptasi, ciplakan dan terjemahan. adaptasi antaranya, meru-pakan penulisan semula sesebuah karya daripada sesuatu genre ke bentuk genre yang lain, seperti ranjau sepanjang jalan yang diadaptasikan dalam bentuk filem, atau cerpen "uda dan dara" karya usman awang yang kemudiannya digubah kembali dalam bentuk drama dan didramapentaskan dengan judul muzika uda dan dara. dalam pengadaptasian itu, biasanya, terdapat usaha mengekalkan plot, watak dan perwatakan, tema dan sebagainya sebanyak dan setepat yang boleh. elemen-elemen intrinsik seperti inilah yang biasanya disusurgalurkan oleh pengkaji untuk mengesan asal usul se-sebuah karya (secara evolusi) sekiranya dipercayai melewati proses pengadaptasian. walau bagaimanapun, pengkaji mungkin akan meng-hadapi masalah yang lebih merumitkan sekiranya penyadur-an itu berlaku terhadap sesebuah karya daripada sastera kebangsaan lain, dengan penggunaan bahasa yang lain dan artistic devices yang asing, seperti hikayat faridah hanum yang dikatakan karya saduran daripada sebuah karya di asia barat. karya saduran begini biasanya mengekalkan idea dan</Page><Page Number="115">sastera kebangsaan: isu dan cabaran plot asalnya, tetapi memindahkan unsur-unsur struktural lain kepada pewarnaan setempat. hal sebegini menuntut pemer-hatian dan penelitian yang cukup tajam daripada pengkaji un-tuk mengesan asal usul karya. pemindahan sesebuah karya dalam bentuk terjemahan juga merupakan satu lagi elemen yang dapat dikaji untuk mengungkapkan asal usul sesebuah karya tertentu. karya-karya terjemahan sepatutnya tidak menimbulkan banyak masalah kepada pengkaji genetik juste ru penterjemahan itu merupakan satu proses atau aktiviti yang mempunyai konsep dan garis panduan tertentu. kita ambillah the good earth hasil karya pearl s. buck yang diterjemahkan oleh abdullah hussain sebagai bumi bertuah. pengkaji dengan mudah dapat mengesan asal usul karya tersebut kerana nama penulis asalnya dikekalkan. namun, pengkaji akan dapat pula mengkaji aspek perbandingan dalam karya berkenaan dari segi penterjemahan itu sendiri — seperti adakah penterjemah dapat mengekalkan nilai estetik karya asalnya, atau adakah penterjemah bersikap tidak sekadar memindahkan bahasa malah juga hal-hal lain seperti nilai budaya setempat. walau bagaimanapun, yang mungkin menimbulkan ma-salah kepada pengkaji ialah karya yang rnelalui proses penter-jemahan secara bebas dengan pelbagai penyesuaian dilaku-kan. penterjemahan begini boleh mengurangkan atau meng-hilangkan nilai estetika dan artistic devices karya asalnya dan ini akan menimbulkan masalah kepada pengkaji dalam peng-kajian perbandingan dalam mengamati nilai-nilai tersebut. hal ini mungkin akan terjadi terhadap satu ciri cerita adven-ture enid blyton yang diterjemahkan ke dalam bahasa me-layu, yang memindahkan nama watak dan perwatakan malah ciri budaya asal juga diubahsuaikan berciri budaya malaysia. saya sendiri pernah menterjemah sebuah novel adven-ture untuk remaja setebal kira-kira 250 halaman, tetapi tidak diterbitkan kerana penerbit mahu saya mengekalkan seluruh isi teks, sedangkan saya tidak bersedia rnengekalkan cara ke-hidupan sekumpulan watak yang mengikut kesedaran saya kurang cocok dengan moral dan akhlak audiens remaja me- 98</Page><Page Number="116">permasalahan dalam kaedah genetik layu. barangkali saya bersikap tidak adil kepada pengarang karya asal, akan tetapi saya juga harus bertanggungjawab terhadap audiens bangsa saya. apabila hal seumpama ini ter-jadi pasti akan menimbulkan pelbagai kerumitan dalam peng-kajian genetik. barangkali ciplakan merupakan satu lagi fenomena yang cukup merumitkan. penciplakan merupakan "pengambilan bahan hasil karya orang lain yang dikemukakan sebagai karya sendiri" (safian hussain et al., 1988:255). masalah awal pengkaji ialah menentukan kriteria-kriteria ciplakan. "pengambilan bahan hasil karya orang lain" yang bagaimana-kah, atau hingga ke tahap manakah yang dapat dianggap ciplakan? pengertian ciplakan itu subjektif dan boleh juga terkeliru dengan fenomena-fenomena pengaruh, penyaduran atau peniruan. pada tahun 1960-an dahulu, dunia sastera nusantara digemparkan oleh tohmahan terhadap ulama sasterawan hamka bahawa tenggelamnya kapal van der wijicknya itu di-katakan diciplak daripada majdulin (yang diterjemahkan se-bagai magdalena). kegemparan tersebut akhirnya memaksa-kan tokoh penting sastera indonesia, h.b. jassin, tampil ke khalayak dengan segala bukti dan hujah menangkis tohmah-an terhadap hamka itu (h.b. jassin, 1985:59-68). daripada peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa kekeliruan atau salah tafsir boleh saja terjadi terhadap elemen-elemen yang dibincangkan ini. dan, hal ini tentulah juga merupakan sebahagian kerumitan yang harus dihadapi oleh pengkaji ge-netik. demikianlah, secara sepintas lalu dan kritis, tinjauan terhadap limafenomena penting dalam membongkar sumber dan asalusul penghasilan sesebuah karya sastera. yang pentingnya, dalam mengkaji sumber dan asal usul sesebuah karya, pengkaji, perlu mendapatkan sesuatu - baik dalam bentuk hasil karya sastera, tulisan-tulisan sastera yang non-kreatif, tulisan-tulisan atau bahan-bahan daripada pelbagai bidang lain ataupun meninjau fenomena tertentu - yang kemudiannya akan membolehkan-nya mengkaji secara perbandingan. 99</Page><Page Number="117">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran dalam pengkajiannya itu dia akan meneliti unsur-unsur intrinsik yang ekstrinsik sesebuah karya. dari segi intrinsik (biologi) dia akan mengkaji aspek-aspek struktural dua buah karya atau lebih. umpamanya, sejauh manakah atau sebanyak manakah aspek struktural dalam haiy bin yaqzan oleh ibn sina itu terdapat dalam robinson crusoe oleh defoe? adakah terdapat persamaan tema atau plot antara kedua-duanya? menerusi pengamatan ekstrinsik (evolusi) pula dapat ditinjau adakah defoe mempunyai motif yang sama, atau sebaliknya, dengan motif akhlak ibn sina? bagaimanakah pula latar sosio-budaya masing-masingnya yang mungkin mencetuskan idea penghasilan karya-karya itu. pengkajian begini memanglah mempunyai masalah dan rumit sekali, seperti yang disentuh terdahulu. pengkaji perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan yang meluas serta mendalam tentang bidang kesusasteraan itu sendiri yang tidak sekadar bersifat semasa, malah meliputi segala macam karya dari dimensi-dimensi bahan lain yang begitu luas yang diterbitkan dalam ruang waktu yang begitu lama. pengkaji juga perlu mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai disiplin lain dan fenomena sejagat yang diper-kirakan dapat membantu kerja-kerja pengkajiannya. segala-gala ini cukup penting supaya sesuatu rumusan atau hasil pengkajian itu rasional dan autoritatif. namun, pengkajian begini akan cukup membantu dalam mengenal pasti keaslian sesebuah karya. ia dapat menyingkap fenomena dan motif kelahirannya, dan sekali gus pula dapat melihat karya-karya sastera itu dalam suatu senario yang lebih universal kedudukannya. pengkajian begini tentulah timbul daripada keinginan dan minat yang begitu besar untuk memahami dan menanggapi dunia kesusasteraan dalam perspektif yang lebih mendalam, meluas dan bermakna. ia membuktikan bahawa bidang kesusasteraan tidaklah berada dalam sebuah pulau yang tersendiri dan asing daripada bidang-bidang lain, malah ia berada di dalam benua yang amat besar dan menyeluruh yang dalamnya juga terdapat pelbagai unsur dan bidang lain 100</Page><Page Number="118">permasalahan dalam kaedah genetik yang semuanya saling berinteraksi baik secara sedar atau tidak dan secara langsung atau tidak. bibliografi clements, robert j., 1978. comparative literatureas academic discipline. new york: the modern language association of america. h.b. jassin, 1985. kesusasteraan indonesia moden dalam kritik dan esei l jakarta: penerbit pt gramedia. mohamad ghazali mat saleh. "kesusasteraan bandingan: me-neroka sastera, memahami manusia" dlm. dewan sastera, hlm. 28, januari 1984. safian hussain et al., 1988. glosari istilah kesusasteraan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. sahlan mohd. saman, 1986. sastera bandingan: konsep , teori dan amalan. petaling jaya: penerbit fajar bakti. weisstein, ulrich, 1974. comparative literature and literary theory. bloomington, london: indiana university press. wellek, rene dan warren, austin, 1988. teori kesusasteraan. diterjemah oleh wong seng tong. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. dewan sastera, mac 1991. 101</Page><Page Number="119">penulis dan cabarannya abdullah hussain kertas ini bukanlah merupa-kan satu kertas kerja ilmiah yang akan menjadi titik bertolak dalam membahaskan masalah-masalah kesusasteraan, tetapi kertas ini lebih merupakan suatu prasaran tentang perkara-perkara yang menyentuh penulis yang ditinjau dari sudut teori dan praktis. boleh jadi dalam prasaran ini masalah prak-tikal akan lebih banyak dibicarakan daripada masalah teori kerana saya rasa, saya lebih selesa berb icara perkara-perkara yang timbul daripada pengalaman daripada perkara ilmiah dan teori. namun janganlah pula disalah anggap bahawa saya menolak seseorang itu sebagai penulis tidak berjaya. alasan saya untuk lebih banyak berbicara tentang soal praktikal ia- 102</Page><Page Number="120">penulis dan cabarannya lah pertama: walaupun saya tahu serba sedikit tentang sas-tera tetapi saya berasa belum layak untuk menjadi guru dan memberi pelajaran kepada saudara-saudara ataupun kepada siapa sahaja, sebab saya sendiri masih lagi belajar, kedua: saya berasa lebih senang dan bebas kalau nanti saya ditanya tentang pengalaman saya dalam dunia sastera. oleh sebab sastera menjadi bahagian daripada seni dan seni itu cabang daripada kebudayaan maka ia banyak me-narik minat orang ramai untuk turut berkecimpung di dalam-nya. daya tarikannya seperti magnet besi berani, atau seperti cahaya api yang menarik kelekatu. tetapi daripada sekian banyak orang yang tertarik kepadanya hanya beberapa orang sahaja yang berjaya, yang berhasil menembusi barrier, wa-laupun istilah barrier ini belum dapat kita samakan dengan istilah sound barrier dalam dunia sains angkasa lepas, tetapi barrier jugalah bagi sesetengah orang, kerana untuk melin-tasinya mesti membuat cukup persediaan, kalau tidak dia ti-dak akan dapat melewati barrieritu. menyerbu membuta tuli seperti kelekatu menyerbu cahaya api pun berbahaya juga, akibatnya banyak yang jatuh bergelimpangan di lantai kerana kehangusan sayapnya maka orang yang berminat dalam du-nia seni, khususnya dunia sastera akan jadi seperti kelekatu itu juga, jatuh tanpa bangun-bangun lagi. dalam prasaran ini saya tidak akan banyak berbicara tentang sejarah perkembangan kesusasteraan kita, kerana kesusasteraan di negeri kita sudah punya sejarah dan sudah punya peminat-peminat, walaupun kehidupan kesusasteraan itu masih belum "merata". saya juga tidak akan berbicara tentang cara-cara bagaimana saudara mahu mengasah bakat dan sebagainya, sebab buku-buku tentang itu telah banyak juga ditulis oleh orang yang ahli dan saudara dapat memba-canya dalam keadaan yang lebih tenang dan lebih bersung-guh-sungguh lagi. namun demikian tidaklah pula saya nafi-kan bahawa dalam perbicaraan ini nanti di sana sini kita akan menyentuh juga soal sastera ini secara umum, tetapi hal ini saya rasa dapat dimaafkan. dalam prasaran ini saya juga tidak akan bersikap seperti 103</Page><Page Number="121">sastera kebangsaan: isu dan cabaran seorang imam yang memberi nasihat kepada makmum dalam khutbah jumaatnya supaya takutkan allah, kerana saya ber-pendapat saudara-saudara yang ada di sini baik secara lang-sung atau tidak ialah penulis-penulis yang kreatif ataupun sekurang-kurangnya peminat sastera yang kritis, seperti makmum yang hadir di masjid pada hari jumaat baik sedar atau tidak ialah umat yang takwa kepada allah. saya tidak perlu sangsikan lagi perkara itu. dunia sastera bagi sesetengah orang merupakan dunia glamor seperti dunia filem, dunia muzik, dunia drama yang penuh dengan mimpi-mimpi manis dan harapan-harapan mu-luk tetapi seperti yang saya katakan di atas tadi ia juga meru-pakan dunia yang mempunyai cabaran yang mudah menim-bulkan frust, patah hati dan kekecewaan. memang banyak orang yang ingin menjadi penyajak yang berjaya dan terke-nal, seperti usman awang misalnya, ingin menjadi penga-rang cerpen yang terkenal seperti keris mas, ingin menjadi novelis yang terkenal dan disanjung tinggi seperti shahnon ahmad, ingin menjadi wartawan yang terkenal seperti a. samad ismail, ini untuk menyebut nama mereka yang dekat dengan kita saja dan belum lagi kita rnenyebut tokoh-tokoh besar dalam kesusasteraan dunia, tetapi daripada sekian ba-nyak orang yang ingin itu tidak sedikit yang gagal di samping yang mendapat tempat dalam senarai nama-nama penulis dan sasterawan tanah air. cabaran yang pertama yang ada di muka pintu orang yang ingin menjadi penulis adalah untuk mendapat tempat yang pertama dalam surat-surat khabar atau majalah-maja-lah dan hal ini sekarang di malaysia barat dikenal sebagai masalah penampungan. masalah penampungan itu telah menjadi begitu hebat kerana hampir setiap minggu kita akan dapat membaca berita-berita tentang penulis membuat beng-kel, perkhemahan, perjumpaan, simposium, seminar dan berbagai-bagai macam lagi. dalam pertemuan-pertemuan seperti itu soal-soal penampungan dibicarakan dan kemudian berekoran pula pada soal bimbingan, kerana ternyata banyak karya yang akan ditampung itu tidak mencapai standard yang 104</Page><Page Number="122">penulis dan cabarannya dikehendaki oleh pengarang-pengarang surat khabar dan ma-jalah-majalah yang bersangkutan. apabila karya-karya yang diterima oleh pengarang-penga-rang itu rendah mutunya daripada ukuran yang dikehendaki untuk surat-surat khabar dan majalah-majalahnya, maka karya-karya tersebut biasanya menjadi isi bakul sampah dan akibatnya timbullah tuduhan bahawa dalam kalangan penga-rang-pengarang surat khabar dan majalah-majalah ada sikap pilih kasih atau diskriminasi. anehnya, di celah-celah tuduhan diskriminasi itu terde-ngar pula suara yang lantang meminta supaya penulis-penulis veteran (maksudnya pengarang-pengarang dan penulis-pe-nulis yang sudah ternama yang dianggap melakukan diskri-minasi — pilih kasih) memberi bimbingan kepada penulis-pe-nulis muda, kerana ternyata mereka itu belum dapat mengua-sai selok-belok dalam dunia penulisan. sikap yang berlawanan ini timbul kerana dalam perjumpaan-perjumpaan itu, seperti juga seminar bahasa ini, sering kali dihadiri oleh sekurang-kurangnya dua golongan yang kepentingannya amat berbeza. golongan pertama ialah mereka yang sudah pun established sebagai penulis atau penyajak, tetapi yang karyanya jarang-jarang disiarkan dan golongan kedua ialah mereka yang ti-dak pernah menulis tetapi mempunyai minat untuk menjadi penulis, ataupun yang hanya baru menulis dalam mimbar pembaca, sebuah dua buah sajak dalam majalah sekolah. kehadiran kedua-dua macam golongan ini dalam satu per-temuan seperti itu terjadi secara kebetulan. golongan per-tama datang untuk memperjuangkan supaya karyanya lebih banyak mendapat siaran, sementara golongan kedua pula datang dengan keinginan untuk mempelajari teknik-teknik menulis supaya tulisannya diterima oleh surat-surat khabar dan majalah-majalah. sebenarnya, seperti yang sudah sering dibicarakan dalam bengkel-bengkel dan khemah-khemah penulis di ma-laysia barat oleh penceramah-penceramah yang kebanyakan-nya terdiri daripada pengarang-pengarang surat-surat khabar dan majalah-majalah, masalah diskriminasi sama sekali tidak 105</Page><Page Number="123">sastera kebangsaay:iso dan cabaran timbul, apabila penulis-penulis itu arif akan selok-belok pener-bitan surat-surat khabar dan majalah-majalah dan apabila ia mengerti akan dasar yang dipegang oleh pengarangnya ma-sing-masing untuk menjaga mutu surat-surat khabar dan ma-jalah itu, maka tuduhan itu ternyata tidak pada tempatnya. masalah bimbingan dan penampungan merupakan satu masalah yang umum. tidak sahaja dalam lapangan sastera malah dalam semua lapangan pekerjaan, yang terutama sekali diberi prioriti, mesti diutamakan lebih dahulu. kerajaan sendiri telah menginsafi akan urgentnya perkara ini, sehingga seka-rang berbagai-bagai usaha telah dijalankan untuk memberi-kan latihan-latihan profesional kepada seseorang itu. kepada pemuda-pemuda telah ada institut teknologi mara, telah ada barisan belia pelopor, barisan belia pe mbina negara. badan-badan ini sekarang sedang memberi bimbingan kepada be-ribu-ribu belia dalam berbagai-bagai lapangan pekerjaan dan belia-belia ini kemudian dicarikan tempat penampungannya. hal ini tidak pernah heboh, seheboh yang ditimbulkan oleh penulis-penulis walaupun belia yang terlibat di dalamnya ber-puluh-puluh bahkan beratus kali ganda lebih banyak daripa-da penulis. tetapi kehebohan yang ditimbulkan oleh penulis dapat kita fahami, kerana penulis ialah mereka yang mem-punyai senjata yang paling tajam, yang paling ditakuti oleh pemimpin turki muda, kamal ataturk dalam masa hidupnya. penulis mempunyai pena dan surat khabar. kalau kita dapat bersikap jujur dengan melihat ke dalam diri kita sendiri tentang kekurangan dan kelemahan kita, maka masalah ini tentulah tidak merupakan masalah. tidak ada sebuah surat khabar atau majalah, tidak sahaja di sabah atau di malaysia barat, tetapi di mana pun di dunia ini yang mahu menolak sebuah cerpen yang baik, sebuah sajak yang baik atau sebuah artikel yang baik. malah ada surat khabar dan majalah yang berlumba-lumba mencari dan membeli karya pilihan dengan tawaran atau upah yang paling tinggi. ini satu kenyataan yang patut kita insafi lebih dahulu sebe-lum kita melangkahkan kaki kita ke dalam dunia penulisan atau yang mesti kita hadapi dengan dada terbuka apabila kita 106</Page><Page Number="124">penulis dan cabarannya sudah berada dalam dunia itu. kenyataan mesti kita terima tanpa ada prasangka apa-apa. apabila kita menyedari akan hakikat ini maka jalan bagi kita untuk menjadi seorang penulis yang ada harapan telah terbuka, di tengah-tengah semak samun itu telah ada denai untuk kita lalui dan mudahlah bagi kita untuk mencari jawab kepada apa-apa yang kita katakan masalah itu. mudahlah bagi kita untuk mengetuk pintu hati pengarang-pengarang yang bersangkutan. melihat perkembangan yang terjadi di malaysia barat pada waktu ini, kita tidak dapat melepaskan diri daripada perasaan bimbang terhadap hari depan penulis-penulis kita baik tua ataupun muda. tenaga supply melebihi daripada tenaga demand. pengarang-pengarang novel sukar mahu mencari penerbit, penulis-penulis sajak sukar mendapat tem-pat dalam majalah atau surat khabar, apatah lagi untuk dian-tologikan sajaknya itu, penulis cerpen dan esei pun serupa pula malangnya. saya pernah mengemukakan masalah ini dalam salah sebuah artikel dan mencuba memberi jalan untuk mengata-sinya. sekarang ini pun saya masih yakin bahawa jalan inilah satu-satunya yang dapat kita tempuh, iaitu banyak melahir-kan pembaca, menimbulkan keinginan membaca di kalangan orang ramai. apabila orang ramai sudah gemar membaca, maka mereka akan mencari bahan-bahan bacaan apabila bahan-bahan bacaan ini dicari bererti sudah ada den'andnya maka penerbit-penerbit pun berusaha mengisinya dengan buku-buku, majalah-majalah dan surat-surat khabar. bahan-bahan ini mesti ada supplynya dan supply ini hanya dapat di-adakan oleh penulis maka di sinilah terletaknya peluang bagi kita. sekiranya kita dapat menjadikan bacaan ini sebagai salah satu keperluan yang vital, seperti sabun dan minyak maka tempat penampungan untuk kita tidak menjadi masalah lagi. untuk mencapai kejayaan dalam lapangan pekerjaan, pe-kerjaan apa pun dalam dunia ini ada beberapa syarat yang mesti dimiliki: rajin, azam dan ilmu pengetahuan. rajin me-nulis, rajin belajar, rajin membaca, azam yang kuat merupa- 107</Page><Page Number="125">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran kan syarat-syarat yang utama setelah dada diisi dengan ilmu pengetahuan. bagi orang yang mahu menjadi penulis mesti ditambah dengan dua syarat lagi. ia mesti dapat menguasai bahasa yang baik, kamus yang cukup di samping syarat yang tidak kurang pentingnya, iaitu bakat. sebab lapangan seni agak berbeza daripada lapangan-lapangan lain yang dapat membentuk seseorang itu menjadi ah ei hanya dengan latihan yang berulang-ulang sahaja. seni apa pun juga perlukan bakat. bakat seorang seniman ialah anugerah tuhan pada waktu la-hirnya. anugerah ini bertambah atau berkurang dalam diri seniman itu dari jam ke jam sehingga ia mendatangkan hasil ataupun ia mati begitu sahaja. adik saya, ibrahim hussein seorang pelukis kerana ia ada bakat melukis, tetapi saya tidak dapat melukis kerana saya tidak ada bakat ke arah itu. pertumbuhan bakat, seperti per-tumbuhan sesuatu kelebihan dalam diri seseorang, bergan-tung amat kepada kekuatan dan kemahuan orang itu untuk menerimanya dan kekuatan penerimaan itu bergantung pula kepada kelengkapan diri secara batiniah untuk dapat meneri-ma anugerah itu. oleh yang demikian, bagi tiap-tiap orang yang mahu menjadi penulis bukanlah keinginan saja yang menjadi asetnya melainkan bakat juga mesti ada. bakat me-mainkan peranan yang besar dalam membantu seseorang itu mendaki ke tingkatan yang tinggi dalam lapangannya. bakat saja pun, kalau tidak ada latihan syarat yang lain yang dise-butkan di atas tadi tidak berguna juga. pokok bunga ros yang ditanam di dalam pasu walaupun ada "bakat" untuk menge-luarkan bunga yang harum tentu tidak akan mengeluarkan hasilnya kalau tidak ada usaha kita untuk memelihara, mem-beri pupuk dan menyiramnya setiap hari dan mencegah musuh-musuhnya. walaupun ia boleh mengeluarkan bunga tanpa dipelihara, tetapi bunga yang kerdil. kita penulis pun demikian juga kalau hanya bakat saja yang ada dan bakat itu tidak diasah dan dipelihara maka tuli san kita akan menjadi tulisan penulis kerdil. banyak orang boleh bercerita dengan baik dan menarik hati, tetapi orang itu tidak dapat menurunkan ceritanya di atas 108</Page><Page Number="126">penul1s dan cabarannya kertas untuk dibaca oleh orang yang tidak dapat mendengar ceritanya. banyak orang yang boleh menulis surat cinta, me-nulis surat kiriman, menulis surat rayuan, dan menulis lapor-an tetapi dia tidak punya bakat untuk menjadi penulis. penu-lis tidak dapat dibentuk, tidak ada sekolah atau institusi yang dapat mengajar seseorang itu untuk menjadi penulis, kerana penulis membentuk dirinya sendiri dengan tidak mahu menu-rut undang-undang atau peraturan yang dikemukakan oleh siapa pun juga. ada orang yang sampai beranggapan penulis itu tidak payah masuk universiti sebab pendidikan tidak dapat menjadikan seorang penulis, tetapi orang itu pun tidak pula menolak bahawa education di universiti atau daripada sesuatu yayasan dapat membantu penulis mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam lapangannya. stail juga, kata prof. walter raleigh, tidak dapat diajar. lain penulis lain stailnya. stail keris mas tidak sama dengan stail saya, usman awang dapat menulis cahaya bulan purnama me-nari-nari atas daun, tetapi asraf seorang pengkritik sastera dan ahli bahasa tidak dapat menulis serupa itu. namun demikian anasir-anasir teknik dalam kesenian menulis dan strategi-strategi yang penting dapat dipelajari. bagi kami, yang penu-lisan menjadi satu mata pencarian dapat mengatakan bahawa kami telah mempelajari cara-cara menulis sejak dari kecil dan setiap hari baik di pejabat atau di rumah kami masih terus belajar. akan tetapi kami tidak pernah memasuki akademi seperti pelukis, walaupun kami pernah mengikuti kursus-kur-sus atau ceramah-ceramah yang sedikit sebanyak membantu kami memperbaiki lagi teknik tulisan kami. di sekolah-seko-lah dulu kami belajar tentang sejarah, tentang sastera, tetapi ini bukanlah bererti satu latihan secara langsung dalam pe-kerjaan sebagai penulis. kami sendiri tidak dapat mengatakan apa-apa latihan yang telah kami buat yang dapat kami akui telah menolong kami untuk menjadi seorang penulis. dalam sebuah buku inggeris yang saya baca beberapa ta-hun yang lalu, yang judul dan pengarangnya saya tidak ingat-lagi, ada terdapat satu saranan yang amat menarik hati tentang bagaimanakah caranya kita hendak mengetahui sama ada kita 109</Page><Page Number="127">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ini boleh menjadi penulis atau tidak. kalau kita menaiki kereta api berjam-jam lamanya dan kita tidak bercakap dengan orang di sebelah-menyebelah kita yang sama-sama dalam perjalanan maka kata pengarang buku itu, kita tidak boleh menjadi penu-lis yang baik walaupun pada kita ada bakat menulis. demiki-an juga kalau daripada berbagai-bagai berita yang kita baca dalam surat khabar setiap hari kita tidak dapat membina se-buah cerita pendek misalnya, maka kita tidak boleh menjadi penulis yang baik juga. saranan ini bertepatan benar dengan apa-apa yang diutarakan oleh umar kayam seorang cerpenis dan sarjana indonesia yang mengatakan bahawa penulis itu adalah tukang cerita. dia melihat dunia, dia melihat kehidup-an dan dia melihat kejadian-kejadian, d ia kemudian berusaha untuk menceritakan kembali semuanya itu di atas ker tas. demikianlah mokhtar daud telah dapat menulis sebuah cerpen yang baik yang berjudul "bujang dan ibu" ketika dia menumpang kereta api dari seremban ke kuala lumpur. demikian juga penulis saudara di sini, amil jaya telah meng-hasilkan sebuah cerpen yang berjudul "sepanjang jalan ke pangkalan buaya" dalam suatu perjalanan di dalam sebuah bas. maupassant, novelis dan penulis cerpen perancis yang ter-kenal telah menulis sebuah cerpen yang berjudul "boule de suif' yang dibinanya daripada suatu perjalanan dalam sebuah kereta kuda dari kampungnya ke kota paris bersama-sama dengan seorang penumpang wanita. daripada peristiwa itu, maupassant mereka sebuah cerita tentang seorang pelacur yang berpergian dalam sebuah kereta kuda, penumpang yang lain di dalam kereta kuda itu mengecek bekalan makanan yang dibawanya dan apabila mereka ditahan oleh seorang pegawai tentera jerman mereka mengecek pula perempuan itu supaya menyerahkan kehormatan dirinya, untuk dapat membebas-kan mereka semua dan apabila maksud mereka itu berhasil, perempuan itu dihina dan dikutuk sepanjang jalan. cerpen ini dianggap yang paling baik dalam antologi le soire'es de me'dan yang diterbitkan oleh zola dan kawan-kawannya. akan tetapi contoh di atas ini bukanlah satu-satunya 110</Page><Page Number="128">penulis dan cabarannya sumber ilham yang dapat kita peroleh untuk menghasilkan karya-karya sastera. sumber ilham daripada keindahan alam, daripada kesedihan, dan kegembiraan, daripada keburukan masyarakat dan daripada kecantikan wanita. kita boleh mem-bina cerita-cerita yang baik daripada sumber-sumber ini atau-pun sumber-sumber yang lain asalkan pada kita ada daya ima-ginasi yang kuat, pengalaman yang baik, kamus yang cukup dan daya kreatif yang subur. marilah kita tinjau sejenak tentang definisi sastera. apa-kah sebenarnya sastera itu dan bagaimana kita dapat membuat definisi yang sebaik-baiknya. menurut marlies k danziger dan w. stacy johnson dalam buku mereka yang berjudul an introduction to literary criticism, jawapan untuk pertanyaan ini tidak dapat dipastikan dengan tepatnya, kerana istilah sastera dapat digunakan dalam berbagai-bagai pengertian. ia dapat diertikan kepada segala sesuatu yang ditulis dalam sajak atau prosa. untuk mengambil jalan tengah mereka mengertikannya sebagai satu verbal art, seni pengucapan. sastera tergolong secara tradisional dalam seni yang berbeza daripada sains dan pengetahuan praktikal, dan medianya ia-lah perkataan, yang berbeza pula daripada tanda-tanda visual yang terdapat pada lukisan dan seni ukir ataupun dalam nada muzik. mereka membahagi sastera sebagai seni dalam tiga pecahan teori (1) teori imitasi, (2) teori efek, dan (3) teori ekspresi. menurut teori imitasi, sastera itu dihubungkan kepada kehidupan, ia dilihat sebagai satu jalan untuk melahirkan atau membina pengalaman-pengalaman dalam kehidupan dengan perkataan-perkataan, seperti lukisan melahirkan atau mem-bina sesuatu figur atau suasana kehidupan dengan garis-garis dan warna. konsep seni sebagai suatu imitasi ini berbalik jauh ke zaman plato dan aristotle, plato telah melahirkan konsep ini dalam bukunya yang berjudul republik. ketika menerang-kan tentang sastera dan lukisan dalam buku itu ia menggu-nakan istilah-istilah yang rendah sebagai imitasi twice remove from reality. bagi plato, kenyataan ialah suatu bentuk yang 111</Page><Page Number="129">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ideal, wujud dan mutlak dan seni yang menjadi tiruan dari-pada benda-benda yang dibuat manusia, ialah tiruan di atas tiruan. berbeza dengan plato, aristolle tidak menganggap dunia sebagai bayangan dari dunia lain semata. dia percaya bahawa naluri imitasi ialah suatu perkara yang penting, telah ditanam di dalam diri manusia sejak ia lahir dan naluri itu mem-bezakan manusia, daripada binatang. sir philip sidney dalam bukunya apology for poetry mengatakan sastera itu speaking picture, satu metafora yang oleh banyak orang ditujukan ke-pada "cermin". oleh sebab itu jikalau kita cuba menilai sas-tera daripada interpretasi ini, menurut buku ini, kita akan menyentuh dua perkara. pertama, jika kita mengambil pada kulitnya sahaja, kita akan berpendapat bahawa kehidupanlah yang ditiru atau dicerminkan oleh sastera, tegasnya yang menjadi subjek sastera ialah pengalaman hidup manusia yang pelbagai ragam. kedua, pokok yang penting yang disarankan oleh teori imitasi ini ialah rasa bahawa kehidupan itu telah di-tafsirkan sekali lagi atau diulang menciptanya. di sini seolah-olah ditekan kepada betapa kehidupan itu ditiru, tegasnya ke-pada apa jenis cermin yang akan digun akan untuk memantul kembali pengalaman-pengalaman manusia itu. teori efek pula mengenai hal yang berhubung dengan orang ramai. i)i sini tekanan yang utama diberikan kepada efek sastera itu ke atas pembacanya atau dalam soal drama kepada penontonnya. teori ini kadang-kadang dikatakan pragmatic (yang ada kaitannya dengan praktikal). barangkali berdasarkan teori inilah ignazio silone, pengarang itali yang terkenal itu berkata dalam satu tanya jawab, bahawa menga-rang baginya adalah untuk berhubung dengan orang lain. seorang pengarang bekerja dalam suatu situasi kesedaran, tempat ia mengadakan dialog dengan segala sesuatu yang ada di dalam lingkungan daerah kesedarannya itu. aristotle dan quantitilian mengatakan bahawa tujuan utama sastera adalah untuk menimbulkan tindak balas emosi yang kuat dan dengan demikian dapat mendatangkan kenikmatan. walau-pun ada berbagai-bagai pendapat mengenai teori ini namun kebanyakan orang berasa bahawa sastera itu dapat memberi- 112</Page><Page Number="130">penulis dan cabarannya kan kenikmatan dan pengajaran. teori ekspresi, teori ketiga sastera sebagai seni, dikait-kan dengan pengarangnya, penciptanya. menurut teori ini sastera itu ialah kebijaksanaan yang dalam, yang diilhamkan tuhan secara spontan ke dalam diri pengarangnya ketika ia di dalam keadaan ekstase. demikianlah secara ringkas definisi sastera sebagai seni yang dibuat oleh marlies k. danziger dan w. stacy johnson, walaupun demikian mereka menganggap definisi ini masih jauh daripada tepat dan belum memuaskan lagi. tadi telah dikatakan bahawa media sastera ialah bahasa. saya rasa hal ini perlu disentuh sebelum kita memasuki ke-pada perkara-perkara lain. dalam sastera orang tertarik bu-kan semata-mata kepada apa-apa yang dikatakan bahkan juga dalam perkara betapa bahasa itu digunakan. kewujudan plot dan watak dalam sesebuah novel bergantung pada perkataan-perkataan yang menceritakannya, mereka tidak mempunyai jasad yang lain selain daripada perkataan. sastera adalah pengutaraan sebuah idea dengan perto-longan kata-kata yang dituliskan. tetapi nilai sastera daripada pengutaraan itu tidak hanya terletak pada idea yang hendak diketengahkan, melainkan pada cara penggunaan kata-kata dan kesanggupan bahasa itu menimbulkan keharuan kepada pembacanya. jean-paul sartre memberi istilah tentang penga-rang sebagai berikut: "seseorang disebut pengarang bukan kerana telah mengatakan sesuatu tapi kerana ia telah memilih untuk mengatakan dalam satu cara yang tertentu". di sini jelaslah, bahawa cara tertentu yang dimaksud-kan itu ialah bahasa. bagi seorang penulis atau penyair, ba-hasa adalah struktur daripada dunia lahir. kata-kata adalah penyambung daripada maksud-maksudnya, penggamit yang menarik orang untuk mendekatinya. oleh sebab itu apabila seseorang itu amat terbatas kamusnya maka tidaklah dapat ia menceritakan sesuatu itu dengan lancar dan menarik hati, penjelasannya tersangkut-sangkut. di malaysia barat, kalau kita mendengar juruhebah tv memberi penjelasan tentang ringkasan sebuah cerita filem, kita akan mendengar perkataan 113</Page><Page Number="131">sastera kebangsaan: isu dan cabaran "itu" yang berulang-ulang hampir pada tiap-tiap akhiran ayat dan demikian juga kalau kita mendengar siaran sekilas pan-dang dari radio malaysia tentang sesuatu perayaan maka kita akan mendengar penerangan tentang lampu yang ber-warna-warni saja yang berulang-ulang. masalah penggunaan bahasa ini akan terasa lebih sukar lagi dalam lapangan puisi. berhasil atau tidaknya sesuatu sajak itu bergantung amat pada berhasil atau tidaknya ungkapan yang menjadi inti peng-hayatannya. penyair indonesia yang terkenal, chairil anwar bukannya seorang yang produktif men urut istilah sekarang dalam menghasilkan sajak. orang sekarang dapat menghasil-kan sepuluh sajak sehari atau tiga ratus sajak sebulan, tetapi chairil belum tentu dapat menghasilkan satu sajak dalam sebulan. chairil seorang yang lambat dalam membuat sajak, kerana ia harus menimbang dan memikirkan, mencungkil dan menggali kekuatan ungkapan sampai ke intinya, kerana ungkapan kata-katanya, bahkan sepatah kata-katanya dapat mencapai maksud yang paling ekspresif yang dapat mewakili seluruh suasana. sebab itulah sajak-sajak chairil terus hidup dan masih panas berpengaruh sampai ke hari ini, bahkan sam-pai ke zaman-berzaman. akan tetapi mana dia satu sajak pe-nyajak-penyajak tahun 1960-an sekarang ini yang dapat mem-pengaruhi kita seperti sajak "aku: aku ini binatang jalang?" inilah contohnya mengapa ungkapan-ungkapan untuk peng-hayatan sajak-sajak ini mesti dipilih dengan hati-hati. kita mesti tahu di mana perkataan "baik" dan "sembuh" patut digunakan, apakah betul: ubat ini boleh membaiki sakit atau ubat ini boleh menyembuhkan penyakit. apakah betul: minyak petrol ini boleh membasmi kerosakan jentera atau minyak petrol ini boleh mencegah kerosakan jentera? penu-lis mesti tahu di mana dia harus meletakkan sesuatu perkata-an itu sehingga tidak menimbulkan kekeliruan maksudnya. dalam soal ini menurut pengalaman saya, biasakanlah mem-baca buku-buku yang baik bahasanya dan tidaklah pula kita mesti membaca buku-buku tatabahasa yang berat-berat. pada permulaan prasaran ini ada disebutkan bahawa sastera itu banyak menarik minat orang ramai untuk ikut 114</Page><Page Number="132">penulis dan cabarannya berkecimpung di dalamnya. apabila seseorang itu telah dapat melintasi barrieryang menghalanginya, maka ia telah men-jadi seorang penulis. ia haruslah sedar bahawa penulis itu manusia, ia bukan dewa atau setengah dewa, yang bisa hidup tanpa makan, yang boleh menulis sesuatu tanpa tenggang-menenggang lagi. penulis haruslah ingat bahawa ia pertama-tamanya anak masyarakat, anak zaman dan di atas pundaknya terletak tanggungjawab sebagai propagandis zamannya, mempunyai tugas terhadap dunia dan kemanusiaan. dalam tugasnya se-bagai penulis ia harus mempunyai suatu konsep hidup dan berusaha untuk merealisasikan konsep itu melalui tulisan atau sajaknya. kita telah membicarakan tadi cabaran yang mesti dihadapi oleh seorang yang ingin menjadi penulis, sekarang marilah kita melihat pula satu cabaran lain, cabaran yang paling hebat yang dihadapi oleh penulis-penulis. cabaran ini adalah untuk mencari tempat berpijak dalam negara kita sendiri. sudah 13 tahun kita merdeka, tetapi secara serius penu-lis-penulis tidak pernah mendapat tempat yang sewajarnya dalam hati kerajaan kita. sebagai seorang penulis, saya melihat seni lukis lebih beruntung daripada seni sastera, kerana seni lukis telah ada balainya, balai seni lukis, walaupun bersifat sementara, teta-pi kerajaan dan orang-orang yang ternama telah menyatakan kesanggupan untuk membantu mendirikan satu bangunan yang permanent, bangunan balai seni lukis sendiri. malahan perkembangan seni lukis sedikit banyak dapat dikatakan su-dah mendapat sokongan moral dan material yang selayaknya daripada kerajaan dan telah beberapa kali membuat atau/dan ikut dalam pameran-pameran antarabangsa di dalam mahu-pun di luar negeri. demikian juga seni muzik dan seni suara telah mendapat perhatian yang menggembirakan daripada jabatan-jabatan radio dan televisyen walaupun perencanaan yang lebih teliti perlu dikaji semula supaya mutu dan nilainya dapat diperbaiki dan digunakan untuk faedah bangsa dan negara. 115</Page><Page Number="133">sastera kebangsaan:isu dan cabaran seni drama (pentas) juga sudah mulai mendapat perha-tian kerajaan dengan ikut aktifnya kementerian kebudayaan belia dan sukan dalam kursus-kursus dan pertandingan-per-tandingan drama peringkat negeri dan nasional yang diadakan sejak tahun-tahun yang lalu. baru-baru ini satu persidangan drama dan muzik tradisional asia tenggara yang dianjurkan oleh persatuan pengajian asia telah diadakan di universiti malaya, kuala lumpur dan kita berasa gembira bahawa kera-jaan ikut memberi sokongan kepada persidangan ini. seni tari seperti juga seni drama mendapat perhatian yang baik daripada kerajaan. baru-baru ini seorang guru tari dari amerika, lony joseph gordon telah memberikan satu kur-sus kilat kepada penari-penari di ibu k ta di bawah kelolaan kementerian kebudayaan belia dan sukan, di samping kur-sus tarian yang diadakan oleh kementerian ini dari semasa ke semasa. rombongan kebudayaan yang terdiri daripada pe-nyanyi dan penari pun telah pernah melawat sumatera utara dengan mendapat kejayaan yang besar. akan tetapi, bagaimana dengan kesusasteraan kita? apa-kah ia akan merupakan kegiatan bisu tanpa tepukan tangan, atau akan terus merupakan kemewahan yang dimiliki oleh sekelompok warganegara sahaja? selain daripada peraduan mengarang novel merdeka 10 tahun yang diadakan tiga ta-hun yang lalu dan sampai sekarang belum lagi ada keputusan-nya, kita tidak mendengar ada sesuatu usaha kerajaan yang positif bagi memperbaiki kedudukan penulis yang berusaha untuk menutupi ketelanjangan manusia daripada nilai-nilai spiritual dan intelektual. pengarang dan penulis di negara kita ini tidak mempunyai satu tempat di mana mereka dapat berkumpul, berbicara dan berdiskusi seperti taman ismail marzuki di jakarta misalnya, malah satu sudut penulis pun baru saja diusahakan oleh dewan bahasa dan pustaka. kita penulis dibiarkan untuk hidup mencari jalan sendiri. kalau kita melawat negara-negara luar misalnya di baha-gian asia ini seperti filipina, indonesia dan vietnam, maka kita akan mendapati dalam buku-buku penerangan, misal- 116</Page><Page Number="134">penulis dan cabarannya nya year book atau handbook of information, satu bahagian dalam buku itu yang dikhaskan kepada seni dan sastera. ka-lau difikirkan dalam-dalam berapa banyakkah antara pelawat itu atau orang luar yang tahu bahasa vietnam untuk memba-ca sajak-sajak yang ditulis dalam tulisan chu nom atau quoc ngu? siapakah antara orang asing yang mengunjungi negeri itu yang dapat menikmati kim van kiew karya masterpiece kebangsaan vietnam yang ditulis oleh nguyen du? orang yang membaca buku penerangan yang dikeluarkan oleh ker-ajaan filipina tentu akan mengetahui tentang buku doctrina chistiana yang pertama kali dicetak di negeri itu dalam tahun 1593 dengan menggunakan xylografik. tentang buku postrimeries oleh fr. francisco de san joe dalam bahasa ta-galog. kita diberitahu tentang karya-karya yang bukan kris-tian seperti epik suku ifugaos di utara pulau luzon, hudhod dan alim, epik suku maranaws di mindanao yang bernama darangan, epik suku tausuq dari pulau sulu yang terkenal dengan nama pranga sabil selain daripada sajak florante at laura oleh francisco balagtas yang digelar prince of filipi-nos poets. mengapa kita diperkenalkan kepada karya-karya yang kita tidak dapat menikmatinya? kalau ditinjau dengan fikiran yang sempit kita tentu beranggapan demikian, tetapi seba-liknya penerangan-penerangan ini merupakan satu prestij un-tuk menunjukkan betapa tinggi perkembangan kebudayaan anak negerinya. akan tetapi apa yang orang luar dapat daripada buku-buku penerangan yang dikeluarkan oleh kerajaan kita? bijih, getah dan kelapa sawit. tentang seni? masih terlalu kabur. ti-dak ada. tahukah orang asing tentang iakah salmah? karya ahmad rashid talu yang dianggap novel yang pertama yang berjejak di bumi nyata negeri ini sendiri? tahukah mereka tentang novel salina, tentang sajak-sajak usman awang dan tentang cerpen-cerpen keris mas? maju atau mundurnya sesuatu negara bukan hanya diukur pada berapa banyak kilang perusahaan yang sudah dibina, pada berapa luas hutan yang sudah dibuka, tetapi diukur juga 117</Page><Page Number="135">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pada maju mundur, tinggi rendahnya kebudayaan negara itu, termasuklah kesusasteraan. memang benar dalam sebuah ne-gara yang sedang membangun, kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi merupakan perlengkapan jasmani yang perlu disegerakan. kita sebagai warganegara malaysia tentu be-rasa bangga bahawa pemimpin-pemimpin kita telah berusaha untuk memberikan kemakmuran kepada rakyat dengan ran-cangan-rancangan pembangunan yang begitu hebat dan telah menarik perhatian begitu banyak pemimpin-pemimpin luar negeri sebagai satu usaha yang praktik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. dalam soal ini negara kita telah menjadi contoh sebagai negara membangun yang telah berjaya men-gisi kekurangan material kepada rakyatnya. akan tetapi pem-bangunan yang memberi isi kepada mental untuk kesejah-teraan sosial haruslah seimbang, sebab daripada kemantapan mental sahajalah dapat membentuk satu negara yang kuat, kukuh dan bersatu padu. kecukupan material sebenarnya be-lum dapat menjamin kestabilan hidup sebagai manusia. sikap manusia menghadapi alam semesta ini tidak hanya dengan material semata-mata, sebab kalau hanya material sahaja yang menjadi objek hidup, maka negara-negara yang sudah tinggi kemakmurannya tentulah tidak bergolak, tentulah hidup rakyatnya dalam aman dan damai sepanjang zaman. pengarang dan penulis, serupa juga dengan seniman-se-niman dalam bidang lain, memainkan peranan yang penting dalam pembangunan mental. hasil karya pengarang dan pe-nulis dapat menjadi alat yang paling utama dan efektif dalam mencapai keharmonian kaum di negara kita ini dan kestabilan hidup manusia. oleh sebab itu sikap kerajaan terhadap kaum pengarang haruslah mendapat perubahan yang sesuai de-ngan keperibadian kita sendiri sebagai negara merdeka tan-pa terikat kepada tradisi yang berlaku di negara-negara lain, yang sudah tua kebudayaannya dan yang sudah menganggap sastera sebagai salah satu keperluan hidup yang tidak dapat dipisahkan di mana kerajaan sudah tidak payah ikut ambil bahagian lagi. sebagai kesimpulan daripada prasaran ini dapat saya ke- 118</Page><Page Number="136">penul1s dan cabarannya mukakan rumusan sebagai berikut: 1. murid-murid sekolah hendaklah diajar dan dibiasakan membaca tidak sahaja sebagai keperluan untuk lulus dalam peperiksaan bahkan sebagai salah satu keperluan hidup spiritual-intelektual yang vital. apabila orang ramai sudah gemar membaca, maka pengeluaran bahan-bahan bacaan pun akan bertambah dan lapangan untuk pengarang dan penulis pun akan ber tambah pula. 2. penulis-penulis haruslah mencari satu konsep supaya tulisan-tulisannya mempunyai tujuan yang berfaedah dan terpimpin. 3. penulis-penulis mestilah menimbulkan kegiatan sama sendiri, misalnya mengadakan diskusi, saling tukar-menukar hasil-hasil sajak dan cerpen yang dicipta, sebelum dikirimkan kepada surat-surat khabar atau majalah. 4. mengadakan majlis bacaan sajak, kritik buku yang terbuka kepada ramai, untuk menimbulkan minat masyarakat kepada sajak khususnya dan seni sastera lain amnya. 5. kerajaan hendaklah memberi bantuan dan kerjasama kepada pengarang dan penulis, dengan jalan mem-berikan kemudahan kepada penulis-penulis untuk melawat dan bertemu dengan penulis-penulis baik di dalam negeri sendiri mahupun di luar negeri. menye-diakan biasiswa atau fellowship kepada penulis-penulis untuk belajar atau mengikut kursus di luar negeri dan menyediakan hadiah sastera tahunan. kertas kerja yang dibentangkan dalam satu kursus penulisan. a. karim haji abdullah (peny.), 1993. pemimpin dan sasterawan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 119</Page><Page Number="137">generasi '80 dengan puisi-puisi "resah"nya ahmad kamal abdullah minat untuk menulis puisi tidak pernah pudar dalam jiwa calon-calon penyair malaysia dalam tahun-tahun 80-an. penyair 70-an seperti muhammad haji salleh, baha zain, latiff mohidin dan zurinah hassan seperti mengalami antiklimaksnya dalam tahun 80-an. mu-hammad lebih menumpukan pada bidang kajian kesusaste-raan klasik, satu wilayah yang baru diterokainya; baha zain cenderung pada esei-esei jurnalistik apalagi beliau dibebani dengan urusan dagangnya, manakala zurinah hassan cuba beralih kepada genre cerpen ditambahi dengan urusan peker-jaan dan rumah tangga yang bertambah. memang terasa dan ketara penyair berempat ini seolah-olah membiarkan wadah 120</Page><Page Number="138">generasi '80 dengan puisi-puis1 'resah"nya puisi diisi oleh percubaan-percubaan baik daripada penyair yang memanfaatkan unsur islam seperti kemala, shafie abu bakar dan nahmar jamil; merealisasikan sajak-sajak audio-visual oleh a. ghafar ibrahim, puzi hadi dan ismail abdul-lah; mengembangkan sayap surealisme oleh suhaimi haji muhammad dan t. alias taib dan seterusnya selaras dengan situasi sosial-politik-ekonomi, bertambahnya kembali sajak-sajak protes daripada penyair lama dan baru. sesuai dengan kecenderungan masing-masing pada setiap jalur pertumbuh-an itu sudah pasti diikuti pula oleh para pengikutnya masing-masing. jadi, memang berlaku variasi dan kewarna-warnian kepe-nyairan, apalagi kreativiti tersebut diikuti dengan acara baca puisi yang mulai mengakar dan membudaya dalam tahun-ta-hun 80-an. tidak pernah berlaku dalam sejarah perpuisian tanah air, audiens baca puisi kian meningkat, sambutan yang responsif kepada pembacaan para penyair terutama-nya daripada generasi baru berlaku dalam keadaan yang dua hala. apakah ini satu pertanda kejayaan sistem pendidikan kebangsaan atau sesungguhnya dimungkinkan bahawa akar kesusasteraan kita memang berdasarkan kepada lingkungan yang kontekstual. kerakyatan dan kemasyarakatan dalam makna yang lebih luas, adalah merupakan satu kesinambung-an daripada asas 50. kesinambungan idea ini tidak pula mengalami kebuntuan dari segi teknik. kepelbagaian per-cubaan teknik dilakukan baik oleh penyair-penyair imagis a.s. amin, noor s.i., m. ghazali, atau a. samad said yang turun naik dengan percubaannya hinggalah kepada penyair 60-an seperti wahab ali, firdaus adullah dan dharmawijaya, menjejaki latiff mohidin, baha zain dan lain-lain pada zaman mutakhir. pendeknya, kesedaran kepada imbangan isi dan teknik, tetap ada. cuma yang menjadi persoalan adalah susas-tera atau kesenian puisi itulah yang selalu dipergunjingkan. soalan seperti, apakah penyair malaysia sudah lepas dari-pada pengaruh penyair indonesia, the big brothernya. nafas goenawan, chairil, subagio, sitor, sapardi, ramadhan k.h., rendra, sering berangkaian mempengaruhi pengucapan be- 121</Page><Page Number="139">sastera kebangsaan: isu dan cabaran berapa penyair kabur' dan penyair 70-an. ini suatu gejala ba-hawa sastera indonesia memang sejak dahulu bukan asing di malaysia. penulis/penyair melayu sering menganggap kesu-sasteraan indonesia adalah khazanah kesusasteraan mereka juga. tetapi hal ini sudah diperlemahkan oleh orientasi yang langsung dengan kesusasteraan dunia. mereka sedar, untuk mendapat "pelajaran" atau "mendidik" diri dalam kesusaste-raan, mereka harus berani belajar secara langsung daripada pengucapan octavio paz, baudelaire, neruda, pasternak dan lain-lain. dalam suara muhammad haji salleh dan latiff mo-hidin misalnya, kita dengan mudah dapat mengesani nafas w.h. auden, mallarme, t.s. eliot dan lain-lain. dan dalam pe-nyair yang beraliran islam pula seperti dalam puisi kemala, shafre dan nahmar kita dapat merasakan nafas jalaluddin rumi, hamzah fansuri dan iqbal. suara abdul ghafar ibra-him tentu sahaja membawa pengaruh apolonaire. ii bagaimana pula halnya dengan generasi '80, penyair-penyair yang lebih muda itu? dan sesiapakah mereka dan apakah latar pendidikan dan latar sosiobudaya yang mempengaruhi mereka? pada umumnya para penyair baru ini telah mulai belajar menulis puisi kira-kira pada pertengahan 70-an. atau mungkin lebih awal lagi pada akhir 60-an. mereka seolah-olah dibayangi oleh tokoh-tokoh penyair yang lebih domi-nan pada tiap-tiap zaman itu. kepenyairan mereka tersorok atau belum tergilap dengan baik, mungkin sahaja kerana kesungguhan kepenyairan mereka belum betul-betul tum-buh lagi. mereka belum bersedia, masih dalam tahap ikut-ikutan. pengertian mereka terhadap kesusasteraan pun be-lum begitu mendalam. puzi hadi misalnya, daripada aliran sains, beralih kepada sastera, baru diperkatakan dengan lebih sungguh-sungguh pada tahun 80-an. dia menerbitkan kumpulan bak ombak (teks, 1988). puzi hadi sendiri tidak menafikan bahawa dia terpengaruh dengan kassim ahmad, a. ghafar ibrahim, kemala dan rendra. ada gejala pemba- 122</Page><Page Number="140">generasi '80 dengan puisi-puisi "resah"nya haruan bentuk pada puzi seperti dalam sajak "a aduh": a bagaimana kalian menanggung pasti lebih a nya a hati simpati aduhai a mengeluh pada a merayu sama a banyak pentafsiran boleh dibuat kepada "a". puzi hadi berteka-teki dan mengundang pembacanya memberikan jawapannya sendiri. walaupun eksperimen puzi tidak mem-berikan jawapan secara matematik, tetapi dalam pengucapan-nya terdapat kesedaran kepada lingkungannya, seperti sa-jak-sajak "cakap-cakap kedai kopi", dengan dicelahi humor, dia menyindir kehidupan individu dengan masalah rutin dan dengan kepura-puraannya. dia juga menyentuh "baling" yang miskin, rakyat yang terabai. dia juga terharu dengan gerak kebangkitan plo, dengan yasser arafat, mengutuk keras serangan di luar kemanusiaan israel terhadap perkhemahan sabra dan syatila. dia terharu dengan kelahiran "shauqiyah hanim", sedarkan kekuasaan ilahi dan "iya insya-allah". sa-jak-sajak puzi lebih hidup apabila dibaca. baca puisi puzi sela-lu menyegarkan puisinya yang diam, unsur-unsur perulangan berletupan bagai peluru yang dilepaskan dari m-16, seperti katanya: diya diya diya diyalah diya diya diyalah diya tu diya diya ni diya ("diya") stop tercedera stop ditawan musuh stop tidak diketahui di mana berada stop berundur stop. 123</Page><Page Number="141">sastera kebangsaan: isu dan cabaran setahu saya puzi hadi adalah penyair bakat alam daripada generasi baru. dia seorang pembantu hospital, tidak terdidik dalam kesusasteraan secara formal. pyanhabib begitu popular dengan gayanya yang tersen-diri. daripada tangannya telah lahir dua kumpulan suara (1982) yang membawakan ratapan manusiawinya di tengah-tengah kehidupan yang kian kehilangan kasih sayang dan kemanusiaan. walaupun dia cacat, namun kewujudannya masih disyukuri, dia berupaya menyampaikan rintihan batin-nya: di manakah suara itu ke manakah menghilang sepi pun menurun aku menjadi rindu suara suara suara ("suara") dia tetap menghargai kewujudan dirinya: di atas bumi aku berguling aku berguling bagai batu berguling dari arah lereng. ingin kuganti inti makna sumber yang berasal dari pati bumi. ("guling") pyanhabib mempunyai kesedaran untuk mengekonomi-kan kata, seperti: ada sesuatu yang tak selesai kini terterjemah dalam dukaku. ("hari lahir") dia juga memperlihatkan daya sensitivitinya: 124</Page><Page Number="142">generasi '80 dengan puisi-puisi "resah"nya waktu kau berpaling bergemerincing serpihan kaca di halaman rumahku. tertusuk luka ("kerling") dan hubungannya dengan al - khaliq, meyakinkan: dia punya pisau di tangan dia akan membunuhku atau mencalarrobekkan kulit-kulit dagingku jangan kauberi pisau-mu padanya allahku! ("doa") dan dia tetap tahu untuk: kucabut kuku jariku dengan belati cinta-mu (taubat") ahmad razali, mulai dikenal luas pada tahun 80-an de-ngan puisi dan baca puisi yang lebih bererti. dia menerbit-kan puisinya dengan angin semilu (dbp, 1986). pada tahun 60-an, dia dibayangi oleh firdaus abdullah, a. wahab ali, dharmawijaya, shamsuddin jaafar. pada tahun 70-an, dia be-lum dapat menembusi tembok tebal pengakuan. hanya pada tahun 1985, beliau diberikan hadiah kedua hadiah menulis puisi darul ehsan, dengan kumpulan "pulau-pulau". dalam "angin semilu" ahmad razali menulis: bulan pecah, tertancap sebuah legenda simfoni lautan semilu desir pasir berjatuhan di kakiku. ("angin semilu") 125 .</Page><Page Number="143">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dia juga menyaksikan aksi aneh insan malang: tiba-tiba semua yang menyaksikan si gila jadi pengikut-pengikut setia sehingga semuanya bagi si gila ("si gila yang sedang berdoa") dia juga mengungkapkan: aku juga mencangkungi cangkung cangkung cangkung yang mencangkungi belatung belatung ("cangkung") sajak ini kaya dengan getaran sengau "ng" - gaung bu-nyinya membawa gema yang memukul-mukul jiwa terhadap kelemahan manusiawi pada waktu-waktu yang tertentu. ero-tika memang sebahagian kehidupan. dan kehidupan adalah milik penyair untuk mentakrifnya. teka-teki pada puzi hadi, ratapan pada pyanhabib, nada erotik pada ahmad razali mengalami kesederhanaan pada zahari hasib yang berminat kepada hal-hal sosialnya. zahari anak desa yang menyatukan dirinya dengan kota raya kuala lumpur, dengan penuh kesabaran meneatat makna di sebalik pengalamannya. dia tidak bersulit-sulit membina metafora, begitu komunikatif dan langsung. dia menerbitkan buku menyorot kisah &amp; ilham zahari hasib (pb, 1987. khabarnya buku ini laris di pasaran. nampaknya zahari seperti bercan-da, tetapi dia mengejutkan kita tentang sesuatu: perbuatan mencabut uban adalah tidak digalakkan oleh islam uban mengingatkan bahawa kita 126</Page><Page Number="144">generasi '80 dengan puisi-puis1 ‘resah"nya sebenarnya semakin tua dan dekat kepada mati. ("uban") dia menulis lagi: antara semerbak perfume yang berbaur dengan wap peluh ada cinta yang mekar dan berputik di perhentian bas, shopping kompleks dan kaki lima chow kit. ("salam dari chow kit") zahari meminati seniman p. ramlee. kematian p. ramlee membawanya kepada pengertian: aku juga akan mati sepertimu cuma kadang-kadang kematian barangkali mungkin akan lebih mengharumkan nama seseorang ("r ramlee") penyair wanita yang bergiat dalam puisi malaysia, anta-ranya sejauh ini ialah salmi manja, anis sabirin, noraini mu-hammad, zanariah wan a. rahman, zurinah hassan, siti zai-non ismail dan zaihasra. dalam tahun-tahun 80-an, barisan ini ditambahi dengan salmiah ismail, siti zaleha hashim, margi leo dan sri diah. sri diah misalnya giat juga menulis novel. pengucapan sri diah dapat dirasakan nada kesedaran genera-si baru terhadap kebangkitannya. dia tidak tenggelam dalam emosi yang berlebihan. tambahan pula sri diah pada hemat saya banyak belajar daripada penyair terdahulu seperti fir-daus abdullah, muhammad haji salleh, baha zain dan mung-kin juga suhaimi haji muhammad. tentang kebenaran' sri diah mencatatkan: 127</Page><Page Number="145">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran sungguh: kebenaran itu abstrak terlindung api kehidupan ("kaca impian") terima kasih pada kebenaran yang membakar api logika ("cerita baru") dia tidak pernah putus asa untuk mencuba menemui diri-nya: malam aku rebah tetapi tidak kalah (tiga kesan perjalanan") itulah sebabnya sri diah mencuba menilai wujudnya sendiri. kehidupan seorang gadis melayu sepertinya masih tidak dapat melepaskan begitu sahaja pandangan lingkungan-nya. dia peka kepada perasaan/pemikiran tersebut: barangkali dia terlalu pemilih mematahkan kehadiran membatalkan ketentuan tidak ada apa yang pasti pertama benci kedua mati. ("siti andartu") iii daripada kalangan generasi '80 ini, sekurang-kurangnya ada dua nama abdulhadi muhammad dan abham t.r. yang kon-sisten memanfaatkan tema religius (islam) dalam puisinya. kedua-duanya terdidik daripada perguruan tinggi tanah air, 128</Page><Page Number="146">generasi '80 dengan puisi-puisi "resah"nya ini suatu peningkatan daripada penyair bakat alam yang saya sebutkan seperti puzi, zahari, pyanhabib, abdulhadi dengan "urir char" memenangi hadiah sastera malaysia pada tahun 1984/85. dia telah menerbitkan buku ruang dalam (penyair, 1986) . ab dulhadi dapatmerasakankesepian hidupyang dialami oleh rakan penyairnya pyanhabib, ini ditulisnya dalam "pintu". tiada nyanyi burung. gegendang bertahun mengundang sunyi rindukan merdu suara daud yang disorok-nya belakang pintu. pendekatan abdulhadi selalu bertolak daripada kebesar-an ilahi. takdirlah yang melingkungi manusia. dia selalu kembali kepada imej atau citra keislaman. nasib malang te-man, dipertembungkan dengan keindahan suara "burung" dan kegagahan suara daud (nabi allah daud) yang terkenal perkasa hingga dapat membunuh nimrod. begitu juga peris-tiwa tumpahan gas kimia di chernobyle mendorongnya me-nulis: cambah di sini bukan benih gandum tetapi tamadun memamah tulang sumsum. ("di meja makan 1986") dia sedarkan hakikat kebesaran ilahi: mimpi menyusun seribu takbir sepi meruntun liku-liku tadbir kebenaran dari kebenaran; bukan kebenaran dari kelemahan. (apabila kita sedar ...?) 129</Page><Page Number="147">sastera kebangsaan: isu dan cabaran iv kegelisahan sosiopolitik-ekonomi yang global, turut meng-gariskan warna gelisah di tanah air. pengangguran yang ke-tara di kalangan siswazah, terorisme di lubnan, agfhanistan, amerika latin, sri lanka, afrika selatan, itali, turut memper-buruk hubungan antarabangsa. perasaan penyair generasi '80 di malaysia turut tergugah. peta puisi m alaysia mutakhir turut memercikkan keresahan generasi muda, refleksi perasaannya terhadap masalah sosial di negaranya. mereka turut tersentak dengan korupsi politikus, peribadi-peribadi yang dipercayai rakyat: skandal dua bilion bmf, perpecahan bangsa melayu akibat politik, kemanusiaan yang kian hilang turut difikirkan. penyair-penyair seperti ladin nuawi, ithalid salleh, marzuki ali, ismaily bungsu, mohamad daud mohamad, maroof seman rs, esmawi, jeniri amir, saiee driss turut terpang-gil untuk merakamkannya di dalam puisi masing-masing. generasi '80 dalam banyak hal dapat disamakan kesedar-annya terhadap hal-hal sosial ini dengan generasi '50 dalam asas 50. barangkali generasi '80 memerlukan suasana pema-tangan dan pendalaman. mereka mungkin tidak mempunyai kuasa menentukan siaran puisi protes melalui ruangan sas-tera majalah/akhbar, tetapi mereka mempunyai media untuk mengucapkan gejolak perasaannya melalui baca puisi yang sering dianjurkan di kuala lumpur, di pusat-pusat penga-jian tinggi. audiens mereka kebanyakannya adalah generasi muda yang "malang" — berpendidikan tinggi namun harus "bersipongang" dengan ijazah terbentur tidak berpekerjaan. puisi protes ini menjadi cermin perasaan mereka yang jujur. khalid salleh berasa "kemelayuan" menjadi kasus yang wajar difikirkan. moral yang bobrok dan derita jiwa kaum "banci" (pondan) disoroti oleh ladin nuawi, melalui sajak-sajak hu-mor tetapi cynic. marzuki ali mengecam keras acara pelan-congan yang merugikan jika perhotelan bebas digunakan hanya untuk tempat melampiasi nafsu-nafsi. marzuki ali, is-maily bungsu dan mohamad daud mohamad kembali mem-bawa warna dan pengaruh indonesia dalam puisi mereka. di samping berjuang mencari peribadinya, bayangan rendra, 130</Page><Page Number="148">generasi '80 dengan puisi-puisi "resawnya ariffin c. noer, putu wijaya keras dirasakan dalam suara tiga penyair muda daripada generasi '80 ini. ismaily bungsu, me-rakamkan: para pembantu rumah meninggalkan rumah tuan-tuannya menuju ke sebuah taman sebuah rapat besar-besaran diadakan di situ semacam kita telah puas apa yang ada gaji makan pakai cuti bersuami punya rumah dan segala ("protes pembantu rumah") dalam gelora membakar rasa, mohamad daud bersuara: aku tunduk keheningan melihat wajah-wajah penipuan mengelabui mata bangsaku melayuku yang sopan dan aku hanya mampu membaca sebuah pengertian erti sebuah kewibawaan erti sebuah peradaban erti sebuah kemerdekaan ("pesta orang-orang gila") tentang kevokalannya ini, penyair mengakui: ucapanku adalah suatu tugas tugas bagi mereka yang belum tahu akan pesta gila manusia kita ("pesta kematian") 131</Page><Page Number="149">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran marzuki ali mencatatkan: di sini telah dibangunkan pusat-pusat perhotelan dengan foto-foto perempuan separuh telanjang mandi di kolam, dengan pesta-pesta minum arak antara para pengunjungnya yang mewah dengan foto-foto kamar tidur yang nyaman siap menunggu persundalan ("iklan perhotelan di malaysia") dalam "menjual nama", marsli n.o. menulis: o, rupa-rupanya dia menjual nama, ya, dia menjual nama! dari gelaran dan kurniaan hinggalah kepada apa sahaja lalu sambil meludah di luar pasar, aku mengeluh: "oh", satu abad lagi bagaimana nanti nasib bangsaku?" v membaca sajak-sajak protes daripada generasi baru ini mem-buat kita bertanya, apakah ini satu kejutan budaya atau se-sungguhnya ini satu gejala dari satu permulaan kebangkitan baru. sejak asas 50 sudah 38 tahun berlakunya perbenturan perasaan dan pemikiran dalam puisi melayu moden. dalam tahun 80-an sampai kembali siklos keresahgelisahan yang ketara dalam puisi malaysia. ini merupakan jawapan yang sa-hih daripada manifestasi jujur para penyair generasi '80 yang diwakili oleh penyair-penyair yang disebutkan di atas, sebagai manifestasi yang lebih merata. penyairlah yang cepat per-septif terhadap ketidakseimbangan atau ketempangan terjadi. generasi '80 sedang merealisir sejarahnya dalam perkem-bangan puisi malaysia. kita sama-sama berhak menyaksikan kebangkitan mereka dan berhak pula mentafsirkan gelora 132</Page><Page Number="150">generasi '80 dengan puisi puisi "resaii"nya pijar puisi-puisi mereka. mudah-mudahan ada manfaatnya sama ada daripada aspek pemikiran mahupun keindahannya! dewan sastera, mei 1988. 133</Page><Page Number="151">konflik-konflik dasar dalam terjemahan sastera ainon mohd. antara "isi" dan "bentuk": seperti dalam penilaian karya kreatif, konflik ini juga timbul dalam proses terjemahan karya sastera, suatu konflik dasar yang telah meinecahbelahkan pendapat para penterjemah ke dalam dua aliran. konflik antara pelopor-pelopor isi dan bentuk ini lebih meruncing apabila bentuk karya itu menjadi amat khusus seperti dalam puisi. nyata sekali puisi lirik tidak boleh sama sekali diturun-kan darjatnya menjadi prosa apabila telah diterjemahkan se-bagaimana sebuah "nyanyian" itu mesti dilahirkan semula dalam bentuk "nyanyian" juga. bagi pelopor-pelopor bentuk, mereka berpendapat dalam penterjemahan puisi lirik, ciri-ciri 134</Page><Page Number="152">konflik-konflik dasar dalam terjemahan sastera persamaan bentuk mesti dikekalkan sedapat yang mungkin meskipun ini harus melibatkan berlakunya perubahan atau beberapa kehilangan kepada isinya. konflik ini bersangkutan rapat dengan dua prinsip terjemahan yang juga bertentangan antara satu sama lain, iaitu antara terjemahan secara bebas dan terjemahan persa-maan bentuk. dalam perbincangannya mengenai dua jenis terjemahan ini t.f. hingham pada tahun 1938 berkata, "salah satu golongan itu cuba membawa kita semua kembali pada puisi yunani, manakala yang satu lagi cuba mendekatkan pui-si yunani mirip pada puisi kita sendiri. tujuan golongan per-tama itu patut disanjung tetapi sebaliknya, nyata terjemahan seperti itu lebih sering dipuji dari dibaca orang." cara terjemahan yang mendahulukan persamaan bentuk lebih daripada isi itu dapat membawa pembaca kepada suatu budaya silam atau kepada suatu budaya yang asing tetapi semasa. bagi pelopor-pelopor isi, terjemahan sastera yang me-mentingkan pengekalan bentuk seperti itu gagal merapatkan jurang antara pembaca dan bahan sastera asing itu. demikian pula mereka tiada dapat membantu pembaca menikmati isi karya tersebut sebagaimana ia telah berjaya menawan hati mereka yang mula-mula mengenalinya. pelopor-pelopor ter-jemahan bebas merasakan tanpa bantuan beberapa penye-suaian yang dibuat pada isi dan bentuk, kadang-kadang secara radikal, sesuatu terjemahan karya sastera itu tidak mungkin dapat mencapai matlamatnya yang sebenar. leonardo forster mendefinisikan terjemahan yang baik sebagai "terjemahan yang telah dapat menyampaikan tujuan yang sama di dalam bahasa keduanya sebagaimana yang disampaikan oleh karya di dalam bahasa asalnya." faktor besar yang menjadi asas pendapat serupa ini ialah terjemahan, sama ada puisi atau prosa, haruslah mengambil berat akan kesan yang diterima oleh pembaca. dengan itu sesuatu terjemahan mestilah dini-laikan mutunya berdasarkan kesan yang diberikan kepada audiens. inilah juga seharusnya menjadi matlamat sesuatu terjemahan. pada masa akhir-akhir ini prinsip terjemahan bebas yang 135</Page><Page Number="153">sastera kebangsaan isu dan cabaran berpandukan pada persamaan kesan dan bukan persamaan bentuk, semakin luas pengaruhnya. dalam penterjemahan puisi juga, aliran ini telah memperlihatkan pengaruh yang kuat di kalangan penterjemah. mereka cuba membanding-kan proses menterjemahkan puisi dengan melukis. menurut mereka seorang pelukis landscape itu tidak melukiskan sega-la-gala yang dilihatnya tetapi memilih apa-apa yang dianggap-nya penting. demikian halnya dengan seorang penterjemah akan mencari dan mengekalkan "semangat" karya itu bukan bentuk karya itu dalam versi terjemahannya. yang diutama-kan ialah "semangat" yang sebaik mungkin dapat menyerupai apa-apa yang terkandung dalam karya aslinya. watak-watak, situasi-situasi dan pemikiran-pemikiran haruslah dilihat oleh pembaca sebagaimana yang dilihat oleh pengarang dalam fikirannya, dan tidak semestinya menepati seperti yang ditu-liskan. sebaliknya, terlalu mengutamakan isi semata-mata, tan-pa memberikan perhatian sewajarnya kepada bentuk akan menghasilkan terjemahan hambar dan membosankan tanpa keindahan yang dimiliki oleh karya aslinya. begitu pula, mengorbankan isi untuk mengekalkan bentuk hanya akan dapat memberikan kepada pembaca suatu macam impression tanpa erti. walau bagaimanapun, antara bentuk dan isi, ben-tuk dapat diubah suai dengan lebih luas dan pada ketika yang sama masih dapat mengekalkan dengan secukupnya kesan yang harus diberikan pada pembaca. pada masa ini kebanyakan penterjemah telah menyetu-jui bahawa persamaan erti harus mendahului persamaan bentuk. akan tetapi dalam masalah tuinpuan keutamaan ini, penterjemah tidak boleh sama sekali mencapai maksud itu dengan secara mekanis yang melulu. yang seharusnya dica-pai oleh sebuah hasil penterjemah karya sastera, lebih-lebih lagi karya puisi, seperti kata lattimore, karya terjemahan itu "suatu rekreasi bukan reproduksi". usaha menterjemah karya puisi benar-benar menguji kesukaran menimbang anta-ra kepentingan isi dan bentuk dengan berlipat ganda diban-dingkan dengan terjemahan prosa. puisi yang tulen tidak 136</Page><Page Number="154">konflik•konfl1k dasar dalam terjemahan sastera mungkin dapat diterjemahkan. terjemahan tidak sepatutnya selalu mengingatkan pembaca hakikat ia adalah suatu hasil terjemahan dan bukan sebuah karya asli. kepakaran serupa ini bukanlah bidang yang mudah tetapi ia adalah tanggung-jawab penterjemah yang serius. batu uji sebuah terjemahan ialah sama ada ia masih dapat dikesan sebagai hasil terjemah-an. suatu kompromi antara isi dan bentuk ketika menter-jemahkan karya puisi ialah dengan membuat perubahan dan penyemaian pada bentuk-bentuk aslinya. bentuk-bentuk ritma dapat saling ditukar antara satu sama lain. mengikut prinsip ini proses menterjemah tersebut dapat dipersamakan dengan perbuatan mengambil tema sesuatu lagu itu dan memadan-kannya di dalam satu rentak lagu yang lain. ini berdasarkan kesedaran terhadap perbezaan antara bentuk-bentuk puisi sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain. namun terdapat golongan yang menentang kuat prinsip tersebut dengan me-ngatakan, yang seharusnya dikekalkan ialah rentak asli lagu-nya dan bukan tema atau seni katanya! mereka berpendapat oleh sebab bentuk puisi itu yang mesti dikekalkan, isi ter-paksa dikorbankan sejauh yang diperlukan. apa yang seba-liknya dilakukan ialah susunan tema-tema dirombak semula, penghilangan atau tambahan elemen-elemen tertentu malah perubahan tema sekalipun. ini dianggap wajar selagi susunan itu dapat disesuaikan dengan "lagu" aslinya. tetapi ini diten-tang semula dengan alasan tidak ada yang lebih buruk pada sesebuah lagu itu selain daripada terdapatnya perkataan-per-kataan janggal, tatabahasa yang salah atau kekosongan erti. terjemahan tidak sewajarnya mengandungi sebarang keka-buran kerana ia mestilah berkemampuan untuk menyampai-kan mesej sebuah karya yang diterjemahkan. antara beberapa perkara mengenai terjemahan yang di-persetujui oleh kebanyakan penterjemah ialah di samping dapat menyampaikan mesej karya itu dengan jelas, sesebuah terjemahan juga harus dapat memindahkan "semangat" dan stail naskhah aslinya. ini bererti gaya penulisan pengarang mestilah cuba dikekalkan sedapat-dapatnya dalam proses ter-jemahan. dalam penterjemahan mantera-mantera lama kita, 137</Page><Page Number="155">sastera kebangsaan: isu da6 cabaran yang mesti didahulukan ialah pengekalkan sifat semangat yang terkandung. penterjemah mestilah berusaha mencari ketepatan semangat dan bukan pada kata-katanya. bagi pelopor-pelopor bentuk, mereka merasakan sese-orang penterjemah sewajarnya mempunyai sedikit sebanyak daya stilistika, lebih-lebih lagi sewaktu membuat percubaan menterjemahkan puisi. oleh sebab terjemahan mestilah mampu sekurang-kurangnya memberi sebahagian nikmat keindahan seperti yang dapat dilakuk an oleh karya aslinya, ketiadaan daya stilistika dan sensitiviti akan merobah apa-apa yang dianggap kenikmatan dalam suatu bahasa itu menjadi kesakitan dalam bahasa yang lain. ia semestinya mengang-gap tugas penterjemahan sebagai usaha untuk mencipta semula suatu lagu indah dengan menggunakan alat yang ber-lainan. keperluan pada daya stilistika ini semakin meruncing dalam terjemahan puisi berbanding dengan prosa oleh sebab puisi sering kali mengandungi mesej yang amat peribadi sifat-nya. telah disifatkan orang bahawa sebuah terjemahan puisi yang berjaya itu sebagai suatu kejadian persamaan pada pe-ngalaman dan perasaan antara penulis dan penterjemah se-cara yang amat tidak disengajakan. kerap kali dalam penter-jemahan puisi ubah suai stilistika terpaksa dilakukan. sebagai sebuah bentuk karya sastera yang amat khusus, menterjemahkan puisi adalah tugas yang penuh dengan ba-tas dan sekatan teknik. penterjemah hendaklah menyedari batas-batas dan masalah-masalah tersebut supaya apabila ia terpaksa mengorbankan sesuatu ia akan hanya melakukan apa-apa yang tidak dapat dielakkannya lagi. dewan sastera, september 1975. 138</Page><Page Number="156">puisi baharu melayu 1942-1960 ali haji ahmad pemerintahan jepun di malaya hanyalah berumur lebih kurang 31/2 tahun sahaja. masa sedemikian ini tidaklah dapat dikatakan suatu masa yang panjang dalam bidang sejarah. namun perlaluannya itu membuat perubahan-perubahan yang penting juga dalam usia sejarah - antaranya, sejarah persajakan melayu. tiada banyak, sama ada dari segi jumlah mahupun dari segi perkembangan, yang dapat diharapkan daripada masa yang singkat itu, terutama kalau hendak menganggapnya sebagai suatu zaman dan peringkat sendiri. dan memanglah sebenarnya tiada banyak yang telah terlahir dan tercapai. serba-serbi tersekat dan terkongkong oleh keadaan-ke- 139</Page><Page Number="157">sastera kebangsaan. isu dan cabaran adaan masa perang oleh kekuasaan fasis jepun. kebebasan mengeluarkan perasaan dan fikiran boleh dikatakan tiada sama sekali. segala sesuatu yang dikeluarkan mestilah sealir-an dan sesuai dengan kehendak-kehendak jepun - sealiran dan sesuai dengan cita-cita, dasar dan tindak-tanduk fasis je-pun. alat-alat penyebaran perasaan dan fikiran amatlah terba-tas. hanya ada sebuah sahaja surat khabar harian, berita ma-lai (diterbitkan oleh malai sinbun sha di singapura); sebuah majalah dua mingguan, fajar asia (diterbitkan oleh sinsei malai kesentan sha (pejabat pembangunan melayu baru); dan sebuah majalah bulanan, semangat asia (diterbitkan oleh malai sinbun sha). inilah sahaja penerbitan yang dapat dianggap penting. sama ada secara langsung atau tidak dan sama ada se-cara ketat atau tidak maka kesemua penerbitan diawasi oleh pemerintah tentera jepun, dan dijadikan alat propaganda me-reka. oleh yang demikian, sama ada disukai atau tidak, maka kesusasteraan melayu ketika itu tidaklah dapat lepas daripada hakikat ini. misalnya, a. samad ismail menulis cerita-cerita pendek yang mengagungkan-agungkan kehidupan bertani dan nelayan. ini sesuai benar dengan dasar dan kehendak pemerintah tentera jepun. orang di malaya digalakkan su-paya bersungguh-sungguh memperbanyak hasil pertanian dan perikanan. perhatikanlah dua tajuk cerita pendek ini: (1) seorang pengail - dialah raja walaupun tidak ada istana dan taman. ia miskin tetapi kaya pada serba-serbinya (semangat asia, februari 1944). (2) ubi kayu - hidup di ladang lebih makmur daripada hidup di pekan (semangat asia, mac 1944). sesungguhnya, adakah nelayan itu raja di atas hasilnya sen-diri? apa benar ia kaya? adakah sebenarnya petani itu mak-mur? demikian juga yang terdapat dalam sajak-sajak: takkan sesia tulang dibanting bukan percuma peluh mengalir usaha tuan tak dapat dibanding terhadap bangsa dan tanah air. (thaharuddin ahmad dlm. semangat asia, april 1943) 140</Page><Page Number="158">puis1 baharu melayu 1942-1960 ‹y, secara keseluruhannya, sajak-sajak pada masa penduduk-an jepun ini adalah bersemangat kebangsaan dan kemer-dekaan tanah air. untuk melulusi saringan dan penangkapan tentera jepun maka terpaksalah semangat itu disalut dengan kata-kata seperti "dalam lingkungan asia timur raya", suatu konsep yang dibuat oleh kekuasaan jepun yang lebih kurang berupa "commonwealth" pada teorinya dengan negeri jepun sendiri, pelopor, pemimpin dan induk, dan mengandungi ne-geri-negeri di asia timur, selatan dan tenggara ini. ibu, bukakan rongga kalbu bonda luangkan tempat bisikan anakanda yang tetap bergelora dalam sukma rasa tak kuasa menahan lama. masih terbayang ibu terikat dirantai dibelenggu oleh si barat hendak membebaskan 'dah terniat tapi apakan daya tiada sempat. kedatangan perkasa suruhan tuhan ibu terlepas dari genggaman beta melompatlah mara ke hadapan dengan tujuan hendak berkorban. di telapak ibu gerangan syurga tapi hairan putera umpama beta masih ada yang lengah dan lupa bahawa bonda kan masih belum berdaya dah datang masanya wahai putera mengabdi menjunjung titah bonda supaya dia jangan kecewa menunggu kita setiap masa. kalau tak kita berusaha ibu pertiwi tak akan jaya 141</Page><Page Number="159">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dalam lingkungan asia raya menuju kemakmuran bersama. (thaharuddin ahmad, "di telapak ibu" dlm. semangat asia, mei 1943) oleh sebab sesuatu hal atau lain, antaranya diawasi oleh tentera jepun atau memang terpengaruh oleh propaganda mereka, maka banyak daripada sajak-sajak pada masa ini ter-lalu berupa propaganda semata-mata sampai nilai seninya ter-korban. pun banyak juga sajak-sajak yang tidak baik daripada penyajak-penyajak yang memang tidak baik. inti sari semangat kebangsaan dan kemerdekaan itu ialah terhadap bangsa dan tanah air sendiri. namun tidaklah pula bererti bahawa semangat itu sempit dan terbatas. sebaliknya ternyata benar pemandangan (outlook) luas meliputi asia khasnya dan dunia amnya. dengan kata-kata lain, dalam sa-jak-sajak pada masa ini terdapatlah pemandangan keasiaan dan kesejagatan (universal). masih perang sekarang, anakku masih gemuruh geroda angkasa meriam mendentum bertalu-talu menentukan nasib segala bangsa. doakan anakku, semoga tiada percuma berpindah nyawa pahlawan semoga tiada percuma segala darah yang jadi korban. untuk kita, untuk dunia untuk asia, untuk manusia! semoga kalau engkau•besar nanti, dunia sudah aman sentosa, tidak ada peperangan lagi, 142</Page><Page Number="160">puis1 baharu melayu 1942-1960 hidup bahagia segala bangsa. semoga, tiada lagi belenggu barat mengikat kaki dan tangan timur, tiada lagi orang melarat: sungguh dunia penuh makmur. doakan anakku, semoga dari badan yang hancur menjadi tanah, tumbuhlah bahagia laksana bunga, berseri-seri menyerbakkan wangi. untuk kita, untuk asia, untuk dunia, untuk manusia! (h.r., "kepada anakku" dlm. semangat asia, april 1943) pada sebahagian besar masa pendudukan jepun itu di malaya dan sumatera adalah di bawah pentadbiran yang satu dan sama. kalau tidak salah, di bawah pentadbiran tentera laut. maka terdapatlah hubungan yang rapat antara malaysia dengan sumatera, khasnya dan indonesia amnya. penyajak-penyajak dari sumatera, misalnya, menyajak dalam majalah-majalah di malaya. bagi penyajak-penyajak dari malaya, ta-nah air mereka ialah seluruh kepulauan nusantara ini, dan bukanlah sebahagian daripadanya sahaja. dengan kata-kata lain, fahaman ketanahairan dalam sajak-sajak pada masa ini ialah fahaman "nusantaraism". kota melaka tinggallah sayang, beta nak balik ke pulau perca, walau luas watan terbentang, danau meninjau terkenang jua.... (hamka, "di atas runtuhan melaka lama" dlm. semangat asia, september 1943) 143</Page><Page Number="161">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bagi hamka, dalam sajak ini, tanah airnya luas terben-tang meliputi seluruh kawasan kepulauan melayu, termasuk juga melaka. jadi sedikit sebanyaknya, dari segi pemandang-an (outlook) penyajak-penyajak mahu pun dari segi tempat ke-datangan mereka itu, maka persajakan pada masa ini meru-pakan satu kesatuan (unit) proses sejarah kesusasteraan bagi malaya dan sumatera, khasnya dan indonesia amnya. umumnya sajak-sajak pada masa ini tidaklah banyak ber-beza dengan sajak-sajak sebelum perang dahulu. biasanya sa-jak-sajak itu bersemangat dan bersuasana romantik (ringan, riang dan sebagainya) dan melankolik (rawan, hiba, sayu dan sebagainya). pemandangannya pun idealistik — meman-dang kepada sesuatu dengan cara mengindah-indahkan, dan memuluk-mulukkan pada peringkat kesempurnaan sesuatu itu — tidak berdasarkan kenyataan yang sebenarnya terdapat di dunia nyata ini (tidak realistik) . bentuk (prosodi) saja-saja pada masa ini umumnya tidak banyak berbeza dengan sajak-sajak sebelum perang dahulu juga. perangkapan, perimaan (rhyming), lenggang-lenggok (irama), pertimbangan kata-kata, baris dan rangkap, peng-ucapan dan lain-lain adalah masih tebal bersifat sebelum pe-rang juga. perang dunia di malaya tamat dalam pertengahan kedua tahun 1945. masa setelah tamat perang ini ialah masa yang bergelora sekali bagi malaya. perubahan-perubahan besar dan hebat berlaku dalam segala lapangan. percubaan keraja-an inggeris menjadikan malaya sebagai tanah jajahan seratus peratus itu sungguh menggemparkan seluruh rakyat, khas-nya rakyat melayu. serta-merta mereka bangkit dan tenaga mereka tergembleng menjadi gelombang perjuangan yang sekali bergerak tak lagi undur dan diam. kesedaran rakyat terhadap keadaannya yang maha kucar-kacir dan menderita, yang pada sebahagian besarnya, akibat sistem penjajahan dalam segala lapangan, telah benar-benar disedari. dalam se-gala hal malaya merupakan negeri yang hebat bergolak. walaupun pergolakan berlaku hebat di segala lapangan hidup, namun penyajak-penyajak pada tahun-tahun permu- 144</Page><Page Number="162">pijisi baharu melayu 1942-19g0 laan setelah 1945 ini masih belum banyak membawa perubah-an. mereka umumnya masih menyajak secara dahulu juga, walaupun berpatriotik namun masih bersemangat, berpeman-dangan dan berlenggang-lenggok cara dahulu juga. alang merdunya nyanyi sang burung melihat sinar telah bersimbur resah runsing semalam terkurung haram terbayang ditelan hibur. dari dahan ke lain dahan nyaring bernyanyi menceridu merdu seakan bersyukur ke hadrat tuhan dapat mengecap udara nan syandu. demikian unggas bebas terbang tiada suatu aral menghalang bila suka turun melayang sampai sore baru kan pulang. tidakkah temanku inginkan bebas merdeka hati merdeka jiwa bebas terjajah belenggu lepas bagai unggas dalam belantara? (rosmera, "bebas" dlm. kencana, 1947) gejala perubahan besar dalam penyajakan sudah mula kita lihat dalam tahun 1949 lebih kurang. sekali ini aku tidak peduli; kegusaran malam bintang-bintang malap meski yang lain menyambut sunyi di atas dasar yang satu terang atau gelap aku tetap berdiri. ada bersusun-susun batu piramid tinggi tegak melindungi pandangan hidupku jika tidak gila dengan fikiran orang lain entah sekarang sudah tidak lagi jadi soalku. 145</Page><Page Number="163">sastera kebangsaan: isij dan cabaran biar desar desir angin bertiup ketahuan rang mati tiada kawan atau ada lagi yang mengerikan insan tergolek tiada bertutup. sekali ini aku tiada peduli di atas dasar yang satu aku berdiri. (masuri s.n., "tiada peduli" dlm. awan putih) sudah mula kelihatan pendirian, pemandangan, sema-ngat yang baru — tidak tradisional lagi. pendirian, pemandang-an dan semangat sudah dinamik. pendirian dan semangat "sekali ini aku tidak peduli" yang dinamik itu, terutama jika dibandingkan dengan yang dahulu, adalah perubahan baru yang tidak terdapat pada sajak-sajak masa sebelumnya. pemandangan yang realistik, yang tidak lagi mengindah-in-dah dan memuluk-mulukkan itu terdapatlah dalam sajak-sa-jak. irama pun sudah berubah. tidak 1 agi stereotaip (sama sejenis yang biasa sahaja) dan "monotonous" (menjemukan oleh sebab sesuatu jenis yang sama sahaja), seperti dalam syair-syair, sekali tinggi sekali rendah lagunya, sekali cepat sekali lambat kelajuannya (speed), kadang-kadang sebaris itu terdiri atas satu satuan (unit) pengucapan dan kadang-kadang dipecahkan kepada beberapa satuan dengan tiada sentiasa sama timbang pemecahan itu. sebagai misal: sekali ini / aku tidak peduli / kegusaran malam / bintang-bintang marap/ meski yang lain / menyambut sunyi / di atas dasar yang satu / terang / atau gelap/ aku tetap berdiri /. lihat pula pertimbangan yang tradisional dalam sajak-sa-jak dahulu dan syair-syair: alang merdunya / nyanyi sang burung melihat sinar / telah bersimbur resah runsing / semalam terkurung haram terbayang / ditelan hibur. 146</Page><Page Number="164">puisi baharu melayu 1942-1960 kalau dibaca dengan teliti sebagaimana seharusnya maka akan ketaralah perbezaan-perbezaan besar antara dua rang-kap sajak yang berlainan ini. pada keseluruhannya pada tahun-tahun sekeliling tahun 1950, bentuk sajak-sajak amat bebas dan jauh menyimpang daripada bentuk syair. tetapi semakin lama semakin hampir rapat kembali kepada bentuk syair itu. ini tidak sama sekali bererti bahawa penyajak-penyajak itu kembali semula terikat ketat oleh ikatan-ikatan bentuk syair. bentuk hanya sebagai alat menyalurkan perasaan dan fikiran dan bukan sebagai kekuasaan yang mengikat atau mengongkong. dalam hal perubahan-perubahan ini masuri s.n. adalah pelopor yang terpenting di malaya. sedang penyajak-penya-jak lain masih berlagak cara dahulu lagi, bahkan tongkat pun masih kuat mirip bersyair, maka masuri sudah membawa per-ubahan-perubahan. perubahan ini bukan sahaja besar bagi aliran penyajakan melayu seluruhnya bahkan juga bagi aliran penyajakan masuri sendiri, yang dahulu banyak menyajak se-cara sebelum perang. perubahan-perubahan besar ini terus-menerus berlan-jutan dan semakin meluas. soal mengindah-indahkan atau memuluk-mulukkan sudah dibuang. penyajak-penyajak su-dah realistik. kalau menyajak tentang rakyat yang miskin maka sudah pasti penderitaanlah yang digambarkan secara sungguh-sungguh, tidak lagi memuluk-mulukkan atau mero-mantik-romantikkan kehidupan mereka. ini tidak pula bererti seluruh angkatan penyajak pada masa itu dengan serta-merta atau serentak sahaja mengubah cara penyajakan mereka. ada yang mengambil masa yang lama juga. misalnya, tongkat baru mengubah cara kepenyajakannya mengikut haluan ini lebih kurang pada tahun 1953. lihatlah dua potongan sajak ini yang berkenaan dengan kehidupan rakyat jelata, seorang nelayan dan seorang petani. dalam pagi-pagi nian, terdengar irama kayuh nelayan, 147</Page><Page Number="165">sastera kebangsaan: isu dan cabaran berkecimpung di air dalam membiru, penuh lagu sedih sayu. (tongkat warrant, "nelayan" dlm. mastika, 1951) kulit tangan tegang berbelulang, bisa keluarkan peluh berapa saja, oh pak utih, petani yang berjasa. (tongkat warrant, "pak utih" dlm. utusan zaman, 1954) pada sajak yang mula itu kita rasa bahawa penyajak tong-kat meromantikkan keadaan nelayan, tetapi pada sajak yang kemudian kita rasa bahawa tongkat menyampaikan keadaan yang sebenar (real) terdapat pada petani. masa setelah perang dunia ini ialah masa kesedaran, ke-bangkitan dan perjuangan yang bergelora dan hebat di ma-laya. penyajak-penyajak tidak lagi menyajak secara suka-su-kaan sahaja bila-bila tergerak hati oleh sesuatu hal atau bila jiwa keremajaan sedang bergelora atau sebagainya. mereka menyajak dengan tujuan-tujuan perjuangan tertentu. mereka menyajak tentang rakyat jelata, yang umumnya menderita tentang masyarakat yang tidak sesungguhnya adil dan mak-mur, tentang bangsa dan tanah air yang terjajah. melalui sa-jak-sajak, mereka memperjuangkan kebaikan keadaan dan nasib masyarakat, bangsa dan tanah air. jadi sajak-sajak masa ini kuat merupakan sajak-sajak perjuangan. dan oleh sebab rakyat jelata — buruh, petani, nelayan dan sebagainya — yang paling menderita dan paling memerlukan perbaikan maka jelas dan kuat benar sifat kerakyatjelataan sajak-sajak masa ini. aliran seni penyajak-penyajak (dan sasterawan-saste-rawan amnya) ialah "seni untuk masyarakat", suatu slogan kesusasteraan yang dirumuskan oleh as•af. inilah aliran yang terpenting yang dianuti oleh sebahagian terbesar sasterawan-sasterawan masa lepas perang ini. aliran perjuangan ini telah dijelmakan secara organisasi dalam tahun 1950, dengan nama "angkatan sasterawan 50", yang sudah pun dimulakan lebih kurang pada tahun 1949. oleh sebab ini maka sasterawan- 148</Page><Page Number="166">puis1 baharu melayu 1942-1960 sasterawan yang menulis dengan sifat-sifat ini digolongkan dan disebut sebagai angkatan 50. ada juga mereka yang me-nyatakan menganut aliran "seni untuk seni" seperti hamzah. tetapi aliran ini terlalu kecil ertinya, bahkan dapat dikatakan tidak penting sama sekali dalam sebuah angkatan ini. se-cara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa, secara ke-simpulan dan slogan, angkatan 50 ini beraliran "seni untuk masyarakat". dan dalam bidang aliran ini terdapatlah persa-maan-persamaan dan perbezaan-perbezaan antara penyajak-penyajak itu. misalnya, mulai tahun 1949 sajak-sajak masuri s.n. terasa terlalu serius (berat dan bersungguh-sungguh) manakala sa-jak-sajak tongkat sejak dari mula (1949) terus-menerus me-ngandungi unsur romantik, manakala a. samad said pula ter-lalu romantik pada mulanya tetapi kian lama kian berkurang-an. demikian juga, masuri s.n. sejak dari mula (1944) lagi telah menyajak dengan tema-tema yang luas, manakala a. samad said mula-mula menyajak tentang kasih, cinta, rindu dan sebagainya sahaja, dan mulai lebih kurang tahun 1957 barulah meluaskan temanya kepada soal-soal lain. demiki-an juga masuri s.n. dan tongkat warrant punya pendirian, pemandangan, dan fikiran yang tetap dan tegas baginya ter-hadap soal-soal tertentu manakala halim anwar selalu benar diumbang-ambingkan oleh kesangsian dan ketidakpastian-nya sendiri. masuri s.n.: sekali ini aku tiada peduli di atas dasar yang satu aku berdiri. ("tiada peduli" dlm. awan putih) manakala halim anwar: bertanya juga, "bagaimana syair akan digubah alam sepi menyembunyikan kisah. bagaimana kita akan bertindak kalau tuntutan ditolak 149</Page><Page Number="167">sastera kebangsaan. isu dan cabaran atau diberi permainan anak-anak?" ("minta jawapan" dlm. utusan zaman, 1954) antara penyajak-penyajak angkatan 50 ini yang penting ia-lah masuri s.n., tongkat warrant, halim anwar dan a. samad said. menggolongkan penyajak-penyajak masa lepas perang seperti ini memang agak berbahaya juga. penyajak-penyajak ini masih menyajak dan mungkin mengalami perubahan-perubahan yang mungkin pula membawa sifat-sifat baru yang pada sebahagian besarnya terkeluar daripada sifat-sifat umum golongan yang mula-mula dimasukkan itu. jadi pemasukan nama-nama tertentu ke dalam golongan ini atau itu hanya dapat bersifat muktamad bagi mereka yang sudah tidak lagi menyajak atau selebihnya termasuk juga bagi mereka yang su-dah agak tetap. dengan angkatan 50 ini kita bertemu dengan suatu hal yang baru dan pertama bagi persajakan di malaya. inilah kali pertamanya penyajak-penyajak menyajak secara bersungguh-sungguh dengan jumlah yang banyak, tidak sahaja secara suka-sukaan bila-bila ada masa atau bila-bila ada sesuatu yang terasa menggerakkan mereka untuk rnenyajak. masuri s.n. yang mula menyajak dalam tahun 1944, telah menghasilkan kira-kira 400 buah sajak sehingga kini. masih menyajak lagi. tongkat warrant yang mula menyajak dalam tahun 1949 telah menghasilkan lebih seratus buah sajak. pun masih menyajak lagi. a. samad said, yang mula-mula rnenyajak dalam tahun 1954, telah melahirkan lebih 50 buah sajak. masih giat benar menyajak. namun masih banyak juga lagi yang menyajak se-cara tidak sungguh-sungguh. dalam hal menyajak secara sung-guh-sungguh ini, masuri s.n., adalah penyajak yang pertama sekali berbuat demikian ini. memanglah penyajak-penyajak angkatan 50 ini sangat mementingkan isi dan perjuangan. hal ini merupakan sumber kekuatan bagi angkatan ini. tetapi pun adakalanya merupakan sumber kelemahan nilai seni puisi mereka itu, terutama bagi sesetengah penyajak yang tidak penting dalam angkatan 50 150</Page><Page Number="168">puisi baharu melayu 1942-1960 ini. misalnya, afrini adham memang banyak menyajak, tetapi amat disayangkan bahawa umumnya sajak-sajaknya itu berni-lai seni puisi yang rendah hingga sukar sekali dapat diterima sebagai sajak sekalipun dengan pertimbangan yang amat tidak kritikal, walaupun punya isi dan semangat perjuangan seperti masuri s.n., tongkat warrant atau lainnya. kesusasteraan bagi sasterawan-sasterawan angkatan 50 ini adalah sebagai penyedar penggerak dan pembimbing kepada rakyat seluruhnya. jadi mereka menulis dengan tu-juan-tujuan inilah juga. ini merupakan salah satu sumber atau sebab mengapa sajak-sajak angkatan 50 ini umumnya mudah untuk difahami dan dinikmati oleh setiap golongan dan pe-ringkat. pada sebahagiannya kekuatan sajak-sajak angkatan 50 ini terletak pada kemudahannyalah. sajak-sajak angkatan 50 ini banyak sekali menggambar-kan keadaan-keadaan dan kejadian-kejadian yang berlaku dalam masyarakat. bahkan untuk pengkajian dari segi ilmu masyarakat (sosiologi) pun sajak-sajak angkatan ini amat penting ertinya. perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan, akibat-akibat darurat, perjuangan kaum buruh, kesenian cabul dan lain-lain yang terdapat dalam masyarakat itu di-tuliskan oleh penyajak angkatan ini. cara penyajakan sudah amat berbeza dengan cara yang terdahulu. tidak lagi mereka menyajak dengan cara memerhati-memerhati atau meninjau-ninjau, tetapi sebagai orang yang sama-sama terlibat untuk bergolak dalam masyarakat. kita rasakan kesebatian mereka dengan keadaan-keadaan dan kejadian-kejadian yang disajak-kannya. ini membuat sajak-sajak mereka selalunya dirasakan lebih ikhlas, jujur, sejiwa dan hidup. walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan pada pe-nyajak-penyajak angkatan 50 - dan umumnya pada sastera-wan-sasterawan seangkatan dengannya - ini, namun sebagai sebuah angkatan ia bererti besar sekali dalam sejarah kesu-sasteraan melayu. bagi malaya, ia adalah angkatan sasterawan yang pertama sekali lahir dan menulis secara sedar dan insaf dengan mempunyai cita-cita dan perjuangan-perjuangan ter-tentu untuk kesusasteraan, masyarakat bangsa dan tanah air. 151</Page><Page Number="169">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dengan berhentinya banyak penyajak-penyajak angkatan 50 daripada menyajak maka tidaklah sama sekali bererti su-dah tamat penghasilan sajak-sajak mereka. masuri s.n. dan tongkat warrant, dua penyajak terpenting angkatan ini, ma-sih lagi terus-menerus menyajak sampai sekarang. a. samad said, yang muncul terkemudian daripada kedua-dua mereka itu, masih lagi giat menyajak. tetapi lebih kurang setelah pertengahan tahun 1955, la-hirlah suatu perkembangan baru lagi yang jauh berbeza dari-pada angkatan 50. kelahirannya tidaklah dilaung-laungkan, dislogan-slogankan atau sebagainya. tidak juga diumumkan cita-cita penyajakan mereka. jadi golongan ini belumlah dapat disebut dengan sesuatu nama yang muktamad. akan tetapi yang sesungguhnya jelas dan pasti ialah bahawa sajak-sajak golongan ini terlalulah sukar untuk difahami dan dirasai. oleh itu, golongan ini dapatlah disebut sebagai golongan penyajak-penyajak sukar. kelahiran penyajak-penyajak sukar ke dalam dunia per-sajakan melayu tidaklah secara tiba-tiba, serentak atau se-bagainya. akan tetapi adalah secara beransur-ansur. mereka meminati sajak-sajak masuri dan tongkat. pada mula-mulanya mereka sangat terpengaruh oleh dua tokoh itu. sajak-sajak golongan sukar ini sebelum lebih kurang pertengahan tahun 1955 merupakan sajak-sajak angkatan 50 juga. antara api nyala menjulang tulang-tulang longgar mencari garis-garis kenangan antara ombak cita dalam lautan ada yang berenang mara — ke depan. persatuan itu sudah tersedia seribu gaya dan seribu tenaga sekarang sudah mulai segala keberanian menyusun gerak meretakkan belenggu — kekangan. (noor s.i., "kalau berani juga" dlm. utusan zaman, 1954) sungguh sama senada, sesuara dan sealiran dengan ma-suri. 152</Page><Page Number="170">puisi baharu melayu 1942-1960 rumah besar mengisi kemewahan tuan-tuan megah di antara pipi-pipi gadis memerah dan gelas-gelas bernadi berdentingan sayup-sayup suara ayah menyumpah-nyumpah dan hilang di antara mesra kucupan pemeliharaan kelas berjalan di antara tekanan. (noor s.i., "kisah" dlm. mastika, 1954) sungguh sama seperti tongkat. suatu puncak gagah indah dalam lipatan awan memutih damailah manusia yang tiba ke situ titik keadilan dan kemerdekaan. (m. ghazali, "puncak cita" dlm. kumpulan sajak persendiriannya, 1955) di sini ghazali adalah seperti masuri s.n. juga. kemu-dian mulai lebih kurang pertengahan tahun 1955 barulah golongan ini kian lama kian menyukar. antara mereka ini yang telah menyajak dalam jumlah yang banyak ialah noor s.i., m. ghazali, a.s. amin, yahya m.s., mokhtar yasin dan badarudin h.o. tokoh-tokoh angkatan 50 menguasai beberapa penerbit-an penting di malaya. mereka bergerak dan berjuang secara angkatan dan secara organisasi. mereka punya pertubuhan angkatan sasterawan 50. mereka juga memimpin pener-bitan-penerbitan penting di malaya. berbeza sama sekali halnya dengan golongan penyajak sukar ini. mereka tidak berkedudukan seperti angkatan 50 — tidak menguasai seba-rang penerbitan penting, dan tidak juga punya pertubuhan tertentu bagi golongan mereka. mereka bertaburan dan ti-dak punya perhubungan rapat secara tertentu antara mereka sesama mereka. di samping menyajak dengan sifat terlalu sukar itu maka penyajak-penyajak golongan ini tidak punya sesuatu pendirian, 153</Page><Page Number="171">sastera kebangsaan: isu dan cabaran  dasar, cita-cita atau perjuangan tertentu - sekurang-kurang-nya tidak dirumuskan dan diumumkan, apa lagi dislogankan. tidak juga semua ini terlahir atau tersalur melalui sajak-sajak mereka. jadi sajak-sajak golongan ini bukan sahaja terlalu su-kar tetapi juga terlalu samar-samar. oleh itu, mereka kerap disebut sebagai golongan penyajak-penyajak kabur. yang sudah agak jelas ialah mereka menyajak dan menya-jak dan menyajak terus - seni persajakan adalah untuk me-reka bersajak. ini ada persamaan dengan haluan "seni untuk seni", di malaya, anutan dan peloporan hamzah, haluan yang dahulunya tidak penting sama sekali itu. golongan ini menyajak tentang berbagai-bagai perkara. tetapi tanpa perdirian, dasar, cita-cita atau perjuangan yang tertentu. sajak-sajak mereka tidak tentang masyarakat - ti-dak tentang hal-hal, keadaan-keadaan, dan kejadian-kejadian dalam masyarakat - seolah-olah mereka terpisah atau me-misahkan diri daripada masyarakat. pemandangan, pemikir-an dan pemerasaan mereka tidak ditujukan kepada hal ehwal masyarakat, bangsa dan tanah air. tetapi kepada soal-soal diri sendiri dan yang di lingkungan kecil diri mereka sendiri sa-haja. bahkan dalam sesebuah sajak itu pun, umumnya, mereka tiada "sequence". mereka menukar-nukar objek yang disajak-kan dari satu ke yang lain tanpa pertalian, hubungan atau ke-tertiban (ketertiban di sini bukanlah da]am pengertian akhlak), kalau adapun rnakna itu terlalu halus atau samar-samar. di laut. ada cermin di muka air berwarna usia berlalu di bawah neraca. tua. bulan mengambang sedang wajah di kamar. mengalir seribu kepala menghitung rancangan beracun ombak menempa di pantai. dan hatinya di pasir terbenam sebilah belati di dada berdarahlah setahun. di bumi. tinggal petualang di pintu cinta buta hidup berhias rasa manusia. bersama. (noor s.i., "senja" dlm. mastika, 1958) 154</Page><Page Number="172">puisi baharu melayu 1942-1960 dalam sajak ini terkesan bahawa penyajaknya menukar-bukar "objek" persajakannya tanpa "sequence" - pertalian, hubungan atau ketertiban - antara satu dengan lain. pengucapan - kata-kata ungkapan-ungkapan kata, fikiran dan sebagainya - terlalu tidak "universal", tidak biasa atau, setidak-tidaknya, tidak selalu digunakan dalam bahasa me-layu. bahkan sampai-sampai tidak logik pula. pengucapan-pengucapan ini terlalu personal - terlalu bersifat sendiri-sendiri sahaja. misalnya: mengalir seribu kepala menghitung dan hatinya di pasir terbenamlah sebilah belati di dada berdarahlah setahun. demikianlah pengucapan noor s.i. perlambangan (simbol) memang banyak dipergunakan oleh golongan ini dalam sajak-sajaknya. mereka dikatakan juga sebagai golongan simbolis dalam persajakan melayu. akan tetapi perlambangan mereka ini terlalulah tidak "univer-sal" dalam bahasa melayu. terlalu personal - bersifat sendiri-sendiri sahaja. dan oleh itu sukar benarlah hendak difahami - lain penyajak lain perlambangannya dan lain pemakaiannya; lain masa lain penggunaannya; lain pembaca lain tanggapan-nya dan lain tafsirannya. embun hatinya berkaca kejauhan paginya embun hatinya berkata ia diliputi senja dadanya ada embun tapi bukan untuknya embun hatinya berkaca dingin embun dinoda. (m. ghazali, "embun" dlm. kumpulan sajak persendiriannya, 1959) penggunaan kata-kata pun banyak tidak "universal", tidak biasa dipakai dalam bahasa melayu. banyak yang dalam ben- 155</Page><Page Number="173">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tuk abstrak. tidak jarang kata-kata yang digunakan itu hebat bunyinya dibaca sekali lalu, tetapi sebenarnya tiada mengan-dungi erti apa-apa — kosong — hanya mempermainkan kata-kata jua. ini juga turut menyebabkan sajak-sajak golongan ini sukar difahami. demikianlah golongan penyajak-penyajak ini yang, se-bagai satu golongan, sajak-sajaknya adalah kabur dan sukar dalam banyak hal, bahkan kacau-balau. inilah golongan ter-baru dalam dunia persajakan hingga sekarang. namun ada juga penyajak-penyajak baru yang punya ciri-ciri tertentu dan tidak termasuk ke dalam golongan sukar tadi. mereka sedang bergiat menyajak nampaknya. tentang mereka ini tidak dapat dibicarakan di sini sekarang ini. mere-ka belum banyak lagi menyajak untuk dapat dianalisis secara bertanggungjawab, apalagi secara muktamad. mereka baru sedang menyajak. ke mana hala mereka belum dapat ditinjau lagi. demikianlah persajakan melayu di malaya dari masa pen-dudukan tentera jepun hingga kira-kira pertengahan tahun 1960. bagaimana dan ke mana persajakan melayu pada masa depan? sama-sama diperhati, diteliti dan diusahakanlah! "pengantar" puisi baharu melayu 1942-1960, 1966. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 156</Page><Page Number="174">puisi melayu moden anis sabirin sajak, atau puisi melayu mo-den, telah mengambil alih tempat puisi lama sejak perang dunia kedua. peralihan daripada bentuk lama kepada ben-tuk baru ini terjadi perlahan-lahan, dan kita dapat melihat perubahan itu sedikit demi sedikit dalam puisi yang ditulis dalam zaman pertukaran itu. kita lihat perubahan menuju bentuk yang lebih bebas, isi atau tema yang lebih meluas, dan usaha mencari ungkapan-ungkapan kata yang lebih asli, baru dan segar. bentuk sajak tidak lagi sebegitu ketat seperti bentuk pantun dan syair. kelonggaran ini semakin hari sema-kin jelas, sehingga puisi lama akhirnya berubah sama sekali menjadi sajak. 157</Page><Page Number="175">sastera kebangsaan: isu dan cabaran perubahan menuju bentuk baru ini berjalan sesuai de-ngan perubahan-perubahan yang terjadi dalam masyarakat melayu. perang dunia, dengan segala ketakutan dan keseng-saraan yang dibawanya, menggoncangkan jiwa orang melayu sehingga mereka berasa tidak lagi sesuai dengan bentuk-ben-tuk cara lama, baik dalam kehidupan rnahupun dalam seni. cara berfikir baru menghendaki bentuk yang baru, kerana setelah perang dunia kedua, orang muda telah menghadapi pengalaman yang jauh berbeza daripada pengalaman orang tuanya dulu, dan mereka tidak lagi dapat berfikir secara aman damai seperti orang tua itu. dunia baru bukan lagi dunia yang tenteram dan tersusun. dalam bukunya puisi baharu melayu (zaman permu-laan), penyusunnya, ali haji ahmad telah menunjukkan ba-hawa sajak-sajak yang ditulis dalam tahun-tahun 1930-an (se-bahagian besar daripada sajak-sajak dalam antologi itu dikutip daripada majalah guru tahun 1934 -1938) masih mempunyai dasar-dasar lama pantun dan syair. tetapi unsur-unsur per-bezaan telah nampak di dalamnya. antologi sajak susunan ali haji ahmad yang kedua, puisi baharu melayu (1942 -1960), menunjukkan lebih jauh perkembangan itu. pada tahun-tahun 1960-an, puisi melayu telah bertukar seluruhnya daripada puisi lama kepada puisi baru atau sajak. puisi lama mencerminkan masyarakat melayu lama yang masih teratur dan diikat oleh tradisi melayu dalam masyara-kat yang tenteram, di mana rakyat hidup dengan bercucuk tanam atau menangkap ikan. perjalanan masyarakat begitu lambat dan tenang, orang hidup berdekat dengan alam, padi tumbuh dan menguning mengikut musim, di mana ketabah-an dan kesabaran dikehendaki dalam tugas di laut melawan angin dan ombak untuk menangkap ikan. puisi lama menun-jukkan masyarakat yang tersusun rapi, yang anggotanya ter-diri daripada suatu bangsa yang beragama dan kebudayaan yang satu. masyarakat begini umumnya tidak mengalami apa-apa kekacauan atau perselisihan atau ketegangan antara anggotanya (sekurang-kurangnya tidak ada perselisihan yang terlalu meruncing). hubungan antara anggota masyarakat itu 158</Page><Page Number="176">puisi melayu moden biasanya tetap dan tersusun, tidak ada pergerakan atau per-tukaran yang cepat. tidak ada turun naik dalam kelas-kelas, kerana setiap orang tinggal tetap dalam kedudukan yang di-warisinya. oleh sebab kehidupan tenang dan tidak berubah-ubah, akal fikiran penduduknya pun lebih istirahat daripada ke-gelisahan yang biasa dalam cara hidup orang sekarang. ben-tuk-bentuk puisi lama yang membeku itu seolah-olah mencer-minkan keadaan yang terlalu tenang dan diam itu, lambat bergerak dan hidup dari sehari ke sehari dengan cara-cara yang hampir sama. perang dunia mengubah segala-galanya. sebelum itu memang perubahan lambat-laun datang juga, dari dunia luar masuk ke negeri ini ke kota-kota yang sibuk dan bising, mempengaruhi orang cina dan india yang lebih agresif dan tidak diikat oleh pantang larang itu. sebagai penduduk dalam bandar, mereka lebih cepat menerima perubahan dan menye-suaikan rekaan-rekaan baru, cara hidup baru, fikiran baru, de-ngan cara hidup mereka yang lama. mereka tidak takut kepada perubahan, seperti mereka tidak takut untuk menyeberang laut meninggalkan tanah kelahiran mereka pada suatu masa dulu berdagang ke negeri yang lebih kaya dan penuh peluang. orang asing ini begitu terbuka kepada pengaruh luar kerana yang menjadi tujuan utama kepada mereka ialah wang dan untuk mendapat lebih banyak wang mereka bersedia untuk mengambil fikiran-fikiran baru, cara-cara baru dan kehidup-an baru. ini bertentangan dengan keadaan anak negeri yang harus mempertahan kedudukan lama mereka dalam negeri sendiri. bangsa anak negeri, kerana tidak didesak oleh keperluan kepada wang itu, terus hidup dengan cara yang lembap dan malas saja, puas hati dengan cara-cara mereka yang lama. puisi lama dengan jelas membayangkan cara hidup yang le-mah lembut dan bersenang-lenang itu, dengan sikap orang-nya yang sabar, selalu tawakal dan menyerah kepada takdir, suka bergurau senda dan hidup aman tenteram. akan tetapi, bagaimana terlindung pun kehidupan mereka, sebanyak se- 159</Page><Page Number="177">sastera kebangsaan isu dan cabaran dikit pengaruh luar masuk juga ke kampung-kampung, dan kesedaran akan cara hidup mereka yang sebegitu mundur itu mula meluas di kalangan rakyat. kesedaran itu semakin mendalam akibat perang dunia. cara kehidupan biasa rakyat tergoncang dan mereka mula menghadapi hidup yang lebih sukar, bahkan boleh dikatakan terseksa oleh kekurangan beras, kezaliman tentera jepun dan melesetnya harga getah dan timah. puisi yang dulunya terbatas kepada rayuan kasih sayang, nasihat-nasihat agama, jenaka dan gurau senda mula mengambil tema yang lebih bercorak kemasyarakatan. sebelum perang dulu seruan-se-ruan kemasyarakatan ini telah mula ditulis satu-satu, tetapi ti-daklah banyak. salah satu contoh sajak kemasyarakatan (pe-nyajak-penyajak zaman ini diwakili oleh pungguk, kasmani hj. arif, abu samah, harun aminurrashid dan yusof arshad) ini ditulis oleh embong yahya dalam tahun 1941. rayuan tanah air wahai! malangnya nasibku bergelar pahlawan tanah semenanjung berbangsakan melayu. umat nan masih tidur nyedar kemuliaan dan ketinggianku haram kalau dijunjung umatku lalai. kaumku lena. belum pun sedar-sedar. aku ini bumi malaya. telah tergadai terjual hanya dewa pembesarku memegang tanah melayu datuk nenekku tidak terpelihara. dan tiada terkawal dagang menipu dengan pujukan yang merdu sayu! aduh! sakitnya badanku. dipugar oleh si dagang bangsa nan tidak belas ihsan dan timbang rasa digali perbendaharaan. emas dan perak dilebur dilagang tetapi aku, dan kaum bangsaku hidup dirundung seksa! sampailah hatimu wahai umat! biarkan aku semalang ini? digenggam si dagang. bangsa lintah penghisap darah? dia pelombong. dia peniaga dan berkaum tani melainkan aku. kian hari semakin pupus dan parah! 160</Page><Page Number="178">puis1 melay11 moden kalau engkau sebenarnya sayang dan cinta kepada bumiku bangkitlah wahai pemuda. harapan bangsa menuntut bela singsinglah lengan. kemaskan diri. tampil mengaku watan semenanjung. pusaka melayu. sejak dari purbakala. lamun tuan wahai kaumku tidak juga sedar dan insaf betapa letaknya kemuliaan dan keselamatan tanah airmu tergadailah aku ke tangan dagang. terus melayang lesap tanah semenanjung nan cantik molek. jangan haraplah kembali bertemu! (puisi baharu melayu zaman permulaan) bandingkan sajak "rayuan tanah air" dengan "keluh-kesah" karangan pungguk (1934) yang juga diambil dari-pada puisi baharu melayu kumpulan ali haji ahmad. sajak "keluh-kesah" lebih dekat kepada bentuk-bentuk lama, iaitu pantun yang terdiri daripada empat baris pada setiap stanza, dengan persamaan bunyi a b a b. isinya juga lebih hampir kepada puisi lama, romantis dan sayu. keluh-kesah waktu senja burung terbang waktu adinda bersedih cita hancur dan lebur di kalbu abang sedihkan adik panah dewata. waktu dinihari malam yang sunyi waktu kanak-kanak kehilangan ibu abang meratap berbagai bunyi merindukan adik bernyala di hati. waktu subuh menyingsing di angkasa waktu tabuh bersahut-sahutan abang termimpi berbagai rasa adik disangka hanyut di lautan. 161</Page><Page Number="179">sastera kebangsaan isu dan cabaran waktu labut menyambut siang waktu makhluk bangun bekerja abang terlalai waktu sembahyang asyikkan adinda intan durja. (puisi baharu melayu zaman permulaan) sajak "keluh-kesah" masih sangat hampir kepada ben-tuk pantun, walaupun ia tidak lagi mernakai dua baris pemba-yang dan dua baris maksud. sajak "rayuan tanah air" pula, sungguhpun masih lagi menggunakan susunan empat ayat dan rhymescheme a b a b telah berubah kerana sukatan kata dalam setiap baris lebih panjang daripada pantun biasa dan temanya juga tidak lagi rayuan cinta, seruan agama, nasihat atau jenaka tetapi kesedaran tentang nasib bangsa dan tanah air yang dijajah dan diperas oleh dagang. sewaktu malaysia di bawah pemerintahan jepun banyak-lah ditulis orang sajak-sajak yang bercorak cintakan tanah air dan rasa hormat kepada kerajaan jepun dan emperor teno-heka. tidak ada satu nama, antara pengarang sajak yang banyak itu, muncul sebagai orang yang benar-benar menum-pukan perhatian dan tenaga kepada penulisan sajak. hanya beberapa tahun kemudian kita dengar nama masuri s.n. dan tongkat warrant (usman awang) yang sehingga sekarang masih menyajak dan bersuara dalam berbagai-bagai bentuk sastera, antaranya cerpen dan esei (masuri s.n.); dan cerpen, esei, drama dan novel (tongkat warrant). sajak masuri s.n. dan tongkat warrant pada peringkat permulaan ini masih kuat berunsur pantun dan syair. tema-tema sajak mereka terdiri daripada lirik kasih sayang, juga semangat kasihkan bangsa dan tanah air. mereka menulis soal-soal peribadi dan mengeluarkan perasaan hati mereka yang sedih dan sayu. sebanyak sedikit dua orang penyajak ini terpengaruh juga oleh penyajak-penyajak tahun 1930-an di indonesia, iaitu penyajak angkatan pujangga baru yang dianggotai oleh, antara lain, amir hamzah, sutan takdir alisjahbana, armin pane dan sanusi pane. di sini saya sa- 162</Page><Page Number="180">puisi melayu moden linkan dua buah sajak daripada dua orang penyajak melayu yang veteran ini. sajak-sajak ini masih lagi berbentuk empat baris dalam satu stanza, dengan rhymescheme a b a b, seperti pantun. (bentuk ini juga masih popular di kalangan ahli-ahli angkatan pujangga baru seperti amir hamzah, sutan takdir alisjahbana, armin pane dan sanusi pane. angkatan baru berlapis barisan angkatan baru melangkah gerak maju sedia merentak lebur ikatan dulu menetak putus belitan jiwa bangun semua, para perwira dari gunung terjun menurun menuju laut idaman sukma tiada peduli aral bersusun sudah tekad di dalam hati angkatan baru semarak watan sudah sepakat di dalam bakti rela derita sudi berkorban tiada lain ingatan datang hanya satu bukanlah dua angkatan baru tetap berjuang sehingga nusa gemilang rupa ...! (masuri s.n., puisi baharu melayu) jiwa hamba menung seketika sunyi sejenak kosong di jiwa tak berpenghuni hidup terasa diperbudak-budak hanya suara melambung tinggi berpusing roda, beralih masa berbagai-bagffi neka, hidup di bumi 163</Page><Page Number="181">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abadi kalau hidup ingin merdeka takkan tercapai hanya berkata tetapi cuba maju ke muka melempar jauh jiwa hamba ingatan kembali sepatah kata dari ucapan seorang pemuka di atas robohan kota melaka kita dirikan jiwa merdeka. (tongkat warrant, puisi baharu melayu) sajak-sajak ini sengaja saya pilih yang bertemakan pe-rasaan kemasyarakatan, kerana hendak menunjukkan baha-wa sungguhpun sajak-sajak melayu pada zaman permulaan dulu sudah berubah temanya daripada tema-tema puisi lama, bentuk puisi melayu pada zaman ini pada umumnya masih lagi berupa bentuk lama. sajak-sajak masih lagi merupakan rayuan kasih sayang, tetapi juga telah memperlihatkan kesedaran akan keadaan-keadaan dalam masyarakat. penyair melayu telah melihat keliling masyarakatnya dan melihat bangsanya tertindas, dikalahkan oleh orang dagang. adat istiadat melayu yang penuh sopan santun, kelihatan tidak cukup untuk memberi tenaga dan kekuatan kepada bangsa melayu supaya hidup dengan teguh dalam satu masyarakat berbilang bangsa di mana bangsa-bangsa lain lebih cergas, lebih tegap dan lebih bersungguh-sungguh dalam sikapnya menghadapi hidup. tahun-tahun 1950-an ialah tahun angkatan sasterawan 50 (asas 50) yang berpedomankan "seni untuk masyarakat", dalam puisi dan dalam prosa (cerpen, esei dan beberapa buah novel) pengarang-pengarang angkatan ini cuba menyebarkan cita-cita mereka hendak menyedarkan bangsa melayu daripa-da kelalaian dan kelesuan. seperti yang kelihatan dalam kedua-dua sajak masuri s.n. dan tongkat warrant di atas, kesedaran 164</Page><Page Number="182">puisi melayu moden penyair terhadap keadaan masyarakat menjadi tema yang pen-ting pada kebanyakan sajak-sajak pada masa itu. masuri s.n. dan tongkat warrant yang menulis dengan nada nasionalis dan humanis itu, penuh rasa kemanusiaan sambil berbicara langsung kepada bangsanya, umumnya menulis dengan cara yang lurus dan bersahaja, hampir se-rupa dengan gaya kedua-dua buah sajak yang saya salinkan itu. beberapa orang lagi penyajak yang menulis dalam jarak masa yang sama dengan masuri s.n. dan tongkat warrant, antaranya halim anwar, afrini adham, a. samad said dan salmi manja, juga menulis dengan bahasa yang lurus dan ber-sahaja, dan hampir semuanya dengan tema yang sama, iaitu kesedaran masyarakat dan perhatian kepada kemanusiaan umumnya. beberapa orang penyajak yang datang terkemudian dari-pada masuri s.n. dan tongkat warrant mula menulis dengan cara yang agak berlainan. para penyajak ini termasuklah noor s.i., a.s. amin, m. ghazali, yahya m.s., badaruddin h.o. dan lain-lain. penyajak-penyajak dalam kumpulan ini lebih terkenal dengan nama "penyajak-penyajak kabur" atau penyajak-penyajak sukar, kerana ada suatu faktor istimewa yang mereka miliki bersama. mereka menulis dengan meng-gunakan lambang-lambang. lambang-lambang ini diambil daripada gejala-gejala alam seperti bulan, embun, langit, laut dan warna-warna seperti merah, lembayung, putih, biru dan sebagainya. lambang-lambang ini berupa perbandingan un-tuk gagasan penyajak. sebagai contoh saya ambil sebuah sa-jak oleh noor s.i. pulang dari pantai jauh putih hati di putih tiang kapal kandas pecah kabut di haluan diriakan angin di pantai putih hasrat seputih melati di tapal batas ketika kembali antara perhitungan hampir selesai putih hati seputih tiang bendera di gunung pecah piala di tangan berisi anggur dan racun 165</Page><Page Number="183">sastera kebangsaan: isu dan cabaran putih langkah seputih bintang di awan lembayung kita kembali bertemu dan membakar rnercun kembali kita di pulau berpimpin jari menari warnakan langit sepi di tinggian hati menyanyi kembali kita pulang menjunjung kehormatan peribadi di ambang pintu terbuka di mana bonda tenang menanti kembang-berkembang di taman putera puteri berseloka dendang-berdendang kita di penamatan cerita duka. (rakaman ruh) sajak di atas ini, seperti kebanyakan sajak-sajak hasil dari-pada golongan "penyajak sukar" itu, agak samar-samar erti-nya. perlambangan yang digunakan tidak dimengerti oleh pembaca, kerana dipunyai secara peribadi oleh penyajaknya, dan kita tidak diberitahu apa erti setiap perlambangan itu. li-hat sajak a.s. amin ini: minggu di pelabuhan semalam kapal belayar hatiku ditinggal sunyi di bawah arus hidup sendiri minggu di pelabuhan bulan di langit-langit anakku tersenyum hidup sekarang hidup ketegangan patah dan rapuh entah ke mana dibawa hati ketinggalan sepi merah berwarna merah berkibar di angkasa. (mastika, januari 1960) kalau puisi penyajak-penyajak simbolis lebih menguta-166</Page><Page Number="184">puisi melayu moden makan keindahan bahasa dan gambaran serta bunyi yang merdu dan harmonis, puisi yang ditulis oleh beberapa orang penyajak lainnya, yang menulis semasa dengan penyajak-pe-nyajak simbolis tadi ataupun sedikit terkemudian daripada-nya, tidak dapat kita golongkan kepada suatu kelas atau baha-gian saja. mereka menulis menurut kecenderungan masing-masing. penyajak-penyajak ini termasuklah kassim ahmad, yusof hitam, nahmar jamil, mokhtar yassin, adi rumi, s.n. tomo, firdaus abdullah, dan paling banyak menulis antara mereka, suhaimi hj. muhammad. di sini saya petik sebuah sajak ciptaan suhaimi hj. muhammad: kepada kekasihku kenangan aku dalam cermin di kamarmu dalam setiap kau menyisir rambut dalam timbulkan wajahku di atas wajahmu tapi jangan jadikan alasan rahsiaku untuk menakluk kasihmu kerana kau tahu, jika aku mati dulu kau akan menjadi janda yang bisa diwarisi orang.... (puisi baharu melayu) bandingkan ini dengan suara kassim ahmad dalam sa-jaknya: dialogue (kepada ibu) i tenteramlah anak walaupun kebanjiran sawah kita hujan ini dari tuhan yang mencurah-curah rahmatnya ada siang masakan tiada terang dengarlah 167</Page><Page Number="185">sastera kebangsaan: isu dan cabaran si katak sudah tiada memanggil lagi besok hari panas padi kita akan lepas! ii tidurlah ibu kita manusia kerdil siang membanting tulang malam menanggung bimbang ada esok maka pasti ada suria aku akan pergi dengan seribu jebat si anak tani kian lama kita mati dalam setia kali ini kita hidup dalam derhaka. (puisi baharu melayu) perkembangan puisi melayu moden berjalan selanjutnya dengan penyajak-penyajak yang menulis dan bersuara dengan gaya dan kecenderungan masing-masing. tema sajak-sajak melayu telah meluas, merangkum apa-apa saja perkara yang dapat dituliskan. tentang tanah air, tentang tuhan, manusia, cinta, putus asa; ada yang membicarakan soal-soal hangat dalam negeri, ada yang meliputi dunia 1 uar dan kemanusiaan sejagat. begitu juga teknik persajakan. berbagai-bagai ben-tuk dicuba dan dieksperimenkan. penyajak-penyajak muda, termasuk hadzrami a.r., ilias zaidi, isma mesra, rustam a. sani, dharmawijaya dan lain-lain menulis dengan giatnya. setakat ini tidak ada sifat-sifat tertentu yang membezakan penyajak-penyajak muda ini dengan mereka yang menulis sebelumnya; mereka seolah-olah meneruskan perjuangan mereka berasing-asingan. walau bagaimanapun, teknik dan tema yang bermacam-macam ragam ini adalah gejala yang menggembirakan kerana ia menunjukkan sifat hidup dan bertenaganya puisi melayu moden. puisi melayu telah melalui beberapa peringkat dalam be-berapa tahun yang lepas. ke mana puisi kita itu akan dibawa 168</Page><Page Number="186">puisi melayu moden selanjutnya oleh penyajak-penyajak kita terpulanglah kepada masa untuk menentukannya. di sini saya perturunkan se-buah sajak rustam a. sani untuk memberi contoh sajak-sajak terbaru kita: lagu pesawah turun ke tanah i lagu pesawah turun ke tanah melenggok bajak di dada bumi kerbau menyapa menguak ramah berpadu tenaga membongkar umbi kepalang bangun anak bangsa biar berbelulang segala cengkaman petani gagah berurat sasa bangun berjuang bersilang lengan kepalang berbatas dua zaman hati lelaki melangkahi kebebasan sekali bernyanyi si anak tani garang merentas seluruh berani haraplah subur padi semaian biar buahnya megah keemasan jaminan anak kasihnya bernyanyi kemegahan desa hati petani ii lagu pesawah turun ke tanah ketemukan tuai di tangkai padi tuan tanah terjelmalah sudah sumber tenaga umat sebumi halus padi untuk bumi balasnya mewah emas sepeti halus padi untuk manusia balasnya lemas di padi kunca 169</Page><Page Number="187">sastera kebangsaan: isu dan cabaran mogalah hancur segala tekanan tanah yang subur hatinya kempunan mogalah makmur yang hidup derita berkat rahmat kebenaran merdeka. (dewan masyarakat, 15 januari 1964) mengenal puisi, 1972. kuala lumpur: dewan b,ahasa dan pustaka. 170</Page><Page Number="188">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik dalam penilaian sastera anwar ridhwan i apabilamemperkatakan ten-tang kehadiran karya sastera, makahakikatyang selalu disebut ialah karya sastera tidak mungkin lahir daripada kekosongan atau vacuum. karya sastera hadir daripada lingkungan sosial, dan dengan hal yang demikian ia merupakan satu fenomena sosial. seorang pengarang pada hakikatnya adalah seorang anggota sosial. kandungan karyanya pula adalah tentang ke-hidupan sosial — sama ada secara terus terang atau sebaliknya. para penikmat karya tersebut, tidak lain adalah anggota-ang-gota sosial yang lain, termasuk daripada bangsa-bangsa yang 171</Page><Page Number="189">sastera kebangsaan: ise dan cabaran lain jika karya sastera itu diterjemahkan. demikian lingkaran dan realiti penciptaan karya sastera sejak zaman-berzaman. berdasarkan hakikat di atas, iaitu karya sastera adalah satu fenomena sosial, maka kita boleh melahirkan serentetan persoalan yang berkaitan. pertama, oleh sebab karya sastera merupakan satu fenomena sosial, dapatkah kita menganggap-nya sebagai penyalinan kembali — suatu empiris — tentang ke-hidupan? kedua, sungguhpun ia satu fenomena sosial, benar-kah bahawa itu tidak lebih daripada sebuah wacana kreatif tentang kehidupan? soalan-soalan seumpama ini akhirnya mencetuskan beberapa teori wacana. antara teori wacana yang terkenal dalam sejarah teori wa-cana ialah hermeneutics (ahli teorinya, gadamer); post-struc-turalism (ahli-ahli teorinya, foucault dan derrida); teori kritis marxis (ahli-ahli teorinya, adorno dan habermas); falsafah linguistik (ahli-ahli teorinya, wittgenstein dan toulmin); etno-methodology (ahli teorinya, garfinkel); tacit-knowledge (ahli-ahli teorinya, polanyi dan kuhn); dan teori rasionalisme kritis (ahli teorinya, popper). walau bagaimanapun, oleh sebab sesebuah teks sas-tera bukan sahaja sangat terdedah kepada penerimaan dan pentafsiran, malah terdedah kepada kemungkinan terjadi penyalinan kembali — suatu empiris — tentang kehidupan se-benar, terdapat kecenderungan untuk menilai kesusasteraan melalui metode saintifik, umpamanya seperti yang pernah menjadi pembicaraan edward davenport (edward davenport, 1975:331-50). tulisan ini, mewakili "pengetahuan" saya yang sangat cetek dan awal dalam bidang teori wacana tidaklah bermak-sud untuk menukik ke inti makna dan falsafah semua teori wacana di atas. tulisan ini hanyalah, secara permukaan, me-ninjau-ninjau beberapa teori wacana yang telah saya sebutkan di atas, termasuk "metode saintifik"nya edward davenport; dan meninjau-ninjau pula bagaimana teori-teori itu — konon mewakili non-empiris dan empiris — kadang-kadang meraut bentrokan-bentrokan dalam penilaian kesusasteraan. 172</Page><Page Number="190">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik ii beberapa teori wacana yang saya kira sangat berhubung-an dengan judul tulisan ini, dan dengan hal yang demikian akan saya bicarakan ialah hermeneutics, post-structuralisme, teori kritis marxis, falsafah linguistik dan tacit-knowledge. dua teori wacana yang lain, iaitu etnomethodology yang rasionalisme kritis tidak saya bicarakan dalam konteks kan-dungan tulisan ini, melainkan sekadar catatan berikut: etno-methodology berusaha mempelajari sains sebagai ikhtisar kelakuan manusia - sekadar ikhtisar - kerana ia tidak men-jadikan realiti sebagai matlamatnya, berbeza dengan ahli-ahli sains yang berusaha mempelajari atau menemukan realiti. et-nomethodology mempelajari proses-proses - kegiatan manu-sia - tanpa mengaitkannya kepada makna, lalu garfinkel me-namakannya sebagai sosiologi fenomenologis. rasionalisme kritis pula, yang pernah dibicarakan oleh popper, merupakan teori wacana saintifik dan intelektual. wujudnya dua kutub teori yang agak berbeza (teori wa-cana yang ada dan metode saintifik yang cuba diterapkan oleh davenport), mungkin akan meletakkan kita pada keadaan serba salah, dan malah dilema dalam menilai sastera mengi-kut kehendak-kehendak alur teori wacana. antara perbezaan yang memisahkan sebahagian pemikiran ahli-ahli teori wa-cana di atas dengan mereka yang mengingini pendekatan saintifik dalam usaha memahami dan menilai sastera ialah sejauh manakah "kewibawaan" sastera menyalin kehidupan sosial dan sejauh manakah pula ia dapat dibicarakan sebagai bahan empiris. lazimnya, apabila ahli-ahli teori wacana memperkatakan tentang karya sastera, hal-hal seperti praanggapan (assump-tions) dan nilai-nilai (values) akan disentuh. kelaziman se-perti itu, sering pula menular kepada para pengkritik sastera, seperti yang dapat ditafsirkan daripada petikan berikut: setiap kali sebuah novel terbit, setiap kali itu juga orang bertanyakan sesuatu: apa yang menarik tentang novel itu? tentang yang menarik, bukan kelemahannya yang 173</Page><Page Number="191">sastera kebangsaan•dan cabaran dipersoalkan. orang yang telah membacanya pasti dapat memberikan jawapan. dan jawapan itu amat subjektif ber-gantung kepada kemampuannya mencari apa yang telah dikemukakan sebagai menarik. sifat begini juga tidak dapat dikecualikan daripada ruyup karya sulung shaari a.b., seorang pendatang baru di arena penulisan novel.... dan sejauh enam belas bab perjalanannya, ruyup seolah-olah satu penggambaran filem tentang dua golongan malas-rajin yang pada kelazimannya berinteraksi seperti satu kumpulan.... latar masa yang digunakan oleh pengarang amat perlu diperhatikan ketika meneliti dan menilai serta meletakkan ruyup di tempat yang sewajarnya dalam pensejarahan penulisan novel kita. (sahlan mohd saman, 1982:30-32) kalangan yang dinaungi oleh pengaruh metode saintifik, tentu sahaja kurang menyenangi keterlibatan praanggapan dan nilai-nilai, kerana kedua-duanya itu amat sukar diukur secara empiris. praanggapan dan nilai-nilai pula, barangkali wajar diutarakan oleh ahli teori wacana dan pengkritik kerana dalam sesuatu manipulasi bahasa serta sifat kekreatifan sas-tera itu sendiri, tersirat beberapa amanat dan konsepsi yang memerlukan pentafsiran. walau bagaimanapun, ahli-ahli teori wacana seperti pop-per, polanyi dan toulmin beranggapan bahawa punca ke-terbatasan empiris bukanlah bahasa, tetapi konsep-konsep. jika kita mahu mengambil satu contoh, umpamanya rubaiyat omar khayyam yang mengandungi banyak konsep kesufian di dalamnya, tidaklah mustahil bahawa karya itu amat su-kar difahami oleh pembaca yang mempunyai latar belakang agama dan kebudayaan yang berbeza. sebagai contoh, perha-tikanlah penggunaan konsep-konsep dan lambang-lambang dalam rubaiyat itu: awake! for morning in the bowl of night has flug the stone that puts the stars to flight and lo! the hunter of the east has caught 174</Page><Page Number="192">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik the sultan's turret in noose of light. (edward fitzgerald, 1967:33) bagi mengajak pembaca memahami konsep-konsep di dalamnya, cara yang biasa digunakan ialah dengan menu-runkan catatan-catatan yang memperjelaskan makna kon-sep-konsep tersebut. akan tetapi penjelasan itu kerap pula gagal menuju inti makna. umpamanya, konsep "stone" pada petikan di atas, oleh edward fitzgerald hanya diterangkan sebagaimana yang berikut: "in the desert, flinging a stone into a cup is a signal to mount hourse" (edward fitzgerald, 1967:32) kekacauan-kekacauan seperti itu seolah-olah mengukuh-kan pendapat bahawa karya sastera mustahil menjadi em-piris. situasi ini terjadi, menurut edward davenport, kerana ketika membuat tafsiran atau melakukan konstruksi karya sastera, ahli-ahli teori wacana tidak menghiraukan dan malah melupakan sama sekali untuk menjadikan "fakta" sebagai hasil akhirnya. di hujung spektrum teori wacana pula, karl popper malah menjelaskan bahawa "fakta-fakta" memerlukan landas teori tertentu, dan fakta-fakta adalah theory-laden (me-merlukan pentafsiran). pentafsiran pula, oleh kerana bersifat subjektif, boleh berubah-ubah (arbitrariness). salah satu contoh tentang pendapat yang menyatakan bahawa teori memerlukan pentafsiran, dan pentafsiran pula boleh berubah-ubah - walaupun barangkali tidak setepat yang dimaksudkan popper melalui teori wacananya - ialah tentang ketokohan hang tuah dan hang jebat dalam kesu-sasteraan dan penerimaan masyarakat melayu. untuk ratus-an tahun lamanya, melalui sistem/pandangan borjuis dan kebangsawanan, hang tuah dianggap sebagai wira. mulai tahun 1960-an, terdapat kecenderungan baru meletakkan hang jebat sebagai protagonis (umpamanya filem hang je-bat hasil sutradara hussein haniff); atau hang jebat sebagai wira nasionalisme melayu, seperti yang pernah diulas secara ilmiah oleh kassim ahmad (kassim ahmad, 1966:25-33) yang 175</Page><Page Number="193">sastera kebangsaan: 1su dan (abaran pada ketika itu dibayangi oleh pengaruh realisme sosialis; dan dalam drama usman awang, matinya seorang pahlawan (us-man awang, 1968:83 -114). jaringan kekalutan ini adalah jaringan dilema kita "mem-baca" realiti dalam kesusasteraan. inilah yang turut diper-katakan oleh gadamer sewaktu beliau menyentuh teori wa-cana hermeneutics. walau bagaimanapun, gadamer enggan menggolongkan teori wacana itu sebagai metode atau teknik. menurutnya, hermeneutics hanyalah satu deskripsi - deskripsi kurang lebih - tentang bagaimana kita memahami dunia dan kehidupan. tujuan deskripsi ini ialah k eupayaan kita "mem-baca" realiti, sama ada dalam bentuk jasmaniah, sosial atau teks linguistik. semua "pengamatan", tidak kira bagaimana saintifiknya sekalipun, hanyalah satu pembacaan interpre-tif tentang realiti, yang sangat dibentuk oleh preunderstand-ings. yang dimaksudkannya dengan preunderstandings ialah persekitaran budaya dan historis yang pernah kita alami, yang boleh dimanfaatkan dalam usaha kita rnemahami dunia dan kehidupan. dengan deskripsi sedemikian, edward davenport berpendapat bahawa hermeneutics mustahil mengarah ke empirisme, kerana preunderstandings tidak dapat diukur dan ditentukan secara empiris. di sebalik hakikat kesukaran memetik hal-hal empiris dalam kesusasteraan, metode-metode saintifik masih ber-usaha menemukan "alasan" dan "sains" yang mungkin sekali terdapat dalam kesusasteraan, yang boleh memperkuatkan teori mereka. tetapi, foucault, yang membicarakan teori wacana post-structuralism, menafikan anggapan bahawa "alas-an" dan "sains" dapat dimanfaatkan bagi memahami realiti. ahli-ahli teori wacana post-structuralism atau dekonstruksi "menolak pendapat bahawa teks mencerminkan kenyataan. sebaliknya, demikian mereka tegaskan, teks membangun ke-nyataan" (jan van luxemburg et al., 1984:60). post-structuralism pernah juga dibicarakan oleh jacques derrida - seorang ahli falsafah perancis. walau bagaimana-pun, jika dibandingkan pendapat-pendapat foucault dan derrida, kelihatanlah bahawa derrida dipesona oleh bahasa 176</Page><Page Number="194">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik sebagai medium yang sangat berpengaruh dan berperanan dalam teks: sebuah novel karangan george eliot tidak mencerminkan masyarakat inggeris pada zaman ratu victoria: kesan seolah-olah masyarakat itu sungguh hadir, disebabkan oleh kemampuan bahasa untuk menghadirkan sesuatu yang tidak ada, seolah-olah ada. bahasa menciptakan kenyataan. dalam teks itu sendiri tidak terdapat tokoh-tokoh atau peristiwa-peristiwa hanya bentuk-bentuk bahasa yang menghadirkan tokoh dan peristiwa dalam angan-angan kita.... seorang kritikus tidak dapat secara polos menentukan "erti" sebuah teks. sebuah teks merupakan suatu tenunan (latin: textum) yang tersusun daripada pel-bagai utas benang. bila kita mengikuti satu utas sahaja kita sampai pada kesimpulan yang keliru. tetapi juga apabila kita mengikuti beberapa utas, kita tidak dapat menentukan erti yang definitif. (jan van luxemburg et al., 1984:60) mencari padanan (equivalent) dasar-dasar sains dalam teks, bererti suatu pencarian tanpa mengenal batas ideologi. pada suatu ketika, edward davenport sampai kepada teori kritis marxis dan menyingkapnya: ketika melakukan revisi teori marxis (teori kritis), adorno dan hebermas menyanggah metode empiris yang sempit dalam sains sosial dan ilmu-ilmu alam. hebermas, seperti juga foucault, derrida dan gadamer ialah murid heidegger. oleh yang demikian, mereka berkongsi pandangan heidegger bahawa empirisme yang diterapkan kepada masyarakat cen-derung menggambarkan manusia sebagai objek, dengan demikian manusia dilayan sebagai objek. hebermas menghujah bahawa sikap empiris itu sendiri (sebagai tambahan kepada kapitalisme) mengecewakan sebarang percubaan menjalurkan sains dengan interests utama masyarakat atau nilai yang cocok. walau bagaimanapun gema suara hebermas di atas pang-gung teori wacananya, kita harus sentiasa ingat kepada kawat- 177</Page><Page Number="195">sastera kebangsaan isu dan cabaran kawat yang melingkarinya, iaitu dasar-dasar marx, lenin dan realisme sosialis terhadap kesusasteraan. antaranya ialah: 1. perubahan dalam bangunan bawah mengakibatkan perubahan dalam bangunan atas. bagi marx, sas-tera sama dengan gejala-gejala kebudayaan lainnya mencerminkan hubungan ekonomi. sebuah karya hanya dapat dimengerti kalau ia dikaitkan dengan hubungan tersebut. 2. lenin berpendapat bahawa sastera (dan seni umum-nya) merupakan suatu sararia penting dalam per-juangan proletariat melawan kapitalisme. 3. sastera terikat kepada kelas-kelas yang ada dalam masyarakat. oleh itu sastera mencerminkan kenyata-an sebagai ungkapan pertentangan kelas. 4. aliran realisme sosialis, sesuai dengan pandangan lenin, mengandaikan adanya suatu hubungan di-alektik antara sastera dan kenyataan. dari satu pihak kenyataan tercermin dalam sastera sehingga sastera dianggap menyajikan suatu taftiran yang tepat me-ngenai hubungan-hubungan di dalam masyarakat (realisme). aliran realisme sosialis pernah bergema kuat dalam se-jarah kesusasteraan moden kita, terutamanya dalam tahun-tahun 1960-an. dalam periode itu lahir karya-karya, yang sa-ngat mencerminkan kenyataan, walaupun belum pasti sangat dialektik. contohnya, waktu terjadi krisis penerokaan tanah di teluk gong pada tahun 1967, beberapa penyair turut me-ngambil bahagian memihak kepada petani dan menuliskan puisi-puisi, yang terkumpul dalam teluk gong (susunan us-man awang). puisi usman awang "penerokaan abad dua puluh" berbunyi: peneroka abad dua puluh bukan ke bulan menjelajahi angkasa tapi petani-petani tercinta di tanah air kami dengan berani mengambil miliknya sendiri 178</Page><Page Number="196">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik atas nama kemanusiaan dan rakyat tertindas; pondok-pondok dibangunkan hutan direbahkan tanpa pidato dan guntingan pita (mereka pernah menyaksikan kemuliaan hati penyerahan pulau yang bukan milik pemberi dan penerima di bawah kibaran megah panji-panji merdeka) tajam-tajam tangan dan undang-undang memusnahkan pondok dan menangkapi mereka petani abad dua puluh yang berani meneroka. singkapan davenport terhadap teori kritis marxis seolah-olah menunjukkan adanya padanan saintifik dalam teori kritis marxis. lihat sahajalah umpamanya pada perkataan-perkata-an yang telah saya condongkan: mencerminkan, merupakan, mencerminkan kenyataan , hubungan dialektik, kenyataan dan tafsiran yang tepat. akan tetapi kita, sekurang-kurangnya saya, meragui keempirisan karya-karya seperti itu. hal ini dise-babkan bagaimana akrabnya pun hubungan dialektik antara sastera dan kenyataan, karya sastera bukanlah memuatkan fakta-fakta. karya sastera masih merupakan medan idea dan kekreatifan bahasa, sebagaimana ribuan tahun yang silam, sebagai sebuah wacana, sering dikaitkan dalam penilaian ke-susasteraan. falsafah linguistik, dengan tokoh teorinya wittgenstein, menempatkan bahasa pada kedudukan yang paling utama. salah satu pendapat wittgenstein yang terkenal dalam hubung-an ini ialah, "dalam satu permainan bahasa, tergolong suatu keseluruhan, suatu totalitas kebudayaan tertentu". dan oleh sebab "permainan bahasa" merupakan unsur utama dalam kesusasteraan (anwar ridhwan, 1986:2), hal ini dengan sen-dirinya mengandaikan bahawa jaringan seluruh kesusaste-raan sebagai fenomena sosial dalam sesebuah masyarakat, akan memancarkan suatu totalitas kebudayaan masyarakat itu. sebuah karya sastera adalah sebahagian kecil anyaman daripada totalitas itu, dan sebahagian kandungan sebuah karya 179 19,</Page><Page Number="197">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sastera pula hanyalah seutas benang anyaman — umpamanya petikan berikut: perkahwinan antara hasanuddin dengan kalsom ber-langsung enam bulan sesudah kematian aminah. zainah tidak banyak bicara bila sebelum salikun bersama lebai ciknik sendiri datang merisik. di waktu itu juga risikan dijadikan detik penetapan. hasanuddin tidak mahu memutuskan tali kekeluargaan itu. kematian aminah adalah satu tragedi tetapi ianya har us diterima dengan segala ketenangan hati. kalsom sendiri dengan mudah menerima hakikatnya. kakaknya sudah pergi dan dialah bakal memenuhkan harapan murni gemulah kakaknya itu. akan dipenuhinya dengan segala senang hati dan penuh kesudian; baik sebagai isteri mahupun sebagai ibu. (shahnon ahmad, 1985:412) atau prosa lirik yang diturunkan di bawah ini: "ya, ya, pariyem saya adapun kepercayaan saya; mistik jawa tapi dalam kartu penduduk oleh pak lurah dituliskan saya beragama katolik memang saya pernah sinar di sekolah dasar kanisius di wonosari gunung kidul tapi sebagaimana sinar saya tak tamat saya pun tak punya akar kokoh beragama memang saya dibaptis rama pastur landa berambut perang dan tubuhnya jangkung — van de moutten namanya jadi jelasnya, terang-terangan saja: — kepercayaan saya katolik mistik alias katolik kejawen maria magdalena pariyem lengkapnya "iyem" panggilan sehari-harinya dari wonosari gunung kidul (linus suryadi ag, 1981:11) 180</Page><Page Number="198">buah kepayang: dilema teori wacana dan metode saintifik satu lagi teori wacana yang wajar disentuh ialah teori tacit-knowledge, yang pernah menjadi pembicaraan polanyi dan kuhn. saya ingin mengistilahkan tacit-knowledge sebagai "pengetahuan-terpendam", iaitu pengetahuan atau peng-alaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup kita, na-mun tidak kita ungkapkan. walau bagaimanapun, tatkala kita menghadapi sesuatu yang memerlukan kebijaksanaan akal, serpihan-serpihan "pengetahuan-terpendam" itu muncul, membantu kita untuk memahami sesuatu. "pengetahuan-terpendam" ini seolah-olah sama dengan preunder-standings yang pernah dikemukakan gadamer keti-ka beliau membicarakan hermeneutics. walau bagaimanapun, polanyi mencantumkan kupasan detasemen saintifik (yang pernah dikemukakan oleh weber) dengan teori pengetahuan latar belakang- terpendam (psikologi gestalt) bagi menunjuk-kan bahawa pemahaman kita tentang alam dan masyarakat sering berdasarkan pengalaman-pengalaman kita masa lam-pau. oleh yang demikian, bagi mentafsir teks dengan betul, polanyi menghujah bahawa ada empat faktor yang mesti di-perhitungkan oleh pembaca: • teks itu sendiri. • konsepsi yang terkandung di dalamnya. • pengalaman yang mungkin dapat dikaitkan. • pertimbangan kita yang sebaik-baiknya untuk menghubungkaitkan ketiga-tiga faktor di atas. faktor-faktor di atas, membaurkan pemahaman subjektif dan objektif (baca: sains). kepada edward davenport, faktor-faktor yang telah disentuh oleh polanyi dapat dihubungkan dengan empat faktor yang menjadi pertimbangan ahli-ahli sains, iaitu bukan sahaja: • interpretasinya tentang data pada waktu tertentu teta-pi juga; • data yang berulang-bertambah atau kurang - yang perlu atau tidak perlu ditafsir berlainan pada waktu yang berlainan dan juga; 181</Page><Page Number="199">sastera kebangsaan: isu dan cabaran • masalah yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan bantuan data, begitu juga; • pertimbangan peribadi ahli sains bagi menentukan bobot ketiga-tiga faktor di atas. iii sungguhpun edward davenport telah berusaha untuk mem-buktikan bahawa metode saintifik dapat diterapkan dalam penilaian sastera, jelas bahawa tidak banyak teori wacana yang bersahabat kepada gagasannya. l)ua teori agak memi-hak, iaitu "teori kritis marxis" dan teori "pengetahuan — ter-pendam", tetapi usaha untuk membuktikan keempirisannya, pada hemat saya, akan melewati gang-gang dan koridor-ko-ridor perdebatan yang panjang. dengan itu, buat masa kini, gagasannya masih bersarang dalam sangkar keraguan. walau bagaimanapun, oleh sebab ilmu terus berkem-bang sebagaimana kesusasteraan, tidaklah mustahil jika pada suatu ketika nanti ada karya sastera yang dapat dinilai melalui metode saintifik (apabila proses penciptaan dimulai dengan penyelidikan saintifik, dan teks sastera ditulis sebagai wa-cana saintifik). namun, tetap ada sastera yang tegak dalam tradisinya — wacana kreatif yang tidak sepenuhnya mengimi-tasi kehidupan. oleh yang demikian — ibarat menemui buah kepayang — mustahil kita memilih satu teori wacana sahaja dan melemparkan jauh-jauh yang satu lagi. bibliografi anwar ridhwan, 1986. "menyalurkan peristiwa sejarah ke dalam karya sastera". kertas kerja dalam bengkel penulisan kreatif 1986, anjuran dbp-gapena, 1986. davenport, edward, 1985. "scientific method as literary criticism", et cetera, winter. fitzgerald, edward (penterjemah), 1967. the rubaiyat of omar khayyam. new york: avon books. luxemburg, jan van et al., 1984. pengantar ilmu sastera. jakarta: gramedia. 182</Page><Page Number="200">buah kepayang: dilema teor1 wacana dan metode saintif1k kassim ahmad, 1966. characterisation in hikayat hang tuah.kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. linus suryadu ag, 1981. pengakuan pariyem. jakarta: sinar harapan. sahlan mohd. saman. "ruyup mengemukakan lelaki jahil dan kebalikan hidup" dlm. dewan sastera, disember 1982. shahnon ahmad, 1985. al-syiqaq l kuala lumpur: teks publishing. usman awang, 1967. teluk gong. teks mimeograf. usman awang, 1968. tamu di bukit kenny. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. dewan sastera, oktober 1986. 183</Page><Page Number="201">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif awang sariyan salah satu persoalan besar yang mencabar ahli bahasa dan sasterawan sejak beberapa lama dulu hingga sekarang ialah: adakah hubungan antara ilmu bahasa dengan penghasilan karya kreatif? sengaja saya tekankan ilmu bahasa di sini oleh sebab fungsi bahasa se-bagai alat pengucapan atau sebagai alat penyampaian karya sastera sudah amat jelas dan tidak menimbulkan persoalan. biar dengan gaya bahasa yang indah atau kaku, bahasa tetap dipergunakan sebagai alat untuk berk arya. akan tetapi jika sastera dihubungkan dengan ilmu bahasa, beberapa tanggap-an segera timbul, khususnya pada pihak sasterawan, iaitu: 1. ilmu bahasa ialah kajian bahasa atau kajian sastera 184</Page><Page Number="202">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif secara saintifik yang tidak memperhitungkan aspek estetik. 2. bahasa dalam karya kreatif tidak harus terkong-kong oleh peraturan-peraturan bahasa (tatabahasa) untuk menimbulkan gaya bahasa yang tersendiri pada karya penulis tertentu. 1  dalam rencana ini saya akan mencuba memperlihatkan ba-hawa ilmu bahasa sebenarnya mempunyai pertalian yang amat erat dengan penghasilan karya kreatif dan oleh sebab itu tidak harus dianggap sebagai batu penghalang dalam usaha me-nonjolkan gaya bahasa yang indah; malahan sasterawan amat beruntung jika memiliki ilmu tersebut sebagai asas berkarya. saya memilih tatabahasasebagai salah satu aspek ilmu bahasa yang perlu dikuasai oleh para penulis. hal ini demikian kerana dalam tatabahasalah terdapatnya aspekfonologi, morfologi, sin-taksis dan semantik. keempat-empat aspek tersebut sebenar-nya digunakan oleh para penulis setiap kali mereka berkarya. secara ringkas, fonologi ialah bidang yang berhubungan de-ngan sistem bunyi sesuatu bahasa; morfologi ialah bidang yang berhubungan dengan pembentukan kata; sintaksis ialah bidang yang berhubungan dengan pembentukan ayat; dan semantik ialah bidang yang berhubungan dengan makna. marilah mula-mula kita ikuti pembicaraan tentang penerapan fonologi dalam penghasilan karya. fonologi terbahagi dua, iaitu fonetik dan fonemik. fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi bahasa (cara mengeluarkan-nya, daerah atau tempat bunyi keluar, dan sifat bunyi tersebut) sementara fonemik ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa. bunyi-bunyi ini dianggap penting kerana dapat menimbulkan makna. dalam ilmu baha-sa, bunyi-bunyi yang penting ini disebut fonem dan dalam tu-lisan fonem-fonem ini dilambangkan oleh huruf atau grafem. bagaimanakah pengetahuan tentang fonologi dapat mem-bantu penulis berkarya? walaupun gaya bahasa pada asasnya menitikberatkan bahasa bertulis, namun sumbangan fonologi tidaklah harus 185</Page><Page Number="203">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dianggap kecil, kerana yang dikatakan bahasa itu boleh jadi bersifat fonik (phonic) atau grafik (graphic) .2 bahkan sebe-lum tradisi persuratan wujud, karya sastera dilahirkan secara lisan, dan keindahan bahasa sebahagiannya terpancar dari-pada unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan. kata john spencer dan michael j. gregory, "oleh sebab bentuk grafik bahasa berhubungan rapat dengan bentuk fonik bahasa, dan sebahagian bentuk grafik itu pula terbit daripada bentuk fo-nik, maka semua bahasa bertulis mernpunyai potensi fonik khususnya dalam drama atau puisi yang ditulis dengan bantuan potensi fonik yang amat kuat dalam fikiran penulis". 3  bentuk fonik bahasa itulah kita hubungkan dengan fonologi. jika dihubungkan dengan gaya bahasa dalam sastera, unsur-unsur fonologi yang biasa disebut oleh penganalisis sastera ialah aliterasi, asonansi, rima, pararima, onomatopia, rentak, dan meter. 4 ambillah sajak "bunga popi" usman awang sebagai con-toh. rangkap pertamanya berbunyi demikian: dari darah, dari nanah yang punah di tanah, rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, hasil manusia gila perang membunuh mesra, bunga merah berkembang indah minta disembah. pengulangan konsonan d (baris pertama), konsonan m (baris ketiga), konsonan b dan m (baris keempat) jelas mem-perlihatkan penggunaan unsur aliterasi. pengulangan bunyi ah (baris pertama), a (baris kedua, ketiga dan keempat), dan ah (baris keempat) pula memperlihatkan penggunaan unsur asonansi. kedua-dua unsur bunyi ini dapat pula menimbulkan rentak. kemudian cuba kita perhatikan pula satu bait daripada sa-jak "gugur" oleh noor s.i. yang menggunakan unsur bunyi untuk melahirkan rima yang harmonis: dari mata yang melintasi jendela secebis. pada kenangan di kelihatan bayi menangis. dari mata yang melewati awan berlapis. ada perhitungan di balik perubahan alis. 186</Page><Page Number="204">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif bukan saja dalam puisi, malah dalam karya prosa pun unsur-unsur bunyi bahasa dapat diterapkan sehingga tim-bul keindahan bahasa pada karya tersebut. perhatikan con-tohnya: tetapi disela-sela air mata dan kesayuan itu, dengan ilham muzik puisi ataupun keindahan senjakala, maka seperti rumput-rumput pada permulaan semi, menjulanglah tunas-tunas perasaan gembira dari hidup remaja yang menggelora. (asraf (penterjemah), cinta pertama:5) dengan "memainkan" bunyi [a], asraf berjaya menghasil-kan rentak bahasa yang hidup dan indah. huraian singkat di atas hanyalah untuk menunjukkan bahawa sebenarnya ada pertalian yang amat erat antara fo-nologi sebagai salah satu bidang dalam ilmu bahasa dengan penciptaan karya kreatif. pertalian ini tentu akan lebih bererti kepada para penulis jika mereka mengetahui bahawa penggu-naan unsur aliterasi, misalnya, bukan saja setakat pengulang-an bunyi awal; malahan melibatkan kontras dan peralihan vokal, pengelompokan konsonan menurut tempat dan ciri ar-tikulasi, konsonan rangkap dan pemindahan kedudukan unit-unit fonemik dalam struktur suku kata - semata-mata untuk menimbulkan kesan. 5 hal-hal tersebut akan dapat difahami dengan mempelajari fonologi sedikit banyaknya. bagaimanakah pula penerapan morfologi dalam peng-hasilan karya? dalam ilmu bahasa, morfologi ialah ilmu tentang pem-bentukan kata. dalam setiap bahasa, ada dua unit morfologi, iaitu morfem dan kata. morfem pula terbahagi dua, iaitu mor-fem bebas dan morfem terikat. morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri, misalnya panggil, besar, jalandan sebagainya. morfem terikat pula ialah morfem yang tidak dapat wujud sendiri, dan hanya dapat berfungsi jika digabung-kan dengan morfem bebas. beberapa contoh morfem terikat ialah men, ber, ter, pen, i, kan dan sebagainya. kata pula dapat terbentuk daripada satu morfem atau 187</Page><Page Number="205">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lebih. kata yang terdiri daripada satu morfem saja dapatlah dianggap morfem bebas. contohnya samalah seperti yang sudah diberikan lebih awal tadi, iaitu panggil, besar, jalandan sebagainya. contoh kata yang terdiri daripada lebih satu mor-fem ialah memanggil, berjalan, membesarkan, dan sebagainya, iaitu: men1 jpanggil l, j ber1 {jalan } dan imen lbesar f kan tiga proses bahasa yang berlaku dalam morfologi ia-lah pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. proses pengimbuhan menghasilkan kata terbitan. perhatikanlah bagaimana proses tersebut diterapkan dalam penulisan de-ngan meneliti contoh yang berikut ini: ... dia pernah mendengar bahawa tiga orang peneroka awal desa itu telah mati dibaham harimau.... (anwar ridhwan, hari-hari terakhir seorang seniman:2) awalan men digunakan oleh anwar sebagai penanda kata kerja aktif mendengar. tanpa awalan tersebut, kata dengar menjadi kata kerja pasif untuk pelaku pertama dan kedua yang ternyata tidak boleh digunakan untuk pelaku ketiga dia seperti dalam ayat di atas. 6 dengan menggunakan awal-an men pula, kata kerja teroka dapat dibentuk menjadi nama (pelaku), iaitu peneroka. akhirnya awalan di pada kata kerja dibaham ialah bentuk kata kerja pasif yang terbit daripada kata baham (membaham). contoh penggandaan dan penggabungan dapat kita per-hatikan pada petikan ini: darahku merisau di dalam diriku, hatiku merindu den-dam, rindu dendam yang manis dan bodoh; aku senantiasa mengharap dan bertanya-tanya; kuatir dan menanti-nanti, khayalku melayang-layang berkeliling gambaran yang itu-itu juga.... (asraf, cinta pertama:4-5) 188</Page><Page Number="206">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif dengan menerapkan kata ganda bertanya-tanya, menanti-nanti dan melayang-layang; terhasil suatu keseimbangan an-tara frasa-frasa yang menjadi predikat, iaitu: "... mengharap dan bertanya-tanya; kuatir dan menanti-nanti". demikian juga dengan menggunakan kata gabungan rindu dendam yang kemudian diulang, terhasil gambaran perasaan yang hendak diucapkan oleh penulis. sekarang kita sampai kepada pembicaraan tentang pene-rapan sintaksis dalam penghasilan karya. sebagaimana yang sudah dijelaskan lebih awal, sintaksis berhubungan dengan pembentukan ayat. dalam hierarki tatabahasa, sintaksis men-duduki tempat tertinggi. 7 hal ini demikian kerana sesuatu kata biasanya tidak dapat melahirkan makna yang jelas se-belum kata atau kata-kata itu disusun menjadi ayat. itulah se-babnya ayat dikatakan mengandung fikiran yang lengkap. ke-nyataan bahawa sesuatu kata tidak dapat berdiri sendiri untuk melahirkan makna hendaknya tidak dikelirukan dengan ayat penggalan yang dapat terdiri daripada suku kata, seperti ayat perintah pergi! kerana kata pergi itu bukanlah berdiri sendiri melainkan merupakan penggalan daripada ayat penuhnya: kamu pergi! perkara yang paling penting dalam sintaksis yang dapat membantu penulis menggunakan bahasa yang baik, lancar dan berkesan ialah pola-pola ayat. pola bererti acuan. pola atau acuan ayat terbentuk daripada dua unsur utama, iaitu subjek dan predikat. dengan berpegang kepada dasar ini, penulis tidak akan menghasilkan ayat-ayat yang tergantung, iaitu yang tidak bersubjek dan tidak berpredikat. secara tra-disional, pola ayat terbahagi kepada pola ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur. 8 menurut analisis tatabahasa transformasi generatif yang diasaskan oleh prof. noam a. chomsky pula, pola ayat dalam bahasa apa sekalipun terbahagi dua, iaitu pola ayat inti dan pola ayat transformasi. yang dikatakan ayat inti ialah ayat yang paling ringkas subjek dan predikatnya. maksudnya subjek ayat itu tidak mempunyai penerang (modifier) atau tidak bergabung de-ngan subjek lain, dan predikatnya pun tidak berpenerang, 189</Page><Page Number="207">sastera kebangsaan: isu dan cabaran berpelengkap atau berklausa. perhatikan beberapa contoh yang berikut ini: (a) pak hassan/ketawa • •(anwar ridhwan, htss, hlm. 64) (b) (tiba-tiba) pak hassan/•(anwar ridhwan, bersuara)• htss, hlm. 65) (c) suaranya perlahan • •(anwar ridhwan, htss, hlm. 65) (d) pak hassan/merenung mata (anwar ridhwan, imam mahali•htss, hlm. 65) (e) kami/dari utara • •(anwar ridhwan, htss, hlm. 21) (f) (ketika itu) usiaku/•cinta enam belas tahun•pertama, hlm. 3) (g) aku/duduk (di situ) • •(asraf, cinta pertama, hlm. 84) kesemua ayat tersebut tergolong ke dalam ayat inti. dalam bahasa malaysia, ada empat pola ayat inti: ayat subjek predikat 1. frasa nama  frasa nama 2. frasa nama  frasa kerja 3. frasa nama  frasa adjektif 4. frasa nama  frasa sendi berdasarkan contoh-contoh tadi, ayat (f) tergolong ke dalam pola 1; ayat (a), (b), (d), (g) tergolong ke dalam pola 2; ayat (c) tergolong ke dalam pola 3; dan ayat (e) tergolong ke dalam pola 4. sesungguhnya penguasaan keempat-empat pola ayat inti itu merupakan asas yang penting sekali dalam penulisan. hal ini demikian, terutama kerana daripada ayat-ayat inti itulah dapat dihasilkan entah berapa banyak ayat-ayat yang ter- 190</Page><Page Number="208">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif golong ke dalam ayat transformasi. selain itu, ayat-ayat inti ini dapat pula digunakan untuk mengelakkan kebosanan orang membaca ayat yang panjang-panjang dan kompleks. malahan ayat-ayat inti dapat juga di-gunakan untuk maksud penekanan atau untuk mempercepat jalan cerita. ayat transformasi pula terbahagi kepada ayat transforma-si satu dasar, ayat transformasi dua dasar dan ayat transfor-masi berdasar banyak. 9 dalam ayat transformasi satu dasar, para penulis dapat memanfaatkan ayat negatif, ayat berita songsang, ayat tanya biasa, ayat tanya songsang, ayat berita pasif biasa, ayat berita pasif songsang, ayat tanya pasif biasa, ayat tanya pasif songsang, ayat perintah aktif, ayat perintah pasif, ayat penggalan, ayat penegas dan beberapa lagi." kemu-dian dalam ayat transformasi dua dasar ada pula yang disebut ayat gabungan dan ayat pancangan. amat beruntunglah penulis yang dapat menguasai pel-bagai pola ayat yang tersebut itu. betapa tidak, kata cleanth brooks dan robert penn warren, penggunaan pelbagai struktur ayat merupakan satu cara yang paling penting untuk menimbulkan kesan kepada pembaca.n sesungguhnya hal tersebut adalah suatu ujian kejayaan terhadap penulis dalam hal penggunaan bahasa. penulis yang tidak dapat mengguna-kan struktur ayat yang tepat untuk sesuatu hal atau keadaan adalah penulis yang gagal. akhir sekali marilah kita meninjau penerapan semantik dalam penghasilan karya. jika dihubungkan dengan gaya bahasa, semantik dapat membantu penulis dalam hal diksi, metafora, simili, hiperbola dan personifikasi. diksi ialah pe-milihan kata yang betul atau tepat dan berkesan. 12 definisi diksi kelihatan mudah sekali. tetapi dapatkah dengan mudah kita menentukan apakah kata yang betul itu? apakah kriteria untuk menentukan betulnya sesuatu kata yang kita gunakan itu? kesukaran untuk membuat pemilihan kata yang tepat timbul kerana banyak sekali kata yang menunjukkan hal atau keadaan yang hampir sama tetapi konotasinya berlainan. mi- 191</Page><Page Number="209">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran salnya saja kata cantik , jelita , ayu, kacak, comel dan sebagainya masing-masing menunjukkan erti yang hampir-hampir sama; tetapi secara konotatif, masing-masing kata itu mempunyai erti yang lebih khusus. mengapakah, misalnya, usman awang memilih kata makam dan bunda dalam sajaknya yang masyhur, iaitu "ke makam bunda" itu? mengapakah usman tidak memilih kata ibu atau emak saja tetapi sebaliknya menggunakan bunda? mengapakah usman memilih kata makam dan bukan kubur atau pusara?menurut pendapat rahman shaari, usman ber-buat demikian kerana kata bunda dan makam mempunyai ni-lai perasaan serta penghormatan yang lebih tinggi jika diban-dingkan dengan kata-kata lain yang sinonim dengannya. 13 metafora pula dapatlah ditakrifkan sebagai perbandingan yang memberikan sifat sesuatu objek kepada objek lain. jadi, metafora digunakan untuk memberikan gambaran yang konkrit tentang sesuatu yang lebih abstrak. selain itu ada pula unsur gaya bahasa yang disebut simili dan personifikasi. simili adalah perbandingan sesuatu objek dengan sesuatu objek dengan menggunakan kata sebagai, umpama, seperti, laksana dan sebagainya. personifikasi pula adalah gaya bahasa yang memberikan sifat kemanusiaan ke-pada objek-objek bukan manusia. kejayaan menggunakan metafora, diksi, simili dan perso-nifikasi bergantung kepada kekuatan bahasa penulis. biarpun erti atau makna sesuatu kata itu bersifat interpretif, namun rasa bahasa seseorang penulis penting sekali dalam menen-tukan pilihan kata yang tepat. contoh kekacauan pemilihan kata yang ditimbulkan asraf ialah yang kadang-kadang ditulis orang sebagai lembah kejayaan sehingga hilanglah kekuatan erti ungkapan itu. hal ini demikian kerana kejayaan bererti pencapaian sesuatu yang tinggi sehingga oleh sebab itu lebih sesuai dihubungkan dengan kata puncak yang juga memba-yangkan ketinggian, sedangkan lembah, berhubungan dengan tempat rendah. apakah sumbangan semantik dalam penggunaan gaya bahasa yang telah disebut tadi? soalan ini dapat dijawab de- 192</Page><Page Number="210">penerapan tatabahasa dalam karya kreatif ngan mengetahui bahawa dalam ilmu semantik, ada tujuh jenis erti. pembahagian ini dibuat oleh ahli semantik yang bernama geoffrey leech. tujuh jenis erti itu ialah: 1. erti konsepsi 2. erti konotatif 3. erti stilistik 4. erti afektif 5. erti refleksi 6. erti kolokasi 7. erti tematik - iaitu erti kognitif - erti kata yang bervariasi - kata yang digunakan ber-dasarkan situasi pertuturan-an - erti kata untuk menimbul-kan kesan kepada pembaca atau pendengar - kata yang mempunyai ber- bagai-bagai pengertian - erti kata berdasarkan hu-bungannya dengan kata-kata lain, seperti kacak untuk lelaki, jelita untuk wanita, dan sebagainya - penekanan erti dalam ayat, seperti ayat biasa dan ayat songsang; ayat aktif dan ayat pasif, dan sebagainya apakah kesimpulan yang dapat kita buat daripada pem-bicaraan yang baru kita ikuti itu? tidaklah berlebihan kalau saya katakan bahawa sasterawan yang lebih tahu akan sifat-sifat bahasanya biasanya lebih dapat mengeksploitkan sifat-sifat fonetik, morfologi dan sintaksis bahasanya untuk mela-hirkan flkiran dan perasaannya melalui tulisan. mereka yang mempunyai pengetahuan tatabahasa sedikit banyaknya dapat berkarya secara lebih sedar dan teliti. mereka dapat menjadi penulis yang berdisiplin dan bercita-cita menghasilkan karya yang baik. barangkali benar semua penulis mempunyai cita-cita sedemikian juga. tetapi cita-cita itu lebih bererti jika 193</Page><Page Number="211">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran mereka mempunyai alat atau kekuatan. salah satu kekuatan yang perlu ada pada penulis ialah kekuatan bahasanya. nota 1 sebagai contoh pandangan sasterawan tentang hal ini, lih. mana sikana. "kaktus-kaktus kemala: satu penganalisaan stilistika" dlm. dewan bahasa, hlm. 139-40, disember 1980. 2 freeman, doland c., 1970. linguistics and literary style. new york: holt, rinehart and winston, inc., hlm. 74-75. 3 freeman, doland c., 1970:74. maksudnya, penulis puisi dan drama menghasilkan karya berdasarkan kata, frasa dan ayat yang diucapkannya dalam fikiran supaya kata, frasa dan ayat yang ditulisnya itu menimbulkan unsur-unsur bunyi bahasa yang mengandung nilai estetik atau yang dapat menimbulkan ketepatan makna. 4 freeman, doland c., 1970:75. 5 freeman, doland c., 1970:75-76. 6 menurut tatabahasa melayu, bentuk pasif ayat tersebut ialah: "pernah didengarnya, bahawa ...", kerana bentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga ditandai oleh awalan di. keterangan lanjut tentang bentuk-bentuk ayat pasif bahasa malaysia dapat dibaca dalam bahagian sintaksis kertas ini. 7 dalam penulisan, sintaksis bukan lagi tingkat bahasa yang tertinggi kerana penerapan unsur-unsur sintaksis tergabung dalam wacana (discourse) untuk melahirkan satu kesatuan fikiran, baik berupa sebuah perenggan, sebuah cerpen, rencana, novel, drama dan sebagainya. 8 lih. zaba. pelita bahasa melayu penggal 1:264-92. 9 asraf (penterjemah). cinta pertama dlm. dewan bahasa, november 1978. 10 asraf (penterjemah). cinta pertama. 11 lih. buku mereka fundamentals of good writing. london: dennis dobson, (t.t.), hlm. 323-27. 12 brooks, cleanth dan warren, robert penn, (t.t.). fundamentals of good writing. london: dennis dobson, hlm. 335. 13 rahman shaari. "gaya dalam persajakan" dlm. dewan bahasa, disember 1979. ceramah yang disampaikan dalam kursus penulisan kreatif wilayah utara, pulau pinang, 1980, dan kemudian terbit dalam prestasi, januari 1983. 194</Page><Page Number="212">pengembangan menghadapi tahun 2000 ayob yamin pengembangan sastera tidak banyak berbeza daripada pengembangan ekonomi, poli- tik, sains dan teknologi. akan tetapi berbeza dengan bidang- bidang yang lain itu, masyarakat tidak segera memahami pentingnya sastera sebagaimana pentingnya ekonomi, politik, sains dan teknologi. sesetengah anggota masyarakat meng- anggap bahawa sastera bukanlah suatu bidang yang tanpa- nya masyarakat tidak boleh hidup dan berkembang. sikap ini timbul oleh sebab masyarakat kita sedang menjalani satu perubahan sikap yang mementingkan material atau hasil- hasil yang boleh diukur dengan statistik dan wang ringgit. walau bagaimanapun, kita tidak boleh menurut arus ma- 195</Page><Page Number="213">sastera kebangsaan: isu dan cabaran syarakat ini. penulis dan organisasi pencinta serta pejuang bahasa dan sastera harus menentang arus ini, dan secara bijaksana mengatur rencana pengembangan bidang-bidang ini. memang kelihatannya aneh kerana kita sering berbicara, berdiskusi dan berseminar tentang pengembangan sastera dalam kehidupan yang serba bergerak cepat dan moden ini, tetapi hal ini cukup perlu dan penting supaya kehidupan seni dapat berlangsung terus, tidak hilang di tengah-tengah deru pabrik atau tersepit antara pedagang dan organisasi korporat yang berlumba-lumba mencari keuntungan. kebijaksanaan pengembangan sastera sastera sebagai cermin budaya dan tamadun sesuatu bangsa perlu dipupuk dan direncanakan pengembangannya. kebijak-sanaan pengembangan sastera merupakan kegiatan berfikir, membuat keputusan, merancang dan melaksanakan sesuatu bagi menentukan arah perkembangan sastera. kegiatan ini bukanlah kegiatan yang mudah dan kecil, tetapi adalah suatu persoalan yang besar, yang menuntut penglibatan pengurusan dan politik serta jumlah wang yang tidak kecil. kita di malaysia sangat beruntung kerana usaha pengem-bangan sastera ini telah dapat dilaksanakan oleh sebuah organisasi pemerintah yang tidak pernah mengehadkan peruntukan belanjawannya untuk usaha tersebut. organisasi ini ialah dewan bahasa dan pustaka (dbp) yang wujudnya hampir sama dengan wujudnya negara yang baru mencapai kemerdekaan. dbp ditubuhkan di bawah undang-undang parlimen dan antara matlamatnya sebagaimana yang termak-tub dalam ordinan dbp 1959 adalah sebagaimana berikut: (i) memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. (ii) mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-ri-salah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa-bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain. 196</Page><Page Number="214">pengembangan menghadapi tahun 2000 bertolak daripada matlamat ini, dbp tidak pernah meng-alpakan tanggungjawabnya dalam bidang sastera yang men-jadi tugas utamanya yang penting, di samping juga bertang-gungjawab dalam pengembangan bahasa dan penerbitan buku-buku dalam bahasa kebangsaan. program pengembangan sastera selama tiga dekad ini, dbp beroperasi di tengah-tengah ma-syarakat, bersesuaian dengan matlamatnya dan kini telah mengalami beberapa kali perubahan struktur organisasi. per-ubahan ini dilahirkan untuk memantapkan lagi tugas-tugas yang dilaksanakannya dengan sesuai dengan pengurusan se-buah organisasi atau birokrasi moden. pada peringkat awal penubuhan dbp, program pengem-bangan sastera diletakkan di bawah jabatan pengarang dan jabatan penyelidikan. tumpuan khusus pada waktu itu ialah penerbitan buku-buku sastera dan sedikit-sedikit penerbitan karya sastera moden hasil daripada beberapa peraduan yang dianjurkan oleh dbp. pengembangan sastera secara khusus dan terancang berlaku apabila sebuah bahagian khusus, iaitu bahagian pengembangan sastera diwujudkan pada tahun 1971. dalam tempoh inilah juga sebuah majalah khusus de-wan sastera diwujudkan, di samping penerbitan buku-buku sastera oleh penulis-penulis mutakhir diterbitkan dengan banyaknya, dan usaha penterjemahan juga dilakukan dengan giatnya. kegiatan-kegiatan sastera secara terancang juga dimulakan pada waktu ini di samping diwujudkan program hadiah karya sastera untuk menggalakkan dan sekali gus menghargai penulis-penulis yang telah menghasilkan karya yang bermutu. pada penghujung dekad 70-an, diwujudkan pula program anugerah sastera negara yang bertujuan untuk memberi penghormatan tertinggi kepada para saste-rawan yang telah memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. perubahan organisasi dbp berlaku lagi pada awal tahun 197</Page><Page Number="215">sastera kebangsaan: isu dan cabaran 1980-an apabila beberapa unit di bahagian pengembangan sastera itu dipindahkan ke cawangan-cawangan tertentu, yang tujuannya untuk meninggikan tenaga profesional para karyawannya. usaha pengembangan sastera diuruskan oleh bahagian pembinaan dan pengembangan sastera yang me-numpukan perhatian kepada tiga tugas utamanya iaitu pe-nyelidikan sastera (moden dan klasik), kegiatan sastera dan urus setia anugerah sastera negara. visi pengembangan sastera kita mempunyai masa kira-kira sepuluh tahun lagi untuk menghadapi tahun 2000. asas-asas pengembangan sastera yang telah dibina tiga dekad yang lalu perlu diperkukuh-kan dan diperhebatkan lagi. sebagai sebuah organisasi pemerintah yang perjalanan pengurusannya bersesuaian dan seiring dengan gaya pengurusan pemerintah, maka dbp juga melaksanakan program pengembangan sastera-nya menurut rancangan lima tahunnya. tahun 1991 akan bermula rancangan malaysia keenam, dan selepasnya akan melalui pula rancangan malaysia ketujuh sebelum memasuki tahun 2000. dalam persiapan menuju ke ternpoh itu, bahagian pembinaan dan pengembangan sastera, dbp telah meren-canakan beberapa program dengan berusaha untuk men-capai matlamat sebagaimana berikut: (i) memantapkan sastera berbahasa melayu sebagai teras sastera kebangsaan. (ii) meningkatkan mutu penulisan pengarang-pengarang sastera kebangsaan. (iii) menggiatkan sastera berbahasa melayu sebagai bentuk pengucapan yang dapat diterima dan me-libatkan masyarakat berbilang kaum di malaysia. (iv) memperkenalkan sastera kebangsaan ke peringkat serantau dan antarabangsa melalui penyelidikan dan penterjemahan. 198</Page><Page Number="216">pengembangan menghadapi tahun 2000 (i) memantapkan teras sastera kebangsaan pemantapan sastera berbahasa melayu sebagai teras sastera kebangsaan dilaksanakan dalam beberapa cara khususnya dengan memantapkan korpus pembinaan sastera itu sendiri. usaha paling besar yang dilakukan ialah melaksanakan ber-bagai-bagai usaha penyelidikan sastera melayu moden dan klasik. dalam dekad 1990-an nanti usaha menulis sebuah "sejarah kesusasteraan melayu moden" yang lebih men-dalam dan terperinci akan dilakukan dengan mengambil kira perkembangan di sabah dan sarawak. penyelidikan ini akan melihat secara terperinci setiap genre: novel, drama, puisi, cerpen dan kritikan yang dihasilkan sejak sebelum perang dunia kedua hingga kini. ini adalah lanjutan dari-pada penulisan sejarah kesusasteraan melayu jilid i (dbp, 1981) dan jilid ii yang sedang dalam proses penerbitannya. pemantapan korpus ini juga diiringi dengan penelitian tentang "biografi pengarang melayu" (yang telah diterbitkan dengan judul wajah), dan penerbitan buku glosari istilah kesusasteraan. usaha besar yang lain yang dilakukan nanti ialah melaksanakan kajian sastera bandingan. kajian pada peringkat awal bermula daripada karya penulis dari negara-negara asean, diikuti oleh penulis-penulis negara asia, dan negara-negara islam. satu usaha lagi ialah melaksanakan kajian konsep melayu karya sastera. kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti beberapa konsep dalam karya sastera melayu. antara lain termasuklah konsep wira, konsep keindahan, konsep kepengarangan melayu serta konsep dan teori sastera. walaupun pemantapan korpus ini menekankan peman-tapan kepada hasil-hasil karya moden oleh pengarang-pe-ngarang mutakhir, dbp juga tidak melupakan pemantapan hasil karya sastera melayu klasik. sebuah projek besar yang sedang dijalankan ialah menulis "sejarah kesusasteraan me-layu klasik" yang dijangka siap pada penghujung tahun 1990. mulai tahun 1993, akan dilaksanakan pula projek lanjutan da-ripada projek tersebut iaitu menulis "sejarah kesusasteraan melayu klasik" mengikut genre (sastera rakyat, epik, sastera 199</Page><Page Number="217">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sejarah, kepustakaan islam, sastera undang-undang dan lain-lain) . usaha yang tidak kurang pentingnya ialah menerbitkan semula warisan hasil sastera melayu lama yang terkemuka yang menjadi bukti kecemerlangan persuratan melayu. buku-buku seperti hikayat hang tuah, misa melayu, busta-nus salatin, hikayat panji semirang, hikayat pandawa lima dan lain-lain akan diterbitkan dengan diberi pengenalan dan pengantar baru. usaha untuk merakam, mentranskripsi dan mentransliterasi hasil sastera rakyat juga akan terus diperhe-batkan. semuanya bertujuan untuk mendedahkan dan meng-ingatkan generasi muda kini akan akar tradisi budaya bangsa sendiri. pemantapan korpus ini ditambah lagi dengan program penerbitan buku-buku sastera. daripada dua buah buku sas-tera yang diterbitkan pada tahun 1957, kini dbp menerbitkan kira-kira 60 buah judul buku baru setahun. mulai tahun 1957 itu sehingga bulan november 1989 ini, dbp telah menerbit-kan sebanyak 549 judul buku sastera dalam semua genre. (ii) meningkatkan mutu penulisan jumlah penerbitan yang banyak tidak bererti jika mutu penu-lisan sastera kita masih pada aras yang tidak menggalakkan. usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh dbp untuk mening-katkan mutu penulisan ini dengan memberi berbagai-bagai insentif, dorongan dan kemudahan yang pelbagai bentuknya. kami di dbp mengenal pasti tiga golongan penulis yang mengembang dan memperkaya khazanah sastera kita. go-longan penulis ini ialah penulis mapan generasi per tama, penulis mapan generasi kedua, dan penulis mapan genera-si muda. ketiga-tiga golongan ini dilayani dalam cara dan pendekatan yang berbeza. bagi golongan penulis per tama, dorongan yang diberi-kan ialah penghormatan ter tinggi kerana sumbangannya se-bagaimana yang diberikan kepada penulis yang dianugerahi anugerah sastera negara, dan beberapa penghormatan ter- 200</Page><Page Number="218">pengembangan menghadapi tahun 2000 tinggi yang lain seperti anugerah penulis asia tenggara (sea write award). daripada penulis-penulis ini diharapkan akan terus memberikan sumbangan yang cemerlang dengan se-gala kemudahan berkarya yang boleh diberikan oleh dbp. antaranya ialah kemudahan yang diterima daripada program anugerah sastera negara, kemudahan menjadi karyawan tamu di dbp, atau juga boleh memohon bantuan dermacipta dewan sekiranya berhasrat untuk menghasilkan buku. dari-pada tangan penulis ini, dalam beberapa tahun terakhir telah memberikan kita beberapa buah buku yang cukup penting seperti tunggul-tunggul gerigis (shahnon ahmad), hujan pagi (a. samad said), rimba harapan (keris mas), garis: dari titik ke titik (latiff mohidin), anak tanjung (noordin hassan) dan beberapa buah yang lain. bagi penulis golongan kedua pula, antara galakan yang diberikan ialah peluang mendedahkan mereka ke dunia penghidupan sastera yang lebih rencam yang berada di luar lingkungan kita. mulai tahun 1989 ini, dbp telah mewujud-kan program "penataran penciptaan seni". dua orang penulis yang memperlihatkan potensi yang baik akan dipilih untuk dihantar ke luar negara dan bagi peringkat permulaan ini ke indonesia. di sana mereka akan menjadi semacam pelajar ke-pada penulis-penulis terkemuka menurut bidang yang dice-burinya, berdiskusi dan melihat kelangsungan kehidupan seni dan sastera. bagi penulis generasi ini juga, penghormatan dan pengik-tirafan diberikan melalui program "hadiah sastera malaysia" yang antara lain untuk mengangkat penulis ke taraf nasional, di samping mengenal pasti karya yang bermutu untuk diberi-kan hadiah. bagi penulis muda berbakat, dbp mengadakan program-nya yang tersendiri, termasuklah berbagai-bagai bentuk kursus dan bengkel penulisan kreatif, memberikan peluang penerbitan karya; memberikan bimbingan percuma di bawah program "penggalakan penerbitan" dan mengundang penu-lis-penulis untuk menyertai "kelab sastera dewan" yang an-tara lain merapatkan hubungan penulis dengan dbp. 201</Page><Page Number="219">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran untuk mendedahkan para penulis rnuda ini dengan teori sastera terutamanya teori sastera dari barat, dbp telah melak-sanakan kerja-kerja menterjemahkan buku-buku tersebut an-taranya termasuklah buku oleh pengarang seperti denziger, johnson, rene welleck, austin warren, eagleton, raman sel-dan dan lain-lain. (iii) menggiatkan sastera melayu sebagai pengucapan sastera penulis berbilang kaum sungguhpun tahap pembinaan sastera kebangsaan sudah mencapai tingkat yang boleh dibanggakan, tetapi masih di-rasakan bahawa sastera ini hanya lahir dan digunakan dalam lingkungan masyarakat melayu sahaja. tanpa dinafikan adanya penglibatan penulis-penulis bukan melayu, tetapi jumlahnya cukup kecil. usaha sedang dilaksanakan un-tuk melahirkan sastera kebangsaan dalam bahasa kebang-saan yang ditulis dan dibaca oleh semua kaum di malaysia. pada peringkat awal ini dbp melaksanakan projek men-terjemahkan karya-karya penulis melayu ke dalam bahasa cina dan tamil dan menterjemahkan pula sastera sukuan tersebut ke dalam bahasa kebangsaan. cara awal dan semen-tara ini merupakan satu "period transisi" sahaja, sehingga tiba waktunya nanti masyarakat bukan melayu akan terus dapat membaca dan menulis dalam bahasa kebangsaan supaya sas-tera malaysia nanti akan lebih beraneka persoalannya dan lebih berwarna latar dan budayanya. usaha mencari penulis bakat baru daripada kalangan bukan melayu ini agak sukar sedikit jika mencarinya dalam "pasaran terbuka", yang memungkinkan mereka tenggelam di tengah-tengah penulis melayu sendiri. maka itu mulai tahun 1988, dbp telah menganjurkan sebuah hadiah khu-sus untuk mencari bakat baru ini yang ditaja oleh malayan banking bhd. "hadiah cerpen malayan banking-dbp" ini memasuki siri ketiganya dan telah memungkinkan timbulnya beberapa orang penulis bukan melayu yang menjanjikan se- 202</Page><Page Number="220">pengembangan menghadapi tahun 2000 perti eh deng eh chik, loy choy, alice lee, saroja theavy, jong chian lai dan lain-lain. sastera yang dapat menggunakan potensi ini sebanyak-banyaknya diharapkan dapat membina persefahaman antara kaum dan mengelakkan daripada berlaku kelompokan penu-lis mengikut kaum dan bahasa sukuannya sendiri. (iv) memperkenalkan sastera ke peringkat antarabangsa dalam dekad 1990-an nanti kita akan menyaksikan usaha yang lebih luas untuk memperkenalkan sastera kebangsaan ke peringkat serantau dan antarabangsa. usaha ini dilakukan dengan kesedaran bahawa hasil sastera malaysia mampu berkembang sejajar dengan sastera dari negara-negara lain untuk mencari khalayak dan pasaran yang lebih luas. sudah sampai waktunya untuk sastera kebangsaan kita ditingkat-kan dan dapat diterima menjadi warga sastera dunia. usaha memperkenalkan sastera ini akan dijalankan meliputi usaha: (a) bekerjasama dengan universiti-universiti luar negara bagi mewujudkan tenaga pensyarah pengajian bahasa dan sastera melayu. (b) memberi sumbangan makalah dalam jurnal dan majalah sastera antarabangsa oleh sarj ana setempat dan luar negara. (c) mengadakan acara-acara khusus seperti mengan-jurkan "minggu sastera" dengan kerjasama jurnal sastera dan universiti luar negara. (d) mengadakan program penterjemahan yang ter-susun dan rapi terhadap hasil-hasil sastera melayu (kreatif dan nonkreatif) ke dalam bahasa inggeris, perancis, jepun, cina, jerman, korea, arab dan lain-lain. (e) mengangkat sasterawan melayu yang sesuai untuk dicalonkan bagi anugerah sastera antarabangsa seperti magsaysay award, nuestd prize dan nobel prize. 203</Page><Page Number="221">sastera kebangsaan: isu dan cabaran (f) menganjurkan seminar antarabangsa kesusas-teraan melayu setiap dua tahun di dalam dan luar negara. (g) mengutus secara sistematis kunjungan penulis-penulis melayu ke luar negara bagi menghadiri persidangan, pesta buku, kegiatan sastera melayu dan lain-lain, yang sekali gus memperkenalkan sastera melayu di tempat acara tersebut diadakan. (h) menganjurkan persembahan teater melayu di luar negara bagi menarik minat sarjana/pelajar/ penonton luar negara terhadap drama khasnya dan sastera melayu umumnya. (i) menerbitkan lebih banyak video tentang sastera dan sasterawan melayu dalam bahasa inggeris untuk disebarkan kepada pihak tertentu di luar negara. (j) mengadakan "penerbit kembar" yang terdiri dari-pada penerbit-penerbit besar di beberapa negara yang mewakili beberapa bahasa besar dunia. memasyarakatkan sastera sastera memerlukan khalayak atau audiens. oleh sebab bukan suatu keutamaan yang diperlukan oleh masyarakat, maka ia perlu disuburkan melalui promosi yang terancang. bagi menyediakan masyarakat yang dapat menghayati dan menikmati hasil sastera bangsanya, maka usaha menyebar-luaskan sastera di kalangan masyarakat perlu diperhebatkan. dalam program pengembangan sasteranya, dbp sentiasa berusaha supaya hasil sastera dapat sampai kepada masyara-kat melalui berbagai-bagai program termasuk acara "minggu sastera", ceramah, pembacaan puisi/cerpen, diskusi, forum dan juga pementasan teater. selain daripada itu, mulai dekad 1990-an nanti, rancangan sedang diatur oleh dbp bagi menyebarluaskan sastera me-lalui audio visual dan media elektronik (khususnya tv). ini termasuklah: 204</Page><Page Number="222">pengembangan menghadapi tahun 2000 (a) penerbitan majalah sastera di tv. (b) rakaman video dokumentari sasterawan malaysia. (c) rakaman video persembahan budaya tradisional seperti persembahan jikey, makyung, lotak, puisi melayu lama dan lain-lain. penutup harapan dan impian selalunya menuntut kenyatnan. demi-kianlah segala rancangan yang diatur oleh dbp untuk mem-buat persiapan menghadapi tahun 2000 nanti menjadi realiti bagi melahirkan masyarakat yang seimbang, harmonis, ber-akhlak mulia dan menyanjung tinggi budaya bangsanya. dbp sahaja tidaklah berupaya merealitikan hal ini seki-ranya tidak secara besar disertai oleh seluruh masyarakat. sistem pendidikan kita adalah antara yang terpenting untuk membantu pernyataan ini kerana usaha memupuk kesedaran dan minat terhadap nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan ini semestinya ditanamkan sejak kecil lagi. tidak kurang pula pentingnya ialah penulis dan sasterawan itu sendiri dengan bakat yang ada perlu mengucapkan visinya secara bebas dan bersedia menerima pendedahan ilmu yang sedang berkembang di sekitarnya. daripada keghairahan mencipta, bertemu dan berdiskusi yang ditunjukkan oleh pe nulis-penulis kita, timbul perasaan optimis yang pertumbuhan tradisi sastera akan dapat berlangsung dengan lebih dinamis. persoalannya sekarang kita terus menanti karya sastera yang cemerlang dan dicipta secara berterusan supaya apabila abad ini berakhir nanti, harapan melihat sastera kita sebagai sastera yang penting di dunia akan menjadi suatu kenyataan. dewan sastera, januari 1990. 205</Page><Page Number="223">penyair, puisi dan kemanusiaan: menterjemah kasih sayang tuhan baha zain bagaimanakah hendak saya mulai pembicaraan ini? tentang penyair, puisi dan kemanusiaan yang besar dan luas sifatnya. yang pertama menyentuh orang, yang kedua menyentuh hasil karya, dan yang ketiga menyen-tuh konsep, perihal manusia, idea yang abstrak atau mujarad sifatnya. di sini kita mengandaikan bahawa penyair itu menulis pui-si dan berbicara tentang kemanusiaan. tentang soal penyair menulis puisi itu memanglah jelas kepada kita, walaupun tidak semua penyair kerjanya menulis puisi sahaja. dia biasanya seorang penulis yang kadang-kadang juga menulis esei, cerpen atau kritikan, atau seorang pekerja di ladang, di pejabat atau di 206</Page><Page Number="224">penyair, puisi dan kemanusiaan akademi tertentu. seperti orang lain dia perlu bekerja, mencari makan dan menyara keluarganya. dalam dunia ketiga atau masyarakat membangun, penyair sebaiknya jangan impikan satu dunia yang ideal, di mana dia boleh hidup atas jualan sajak-sajaknya. ini satu kenyataan. kalau dia dapat mengelakkan diri daripada kenyataan lain, tetapi kenyataan ini dia harus tempuhi dan akui. kalau tidak dia terpaksa mogok lapar memprotes ma-syarakat kerana tidak mahu membeli sajak-sajaknya. jadi menulis puisi tidaklah menjadi keterlibatan yang sepenuh masa, seratus peratus, di dalam hidupnya. walaupun begitu, ia adalah sebahagian yang sangat penting, yang men-jadi identiti bagi dirinya. begitulah susahnya kehidupan penyair itu kalau dia mahu hidup semata-mata sebagai penyair dengan pekerjaan menulis puisi. tetapi suatu perkara yang menyenangkan hati kita ialah semua kehidupan mempunyai kesusahan dan risikonya. ketua eksekutif sebuah badan korporat pun menghadapi berbagai-bagai masalah dan harus bertanggungjawab (accountable) kepada pengerusi dan lembaga pengarah serta pemegang-pemegang syer. lebih-lebih lagi kalau syarikatnya mengalami kerugian. dia boleh diberhentikan. akan tetapi setiap hari memanglah eksekutif korporat nampak gagah dan hebat gaya hidupnya. demikianlah juga dengan kehidupan politik. lima tahun sekali terpaksa berhempas pulas memenangi hati rakyat, atau memikirkan alternatif daripada menganggur kalau kalah pilihan raya. dari segi ini, risiko yang dihadapi oleh eksekutif korporat dan ahli politik lebih besar daripada penyair kerana mereka boleh dilucutkan daripada jawatan dan pangkat. tetapi tidak ada sesiapa yang boleh melucutkan seseorang itu secara rasmi dari kedudukannya sebagai penyair, kecuali tuhan atau otaknya jadi gila. sekarang kita kembali kepada tajuk pembicaraan kita, khu-susnya tentang penyair dan kemanusiaan. kegiatan penyair sering dikaitkan dengan soal keindahan, kebebasan dan kema-nusiaan, seolah-olah ia menjadi monopoli kaum seniman dan penyair sahaja. 207</Page><Page Number="225">sastera kebangsaan: isc dan l'abaran untuk apa penyair harus berbicara dan memperjuangkan kemanusiaan? apakah ertinya kemanusiaan? secara mudah kita biasanya menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan penyair harus menyuarakan keamanan sejagat, kebahagiaan untuk seluruh umat manusia di dunia ini. saya fikir pertanyaan yang susah itu tidaklah boleh dija-wab dengan mudah. sudah ribuan tahun orang bercakap ten-tang peraturan, keamanan dan kesejahteraan manusia, tetapi sampai hari ini manusia masih bersiap sedia untuk berpe-rang. dunia tidak sahaja terbagi-bagi kepada bangsa-bangsa dan negara, tetapi kepada puluhan ideologi, politik, sistem dan agama. penduduknya pula terbagi-bagi kepada berbagai-bagai sikap, kepercayaan, prasangka, budaya dan fikiran wa-laupun di dalam suatu kawasan geografi yang sama. jadi apakah mungkin wujudnya kemanusiaan di dalam kehidupan yang berbeza-beza ini? pertubuhan bangsa-bang-sa bersatu telah wujud sekian lama, tel api penindasan masih berleluasa seperti di afrika selatan dan di palestin. dan seka-rang sempadan antara arab saudi dan iraq bila-bila masa bo-leh meletupkan peperangan dunia yang baru. myanmar, kam-puchea dan filipina masih terancam keamanannya. demikian juga india dan pakistan masing-masing berjaga-jaga dan sa-ling mencurigai. kemanusiaan yang memberikan erti sebagai keprihatin-an terhadap nasib manusia, yang bertujuan menghapuskan kemiskinan, penindasan, dan memberikan kebebasan, keadil-an serta kebahagiaan masih memerlukan tafsiran dan per-juangan yang seluas-luasnya. barangkali kegagalan manusia untuk memahami hakikat diri dan kejadiannya sebagai manusia adalah punca yang be-sui yang menyebabkan manusia menindas, tertindas, berdosa dan berduka lara. justeru kerana itu, kita hari ini agaknya be-rasa perlu untuk berbicara tentang kemanusiaan. apakah ertinya menjadi manusia di dunia ini? tentang erti manusia ini, sudah lebih 2000 tahun para cendekiawan, ahli falsafah dan ahli agama menghurainya. 208</Page><Page Number="226">penyair, puisi dan kemanusiaan aristotle, plato, marx, freud, sartre, dan ahli-ahli kristian dan islam telah membahaskannya untuk kita semua. plato berpendapat bahawa manusia terbahagi kepada jiwa dan jasad. jiwa itu tidak boleh dimusnahkan, dan wujud sebe-lum kelahiran, dan kekal abadi setelah kematian. jiwa itu pula terbahagi kepada nafsu, akal dan roh, dan dia berpendapat an-tara ketiga-tiganya akallah yang sepatutnya menguasai nafsu dan roh. sama seperti ramai ahli falsafah yunani yang lain, plato memberikan penekanan terhadap akal, pengetahuan dan intelek. dia menyatakan dengan pengetahuan itu manu-sia tahu akan buruk dan baik dalam soal moral. plato juga menekankan bahawa manusia itu bersifat sosial. individu memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluan mate-rial dirinya. jadi individu harus hidup bermasyarakat. inilah fitrah manusia, walaupun dia mempunyai bakat dan keahlian tersendiri yang besar. menurut plato, kekacauan negara dan manusia akan berterusan selagi ahli falsafah tidak menjadi pemerintah, atau orang politik tidak menjadi ahli falsafah. jadi untuk peme-rintahan yang aman harus berhimpun ilmu falsafah di dalam kepala orang politik. plato jelas mengajukan kekuatan daya intelek, moral, dan politik bagi kewujudan individu dan ne-gara yang unggul. nampaknya ini adalah jalan bagi menjamin kemanusiaan di kalangan umat manusia. tokoh pemikir sosialis yang terkenal, karl marx, mem-berikan tekanan lain tentang manusia. dia menolak tuhan. agama hanyalah bayangan buatan manusia. agama adalah "madat rakyat" untuk manusia melepaskan dirinya daripada keterasingannya. marx menyatakan bahawa masyarakat mempunyai pengaruh membentuk individu. jadi yang men-jadi pusat perhatian marx ialah manusia sebagai manusia sosial. baginya juga alam sejagat wujud tanpa kuasa tuhan, tetapi ditentukan oleh hukum-hukum alam dan sains. ma-syarakat dan sejarah manusia pula ditentukan oleh sistem ekonomi. sejarah itu mempunyai hukumnya tersendiri. ma-nusia akan bebas dan menuju kepada kesempurnaan dalam gerak sejarah yang bermula dari feudalisme, kepada kapital- 209</Page><Page Number="227">sastera kebangsaan: isu dan cabaran isme borjuis, dan akhirnya ke tahap kornunisme. kalau orang kristian atau islam berpendapat bahawa ma-nusia menjadi, susah, rusuh dan kacau kerana berdosa dan tidak menurut ajaran tuhan, marx rnengatakan manusia jadi begitu kerana "keterasingannya", keterasingannya dari diri sendiri disebabkan tidak dapat mencapai kemahuannya akibat sistem kapitalis. jadi untuk manusia menjadi bahagia dan menjalani hidup sepenuhnya mereka harus membebas-kan diri daripada penindasan feudal al au kapitalis. dengan demikian baru mereka dapat bergaul sesama sendiri secara tulen, dan bebas daripada perasaan keterasingannya. jelaslah bahawa marx merumusk an hakikat kehidup-an berasaskan faktor-faktor yang material sifatnya, yang kebendaan, dan bukan yang rohaniah. di situlah konon le-taknya segala kunci dan keterangan 1 entang manusia dan kemanusiaannya. kesedaran jiwa, dan rohani individu ditentukan oleh alam, dan sistem ekonomi di sekelilingnya. apabila manusia tidak dapat menghasilkan sesuatu menurut kehendak bakat serta kemahuannya, kerana dikuasai oleh sistem feudal atau kapi-talis di luar dirinya, maka dia menjadi terasing dari dirinya sendiri. pekerjaannya dipaksakan ke atas bahunya untuk memuas-kan kehendak orang lain. penawar bagi segala duka lara ini ialah melalui revolusi. revolusi menghancurkan kekuasaan pemodal. dengan itu barulah manusia dapat kembali kepada bakat dirinya, kepada kehendaknya sendiri. selepas itu tercip-talah suatu masyarakat yang ideal yang idak berkelas dengan berpandukan prinsip romantik, "dari tiap seorang menurut bakatnya, kepada tiap orang menurut keperluannya". jauh berbeza daripada marx, jean paul-sartre seperti juga freud, melihat kepada kewujudan individu dan persoal-an kesedarannya. bagi marx mahupun sartre tidak percaya pada tuhan. sartre melihat setiap manusia itu unik, dan pengalaman rohaninya sangatlah penting. setiap individu itu adalah bebas dan kebebasan ini menjadi ciri penting manusia. baginya manusia bebas menentukan sikap dan tindakannya. 210</Page><Page Number="228">penyair, puisi dan kemanus1aan jadi cara hidup yang murni dan autentik ialah setiap individu menentukan pilihannya. setiap orang harus bertanggung-jawab terhadap sebarang keputusan dan konsekwensinya. teorinya ini diberi julukan "eksistensialis" dan bersama-sama dengan falsafah eksistensialis lain seperti yang diajukan oleh kierkegaard, nietzshe, dan heidegger sebelumnya, telah mempengaruhi ramai sasterawan seperti camus dan iwan simatupang di indonesia. penafian sartre terhadap kewujudan tuhan, memberi makna bahawa manusia terjadi, terlantar dan terbuang begitu saja di dunia ini, dalam kejadian yang "absurd", tak tahu asal usulnya yang fundamental. oleh itu dia harus menguruskan dirinya sendiri. untuk itu dia harus mendapat kebebasan penuh bagi berfikir dan bertindak, kerana dia akhirnya harus membina dirinya dan bertanggungjawab terhadap sebarang akibatnya. demikianlah pandangan sartre ini berbeza daripada ahli psikologi freud yang berpendapat bahawa seseorang itu melakukan sesuatu oleh dorongan emosi yang tidak dise-darinya. sartre sebaliknya mengatakan setiap perlakuan kita memang disengajakan. kalau kita menjadi pilu atau marah memang kita telah memilih untuk beremosi demikian. me-nyedari akan hakikat ini manusia sering berasa terseksa kerana tidak mahu mengakui bahawa dia bertanggungjawab terhadap setiap keadaan yang dialaminya. dia berpura-pura dan menyalahkan keadaan atau alam di luar dirinya. dia tidak mahu bertanggungjawab terhadap emosi, sikap, perwatakan, tindakan dan keputusannya. jadi untuk keluar dari seksaan ini kata sartre, kita harus jujur dan ikhlas terhadap diri kita sendiri. dari segi agama, baik islam mahupun kristian, manusia itu diciptakan oleh tuhan. setiap individu diwujudkan dari-pada unsur rohani dan jasmani. dia tidak kekal di dunia ini dan selepas dia mati dia akan pergi ke alam akhirat. agama baginya bukanlah falsafah atau teori, tetapi adalah keseluruh-an hidup. kewujudan tuhan bukanlah atas dasar teori, hujah atau logika tetapi adalah suatu keyakinan atau akidah. 211</Page><Page Number="229">sastera kebangsaan: isu dan cabaran umat islam memiliki panduan yang jelas tentang semua persoalan hidup atau mati, dunia atau akhirat daripada al-quran dan sunah rasulullah. kehidupan manusia di dunia ini tidak abadi. ini hanyalah sementara sahaja, kerana kehidupan yang abadi ialah di akhirat kelak. walaupun begitu dunia ini penting kerana sebelum dia mati dia harus menyediakan di-rinya untuk yang abadi itu melalui kehidupan yang diizinkan oleh tuhan yang esa, allah. manusia adalah makhluk yang paling istimewa dan in-dah diciptakan oleh tuhan. dia mengatasi makhluk-makhluk lain. dia memiliki perasaan dan akal. dia diciptakan sebagai hamba allah untuk menjalankan amanah-nya di dunia ini. setiap individu memiliki bakat, kepandaian, tenaga dan fikiran bagi memperkaya kehidupan dirinya, dan kehidupan manusia lain. segala yang dihimpunkannya, baik ilmu atau harta, bukanlah untuk dirinya sendiri semata-mata, tetapi adalah juga untuk orang lain. dia diberikan kebebasan sepan-jang yang diizinkan oleh ajaran-ajaran tuhan. dalam kata lain dia bukanlah tidak bebas, tetapi kebebasannya berada dalam batas yang telah diatur oleh peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di luar dirinya. di sini kebebasannya berbeza dari-pada kebebasan eksistensialis sartre, dan alasan tindakannya berlainan daripada alasan freud. di sini juga kehidupannya berbeza daripada manusia marx yang hanya menganggap manusia itu sebagai manusia sosial. nilai-nilai agama dan norma-norma islam menjadi petunjuk buruk dan baik terha-dap tindakannya, dan bukannya hukum-hukum materi yang saintifik atau suatu sistem ekonomi yang marxis. demikianlah agama islam atau kristian memberikan pe-ngakuan terhadap manusia sebagai makhluk agama. dengan demikian tertakluk kepada dosa dan pahala, dan akhirat men-jadi matlamat yang terakhir. sebagai makhluk tuhan, manu-sia memohon keredaan tuhan, mencintai keamanan dan ha-rus berbaik-baik terhadap sesama manusia, tidak kira bangsa atau agama. islam juga menyeru kepada umatnya supaya percaya ke-pada qadak dan qadar. setiap individu harus bersabar terha- 212</Page><Page Number="230">penyair, puisi dan kemanusiaan dap segala musibah yang menimpa dirinya, kerana itu sudah kehendak tuhan. tetapi dia juga disuruh berikhtiar untuk ber-usaha menghindarkan dirinya daripada sebarang kesusahan. dia tidak boleh berserah dan menyerah sahaja. jadi manusia di samping harus percaya kepada sesuatu di luar kuasa diri-nya, dia juga diajar untuk melepaskan dirinya daripada nasib yang menimpa atau boleh menimpa dirinya. inilah bezanya dengan fahaman marxis yang merumuskan segala sebab-musabab itu berpunca daripada struktur ekonomi, atau dari-pada fahaman eksistensialis ateis yang merumuskan segala-galanya berpunca daripada keputusan manusia sendiri dan bukan daripada kuasa di luar dirinya atau daripada tuhan. demikianlah berbagai-bagai teori, ideologi, falsafah dan agama telah melontarkan cahayanya kepada kita bagi mema-hami sifat-sifat manusia dan kemanusiaannya. di dalam keanekaragaman politik, negara, masyarakat dan budaya di dunia ini ada jalur persamaan yang merentas sempadan-sempadan perbezaan ini. antara kita ada nilai-ni-lai sejagat yang sama. semua masyarakat mengakui hak-hak asasi manusia: kebebasan orang untuk berucap, beragama, mengamalkan adat resamnya, bebas daripada diskriminasi dan kemiskinan, dan dilindungi oleh undang-undang yang adil dan saksama. semua masyarakat menolak kezaliman, pembunuhan, dan penindasan. setiap kekuasaan harus men-didik individu supaya bakat dan potensi yang ada dalam diri-nya dapat dibina bagi faedah keluarga, masyarakat, dan bang-sanya. sopan santun, budi bahasa yang halus dan tingkah laku yang berakhlak digalakkan supaya orang saling menghormati dan hidup dalam harmoni. itulah antara sifat mulia manusia dan ciri-ciri kemanusiaan yang kita kaum penulis harus per-juangkan. sifat-sifat unggul ini diterima umum, tahan diuji za-man-berzaman, dan melewati batas-batas bangsa, negara dan agama. walaupun demikian universal sifatnya nilai-nilai kema-nusiaan ini, setiap negara tetap mempunyai sejarah, mitos, tradisi dan budayanya, yang memberikan watak, akar atau identitinya. di sinilah peranan penulis dan seniman itu pen- 213</Page><Page Number="231">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ting. di sinilah keutamaan peranan dan tanggungjawab ha-rus bermula. para seniman perlu terlebih dahulu memahami bentuk dan semangat sejarah serta tradisi bangsanya. dan mengisinya dengan unsur-unsur dan nilai-nilai kemanusiaan yang sejagat. adalah di luar kemampuan seniman untuk berjuang di seluruh dunia. penyair dan seniman perlu memperkuat ins-titusi-institusi sosial negaranya dengan nilai-nilai sejagat yang unggul untuk menjadi landasan negara masing-masing. pe-mimpin dan parti politik boleh bertuk ar ganti, tetapi insti-tusi dan nilai-nilai harus kekal untuk menjamin survival dan kelangsungan hidup masyarakat. hanya institusi yang me-ngandungi nilai-nilai yang sesuai dengan fitrah manusia yang boleh bertahan lama. namun institusi dan nilai-nilai yang unggul boleh dirosakkan oleh pemimpin yang buruk. akan tetapi, institusi dan nilai-nilai yang unggul dan merakyat sifat-nya juga boleh mencampakkan pemimpin dari takhtanya. ideologi marxis bercita-cita romantik dengan hanya me-ngakui kewujudan manusia sebagai manusia sosial, kini telah mulai berkecai kerana fahamannya bertentangan dengan fitrah manusia. pemerintahan komunis telah mulai membu-kakan dirinya kepada amalan-amalan ekonomi pasaran yang bebas. demikian pula negara-negara kapitalis yang mem-beri terlalu banyak kepentingan kepada kebebasan individu, telah semakin ketinggalan pertumbuhannya jika dibanding-kan dengan jepun dan singapura, yang memberikan tekan-an yang sama kuat terhadap disiplin dan norma kelompok. perkembangan ekonomi nampaknya sedang berganjak ke asia pasifik ke negara-negara yang kuat naluri kelompoknya dan mengamalkan demokrasi. jadi sifat-sifat manusia indivi-du yang tamak haloba itu harus diimbangi dengan altruism atau sifat-sifat sosialnya. institusi kita tidak boleh memberi pe-ngakuan kepada hanya satu-satu aspek kemanusiaan sahaja. manusia dunia ketiga juga kini sedang terancam oleh kemajuan teknologi dan oleh pembangunan ekonominya. hasratnya untuk menyaingi barat dan menjadi moden telah memusnahkan alam semula jadinya. pembangunan kilang, 214</Page><Page Number="232">penyair, pijisi dan kemanusiaan jalan raya, dan pertambahan kereta telah meracuni udara serta airnya. pengenalan teknologi maklumat, komputer dan tv kini sedang menghakis nilai-nilai tradisinya dengan cepat dan pantas. budaya hiburan yang disokong oleh jutaan ring-git iklan komersial menjadi lebih dominan daripada program pendidikan, dan pembinaan bahasa dan seni setempat. ini adalah antara masalah yang sedang menghakis nilai-nilai yang baik dalam masyarakat. kemajuan teknologi se-makin jauh meninggalkan perkembangan nilai-nilai budaya sosial yang baik. kesimpulan saya begini. penyair semakin diperlukan un-tuk bersama-sama membina nilai-nilai dan institusi bangsa masing-masing. namun demikian kita tidak boleh berhenti di sempadan tanah air sahaja. pensejagatan, globalization, dan teknologi telah menjadikan bangsa-bangsa di dunia sa-ling bersentuhan. selepas keutamaan yang diberikan kepada negara sendiri kita harus melihat kepada kelaparan dan ke-malangan di dunia lain. kalau tidak, malapetaka di tempat lain itu akan segera tiba di halaman kita. kita bukan sahaja ha-rus memperjuangkan situasi kebudayaan yang selesa untuk kebebasan dan kreativiti, malah yang sesuai untuk manusia hidup selama sebagai manusia individu, manusia sosial dan manusia yang religius. ekonomi, politik, bahasa dan teknolo-gi itu hanyalah alat untuk sampai ke destinasi yang unggul, kepada kehidupan yang hakiki. demikianlah juga puisi. ia bu-kanlah matlamat kita yang terakhir. puisi dicipta untuk men-terjemahkan kemanusiaan dan kasih sayang tuhan kepada kita semua. dewan sastera, januari 1991. 215</Page><Page Number="233">"meriam berpesawat" skrip drama melayu baru: lahir pada 1 april 1897 dinsman abdullah bin abdul kadir munsyi sudah pun diterima umum sebagai "bapa kesusaste-raan melayu moden". kriteria-kriteria yang digunakan untuk mengangkat abdullah ke taraf ini berbagai-bagai. pada kas-sim ahmad, "... dengan abdullah, kesusasteraan melayu telah mencapai satu perubahan struktural, yakni telah melangkah dari bumi feudal hikayat hang tuahnya ke alam demokrasi yang lebih luas dan realistis" (kassim ahmad, 1960:12). pada ismail hussein, "... was the first person to write for a print-ing press, who in his writings offered the first serious criticism against the malay feudal structure of which malay literary culture had existed for centuries" (ismail hussein, 1974:10). 216</Page><Page Number="234">'meriam berpesawat" skrip drama melayu baru yahaya ismail pula berpendapat, "... melalui abdullah, kesu-sasteraan melayu mendapat bentuk baru iaitu memoir yang menampilkan pengalaman-pengalamannya yang realistik. me-moir adalah salah satu unsur dalam perkembangan bentuk novel...." (yahaya ismail, 1974:549-76). kata yahaya lagi, "ide-ide yang revolusioner yang dicurahkan dalam dua buah karyanya yang terbesar, hikayat abdullah (1849) dan kisah pelayaran abdullah ke kelantan (1838), inilah yang menjadi garis pemisah antara abdullah dan angkatan penulis selepas-nya dengan kesusasteraan bercorak hikayat sebelumnya dan juga sezaman dengannya" (yahaya ismail, 1974:549-76). dan seolah-olah menyimpulkan beberapa pendapat yang pernah dikemukakan mengenai abdullah dan karya-karyanya, abu bakar hamid berkata: abdullah dapat digolongkan moden kerana ia menulis pada kira-kira pertengahan abad ke-19, karya-karyanya dicetak, bentuk-bentuknya sudah terpisah dari bentuk yang tradisi, ia tidak lagi menuliskan khayalan yang tidak dapat diterima akal, ia mengkritik keadaan-keadaan sosial dan karya-kar-yanya dinikmati secara individual. (a. bakar hamid, 1974:5) dan selepas abdullah terjadilah satu kekosongan atau ju-rang waktu yang lebar antara karya-karyanya yang dianggap sebagai "peneroka kesusasteraan melayu moden" (mohd. taib osman, 1974:365) dengan karya-karya sastera melayu moden (baru) selepasnya, kerana bentuk-bentuk baru dalam kesusasteraan melayu - cerpen, novel dan sajak - baru di-dapati lahir setelah tahun-tahun 1920-an. walaupun sezaman dengan abdullah kita bertemu dengan raja ali haji (gurin-dam dua belas, 1847; salasilah melayu dan bugis, 1860; tuh-fat al-nafis, 1865), dan selepasnya dengan munsyi ibrahim bin munsyi abdullah (kisah pelayaran muhammad ibrahim munsyi, 1872), karya kedua-dua pengarang ini ternyata masih tergolong dalam sastera melayu tradisional. hanya baru pada tahun 1920, lahir cerpen melayu yang pertama, iaitu apabila 217</Page><Page Number="235">sastera kebangsaan: isu dan cabaran majalah pengasuh, 2:40, (4 februari 1920) menyiarkan cerpen "kecelakaan pemalas" karangan nor bin ibrahim (madrasi) (hashim awang, 1975:3-4). penulisan bentuk novel dalam ke-susasteraan melayu lahir pada tahun 1925 apabila syed sheikh a1-hadi menerbitkan bahagian pertamanya daripada novel hikayat faridah hanum; manakala sajak pula muncul pada tahun 1934 apabila muhammad yassin makmur atau pung-guk menyiarkan lima buah sajaknya dalam majalah guru, mac 1934 (ali haji ahmad, 1959:xii). pendapat lain mengenai sajak melayu yang pertama dikemukakan oleh oleh jaafa hs., iaitu lahir pada tahun 1933 apabila majalah guru, disember 1933 menyiarkan sebuah sajak pungguk "di tengah segara", dan sebuah sajak mohd. yusof bin ahmad yang berjudul "menungan hati" (jaafa hs., 1972:50). penemuan paling akhir berhubung dengan permulaan puisi melayu baru terjadi apa-bila a. samad ahmad bersua dengan sebuah sajak dalam ma-jalah kemajuan pengetahuan, bil. 2 (1925) yang ditulis oleh haji abdul majid bertajuk "seruan dengan gurindam". sajak ini pertama kali tersiar dalam utusan melayu keluaran 18 ja-nuari 1913 (dewan sastera, julai 1973). dengan demikian sehingga ini, tarikh yang paling awal diketahui lahirnya kesusasteraan melayu baru selepas abdul-lah munsyi ialah 18 januari 1913. erti nya, selama 59 tahun di antara kisah pelayaran abdullah ke jeddah (1854) dengan "seruan dengan gurindam" adalah merupakan periode keko-songan dalam sejarah kesusasteraan melayu baru. keadaan ini semacam memperlihatkan betapa jauhnya abdullah men-dahului zamannya. sementara itu satu perkara yang agak aneh juga berlaku dalam pengkajian kesusasteraan melayu ialah tidak ada ka-jian yang dilakukan berkenaan dengan sejarah permulaan penulisan drama. lapangan penulisan drama semacam dilu-pakan begitu saja oleh pengkaji-pengkaji kesusasteraan kita. sepanjang pengetahuan saya, setakat ini hanya sebuah kajian ringan pernah dilakukan, iaitu mengenai sejarah penulisan/ penerbitan drama dalam bentuk buku yang dikerjakan di cawangan kajian bahagian perkembangan sastera, dewan 218</Page><Page Number="236">"meriam berpesawat" skrip drama melayu baru bahasa dan pustaka (dinsman, 1975). mengikut kajian terse-but, buku drama melayu yang pertama ditulis oleh penga-rang malaysia ialah megat terawis karya teh fatimah binti abdul wahab yang terbit pada tahun 1951 (dinsman, 1975), manakala buku drama saduran - terjemahan yang pertama ialah topeng hitam yang diterbitkan oleh pejabat karang mengarang, tanjung malim, pada tahun 1934 (dinsman, 1975). cawangan kajian bahagian perkembangan sastera, de-wan bahasa dan pustaka masih meneruskan lagi kajiannya mengenai sejarah permulaan penulisan drama melayu. dan baru-baru ini terjumpalah sebuah tulisan yang dapat diang-gap sebagai sebuah karya drama tersiar dalam akhbar ming-guan jajahan melayu,1 2:21, (1 april 1897), berjudul "meriam berpesawat" (lih. lampiran). tidak ada nama pengarang di-catatkan pada tulisan tersebut. pengkaji berpendapat, oleh sebab tulisan itu disiarkan di ruangan "lidah pengarang" akhbar tersebut, besar kemungkinan yang karya itu adalah karangan pengarang akhbar itu sendiri. lagipun, menyiarkan karangan-karangan sendiri untuk mengisi ruangan akhbar yang dikeluarkan oleh mereka adalah suatu kebiasaan di ka-langan pengarang-pengarang akhbar zaman itu. sekiranya karya itu hasil tulisan orang lain kemungkinan besar nama orang itu akan disiarkan, kerana ini memang ada dilakukan oleh akhbar ini. justeru itulah pengkaji berpendapat yang "meriam berpesawat" adalah karangan pengarang jajahan melayu, iaitu muhammad omar bin haji abu bakar. dengan penemuan ini, jarak waktu yang memisahkan abdullah dengan karya-karya sastera melayu baru selepas-nya sudah bertambah dekat, menjadi 43 tahun. kedekatan ini hanya diukur dari segi penghasilan tulisan bentuk baru, bukan dari segi "memasukkan semangat baru ke dalam jiwa bangsa kita dalam isi dan bentuk hasil-hasil sastera" yang mengikut kassim ahmad selepas abdullah munsyi baru ter-lihat pula dalam isi dan bentuk hasil-hasil sastera angkatan 50 (kassim ahmad, 1960:14). dan dengan penemuan ini juga, bidang penulisan drama tertampil ke hadapan menunjukkan 219</Page><Page Number="237">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kepentingannya — yang selama ini begitu saja diabai dan dilu-pakan — dalam sejarah perkembangan kesusasteraan melayu baru. istilah yang tepat untuk kegiatan drama di malaysia sejak beratus-ratus tahun dulu hingga kepada zaman kegemilangan bangsawan pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an ialah istilah teater. dan tradisi teater di malaysia ialah tradisi improvisa-si, tradisi lisan. semua cerita drama yang dipentaskan tidak mempunyai naskhah bertulis. tradisi drama di malaysia tidak pernah memerlukan kepada naskhah bertulis kerana drama bukannya untuk dibaca, tetapi untuk ditonton dan didengar. teknik lakon improvisasi yang terpakai dalam lakonan drama tradisional dan bangsawan menyebabkan pelakon-pelakon juga tidak memerlukan kepada skrip sepertimana yang di-perlakukan oleh pelakon-pelakon drama sekarang untuk di-hafal. dengan demikian, naskhah bertulis atau istilah "skrip drama" tidak pernah wujud dalam tradisi teater tradisional dan bangsawan. jadi, kewujudan skrip drama sahaja dengan sendirinya merupakan suatu perkara yang baru dalam tra-disi drama melayu. kalau dilihat dari sudut drama, "meriam berpesawat" telah memulakan satu tradisi baru dalam drama melayu, ia telah menimbulkan satu gejala baru dalam drama, iaitu skrip bertulis. satu soalan yang boleh ditimbulkan ialah: apakah gejala baru yang dibawa oleh "meriam berpesawat" ini benar-benar merupakan satu pembaharuan kepada tradisi teater/drama melayu? maksudnya, dengan menggunakan pengertian dra-ma yang terpakai pada waktu itu, apakah "meriam berpe-sawat" dapat dianggap sebagai sebuah drama? seperti yang disebut di atas, drama hingga kepada tahap bangsawan lebih tepat dipanggil teater. ia adalah cerita yang dipentaskan, yang ditunjukkan atau dilakonkan di hadapan sekumpulan penon-ton. apakah "meriam berpesawat" sebuah cerita yang di-pentaskan? sekiranya ia dipentaskan maka ia adalah sebuah drama mengikut pengertian drama pacla waktu itu (dan juga pengertian drama hari ini). tidak ada sebarang catatan dijumpai mengatakan "me- 220</Page><Page Number="238">"meriam berpesawat" skrip drama melay11 baru riam berpesawat" pernah dipentaskan. sekiranya ia pernah dipentaskanjajahan melayu tentu akan menyiarkan beritanya, kerana akhbar ini memang banyak menyiarkan berita-berita aktiviti pementasan. misalnya pada keluaran 11 februari dan 25 februari (1897), berturut-turut akhbar ini menyiarkan ulasan mengenai pementasan drama yang dilakukan oleh pe-lajar-pelajar sekolah inggeris taiping. (kedua-dua karangan itu disiarkan di bawah ruangan "lidah pengarang"nya). ini membuktikan yang "meriam berpesawat" tidak pernah di-pentaskan. sebagai sebuah drama, "meriam berpesawat" mungkin terlalu pendek untuk dipentaskan; barangkali mengambil masa selama tidak sampai sepuluh minit; atau kalau dipan-jangkan teknik improvisasi mungkin mencapai 30 minit. te-tapi ini bukanlah bererti yang ia tidak boleh dipentaskan, kerana sebuah daripada drama yang dipentaskan oleh pela-jar-pelajar sekolah inggeris taiping, iaitu "tahun lama dan tahun baharu orang china" (jajahan melayu 2:15, 1897), itu pun mungkin memakan masa kurang daripada setengah jam. cuma satu perkara yang dapat dikesan daripada karang-an tersebut ialah ia ditulis bukan untuk dipentaskan. kesim-pulan ini dibuat berdasarkan tema dan mesejnya yang dapat difahamkan sebagai menguatkan kepercayaan pembaca ter-hadap berita-berita yang disiarkan dalam surat khabar. karya ini merupakan satu alternatif lain kepada tulisan berbentuk rencana atau iklan propaganda, ia bukanlah ditulis dengan motif mencipta sebuah cerita untuk dipentaskan. sekurang-kurangnya begitulah tanggapan yang boleh dibuat. sekiranya tanggapan ini betul maka "meriam berpesawat" dilihat dalam konteks pengertian drama melayu pada waktu itu bukanlah sebuah hasil drama. satu-satunya faktor menjadikan ia bukan hasil drama ialah ia tidak dipentaskan. tetapi ia begitu saja akan menjadi sebuah hasil drama apabila saja dipentaskan, dan ia memang boleh dipentaskan kerana bentuknya adalah bentuk penulisan drama, iaitu karangan yang "menyungguh-kan cerita dengan gerak" di mana ciri formalnya ialah dialog (s. effendi, 1967:156-57). 221</Page><Page Number="239">sastera kebangsaan: isu dan cabaran menjawab soalan di atas: "apakah gejala baru yang diba-wa oleh "meriam berpesawat" ini benar-benar merupakan satu pembaharuan kepada tradisi teater/drama melayu?" agak rumit sedikit. kerumitan ini ditimbulkan oleh kurang-nya dokumentasi mengenai teater dan drama pada waktu itu. pengetahuan kita mengenai dramalteater pada waktu itu hanya terbatas kepada bentuk-bentuk tradisional seperti mak-yung, wayang kulit, main puteri, selampit, ketoprak, menora, boria dan hadrah serta drama bangsawan. itu pun juga kita belum tahu dengan lanjut mengenai sejarah perkembangan dan kegiatan selampit, ketoprak, menora dan boria disebab-kan belum ada kajian yang dilakukan ke atas bentuk-bentuk teater tersebut. walau bagaimanapun, ini tidak menimbulkan masalah kepada kita dalam pembicaraan ini kerana sekurang-kurangnya kita tahu bahawa semua jenis teater/drama terse-but tidak mempunyai naskhah bertulis. akan tetapi, apakah sehingga lahirnya "meriam berpesawat" pada 1 april 1897 pementasan drama melayu belum pernah dibuat berdasar-kan kepada naskhah bertulis? barangkali ulasan yang dibuat oleh pengarang jajahan melayu mengenai pementasan pelajar-pelajar sekolah ing-geris taiping dapat memberi sedikit penjelasan. drama "ta-hun lama dan tahun baharu orang china" (jajahan melayu 2:15, 1897), mempunyai tiga orang pelakon penting. dua dari-padanya ialah kanak-kanak sekolah. tidak ada disebut sama ada drama ini karya pengarang tempatan atau terjemahan atau hasil saduran. tidak juga disebut pelajar-pelajar yang mengambil bahagian itu dari darjah atau tingkatan berapa. asalkan mereka itu "kanak-kanak sekolah". dapatlah kita katakan bahawa mereka bukanlah terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan atau pelakon-pelakon drama tradisional yang lain. sekiranya mereka bukan daripada golongan "pela-kon", 2 lebih-lebih lagi mereka kanak-kanak sekolah, agak ti-dak mungkin mereka dapat mengucapkan dialog secara im-provisasi tanpa menghafal dari skrip. begitu juga dengan drama "segah (?) matahari di celah awan zulmat atau budak betul yang terlebih bahagia". 3 222</Page><Page Number="240">"meriam berpesawat" skrip drama melay11 baru dalam ulasannya mengenai drama ini pengarangnya menulis begini: arakian tatkala selesai permainan tahun lama baharu dan huri harapan baik itu maka keluar pula seorang miskin namanya guido duduk bertinggung di tepi suatu jalan lalu bersungut dengan menarik nafas panjang katanya hari apakah ini.... (jajahan melayu 2:16, 1897) dan seterusnya disiarkan sepenuhnya perjalanan cerita drama itu lengkap dengan dialog dan kata-kata arahan tan-pa sebarang ulasan lagi, seolah-olah ia disalin seratus pera-tus daripada skrip asal drama itu. dan saya percaya penulis rencana ini tentu berbuat begitu, kerana misalnya, apabila terdapat kata-kata yang bukan dialog maka kata-kata itu di-letakkannya di dalam kurungan sepertimana yang terbiasa dalam teknik penulisan skrip hari ini. tidak mungkin penulis rencana ini dapat mengingati dialog-dialog drama itu dan me-nyusunnya kembali sedemikian rupa, kecuali ia menyalinnya daripada skrip asal atau skrip yang digunakan untuk persem-bahan tersebut. ini menunjukkan bahawa pementasan drama ini adalah dibuat berdasarkan kepada skrip. sayangnya kita tidak tahu siapakah penulis skrip drama ini. dan sayang juga jajahan melayu tidak menyiarkan skrip itu dengan lengkap hingga akhirnya. 4 drama ini, selain daripada beberapa orang watak samping-an, mempunyai enam orang watak: guido, frederick, froli, raja, menteri dan juruloceng. berdasarkan kepada jenis wang yang digunakan dalam drama ini ialah doket, iaitu wang itali, dapatlah kita fahamkan bahawa seting atau latar belakang ceritanya ialah negeri itali. binatang peliharaan guido dan frederick ialah keldai, manakala makanan mereka ialah roti. dua perkara ini serta nama watak-wataknya menguatkan lagi tanggapan kita bahawa seting ceritanya bukanlah negeri-ne-geri melayu. dengan demikian dapatlah kita katakan yang drama ini bukanlah karangan pengarang tempatan. lagipun 223</Page><Page Number="241">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ia dipentaskan oleh sebuah sekolah inggeris. hingga hari ini sekolah-sekolah inggeris di malaysia kalau mementaskan drama akan memilih drama inggeris. penulis rencana yang membuat ulasan mengenai pementasan ini tidak juga menye-but sama ada pementasan ini dibuat dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu. pelakon-pelakon penting yang menja-yakannya terdiri daripada orang inggeris dan india. pemen-tasan ini dilakukan oleh sekolah inggeris taiping "kerana menghormati malam menerima hadiah bagi pelajaran ma-sing-masing yang di dalam tahun 1896". berdasarkan hal-hal tersebut, besar kemungkinan drama ini dipentaskan dalam bahasa inggeris. tetapi tidak pula dapat dinafikan kemungkin-an (tipis sekali) ia dipentaskan dalam bahasa melayu, kerana pengarang jajahanmelayu tidak menyebut yang ia dipentas-kan dalam bahasa inggeris. sama ada ia dipentaskan dalam bahasa inggeris atau melayu, pementasan ini memberi kita maklumat bahawa ia dilakukan berdasarkan kepada skrip atau naskhah bertulis. ini bererti sebelum lahirnya "meriam berpesawar, drama di tanah melayu sudah mengenal naskhah bertulis atau skrip. ini bererti pula bahawa skrip drama atau karya yang ditu-lis dalam bentuk drama sudah pun dilerima sebagai drama dalam pengertian drama waktu itu. suatu pengertian baru yang dibawa oleh orang yang ada hubungan dengan kesusas-teraan barat. dengan demikian "meriam berpesawat" walau-pun tidak dipentaskan dapatlah kita katakan yang ia sudah dapat dianggap sebagai hasil drama 5 mengikut pengertian drama pada waktu itu. walaupun pengertian ini masih terba-tas di kalangan orang yang mendapat didikan inggeris atau ada hubungan dengan kesusasteraan barat sahaja, dan belum lagi diterima atau disedari adanya pengertian begitu oleh dra-matis-dramatis/teaterawan-teaterawan melayu pada waktu itu. "meriam berpesawat" membawa kisah seorang kolonel portugis membeli sepucuk meriam setelah ia membaca be-rita mengenainya dalam sebuah akhbar. setelah itu ia pergi ke gudang membuat senjata untuk askar-askar platunnya di 224</Page><Page Number="242">"meriam berpesawat" skr1p drama melayu baru portugal. kepada tukang senjata di gudang itu ia memberi-tahu: "aku lihat di dalam surat khabar ada tersebut tukang-tukang senjata perancis di paris baharu sahaja dapat suatu kepandaian membuat meriam berpesawat yang boleh dibedil tiap-tiap sesaat tiga das...." tukang senjata tidak percaya ke-pada berita itu, katanya: "tak usah kolonel percaya kepada perkataan kertas khabar semata-mata, ia menambahkan per-kataan kerana hendak memenuhkan ruangannya sahaja." un-tuk membuktikan kebenarannya kolonel mengajak tukang senjata pergi ke padang kawad. di situ seorang sepai sedang memasang meriam berpesawat yang dibeli oleh kolonel tadi. sementara itu tukang senjata telah berjanji dengan kolonel sekiranya berita akhbar itu benar ia akan mencukur sebelah misainya atau menyeksa dirinya dengan seksaan yang belum pernah dibuat oleh bangsa portugis. setelah terbukti berita itu benar, tukang senjata tidak mahu mencukur sebelah mi-sainya kerana malu. ia memilih untuk menyeksa dirinya. dan satu-satunya seksaan yang belum pernah dibuat oleh bangsa portugis, menurut kolonel ialah: "... pada masa aku bekerja di tanah melayu dahulu adalah aku lihat anak-anak melayu yang berlidah panjang ibunya tenyeh cili padi di mulutnya." untuk menunaikan sumpahnya tukang senjata pun mene-nyeh serbuk cili padi ke mulutnya. latar belakang tempat berlakunya cerita ini ialah negeri portugis. hal yang serupa juga, iaitu latar belakangnya di luar negeri, berlaku pada cerpen-cerpen awal dan novel melayu yang pertama. kajian yang dikerjakan oleh hashim awang menunjukkan: dari cerpen-cerpen yang lahir di dalam awal tahun-tahun dua puluhan terdapat suatu hal yang menarik, iaitu ham-pir kesemuanya berlatarkan daerah luaran. cerpen-cer-pen pengasuh dan panduan guru, misalnya, banyak yang menceritakan kejadian-kejadian di negeri inggeris dan timur tengah.... namun demikian sikap dan pandangan yang dijelmakan adalah bersifat kemelayuan. (hashim awang, 1975:5) 225</Page><Page Number="243">sastera kebangsaan: isu dan cabaran novel melayu per tama, hikayat faridah hanum, berla-tarkan timur tengah, khususnya mesir. syed sheikh a1-hadi memilih seting timur tengah sesuai clengan persoalan dan mesej yang hendak disampaikannya, iaitu pandangan-pan-dangan moden dalam islam, di mana kemodenan itu sedang berlaku di negeri-negeri yang menjadi pusat agama islam, lalu mengharapkan pembaca-pembaca tempatan akan menerima pula kemodenan itu. di samping itu syed sheikh juga banyak membaca buku-buku dan novel-novel arab yang banyak pula mempengaruhi ide dan pemikirannya serta menjadi model-nya ketika menulis. barangkali hal yang serupa berlaku pada muhammad omar bin haji abu bakar. apabila kita membalik-balik lembar-an akhbar jajahan melayu, kita akan ber temu dengan agak banyak juga laporan dan berita-berita mengenai kegiatan teater. keadaan serupa ini agak susah kita temui dalam akh-bar-akhbar dan majalah-majalah lain yang diterbitkan sebe-lum perang. ini menunjukkan yang pengarang ini berminat dalam bidang teater. ketika menyaksikan pementasan yang dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah inggeris taiping beliau begitu tertarik dengan drama "segah (?) matahari di celah awan zulmat atau budak betul yang terlebih bahagia", lalu (mungkin) beliau meminta skrip drama tersebut dan menyiar-kan bahagian awal daripada drama itu dalam akhb arnya. barangkali skrip itulah yang mempengaruhinya untuk mencipta "meriam berpesawat". seting "meriam berpesawat" diambilnya negeri barat untuk memberi kesan yang lebih kuat terhadap mesej dramanya, kerana pada waktu itu (malah hingga hari ini juga) kemajuan selalu dihubungkan dengan negeri barat. sesuai pula dengan ceritanya mengenai ciptaan baru dalam senjata yang pastinya tidak terjadi di tanah me-layu. walau bagaimanapun, unsur kemelayuan tetap ada di dalamnya. dengan demikian kita dapati satu perkara yang menarik dalam proses pertumbuhan kesusasteraan melayu baru. ke-tiga-tiga bentuk penulisan baru — cerpen, novel dan drama — yang awal ditulis dengan berlatarkan negeri asing. ini antara 226</Page><Page Number="244">"meriam berpesawat" skrip drama melayu baru lain memperlihatkan bahawa kelahiran bentuk-bentuk baru dalam penulisan sastera melayu adalah hasil daripada perte-muan pengarang-pengarang melayu dengan kesusasteraan dan kebudayaan luar. seperkara lagi yang ditemui oleh hashim awang dalam cerpen-cerpen pada zaman awal ialah adanya pengaruh, yang dianggapnya hasil evolusi, daripada tradisi cerita jenaka yang merupakan salah satu daripada bentuk sastera lama. oleh itu, "tatkala ismail sulaiman mula-mula menulis cerita-cerita yang pendek untuk akhbar pengasuh, cerita-cerita luculah yang diciptakannya. ia mengetahui bahawa masyarakat su-kakan cerita-cerita lucu...." (hashim awang, 1975:106— 07). unsur lucu daripada tradisi cerita jenaka ini juga terdapat dalam "meriam berpesawat". sebenarnya unsur lucu me-mang sudah menjadi satu daripada ciri drama makyung dan bangsawan. unsur ini dimasukkan oleh muhammad omar ke dalam dramanya melalui watak tukang senjata, di mana watak ini kalau dipentaskan dengan mudah dapat dilakonkan sebagai watak lucu. walau bagaimanapun, "meriam berpesawat" bukanlah merupakan sebuah skrip drama yang ditulis mengikut teknik penulisan drama yang betul. tidak ada pembahagian babak dan adegan. tidak ada keterangan mengenai seting. ia ditu-lis sebagai sebuah cerita biasa. cuma yang membezakannya daripada cerita biasa ialah struktur ceritanya yang mementing-kan aksi dan dialog, di mana aksi-aksinya diterangkan dengan jelas dan konkrit hingga dengan begitu saja dapat diungkap-kan ke atas pentas. sungguhpun pengarang tidak menyusun ceritanya mengikut pembahagian babak atau adegan, atau pembahagian seting dengan jelas, kita masih dengan mudah dapat membahagikan adegan-adegannya. adegan pertama, kolonel membeli sepucuk meriam berpandukan berita yang dibacanya daripada sebuah akhbar. adegan kedua, di gudang membuat senjata, kolonel berdialog dengan tukang senjata. adegan ketiga, di padang kawad, kolonel dan tukang senjata melihat seorang sepai sedang memasang meriam berpesawat, dan meneruskan dialog mereka. adegan keempat, di rumah 227</Page><Page Number="245">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tukang senjata, dia membuat serbuk cili padi dan menenyeh-kan ke mulutnya. beberapa orang kanak-kanak yang melihat peristiwa itu bersorak-sorak. ciri terpenting yang ada pada karangan ini yang menye-babkan ia dapat dianggap sebagai sebuah drama ialah cerita-nya disampaikan dalam bentuk dialog. tanpa ciri ini "meriam berpesawat" tidak dianggap sebagai sebuah karya drama. sebagai mengakhiri tulisan ini, penulis ingin menegaskan bahawa penemuan ini adalah satu penemuan kecil saja dalam bidang sejarah kesusasteraan melayu umumnya dan sejarah drama khususnya. penemuan kecil ini membuktikan bahawa kajian mengenai sejarah drama, sebagai satu cabang kesusas-teraan, tidak dapat dilakukan terpisah daripada sejarah teater. dan kajian sejarah teater yang lebih sempurna amat rumit un-tuk dilakukan akibat daripada kurangnya dokumentasi yang berkenaan. namun kerumitan ini bukanlah alasan untuk kita mengabaikan bidang drama dan teater seperti yang pernah terjadi. penemuan kecil ini sekurang-kurangnya telah berjaya memperlihatkan bahawa bidang penulisan drama adalah pen-ting diberi perhatian dalam mengkaji sejarah perkembangan kesusasteraan melayu baru. siapa tahu di sana masih banyak lagi bahan-bahan drama dan teater yang tersembunyi dan akan memberi maklumat-maklumat yang penting untuk se-jarah perkembangan kesusasteraan melayu baru sekiranya bahan-bahan itu diselidiki? nota 1 akhbar ini tersimpan di arkib negara malaysia, petaling jaya. 2 pelakon-pelakon drama bangsawan atau makyung kebanyakan-nya adalah bertaraf profesional atau semiprofesional. untuk menjadi pelakon penting, mereka harus menjalani latihan hing-ga dua tiga tahun. 3 "segah", daripada tulisan jawi•iaitu "segah" atau "sigah". kata "segah" mempunyai dua erti: (1) berasa penuh (kerana kekenyangan, dll.), senak; (2) terlalu penuh berisi (pundi-pundi, karung, dll.) lih. dr. teuku iskandar (penyusun), kamus dewan, kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka, 228</Page><Page Number="246">"meriam berpesawat" skrip drama melayu baru 1970. kata "sigah" tidak ada dalam kamus bahasa melayu. satu kemungkinan lain ialah "singgah", iaitu dengan andaian huruf dari ltertinggal. 4 di hujung tulisan yang berkenaan pada keluaran 25 februari 1897 disebut "sambungan akan datang", tetapi dalam keluaran-keluaran berikutnya sambungan itu tidak ditemui. 5 dari jenis closet drama, iaitu drama yang ditulis bukan dengan motif untuk dipentaskan. 229</Page><Page Number="247">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lanipiran meriam berpesawat bahawa lama sudah pada suatu hari seorang kolonel por-tugis membeli sepucuk meriam perbuatan baharu bagaimana yang ia dapat baca di dalam akhbar dan pergilah ia meme-riksa gudang senjata bagi seldadu yang di dalam platunnya di portugal maka demi sampai ke sana berjumpalah ia dengan tukang senjata itu lalu diperiksa akan dia sebarang kehendak-nya maka di antara itu kata kolonel: aku lihat di dalam surat khabar ada tersebut tukang-tukang senjata perancis di paris baharu sahaja dapat suatu kepandaian membuat meriam berpesawat yang bo-leh dibedil tiap-tiap sesaat tiga das dan mengapa tukang di sini suka meniru sahaja yakni tiada mahu cari fikiran supaya menambahkan kepandaian yang boleh mengada-kan senjata lebih baik sekurang-kurang sama dengan per-buatan tukang perancis itu? tukang: tak usah kolonel percaya k epada perkataan ker-tas khabar semata-mata ia menambahkan per-kataan kerana hendak memenuhkan ruangannya sahaja. kolonel: begitu kau kata dustalah perkhabarannya? tiikang: tidak syak lagi. kolonel: seb abnya? tukang: bukannya senjata yang sahaya buat itu senapang kopak yang boleh mengisi patron ikut buntutnya dan di mana kolonel boleh dapat senjata yang lebih baik daripada perbuatan sahaya sekitar alam ini? 230</Page><Page Number="248">“meriam berpesawat” skrip drama melayu barii kolonel: kau suka memuji diri sahaja dan jika betul bagaimana perkataan akhbar itu apa kata kau? tukang: demi al-masih jika ada bagian seumur hidup sa-haya cukur misai sahaya atau gantinya sahaya seksakan diri sahaya dengan keseksaan yang be-lum pernah dibuatkan oleh bangsa portugis. kolonel: marilah bersama-sama aku pergi ke padang kawa'id (kawad) supaya boleh kaulihat sendiri. setelah itu berjalanlah keduanya ke padang kawa'id itu maka tatkala sampai ke sana tukang itu pun terpandanglah kepada sepai sedang memasang meriam berpesawat yang ba-haru dibeli oleh kolonel itu bukan-bukan pantas pekerjaannya hingga lenyap akal tukang melihat dia. kolonel: sekarang apa kata kau? tukang: benar sekali kolonel perkhabaran surat khabar itu. kolonel: terpaksalah tukang mencukur misai sebelah atau seksakan diri kau dengan keseksaan yang belum pernah dibuatkan oleh portugis. tukang: mencukur misai malu besar kolonel dan ter-lebih baiklah sahaya seksakan diri sahaya tetapi bagaimana keseksaan yang belum dibuatkan oleh bangsa portugis sahaya tiada tau dan tolonglah kolonel ajar kepada sahaya. kolonel: semua seksa telah dibuat oleh bangsa portugis hanya ini dia iaitu pada masa aku bekerja di ta-nah melayu dahulu adalah aku lihat anak-anak melayu yang berlidah panjang ibunya tenyeh cili di mulutnya maka keseksaan inilah yang belum dibuat oleh bangsa portugis. tukang: bagaimana buatnya kolonel? kolonel: kau ambil cili padi segenggam dan halus akan dia di dalam tempurung kemudian dengan tempu-rung itu tenyehkan ke mulut kau. wal-akhir kata sahibul-hikayat oleh sebab tukang itu hen-dak melepas sumpahnya dibuatlah bagaimana pengajaran 231</Page><Page Number="249">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kolonel tadi masya-allah lamun tertenyeh sahaja cili padi itu ke mulutnya ramailah kanak-kanak bersorak kepada bunyi hu-hu-siu-siup!! dengan berhamburan air matanya kerana kepe-dasan adanya. bibliografi a. bakar hamid, 1974. diskusi sastera, jilid sastera tradisi. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. ali haji ahmad, 1959. puisi baharu melayu (zaman permulaan). kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. dinsman. "buku-buku drama malaysia 1951-1974, satu senarai rujukan" dlm. dewan bahasa, januari 1975. dewan sastera, julai 1973. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. hashim awang, 1975. cerpen-cerpen melayu sebelum perang dunia kedua: satu analisa tentang tema dan struktur. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. ismail hussein, 1974. the study of traditional malay literature with a selected bibliography. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jaafa hs. "sajak lahir pada 26 oktober 1933" dlm. dewan sastera, jun 1972. jajahan melayu, 1897. kassim ahmad, 1960. kisah pelayaran abdullah. kuala lumpur: oxford university press. mohd. taib osman. "kesusasteraan melayu dan perubahan sosio-budaya" dlm. dewan bahasa, ogos 1974. s. affendi, 1967. "belajar memahami drama" dlm. bahasa dan kesusasteraan indonesia sebagai tjermin manusia indonesia baru. jakarta: gunung agung. dewan bahasa, disember 1975. 232</Page><Page Number="250">yang tegang berjela-jela dan kendur berdenting-denting firdaus abdullah sewaktu melafazkan ucapan penerimaan sea write award di bangkok bulan september tahun lalu (1982), sasterawan usman awang antara lain ber-kata: kita, penulis dan cerdik pandai tidak mungkin melepaskan diri dari segala kenyataan di sekeliling dan kita mesti memilih dan memihak kerana dalam dunia kita ini tiada siapa pun yang boleh berkecuali. 233</Page><Page Number="251">sastera kebangsaan: isu dan cabaran maka itulah para penulis memihak kepada golongan serta gerakan yang ingin mengukuhkan nilai-nilai kemanusiaan, menegakkan perdamaian sejati, dan memperjuangkan pembebasan sert a keadilan bagi bangsa dan negara yang tertindas. walaupun diucapkannya dalam majlis yang penuh de-ngan istiadat diraja dan protokol diplomatik, yang lazimnya diselubungi oleh kepura-puraan, namun kejujuran usman awang dalam melafazkan baris-baris tersebut tidaklah perlu diragukan. kecintaannya kepada kebebasan dan keadilan serta penentangannya terhadap penindasan dan kemelaratan mempunyai hubungan erat dengan budayawan yang berbakat luar biasa. dia lahir dari satu keluarga nelayan yang miskin di sebuah negeri yang kaya. semasa dia dilahirkan di kuala sedili, johor, pada bulan julai 55 tahun yang lalu, masyara-kat bangsanya sedang mengalami keaciaan politik, ekonomi dan kebudayaan yang menyedihkan. apabila dia meningkat dewasa, masyarakat bangsanya berjuang dengan gigih dan membangun dengan giat untuk menebus kembali martabat dan maruah yang tertindas dan dihina sekian lama. dan, keti-ka arah perjuangan dan pembangunan itu kadang-kadang ter-lalu dikuasai oleh cita-cita kebendaan, maka usman awang sebagai sasterawan bersuara dengan lantang mengingatkan nilai-nilai rohaniah dan kemanusiaan. demikianlah, kehidupan usman awang sering berhadap-an dengan berbagai-bagai kontradiksi, yang tegang berjela-jela dan kendur berdenting-denting. kontradiksi ekonomi memperlihatkan kesenangan yang melimpah-ruah di ka-langan segolongan kecil berbanding dengan kemelaratan yang melata-lata di kalangan segolongan besar. kontradiksi sosial memperlihatkan satu susunan masyarakat yang dari segi normatif menjunjung nilai-nilai dernokratis dan kesama-rataan — hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah — tetapi dari segi amalan dipenuhi oleh berbagai-bagai ben- 234</Page><Page Number="252">yang tegang berjela•jela tuk stratifikasi - pipit-pipit sama terhimpit, enggang-enggang berhati gedang. demikian pula halnya dengan kontradiksi politik. oleh sebab semuanya itu, kesempatan usman awang untuk mendapat pendidikan yang formal amatlah terbatas. dia hanya tamat darjah enam sekolah melayu pada peng-hujung tahun 1941 sewaktu kekuasaan kolonial inggeris di negeri ini tumpas oleh rempuhan tentera jepun. berikutan dengan itu sepanjang tahun 1940-an, usman awang melanjut-kan hidupnya sebagai seorang petani dan budak pejabat di se-gamat, buruh paksa di singapura, dan polis pangkat rendah di melaka. tetapi dalam kegersangan kehidupan ekonomi se-perti itu, bibit seni sastera yang tersemai di jiwa usman mulai ber tunas, dan kemudian tumbuh subur apabila beliau berhi-jrah ke singapura pada tahun 1951, dan bekerja di penerbitan akhbar melayu raya dan utusan melayu. semasa di singapura sepanjang tahun 1950-an itulah us-man awang membina asas yang kukuh untuk pengembangan bakat dan pembentukan sikap sasteranya. dengan dorongan dan bimbingan a. samad ismail dan pertubuhan yang terke-nal dengan nama angkatan sasterawan 50 atau asas 50, dan dengan kemudahan yang diperoleh daripada penerbitan utus-an melayu, usman dan rakan-rakannya ikut menggelorakan semangat antipenjajahan melalui tulisan-tulisan sastera dalam bentuk sajak dan cerpen serta melalui berbagai-bagai perte-muan berbentuk ceramah, forum, kongres dan sebagainya. semuanya itu dilakukan dengan kesedaran politik dan sosial bahawa bahasa dan sastera adalah alat untuk perpaduan ke-bangsaan dalam perjuangan kemerdekaan dan juga untuk memajukan fikiran rakyat sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat, kemakmuran, keamanan dan persaudaraan se-jagat. walaupun dia tetap menghasilkan sajak, cerpen, drama serta esei dan membimbing penulis-penulis muda, tetapi yang tidak kurang ketaranya mengenai diri usman awang dalam tahun 1960-an setelah berhijrah ke kuala lumpur - ialah ke-giatannya sebagai seorang aktivis kebudayaan dan pejuang 235</Page><Page Number="253">sastera kebangsaan: isu dan cabaran hak-hak kemanusiaan. dalam hal ini, apabila usman awang dilihat sekali gus sebagai seorang sasterawan dan pejuang hak-hak kemanusiaan, maka nampaklah satu gabungan yang menarik antara lenggang-lenggok bahasa sastera yang lem-but mengusap dengan kegigihan sikap dan keyakinan kema-nusiaan yang kuat dan penuh azam. demikianlah selama lebih 30 tahun dia menyaksikan dan menghayati berbagai-bagai peristiwa, seperti perarakan dan persidangan parti kebangsaan melayu malaya di melaka dalam tahun 1948, rusuhan nathrah di singapura tahun 1952, permogokan pelajar-pelajar sekolah menengah cina, dan ru-suhan buruh di singapura, kongres bahasa dan persuratan melayu ketiga di johor bahru, penubu han beberapa organi-sasi penting, peristiwa penentangan rang undang-undang ba-hasa dan penerokaan tanah secara nekad oleh petani-petani di teluk gong, konvensi hak asasi manusia dan berbagai-bagai peristiwa lain seumpama itu. dalam semua kegiatan tersebut, walau apa pun peranan yang dilakukannya, usman awang tetap hadir sebagai seorang sasterawan dengan karya-karya yang mencetus atau merakamkan peristiwa-peristiwa berkenaan. kesedaran sosial dan politiknya yang mendalam dijiwai oleh amalan yang berterusan dan konsisten. dari segi inilah usman berbeza dengan rakan-rakan seangkatannya dalam tahun 1950-an. usmanlah satu-satunya tokoh asas 50 yang benar-benar menghirup perjuangan dan pergolakan tahun-tahun 1950-an itu dengan segenap jiwanya dan berjaya me-luahkan rasa hati dan kepekaannya dalam pelbagai bentuk karya. dialah tokoh yang masih terus mengangkat tinggi dan mengibarkan panji-panji generasinya. keistimewaannya terletak pada kesejagatan daya tariknya dalam menentang penindasan dan menegakkan harga diri dan maruah manusia sebagai hamba ilahi. dia memberikan cita-cita generasinya satu landasan kemanusiaan yang mengatasi ideologi dan ba-tas bangsa dan fahaman. puisi-puisi usman mengangkat ge-nerasinya dari hanya sekumpulan yang meneriakkan pelbagai suara dan nada kepada satu angkatan yang menjunjung cita- 236</Page><Page Number="254">yang tegang berjela-jela cita kemanusiaan yang menjangkau batas sempadan benua dan zaman. dia memperhalus slogan menjadi satu nilai baru dalam sastera bangsa. pada diri usman cita-cita asas 50 tetap bergema dengan lantang dan berkembang menyambung suara dan cita-cita para pejuang keadilan dan pengalamannya semasa kanak-kanak dan remaja. dia lahir sebagai seorang bayi biasa, tetapi meningkat remaja dan dewasa sebagai seorang sasterawan dan menyuarakan kemerdekaan di palestin dan amerika la-tin, di afghanistan dan selatan filipina. kerana semangatnya yang tidak pernah luntur dan cita-citanya yang sentiasa segar serta daya kerjanya yang tetap gigih itulah barangkali maka oleh sesetengah pihak dia dianggap sebagai satu institusi. usman awang adalah seorang yang lincah atau versatil dari pelbagai segi. dia berkarya dalam berbagai-bagai me-dia sastera seperti sajak, cerpen, novel, drama radio, drama pentas, kritik dan esei. dalam tiap-tiap satu media sastera tersebut gaya penulisannya beragam-ragam pula. manakala tema yang dipilihnya meliputi dari kisah-kisah cinta "uda dan dara" belasan tahun, hubungan muhibah antara kaum, per-bezaan kelas dan martabat hinggalah kepada masalah perang dan damai serta persaudaraan manusia sejagat. semuanya itu telah menghasilkan antara lain sebuah novel, dua judul buku esei kesusasteraan, lapan judul buku drama, 300 judul sajak dan puluhan cerpen yang tersiar dalam tidak kurang daripada 31 akhbar dan majalah di dalam dan luar negeri. dalam seba-hagian daripada karya-karyanya itu telah menangkap minat orang asing hingga diterjemahkan kepada tidak kurang dari-pada sebelas bahasa termasuk bahasa cina, czechoslovakia, denmark, inggeris, itali, jepun, korea, rusia, tamil dan ba-hasa thai. segala jasa dan baktinya telah mendapat pengakuan oleh kerajaan malaysia apabila beliau dianugerahkan hadiah pejuang sastera dalam tahun 1976 dan oleh kerajaan negeri thai yang beliau dipilih sebagai salah seorang penerima sea write award di bangkok dalam bulan september tahun lalu. usman awang adalah satu anugerah alam kepada dunia 237</Page><Page Number="255">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kesusasteraan melayu dan kehidupan kebudayaan kebang-saan kita. sesuatu pemberian yang bernilai semestinyalah disambut dengan segala kesyukuran dan rasa terima kasih serta penghargaan yang tinggi, didakap di riba dada dan di-tatang di atas jemala. berdasarkan sem angat dan kesedaran demikianlah, universiti malaya memutuskan untuk memah-kotakan satu ijazah kehormat yang tertinggi kepada tokoh sastera dan aktivis kebudayaan kita. dewan sastera, september 1983. 238</Page><Page Number="256">citra wanita berbilang kaum dalam cerpen penulis sarawak 1990-2000 hajijah jais pengenalan dalam seminar citra wanita dalam kesusasteraan melayu 1930-1990 pada tahun 1991 di dbp kuala lumpur, saya diminta oleh pihak penganjur untuk menyediakan dan membentangkan kertas kerja yang ber-tajuk "citra wanita dalam karya penulis sarawak". apabila pihak penganjur perhimpunan penulis sarawak berbilang kaum (ppsbk) ini meminta saya menyediakan satu kertas pula, dan tempoh waktu karya yang perlu dikaji ialah satu dekad terakhir ini (1990-2000), lantas saya terfikir mengapa tidak saya lanjutkan sahaja usaha awal saya itu? perkiraan itulah antara faktor yang mendorong lahirnya tajuk kertas 239</Page><Page Number="257">sastera kebangsaan: isu dan cabaran saya seperti yang ada pada hari ini, dengan sedikit perbezaan dari segi pemilihan watak wanitanya yang terdiri daripada ma-syarakat berbilang kaum (sempena perhimpunan ini). walau-pun saya memilih watak wanita, tetapi fokus perbincangan bu-kan setakat melihat persoalan wanita dan kewanitaan itu sahaja. watak wanita di sini berperanan lebih sebagai pengantara untuk melihat persoalan ataupun mauduk yang lebih besar, iaitu sejauh manakah keberhasilan pengarang menemui khala-yaknya, iaitu pembaca yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. memang sudah ada percubaan unt uk memasukkan watak berbagai-bagai kaum dalam karya sastera kita, tetapi percubaan ini semacam dipaksakan. pengarang tidak berusaha memperke-nalkan masalah antara kaum atau masalah semua kaum secara natural dan neutral dalam karyanya. datuk hassan ahmad, seorang tokoh dan pemimpin terkenal dalam bidang pembinaan dan pengembangan bahasa, sastera, dan penerbitan pernah menyuarakan hal ini. antara lain beliau menyebut bahawa tidak banyak orang bukan melayu yang mem-baca sastera melayu. ini bukan semata-mata kerana sastera itu di-tulis dalam bahasa melayu, atau pembaca tidak dapat menguasai bahasa melayu, tetapi kerana dari segi isi, tema, mood, semangat dan mesejnya sastera itu secara sedar ditulis untuk orang me-layu, bukan untuk semua kaum malaysia (1988:299). seperkara lagi yang perlu saya nyatakan, dalam meneliti karya-karya yang dipilih ini, saya hadkan penelitian kepada cer-pen-cerpen (genre yang telah ditetapkan penganjur) yang telah dibukukan. ini bermakna dengan sendirinya cerpen eceran yang pernah disiarkan dalam tempoh waktu yang sama terkeluar dari-pada skop penelitian dan perbincangan ini. dalam menentukan buku-buku itu pula, saya juga telah mengehadkannya kepada beberapa buah buku sahaja yang tahun penerbitannya adalah an-tara 1990 hingga 2000. citra wanita berbilang kaum kepelbagaian (berbilang) kaum merupakan satu ciri ataupun kriteria yang diutamakan dalam pemilihan karya yang dibin- 240</Page><Page Number="258">citra wanita berbilang kaum cangkan. ini sekali gus menafikan tanggapan (kalau berbang-kit) bahawa cerpen-cerpen yang tidak dipilih itu tidak baik ataupun tidak bermutu. di samping itu, aspek penyajian juga diambil kira. bagaimana seseorang pengarang menanggapi watak wani-tanya dalam karyanya juga turut diperhitungkan. wujudkah perbezaan tanggapan antara pengarang lelaki dengan pe-ngarang wanita? bagaimanakah nasib wanita di tangan lelaki? persoalan yang bagaimanakah yang dibawa oleh pengarang secara keseluruhannya? seperti yang kita maklum, citra wanita merupakan suatu persoalan yang konvensional yang sukar untuk diubah. ini kerana wanita telah membawakan imej keghairahan sejak sekian lama. perlakuan manusia di dalam entah berapa tama-dun menjunjung imej negatif ini sejak zaman firaun hing-galah kerajaan moghul india, kemudiannya zaman victoria (dewan masyarakat, bil. 9:9). walaupun sudah ada pelbagai usaha dilakukan, saya fikir ada ruang yang masih perlu diisi untuk memperbaiki dan me-ningkatkan citra wanita ini pada mata masyarakat. persoalan ini bukan merupakan persoalan setempat tetapi persoalan yang bersifat global. dalam konteks ini, golongan karyawan mempunyai peranan yang penting dan tersendiri dalam mem-beri anjakan terhadap tanggapan yang membelenggu wanita sejak sekian lama ini. karya pilihan seboleh mungkin, saya cuba meneliti sebanyak mungkin karya yang diterbitkan dalam dekad terakhir ini. walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan dan hambatan yang tidak memungkinkan keberhasilan cubaan tersebut. oleh sebab itu, usaha alternatif perlu difikirkan meskipun hasilnya tidak seperti yang diimpi-impikan. dalam usaha kecil dan amat sederhana sifatnya ini, penelitian dihadkan kepada beberapa buah karya sebagai mewakili karya-karya yang lain daripada beberapa buah antologi dan kumpulan 241</Page><Page Number="259">sastera kebangsaan: isu dan cabaran cerpen (seperti yang berikut): a. wali 1. wali" (lena piee) .2. "bukan begitu kehendak hati" (jamilah morshidi) 3. "sebuah tasik sebuah cinta" (ratnawati jamil) b. kedpung bunga jambu 1. "kumang" (abang patdeli abang muhi) 2. "tangkap basah" (abang patdeli abang muhi) 3. "ketipung bunga jambu" (majuni plera) 4. "main kasar" (majuni plera) 5. "siapa sangka" (majuni plera) 6. "punah" (mohamad sebli) 7. "paraquat" (zakaria embi) c. bunga rimba 1. "antara ombak keributan" (jong chian lai) 2. "pasrah" (jong chian lai) 3. "bunga rimba" (jong chian lai) 4. "rabat" (jong chian lai) d. menganyam kedukaan 1. "ini yang kupilih" (jais sahok) 2. "menganyam kedukaan" (jong chian lai) 3. "latah" (putera malim) 4. "bergendang" (ratnawati jamil) 5. "fajar merah" (abang patdeli abang muhi) e. pilihan 1. "dewi" (sophia michael jenang) 2. "kasih solehah" (rosani hiplee) 3. "misteri" (sophia michael jenang) 4. "malam yang liar" (awang kelana awang hassan) 242</Page><Page Number="260">citra wanita berbilang kaum f. meminggir angin 1. "senja sang kumang" (monir sajili) 2. "sepuntung rokok dan sepasang kasut palco" (mu-haimi suhaili) 3. "nur hidayat" (idris boi) g. cikgu xi 1. "rahsia lubuk mandi" (hajinah mohamad) 2. tewas bukan mengalah" (sara beden) 3. "erti sebuah persahabatan" (zainal abidin ahim) h. cikgu xiii 1. "di hujung malam" (jais sahok) 2. "catatan seorang kaunselor" (abang median abg. said) secara keseluruhannya, watak dalam cerpen-cerpen yang telah disenaraikan di atas masih dikuasai oleh watak wanita melayu. cerpen-cerpen seperti "bukan begitu kehen-dak hati", "sebuah tasik sebuah cinta", "tangkap basah", "ketipung bunga jambu", "main kasar", "siapa sangka", "punah", "ini yang kupilih", "bergendang", "fajar merah", "dewi", "kasih solehah", "misteri", "sepuntung rokok dan sepasang kasut palco", "rahsia lubuk mandi", "tewas bukan mengalah", "erti sebuah persahabatan", "di hujung malam", dan "catatan seorang kaunselor" itu semuanya mengemuka-kan watak wanita melayu, dan daripada pengarang-pengarang itu hanya seorang pengarang yang bukan keturunan melayu, iaitu sophia michael jenang, yang berketurunan iban. watak-watak wanita kaum iban pula terdapat dalam cer-pen-cerpen seperti "bunga rimba", "rabat", dan "kumang", sementara watak wanita india dan sedikit watak wanita cina kita temui dalam cerpen "antara ombak keributan", "pas-rah" dan "menganyam kedukaan", dan peranan watak wanita cina yang agak penting kita ketemukan dalam cerpen "nur hidayat" karya idris boi. 243</Page><Page Number="261">sastera kebangsaan: isu dan cabaran memadaikah kalau hanya setakat ini karya-karya penulis sarawak yang ada untuk kita katakan sebagai cerminan ke-pelbagaian kaum itu tadi? sebenarnya terdapat banyak lagi karya yang memuatkan watak-watak berbilang kaum tetapi wataknya lelaki, misalnya watak lelaki cina dalam cerpen jong chian lai yang berjudul "dunia orang tua", "siapa pem-bunuh anakku", "si ho si guek" dan "ularrrr" atau watak lelaki kaum penan dalam "meroboh tembok". kesemua cer-pen ini dimuatkan dalam kumpulan cerpen jong chian lai, bunga rimba. selain itu jiso rutan juga gemar menampilkan watak orang bidayuh dalam cerpen-cerpen beliau, contohnya, "kalau ajal belum tiba", "rumah baru gergaji rantai" dan "burung, anak dan kenangan", juga watak orang cina dalam sebuah lagi cerpennya yang berjudul "jiran tetangga". watak orang ulu (kayan) juga diketengahkan dalam cerpen "ke-liring", karya tega bilong dan watak kaum melanau dalam "pesta kaul", karya jeli bohari biha, "meligun" dan "kam-pung halaman", karya dick b. jack. citra wanita yang bagaimanakah yang terpancar melalui karya-karya yang dipilih? saya tidak akan membincangkan secara terperinci setiap cerpen ini; memadai sekadar merang-kumkannya berdasarkan persoalan-persoalan yang berkaitan antara cerpen-cerpen yang berkenaan. walaupun terdapat kemajuan yang dicapai pengarang dari segi penguasaan terhadap bidang penulisan, pada ke-seluruhannya cerpen-cerpen ini tidak membawa perubahan yang ketara dari segi persoalan yang diketengahkan. wanita masih diletakkan di takuk lama dengan persoalan yang bersi-fat "fitrah" wanita. persoalan-persoalan sebegini sudah dite-mui dalam karya-karya tahun 1980-an seperti karya awangku merali pengiran mohamed, abdillah s.m., jamilah morshidi, dan lena piee (sekadar menyebut beberapa nama). sebagai contoh kesemua cerpen majuni plera yang dipilih tidak jauh berbeza (kalaupun ada) daripada cerpen-cerpen beliau sebe-lumnya; juga beberapa cerpen awangku merali (terutamanya "pesta") dan abdillah s.m. ("hening cipta" dan "kunang-kunang") pada tahun 1980-an. majuni plera, dengan penuh 244</Page><Page Number="262">citra wanita berbilang kaum bergaya (dan unggul) terus memaparkan watak wanitanya sebagai simbol keghairahan. perhatikan pelukisan majuni ter-hadap watak kak siti dalam cerpen "ketipung bunga jambu". aku bukan tak tahu. siapa-siapa yang tak tahan iman, me-mang mudah memendam rasa apabila melihat goyang punggung dan tonjolan buah labu pungi yang lain macam saja di dada kak siti itu. (ketipung bunga jambu:221) begitu juga dalam cerpen beliau, "siapa sangka". segera tertangkap oleh mata bidin paha idah yang putih melepak dan licin bolos macam batang pisang terkupas itu. (ketipung bunga jambu:224) wanita sebagai simbol/mangsa seks juga terdapat dalam cerpen "di hujung malam" (dhm) karya jais sahok, "erti sebuah persahabatan" (esp) karya zainal abidin ahim, "catatan seorang kaunselor" (csk) karya abang median abang said, "dewi" (d) karya sophia michael jenang, "tang-kap basah" (tb) dan "fajar merah" (fm) karya abang patdeli, "senja sang kumang" (ssk) oleh monir sajili, "bunga rimba" (br) karya jong chian lai, "sepuntung rokok dan sepa-sang kasut palco" (srdskp), karya muhaimi suhaili, "main kasar" (mk) oleh majuni plera, "titik hitam atap rumbia" (thar) karya buang haji umar, dan "kasih solehah" (ks) karya rosani hiplee. dalam dhm, ani telah dihantar ke pu-sat perempuan rosak akhlak kerana telah membunuh anak luar nikahnya yang baru lahir. peristiwa itu menghantui ani sehingga dia sering diserang histeria di pusat itu. csk pula memaparkan nasib dan derita seorang anak yang bernama nurhidayah, yang sering dirogol oleh ayah kandungnya sendiri. guru kaunselor di sekolahnya cuba menyelamatkan nurhidayah yang ternyata menghadapi tekanan jiwa dan ber-sikap pendiam serta murung. sementara itu, shidah, seorang 245</Page><Page Number="263">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran pembantu rumah dalam "dewi" telah memohon untuk ber-henti kerja setelah mengadu majikannya, wak latip, sering mengganggunya. munah, isteri wak latip, berasa curiga tetapi wak latip menafikan dakwaan shidah, sebaliknya dia menganggap dakwaan shidah itu sebagai sesuatu yang me-lucukan. shidah digantikan oleh dewi, gadis sunti yang ber-asal dari negara jiran, indonesia. dewi rnenjalankan tugasnya dengan baik termasuk melayani makan minum wak latip se-belum wak latip turun bekerja dan munah yang memang sibuk dengan kerja sosialnya itu berasa lega kerana beban kerja rumah ditangani oleh dewi. walau bagaimanapun, pada suatu hari, setelah lebih setahun dewi bekerja dengan keluarga itu, seluruh kampung heboh. wak latip ada isteri muda. dewi namanya. siapa yang dipersalahkan? tentulah munah. dalam cerpen "kasih solehah", solehah hampir-hampir menjadi mangsa pak longnya sendiri apabila dalam keadaan mabuk pak longnya masuk mencerobohi biliknya, dan cuba berbuat sumbang. solehah yang memahami kepin-cangan keluarga itu faham akan tuntutan batin pak longnya. walaupun hidupnya diselubungi mate rial, lelaki itu papa dambaan kasih isteri dan manjaan anak-anak. (pilihan:168) di sini, walaupun ternyata lelaki yang melakukan kesilap-an, wanita juga yang tetap dipersalahkan. imej ini juga sudah lama didukung oleh wanita. watak wanita penggoda pula terpancar dalam cerpen esp. diana merupakan kekasih hasyim, sahabat kepada rizal. pada suatu hari diana pergi ke rumah hasyim dan rizal dan mendapati hanya rizal berada di rumah. tanpa rizal sedari, diana menghampiri dan duduk di se-belah rizal. tangan diana menyentuh lembut bahu rizal sambil mengusapnya perlahan-lahan. (cikgu xi:164) kecurangan sebegini juga dibicarakan dalam srdskp. 246</Page><Page Number="264">citra wanita berbilang kaum watak yang hanya disebut sebagai "wanita itu", bekas perem-puan simpanan datuk amin dan pelacur, cuba diselamatkan oleh jeffrey tetapi akhirnya dia menyedari bahawa dia mencin-tai wanita itu. namun, akhirnya wanita itu bermain kayu tiga dengan kawan jeffrey sendiri, iaitu roslan, yang sememang-nya menghadapi masalah keluarga, akhirnya membunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri. pengarang br juga tidak mengambil pendekatan yang positif apabila memaparkan persoalan ngayap. wanita tetap dijadikan pertaruhan hingga membangkitkan rasa dendam di kalangan lelaki yang berusaha memiliki wanita yang berkenaan sehingga menimbulkan fitnah, dan selanjutnya pergaduhan. dalam br, cikgu jelus, seorang guru yang ber-asal dari ulu tembeling, nyaris-nyaris menjadi mangsa amal-an tersebut (ngayap). sebelum ini, cikgu jelus pernah men-dengar cerita tentang ngayap daripada cikgu lajis, rakan se-maktabnya yang dipaksa mengahwini umai. cikgu jelus juga menghadapi situasi yang serupa. apabila cikgu jelus meno-lak ajakan malai untuk berkenalan dan masuk ke biliknya, dan mengatakan maruah diri malai rendah, malai telah me-reka satu cerita lain. dia mendakwa cikgu jelus cuba meng-godanya tetapi dia menolak kerana cikgu jelus orang luar. katanya lagi, cikgu jelus yang mungkin berasa malu dengan penolakannya itu tidak terus pulang, sebaliknya dia memba-las dendam dengan mencuri meriam tembaga ayahnya (tuai rumah). cikgu jelus dibicarakan atas kesalahannya itu. tidak seperti cikgu lajis yang mengalah pada keadaan, cikgu jelus tetap mempertahankan pendiriannya. dia tetap menolak cinta malai sebab dia yakin malai bukan anak gadis lagi. wanita sebenarnya sudah dibiarkan begitu lama bergelut dengan krisis citra diri ini. pada satu pihak, terpancar citra wanita yang progresif, optimis, serta mempunyai pegangan yang kukuh tentang nilai-nilai dan norma-norma hidup se-bagai wanita. cerpen "kumang", bbkh, iyk dan tbm mem-beri sedikit anjakan terhadap pendirian wanita. watak kumang dalam cerpen "kumang", misalnya cuba membawa pembaharuan terhadap masyarakat di rumah pan- 247</Page><Page Number="265">sastera kebangsaan: isu dan cabaran jangnya. kumang cuba menyedarkan masyarakatnya tentang beberapa adat dan amalan lama yang tidak menguntungkan itu tetapi dia mendapat tentangan. suku kaumnya memang sukar menerim a perubahan. suku kaumnya memang terlalu patuh dan akur pada adat. adat telah menyimpul mati jiwa dan fikiran suku kaumnya. (ketipung bunga jambu:4) "bergendang" karya ratnawati jamil merupakan sebuah lagi cerpen yang mengetengahkan persoalan yang serupa. hamsiah yang bakal berkahwin tidak bersetuju dengan kepu-tusan ibunya mengadakan upacara bergendang. hamsiah, sebaliknya, telah menjemput kumpulan pemuzik untuk me-nyerikan upacara perkahwinannya itu. tindakan hamsiah itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan golongan tua. walau bagaimanapun, kedua-dua buah cerpen ini tidak menampilkan watak wanita dinamik yang menerapkan nilai-nilai budi. walaupun mereka wanita terpelajar tetapi mereka gagal menyelami jiwa nurani golongan masyarakat "yang lebih dulu makan garam". tindakan mereka kasar dan me-lulu, malah kadang-kadang cepat "melatah". kita memang selalu terdengar rungutan yang mengatakan "wanita apabila berkuasa, memang susah, bla bla bla...." ini suatu tang-gapan yang umum terhadap wanita, bukan hanya untuk satu-satu kaum yang tertentu. bilakah "tanggapan" yang bagaikan sudah dimeterai kepada wanita ini berakhir? mungkin hanya wanita yang boleh menjawabnya. narnun saya fikir sikap sebegini mempunyai kaitan yang rapat dengan keegoan le-laki itu sendiri yang kurang dapat menerima hakikat bahawa mereka telah disaingi wanita! mungkin penulis perlu meneliti dengan mendalam akan hal ini dan dapat melahirkannya se-cara kreatif dalam tulisan mereka. hanya dalam cerpen "nur hidayat" kita ketemukan watak yang lebih feminin. siew lan, gadis cina yang telah memikat hati nurden, telah menunjukkan sifat-sifat yang lembut selain 248</Page><Page Number="266">citra wanita berbilang kaum mempunyai minat membaca buku-buku agama islam. nur-den pula seorang anak yang terkongkong hidupnya. segala-galanya ditentukan oleh orang tuanya sehinggakan kursus yang diambilnya di universiti juga mengikut kehendak me-reka. di situlah nurden bertemu dengan siew lan. mereka sama-sama mengambil bidang perubatan. apabila tamat pengajian, orang tua nurden ingin men-jodohkan anak mereka itu dengan hayati, anak pak haji murad, rakan lama mereka. sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, nurden menghadapi dilema. ketenangan siew lan, bagaimanapun, telah memberi semacam kekuatan pada nur-den, lantas dia berterus terang dengan orang tuanya. "tapi yang satu ini, nurden minta biarlah nurden diberi peluang untuk memilih jodoh nurden sendiri, ibu, ayah. berikanlah nurden peluang. hanya sekali ini." (meminggir angin:109) wanita yang cuba lari daripada dibayangi lelaki juga terdapat dalam cerpen bbkh, iyk, dan tbm. nora dalam bbkh mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan-nya dengan annuar. "kalau aku menurut semua kehendakmu, di manakah letaknya kelainan kita? di manakah kita mencari pemba-haruan? hidup ini akan kosong, pudar dan membosan-kan." (wali:62) dalam cerpen tbm, mira juga menolak cinta azhan yang terlalu angkuh dengan kedudukannya sebagai jurutera dan memandang rendah tugas seorang guru seperti mira, tetapi pada masa yang sama dia amat mencintai mira. "bagaimana kau nak menghadapi mereka? kau hanya seorang perempuan, lembut pulak itu." (cikgu xi:116) 249</Page><Page Number="267">sastera kebangsaan: isu dan cabaran perhatikan pula dialog seterusnya: "... han mahu mira menerima sepenuh hati dan mira juga harus meninggalkan pekerjaan mira sekarang. gaji han lebih daripada cukup untuk kita...." (cikgu xi:122) dalam iyk, watak "aku" yang pada awalnya menghadapi dilema dalam memilih calon suaminya, antara mustapha yang hartawan dan senang membeli cinta, dengan rosli yang serba sederhana tetapi memiliki kegigihan berusaha dan bersikap tenang, akhirnya telah membuat suatu keputusan bijak. lalu pada malam yang kujanjikan, kedua-dua orang jejaka itu menampakkan kelibatnya masing-masing. mustapha dengan gayanya yang tersendiri seperti yang selalu kuba-yangkan cara orang senang. rosli pula dengan air muka ketenangannya. (menganyam kedukaan:33) kemudian: tanpa kusedari langkah kakiku mendekati rosli. (menganyam kedukaan:33) kata "aku": "inilah pilihanku. maaf, ini bukan dunia perniagaan. maaf-kan aku juga kerana aku sekadar seorang perempuan. kembalilah kepada bekas kekasihmu." (menganyam kedukaan:33) barangkali cerpen-cerpen yang sebegini patut diperba-nyakkan kerana sinonimnya wanita dengan segala bentuk kelemahan ini begitu sukar untuk diperbaiki. wanita secara umumnya masih dibayangi lelaki (pa-triarch). dalam cerpen "rabat" yang berupa catatan/surat 250</Page><Page Number="268">citra wanita berbilang kaum seorang anak perempuan kepada ibunya, memberitahu ba-hawa dia tidak dapat balik ke kampung semasa kematian seorang penghuni rumah panjangnya. kami nak balik tapi suami menegah. dia melarang keras. (bunga rimba:77) cerpen wali" juga menunjukkan betapa pentingnya pe-ranan lelaki terhadap wanita. walaupun penulisnya memapar-kan kepentingan ini dari sudut lain, iaitu gambaran tentang kegelisahan haji amin dan hajah limah menghadapi saat-saat anak mereka, fatimah, hendak diijabkabulkan, ia ma-sih menampakkan kepentingan peranan itu tadi. wali mesti seorang lelaki - itu memang tidak dapat diubah lagi. selain daripada mesti seorang lelaki, tanpa wali yang sah, maka fi-dak sahlah pernikahan itu. dalam konteks cerpen ini, haji amin dan hajah limah tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan fatimah bahawa orang yang dianggapnya ayah selama ini bukan ayah yang sah, kerana fatimah anak luar nikah mereka. dilema ini dipaparkan secara menarik oleh lena, baik melalui dialog mahupun pemikiran watak. lena memang diakui mempunyai gaya dan kedudukan yang tersendiri dalam bidang penulisan pada tahun 1980-an (tetapi sayangnya lena tidak berkarya lagi sekarang). selain itu, imej ibu tiri yang jahat juga masih belum berubah. pengarang belum mampu melarikan diri daripada pengaruh cerita "bawang putih bawang merah", dan masih terus-terusan menghidupkan persoalan ini. cerpen seperti "paraquat" dan "rahsia lubuk mandi" merupakan antara contoh cerpen yang membawa persoalan yang sedemikian. dalam "paraquat" krishna amat tertekan dengan kehidupan-nya yang sentiasa dileteri ibu tirinya. bagi krishna, suara ibu tirinya itu bagaikan halilintar, dan kata-katanya itu mem-punyai "kuman" dan "racun" yang membunuh semangatnya untuk terus hidup. dalam rlm, sofia menghadapi deraan secara fizikal dan emosi daripada ibu tirinya yang bernama rosnah. kedua-dua buah cerpen ini berakhir dengan peris- 251</Page><Page Number="269">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tiwa tragis apabila krishna dalam "paraquat" meminum racun rumput (paraquat) dan sofia didapati mati lemas di sungai (lubuk), tempat dia selalu mencurahkan segala isi hatinya semasa hayatnya. imej wanita tabah boleh kita temui dalam cerpen aok yang memenangi hadiah penghargaan peraduan hadiah cerpen malayan banking - dbp iii, yang dimuatkan dalam kumpulan cerpen persendirian beliau, bunga rimba. kumpulan cerpen ini pernah saya perkatakan dalam kertas kerja yang berjudul "nekamasyarakat dalam bunga rimba" yang dibentangkan dalam seminar karya generasi baru iii di dbp kuala lumpur pada tahun 1998. melalui aok, jong chian lai memaparkan ketabahan watak wanita india yang bernama saraswati, ibu kepada dua orang anak, iaitu balachandran dan vellu. dia dan anak-anak hidup menderita setelah ditinggalkan suaminya, ramachandran. ramachandran menghilangkan diri setelah menodai isteri sahabatnya, mutusamy, yang bernama saroja. setelah dinodai, saroja didapati mati dibunuh. saraswati juga akhirnya meninggal dunia akibat penyakit lelah yang dihi-dapinya sejak beberapa lama. anaknya, balachandran dan vellu, dijaga oleh gunapathy. seperti aok, "pasrah" juga mengete-ngahkan persoalan kemiskinan. seorang ibu bernama kaliama begitu tabah menghadapi dugaan hidup akibat kelakuan anak lelakinya, thangavelu, yang tidak putus-putus menimbulkan masalah kepada keluarga. suami kaliama, maniam, mening-gal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. thangavelu ge-mar melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang sekalipun hasil pendapatannya lumayan dan dia tidak pula lupa menghulurkan bantuan kepada ibu dan adik-adiknya. namun cara thangavelu merajut kemiskinan keluarga itu ti-dak wajar; dia mencuri dan merompak di beberapa buah ne-geri selain kuala lumpur. hidupnya dalam buruan dan jiran tetangga tidak dapat tidur lena setiap kali dia menjengukkan muka di kawasan setinggan, tempat tinggal keluarganya itu. perasaan seorang ibu, antara perasaan kasih, sayang, kasihan, kerisauan, kesengsaraan, dan rasa tanggungjawab, (seperti ibu-ibu yang lain) berbaur di dalam diri kaliama. perhatikan 252</Page><Page Number="270">citra wanita berbilang kalim pelukisan pengarang tentang kegelisahan kaliama. jejak-jejak lama thangavelu bagai semarak api yang mere-bak, menerjah dan menghunjam bilah-bilah jarum bisa berkarat ke dalam hati kecilnya: degupnya semakin mende-sak, sesak dan dupdupnya pantas kerana wajah thangav-elu dan angamah bagaikan mencerminkan makna tersen-diri; sukar untuk mentafsirkannya walaupun anak-anaknya dibesarkan dengan dua tapak tangan itu. yang dia tafsirkan, thangavelu itu debu tanah yang keras, menyongsong arus angkuh, menyongsangkan angin damai, menyontek per-adaban manusiawi sejagat. (bunga rimba:141) selain ketabahan seorang ibu, pengorbanan yang paling besar dan pahit yang tidak semua ibu boleh lakukan ialah tindakan kaliama memanggil encik azmi untuk menangkap anaknya, thangavelu, yang pada ketika itu menziarahi dia dan angamah di rumah. jong chian lai telah berjaya membentuk suasana yang mengharukan ini dengan baik dan berkesan. thangavelu kecundang antara kaliama dan pelukan ke-sedaran, yakin dapat membebaskan dirinya. angamah menjeling marah pada wajah emaknya yang membunga riang, betapa pada malam hujan gerimis itu bagaikan hari paling bahagia dalam hidupnya selepas kematian maniam. thangavelu membulatkan niat untuk merempuh tubuh ka-liama yang tercegat di pintu dapur; dibayanginya tubuh itu bagai bara-bara api yang perlu dipijak dalam upacara ke-agamaan untuk membebaskan dosa-dosanya selama ini. apakah dia yakin memijak bara-bara api itu tanpa merasa kesakitan? thangavelu tunduk. perempuan tua itu mampu menundukkannya dalam kelembutan keperempuanannya; tanpa ragu tanpa rindu tapi penuh yakin anak lelakinya akan menjadi manusia jujur dan baik semula. (bunga rimba:159) berbeza dengan watak saraswati mahupun kaliama, angamah dalam cerpen mk menampakkan kegarangan 253</Page><Page Number="271">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran serta sikap tidak bertanggungjawab seorang ibu. angamah begitu bengis hinggakan suaminya, rajendran, menghadapi tekanan mental. anak-anak mereka yang masih kecil, theva-nai dan adiknya, ravi, menjadi mangsa. mereka didera dan dikunci di dalam rumah tanpa penjaga apabila rajendran dan angamah pergi bekerja. apabila balik dari bekerja, angamah sering pula memukul anak-anaknya itu. kesengsaraan dua ber-adik ini juga berakhir dengan tragedi apabila ravi memakan kesemua pil tidur ayahnya. apabila mendapatkan ravi, adiknya itu sudah mengunyah pil ayah thevanai biarkan sahaja, dia takut ravi mena-ngis semula thevanai selalu melihat ayahnya menelan pil itu. sewaktu menelan pil itu ayah tidur sampai pagi. pada paginya ayah bangun seperti kebiasaannya. ravi pun akan bangun seperti ayah, fikir thevanai. dia senang kerana ravi sudah pun baring. ravi akan tidur tidak lama lagi. matanya sudah kuyu menahan kantuk, seperti ayah. ravi tidak merengek lagi! pil kecil warna merah itu sudah habis. (menganyam kedukaan:59) sikap tabah wanita juga boleh kita lihat pada watak ana dalam cerpen thar. akibat kemiskinan, ibu ana tidak mam-pu menjelaskan yuran peperiksaan stpmnya. dia menyuruh anaknya itu berhenti sekolah tetapi ana enggan. dalam kon-teks ini, pengarang berjaya mengetengahkan watak yang menampakkan kegigihan dan ketabahannya dalam menimba ilmu tetapi ironinya dia sanggup melacur untuk mendapatkan wang tersebut. meskipun keadaan mendesak, adakah pela-curan itu merupakan penyelesaian yarig terbaik? tidakkah ada kerja lain yang lebih murni selain daripada menggadai-kan maruah diri sebegitu rupa? mungkin ana terlalu kecewa dengan tindakan penghulu haji drahman yang telah mem-beri syarat tanah pusaka mereka mesti digadaikan kepadanya sekiranya mereka ingin meminjam wang daripadanya, juga syarat cikgu zakri yang mahu ana menerima cintanya jika ingin dia (cikgu zakri) membantunya menyelesaikan yuran 254</Page><Page Number="272">citra wanita berbilang kaum tersebut? kehadiran mama wong menambah buruk keadaan. ternyata mama wong juga tidak memiliki perasaan simpati, sebaliknya dia meletakkan kepentingan diri mendahului nilai-nilai kemanusiaan. "bayarannya lumayan." mama wong tersenyum puas. (menganyam kedukaan:309) namun, apa juga alasan, desakan keadaan tidak harus dibiarkan untuk menentukan kehidupan. pengarang seha-rusnya merencanakan suatu pendekatan dan peleraian yang lebih positif jika persoalan imej itu yang dipentingkan. sebuah lagi cerpen yang tidak memihak kepada wanita ialah "malam yang liar" (myl) dan "misteri". dalam myl, watak ayu merupakan "gunting dalam lipatan". dia tahu roslan sudah bertunang dengan rasyidah tetapi dia tetap mendampingi roslan. roslan pula lelaki yang menganggap pertunangan itu hanya sebagai "ikatan" tidak rasmi yang be-lum menjanjikan sebuah perkahwinan. dalam masa bertu-nang, dia masih bebas untuk keluar dengan sesiapa yang dia suka tanpa perlu menjaga hati dan perasaan satu pihak lagi. ayu memang berhasrat untuk merampas roslan. demikian-lah wanita; realitinya dunia mereka penuh dengan prasangka, dan antara mereka saling wujud persaingan yang kurang sihat. sementara itu, cerpen "misteri" mengungkapkan kelemah-an wanita. lela yang telah ditugaskan oleh ketuanya, encik chong, untuk menyiasat encik wahi tidak dapat menjalankan tugasnya seperti biasa. jiran-jiran encik wahi telah membuat aduan yang mendakwa terdapat "keanehan" di rumah lelaki berkenaan. setiap malam, tepat pukul sepuluh, dua orang wanita muda akan datang ke rumah encik wahi. jiran-jiran mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku di rumah itu. lela yang ditugaskan menyiasat aduan itu telah jatuh hati de-ngan encik wahi meskipun lelaki itu layak menjadi ayahnya. encik chong marah apabila lela memberi bermacam-macam alasan. dia tetap mahu lela menyiasat kegiatan lelaki korpo-rat itu, tetapi encik wahi terlalu baik dengan lela hingga lela 255</Page><Page Number="273">sastera kebangsaan: isu dan cabaran alpa akan niat asalnya. encik wahi telah menghadiahi lela seutas kalung berlian yang amat tinggi nilainya, dan sering pula menunjukkan kemesraan dan keprihatinannya terhadap lela. suatu hari, anak-anak encik wahi telah menelefon lela mengatakan ayah mereka telah meninggal dunia. kedua-dua orang wanita yang sering mengunjungi rumah itu setiap pu-kul sepuluh malam itu rupa-rupanya anak encik wahi dan misteri di rumah itu terjawab apabila di dalam sebuah bilik encik wahi itu masih tersimpan mayat isteri yang amat di-sayanginya. ternyata, wanita masih belum marnpu memisahkan diri daripada perasaan semula jadi mereka. mereka penyayang, cepat bersimpati, cepat terpengaruh, apatah lagi apabila me-rasakan mereka disayangi. itulah yang terjadi kepada lela. walaupun pada mulanya dia digambarkan sebagai seorang pe-nyiasat yang cekap, tetapi dengan encik wahi (yang dipanggil-nya abang wahi) ternyata dia tewas oleh perasaannya sendiri. kesimpulan pada keseluruhannya, penulis sarawak telah berjaya me-nampilkan watak-watak wanita dari pelbagai kaum, sekali gus meluaskan lagi sempadan persoalan yang dikemukakan. mereka juga tidak menggambarkan dengan jelas latar masa dan tempat dalam karya-karya mereka. ini bermakna unsur tempat tidak lagi mengekang pergerakan cerita daripada berkembang secara bersahaja. walaupun belum ketara inter-aksi yang aktif antara kaum-kaum yang terlibat, setidak-tidak-nya sudah ada usaha untuk "mengintegrasikan" kaum-kaum ini. ternyata bahawa tema perpaduan juga menjadi penting, kerana sememangnya wajar bagi para penulis mengemuka-kan realiti yang wujud sejak beberapa lamanya dalam ma-syarakat pelbagai kaum. pergeseran yang berpunca daripada sikap terlalu memihak kepada konsep "bangsa" merupakan suatu malapetaka yang menghalang penyatuan antara pel-bagai kaum di negara ini (zahrah ibrahim (ed.):188). perge-seran sebegini terdapat dalam cerpen ssk, "kumang", "nur 256</Page><Page Number="274">citra wanita berbilang kaum hidayat", br dan stsc. dalam ssk, masyarakat tempatan belum bersedia menerima kehadiran orang luar seperti cikgu salim apatah lagi untuk membenarkannya memper-isteri wanita di situ, sekalipun layang (ratu orang ulu) sendiri menyukai cikgu salim. begitu juga dalam br. malai menyukai cikgu jelus dan ingin memerangkapnya melalui amalan ngayap. demikian juga dalam stsc, watak wani-tanya kecewa akibat cintanya dengan lelaki beragama sikh telah mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki tersebut. akhirnya, hanya sebuah tasik, tempat yang sering mereka kunjungi ketika memadu kasih menjadi kenangan. kecenderungan penulis menampilkan watak-watak dari-pada kalangan cerdik pandai juga banyak membantu penulis melahirkan beberapa pendapat yang bercorak falsafah, sesuai dengan kedudukan watak-watak itu sendiri. ini jelas pada watak siew lan, kumang, mira, juga watak lelakinya seperti cikgu salim, cikgu jelus, fikri, dan nurden. pergaulan yang lebih luas juga memberi peluang kepada watak-wataknya bertukar-tukar pengetahuan dan pendapat. sebagai contoh, kesempatan yang diperoleh oleh kumang yang belajar di universiti telah memberikannya kesempatan untuk menge-nali fikri dan kehidupan masyarakatnya. akhirnya mereka berkahwin. demikian juga halnya dengan nurden dan siew lan dalam "nur hidayat". dalam usaha pengarang mencari bahan-bahan cerita yang lain, masih terdapat juga penulis-penulis yang memperlihat-kan kecenderungan mengambil peristiwa-peristiwa yang ber-laku di sekitar diri sendiri, baik melalui pengalaman peribadi mahupun dalam keluarga sendiri. sekalipun cerita yang di-hidangkan hanya mencakup suatu daerah yang seakan-akan sempit dan terbatas, kesannya tetap cukup berpengaruh dan menyentuh perasaan. di kalangan penulis wanita, sophia mi-chael jenang ialah antara penulis yang gemar menyuarakan konflik dalam diri melalui cerpen-cerpennya. cerpen "lelaki misteri" ialah antara cerpen kategori itu. kalau dalam tahun 1980-an, lena piee, ratnawati jamil, jamilah morshidi, dan noor azlina abdullah jong adalah antara penulis wanita yang 257</Page><Page Number="275">sastera kebangsaan: isu dan abaran memiliki kelebihan dalam mengungkapkan konflik diri ini, saya fikir tahun-tahun 1990-an juga mempunyai penulis yang sedemikian. nama-nama seperti sarimah alit, salawati abot, noor abby, merupakan antara nama penulis wanita yang gemar memilih persoalan diri sebagai tunjang cerita dan me-reka ini merupakan penulis muda yang sudah membina nama dalam peta dunia penulisan malah karya-karya mereka turut disiarkan dalam majalah dan akhbar kebangsaan kita. dari segi mutu, cerpen-cerpen yang dipilih ini sememang-nya mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak perlu diper-tikaikan lagi. antologi dan kumpulan cerpen yang dipilih ini (kecuali pilihan dan ketipung bunga jambu) memuatkan karya-karya yang telah memenangi hadiah sama ada melalui sayembara mahupun pengiktirafan yang berupa anugerah dan penghargaan. kumpulan cerpen menganyam kedukaan memuatkan karya-karya yang telah dinilai dan diberi peng-hargaan melalui projek hadiah penghargaan penulis sarawak; kumpulan cerpen meminggir angin mer upakan hasil bengkel penulisan cerpen. cerpen-cerpen ini telah me-lalui "pembedahan", demikian juga dengan kumpulan cerpen guru yang merupakan hasil peraduan penulisan anjuran ja-batan pendidikan negeri sarawak. oleh yang demikian, dari segi mutu saya tidak ada persoalan! walau bagaimanapun, tanpa merujuk pada mana-mana cerpen mahupun pengarang, secara sedar ataupun tidak sedar, secara sengaja ataupun tidak sengaja, wanita pada umumnya masih diberikan imej yang mungkin boleh dirumuskan sebagai masih tipikal. mudah-mudahan pada masa-masa yang akan datang, ci-tra wanita yang lebih dinamik, proaktif, futuristik, dan lebih rasional (kalaupun bukan watak feminis), dapat kita kete-ngahkan secara lebih ketara, berkesan, dan sekali gus dapat memartabatkan wanita itu sendiri. bibliografi hajijah jais (peny.), 1990. wali. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 258</Page><Page Number="276">citra wanita berbilang kaijni hajijah jais, 1991. "imej wanita dalam karya penulis sarawak 1930-1990". kertas kerja dalam seminar citra wanita dalam kesusasteraan melayu 1930-1990. dewan bahasa dan pustaka, kuala lumpur, 1991. hajijah jais, 1997. "penulis wanita sarawak: arah dan keterba- tasannya". kertas kerja dalam seminar penulis sarawak, kuching, sarawak, 1997. hajijah jais, 1998. "citra nekamasyarakat dalam bunga rimba". kertas kerja dalam seminar karya generasi baru iii, dewan bahasa dan pustaka, kuala lumpur, 2 november 1998. hajijah jais dan abang patdeli abang muhi (peny.), 1995. ketipung bunga jambu. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. hajijah jais (peny.), 1999. meminggir angin. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. hassan ahmad, 1998. bahasa, sastera, buku. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jabatan pendidikan negeri sarawak, 1998. cikgu xl kuching: jabatan pendidikan negeri sarawak. jabatan pendidikan negeri sarawak, 2000. cikgu xiii. kuching: jabatan pendidikan negeri sarawak. jalil abd. rahman (peny.), 1996. pilihan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jiso rutan (peny.), 1999. menganyam kedukaan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jong chian lai, 1997. bunga rimba. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. zahrah ibrahim (ed.), 1992. sejarah kesusasteraan melayu jilid il kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. kertas kerja ini dibentangkan dalam perhimpunan penulis sarawak berbilang kaum anjuran dbp cawangan sarawak, di hotel rajah court, kuching, 4-5 julai 2000. hamzah hamdani dan abang haliman abang julai (ed.), 2003. pelagus: antologi sastera sarawak jilid ii. kuching: dewan bahasa dan pustaka cawangan sarawak. 259</Page><Page Number="277">percintaan dan kisah rumah tangga: tema novel-novel melayu malaysia dan inggeris filipina tahun-tahun 1920-an dan 1930-an hamdan yahya tradisi penulisan novel di filipina dan di malaysia pada tahun-tahun awal pertumbuh-annya membawa tema percintaan dan kisah rumah tangga. di filipina, novelis-novelis yang menulis dalam bahasa sepa-nyol, bahasa tagalog, bahasa inggeris serta bahasa-bahasa sukuan (cebuano, pampageno, ilokano dan sebagainya) yang lain acap kali mengambil tema ini sebagai tema yang dominan sekitar tahun-tahun 1920-an dan 1930-an. demikian juga penu-lis-penulis novel melayu sekitar zaman itu. makalah ini akan meninjau dan membicarakan dua aspek yang menyangkut dengan tema percintaan dan kisah rumah tangga ini. pertama, akan dibicarakan beberapa buah novel yang sangat-sangat 260</Page><Page Number="278">percintaan dan kisah rumah tangga mewakili masyarakat melayu dan filipina pada periode ini. kedua, makalah ini akan mengkhususkan pandangan kepada ciri-ciri umumnya dan beberapa keselarian dari segi penggu-naan tema antara kedua-dua buah negara serta faktor-faktor yang menyebabkan tema ini paling kerap sekali disampaikan melalui novel-novel pada zaman ini. di malaysia, bilangan novelis melayu yang menghasilkan karya mereka dalam periode 1920-an dan 1930-an ini dianggap agak ramai. yang mengasas tradisi novel melayu ialah syed sheikh dengan novel sadurannya hikayat faridah hanum (1925-1926). walaupun beliau lebih banyak meng-hasilkan novel saduran daripada yang asli namun karya-karya beliau menjadi contoh bagi sebilangan penulis tempatan yang terkemudian daripadanya. antara lain pengaruh beliau ialah ke atas pandangan dan persoalan yang disampaikan, teknik dan juga gaya bahasa. oleh itu hikayat faridah hanumboleh dianggap sebagai prototaip kepada novel-novel yang dihasil-kan dalam periode ini. hikayat faridah hanummembawa kisah percintaan antara syafik affandi dan wirawatinya faridah hanum. daripada per-temuan secara kebetulan maka terjalinlah percintaan pandang pertama. tetapi takdir tidak membantu mereka. badaruddin affandi iaitu sepupu faridah hanum telah terlebih dulu memi-nang faridah daripada syafik affandi. faridah hanum kerana taat kepada permintaan ayahnya telah menerima badaruddin sebagai suaminya tetapi dengan mengenakan syarat. syarat itu ialah badaruddin tidak boleh menyentuh tubuh faridah selama tiga bulan. syafik affandi kerana kecewa telah menjadi tentera dengan niat mahu gugur di medan perang kerana telah gagal dalam percintaan. tetapi takdir akhirnya seolah-olah belas kasihan kepada pasangan syafik dan faridah ini. sekali lagi secara kebetulan mereka bertemu di iskandariah dan dari situ berlakulah pertemuan-pertemuan sulit antara mereka. novel ini berakhir dengan kemenangan bagi mereka yang bercinta. badaruddin affandi rupa-rupanya seorang pema-buk dan tidak bertanggungjawab sebagai suami. faridah telah membuktikan yang dia masih suci dan kerana ini ayahnya me- 261</Page><Page Number="279">sastera kebangsaan: isu dan cabaran nuntut badaruddin supaya menceraikan faridah. badaruddin telah enggan dan mengugut untuk membawa perkara ini ke mahkamah untuk diselesaikan. tetapi syafik affandi telah mengambil tindakan yang tegas. dengan menyamar sebagai penjahat dia telah bertemu dengan badaruddin dan meng-ugutnya dengan sepucuk pistol supaya menceraikan faridah. badaruddin bersetuju kerana nyawanya terancam. setelah penceraian itu faridah dan syafik berkahwin. seorang lagi pelopor novel melayu ialah ahmad rashid talu. beliau telah membuat sumbangan besar ke arah perkem-bangan novel melayu dengan karya-karya aslinya seperti kawan benar, iakah salmah?, dua belas kali sengsara dan beberapa buah lagi. kawan benar novel sulung ahmad rashid talu memaparkan perkahwinan antara wira abdul bar dan wirawati siti ramlah juga akibat daripada cinta pandang per-tama. duri perkahwinan cuma terasa sesudah mereka berdua mendapat anak apabila abdul bar terlibat dalam perhubung-an sulit dengan seorang pelacur. namun begitu keadaan be-liau ini dapat diselamatkan oleh teman wira iaitu yaakub yang telah mendedahkan kecurangan pelacur bernama siti zainab itu. cerita ditamatkan dengan kembalinya abdul bar kepada isterinya yang setia. iakah salmah? pula adalah novel ahmad rashid talu yang cukup panjang yang rnengisahkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri wirawati salmah yang berpendidikan dan bebas laku. setelah mengalami pel-bagai pengalaman sama ada terus daripada peristiwa-peris-tiwa yang menyangkut dengan dirinya atau melalui peristiwa-peristiwa yang berhubungan dengan watak-watak utama lain, barulah salmah bertemu dengan kekasih hati yang akhirnya menjadi suaminya. dalam tahun 1920-an ini juga terdapat seorang penu-lis, ahmad kotot, yang telah menghasilkan sebuah novel berjudul hikayat percintaan kasih kemudaan (1927), yang mengisahkan tentang percintaan antara seorang anak teruna yazid dengan seorang janda muda zamrud, serta pengalam-an-pengalaman yang mereka lalui dalam dunia percintaan mereka sehinggalah mereka menjadi suami isteri. 262</Page><Page Number="280">percintaan dan kisah rumah tangga dalam tahun-tahun 1930-an pula muncul beberapa orang novelis yang terkemuka. antara mereka ialah syamsuddin salleh, raja mansur, abdullah sidek, a. samad ahmad dan ha-run aminurrasyid. mereka ini turut menghasilkan beberapa buah novel bertemakan percintaan dan kisah rumah tangga. acap kali dalam novel-novel ini terdapat sikap dan pandang-an yang keanak-anakan yang mendewakan kesucian cinta dan menekankan peri buruknya kahwin paksa, keruntuhan rumah tangga akibat godaan nafsu atau pengaruh barat dan juga beberapa persoalan yang lain. antara novel yang diterbitkan pada tahun-tahun 1930-an ialah kasih berbalas, siasat yang dahsyat, kesetiaan perem-puan, korban poligami karya syamsuddin salleh. novel-novel beliau dapat dikelaskan kepada dua: (a) yang semata-mata menceritakan tentang percintaan dan kisah rumah tangga. (b) yang bercorak adventure perisik rahsia serta perjuang-an kebangsaan dengan selitan kisah percintaan. novel syamsuddin berjudul kasih berbalas tergolong dalam kategori pertama kerana ceritanya mengisahkan percintaan antara dua orang anak muda yang berpendidikan inggeris dengan adik sepupu mereka. dalam kategori kedua pula boleh dimasukkan novel beliau siasat yang dahsyat (1936), pemimpin sulit (1937), bingkisan rahsia (1937) dan beberapa buah yang lain. umpamanya menyentuh tentang percintaan m.c. sar dan zuraida anak muda terpelajar di in-donesia (betawi) yang telah menceburkan diri mereka dalam pergerakan nasionalis. disebabkan keterlibatan mereka ini mereka telah ditahan di pulau baven digoel dan di sana me-reka telah mendirikan rumah tangga. raja mansur dalam novel-novelnya seperti satu kali cium tiga kali tempeleng, cinta berahi seorang pengarang (1936) dan beberapa buah yang lain turut mengutamakan tema cinta dan kisah rumah tangga. satu kali cium tiga kali tempe-leng mengisahkan tentang seorang anak muda dari aceh yang telah mengalami kepahitan hidup akibat kesilapannya sendiri. 263</Page><Page Number="281">sastera kebangsaan: 1su dan abaran akan tetapi kerana berkat taubat serta kesabarannya dia men-capai kebahagiaan setelah memperisterikan adik sepupunya yang cantik jelita. seorang novelis yang prolifik dalam zaman ini ialah abdul-lah sidek. antara tahun 1934 hingga tahun 1940, beliau telah menghasilkan lebih daripada 14 buah n ovel. antara lain ialah bercinta yang tak berfaedah (1932), pertemuan yang bahagia (1939), duri perkahwinan (1937) , iblis rumahtangga (1960) dan nasib hasnah (1959). novel-novel abdullah berkisar di sekeliling kehidupan percintaan anak muda dan sering juga mendedahkan pula ranjau-ranjau kehidupan yang mereka terpaksa tempuhi sebelum atau sesudah perkahwinan. dalam pertemuan yang bahagia umpamanya diceritakan tentang percintaan subur antara wira dan wirawati akibat daripada cinta pandang per tama sementara dalam iblis rumahtangga dibentangkan pula gara-gara isteri curang yang mengakibat-kan keruntuhan rumah tangga. peranan ibu mentua yang kejam, keburukan akibat kahwin paksa digambarkan pula dalam novel abdullah yang berjudul nasib hasnah. dua buah novel abdul samad ahmad dalam periode ini ialah cinta itu bahaya (1936) dan setia itu jaya (1937). dalam kedua-dua buah novel ini pengarangny a menyentuh tentang cinta akibat pandang pertama yang mendatangkan masalah dalam kehidupan mereka. penyelesaian bagi novel setia itu jaya amat mudah sekali. setelah wira johari dan wirawati siti musalma berpisah, johari telah mengembara dengan kumpul-an bangsawan. secara kebetulan kedua-dua mereka telah bertemu di singapura kerana bermain bangsawan dalam rombongan yang sama. penyelesaian yang hampir sama juga terdapat pada novel cinta itu bahaya tetapi dengan beberapa kelainan pula. wirawati rohani dimatikan oleh pengarang dan wira ariffin menderita kerana kehilangan ini. ariffin merantau dan masuk bermain dengan bangsawan dan dari situ telah ber temu dengan siti rohani anak bangsawan yang mirip sekali dengan wajah rohani yang telah meninggal dunia itu. satu lagi perbezaan antara kedua-dua novel ini ialah motif per-bezaan kelas atau kedudukan yang memisahkan kedua-dua 264</Page><Page Number="282">percintaan dan kisah rumah tangga kekasih. ini cuma terdapat dalam novel cinta itu bahaya di mana rohani adalah anak orang kaya sedangkan ariffin dari-pada golongan miskin. tokoh-tokoh novelis melayu lain dalam periode ini ter-masuklah ahmad bakhtiar, muhammad samin dan ahmad murad nasaruddin. mereka seperti yang lain turut memapar-kan tentang percintaan dan kisah rumah tangga dan menam-pakkan keselarian juga dari segi bentuk, perwatakan dan plot dalam novel-novel mereka itu. di filipina, diperkenalkan sebagai bentuk sastera sejak dalam zaman pemerintahan sepanyol lagi. dengan adanya pendidikan yang terhad dalam masyarakat muncul pula go-longan elit filipina yang berpendidikan sepanyol. ini membu-ka ruang bagi kemasukan dan pengenalan pada karya sastera sepanyol ke dalam masyarakat filipina pada akhir abad yang kesembilan belas. novel filipina dalam bahasa sepanyol yang pertama ialah ninay karya pedro paterno yang lahir dalam tahun 1885 (isabel b. yumol, 1955:29). lain-lain novel karya jose rizal ialah noli me tanggere dan el filibusterismo (luci-la hosillos, 1969:22). karya-karya ini mengambil tema percin-taan sebagai tema penting. setelah kuasa sepanyol di filipina diambil alih oleh amerika syarikat tercetus pula periode za-man keemasan novel tagalog. menurut marcela c. zamora: with the rise of the stars and stripes in the philippines started forth the four freedoms — freedom of speech, freedom of the press, freedom of association and freedom of belief. hence-forth there appeared a literary movement that marked the temper of a new epoch. (marcela c. zamora, 1957:10) menurut teodoro agoncillo (1952), penulisan yang paling terawal bagi novel tagalog adalah karya lope k. santos ber-judul salawanhang pagibig (cinta berubah), pagsintang na-luoy (cinta menghilang) oleh modesto santiago dan unang bulaklak (bunga pertama) yang dipercayai ditulis oleh vale-riano h. pena dengan nama samarannya anong. 265</Page><Page Number="283">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sifat umum novel-novel tagalog yang muncul dalam "za-man keemasan" ini ialah kebanyakan tema yang dipaparkan di dalamnya adalah tema percintaan dan kisah rumah tangga. menurut a. majid: the tagalog novel always deals with the love-lives of a pair of young, virtuous couple whose road to hapiness is thwarted by either evil suitors for the lady or by parental objection. the treatment of love in the tagalog novel is invariably sentimen-talised. not only is there a wallowing for its own sake, in emotion which is in excess of that justified by the situation, but love is also seen as the whole reason for life and living. (a. majid nabi bakh, 1970:27) sifat-sifat inilah yang dominan sekali dalam novel filipina yang lahir dalam periode 1920-an dan 1930-an. sebilangan besar daripada sarjana-sarjana filipina berpendapat bahawa berasaskan pada tema dan juga bentuk dapat dikatakan ba-hawa novel-novel filipina dalam bahasa. inggeris merupakan persambungan pada tradisi penulisan novel tagalog (a. majid nabi bakh, 1970:31). bermula dengan novel zoilo m. galang, a child of sor-row (1955), novel-novel inggeris filipina yang lain yang juga mempersembahkan tema percintaan rumah tangga seperti di malaysia. a child of sorrow menyampaikan kisah cinta yang tidak berakhir dengan kebahagiaan bagi wira dan wirawatinya. lu-cio soliman ber temu rosa garcia dan daripada pertemuan ini mereka jatuh cinta. namun percintaan mereka gagal kerana oscar seorang badut tua mahu memiliki anak gadis itu. rosa dipujuk dan dipaksa untuk berkahwin dengan oscar. tetapi bagi rosa, takdir begitu baik untuk dirinya. maut telah me-manggilnya sebelum sempat dia menjadi isteri oscar yang jahat itu. selepas a child of sorrow, galang telah melahirkan be-berapa buah novel percintaan yang lain. antaranya ialah, vi-sions of a sower (1924), nadia (1929), springtime (1929) dan 266</Page><Page Number="284">percintaan dan kisah rumah tangga for dreams must die (1950). nadia mempunyai plot yang ber-asaskan pada percintaan murni antara seorang anak filipina, paul daland, dengan seler perancisnya, nadia. keseluruhan cerita ini menumpukan pada peristiwa-peristiwa yang ber-laku ke atas kedua-dua asyik maksyuk ini daripada bibit-bibit perjumpaan, perpisahan, pertemuan kembali hinggalah pada saat wirawati membunuh diri. begitu juga novel galang yang berjudul for dreams must die. novel for dreams must die pula memusatkan perhatian kepada percintaan antara jose rizal dengan adik sepupunya leonor rivera. cerita percintaan ini mempunyai asas sejarah hidup pemimpin kebangsaan filipina, jose rizal ini. dalam novel ini dipaparkan bagaimana hubungan rizal (pepito) dengan leonor kekasihnya telah tidak mendapat persetujuan ibu bapa anak gadis itu kerana beliau terlibat dalam pergolakan politik tanah air. sewaktu beliau menuntut di sepanyol, ibu leonor berjaya memujuk leonor untuk melupakan pepito. leonor dikahwinkan pula dengan seorang jurutera inggeris, henry kipping. oleh sebab penanggungan jiwanya, leonor telah meninggal dunia, dan pepito kemudian menemui maut di tangan penjajah sepanyol. dalam novel luis serrano, the man who waited (1932) pula, terdapat novel percintaan yang penuh dengan peristiwa-peristiwa kebetulan sehinggakan kebenaran cinta diragukan dan plot tidak mantap. novel ini mengisahkan tentang watak wira benito gagal pada mulanya untuk mengahwini gadis idamannya nieves kerana ia mahu menamatkan persekolah-an menengahnya dahulu. disebabkan kecewa, benito mem-buang dirinya ke mindanao dan menjadi tuan tanah (hacien-dero). adiknya carmen pula telah mengahwini seorang lelaki yang kemudian meninggalkannya. lelaki itu ialah emilio yang kemudian telah mengahwini nieves, bekas kekasih benito. takut diketahui oleh carmen bahawa beliau telah berkahwin lagi, emilio melarikan diri ke mindanao. di sana beliau telah ditimpa kemalangan. benito telah menyelamatkan emilio dari-pada kematian serta-merta tetapi sewaktu sakitnya, emilio telah memberitahu benito alamat isterinya yang tidak lain 267</Page><Page Number="285">sastera kebangsaan: isu dan cabaran daripada nieves. secara kebetulan lagi nieves, benito, dan carmen bertemu di sisi emilio yang sempat meminta maaf daripada kedua-dua isterinya. nieves dan benito akhirnya berkahwin dan tinggal di mindanao. seorang lagi novelis yang menulis dalam periode ini di filipina ialah felicidad v. ocampo, yang telah menghasilkan empat buah novel. novel-novelnya ialah the lonesome cabin (1931), the brown maiden (1932), the woman lawyer dan portia (1937). mengikut majid novel f. ocampo ini bersifat: maudlin, bewilderingly labrynthine love-stories built around the emotional responses of a woman as she comes into contact with various men before finally discovering her soul-mate. (a. majid nabi bakh, 1970:38) sebagai contoh, the lonesome cabin mengisahkan tentang kisah hidup seorang anak desa betty conrad dan lelaki-lelaki dalam hidupnya sebelum ia mencapai kebahagiaan dengan orang yang dikasihinya arnold grimm. konflik dalam novel ini diwujudkan oleh f. ocampo dengan mendedahkan betty ke-pada pujuk rayu beberapa orang lelaki kota di tempat ia beker-ja. disebabkan gara-gara lelaki kota yang kurang sopan, betty telah memilih arnold sebagai lelaki pilihan hatinya kerana sifat-nya yang berhemah tinggi tanpa cacat cela. dalam the brown maiden pula, f. ocampo membicara-kan sifat kebebasan gadis dalam memilih pasangan hidupnya dan kerana tersalah pilih menderita hidupnya. carmen didi-dik dan dipingit oleh institusi convent, kerana itu sifat lelaki yang diidam-idamkannya sering terlalu "ideal" seperti yang dia lihat pada diri alberto torres. tetapi torres mengham-pakan harapan carmen dan kerana itu dia langsung mencari lagi lelaki "ideal"nya iaitu pada kapten nolan. nolan melari-kan carmen ke amerika syarikat dan mengahwininya. untuk seketika mereka bahagia tetapi setelah nolan jatuh cinta de-ngan seorang jururawat yang merawatnya dia telah mencerai-kan carmen. sebagai balasan (retribution), nolan hidup me-larat dan menanggung penyeksaan batin dan akhirnya mati 268</Page><Page Number="286">percintaan dan kisah rumah tangga dalam pelukan carmen. kerana sentimentalisme, f. ocampo memberi penyelesaian yang membahagiakan watak carmen. carmen akhirnya bertemu kembali dengan doktor villegas (doktor peribadi keluarganya) lalu berkahwin. novel-novel lain yang dilahirkan dalam waktu itu terma-suk juga novel false paradise (1933) oleh felipe s. cortez dan novel vincente salumbides, princess nida (1934) dan his awakening (1929) oleh enesto lopez. false paradisemema-parkan kisah percintaan yang diancam oleh stratifikasi kelas dalam masyarakat. ricardo dan consuelo dipisahkan oleh jurang kedudukan sosial, tetapi kerana keutuhan cinta me-reka, mereka dapat mengatasi halangan yang mereka hadapi. princess nida pula merupakan novel bersifat sejarah dengan kisah percintaan sebagai "the leavening ingredient" dan se-perti false paradise "perbezaan kelas" yang memisahkan kelas hamba dengan kelas bangsawan diketengahkan. wira novel ini tawidi seorang hamba telah jatuh cinta dengan puteri nida akibat daripada cinta pandang pertama. mereka menghadapi masalah hidup akibat daripada perbezaan ke-las mereka. namun tawidi sesungguhnya adalah anak datu yang telah melarikan dirinya ke negeri princess nida. setelah menghadapi beberapa halangan dan setelah identiti tawidi sebenarnya telah didedahkan, wira dan wirawatinya akhirnya berkahwin. novel-novel lain yang mengandungi tema percintaan dalam periode ini termasuklah pillars of love (1952) oleh rocio dumaul dan novel clotilde jares, i am death (1951). sifatnya yang romantis, yang terlalu sentimental dan tidak mempunyai sebarang plot tertentu menurunkan karya ini ke peringkat autobiografi. pillars of love sebaliknya pula mengisahkan ke-hidupan sebuah keluarga dalam tiga generasi, tentang jerih pedih hidup rumah tangga mereka dan percintaan mereka. his awakening, novel ernesto lopez tidak kurang juga sifat romantis dan sentimentalismenya, yang sebanyak sedikit me-maparkan juga motif barat tetap barat dan timur tetap timur, dengantimur mengandungi gejala-gejala sihat dan bertentang-an dengan nilai moden barat. 269</Page><Page Number="287">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran rata-rata hampir semua novelis filipina dalam bahasa ing-geris pada zaman ini memberi perhatian penuh kepada tema percintaan walaupun ada antara mereka cuba membuat varia-si dalam pendekatan tentang tema itu. secara umum seperti di malaysia karya mereka juga jelas menampakkan ketidak-matangan penulisan mereka baik dari segi isi mahupun dari segi teknik. novelis melayu dan novelis filipina zaman ini meng-khususkan pandangan mereka pada tema cinta untuk mem-perkukuhkan nilai-nilai hidup masyarakat mereka. inilah menyebabkan novel-novel menjadi begitu didaktis sekali, sehinggakan dipenuhi dengan kias ibarat, pepatah-petitih, khutbah yang ber tele-tele baik melalui watak-watak mahu-pun langsung daripada pengarang sendiri. tema pusat yakni cinta dan rumah tangga sering dipaparkan sebagai satu sa-yembara di mana wira mewakili kuasa baik menentang yang mewakili kuasa jahat. keadaan "baik lawan jahat" ini sering kali diulang-ulang dalam kebanyakan novel melayu malay-sia dan novel inggeris dan tagalog filipina pada zaman ini. berhubung dengan motif pertentangan antara yang baik dan jahat dalam situasi novel filipina ini: ... the same stock situation is used time and time again to show that which comes into being because of such human weaknesses as lust passion and the greed for wealth, power and prestige is always overcome by the virtous. (a. majid nabi bakh, 1970:28) novel-novel dalam zaman ini sering diakhiri dengan dua cara untuk memperkuatkan lagi pandangan novelis. pertama, si wira dan wirawati berjaya mengatasi segala pancaroba hidup dan akhirnya hidup bahagia ataupun kedua, salah se-orang daripada mereka dimatikan sebagai akibat kegagalan cinta mereka. dalam keadaan yang pertama, kejayaan dan kebahagiaan hanya dapat tercapai sesu dah kelemahan manu-sia seperti nafsu-nafsi, syahwat, cemburu, tamak haloba dan sifat-sifat negatif manusia yang lain telah dapat diatasi oleh wira dan wirawati. contoh-contoh ini dapat dilihat dari novel 270</Page><Page Number="288">percintaan dan kisah rumah tangga his awakening dan kawan benar. bagi keadaan yang kedua, kematian ialah satu pelarian dari terjatuh kepada unsur-un-sur kejahatan atau tercemar kerana noda-noda yang sentiasa mengancam. sering kali si wirawati mengalah pada maut apa-bila cintanya terhalang, tetapi mengalah dalam erti kata satu kemenangan kerana dia telah dapat mengatasi segala kedur-janaan yang diwakili oleh watak-watak jahat. kematian men-jadi duex ex machina yakni punca pada satu penyelesaian yang muktamad. kematian wirawati atau wira memberi ruang un-tuk yang tinggal mencari teman rohani atau soul-mate yang lain, yang kadangkala duplikasi pada wira atau wirawati yang pertama. kematian watak jahat sebaliknya pula memberi pe-luang untuk penyelesaian bahagia bagi watak-watak utama. majid merumuskan tema novel-novel inggeris filipina berkisar pada: heroes quest to win his equally idealised beloved endangered by others diametrically opposed to him in character... (a. majid nabi bakh, 1970:28) li chuan siu sebaliknya dalam merumuskan tentang tema novel-novel melayu periode ini mengatakan: ... pada umumnya isinya ialah tentang percintaan antara pemuda dan pemudi melayu yang hidup dalam bandar-bandar moden tetapi masih terkongkong oleh belenggu adat resam yang kolot, sehingga tema kahwin paksa sa-ngat popular dan sangat digemari oleh para penulis muda itu. (li chuan siu, 1966:119-20) yang sedikit berbeza antara tema dalam novel - novel me-layu dari novel-novel inggeris filipina ialah moral overtones lebih kuat dalam novel-novel melayu. dalam novel-novel melayu periode ini, kisah percintaan dihubungkan dengan keruntuhan akhlak sebagai manifestasi pendedahan kepada permodenan dan pembandaran. bandar menjadi pusat tum-puan anak muda dan menjadi penggugat kepada keutuhan iman, keperibadian diri serta keutuhan kebudayaan me- 271</Page><Page Number="289">sastera kf.bangsa9\:isc dan cabaran layu dan agama islam. anak muda sering tenggelam dalam gelombang keruntuhan moral, kerana tidak bisa mengawal iman mereka. di filipina, bandar juga menjadi faktor yang menggugat tetapi kesannya tidak begitu hebat. yang lebih menggugat ialah kekayaan material, kedurjanaan diri, dan ke-adaan yang memaksa. lebih jelas dalam novel-novel filipina ialah tema pertelagahan antara manusia yang baik dengan manusia jahat dan sekitar inilah novel itu akan berkisar. dalam novel-novel melayu dan novel-novel inggeris fili-pina zaman ini, penulis-penulis tidak dapat mengelak daripada mengajar dalam ceritanya. wira dan wirawati dibekalkan dengan berbagai-bagai sifat positif seperti kecekalan dalam bercinta, kesetiaan, ketabahan dalam menempuh dugaan, dan berusaha untuk memperbaiki kehidupannya dan sifat-sifat yang lain. dengan bekalan seperti inilah wira dan wira-wati mengalami hidup, namun demikian "bekalan-bekalan" ini tidak dapat menjaminkan keselamatan cinta mereka pada masa muka. misalannya dalam cinta itu bahaya, rohani dan ariffin walaupun mempunyai sifat-sifat baik tetapi mereka tidak mencapai matlamat hidup mereka. sikap ayah rohani yang tipikal sebagai mata duitan dan mementingkan darjat telah menjadi punca yang memisahkan kedua-dua kekasih. rohani telah menjadi korban kemalangan jalan raya dan ariffin seperti dalam banyak cerita-cerita panji dan hikayat penglipur lara telah mengembara dan membawa diri ke singa-pura. namun seolah-olah mahukan keadilan atau poeticjustice, a. samad ahmad telah menghidupkan rohani melalui watak baru, siti rohani yang menjadi anak wayang terkemuka di mana ariffin telah menjadi pemain muzik. dalam a child of sorrow, galang rnenghamparkan satu kisah percintaan yang berakhir dengan kematian wirawatinya akibat daripada kemelaratan yang dirasakannya kerana kah-win paksa. dalam nadia, galang mematikan nadia yang ke-cewa dan menderita tekanan batin setelah berpisah dengan wiranya paul daland. for dreams must die pula mengisahkan percintaan rizal (pepito) dengan leonor yang telah berkah-win dengan orang lain kerana terpaksa dan telah meninggal 272</Page><Page Number="290">percintaan dan kisah rumah tangga dunia kerana tekanan jiwa yang dialaminya. bagi galang dan novelis-novelis filipina yang sezamannya, kematian adalah penyelesaian yang paling sesuai. kematian bagi seorang wira atau wirawati adalah untuk mendatangkan turning point dalam cerita, dan kematian bagi seorang watak antagonis adalah balasan kerana kejahatannya. kesan emosi adalah juga sangat-sangat diharapkan daripada novel-novel zaman ini. dan untuk tujuan ini, novelis melayu dan filipina meng-gunakan keadaan-keadaan atau babak-babak yang dapat me-nyerapkan pelbagai tindak balas emosi daripada pembacanya. ini adalah termasuk peristiwa-peristiwa perpisahan sementara atau kekal (maut kekejaman ke atas watak wira atau wirawati, surat yang berselisih jalan dan sebagainya). namun, apa pun peristiwa yang dipaparkan tinjauan pokok novel-novel zaman ini adalah pada tema cinta tadi. akan tetapi, kelemahan yang menyangkut dengan tema ini begitu besar sekali. cinta dipel-bagaikan takrifnya — cinta kepada ibu bapa, cinta pada keluar-ga, pada kekasih, kepada tuhan dan juga pada tanah air. wa-lau bagaimanapun, kerana kurang memahami takrif cinta itu sedalam-dalamnya dan juga kerana kurang teliti menganalisis jiwa manusia yang bercinta itu maka novel-novel ini menjadi dangkal, lemah penyampaiannya, kurang matang tinjauannya. inilah antara kelemahan-kelemahan yang terdapat pada novel melayu serta novel filipina dalam bahasa inggeris. novel filipina dalam bahasa inggeris menurut josefa c. lava: all the novels share identical basic qualities of sickly senti-mentalism in the treatment of their theme, a gross disregard for the fundamental requirement of the novel (the illusion of reality), a uniformity of subject matter (love).... (josefa c. lava, 1955:13) plot secara umum dalam novel-novel filipina dan novel melayu adalah plot linear atau plot segaris. novelis melayu dan novelis filipina masih mentah dari segi menggubah plot yang ruwet. novel lebih merupakan pengisahan cerita yang biasa dengan menyusun peristiwa-peristiwa secara kronolo- 273</Page><Page Number="291">sastera kebangsaan: isu dan cabaran gis dari awal hingga akhir. secara skala plot ini boleh digam-barkan begini: • pertemuan•penghalang•pertemuan kembali • wira dan• atau kematian • wirawati• wirawati/wira bahagian per tama dalam plot sering mendedahkan ke-adaan yang menemukan wira dan wirawati yang dalam banyak hal merupakan secara koinsiden atau secara kebetulan. dari saat ini maka lahirlah beberapa babak iridah bagi wira dan wi-rawati seb agai persediaan pada babak kehampaan dalam ba-hagian yang berikutnya. bahagian kedua dalam novel-novel filipina dan melayu periode ini sering dalam bentuk denoue-ment atau revelation yakni pendedahan segala rahsia tentang diri watak wira, wirawati dan watak antagonis sehingga men-datangkan penyelesaian yang tidak disangka-sangka sekali. dari sini novelis melayu dan filipina membawa penyelesaian yang kadang-kadang sewenang-wenangnya dengan deux ex machina yakni secara mematikan watak wira, wirawati ataupun watak antagonis. kematian menyelesaikan penderitaan salah seorang daripada mereka dan meninggalkan beban dunia pada mereka yang tinggal. kematian selain daripada mendatangkan penyelesaian ke-pada cerita, juga diperalatkan untuk mewujudkan kesan melo-dramatik, untuk mendapatkan reaksi sedih dan belas dengan kematian pihak yang protagonis dan kesan poetic justice bagi kematian watak antagonis. akan tetapi bagi novelis yang sentimental, penyelesaian secara ini bertentangan dengan jiwanya. langsung kematian bukan jadi hal mutlak tetapi sebagai satu insiden yang terus mendatangkan kebahagiaan buat pihak-pihak yang baik, ka-dangkala tidak muncul dugaan-dugaan besar tetapi hanya masalah yang remeh-temeh yang harus diselesaikan sebelum para kekasih ketemu bahagia. pengarang-pengarang melayu dan filipina juga sering menyampaikan novel dalam bentuk struktur plot tiga segi. plot berkisar pada segala peristiwa yang 274</Page><Page Number="292">percintaan dan kisah rumah tangga berlaku pada tiga tokoh utama — wira, wirawati dan watak/ elemen antagonis. watak antagonis atau elemen antagonis ini omnivalen. ia boleh menjadi penjarah yang mahukan wirawati, ibu bapa yang pentingkan material, ataupun elemen abstrak se-perti kekayaan, kemiskinan, tamak haloba, nafsu syahwat dan sebagainya. watak atau elemen antagonis inilah yang menen-tukan tercapai atau tidaknya cita-cita wira dan wirawatinya. struktur plot tiga segi seperti ini boleh dikesankan dari-pada novel-novel seperti cinta itu bahaya, korban poligami, melor kuala lumpur bagi novel-novel melayu zaman ini dan novel a child of sorrow, nadia mahupun for dreams must die dan beberapa buah lagi di filipina. dalam banyak hal, hubungan plot novel melayu dengan plot hikayat penglipur lara atau cerita-cerita panji amat kuat persamaannya sementara plot novel filipina punya hubungan dengan novel tagalog serta awit dan corrido, moro-moro, dan lain-lain bentuk tempatan. plot penglipur lara melayu dan ha-sil sastera filipina tradisional boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: (a) pengenalan. (b) perkembangan. (c) penyelesaian. plot selalunya simple dan peruwetan plot hanya dimun-culkan melalui penggunaan teknik-teknik lama seperti penyamaran, surat yang dipendamkan atau terhilang di tengah jalan, bingkisan rahsia, dan rahsia terpendam. ele-men-elemen ini menjadi pendorong perjalanan cerita atau mendatangkan penyelesaian pada cerita kadang-kadang digunakan terlalu sewenang-wenang hingga melemahkan perkembangan plot. novel melayu dalam periode yang sama juga memaparkan kelemahan lain. dari segi perwatakan, teknik, gaya bahasa terdapat banyak kekurangan yang timbul disebabkan kurang kematangan novelis serta kurang atau tiada tradisi tertentu yang boleh ditirunya. zaba dalam "recent malay literature" (zainal abidin ahmad, 1941:13), merumuskan yang kelemah- 275</Page><Page Number="293">sastera kebangs9av:isc dan cabaran an dalam novel-novel melayu timbul kerana beberapa sebab: in places the situations described show a complete lack of understanding of human nature and its frailties. where the theme of such original stories is love, the, love dialogues and scenes are generally too blatant or crude to be pleasant and at times are even too offensive to the good taste of a soberminded reader... kelemahan dari segi isi dan teknik juga adalah akibat hubungan dengan tradisi penulisan hikayat penglipur lara atau tradisi sastera tradisional yang lain. ini boleh dilihat dari segi teknik perwatakan. perwatakan dalam novel melayu dan novel filipina dalam bahasa inggeris dan tagalog pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an ini begitu lemah sekali. watak-watak adalah kaku atau stock characters, tiap satu ditentukan dahulu peranan dan nasibnya oleh novelis. perkembangan watak dalam cerita ter-lalu sedikit diperberatkan kerana watak-watak lebih menjadi boneka-boneka kaku yang dihidupkan oleh novelis. watak-watak adalah archetype pada sesuatu tokoh yang tertentu dalam kehidupan nyata atau pinjaman watak cerita-cerita tra-disi. majid merumuskan bahawa dalam novel filipina berba-hasa inggeris: the women are modest in deportment, cautious and steadfast in love in the tradition of maria clara, and the men were serious, courageous, diligent, humble and both willing and able to lead others. (a. majid nabi bakh, 1970:28) bagi watak-watak dalam novel melayu peringkat awal pertumbuhannya, wira seolah-olah muncul daripada hikayat penglipur lara melayu, seperti raja donan atau awang sulung merah muda sedang wirawati mengambil imej tuan puteri gondang gentasari atau puteri mayang mengurai. sifat-sifat watak-watak protagonis lebih mengagungkan nilai-nilai hidup masyarakat masa lampau seperti patuh pada kehendak ibu 276</Page><Page Number="294">percintaan dan kisah rumah tangga bapa, kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada kekasih, suci daripada noda dan dosa, benci kepada sifat-sifat negatif seperti kepura-puraan, tamak, dengki khianat serta lain-lain lagi. nilai-nilai unggul adalah nilai-nilai tradisional dan bukannya nilai-ni-lai pinjaman atau saduran dari barat. menurut taib osman: the dramatis personae are still idealistically portrayed and the love theme is still entrancing as that of the classical romance. yang beliau maksudkan dengan idealistically portrayed samalah dengan gambaran yahaya ismail: pengarang-pengarang sebelum perang sangat gemar me-lukiskan watak yang hitam sehitam-hitamnya dan yang putih seputih-putihnya tidak ada cela sedikit pun pada watak-watak yang baik dan tidak ada pula kebaikan lang-sung pada watak-watak yang jahat. kerana itu watak-watak yang digambarkan itu tidaklah merupakan watak-watak manusia yang sebenarnya, mereka hanyalah watak-watak yang hidup dalam fikiran novelis-novelis itu sendiri. (yahaya ismail, 1963:452) demikian juga keadaan watak dalam novel-novel filipina berbahasa inggeris. lava menampilkan: people in these novels are usually either very good, almost saintly or very bad, almost mephistophelean. people are either rich or they are extremely poor. (josefa c. lava, 1955:18) perwatakan semacam inilah yang menggusarkan pemb aca yang lebih kritis. terlalulah besar penyederhanaan hidup atau oversimplification of lzfe dan kadangkala keterlaluan sehingga terdapat pendustaan tentang hidup. ini diberatkan lagi dengan kelemahan teknik-teknik lain yang tidak memberi kesan yang positif pada penceritaan. antara lain ialah memasukkan pepatah, bidalan, kiasan, kata-kata hikmat, pantun atau syair untuk menonjolkan peng- 277</Page><Page Number="295">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ajaran moral. majid ada menyentuh tentang ini. mengikut be-liau novel-novel tagalog sering diisikan dengan kiasan dan epigram, dengan tidak mengira kesesuaiannya dalam novel itu. disebabkan novel-novel inggeris filipina adalah lanjut-an daripada tradisi novel tagalog, ciri ini juga menampak-kan kesan-kesan idealistis amat menonjol dalam novel-novel inggeris filipina. perkara yang lebih penting ialah latar tem-pat novel-novel melayu dan filipina. latar tempatnya sering menjadi alam sekitaran yang indah-indah oleh pengarang sesuai dengan mood dan perasaan watak-watak. pada baha-gian awal dalam novel, gambaran alam yang sayu rayu disam-paikan sebagai prelude kepada pengisahan yang selanjutnya. umpamanya dalam cinta itu bahaya alam menjadi manifesta-si perasaan watak ariffin yang sedang sedih menderita. sesungguh indah permai pemandangan alam di tepi pan-tai waktu petang, ketika senja akan menyusul, ketika siang akan berganti malam. matahari yang hampir akan terbe-nam itu hanya meninggalkan cahaya kemerahan memba-yang di mayapada. dan air laut yang tenang terbentang kelihatan seolah-olah menjadi cermin pada lukisan keindah-an alam yang maha sempurna di antara udara sejuk dan menyegarkan itu kelihatan di atas sebuah tambatan kapal di tepi pantai port swettenham pelabuhan tanah melayu yang terkenal itu seorang pemuda duduk seorang diri de-ngan sebatang pensel dan sebuah buku tulisan di tangan. keadaannya termangu-mangu dan termenung sambil me-layangkan pandangan pada mega yang berwarna kemerah-merahan.... (abdul samad ahmad, 1963:1) dalam i am death oleh clotilde jares (clotilde jares, 1951:21), kesan alam dengan perasaan watak amat ketara baik dalam teks novel itu mahupun pada puisi-puisi yang ter- muat di dalamnya: the magnificence of light lies in the very fact it gives illumi- nation to our vision. there should be darkness in order to feel the brightness of light. and such is love. like the light that 278</Page><Page Number="296">percintaan dan kisah rumah tangga brings darkness, love carries grief... atau pada puisinya, flowers wither, beauty soon fades away: the rocks turn pebbles: pebbles become sand; everything crumbles out of sigh and way but my love, for you, will never age in any land. oleh sebab alam dan perasaan diindah-indahkan, maka gaya bahasa turut dibunga-bungakan oleh novelis-novelis. dalam pada itu kesan daripada pengaruh penulisan tradisional seperti pantun, syair, pepatah-petitih serta bunga-bunga bahasa yang lain banyak sekali. selain itu terdapat pengaruh daripada stail tradisi oral seperti hikayat penglipur lara bagi masyarakat melayu dan penulisan awit dan korido, metrical romance, duplo, kari gatan dan lain-lain genre kesusasteraan filipina tradisional. pantun dan syair banyak mengisi novel-novel melayu. penggunaan dialog adalah tidak terkawal. kadangkala terdapat bentuk dialog bahasa pasar dan kadangkala bahasa yang berbunga-bunga dan kurang meyakinkan yang mungkin tidak pernah diucapkan dalam situasi seharian. dalam banyak hal, gaya bahasa dalam novel melayu dan inggeris filipina tidak mendatangkan sua-sana yang real pada novel-novel periode ini. yahaya ismail dalam mengulas tentang gaya bahasa menyatakan bahawa pengarang begitu formal bila memberi dialog pada watak-wataknya. cara begini membuatkan percakapan watak-watak menjadi artificial sebab dalam penghidupan sehari-hari orang tidak menggunakan dialog yang begitu rupa. (yahaya ismail, 1963) begitu juga dengan gaya bahasa novel-novel filipina dalam bahasa inggeris. terdapat ketidaksengajaan dalam menggu-nakan bahasa sehinggakan dialog-dialog sering kali menjadi pidato-pidato tokoh politik zaman kuno yang berbunga penuh dengan kias ibarat. keindahan yang dicita-citakan sering pula 279</Page><Page Number="297">sastera kebangsaan: isu dan cabaran mendatangkan kejengkelan bagi pembaca yang lebih kritis. satu lagi ciri yang dikongsi bersama oleh novel-novel me-layu dan filipina ialah dari segi sudut pandangan. selalunya penulis-penulis melayu zaman ini sering menggunakan om-nisicient point of view yakni pengarang memanifestasikan diri dalam pelbagai bentuk dalam ceritanya itu. ia mungkin men-jadi pencerita yang mengasingkan diri dalam ceritanya pada satu ketika, dan atau kemudian menjadi salah seorang dari-pada watak yang terlibat ataupun menjadi objek-objek yang dihidupkan — personifikasi dirinya dalam cerita itu sendiri. dalam keadaan ini, kesan suara pengarang itu amat nyaring dan menonjol sekali. umpamanya dalam novel ahmad rashid talu iakah salmah? dan kawan benar, peranan pengarang jelas sekali apabila dia mempersonifikasikan diri dalam bentuk kalam, dakwat, kertas dan lain-lain sebagai tukang cerita. walaupun kaedah seperti ini mendatangkan kesan comic relief umum, ia menje-jaskan perjalanan cerita itu. ciri ini tidak terdapat pada novel-novel filipina, tetapi peribadi pengarang tetap juga kelihatan dalam novel-novelnya. terdapat juga keseluruhan novel itu hanya disampaikan melalui sudut pandangan orang yang pertama sehingga men-jadi seolah-olah satu autobiografi penulis itu. i am death ada-lah contoh yang dimaksudkan. dalam menyampaikan cerita mereka novelis-novelis agak ragu tentang sudut pandangan yang harus digunakan. hal ini boleh dilihat daripada perubah-an sudut pandangan dari satu jenis yang lain atau percampur-adukan beberapa jenis dalam sesebuah novel itu. kesilapan ini dapat diterangkan sebagai satu usaha untuk mengeksperimen atau sebagai percubaan novelis untuk men-datangkan elemen baru dalam novel mereka tanpa menyedari bahawa percubaan mereka itu akhirnya mendatangkan ke-lemahan-kelemahan teknik. kekurangan atau ketiadaan model-model baik yang dapat dicontohi adalah satu sebab. novel se-bagai bentuk baru di filipina dan di malaysia harus mengalami perubahan-perubahan daripada yang dimengertikan di barat. kalaupun ada contoh-contoh novel yang boleh ditiru, namun 280</Page><Page Number="298">percintaan dan kisah rumah tangga contoh-contoh ini merupakan hasil yang mediocre dan jauh dari-pada memuaskan mengikut nilaian kontemporari. sekali lagi faktor yang dapat menerangkan kelemahan-kelemahan ialah betapa mendalam dan kuatnya kongkong-an bentuk-bentuk tradisional ke atas novel moden. dalam banyak hal novelis-novelis melayu dan filipina masih terikat dengan kesusasteraan lama mereka, dan ini jelas kelihatan daripada beberapa idea dan elemen-elemen teknik, yang di-gunakan oleh mereka. di filipina, novel-novel sepanyol yang serba sedikit dan novel-novel tagalog (serta novel-novel suku bahasa filipina yang lain) menjadi precedent dan contoh pengaruhnya juga amat besar. di malaysia pula, hikayat penglipur lara melayu menjadi contoh novelis-novelis melayu pada zaman awal ini. bibliografi ahmad kotot, 1927. hikayat percintaan kasih kemudaan. serem-ban: al-matbaah al-rawdzah al-islam wa syarkat. agoncillo, teodoro a. "the development of the tagalog language and literature (historical review)" dlm. far eastern university faculty journal, oktober 1952. alip, e.m., 1930. tagalog literature (a •istorical study). manila: university of santo tomas press. daroy, petronilo bn., 1960. the politics of the imagination. quezon city: philippine collegian. hosillos, lucila, 1969. philippine-american literary relations 1898— 1941. quezon city: university of the philippines press. lava, josefa cabanos, 1955. "the filipino novel in english from 1940 to the present". tesis ma university of the philippines. li chuan siu, 1966. ikhtisar sejarah kesusasteraan melayu baru 1930-1945. kuala lumpur: pustaka antara. mohd. taib osman, 1961. an introduction to the development of modern malay language and literature. singapore: donald moore. mohd. taib osman, 1964. modern malay literature. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. mohd. taib osman. "classical and moden malay literature". ker- 281</Page><Page Number="299">sastera kebangsaan: isu dan (abaran tas kerja tidak terbit. jabatan pengajian melayu, universiti ma-laya, kuala lumpur, t.t. yabes, leopaldo y. "the filipino novel in english" dlm. philippines hereld midweek magazine, 10 september 1941. yabes, leopoldo y. "fifty years of filipino wisting in english" dlm. the literary apperentice, 1951. yahaya ismail. "novel-novel melayu sebelum perang dunia kedua" dlm. dewan bahasa 7:10, oktober 1963. yahaya ismail, 1970. kajian mengenai karya-karya ahmad rashid talu. kuala i,umpur: dewan bahasa dan pustaka. yahaya ismail, 1973. "perkembangan fiksyen melayu dari hikayat kepada novel". tesis jabatan melayu/indonesia universiti monash, australia. yumol, isabel b., 1955. "a critical study of aurelio tolentino's novel ang buhok in ester". tesis ma university of the philippines. zainal abidin bin ahmad. "modern developments" dlm. jmbras 17:11, 1939. zainal abidin bin ahmad, 1941. "recent ]vialay literature" dlm. jmbras 19:1. zamora, marcelac, 1957. "a critical study of the works of rausoro almario with emphasis on mga anak bukid and nang si eba aylikhain". tesis ma, university of the philippines. dewan bahasa, disember 1977. 282</Page><Page Number="300">sasterawan islam .‘k hamzah hamdani bismillahir-rahmanh--rahirn umat islam sedang memulai satu abad baru dalam tahun hijrah, dan satu kesedaran baru telah tumbuh dan sedang berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh dunia islam. ketibaan abad ke-15 hijrah memberi satu keinsafan kepada umat islam supaya bangun kembali menebus kegemilangan masa lampau, setelah ter-tekan selama ratusan tahun akibat penjajahan yang telah me-misahkan agama dari kehidupan dunia seperti yang terjadi di barat. negara-negara islam yang telah merdeka dan sedang membangunkan ekonominya dengan pesat, merasakan su- 283</Page><Page Number="301">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran dah tiba waktunya menegakkan agama islam dengan lebih kukuh di seluruh dunia. seruan-seruan dilaungkan oleh para pemimpin negara islam dan para intelektual islam. dr. mahathir mohamad, perdana menteri malaysia, dalam satu ucapannya pernah menegaskan: "abad ke-15 hij-rah dilihat oleh umat islam di seluruh dunia sebagai zaman untuk menebus kembali keagungan lslam dan zaman ke-banggaan bagi umat islam" (dewan masyarakat, april 1982). untuk menjamin impian ini tercapai, seluruh umat islam ha-rus sering disedarkan dan diasuh dengan sikap serius dalam usaha yang besar ini. sikap yang terlalu berkiblat ke barat untuk mengejar kemajuan harus diubah kerana angkatan sesuatu bangsa apabila hilang keperibadian bangsanya dan hancur ke dalam keperibadian yang lain, ertinya bangsanya itu telah lenyap dan musnah (fadlullah wilmot, 1981:67). se-lama ratusan tahun dijajah oleh bangsa yang beragama lain tetapi umat islam tetap dapat bertahan dalam agamanya. ini membuktikan umat islam sebagai umat yang tetap teguh memegang sumpahnya, "aku mengaku tiada tuhan yang di-sembah melainkan allah dan aku mengaku bahawa nabi mu-hammad itu utusan allah". pada kala umat islam sedang menerima pengaruh barat dengan pesatnya hasil daripada alat komunikasi massa yang semakin cekap seperti filem, tv, radio dan akhbar, umat is-lam segera disedarkan agar memperteguhkan keimanannya kepada allah supaya tidak hanyut dan akhirnya bertambah lemah. selama 14 abad hijrah, islam telah memberikan sum-bangan yang tidak kecil kepada peradaban dunia. bangsa-bangsa barat hanya mulai mencapai kemajuan setelah mempelajari ilmu-ilmu yang telah dikembangkan oleh para pemikir islam. hakikat ini harus diseciari oleh umat islam. islam bukanlah semata-mata mengajarkan kepada penganut-nya untuk mencari kehidupan akhirat sahaja. kehidupan di dunia juga harus dikuasai kerana apabila kita lemah di dunia, ibadat kita untuk akhirat akan terjeja s. islam sebenarnya menghendaki kesedaran dan keseimbangan. apabila kita mengejar untuk akhirat, usaha mencari kebahagiaan di dunia 284</Page><Page Number="302">sasterawan islam janganlah dilupakan. demikian juga sebaliknya. dalam hal ini, fadlullah wilmot melalui bukunya berjudul keindahan islam menegaskan: tetapi, kesenangan di dunia ini hendaklah dinikmati dalam rangka kesyukuran manusia kepada khaliqnya. kehidupan ini adalah suatu kesempatan bagi manusia dalam menik-mati dan mensyukuri segala yang dianugerahkan oleh allah. hendaklah diinsafi bahawa dunia dan kehidupan ini adalah pemberian allah s.w.t. manusia diciptakan supaya hidup mengikut landasan-landasan yang wajar dan sihat. manu-sia bebas menikmati kehidupan di dunia ini tetapi mereka janganlah hendaknya menyakiti diri sendiri, manusia dan makhluk-makhluk yang lain. (fadlullah wilmot, 1981:124) para penulis atau sasterawan yang menganut agama islam mempunyai peranan yang penting dalam usaha membangkit-kan kembali keagungan umat islam. mereka harus menjadi pemikir dan penggerak agar umat islam bangun kembali un-tuk meneguhkan keimanannya. dan mereka haruslah benar-benar memahami islam hingga ke dasarnya. tanpa pema-haman yang mendalam, mereka hanya mampu menyentuh kulitnya sahaja. menurut fadlullah wilmot lagi: sesuatu bangsa tidak mungkin mencapai kejayaan, kalau bangsa itu tidak mempunyai suatu gambaran yang jelas mengenai matlamat dalam kehidupan ini dan memberikan kepada kita cita-cita yang luhur. islam memberikan kepada kita suatu gambaran yang jelas mengenai tujuan kita dalam hidup ini, dan suatu pedoman bagi dasar-dasar gerakan akhlak, masyarakat dan akal. (fadlullah wilmot, 1981:100-01) sebelum dibicarakan secara khusus tentang siapa dia sasterawan islam, wajar jika di sini dihuraikan tentang islam menurut pandangan mereka yang arif tentangnya. menurut fadlullah wilmot, islam adalah suatu cara ke-hidupan yang mengandungi konsep kepercayaan yang men- 285</Page><Page Number="303">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tafsirkan hakikat alam semesta dan menentukan tempat dan matlamat manusia di dalamnya. islam sebagai addin, suatu cara hidup yang lengkap, sempurna dan mutlak yang meliputi seluruh segi dari kehidupan duniawi dan ukhrawi yang meng-aturkan hubungan manusia dengan allah swt, manusia den-gan manusia, manusia dengan alam sekeliling dan manusia dengan dirinya sendiri (fadlullah wilmot, 1981:82-83). daripada pandangan tersebut, jelas kepada kita bahawa dengan memahami islam secara sebenar-benarnya, kita akan sentiasa insaf terhadap kedudukan kita dalam hubungan dengan allah, manusia, alam sekeliling dan diri sendiri. di sini-lah shahnon ahmad menegaskan, "kita perlu kembali kepada dasar status kita yang hak dan abadi dalam hubungan cita se-benar antara makhluk dengan khaliqnya, cita sebenar dalam erti kata mengetahui, mengenali, mengamali dan menghayati cara hidup yang baik" (shahnon ahmad, 1981:10). bagi para sasterawan yang benar-benar mahu menjadi sasterawan islam, menurut mohd. kamal hassan, "jiwa seseorang itu harus menjalani proses penyucian yang serius, intensif dan terarah" (mohd. kamal hassan, 1981:47). dari sinilah kelak, seseorang itu mendapat ilham yang sekali gus indah, luhur dan tinggi nilai estetika dan moralnya, sehingga ia kadang-kadang mencapai kebenaran dan hakikat di sebalik fenomena (mohd. kamal hassan, 1981). dunia penulisan dewasa ini sedang diarahkan kepada cita-cita penghayatan pemikiran islam yang sebenarnya. se-perti bidang-bidang lain dalam kehidupan yang cuba diresap-kan dengan unsur-unsur islam secara lebih serius, sesuai dengan cita-cita kebangkitan semula umat islam dalam abad ke-15 hijrah ini, dunia penulisan terutamanya bidang kre-atif, juga sedang mengalami perubahan arah. menurut prof. ismail hussein, "situasi tentang sastera. islam datangnya dari-pada intelektual islam. mereka ini sangat observant dalam islam, dan mereka mahu mendedahkan idea islam melalui karya-karya artistic, iaitu sastera dan k esenian" (nadi insan, januari 1981). dan kesedaran ini amat penting disematkan ke dalam jiwa setiap penulis, kerana jika umat islam sendiri 286</Page><Page Number="304">sasterawan islam tidak mengagungkan dengan sebenar-benarnya kemuliaan agamanya, jangan diharapkan umat agama lain memandang tinggi kepada umat islam. suatu gambaran yang jelas menge-nai tujuan kita dalam menegakkan islam harus ada dan sen-tiasa diperdalami. mengenai konsep kesusasteraan islam, banyak pandang-an yang telah dikemukakan oleh para intelektual islam. shahnon ahmad berpendapat, "... sastera islam dapat kita simpulkan sebagai sastera kerana allah, berhikmah untuk manusia sejagat" (shahnon ahmad, 1981:3). dan mengenai peranan hasil karya dalam sastera islam, shahnon ahmad menegaskan, "... semuanya bertolak dari objektif utama me-ningkatkan akhlak manusia yang baik, menimbulkan perten-tangan-pertentangan antara nilai murni dengan nilai palsu, dan darinya membina perpaduan etika yang baik di samping menyisihkan bibit-bibit yang mencemarkan kemanusiaan sejagat" (shahnon ahmad, 1981:6-7). bagi a. hasjmy pula, "... karya sastera yang merupakan manifestasi atau pancaran keimanan dan amal salih dari seorang sasterawan, itu adalah kesusasteraan islam" (a. hasjmy, 1977:74). penulis atau sasterawan islam juga perlu menyedari hakikat seperti yang ditegaskan oleh said quthub, seorang ahli tafsir dan ahli politik islam yang terkenal, bahawa islam mengghairahkan manusia agar berani menghadapi hakikat nyata dan jangan lari daripadanya ke dunia khayal yang ka-bur. kerana itu, tidak ada lagi dalam daya manusia sisa un-tuk mimpi-mimpi kabur yang berterbangan, kerana islam telah menghabiskan daya ini untuk membuktikan mimpi yang tinggi sesuai dengan jalan-nya yang agung (a. hasjmy, 1977:72). dalam al-quran, allah telah memperjelaskan siapa dia sasterawan islam yang sebenarnya seperti yang ditafsirkan dari ayat 224-227 surah al-syu'ara' (para penyair): dan para penyair mereka diikuti orang-orang tersesat tiadakah kaulihat bahawa mereka mengembara 287</Page><Page Number="305">sastera kebangsaan: isu dan cabaran di setiap lembah dan bahawa mereka mengatakan apa yang tiada mereka kerjakan kecuali (penyair) yang beriman dan beramal salih banyak mengingat allah dan hanya membela diri sesudah dizalimi mereka yang zalim akan mengetahui bagaimana jadinya urusannya. ayat ini diturunkan allah kepada nabi muhammad untuk menentang sikap buruk para penyair jahiliah yang mempu-nyai pengaruh kuat terhadap masyarakat arab zaman itu. menurut prof. dr. h. mahmud yunus, bahawa ahli syair sebelum datangnya agama islam terpandang mulia yang besar pengaruhnya, sehingga apa-apa yang dilukiskannya dalam syairnya terus diturut orang, baik benar ataupun dusta. sesuatu kabilah (dusun) yang terpandang hina-dina, tetapi jika kabilah itu dipuji oleh salah seorang ahli syair, lalu kabi-lah itu menjadi tinggi darjatnya. sebab itulah raja-raja, orang-orang hartawan dan bangsawan sangat hormat kepada orang ahli syair dan banyak sekali memberi hadiah kepadanya, su-paya dipuji-pujinya. dengan ringkasnya dikatakan bahawa pe-ngaruh ahli syair dalam masyarakat arab pada masa dahulu, adalah seperti pengaruh surat khabar masa sekarang. oleh sebab itu maka sesetengah ahli syair mempergunakan pe-ngaruhnya itu untuk semata-mata meminta hadiah daripada raja-raja, kepala-kepala kabilah dan sebagainya. sebab itulah ia beredar kian ke mari, meminta hadiah dengan syairnya. jika ia mendapat hadiah yang menyenangkan, lantas dipuji-puji orang yang memberinya. tetapi jika ia tidak memperoleh hadiah lalu dicercanya, maka ahli syair yang berlaku seperti inilah yang dicerca oleh al-quran (islam). tetapi ahli syair yang beriman dan berkata benar, ahli syair yang pandai me-lukiskan kebenaran, budi pekerti yang baik, maka adalah ia masuk golongan orang-orang yang salih (prof. dr. h. mahmud yunus, 1979:554). daripada surah tersebut, a. hasjmy menyimpulkan per- 288</Page><Page Number="306">sasterawan islam bezaan antara sifat-sifat sasterawan jahiliah dengan sifat-sifat sasterawan islam. sasterawan jahiliah pendiriannya tidak tetap; bertualang dari lembah ke lembah. pengikut dan peng-agumnya terdiri daripada orang bajingan dan bandit-bandit. pembicaraan mereka tidak sesuai dengan pekerjaan mereka; bohong dan kotor. sasterawan islam pula hati dan jiwanya penuh dengan keimanan, kerjanya sentiasa beramal salih dan berbuat bakti. pancaran iman menjelma dalam amal perbuat-annya dan mereka selalu mengenang allah sehingga terlahir dalam karya-karya mereka (a. hasjmy, 1977:73). seorang sasterawan islam haruslah tunduk kepada di-siplin agama islam. ia tidak mungkin akan dapat memperoleh satu gambaran mengenai kebenaran kalau ia dipengaruhi oleh fikiran dan falsafah peribadi. untuk dapat membezakan mana benar dengan mana yang palsu, proses penyucian jiwa yang serius, intensif dan terarah harus dijalani oleh setiap penulis. menurut fadlullah wilmot: selama peribadi manusia dikendalikan oleh keinginan duni-awi, selama ia tidak tunduk kepada allah dan menyucikan pandangan, selama itu juga seorang penyair atau penulis tidak mungkin akan dapat melepaskan diri dari kesempitan kepentingan naftunya. hanya kalau si penulis mempunyai satu matlamat yang mutlak maka dapatlah ia maju, men-capai, memperluaskan dan menyelesaikan perkara tersebut. kalau tidak, ia cuma berpusing-pusing sahaja walhal islam memberikan kepada manusia matlamat untuk mencari kere-daan allah dalam hidupnya dan tidak ada matlamat yang lebih tinggi dari matlamat ini. dengan matlamat ini seorang penulis dapat maju dan menciptakan perkara-perkara yang memberi kesedaran baru kepada umat manusia. (fadlullah wilmot, 1981:9) demikianlah pentingnya matlamat kepada sasterawan islam. dan matlamat tersebut harus berpandu kepada jalan yang telah diberikan allah melalui al-quran. dengan kesedar-an ini para sasterawan tidak akan terseleweng mengikut ke-inginan nafsunya semata-mata, yang selalunya mudah meng- 289</Page><Page Number="307">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ikuti jalan yang dilorongkan oleh syaitan. menurut mohd. kamal hassan, "... sebagai hamba (abd) kepada allah swt, insan ditugaskan oleh pencipta dan pentadbirnya supaya ber-fikir, berkata, berbuat dan berkarya sesuai dengan statusnya yang amat tinggi - iaitu selaku wakil (khalifah) allah di bumi - dan sekali gus serasi pula dengan jiwanya yang mempunyai sifat-sifat kemurnian dan keluhuran yang berpunca dari allah sendiri" (mohd. kamal hassan, 1981:41-42). dan sebagai penulis, sasterawan harus sedar tentarig bakatnya dan sedar pula tentang statusnya sebagai manusia dalam konteks hu-bungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan allah (shahnon ahmad, 1981:15). sernua kesedaran ini ha-rus diresapkan ke dalam jiwa setiap sasterawan islam agar matlamat yang hendak dicapai sentiasa di hujung pandangan mata batinnya. untuk menghasilkan hasil kesusasteraan yang berunsur islam, kita semua haruslah menyedari suatu hakikat yang menjadi punca atau sumber lahirnya hasil sastera yang bercorak demikian. para penulis atau sasterawan harus me-ngetahui, mengenal, mengamal dan menghayati ajaran islam dengan sebenar-benarnya. dalam hal ini shafie abu bakar berpendapat, "... objek utama penerapan hendaklah ditujukan kepada individu insan terlebih dulu, kerana jika diibaratkan hasil penulisan itu sebagai helaian kertas putih yang sedia menerima sebarang coretan tulisan, maka individu insan pula boleh diibaratkan sebagai penanya" (shahnon ahmad, 1981:106). di sinilah tugas para sasterawan yang bercita-cita untuk menjadi sasterawan islam. dengan menjadi orang islam yang sebenar-benarnya, sudah tentulah hasil karyanya secara tidak langsung akan diterapi oleh nilai-nilai pemikiran islam. dan ia akan melihat alam dan segala yang di dalamnya tidak lain dari ayat kauniyyat sebagai pertanda kewujudan dan kebesaran ilahi (shahnon ahmad, 1981:107). menurut pandangan mohd. kamal hassan, dalam perspek-tif islam, penghasilan seni dan sastera hendaklah bertujuan, antara lain, meninggikan apresiasi manu sia terhadap semua ni-lai yang baik, murni dan diredai oleh allah swt. dan seni dan 290</Page><Page Number="308">sasterawan islam sastera yang tinggi nilainya ialah yang boleh mendorong ke arah pencapaian tingkat ketakwaan, kemakrufan, dan budi yang le-bih mantap. ia harus bersifat demikian kerana manusia yang menciptanya tidak diberi peranan lain, selain daripada peranan pengabdian kepada tujuan-tujuan ilahi dan kekhalifahan dunia atas nama allah. tambahan pula daya ciptanya, imaginasinya, akalnya, intuisinya dan lisannya bukan diciptanya sendiri, tetapi dianugerahkan allah kepadanya sebagai "barang-barang" amanah yang penggunaannya harus dipertanggung-jawabkan kemudian hari kepada penciptanya yang sebenar. ia harus menjaga alat-alat "pinjaman" itu daripada dipenga-ruhi oleh nafsu atau disalahgunakan untuk mencapai kepen-tingan-kepentingan egoistis dan setanis (mohd. kamal has-san, 1981:45-46). oleh sebab itu, kerendahan hati haruslah menjadi darah daging sasterawan islam dan bukan keinginan untuk membanggakan diri. sasterawan bukanlah pencipta dari yang tidak ada kepada yang ada, tetapi hanya mengarang daripada elemen-elemen yang telah ada (diadakan oleh allah) kepada satu susunan lain mengikut genrenya (shahnon ahmad, 1981:15). itulah peranan sasterawan yang sebenarnya. hasil sastera berunsur islam yang menggabungkan ke-benaran dan keindahan haruslah bersumberkan kebenaran dan keindahan yang terkandung dalam al-quran dan hadis nabi muhammad (saw). fadlullah wilmot menegaskan, "dalam segala hal mereka hendaklah memahami dengan tepat dan benar ayat-ayat al-quran dan memikirkan apa erti-nya dalam kehidupan manusia" (fadlullah wilmot, 1981:37). allah menegaskan dalam surah al-baqarah, ayat 2-3 yang bermaksud: kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman ke-pada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menalkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. menurut mohd. kamal hassan pula, "seni dan sastera yang dituntut oleh islam mendapatkan visi hidupnya dan visi keindahannya daripada al-quran yang amat nyata mem- 291</Page><Page Number="309">sastera kebangsaan: isu dan cabaran perlihatkan pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa. di dalamnya keindahan bahasa berfungsi bukan semata-mata untuk menimbulkan kesenangan estetika tetapi berkhidmat untuk memperjelas-kan nilai-nilai dan aspirasi-aspirasi kebenaran yang universal dan abadi. bentuk dan isi, tujuan dan cara, media dan mesej menjadi sepadu. tujuan keagamaan (al-qharad ad-dini) dan tujuan kesenian (al-qharad al-fanni) bertemu secara paling harmonis dalam satu pengalaman yang suci" (mohd. kamal hassan, 1981:49). menyentuh mengenai hasil kesusasteraan islam, dr. mahathir mohamad berpendapat, "... kita masih kekurang-an hasil sastera islam yang dapat membentuk keperibadian masyarakat dan dapat menjadi perisai dan penawar dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa dan akan datang" (dewan masyarakat, april 1982). bidang penulisan merupakan satu cara berdakwah yang berkesan. dr. mahathir menyeru, demi kepentingan islam, setiap penganut agama islam mestilah mengisi dakwahnya de-ngan hasrat untuk mengembalikan kekuatan dan keagungan umat dan bukan untuk polemik yang melemahkan atau me-mecahbelahkan umat (dewan masyarakat, april 1982). dari-pada seruan tersebut, para sasterawan islam dituntut untuk memenuhi satu cita-cita yang besar dan murni iaitu untuk mengembalikan kekuatan dan keagungan umat islam. untuk memenuhi cita-cita tersebut, para sasterawan harus bersikap jujur dan baik. tingkah lakunya tidak harus bertentangan dengan apa-apa yang dilaung-laungkannya. mereka janganlah bersifat seperti sasterawan jahiliah yang mengatakan apa-apa yang tiada mereka kerjakan! mengenai bentuk hasil kesusasteraan islam, shahnon ahmad berpendapat, pertamanya, islam menentang seba-rang kekaburan dan ambiguiti kerana elemen-elemen ini akan mengelirukan pembaca; kedua, bahasa yang mudah difahami dan indah dihayati harus menjadi pegangan bagi sasterawan islam; ketiga, jangan menggunakan teknik penceritaan dengan berlebih-lebihan atau keterlaluan kerana ia boleh membawa 292</Page><Page Number="310">sasterawan islam kemudaratan (shahnon ahmad, 1981:31-33). daripada pan-dangan ini dapat disimpulkan bahawa sasterawan islam tidak wajar membiarkan diri hanyut dalam ilham yang tidak terarah atau menurut shahnon ahmad, "kemabukan rasa" yang boleh membawa kepada kelupaan dan kegilaan. daripada pandangan-pandangan yang dikemukakan di atas, saya tertarik hati untuk membicarakan secara ringkas sebuah kumpulan cerpen berjudul pramuka di padang mah-syar (judul asalnya wahyul qalam) karya musthafa shadiq ar-rafi'y (terjemahan dra chadidjah nasution). kumpulan cerpen ini mengandungi lima buah cerpen yang menarik dan dapat menjadi contoh apa-apa yang boleh kita sebut sebagai hasil sastera berunsur islam. lima buah cerpen yang berjudul "pramuka di padang mah-syar", "di samping kesukaran ada kemudahan", "bukalah pintu", "sinar keimanan" dan "mempelai yang berbahagia", mengemukakan tema tentang tanggungjawab orang islam ter-hadap keluarga dan masyarakat, membersihkan diri daripada dosa-dosa, memperkuatkan semangat orang islam supaya jangan mudah putus asa dan konsep perkahwinan menurut islam. dalam keseluruhan cerpen tersebut pengarang telah menggunakan latar belakang masjid dengan watak-wataknya terdiri daripada tokoh-tokoh agama. pengarang menggunakan unsur mimpi iaitu untuk menunjukkan pembalasan dosa ketika manusia dihimpunkan di padang mahsyar dan teknik cerita dalam cerita. pengarang memperlihatkan teknik pen-ceritaan yang mudah, plotnya kemas, perwatakannya hidup dan perutusannya jelas tetapi jauh dari terasa sebagai dak-wah yang melulu. pengarang menyisipkan ayat-ayat al-quran dan hadis nabi sebagai dasar perutusannya. daripada ceri-ta-cerita yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa bagi penulis, orang islam yang tulen bukanlah orang yang mementingkan dirinya sendiri. ibadatnya bukan hanya dalam solat sahaja tetapi mencakupi keseluruhan hidup itu sendiri. antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat tidak ada jurang. seorang islam mengasihi isteri, anak dan masyara- 293</Page><Page Number="311">sastera kebangsaan: isu dan cabaran katnya seperti mengasihi dirinya sendiri. inilah pengertian orang islam yang dikehendaki dalam islam. dan karya-karya seperti itu dihasilkan dengan niat dan tujuan untuk mencari keredaan allah, iaitu untuk menegakkan kebenaran tanpa bercanggah dengan larangan-nya dan bertujuan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. menurut a. yusuf ali, seorang pentafsir al-quran yang terkenal, seorang seniman yang sempurna ialah seorang yang cuba menjadi seorang manusia yang sempurna. kesem-purnaan seunggulnya mungkin tidak tercapai dalam hidup ini, tetapi harus menjadi cita-cita setiap insan, terutama me-reka yang ingin menjadi seniman-seniman ulung (shahnon ahmad, 1981:18). para sasterawan adalah. manusia yang penuh dengan impian, tetapi sebagai sasterawan islam, impiannya harus dipandu oleh kebenaran berdasarkan al-quran. dalam hal ini, mohd. kamal hassan mengatakan, "insaniah, yang di samping memperkuatkan rasa setia kawannya dengan penderitaan manusia sejagat, sekali-kali tidak mengingkari tuntutan fitrahnya sendiri, apalagi memperkecilkan sumber kewujudannya sendiri, iaitu allah swi'. di dalam insaniah yang kedua inilah terpancar keindahan yang sebenar, kerana ia menemukan dalam dirinya kebenaran dan rasa kemanu-siaan" (mohd. kamal hassan, 1981:50). seorang sasterawan islam yang dicita-citakan memang unggul. kita seperti membina istana di awang-awangan. kita memerlukan jiwa yang besar dan usaha yang gigih untuk membina batu asasnya bagi menyambungkan dengan istana di awang-awangan tersebut. tetapi sebagai seorang sasterawan islam, kita harus sentiasa menginsafi diri kita iaitu sebagai makhluk dua dimensi: kejadian daripada tanah dan juga daripada roh allah; sebagai makhluk yang wujud dalam dua dimensi: fizikal dan spiritual; dan makhluk dengan dua tugas yang utama dan pasti: hamba dan khalifah allah (shahnon ahmad, 1981). demikianlah satu pembicaraan singkat tentang sasterawan islam berdasarkan pandangan-pandangan para pemikir islam. ini adalah satu percubaan awal untuk memahami konsep sas- 294</Page><Page Number="312">sasterawan islam tera yang berunsur islam. jika ada sebarang kekeliruan faham-an, sudilah memberi teguran demi untuk mencapai cita-cita mengembalikan kekuatan dan keagungan umat islam. wassalam. bibliografi a. hasjmy, 1977. sumbangan kesusasteraan aceh dalam pembinaan kesusasteraan indonesia. jakarta: penerbit bulan bintang. al-qur'an dan terjemahannya, 1977. kuala lumpur: pustaka an- tara. fadlullah wilmot, 1981. keindahan islam. kuala lumpur: penerbitan adabi sdn. bhd. h.b. jassin, 1978. al-quranul-karim-bacaan mulia. jakarta: pener-bit djambatan. h. mahmud yunus, 1979. tamir qur'an karim. singapura: basheer ahamed. ismail hussein. "wawancara" dlm. nadi insan, januari 1981. mahathir mohamad. "islam dan penulisan" dlm. dewan masyara-kat, april 1982. mohd. kamal hassan. "konsep keindahan dalam islam dan hubungannya dengan seni dan sastera: suatu pandangan umum" dlm. islamiyyat, jilid 3, 1981. musthafa shadiq ar-rafi'y, 1976. pramuka di padang mahsyar. ja-karta: penerbit bulan bintang. shahnon ahmad, 1981. kesusasteraan dan etika islam. kuala lum-pur: fajar bakti sdn. bhd. shahnon ahmad, 1981. "konsep cereka islam: masih satu catatan awal". kertas kerja simposium darul iman, kuala terengganu, 8 disember 1981. dewan sastera, jun 1982. 295</Page><Page Number="313">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya hasni abas definisi patriotisme patriotisme didefinisikan oleh rifaah badawi rafi at-tahtawi (john j. donohue dan john l. esposito, 1984:7) sebagai rasa cinta kepada tanah air. at-tahtawi juga dianggap sebagai orang pertama yang memperkenalkan konsep tanah air (wathan) dan rasa cinta kepada tanah air (patriotisme, wathaniyah) ke dalam ba-hasa arab. patriotisme bagi keadaan lanah air yang belum merdeka adalah berusaha untuk memperoleh hak tanah air itu untuk menikmati kemerdekaan (john j. donohue dan john l. esposito, 1984:8). bagi negara yang telah merdeka, 296</Page><Page Number="314">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya mempertahankan kemerdekaannya adalah satu kewajipan. patriotisme juga dirujuk kepada kepatuhan dan setia kepada undang-undang serta bersedia membantu pelaksanaannya sehingga keamanan negara dapat dicapai, dan rakyat akan mendapat jaminan dari negara untuk menikmati hak-haknya se-bagffi warganegara. perlu juga diperhitungkan sebagai anggota masyarakat seseorang warganegara memperoleh kedudukan-kedudukan tertentu sebagai rakyat negara tersebut. hak-hak sebagai warganegara inilah yang sering dilupakan oleh keba-nyakan rakyat dalam sesebuah negara. patriotisme juga berkaitan dengan sikap atau kewajipan memberi teguran atau sanggahan kepada para penguasa yang memerintah dengan menuruti kemahuan peribadinya dan melakukan sesuatu sesuai dengan kemahuan mereka (john j. donohue dan john l. esposito, 1984:8). rakyat perlu mencari saluran untuk memberikan sanggahan atau kritikan atau bangkangan serta memberitahu penguasa tentang hal-hal yang tidak sesuai. dan mereka perlu meng-ungkapkan penilaiannya secara lisan atau tulisan terhadap pemerintahan (john j. donohue dan john l. esposito, 1984:9). mereka juga perlu mengemukakan pendapat me-reka dengan apa cara sekalipun dan mereka tidak boleh menjadi seperti orang asing yang tidak mengambil tahu dengan persoalan-persoalan pemerintahan itu. patriotisme bukan sa-haja menuntut rakyat agar berusaha memperoleh haknya yang layak dari tanah airnya bahkan juga menuntut agar mereka melaksanakan kewajipannya terhadap tanah airnya itu. turut termasuk dalam patriotisme juga ialah sikap mem-beri teguran, pandangan dan saranan terhadap sesuatu itu, perkara, peristiwa atau segala yang berlaku dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. ini termasuk bagaimana tama-dun sesuatu masyarakat atau negara itu harus dibangunkan. dan akhir sekali patriotisme mestilah merujuk kepada niat dan perbuatan yang matlamat akhirnya untuk menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan, memperjuangkan keadilan menentang kezaliman dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. 297</Page><Page Number="315">sastera kebangsaan: ise dan cabaran patriotisme dalam puisi melayu moden dalam sejarah perkembangan puisi melayu moden, puisi-puisi bertemakan patriotisme mula kelihatan seawal tahun 1913. hal ini terlihat dalam puisi "angan-angan dengan gurindam" karya omar mustaffa yang tersiar dalam utusan melayu, 18 januari 1913. bibit-bibit patriotisme telah kelihatan dalam puisi ini apabila omar mustaffa menyeru orang melayu bang-kit dari tidur dan mencontohi kejayaan dan kekayaan loke yew dan chow kit dan tidak membiarkan kekayaan di negeri ini diambil oleh bangsa lain (safian hussain, mohd. thani ahmad et al., 1981:43). pada tahun 1930-an pula telah muncul puisi-puisi patriotisme dengan lebih banyak lagi. antaranya puisi atma jiwa yang berjudul "kalau berani" yang tersiar di dalam bulan melayu, 23 april 1936 (pyan husayn &amp; suhaimi haji muhammad, 1981:53). dalam puisi ini atma jiwa me-nyeru supaya pemuda-pemuda berkorban berperang mem-pertahankan tanah air. sebelum perang dunia kedua beberapa orang penyair telah giat menyuarakan patriotisme dalam puisi-puisi mereka. antara penyair yang giat menyuarakan persoalan patriotisme ketika itu ialah anum (nama samaran abdul samad ahmad), bayu (nama samaran ahmad boestamam), rajawali (nama samaran mohd. hashim baharuddin), roslani ashikin (nama samaran abdullah hussein), abas dan roha. anum, bayu dan rajawali merupakan penyair yang paling lantang menyuara-kan persoalan tersebut. keadaan ini clapat dilihat melalui puisi anum yang berjudul "taraf melayu selepas perang" yang tersiar dalam majlis, 6 mac 1940 dan puisinya "kapal tiada nakhoda" dalam majlis, 8 mac 1940. hal yang serupa juga dapat dilihat dalam puisi bayu "kobarkanlah semangat muda" yang tersiar dalam majlis, 12 mac 1940 dan juga dalam puisi "sedih hatiku" karya rajawali yang tersiar dalam majlis, 21 mac 1940. dengan lahirnya angkatan sasterawan 50 atau asas 50 dengan slogannya "seni untuk masyarakat", telah menyema-rakkan lagi semangat patriotisme di kalangan para penyair. antara penyair yang banyak menghasilkan puisi yang berte- 298</Page><Page Number="316">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya makan patriotisme ialah masuri s.n. dan tongkat warrant. hal ini dapat dilihat dalam puisinya seperti "angkatan baru", "melangkahlah sekarang" (ali haji ahmad, 1966:9), "per-juangan yang belum selesai", "kami anak zaman ini", "ke-pada manusia baru" dan "memberi dan menerima". tongkat warrant juga banyak menyumbangkan puisi-puisi ber tema-kan patriotisme melalui puisi-puisinya "jiwa merdeka", "ma-laya", "merdeka", "kita dan sejarah" dan "tanah air" (usman awang, 1987:157). persoalan yang sama juga terdapat dalam puisi a. samad said seperti puisinya "titisan darah di tanah indah" dan "kepulangan perahu layarnya" (kassim ahmad, 1979:7). walaupun tanah melayu telah mencapai kemerdekaan-nya pada 31 ogos 1957, namun isu dan tema patriotisme ma-sih diungkapkan dalam puisi-puisi pada dekad 60-an. pada tahun 1960-an juga telah terbit antologi-antologi puisi sekum-pulan penyair yang mengucapkan persoalan patriotisme. ini dapat dilihat melalui antologi puisi keranda 152 (1967), teluk gong (1967) dan suara tujuh (1969). antologi puisi keranda 152, mengungkapkan persoalan bahasa melayu sementara teluk gong dan suara tujuh mengungkapkan persoalan ke-adilan masyarakat. selain puisi yang dikumpul dalam antolo-gi tersebut terdapat juga penyair yang mencipta puisi yang bertemakan patriotisme. antara penyair yang mencipta puisi yang bertemakan patriotisme pada dekad 60-an ialah dhar-mawijaya. dharmawijaya lahir pada 23 jun 1937. dharmawijaya mula menulis puisi pada awal tahun 1960-an. sajak dhar-mawijaya "kerana hati" termuat dalam antologi puisi bing-kisan angkatan baru yang disusun oleh jihaty abadi terbit pada tahun 1956. dharmawijaya menggunakan nama pena k. zaman. puisinya yang terawal yang menggunakan nama pena dharmawijaya tersiar dalam mastika, oktober 1962 bertajuk "anak perantau" (mohd. thani ahmad, sarah sadon et al., 1988:255). dharmawijaya boleh dianggap sebagai penyair yang memperlihatkan perkembangannya pada dekad 60-an. namun begitu kekuatan dharmawijaya menyerlah pada ta- 299</Page><Page Number="317">sastera kebangsaan: isu dan cabaran hun 1970-an, apabila beliau telah memperindah bentuk, gaya dan pengucapan puisinya pada dekad ini. patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya pada dekad 60-an, sebahagian besar puisi-puisi dharmawijaya jelas bertemakan patriotisme. antara puisinya yang bertema-kan patriotisme pada dekad ini ialah puisi "cinta sayang di sawah ladang". dalam puisi ini dharmawijaya mempersoal-kan sikap wakil rakyat atau ahli parlimen yang tidak sepenuh-nya bertanggungjawab menjalankan tugas. tema-tema patriotisme juga dapat dilihat dalam puisi-puisinya yang lain. antara puisi tersebut ialah "desaku". dalam puisi ini dharmawijaya mengungkapkan kebahagiaan bagi orang kampung seperti "membilang bintang di bulan rembang" bukan sesuatu kebahagiaan yang nyata. dharmawijaya meneruskan tema pengucapan tersebut juga dalam puisinya yang lain seperti dalam puisi "senyum anak tani" yang mengungkapkan persoalan anak tani yang hidupnya masih dalam keadaan sukar. walaupun ada "orang besar" datang dari kota tetapi mereka tidak membawa apa-apa perubahan kepada kampung tersebut. dalam puisinya "tugu" dharmawijaya mempersoalkan sikap pemerintah membina tugu negara untuk mengucap-kan terima kasih kepada per wira negara yang gugur, kerana tugu negara tidak memberikan "makna" kepada waris atau anak-anak per wira yang kematian perwira mereka. puisinya "anak parlimen" pula memberikan peringatan kepada ahli-ahli parlimen bahawa nikmat kemerdekaan ada-lah sesuatu yang besar nilainya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan atau remeh. puisi dharmawijaya "kampung talang" merupakan puisi-nya yang terkenal hingga kini. puisi ini merupakan batu tanda kepada kepenyairan dharmawijay a. dalam "kampung talang" dharmawijaya mengkritik penguasa atas nama p.l.b. (pembangunan luar bandar) yang telah menceroboh kemur-nian dan "kedaraan" kampung talang. hal ini terlihat dalam bait berikut: 300</Page><Page Number="318">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya kerana dalam siap sedia tempat tumpah darah ini akan bermahsuri bermalinja o, di jalan yang masih hangat bermandi tar telah gemuruh dan bergegar jentera-jentera gergasi dari kota datang menelan hasil belantara milik berabadmu bakal warisan kekasihku. (dharmawijaya, 1974:33) peristiwa yang berlaku di kampung talang bukan sahaja berlaku di kampung talang bahkan ia juga berlaku di tempat-tempat lain di negara ini. atas alasan pembangunan penguasa telah merosakkan kemurnian dan keharmonian hutan dan belantara dengan melakukan penebangan terhadap hutan-hutan tersebut. dalam puisinya "yang tumpah yang mengalir", menge-nang 10 tahun merdeka, dharmawijaya mempersoalkan apa-kah makna kemerdekaan kepada nelayan, buruh dan petani yang telah sama-sama memperjuangkan kemerdekaan jika hidup mereka masih sengsara. sementara puisinya "antara yang telah terisi, pada yang pernah diberi" dharmawijaya mengingatkan kita, tentang makna kemerdekaan dan bagaimana mengisi kemerdekaan supaya tidak "dikepuk sendiri kita kempunan padi" dan "di kolam sendiri kita kelemasan mandi". dalam puisinya "tanah airku", dharmawijaya pula me-nyarankan bahawa walaupun kita telah merdeka kita perlu berusaha mengisi kemerdekaan tersebut. ini kerana kata-nya "pipih tidak datang melayang, bulat tidak datang meng-golek". sementara dalam puisinya "senandung rakyar, dhar-mawijaya bersuara supaya pengorbanan perwira tanah air, petani, nelayan dan para buruh untuk kesejahteraan tanah air dihargai, atas rasa keadilan dan kemanusiaan. sementara dalam puisi "lagu anak revolusi" dhar-mawijaya menyarankan supaya kita (anak revolusi) tidak 301</Page><Page Number="319">sastera kebangsaan: isc dan cabaran mengharapkan simpati dan belas kasihan tetapi hendaklah bertekad dan berjuang untuk melimpah "tuan dipinta se-jarah kehidupan". dalam puisinya "di gelora zaman" pula dharmawijaya mengambil watak jebat supaya kita menjadi berani menen-tang petualang yang menggugat keharmonian negara. puisi ini mungkin ada perkaitannya dengan peristiwa 13 mei 1969. pada dekad 70-an, walaupun kemerdekaan tanah air telah dikecapi dalam jangka masa yang agak lama, tetapi semangat patriotisme dharmawijaya masih jelas kelihatan. bagi dharmawijaya kemerdekaan yang telah dinikmati perlu dipertahankan kemurniannya. hal ini diperlihatkannya dalam puisinya "sekali ini": biar di kiri duri di kanan api biar di belakang taufan di hadapan gelora kita akan bangun lalu melangkah jua. keadaan yang sama diungkapkan juga oleh dharmawijaya dalam puisinya "dengan citawaja" supaya kemerdekaan yang telah dinikmati dijaga sebaik-baiknya. katanya: dengan citawaja nyanyian selama hidup menentang perjuangan mati mengusung kemenangan dharmawijaya jua turut menyarankan supaya kita dengan setia dan cekal menentang segala ketidakadilan dan ketidak-baikan yang menjadi kebencian kita semua. katanya: maka dengan setiarela dan cekal cita punah-ranahkan tiap ranjau belantara derita sengsara kebencian teluk hati anak-anak di abad ini dalam puisinya "antara kerelaan" (suara jiwa pada pemulihan parlimen) dharmawijaya rnengambil sikap ber- 302</Page><Page Number="320">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya suara untuk anak-anak peribumi meminta "keadilan bersama keamanan untuk kemakmuran". selain itu juga dipinta "keper-cayaan bersama kesetiaan untuk kemenangan". dan untuk mencapai keharmonian di negara ini diperlukan "kebenaran bersama kejujuran untuk kesejahteraan". bagi dharmawijaya juga ketentuan perlu dibuat oleh anak peribumi supaya hidup mereka tidak semata-mata berserah atau bergantung pada takdir. beliau menyeru dalam puisinya "tentukan kini": jadikan api lembut nafasmu deru peluru gerak tanganmu dharmawijaya turut mengambil sejarah atau peristiwa yang berlaku pada zaman kesultanan melayu melaka dalam puisinya "rakaman rasa". beliau merakamkan peristiwa "per-tembungan kesetiaan" antara tuah dan jebat. beliau melan-jutkannya dengan peristiwa masa kini bahawa dendam dan kebencian akan merosakkan keluhuran, kebenaran dan ke-baktian. katanya lagi untuk bersetia harus ada batasnya dan berkasih sayang ada tempatnya. puisinya "mahkota sejahtera" merupakan salah sebuah puisi dharmawijaya yang jelas menunjukkan ketebalan se-mangat patriotisme beliau. dalam puisi ini dharmawijaya me-nyatakan betapa kasihnya beliau kepada tanah airnya. dhar-mawijaya juga merakamkan bahawa segala rintangan dan kesukaran yang dialami oleh tanah airnya telah dapat diatasi dan sekiranya kesukaran datang kembali ia akan dihadapi dengan penuh semangat patriotik. beliau seolah-olah ber-sumpah untuk mempertahankan tanah air ini. kata beliau: tanah kasihku demi keramat namamu akan kugenggam bahagia dunia tanpa duduk pada serik getir menduga sebagai seorang penyair yang patriotik, dharmawijaya sentiasa menghargai jerih perih dan perjuangan yang telah dilakukan oleh anak peribumi. beliau merakamkan keadaan 303</Page><Page Number="321">sastera kebangsaan: isu dan (abaran ini dalam puisinya "lagu cinta anak peribumi". segala per-juangan dan kebaktian yang dilakukan oleh anak peribumi telah dirakamkan oleh dharmawijaya, dengan katanya per-kara telah: tumbuh bercambah rendang dan berbuah ke denyut rasa jantung sentosa puisi dharmawijaya "sumpah tanah air" juga tidak kurang patriotiknya jika dibandingkan dengan puisinya "mahkota sejahtera". jika dalam puisi "mahkota sejahtera" dharmawijaya seperti bersumpah tentang kesetiaannya ter-hadap tanah air, dalam puisi ini pula beliau menegaskan ba-hawa anak-anak tanah air ini sanggup berjuang dengan cekal untuk membina "kemakmuran yang hak" dan "kemenangan yang mutlak", walaupun terpaksa "memercikkan keringat", "menunda arus gelombang" untuk mencapai "teluk mutiara sejahtera". segala perjuangan ini telah menghasilkan hasil yang baik. dharmawijaya dengan yakin mengakhiri puisi ini katanya: musim demi musim kini terhimpun kasih wangi esok bakal tumbuh dan mengalir meresap jantung tanah air hingga gerak berakhir (ahmad kamal abdullah, 1988:85) selain kumpulan puisinya warna maya, puisi-puisi dhar-mawijaya pada dekad 70-an terhimpun juga dalam kumpulan puisi derita buana. suara patriotisme dharmawijaya dalam derita buana masih kedengaran walaupun tidak selantang warna maya. ini dapat dikesan melalui puisinya "demi hari yang kutemui", dharmawijaya dalam puisi ini berkata: hari ini aku berdiri di sini 304</Page><Page Number="322">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya bukan untuk meratapi jendela waktu masa lalu beliau bersikap tabah, tentang apa yang telah berlaku dan tidak berserah kepada takdir dan berusaha mengubah masa depannya. beliau menegaskan hal ini dengan menambah: hari ini aku yang masih di sini akan menyanyikan hayat rindu pengharapan masa depan dharmawijaya juga melakukan inter tekstualiti dengan mengambil watak lahuma dan jeha yang telah diciptakan oleh shahnon ahmad dalam ranjau sepanjang jalan me-lalui puisinya "derita perjalanan". dharmawijaya seakan menyamakan bahawa penderitaan yang dilihatnya di bang-gul derdap seakan sama dengan kasihnya yang musnah di kampung talang. bagi dharmawijaya apa yang berlaku di banggul derdap adalah juga kepahitan yang dirasai olehnya. katanya: tapi engkaulah banggul derdap yang sepi menarik ingin dan ranum kenangku ini menemukan gunung lurah lembah ladangmu dalam senyum lara petani ke degup jantungku. dharmawijaya turut membawa pemandangan yang dili-hatnya di kampung talang dan banggul derdap ke kuala kangsar dan ke sungai petani. pemandangan yang sakit dan derita. bagi dharmawijaya, banggul derdap perlulah dija-dikan sebagai tempat untuk "membina semangat" generasi yang akan datang. seperti katanya: bahawa hangat darah lahuma dan jeha kini telah menjadi mahkota lagu perkasa marak membakar gua sengsara kebenciannya 305</Page><Page Number="323">sastera kebangsaan: isu dan cabaran puisi "pada tanah ini", merupakan salah satu dari bebe-rapa puisi dharmawijaya yang merujuk kepada perkataan ta-nah selain puisi "sumpah tanah air". patriotisme dalam puisi ini tidak kurang laungannya jika dibanclingkan dengan puisi "sumpah tanah air". dalam puisi ini dharmawijaya menegas-kan. bahawa beliau tidak akan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. beliau akan mempertahankan tanah ini dengan segala janji setianya: demikian tanah ini gunung lurahnya hamparan dukaku kerikil debunya genggaman setiaku walaupun dharmawijaya dilahirkan di desa tetapi simpa-tinya kepada nasib pelaut tetap tebal. dalam puisinya "masih ada", dharmawijaya merakamkan nasib burung dan pelaut yang hampir sama. dharmawijaya merakamkan penderitaan burung dan pelaut dengan katanya: burung dan pelaut di sinilah hatinya saling bersalaman sebelum berangkat mendukung derita ke lain pangkalan keadaan kehidupan di kota juga turut dirakamkan oleh dharmawijaya melalui puisinya "lagu anak menimang usia". dharmawijaya membuat perbandingan antara hidupnya di desa dengan hidupnya di kota yang merneritkan. tentang ke-adaan di kota dia mencatatkan: setiap kujejaki kota impianku ini debu mentari berkepulan muntah ke hamparan pagi anak jalanan dewasa memendam derita. 306</Page><Page Number="324">patriotisme dalam puisi-puis1 dharmawijaya puisinya "gerimis kota" melanjutkan lagi persoalan ke-adaan kehidupan di kota. dengan menggunakan citra jejaka dan perawan yang hidup di kota, dharmawijaya bukan setakat menggambarkan tetapi juga mengkritik bahawa kehidupan di kota tiada keindahan dan kesetiaan. hal ini seperti diungkap-kannya: di sini engkau akan berdiri menduga rasa jabat tangan seorang perawan menduakan cincin di jari manisnya. mengenai kota, dharmawijaya juga merakamkannya dalam puisinya "di kota pertemuan". dalam puisi ini dharma-wijaya mencatatkan pertemuan antara "pengelana sepi" dan "pengongsi sunyi". dharmawijaya di sini mungkin bercakap tentang hubungan antara kaum pengelana dengan kaum pe-ngongsi. pengelana dan pengongsi ini telah mula bermesra dan membentuk perpaduan dan membuang kecurigaan an-tara mereka: sesudah itu sepasang mata bersalaman merenung tenang pohon-pohon curiga yang tumbang. demikianlah pemerhatian terhadap puisi-puisi dharma-wijaya yang bertema dan bernada patriotisme yang dicipta pada dekad 1970-an. kesimpulan daripada perbincangan dan bukti-bukti yang tersebut di atas, pendapat umar junus yang menyatakan bahawa sajak-sajak dharmawijaya dalam kumpulan warna maya dikuasai oleh suasana alam yang pasif (umar junus, 1980:165-66), adalah tertolak. ini kerana jelas terbukti puisi-puisi dharmawijaya mempunyai tema dan nada patriotisme yang tinggi. umar ju- 307</Page><Page Number="325">sastera kebangsaan: isu dan cabaran nus berpendapat begitu mungkin kerana beliau tidak mem-baca secara keseluruhannya puisi-puisi dharmawijaya yang ditulis pada dekad 70-an. secara jelas, dharmawijaya telah menyuarakan patriotis-menya dalam puisi-puisinya yang dicipta pada dekad 70-an. puisi-puisi dharmawijaya yang bertemakan patriotisme pada dekad tersebut telah disampaikan dengan nada yang agak lembut jika dibandingkan dengan puisi-puisi yang ditulis oleh penyair lain yang menulis pada dekad itu. dharmawijaya telah melangsungkan pengucapan puisi-puisi patriotismenya sehingga penghujung dekad 70-an dan dekad 80-an. yang me-narik pada pengucapan puisi-puisi patriotisme dharmawijaya ialah adanya persamaan dalam isu-isu yang diketengahkan dalam puisi-puisinya dengan penyair-penyair lain, antaranya isu peristiwa 13 mei 1969, isu kemiskinan di baling pada ta-hun 1974, dan juga isu keutuhan bahasa melayu dan bangsa melayu, dan sebagainya. namun begitu, yang jelas dharmawijaya telah menjalan-kan tanggungjawabnya sebagai warganegara dan sebagai pe-nyair terutamanya dalam menyatakan sikap dan pandangan beliau terhadap isu-isu atau peristiwa yang telah berlaku di negara ini pada dekad 70-an dengan penuh semangat patrio-tisme. bibliografi ahmad kamal abdullah &amp; ahmad razali haji yusof (peny.), 1988. malaysia dalam puisi. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. ali haji ahmad, 1986. puisi baharu melayu. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. dharmawijaya, 1974. warna maya. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. dharmawijaya, 1992. derita buana. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. donohue, john j. &amp; esposito, john l. (peny.), 1984. islam dan pem-baharuan.jakarta: cv rajawali. kassim ahmad, 1979. dialog dengan sasterawan. kuala lumpur: 308</Page><Page Number="326">patriotisme dalam puisi-puisi dharmawijaya penerbitan pena sdn. bhd. mohd. thani ahmad, sarah sadon, et al. (peny.), 1988. wajah bio- grafi penulis. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. pyan husayn &amp; suhaimi haji muhammad (peny.), 1981. embun pagi antologi puisi sebelum perang. kuala lumpur: dewan ba- hasa dan pustaka. umar junus, 1980. sikap dan pemikiran dalam puisi melayu moden. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. usman awang, 1987. puisi-puisi pilihan. kuala lumpur: dewan ba-hasa dan pustaka. perisa: jurnal puisi melayu, bil. 8, tahun 2000. 309</Page><Page Number="327">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi hassan ahmad apabila kita bercakap ten-tang sastera melayu baharu, apalagi sastera sezaman dengan kita, maka kita berasa agak payah, kekok dan kadang-kadang besar risikonya. lebih mudah kita bercakap tentang sas-tera melayu lama, sastera yang sudah tentu zamannya. saya katakan payah kerana pertamanya kita tidak tahu dari mana kita harus bertolak, atau dari mana kita harus memulakan peninjauan dan perbincangan kita, dan keduanya, sastera hari ini ialah sastera yang masih berkembang; kita melihatnya, kita mengikutinya, kita merasainya, pendek kata, kita berada di dalamnya. sastera hari ini sedang mengukir dirinya me-nuju ke suatu arah masa depan yang belum kita ketahui bagai- 310</Page><Page Number="328">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi mana dan macam mana rupanya. boleh jadi apa-apa yang kita lihat dalam sastera itu pada hari ini cuma merupakan bayang-an masa depannya. sukar sekali kita hendak mengukur se-jarah perkembangan sastera baharu dari titik permulaannya hingga ke hari ini, kerana "hari ini"nya ialah suatu peringkat yang terbaharu dalam perkembangannya menuju ke suatu peringkat lain yang sudah tentu akan lahir itu. kalau kita hen-dak mengetahui sejarah satu-satu sastera keseluruhannya maka kita haruslah menetapkan terlebih dahulu dari mana kita hendak memulakan sejarah itu dan sampai manakah kita hendak menamatkannya. sejarah kesusasteraan melayu ba-haru (moden) tentulah ada permulaannya tetapi pada masa sekarang ini kita belum dapat menentukan lagi di mana tem-patnya sejarah itu. di samping itu pula kita susah dan kekok hendak menilai penulis yang hidup sezaman dengan kita, apalagi kalau penu-lis itu kita kenal dan kita campuri hari-hari. penilaian sesuatu hasil sastera boleh dibuat bebas, objektif dan tidak ragu-ragu sekiranya kita dapat menjauhkan diri kita daripada pengaruh penulis itu kerana dengan demikian lebih senang kita melihat dan menilainya. ini agak aneh. sepatutnya orang yang dekat-lah yang lebih senang dikaji dan dinilai. umpamanya, tentu-lah kita lebih senang mengenal a. samad said atau tongkat warrant daripada mengenal abdullah munsyi atau syed sheikh a1-hadi, kerana a. samad said dan tongkat warrant hidup bersama-sama dengan kita, kita melihat mereka, ber-gurau senda dengan mereka dan sesetengah orang tahu pula tentang "perangai" mereka, luar dan dalam. tetapi mereka sebagai manusia yang mencipta sastera tentu berbeza dari-pada mereka sebagai manusia biasa, sebagai kawan-kawan yang kita kenal hari-hari, dan untuk mengenal mereka sebagai manusia yang mencipta sasteralah maka perlu sekali kita meletakkan diri kita jauh, jauh dari segi pengaruh peribadi, terutamanya yang mungkin boleh mengacau penilaian kita. kita tidak pernah melihat abdullah munsyi, tidak pernah ber-gaul dan bergurau-gurau senda dengannya, tetapi mengapa-kah kita hari ini dapat mengeluarkan beberapa pendapat, 311</Page><Page Number="329">bastera kebangsaan: isu dan cabaran perasaan dan pandangan tentang abdullah munsyi? mengapa-kah kita tahu bahawa abdullah bencikan cara hidup orang melayu yang dikatakannya "bodoh" itu? atau bagaimanakah kita tahu bahawa syed syeikh al-hadi ialah tokoh yang me-mperjuangkan semangat keislaman, kemajuan dan perpaduan bangsa melayu? jawabnya yang senang ialah: kita mengeta-hui tokoh-tokoh sastera kita yang lama itu daripada tulisan-tulisan mereka, sungguhpun kita tidak mengetahui tentang soal-soal hidup peribadi mereka, sama ada mereka pernah berhutang, pernah jatuh sakit, pernah menipu, apa yang me-reka suka dan tidak suka, dan sebagainya, walaupun kadang-kadang perkara-perkara peribadi seperti ini juga mempenga-ruhi mereka dalam hasil-hasil sastera mereka. bahayanya mengkaji sastera semasa kita hari ini ialah ke-cenderungan kita untuk menetapkan ukuran-ukuran yang ter-tentu kepada seseorang penulis yang masih menulis, apalagi kalau penulis itu baharu sahaja muncul. dengan menghasil-kan dua tiga buah cerpen, sajak atau novel belum tentulah seseorang penulis itu dapat memberikan apa-apa kesan yang jelas kepada perkembangan sastera melayu seluruhnya atau dalam keseluruhan tradisi pemikiran penulis-penulis lain se-zaman dengannya. kita kemukakan suatu contoh di sini, alias ali, yahya samah dan atan long baru -baru ini telah meng-hasilkan sebuah novel tiap-tiap seorang dan inilah novel me-reka yang pertama. dengan berdasarkan novel ini (gersang - alias ali, layang-layang putus tali - yahya samah, subuh - atan long); belum tentu kita dapat mengulas kemungkinan-kemungkinan atau bakat mereka, ataupun kelemahan, kega-galan atau kejayaan mereka. dengan hanya berdasarkan novel mereka yang pertama itu payahlah kita hendak menentukan tempat mereka dalam keseluruhan perkembangan novel kita hari ini. kalau kita menemui beberapa perkara yang menarik hati dalam novel itu - mungkin perkara yang kita agak baharu dalam sastera kita - maka lebih baik kita menerima perkara itu "untuk sementara waktu sahaja", kerana mungkin dalam novel mereka yang akan dihasilkan kemudiannya ada perka-ra-perkara lain yang lebih jelas lagi dan yang akan memberi- 312</Page><Page Number="330">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi kan kita kesempatan yang lebih baik untuk mengukur dan menilai mereka dari keseluruhan perkembangan sastera, atau khususnya, dari seluruh perkembangan novel melayu sejak dahulu lagi hingga ke masa mereka. demikianlah, beberapa soal yang harus kita ingatkan apabila kita mencuba mengkaji sastera melayu baru. dalam ceramah ini saya ditugaskan untuk berceramah tentang "sas-tera melayu moden semenjak abdullah munsyi". maka tim-bullah suatu masalah atau persoalan lain lagi: sejak bilakah sastera melayu moden bermula? pendapat hari ini menga-takan bahawa abdullah munsyilah orang yang mula-mula "mencipta" sastera melayu moden. pendeta zaba dalam karangannya "modern developments in malay literature" (jmbras, x, iii, 1940) berkata, bahawa "kesusasteraan melayu moden bermula dengan abdullah bin abdul kadir munsyi, penulis pertama yang meninggalkan tradisi lama", iaitu tradisi hikayat dongeng tahayul, yang ghaib, dan ajaib. abdullahlah orang yang mula-mula mencatatkan peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian semasanya dalam novel au-tobiografinya hikayat abdullah dan hikayat pelayaran abdul-lah (ke kelantan). akan tetapi lama sebelum zaman abdullah sudah ada pengarang yang tidak menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. ar-raniri umpamanya, tokoh sastera melayu yang hidup kira-kira dari tahun 1630 hingga 1645, pernah me-nulis tentang sejarah raja-raja melaka dan pahang dalam ka-rangan besarnya bustanus-salatin, walaupun dia mengaku bahawa butir-butir sejarah itu dikutipnya daripada sejarah melayu (tun seri lanang). hamzah fansuri pula menghasil-kan karangan-karangan yang bercorak agama; dialah orang yang mula-mula sekali menulis syair yang bercorak agama. kedua-dua ar-raniri dan hamzah fansuri tidak menulis ten-tang hal-hal dongeng, tentang dunia dewa dewi, dunia ghaib dan ajaib. jadi pada pendapat saya tidaklah begitu kena ka-lau abdullah munsyi dikatakan penulis moden yang per-tama dalam kesusasteraan melayu moden semata-mata atas dasar bahawa dialah yang mula-mula meninggalkan tradisi 313</Page><Page Number="331">sastera kebangsaan: isu dan cabaran "hikayat dongeng". akan tetapi dalam banyak hal yang lain pula abdullah memang ada membawa beberapa pembaha-ruan dalam kesusasteraan melayu. tekniknya sudah agak baharu sedikit. pengarang-pengarang sebelumnya banyak memulakan karangan mereka dengan ayat-ayat bahasa arab, mula-mula dengan memuji-muji tuhan, kemudian berselawat kepada nabi dan akhirnya memuji-muji raja-raja melayu. teknik ini tidak dipakai oleh abdullah munsyi. kalau penga-rang sebelumnya menyebut diri mereka sebagai "fakir yang daif', abdullah cuma menggunakan "aku". kalau karangan-karangan lama banyak berpusat di sekitar istana, maka ka-rangan-karangan abdullah sudah terpisah dari istana. di sana sini pula bahasanya jauh berbeza daripada bahasa ar-raniri dan hamzah fansuri. akan tetapi sebagai seorang anak warisan zaman dan masyarakat melayu sebelum dan semasanya saya rasa abdul-lah munsyi ialah orang yang paling kacau. kebetulannya, abdullah berada dalam suatu zaman yang penuh dengan per-golakan, di barat dan di timur. kata prof. r. roolvink dan r.a. datuk besar dalam pendahuluan rnereka terhadap teks hikayat abdullah (terbitan jambatan jakarta/amsterdam, 1953), abdullah "hidup pada perbatasan dua dunia dan oleh sebab itu tidak dapat ia memasuki atau menjadi sebahagian dari salah satu dunia itu". dengan perkataan lain, seperti yang telah saya katakan tadi, abdullah ialah orang yang ka-cau. masyarakat melayu zaman abdullah ialah masyarakat yang lahir dari zaman sebelumnya. cara pemikiran dan hidup manusia melayu dalam zaman itu dikecam oleh abdullah, kerana dia diputuskan daripada tradisi hidup orang melayu itu oleh pengaruh lain, iaitu pengaruh barat yang dibawa oleh sir stamford raffles dan pegawai-pegawai inggerisnya. dia melihat dan mengukur masyarakat melayu zamannya berdasarkan nilai dan cara hidup keluarga-keluarga inggeris yang didampinginya di singapura. abdullah sangat suka (dan inilah saya rasa kelemahan, malah keburukannya yang besar) membandingkan adat kebiasaan, tingkah laku dan perbuatan-perbuatan orang inggeris dengan adat kebiasaan, tingkah 314</Page><Page Number="332">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi laku dan perbuatan-perbuatan orang melayu - orang melayu yang tidak pernah bergaul dan bermesra dengan orang ing-geris itu. dia melihat tingkah laku isteri sir stamford raffles dan terus dengan tidak berfikir panjang lagi, dia membuat ukurannya. katanya, "terlalu jauh bezanya antara orang me-layu dengan orang putih. adapun adat melayu, kalau sudah menjadi isteri orang besar-besar itu, makinlah bertambah-tambah congkaknya dan malasnya". kepada orang inggeris seperti isteri tuan raffles itu abdullah menganugerahkan dua rangkap pantun yang berbunyi: "puyu-puyu konon namanya, di dalam kolam konon tempatnya; cantik manis barang lakunya, serta dengan budi bahasanya. dalam kolam konon tempatnya, dipijak oleh laksamana; cantik manis barang lakunya, serta dengan bijaksananya." tetapi kepada perempuan-perempuan melayu yang tidak "cantik manis lakunya" dan tidak "bijaksana" seperti isteri tuan raffles, abdullah menghadiahkan pantun seperti di bawah ini: "apakah konon berkain batik, kalau tidak dengan sujinya? apa guna berbini cantik, kalau tidak dengan budinya? kalau tidak dengan sujinya, pakaian jawa di rumahnya; kalau tidak dengan budinya, jauhkan dirimu daripadanya." kepada abdullah, "kebodohan" orang melayu zamannya disebabkan oleh dua perkara: pertama, menurut kata-kata abdullah sendiri, "sebab zalim dan aniaya perintah raja-raja- 315</Page><Page Number="333">sastera kebangsaan: isu dan cabaran nyaberlebih-lebihan di atas segala rakya1 nya, sehingga hati rak-yatnya itu menjadi seumpama tanah tiada berbaja lagi ...", dan yang kedua, disebabkan "mereka itu tiada mahu membuang-kan adat-adat dahulukala yang bodoh-bodoh". keberanian abdullah menegur raja-raja melayu dengan sekeras-kerasnya adalah mengagumkan; niat baik dan nasihat-nasihatnya kepada orang melayu patut kita puji hari ini. akan tetapi kesalahan abdullah jangan kita lupakan pula, iaitu kesalahannya mem-bodoh-bodohkan dan menghinakan orang melayu semata-mata kerana cara hidup mereka dan kepercayaan mereka dan sistem pemerintahan raja-raja melayu tidak sama dengan cara hidup, kepercayaan orang inggeris dan sistem pemerintahan kerajaan queen victoria. kepada tuan raffles dan pegawai-pegawai inggeris yang lain seperti gabenor butterworth, dia menghadiahkan pantun-pantun yang memuji-muji mereka. kepada queen victoria, abdullah berkata, "allah selamatkan queen victoria". abdullah memuji pegawai-pegawai peme-rintah inggeris dengan kata-kata seperti, "orang yang baik", "pandai sungguh memerintah negeri", "pandai mengambil hati segala rakyar dan sebagainya. tetapi raja-raja melayu dan orang melayu seluruhnya dikecarn dan dibodoh-bodoh-kan. abdullah, dengan tidak disedari, memperlihatkan ba-hawa dia sebenarnya tidak memahami bangsanya sendiri. dia hanya dapat memahami masyarakat melayu zamannya dari suatu sudut yang lain, iaitu dari sudut nilai-nilai kebudaya-an asing yang sama sekali tidak dikenal oleh orang melayu. akibatnya, abdullah tidak dapat langsung menjelmakan diri-nya ke dalam sastera melayu sebagai seorang manusia yang mewakili keperibadian masyarakat dan bangsanya sendiri. selepas hikayat abdullah dicetak dan dibaca orang, tidak ada orang yang mengeluarkan pendapat mereka terhadap abdullah; tidak ada orang yang mengulas tentang hasil ka-rangannya. akibatnya kita pada hari ini tidak dapat hendak mengukur bagaimanakah sambutan masyarakat melayu ter-hadap abdullah. abdullah pernah juga menterjemahkan kitab injil ke dalam bahasa melayu dan boleh jadi kerana inilah dia digelar "paderi abdullah". kalau dalam sastera melayu kita 316</Page><Page Number="334">sastera melayu moden semenjak aboullah munsyi hari ini ada orang yang menghasilkan cerpen atau drama atau-pun sajak yang dianggap menyentuh agama islam, maka pe-nulis itu serta-merta akan dikecam dan kadang-kadang diberi amaran pula. kira-kira dua tiga tahun yang lampau seorang penulis, iaitu nordin omar, pernah menulis sebuah sajak, di dalamnya dia mengaku bahawa, "akulah tuhan, telinga aku telinga tuhan, mata aku mata tuhan" dan seterusnya, seolah-olah sebagai seorang ahli suluk (sufi). nordin omar dikecam terus, hingga dia tidak pernah lagi muncul dalam sastera kita. apalagi dalam zaman abdullah, di kalangan manusia melayu yang dikatakan "bodoh" oleh abdullah itu, "paderi abdullah" yang sangat bermesra dengan orang inggeris dan yang telah berusaha menterjemahkan kitab injil itu, tentu sekali dipan-dang serong oleh orang melayu zamannya. perkara-perkara baharu atau perubahan baharu yang datang dengan mengejut selalunya tidak diterima dengan serta-merta, malah kadang-kadang ditentang sekuat-kuatnya. abdullah munsyi cuba mengubah pemikiran orang melayu zamannya dengan cara yang "kasar". bagi abdullah, orang melayu zamannya bodoh-bodoh belaka dan kebodohan itu dilihat dari segi nilai kebudayaan inggeris. kalau abdullah tidak mengenal nilai kebudayaan inggeris, dapatkah kita mengetahui "kebodohan" orang melayu? ukuran abdullah bukan datang daripada pemikirannya sendiri, tetapi daripada pemikiran bangsa asing. dia menggunakan nilai-nilai asing itu untuk mengukur bangsanya sendiri. inilah kesalahan abdullah. tetapi dengan membuat kesalahan ini abdullah telah memecahkan tradisi pemikiran orang melayu sebelum zamannya dan pada zamannya. raja ali haji yang hidup sezaman dengan abdullah mun-syi dan yang menulis kira-kira selepas tahun 1860 nampaknya tidak dipengaruhi oleh tradisi atau cara pandangan abdullah munsyi. kita tidak tahu sama ada raja ali haji ada membaca hikayat abdullah tetapi apabila kita fikirkan bahawa dia selalu juga pergi ke singapura zaman abdullah, rasanya tentulah dia tahu tentang karangan itu. raja ali haji tidak pernah me-nulis tentang masyarakat jelata; dia tidak pernah mengecam 317</Page><Page Number="335">sastera kebancsaan: isu dan cabaran orang melayu, apalagi raja-raja melayu, kerana dia sendiri seorang anak raja. raja ali haji agak berbeza daripada abdul-lah dalam cara penulisannya; dia tidak mengambil apa-apa sikap atau memberi apa-apa pandangan tentang apa-apa yang dilihat dan dituliskannya. dia tidak pernah membandingkan cara hidup orang lain dengan cara-cara hidup orang melayu. dalam karangannya yang terkenal, tuhfat al-nafis, dia ada menceritakan tentang lawatannya, bersama-sama rombongan ayahandanya raja ahmad, ke rumah seorang gabenor jene-ral belanda di betawi (iaitu di jakarta). di rumah gabenor jeneral itu dia melihat tarian dansa barat dan dia pun menulis, begini bunyinya: di situlah segala hollanda yang muda-muda menari ber-sama-sama perempuan nonanya, berpeluk-peluk berpusing dengan muzik. cukuplah sekian saya rasa tentang abdullah munsyi. kita melihat dan mengukur abdullah munsyi dari zaman kita hari ini dan oleh yang demikian sedikit sebanyaknya pendapat-pendapat baharu mempengaruhi pengukuran kita itu. za-man abdullah munsyi tetaplah merupakan suatu zaman yang baharu dalam sejarah kesusasteraan melayu, tetapi sama ada zaman itu merupakan permulaan sastera moden yang berkembang hingga hari ini terpulanglah kepada konsep kita masing-masing. kita tidak dapat menentukan manakah sempadan yang memisahkan sastera kita dari suatu zaman ke suatu zaman, kerana satu-satu "zaman" (periode) dalam sejarah perkembangan sastera adalah kelahiran dari zaman sebelumnya. satu-satu zaman (periode) itu adalah baharu jika zaman itu dibandingkan dengan zaman sebelumnya. zaman abdullah munsyi dikatakan zaman baharu kerana zaman itu lain daripada zaman sebelumnya. begitu seterusnya. tiap-tiap zaman adalah baharu belaka. zaman kita hari ini tetap akan melahirkan zaman baharunya pada masa depan. selepas abdullah munsyi dan raja ali haji hingga zaman syed syeikh al-hadi, iaitu kira-kira dari tahun 1870 hingga tahun 1925 atau 1926, apabila syed syeikh al-hadi menghasil- 318</Page><Page Number="336">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi kan hikayat faridah hanumnya, tidak ada karya sastera yang benar-benar bernilai sastera, kecuali dua tiga buah "hikayat" atau "kisah" seperti hikayat pelayaran muhammad ibrahim munsyi (buah tangan anak abdullah munsyi) dan hikayat gul bakawali sebuah cerita asmara yang diterjemah dan di-padankan oleh munsyi syeikh muhammad ali daripada se-buah kisah percintaan dalam bahasa hindi yang diterbitkan dalam tahun 1875; hikayat seribu satu malam (tidak diketa-hui siapa penterjemah atau penulisnya) dan beberapa buah syair, seperti syair siti zubaidah dan syair dandan setia. buku-buku ilmu pengetahuan dan buku-buku terjemahan, seperti buku nahu bahasa melayu, ilmu peladang, ilmu alam dan sebagainya banyak diterbitkan dalam zaman ini, tetapi semua karangan itu bukan karangan yang bernilai sastera. nampak benar "kekosongan" dalam sastera kita selama kira-kira tujuh puluh tahun sejak abdullah munsyi meninggal dunia hingga hikayat faridah hanum dilahirkan oleh syed syeikh al-hadi; seolah-olah abdullah munsyi atau raja ali haji tidak dapat mempengaruhi zaman selepas mereka. saya rasa ada dua sebab mengapa berlaku kekosongan ini: per-tama, kelahiran persuratkhabaran melayu; jawi peranakan (surat khabar mingguan) telah diterbitkan di singapura dari tahun 1876 hingga tahun 1895, kemudian terbit pula bintang timur di singapura dari bulan julai 1894 hingga mac 1895; cahaya pulau pinang (tahun 1900), al-imam (1906), utusan melayu (1908) dan lembaga melayu (1914). maka banyaklah penulis yang menghantarkan tulisan-tulisan mereka untuk disiarkan oleh surat-surat khabar itu. kita mengenal penyair seperti syeikh ahmad bin syeikh ibrahim (yang banyak me-nulis dalam jawi peranakan), m.b. maamin, mastari (nama samaran seorang cina peranakan) yang banyak mengarang syair dalam bintang timur dan seterusnya. surat-surat kha-bar itu bukan sahaja mendorong penulis dalam usaha menga-rang syair, malah juga menulis tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan kepada pembaca dan ini pula telah menggalakkan beberapa orang penulis untuk menterjemah atau menulis buku-buku dan risalah-risalah 319</Page><Page Number="337">sastera kebangsaan isu dan cabaran tentang berbagai-bagai jenis ilmu pengetahuan. dan apabila maktab perguruan melayu ditubuhkan di melaka dalam ta-hun 1900, usaha untuk menghasilkan lebih banyak lagi buku ilmu pengetahuan diperhebatkan lagi. inilah sebab kedua mengapa lapangan penulisan sastera sejak zaman abdullah munsyi ditinggalkan. akan tetapi mulai dari zaman syed syeikhlah surat khabar dipergunakan seluas-luasnya sebagai alat untuk menghasil-kan karya-karya sastera. syed syeikh banyak menulis dalam majalah al-ikhwan (september 1926), al-imam dan surat kha-bar saudara. umumnya syed syeikh dalam rencana-rencana surat khabarnya, dan dalam cerita-cerita sadurannya mem-perjuangkan semangat pembaharuan dalam masyarakat me-layu berdasarkan pendidikan dan ajaran-ajaran agama islam moden. syed syeikh menghasilkan beberapa buah "novel" saduran daripada bahasa arab, seperti taman cinta berahi (1928), hikayat puteri nur al-ain (1929) dan cerita mata-mata gelap yang dikumpulkan dalam kumpulan cerita-cerita rokambul. yang terkenal sekali daripada hasil-hasilnya ialah hikayat faridah hanum, yang selalu dianggap sebagai novel melayu yang pertama. syed syeikh masih menggunakan isti-lah "hikayat" pada cerita-ceritanya, tetapi hal ini tidaklah men-jadi soal kerana walau apa pun istilah yang digunakan novel tetaplah novel. yang meragukan kita sekarang ialah: kerana latar belakang dan bahan-bahan cerita syed syeikh itu ham-pir semuanya diambil dari dunia arab-mesir, apakah boleh kita menganggapnya sebagai novel melayu? saya rasa asal ada cerita, watak dan plotnya, maka adalah novel. hikayat faridah hanumada ceritanya dan ada wataknya dan ada plot-nya, walaupun tidak berapa baik (tetapi ini hanya soal teknik sahaja). tetapi cerita-cerita syed syeikh disadurkan daripada cerita-cerita arab-mesir. oleh yang demikian dapatkah kita menerimanya sebagai "novel melayu?" definisi novel ada batasnya. selain daripada mesti ada cerita, watak, dan plot, novel itu mestilah menggambarkan masyarakat atau manusia tempat lahirnya novel itu. penulis novel sendiri ialah lambang pemikiran, jiwa dan keadaan masyarakatnya sendiri. seorang 320</Page><Page Number="338">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi penulis novel melayu misalnya hanya menulis dari dan untuk masyarakatnya, dan bukan untuk masyarakat lain yang tidak dikenalinya. kita faham bahawa niat dan tujuan syed syeikh ialah hendak meniupkan semangat pembaharuan, yang di-tujukan kepada masyarakat melayu melalui cerita-cerita itu. tetapi latar belakang cerita-cerita itu bukan latar belakang masyarakat melayu sendiri dan inilah sahaja kegagalan ceri-tanya untuk menjadi novel yang memenuhi ciri-ciri "novel" sebagaimana yang kita mengertikan hari ini. saya tidak dapat hendak membicarakan soal-soal ini lebih panjang lagi kerana kesuntukan masa, tetapi daripada sedikit hujah yang saya sebutkan itu saya rasa dapat kita membuat kesimpulan mengatakan bahawa hikayat faridah hanum bukanlah sebuah novel yang "lengkap", tetapi dapat dikatakan sebuah cerita yang menghampiri bentuk dan corak novel. wa-lau bagaimanapun, dari segi bahasa, bentuk dan tekniknya, hikayat faridah hanum dan cerita-cerita lain syed syeikh lebih mendekati novel daripada hikayat abdullah dan dari segi ini maka bolehlah dikatakan bahawa syed syeikh al-hadi ialah penulis yang mula-mula sekali mengenalkan tradisi ceri-ta yang bercorak novel. semasa dengan syed syeikh ialah ahmad haji abdul rashid talu yang menghasilkan novelnya yang pertama kawan benar dalam tahun 1927, iaitu satu tahun sahaja se-lepas hikayat faridah hanum. dalam tahun 1928, sebuah lagi novel ahmad talu diterbitkan iaitu iakah salmah?, kemudian diikuti dengan novel siapa jahat (1930). dengan lahirnya novel-novel ahmad talu, maka "tradisi cerita saduran" syed syeikh dipecahkan. pertama kalinya sejak hikayat abdul-lah, sastera bahasa melayu menerima cerita bercorak novel yang mengisahkan persoalan hidup manusia melayu dalam masyarakat mereka hari-hari. soal percintaan antara pemuda melayu dengan pemudi melayu, soal-soal akhlak baik bu-ruk, soal kahwin paksa, kebebasan dan kejujuran seseorang perempuan dan sebagainya, inilah perkara-perkara yang dike-mukakan oleh ahmad talu. dengan demikian maka dapat di-katakan bahawa ahmad talu telah menunjukkan jalan baharu 321</Page><Page Number="339">sastera kebangsaan: isu dan (abaran dalam tradisi penulisan cerita atau "hikayat" sejak abdullah munsyi. jika dibandingkan dengan hikayat faridah hanum, cerita ahmad talu jelas jauh lebih mendekati isi dan corak se-buah novel. tetapi sayangnya ahmad talu banyak merosak-kan perasaan dan penerimaan pembacanya terhadap cerita novelnya dengan selalu sangat menyeleweng daripada dasar cerita. umpamanya, dia selalu menggunakan "kertas", "dak-wat" dan "kalam" sebagai benda yang boleh berkata-kata, seolah-olah alat tulis itu melambangkan suara penulisnya sendiri. di samping itu pula dia suka rneminta pembacanya supaya memaafkan apa-apa kesalahan atau kelemahan yang ada dalam novelnya. cara demikian pernah juga digunakan oleh penyair-penyair dalam akhbar sejak tahun 1880. tetapi kelemahan itu ialah kelemahan teknik, yang sedikit demi se-dikit dapat dielakkan oleh penulis selepas ahmad talu. tema yang diambil daripada persoalan hidup hari-hari orang melayu, seperti yang telah dimulakan oleh ahmad talu itu, diperluaskan lagi oleh penulis-penulis lain seperti abdullah sidek yang telah menulis sejak tahun 1930 apabila novelnya yang pertama bercinta yang tak berfaedah diter-bitkan, kemudian diikuti oleh penanggungan seorang puteri raja, 1933. hingga tahun 1941, abdullah sidek telah meng-hasilkan tidak kurang daripada tiga belas buah novel, yang terkenal antaranya ialah manusia yang buas, nasib hasnah, gadis di hulu muar dan semangat yang tercuri. semua novel ini mempersoalkan perkara-perkara hidup yang biasa. jelas sudah bahawa mulai ahmad talu, cerita-cerita melayu telah memperlihatkan kesanggupannya untuk menuju ke arah pe-nulisan novel yang lebih baik. daerah isi sastera dalam tahun antara 1930 hingga 1941, sudah mulai rneluas. bahan-bahan sastera diambil daripada perkembangan-perkembangan yang berlaku di sekitar masyarakat dan hidup orang melayu hari-hari, soal kemunduran dan kelemahan orang melayu, ber-banding dengan kemajuan dan kemewahan bangsa asing dalam berbagai-bagai lapangan hidup, terutama dalam lapangan ekonomi, telah mendorong penulis seperti harun aminur-rashid, rahim kajai dan ishak haji muhammad, untuk mem- 322</Page><Page Number="340">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi perjuangkan untung nasib bangsa mereka. harun aminur-rashid pada zaman itu hanya dapat menghasilkan sebuah novel sahaja, iaitu melor kuala lumpur (1930), sebuah novel percintaan yang gagal dan kegagalan yang membawa kepada persoalan lain yang lebih besar, persoalan kebangsaan, cinta tanah air dan sebagainya. tetapi melalui syairnyalah harun banyak menyuarakan kegelisahan, harapan dan cita-citanya terhadap untung nasib orang melayu. harun banyak menulis syair dalam majalah-majalah bulanan jasayang diterbitkan di johor bahru dalam bulan november 1927 dan temasek diter-bitkan di singapura, 1 mac 1930. dalam syair-syairnya yang ditulis antara tahun 1929 dan tahun 1930, harun berkali-kali menyeru orang melayu supaya "bangkit dari tidur mereka dan bergerak ke arah kemajuan". dalam sebuah syairnya yang bernama "semenanjung" dalam majalah jasa, 11.9.1929, harun berkata: lihatlah! lihatlah! masa sekarang, bangsa asing nan ramai datang menyerang, majunya ada undurnya jarang, merebut hasilmu dengan girang. kemudian harun menyeru: "marilah, marilah bergerak ke hadapan, ke medan kemajuan pedoman harapan, tunjukkan tenagamu janganlah simpan, kerana bangsaku pun manusia yang tampan." ahmad rashid talu dan abdullah sidek dalam novel mereka tidak segarang dan setegas suara harun aminur-rashid memperjuangkan untung nasib bangsa mereka. abdullah sidek lebih banyak menulis tentang hal-hal yang bersangkut-paut dengan percintaan antara pemuda dan pemu-di, kebuasan nafsu dan keburukan akhlak manusia dan se-bagainya. ishak haji muhammad mula-mulanya lebih kurang begitu juga, tetapi pada akhirnya dia lebih berbau politik, me-nentang penjajahan. abdul rahim kajai dalam zaman yang sama tidak ada 323</Page><Page Number="341">sastera kebangsaan: isu dan cabaran menghasilkan novel. pada permulaannya dia kelihatan cen-der ung untuk menyambung tradisi syed syeikh dengan meng-usahakan sebuah buku cerita panjang yang bernama cerita dhu'l-ruhain (1930-31), iaitu sebuah cerita yang berlatar-belakangkan suasana tanah turki dan dipadankan oleh rahim kajai ke dalam bahasa melayu daripada bahasa arab. akan tetapi pentingnya rahim kajai dalam kesusasteraan melayu terletak pada cerita-cerita pendeknya, malah boleh dikatakan dialah pelopor utama dalam lapangan penulisan cerita pendek melayu. dalam sebuah cerita pendeknya yang bertajuk "ce-rita awang putat" dalam utusan zaman, bulan november 1941, rahim kajai mengisahkan bagaimana sebuah kampung di temerloh telah mengalami keadaan porak-peranda dise-babkan oleh "pembaharuan", atau menurut kata-kata rahim kajai sendiri, kerana: "moden sudah masuk kampung itu". "pembaharuan" itu dibawa masuk ke kampung oleh orang yang menipu dan membelit, seperti tauke ah kau, pendekar colin dan hamid syeh. tauke ah kau mula-mula miskin, tetapi lama-lama menjadi kaya hingga banyak daripada orang kampung terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada tauke tersebut. pembaharuan seperti ini, menurut pandangan rahim kajai, tidak kekal tetapi kemajuan dan pembaharuan yang dibawa oleh orang seperti awang putat melalui cara dan niat yang tulus ikhlas, akan mendatangkan kebahagiaan dan kemakmuran yang kekal kepada penduduk kampung itu. begitulah konsep kemajuan dan pembaharuan rahim kajai. walau bagaimanapun, rahim kajai tidak juga seberani dan setegas harun aminurrashid memperjuangkan untung nasib bangsa melayu, dan bahasanya kadang-kadang men-dekati bahasa klasik, umpamanya dia masih menggunakan pembuka ayat "sebermula maka tersebutlah...." boleh jadi melalui syair, harun lebih senang menyeru dan memanaskan hati dan jiwa pembacanya dengan kata-kata yang penuh pera-saan, sedangkan dalam cerita pendek dan novel, penulis harus memikirkan tentang cerita dan plotnya, jadi tidak banyak ke-sempatan bagi mereka untuk menyeru dan membangkitkan semangat pembacanya dengan berterus terang begitu sa- 324</Page><Page Number="342">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi haja dan dengan menggunakan kata-kata seruan yang hebat-hebat. perkembangan sebelum perang dunia kedua membawa terus ke zaman selepasnya. akan tetapi tradisi sastera za-man sebelum perang itu sudah banyak ditinggalkan. harun aminurrashid kembali lagi menulis novel. dari tahun 1947, apabila novelnya dewa lombong minyak diterbitkan, hingga-lah tahun 1958 dengan lahirnya panglima awang, harun telah dapat menghasilkan semua sekali sembilan belas buah novel, tetapi peliknya semangat yang garang, berani dan berkobar-kobar semasa dia menulis syair-syair dalam tahun 1929 dan tahun 1930 tidak kelihatan lagi dalam zaman baharu ini. dan tema-tema yang dikemukakan banyak berkisar pada persoalan cinta muda-mudi dan lain-lain perkara yang biasa. bentuk puisi (syair) sebelum perang dengan cepatnya telah berubah, digantikan oleh sajak-sajak yang dipengaruhi oleh sajak-sajak indonesia. penulis-penulis baharu mulai muncul, dengan gaya, cita-cita dan harapan masing-masing. pusat kesusasteraan melayu selepas perang bertumpu ke singapura kerana di sanalah terletaknya pusat persurat-khabaran melayu; di sanalah majalah yang berbagai-bagai jenis diterbitkan. tambahan lagi, kegelisahan hidup di kam-pung ditanah melayu diseb abkan oleh dar urat telah memaksa pemuda-pemuda melayu yang berjiwa "bebas" bertumpu ke kota besar singapura, kerana di sanalah harapan mereka mencari penghidupan baharu, lebih baik lagi. kebanyakan mereka memasuki lapangan kewartawanan dan ini memberi kesempatan untuk mereka bergaul-gaul dan berkenal-kenal-an dengan masyarakat melayu jelata dalam kota besar yang sibuk itu. mereka juga dapat berkenalan dengan penulis-penulis muda singapura seperti masuri s.n., hamzah dan mas. akan tetapi di samping itu pula mereka mempunyai ke-sempatan untuk memupuk bakat masing-masing dalam lapang-an sastera dengan menulis sajak dan cerita-cerita pendek. kemelaratan orang melayu di ceruk-ceruk dan di lorong-lorong kecil dalam kota singapura yang serba indah, maju dan makmur itu, telah menyebabkan penulis-penulis muda 325</Page><Page Number="343">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran di kota singapura itu bersumpah akan menggunakan sastera yang mereka hasilkan sebagai alat untuk memperjuangkan untung nasib masyarakat melayu yang melarat dan menderi-ta itu. maka tertubuhlah asas 50 (atau angkatan sasterawan 50) yang dimulakan oleh mas (muhammad arif ahmad), masuri s.n., jymy asmara dan hamzah, dan lahirlah sajak-sajak dan cerpen tentang pengemis, wak drebar tuan besar, minah penari joget, pemuda kassim yang menganggur, mamak goreng pisang, dan sebagainya. watak-watak inilah yang melambangkan cita-cita dan perjuangan penulis asas 50 — cita-cita dan perjuangan yang berdasarkan konsep po-kok, "seni untuk masyarakat". akan tetapi konsep perjuangan mereka yang lebih luas adalah seperti berikut: "perjuangan angkatan sasterawan 50 ialah perjuangan pe-minat-peminat bahasa dan kesusasteraan melayu yang di-lancarkan dengan kesedaran politik dan sosial, kesedaran bahawa perpaduan kebangsaan adalah perlu untuk menca-pai kemerdekaan, dan kemerdekaan adalah jambatan ke arah keadilan masyarakat, kemakmuran rakyat, keamanan dan perdamaian hidup manusia." masuri s.n. dalam cerpen-cerpennya yang dikumpulkan dalam lukisan rasa (mph, 1960), telah melukiskan tentang kegelisahan, kehampaan dan pengangguran yang dialami oleh pemuda-pemuda melayu di kota singapura, setelah mereka meninggalkan kampung halaman mereka di tanah melayu. tongkat warrant dalam sajak-sajaknya dengan gaya dan caranya yang agak tersendiri, telah mengisahkan tentang kemalangan kaum buruh dan penindasan yang ditimpakan ke atas mereka dan dengan penuh harapan dia meramalkan masa depan yang cemerlang untuk mereka, kalau kemerdekaan politik tercapai. awam-il-sarkam, yang mengenal penderitaan orang melayu di kanipungnya dan orang kota singapura lebih dekat lagi, telah melukiskan penghidupan mereka dengan gaya yang sederhana dan berterus terang, dalam cerpen-cerpen-nya yang dikumpulkan dalam putih mata. begitulah seterus-nya perjuangan penulis asas 50 itu. sejauh manakah mereka 326</Page><Page Number="344">sastera melayli moden semenjak abdullah munsyi berjaya mencapai cita-cita mereka dan sejauh manakah me-reka berjaya melancarkan perjuangan mereka, terpulanglah kepada ukuran dan dugaan kita yang membaca karya-karya mereka. akan tetapi dua perkara adalah jelas: pertamanya, sebagai pencipta sastera, sebagai seniman, mereka telah berjaya melepaskan perasaan yang mendadak di dalam dada mereka, dan setelah itu tentulah mereka berasa lega dan lapang. itu adalah suatu kejayaan peribadi mereka. kedua-nya, mereka telah memperlihatkan kepada kita suatu gambar-an hidup manusia bangsa kita sendiri yang penuh pende-ritaan, manusia yang ditindas dan dipermain-mainkan dan ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan pembaca mereka terhadap untung nasib manusia yang malang itu. penulis-penulis muda yang muncul selepas asas 50 lebih berani dan lebih bebas menggunakan sastera bukan sahaja sebagai alat untuk masyarakat, tetapi yang lebih penting, se-bagai alat diri mereka sendiri. tema-tema lama dikemukakan lagi dengan gaya dan bentuk yang baharu. bentuk puisi se-b elum perang, iaitu syair, atau sajak-sajak yang masih bercorak syair, tidak lagi sesuai untuk menyatakan soal-soal hidup hari-hari dengan cara sebebas-bebasnya. sajak dan cerpen baharu sentiasa tersiar dalam surat khabar dan majalah dan sesekali sajak penulis asas 50, seperti masuri s.n. dan tongkat, ada kita lihat muncul di tengah-tengah kesegaran dan kesibukan karya penulis-penulis muda itu. kita perhatikan bahawa pe-nulis-penulis asas 50, atau "penulis-penulis tua" seperti keris mas, tongkat dan awam-il-sarkam, sekarang ini nampaknya sudah dianggap sebagai tokoh yang selalu diminta menun-juk ajar penulis muda atau peminat sastera lainnya. mereka selalu diminta memberi ceramah, mengulas tentang teknik persajakan, cerpen dan sebagainya. alangkah baiknya kalau penulis-penulis lama itu menulis lagi, mengeluarkan novel, dan menghasilkan sebanyak-banyak sajak atau cerpen pada masa lapang mereka. sekurang-kurangnya kita akan tahu mengukur kebolehan mereka dan sekurang-kurangnya kita akan tahu di mana letaknya penulis-penulis muda hari ini di sisi penulis-penulis tua itu. saya rasa kritik sastera lebih baik 327</Page><Page Number="345">sastera kebangsaan: isu dan cabaran diserahkan kepada orang lain, orang yang tidak mencipta sas-tera tetapi yang sentiasa mengikuti perkembangan sastera itu. akhir-akhir ini pula sudah terdengar bisik-bisik yang mengatakan bahawa penulis kita suka melihat ke barat untuk mencari ilham. novel gersang oleh alias ali dikatakan ada berbau-bau hemingway. novel salina oleh a. samad said pula baru-baru ini telah dipuji oleh prof. a. teeuw, sebagai sebuah novel melayu yang bertaraf "universal". prof. teeuw telah mengukur kebolehan penulis kita dari sudut luar dari pan-dangan kita orang melayu sendiri. watak-watak yang dilihat oleh prof. teeuw dalam novel salina umpamanya ialah watak-watak yang kita tahu dan kita kenal, kerana watak-watak itu lahir dari masyarakat kita sendiri dan oleh sebab itu bagi kita watak-watak tersebut tidaklah merupakan "manusia" yang luar biasa yang belum pernah kita lihat. oleh yang demikian ada bahayanya kita tidak mempedulikan sangat watak-watak itu, atau tidak berkuasa memerhatikannya dengan sedekat-dekat-nya dan berhati-hati. tetapi bagi prof. teeuw watak-watak itu bukanlah watak yang selalu atau yang pernah ditemuinya dalam penghidupannya hari-hari. jadi clia lebih berhati-hati, lebih teliti dan lebih berusaha melihat dan mengkaji watak-watak itu. oleh yang demikian, banyaklah hal baharu yang dilihatnya pada watak-watak itu, boleh jadi hal-hal yang kita sendiri tidak narnpak dan yang baharu bagi kita. jadi kadang-kadang ada baiknya juga sastera kita dilihat dari luar. walau bagaimanapun, saya rasa kita janganlah mengukur sastera kita berdasarkan nilai dan "standard" sastera asing. lebih-lebih lagi, janganlah kita membanding-bandingkan sas-tera kita dengan sastera lain kerana sastera kita adalah hasil kebudayaan kita sendiri, sedangkan sastera asing adalah ha-sil kebudayaan asing. berhubung dengan soal ini saya cukup tidak bersetuju dengan pandangan prof. sutan takdir alisjah-bana yang baru-baru ini ada mengatakan bahawa sastera me-layu hari ini, "lebih dekat kepada hemingway daripada hang tuah". tidak mungkin sekali sastera kita hari ini boleh meng-hampiri sastera dunia hemingway dan meninggalkan tradisi 328</Page><Page Number="346">sastera melayu moden semenjak abdullah munsyi sastera kita sendiri. hemingway menulis dari dan untuk dunia-nya sahaja, dan penulis kita hari ini, baik a. samad said, baik alias ali, baik yahya samah ataupun abdullah munsyi dan syed syeikh al-hadi, menulis bukan untuk dunia yang lain; walau macam mana sekalipun gaya dan bentuk mereka me-nulis, isi sastera mereka mesti diambil daripada masyarakat di sini. sastera melayu hari ini lahir dari sastera zaman sebelum-nya. sama ada kita sedar atau tidak penulis hari ini mewarisi masa lampaunya, bukan suatu masa yang berlaku di dunia lain. memang benar bahawa ada antara penulis kita yang membaca karya-karya sastera barat dan oleh itu sedikit ba-nyaknya ada kemungkinan mereka tertarik-tarik untuk me-niru gaya dan cara penulis barat itu. akan tetapi di sinilah terletaknya kekuatan rohani penulis kita: sama ada lemah dan terus menenggelamkan diri mereka dalam pengaruh sastera lain dengan menghirup cara pemikiran barat dan meninggal-kan keperibadiannya sendiri, atau mempertahankan dirinya daripada segala pengaruh asing dan dengan itu mengekalkan keperibadian mereka dalam sastera bangsa sendiri. penulis melayu haruslah dapat menjelmakan jiwa dan keperibadian diri dan masyarakatnya sendiri dalam sastera kita, kerana mereka adalah manusia yang lahir daripada datuk nenek moyang mereka sendiri. prof. sutan takdir tentulah masih ingat lagi bahawa beliau pernah mengatakan bahawa puisi lama melayu adalah "pancaran" daripada masyarakat melayu lama. apakah tidak bererti pula bahawa sastera melayu hari ini adalah pancaran daripada pemikiran dan jiwa masyarakat melayu hari ini? yang lama dan baharu dalam sastera kita adalah dua proses kebudayaan dalam satu penghidupan ma-nusia yang sama, penghidupan manusia melayu seluruhnya. janganlah hendaknya ada lagi penulis kita yang kacau seperti abdullah munsyi yang tidak tahu ke mana hendak melang-kah, ke barat atau ke timur. atau penulis yang berasakan diri mereka dihimpit antara dua dunia barat dan timur, kemu-dian, kerana terhimpit itu, mereka gila-gila macam "pemuda yang marah-marah" (the angry young man) yang mahu me- 329</Page><Page Number="347">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lepaskan geram dan kegelisahan mereka, lalu menghasilkan karya-karya sastera yang gila-gila macam tarian twist dan en-tah apa lagi jenis tarian! dewan masyarakat, november 1964. 330</Page><Page Number="348">perkembangan novel sepanjang 25 tahun (1977-2002) hazami jahari pengenalan kertas kerja ini akan cuba meninjau perkembangan novel di sarawak dalam tempoh 1977-2002, iaitu setelah 25 tahun dewan bahasa dan pustaka cawangan sarawak (dbpcs) ditubuhkan. tinjauan akan di-buat dari sudut sejarah, faktor-faktor perkembangan, novel-novel yang dihasilkan, tema dan persoalan, pendekatan dan penulis yang menghasilkan novel di sarawak. skop perbincangan novel-novel yang akan diteliti dalam kertas kerja ini terbatas 331</Page><Page Number="349">sastera kebangsaan isu dan cabaran kepada novel yang telah diterbitkan oleh dbpcs secara khu-sus dan dbp kuala lumpur. ini bermakna penelitian akan dibuat dalam tempoh sejak penubuhan dbpcs, iaitu pada tahun 1977 hingga tahun 2002. novel-riovel yang diterbitkan oleh penerbit lain akan disentuh secara sepintas lalu berdasar-kan keperluan perbincangan. definisi novel shahnon ahmad menganggap karya sastera sebagai "seis-mograf' kehidupan manusia. dia menegaskan kalau seismo-graf hanya mencatat gerak gempa yang merupakan bencana, karya sastera bukan sahaja mencatat tetapi menganalisis se-gala gerak gempa kehidupan; gerak gempa dalam erti kata se-gala rintangan, segala halangan dalam kehidupan. dan salah satu gerak gempa itu ialah kemiskinan (shahnon:1991). novel sebagai salah satu genre sastera juga memainkan peranan mendokumentasikan kehidupan manusia. ia me-rakam dan menganalisis rencaman kehidupan manusia atau masyarakat yang dicerna dalam bentuk seni yang amat indah. novel sebagai satu saluran pengucapan jiwa dan perasaan dalam hubungan ini dapat mewakili sekurang-kurangnya si-kap dan tanggapan penulis terhadap apa-apa yang mereka rasakan (hazami jahari, 1992:5). secara khusus shahnon ahmad menyatakan novel adalah satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia menerusi satu bentuk cereka. ia adalah satu rangkuman tiga faktor utama yang timbal-menimbal antara satu dengan yang lain, iaitu pengalaman peribadi. realiti rencaman hidup dan imagi-nasi (shahnon ahmad, 1988:4). dengan kata lain novel pada shahnon ahmad adalah gabungan antara pengalaman peribadi yang dialami oleh penulis berdasarkan realiti yang diadun dengan imaginasi kreatif melalui bentuk cereka. ini menjelaskan bahawa novel adalah pemaparan realiti dalam karya kreatif yang imaginatif sifatnya. ian watt juga seperti shahnon ahmad turut meng- 332</Page><Page Number="350">perkembangan novel sepanjang 25 tahun utamakan pengalaman manusia sebagai salah satu inti pati penting dalam pembentukan novel. dia menganggap novel sebagai satu laporan yang lengkap lagi tulen tentang peng-alaman manusia dan kerana itu mempunyai tanggungjawab untuk memuaskan pembacanya dengan memberikan perin-cian-perincian ceritanya seperti individualiti pelakunya, waktu dan tempat berlakunya peristiwa-peristiwa, iaitu perincian yang lebih banyak, disampaikan melalui bahasa rujukan dan bukannya dalam bentuk yang lain (ian watt, 1972:9-31). ismail ahmad pula menganggap novel sebagai titik peng-alaman manusia penulisnya. namun begitu, dia meletakkan sebagai cerita rekaan berdasarkan kehidupan sebenar yang dialami oleh manusia (ismail ahmad, 1988:5). pada ismail ahmad, pengarang bukannya merakamkan fakta-fakta benar seperti ahli sejarah. pengarang novel merakamkan kebenaran hidup seperti yang dilihatnya dan dialaminya dan dirasakan oleh masyarakat. malah novelis akan melihat perkara itu lebih jauh daripada ahli sejarah. pengarang novel menggu-nakan daya khayal dan daya rekaannya dengan lebih berkesan dalam merakamkan aspek kehidupan manusia di sekitarnya. bertolak daripada mementingkan cerita, e.m. foster pula mengatakan bahawa aspek yang paling asas bagi novel ialah menyampaikan cerita (e.m. foster, 1987:19). di sini jelas terlihat bahawa beliau amat mementingkan cerita dalam pembentukan sesebuah novel. definisi ini agak longgar dan umum sifatnya. namun jika diteliti dari manakah pengarang mendapatkan cerita, secara sedar terlihat bahawa adanya perkaitan antara definisi yang telah diberikan oleh penulis lain sebelum ini. rene wellek dan austin warren mengklasifikasikan no-vel sebagai satu bentuk teori yang memberi unsur estetika (keindahan) dan mengandungi hakikat (truth), falsafah ten-tang manusia (rene wellek dan austin warren, 1966:46). daripada definisi dan tanggapan pengkaji sastera dan penulis baik di dalam mahupun di luar negeri ternyata me-reka menganggap bahawa novel adalah rakaman realiti yang dialami, dilihat, dirasa dan dilalui oleh manusia penulisnya. 333</Page><Page Number="351">sastera kebangsaan isu dan abaran di dalamnya terselit unsur estetika, kebenaran dan falsafah hidup manusia. maknanya apa-apa yang lahir dalam sesebuah novel adalah peristiwa-peristiwa pernah terjadi dalam realiti lalu diadun dengan imaginasi yang kreatif tanpa mengetepi-kan unsur-unsur keindahan sebagai sebuah karya sastera. di samping itu novel juga turut memancarkan falsafah hidup manusia di sekitar kehidupan pe agarangnya. falsafah inilah yang mencerminkan sikap dan pandangan dunia se-sebuah masyarakat yang mendasari kehidupan penulisnya. ringkasnya, novel lahir dengan bentuk yang tersusun dan kemas bagi memuatkan kesemua inti pati penting. dalam novel ada plot, watak dan perwatakan, sudut pandangan, latar struktur dan bahannya serta tema dan persoalannya. hal-hal yang teknikal beginilah yang menjadi kerangka yang mem-bentuk sebuah novel. novel tidak akan lengkap tanpa mem-pertimbangkan soal-soal teknikal demikian, biarpun penulis-nya mempunyai idea atau isi yang baik untuk disampaikan. sebuah novel yang baik ialah novel yang mempunyai struktur atau bentuk yang mampu menjalinkan cerita secara tersusun, mudah diikuti serta dapat dinikmati keindahan seninya. latar belakang perkembangan novel di sarawak bila bermulanya kegiatan penulisan sastera di sarawak masih belum dapat dipastikan. bukti-bukti yang jelas belum ditemui setakat ini. namun menurut saiee dris, dapat diambil kesim-pulan aktiviti sastera bermula di sarawak dengan wujudnya bahan bacaan dari luar seperti syair-syair dan buku agama yang sudah lama diterbitkan (saiee dris, 1988:352). seperti halnya di tanah melayu, perkembangan novel di sarawak juga bermula dengan hikayat yang seterusnya berubah kepada bentuk yang lebih moden, iaitu novel. menu-rut a. wahab ali, proses pembentukan novel melayu terjadi akibat daripada kontak dengan barat, terutama inggeris yang bermula pada awal abad ke-19 (a. wahab ali, 1988:92). kontak dengan barat ini sebenarnya dikaitkan pula dengan pengenalan sistem pendidikan yang lebih sempurna yang diperkenalkan 334</Page><Page Number="352">perkembangan novel sepanjang 25 tahun oleh inggeris di tanah melayu dan juga oleh dinasti brooke di sarawak. kepentingan pendidikan menjadi asas utama dalam mempengaruhi tahap kesedaran bersastera. hal ini dijelaskan oleh hashim awang yang menyatakan pendidikan yang amat terbatas menjadi sebab utama untuk menyekat mereka daripada mengenali sastera-sastera luar, sastera-sastera dunia dari daerah-daerah lain yang pasti mem-punyai kelainan-kelainan dalam sifat dan bentuk (hashim awang, 1984:192). justeru di sarawak, hikayat panglima nikosa (hpn) karya ahmad shawal abdul hamid yang dihasilkan pada tahun 1876 adalah antara karya sastera berbahasa melayu yang paling awal diterbitkan di sarawak. hikayat ini dihasil-kan semasa pemerintahan charles brooke, raja sarawak yang kedua. ahmad shawal merupakan jurutulis kepada raja brooke. maka dengan pendedahan yang ada, pengetahuan tentang penulisan serta minat terhadap sastera, beliau mampu menghasilkan sebuah karya yang mengandungi nilai-nilai ilmu yang tinggi. hikayat ini mengisahkan seorang panglima yang handal dan bijaksana serta berjaya mentadbir negerinya menjadi maju dan makmur. pada tahun 1932, muncul muhamad rakawi yusuf meng-hasilkan novel melati sarawak. novel ini merupakan novel kelapan yang dihasilkan di malaysia. ia membawa perma-salahan gendang melayu yang dianggap oleh pengarang se-bagai perosak kepada kemajuan bangsa. gendang melayu menyebabkan orang melayu lalai serta ketinggalan berban-ding kaum-kaum lain. seterusnya pada tahun 1955, bolhasan matassip meng-hasilkan sebuah novelet, iaitu kebahagiaan cinta. novelet ini tidak dapat dipastikan penerbitnya serta belum ada penelitian dibuat berkaitan isi serta permasalahan yang dikemukakan oleh pengarangnya. jarak yang agak lama juga diambil oleh penulis sarawak untuk menerbitkan novel berikutnya. hanya pada tahun 1970, barulah salbiah painah menghasilkan se-buah novelet berjudul menunggu esok yang diterbitkan oleh biro kesusasteraan borneo (bkb). walau bagaimanapun, 335</Page><Page Number="353">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ternyata penulis sarawak sebenarnya lebih awal menghasil-kan novel berbanding penulis sabah. novel pertama yang benar-benar dihasilkan oleh penulis sabah ialah cerah yang terbit pada tahun 1974 (ismail abbas, 1997:1). pengarang novel ini ialah amil jaya. bkb juga turut menerbitkan novelet yang dihasilkan oleh ibrahim saad yang berjudul kuching hitam pada tahun 1975. novelet ini mengisahkan permasalahan masyarakat di sebuah kampung yang masih lagi menggunakan ilmu hitam untuk menyakiti atau membalas dendam terhadap orang lain. pengarang yang berasal dari bintulu ini bercerita dengan bahasa yang agak mudah bagi memaparkan sebahagian dari-pada budaya hidup masyarakat melayu tradisi. pada tahun terakhir kewujudan bkb (1976) abang abdul razak abang medaan telah menerbitkan sebuah kisah legenda berjudul kisah datuk pata. demikian sedikit se-banyak sumbangan bkb terhadap perkembangan novel di sarawak. namun secara keseluruhan bkb sebenarnya telah memberi pengaruh yang besar juga kepada perkembangan sastera di sarawak. sepanjang tempoh kewujudannya (1959-1976), bkb telah menerbitkan sejumlah 577 judul buku. daripada jumlah ter-sebut, sebanyak 53 judul atau 10.2% adalah buku-buku dalam bahasa melayu. dan daripada 53 judul itu pula sebanyak 36 judul atau 67.9% adalah buku sastera melibatkan genre puisi, cerita pendek dan novelet (hazami jahari, 2001:34). peranan dbpcs dalam perkembangan novel di sarawak (1977-2002) penubuhan dbpcs pada tahun 1977 dengan mengambil alih sepenuhnya fungsi bkb telah memberi kesan yang amat be-sar kepada perkembangan sastera di sarawak. usaha-usaha pembinaan dan pengembangan yang dijalankan oleh dbpcs sejak penubuhannya membawa perubahan yang nyata ke-pada perkembangan penulisan karya sastera. langkah-lang-kah yang dijalankan adalah teratur, kemas, terancang dan 336</Page><Page Number="354">perkembangan novel sepanjang 25 tahun mendapat sambutan daripada penulis, pencinta dan peminat sastera tempatan (hazami jahari, 1992:55). langkah-langkah pembinaan dan pengembangan sastera dijalankan antara lain melalui peraduan menulis yang diada-kan hampir setiap tahun meliputi genre puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritikan. dalam genre novel — novel yang di-hasilkan melalui peraduan antaranya ialah ranjau semalam (awang rosli awang jaya, 1986), kenyalang terbang bebas (jamilah morshidi, 1986), gugurnya langit hijau nanga tiga (jong chian lai, 1987), ngayau air (hamlin abolhi, 2001), nilai sebuah pengertian (radzemah bolhassan, 2001), de-tik (jais sahok, 2001) dan meredah ombak keributan (jong chian lai, 2001). kesan peraduan atau sayembara menulis sastera kreatif ter-hadap perkembangan novel pernah ditegaskan oleh hamzah hamdani yang antara lain menyatakan betapa sayembara pe-nulisan novel di malaysia telah sedikit sebanyak melahirkan novel-novel yang serius di samping mengetengahkan bakat-bakat baru yang berpotensi dalam bidang ini (hamzah ham-dani, 1987:62). hal ini terbukti tepat di sarawak yang mana penulis seperti jong chian lai, jais sahok, jamilah morshidi, awang rosli awang jaya, radzemah bolhassan, jantan umbat, hamlin abolhi dan harry usop muncul dan semakin menyer-lah hasil memenangi peraduan menulis novel. malah sebaha-gian besar antara mereka masih bertahan sehingga sekarang sebagai antara penulis sarawak yang sudah menembusi peta sastera nasional. di samping itu dbpcs secara giat mengadakan siri beng-kel, randau, diskusi, seminar dan pertemuan penulis bagi me-mantapkan ilmu dan kemahiran para penulis di sarawak. acara seperti dialog borneo, hari sastera, perkampungan penulis sarawak dan seminar kesusasteraan kebangsaan adalah antara kegiatan besar membantu membina penulis sarawak yang lebih berkualiti. malah dbpcs dengan restu dan dana penuh daripada kerajaan negeri sarawak telah mewujudkan anugerah sastera negeri sarawak (asns) sejak tahun 1994. melalui asns sumbangan dan jasa bakti penulis serta peng- 337</Page><Page Number="355">sastera kebangsaan: isu dan cabaran giat sastera di sarawak diiktiraf dan dihargai oleh kerajaan dan masyarakat secara rasmi. bahkan ini adalah simbolis ke-tinggian martabat kesusasteraan kebangsaan di sarawak. bagi memantapkan lagi perkembangan sastera, dbpcs secara tahunan membantu mana-mana persatuan penulis, jabatan serta agensi kerajaan yang berminat mengadakan kegiatan kesusasteraan. bantuan adalah dalam bentuk kepa-karan, khidmat nasihat serta dana rnembiayai kegiatan. hasilnya persatuan penulis seperti putera, gpps, ak-sara, benak dan akal berjaya menjalankan kegiatan ma-sing-masing dengan lebih berkesan. secara khususnya sejak penubuhan dbpcs, perkembangan novel amat memberang-sangkan. beberapa penulis berbakat besar berjaya dilahirkan hasil usaha dbpcs. dalam tempoh 1977-2002, dbpcs telah menerbitkan sejumlah 37 judul novel. sebahagian besar novel itu adalah hasil peraduan, hasil bengkel dan dihantar sendiri oleh penulis kepada dbp untuk diterbitkan. dalam genre novel, jamilah morshidi telah menghasil-kan empat buah novel, iaitu seorang gadis sebuah harapan (1985), gadis bernama lina (1985), kenyalang terbang be-bas (1987), dan memburu kasih (1990). walau bagaimanapun, sejak awal tahun 1990-an hingga sekarang jamilah morshidi tidak lagi aktif dalam bidang sastera. hal ini sesungguhnya satu kerugian kepada sastera kebangsaan di sarawak. jong chian lai pula sehingga kini telah menghasilkan lima buah novel baik yang telah diterbitkan oleh dbpcs ma-hupun oleh dbp pusat di kuala lumpur. novel yang telah dihasilkan penulis berketurunan cina ini ialah pindah (1987), gugurnya langit hijau nanga tiga (1987), buaya putih buaya kudung (1992), pemberontakan (1996) dan meredah ombak keributan (2001). jais sahok pula adalah novelis prolifik di sarawak dan salah seorang penulis yang mampu menulis dalam semua genre sastera. sehingga kini beliau telah menghasilkan se-banyak 20 novel, 4 antologi cerpen, satu antologi puisi, se-buah buku bimbingan penulisan cerpen dan dua buah buku panduan bahasa melayu. tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jais sahok mempunyai stamina penulisan yang amat 338</Page><Page Number="356">perkembangan novel sepanjang 25 tahun luar biasa. antara novel jais sahok yang diterbitkan oleh db-pcs ialah hisyam (1991), mega-mega kelabu (1991), rahsia saidin (1992), buhul-buhul kasih di benang basah (1992), merah senja di hujung cuti (1993), perempuan tua di ba-ngunan satok (1996), persimpangan (1998), jagung pulut pu-saka moyang (2001), ngoncong (2001) dan detik (2001). penulis lain masing-masing menghasilkan sebuah novel setiap seorang sepanjang tempoh 25 tahun ini. novel-novel yang telah dihasilkan oleh mereka ialah anak watan (re-sat salleh, 1986), ranjau semalam (awang rosli awang jaya, 1986), nyonya (john m. chin, 1988), aerosa ii menda-rat di petra jaya (ahmad zaini mohd. zain, 1988), catatan seorang patriot (madian haji dahlan, 1988), kerana marina (zakeria embi, 1990), erti pengorbanan (joanes uno, 1990), pelita desa (jantan umbat, 1992), biografi novel zain hashim (buang haji umar, 1997), kelingkang (douglas jaga, 1998), permata desa (idris boi, 2000), ngayau air (hamlin abolhi, 2001), dan mesap (jali kenoi, 2001). radzemah bolhassan seorang pendatang baru dalam du-nia sastera di sarawak muncul pada penghujung tahun 1990- an merupakan seorang penulis yang amat prolifik. dalam tempoh tiga tahun penglibatannya, dia sudah menghasilkan sembilan buah novel. walau bagaimanapun, hanya sebuah novelnya, iaitu nilai sebuah pengertian (2001) diterbitkan oleh dbpcs. novel-novelnya yang lain kesemuanya diterbitkan oleh rhythm publishing co. sdn. bhd. kehadiran radzemah bolhassan semacam mengisi kekosongan dan ketandusan novelis wanita di sarawak. selepas jamilah morshidi, kita di sarawak tidak mempunyai novelis wanita. maka kehadiran penulis muda yang telah menerima hadiah penulis harapan (asns) ini diharapkan terus menggerakkan perkembangan novel di sarawak. memperkuatkan beberapa novel penulis sarawak (1977-2002) beberapa novel yang dianggap "berjaya" yang dihasilkan 339</Page><Page Number="357">sastera kebangsaan isu dan cabaran oleh penulis sarawak dalam tempoh 25 tahun ini akan cuba ditinjau secara umum. kita akan cuba melihat kekuatan serta keistimewaan karya tersebut dari sudut tema dan persoalan yang dikemukakan serta kekuatan-kekuatan lain yang mung-kin dapat dikesan. novel gugurnya langit hijau nanga tiga karya jong chian lai membawa persoalan mempertahankan hak milik masyarakat peribumi yang cuba dirampas oleh orang luar. dalam hal ini pengarang menonjolkan usaha jabau memper-tahankan hutan di nanga tiga daripada dijadikan kawasan balak oleh seorang tauke cina. jabau berusaha dengan ber-bagai-bagai cara untuk mempertahankan agar hutan hijau yang menjadi punca rezeki penduduk rumah panjang tidak dimusnahkan keasliannya. bagi jabau, pembalakan hanya akan menyebabkan kerugian yang tidak ternilai kepada ke-harmonian dan masa depan penghuni nanga tiga. apa yang mahu disampaikan oleh pengarang dalam novel ini sebenarnya cukup jelas biarpun dalam bentuk yang ter-sirat. jong chian lai mahu mendedahkan betapa pembalakan yang dijalankan di kawasan pedalaman sebenarnya tidak menguntungkan masyarakat di kawasan tersebut. bahkan pembalakan itu pada jangka masa yang panjang akan merugi-kan kehidupan orang iban yang sepenuhnya bergantung kepada hutan, tanah dan sungai sebagai sumber kehidupan. jong chian lai juga mengkritik usaha pembalakan yang hanya menguntungkan orang luar (tauke balak) dan pihak-pihak ter tentu yang telah disogok. dalam novel pindah pula jong chian lai mengangkat per-masalahan kesan pembangunan yang drastik terhadap orang iban di batang ai. kawasan itu dimajukan dengan pembinaan empangan hidroelektrik yang memerlukan penduduk di situ berpindah ke kawasan lain. perpindahan itu berbaloi kerana mereka dibayar pampasan yang besar. namun inilah yang akhirnya menimbulkan masalah kerana mereka yang telah menerima pampasan tidak menggunakan wang tersebut de-ngan cara yang sepatutnya. mereka sebaliknya menggunakan wang pampasan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. 340</Page><Page Number="358">perkembangan novel sepanjang 25 tahun kritikan jong chian lai secara halus terhadap orang iban dalam novel ini memang wajar dan ia dibuat secara sedar. semacam ada kekesalan di hati pengarang ini terhadap apa-apa yang berlaku di batang ai, perasaan ini diwakilkan melalui watak ungging yang enggan berpindah biarpun ditawarkan pampasan yang besar. ungging sedar bahawa berpindah ber-erti menyerahkan budaya hidup tradisi kepada gaya hidup baru yang penuh dengan nilai-nilai materialisme. bagi ung-ging biar dia mati, namun berpindah tidak sekali. dan inilah manifestasi daripada sebahagian golongan tua kaum iban yang masih yakin dengan keharmonian hidup cara tradisi yang cuba dipaparkan dalam pindah. sementara itu melalui pemberontakan jong chian lai menggarap permasalahan sejarah perjuangan orang cina yang melombong emas di bau, sarawak, semasa pemerin-tahan brooke. digambarkan dalam novel ini secara agak de-tail detik-detik awal penentangan orang cina terhadap peme-rintah brooke. ketidakpuasan hati ketua yong seng terhadap tindakan rajah yang mengenakan cukai dan berbagai-bagai peraturan yang menyekat kebebasan mereka menjalankan perlombongan emas menjadi punca penentangan mereka. jong chian lai secara berhati-hati cuba mewajarkan tindak-an penentangan orang cina terhadap brooke (tuan) dengan mempertalikannya dengan kebencian orang melayu dan orang iban terhadap tuan. dari sudut orang cina, tuan mesti ditentang kerana dasarnya yang dengan sengaja menyekat kebebasan orang cina bergerak, berniaga dan bersosial. pe-ngarang pada akhirnya memberi kemenangan moral kepada orang cina dalam novel itu. jamilah morshidi dalam novelnya kenyalang terbang be-bas mengemukakan permasalahan penduduk kampung baru yang berdepan dengan bahaya hakisan sungai. hal ini kerana kampung baru terletak di tepi sungai yang semakin sibuk dengan laluan kapal-kapal dagang. hal ini menyebabkan ka-dar hakisan sungai semakin teruk dari sehari ke sehari. atas dasar ini kerajaan bersetuju memindahkan mereka ke penem-patan baru. walau bagaimanapun, tahir salah seorang pen- 341</Page><Page Number="359">sastera kebangsaan 1su dan cabaran duduk kampung baru tidak mahu berpindah kerana amat sayang kepada rumah pusaka yang didiaminya sejak sekian lama. sedangkan rumah tahir menunggu masa untuk rebah akibat hakisan yang teruk. yang sebenarnya selain kerana wasiat ayah, tahir masih meragui kejujuran yb yang hendak membantu rakyat. bagi tahir janji wakil rakyat kebanyakan-nya tidak boleh dipegang. dan inilah antara sindiran sinis jamilah morshidi dalam novel ini. dunia guru, dunia remaja, masalah rumah tangga serta permasalahan masyarakat selako sering menjadi bahan utama penceritaan jais sahok dalam novel-novelnya. rah-sia saidin, misalnya mengungkap permasalahan seorang pelajar bernama saidin yang sering menimbulkan masalah terhadap guru dan rakan-rakan di sekolahnya. saidin watak utama dalam novel ini bersikap agresif, kasar dan agak aneh. kelakuannya yang membenci perempuan, suka melawan guru, dan sering menyendiri di dalam kelas memberi cabar-an besar kepada pengetua, cikgu awang, cikgu fong dan guru-guru lain yang mengajarnya. berbagai-bagai kerenah yang ditimbulkan oleh saidin yang benar-benar mencabar ke-sabaran guru-gurunya. tindakan aneh dan agresif saidin sebenarnya adalah ke-san daripada permasalahan peribadi yang dialaminya. saidin membenci perempuan kerana pernah dikecewakan oleh ke-kasihnya. di rumah, dia juga sering disisihkan oleh emak dan ahli keluarga perempuannya yang ]ain. keadaan ini me-nimbulkan kesan psikologi yang mendalam terhadap dirinya (hazami jahari:2001). kekuatan novel ini ialah pada keu-payaan jais sahok mengungkapkan permasalahan psikologi remaja (pelajar) yang bermasalah di sekolah. biarpun kese-luruhan novel ini disampaikan melalui penceritaan yang mu-dah namun ia tetap dapat mengangkat pergelutan psikologi remaja. hal ini umumnya agak sukar jika pengarang tidak benar-benar menguasai ilmu psikologi remaja. kematangan jais sahok dalam genre novel diserlahkan dalam novel persimpangan. dia cuba meneroka tema yang berat dan sarat dengan permasalahan ketuhanan (hazami 342</Page><Page Number="360">perkembangan novel sepanjang 25 tahun jahari:2001). novel ini berkisar tentang pembalasan tuhan terhadap manusia yang banyak melakukan dosa semasa hayatnya. watak utama, iaitu pak johari telah diazab serta di-seksa lahir dan batin sebelum dia meninggal dunia. azab dan seksa itu datang akibat daripada dosa-dosa besar yang pernah dilakukannya semasa dia masih muda dan sihat. menjelang hari-hari kematiannya dia diseksa dan dibayangkan apakah pembalasan yang bakal diterimanya apabila mati kelak. bayangan-bayangan yang datang itulah yang amat menyek-sakan pak johari. pak johari semasa hayatnya bergelumang dengan dosa-dosa besar. hampir semua dosa besar pernah dilakukannya seperti tidak sembahyang, tidak berpuasa, berzina, minum arak, memakan daging khinzir dan tidak memberi pendidik-an yang sempurna kepada anak-anaknya. dosa-dosa inilah yang menjadi ingatan dan kekesalan yang amat menyeksakan menjelang saat-saat kematian pak johari. novel ini dapat dianggap memperlihatkan kematangan jais sahok dalam genre novel dilihat dari sudut keupayaan pengarangnya mengangkat tema keagamaan dan ketuhanan yang menyangkut soal-soal alam ghaib (barzakh). sekali gus melarikan jais sahok daripada mengetengahkan permasalah-an remaja dan dunia guru yang menjadi dominan dalam peng-karyaannya sebelum ini. anjakan ini sedikit mengubah ke-biasaan jais sahok dengan lebih berani mengemukakan tema yang lebih berat dan mencabar. douglas jaga "mengejutkan" pentas sastera di sarawak dengan menghasilkan novel kelingkang. novel sulung penga-rang berketurunan iban ini membawa persoalan perkem-bangan sikap antara generasi baru dengan generasi lama masyarakat iban dalam menghadapi kemajuan masa kini. generasi lama diwakili oleh apai lang sementara generasi baru yang mendapat pendidikan formal diwakili oleh lang. pengarang mengangkat persoalan perubahan tradisional yang masih diyakini keupayaannya oleh generasi lama masya-rakat iban. sada yang sakit diubati dengan cara tradisional melalui jampi dan mengadakan gawai tertentu. perkara ini 343</Page><Page Number="361">sastera kebangsaan isu dan cabaran menimbulkan ketidakyakinan lang kerana dia percaya pe-nyakit adiknya sada hanya dapat diubati melalui cara moden. walau bagaimanapun, pada akhir cerita, lang dapat mene-rima hakikat bahawa pengubatan cara tradisional masih di-perlukan kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri yang sukar untuk difikirkan dengan logik perubatan moden. kekuatan kelingkang ialah pada keupayaan douglas jaga melukiskan secara detail, teliti dan hidup budaya masyarakat iban dalam novelnya ini. adat perkahwinan, pengubatan, ga-wai, kematian dan kehidupan harian masyarakat iban yang dilukiskan begitu berkesan melalui gaya penceritaan yang menarik. membaca novel ini seolah-olah kita hidup bersama-sama masyarakat iban yang masih lagi mengamalkan budaya lama. awang rosli awang jaya, median haji dahlan dan buang haji omar memilih pendekatan biografi dalam menghasil-kan novel mereka. pendekatan ini menggabungkan watak dan kisah hidup sebenar individu tertentu dengan garapan penceritaan secara kreatif. ternyata usaha mereka ini mem-buahkan kelainan dan dapat dianggap berjaya. awang rosli awang jaya merakamkan kisah perjuangan hidup bapa dan datuknya sejak zaman rajah brooke, zaman jepun, era koloni british hingga ke detik kemerdekaan ne-gara dalam novel ranjau semalam. novel ini memang me-narik kerana ia memaparkan perjuangan hidup keluarganya pada zaman serba sukar hinggalah akhirnya beroleh kejaya-an. dalam novel catatan seorang patriot pula median haji dahlan merakamkan pengalaman hidttpnya sendiri secara kronologis dan penuh aksi. seluruh pengalaman menjadi polis hutan dan berdepan dengan ancaman komunis pada tahun 1960-an dan awal 1970-an diceritakan dengan gaya yang ber-kesan. membaca novel ini seperti kita membaca diari harian anggota polis hutan kerana setiap peristiwa, cara hidup dan sikap polis hutan dirakamkan oleh pengarang dengan teliti. penghasilan ngayau air oleh hamlin abolhi pada tahun 2001 semacam pelengkap kepada perkembangan novel di 344</Page><Page Number="362">perkembangan novel sepanjang 25 tahun sarawak. karya ini memenangi tempat pertama peraduan penulisan kreatif (novel) sarawak anjuran dbpcs pada tahun 1997. novel setebal 534 halaman ini membawa kisah buaya yang diberikan sifat dan naluri manusia oleh pengarangnya. hamlin abolhi sebenarnya bertolak daripada legenda bujang senang ketika menulis novel yang berlatar belakang batang lupar di sri aman sarawak ini. kegagalan dan keganasan buaya pada kaca mata manusia cuba diberi perspektif baru oleh pengarang melalui watak buaya (aku). aku memerhati dan cuba memahami sikap dan tanggapan manusia terhadap buaya sepertinya. di sinilah aku menemui ketamakan, ke-gilaan, keganasan, kesombongan dan keangkuhan manusia. aku juga menemui segolongan manusia yang berjiwa murni dan berkasih sayang yang mengerti sikap hidup sebenar buaya. golongan ini diwakili oleh silum yang berjuang mem-pertahankan agar aku (bujang senang) tidak dibunuh. pada silum, buaya sebenarnya tidak ganas. sebaliknya yang ganas adalah manusia sendiri. namun yang menarik dalam ngayau air ialah usaha pengarang menggerakkan seluruh cerita berpaksikan falsafah hidup serta pesanan ibu buaya (aku) tentang makna dan panduan hidup yang sebenar baik bagi buaya mahupun manusia. masing-masing buaya dan manusia mempunyai titik persamaan dan perbezaan nilai dan falsafah hidup. konsep saling hormat-menghormati serta percaya-mempercayai adalah asas utama hidup dua makhluk ini yang cuba ditekankan oleh pengarang dalam karyanya. radzemah bolhassan melalui novelnya nilai sebuah pengertianmenggarap tema perjuangan hidup seorang wanita dalam mencari kebahagiaan. berbagai-bagai rintangan telah ditemui oleh anor (watak utama) dalam usaha mencari ke-bahagiaan untuk diri dan ibunya. tanpa ayah, tanpa saudara di sisi mereka. anor dan ibunya, mak kina hidup dalam ke-adaan kesepian dan penuh penantian. anor bertekad untuk mencari abang dan kakaknya kerana mak kina amat merindui mereka. perkahwinan anor dengan yusran tidak sampai ke penghujung. mereka bercerai kerana sikap yusran yang suka berfoya-foya. mak kina terpaksa tinggal di rumah orang tua. 345</Page><Page Number="363">sastera kebangsaan: isu dan cabaran segalanya amat menekan anor. mujurlah anor masih mem-punyai sahabat akrab yang memahami masalah dan pende-ritaan batinnya, iaitu hajar dan anuar. malah anuar memang sudah lama menaruh perasaan cinta terhadap anor. karim juga begitu banyak membantu hidup anor dan mak kina. yang pasti novel ini sarat dengan masalah perasaan, cinta dan kasih sayang manusia yang tidak lekang diuji keadaan. penilaian umum setelah 25 tahun kewujudan dbpcs, perkembangan sastera di sarawak ternyata telah menempuh era gemilang. hal ini dapat dikaitkan dengan keberhasilan penulis sarawak dalam tempoh tersebut menerbitkan novel-novel bermutu yang sebahagiannya mencapai tahap kebangsaan. malah novelis sarawak kini semakin dihormati dan telah mendapat tempat yang tersendiri di persada sastera malaysia. novel-novel yang dihasilkan oleh penulis sarawak setakat ini dapat dikatakan sudah mampu mencerminkan warna tem-patan budaya suku kaum serta citra masyarakat sarawak. hal ini bermakna apabila membaca novel penulis sarawak, kita sebenarnya membaca hati dan nurani pengarang serta masya-rakat yang diwakili oleh pengarang itu. maka inilah yang di-maksudkan oleh shahnon ahmad apabila dia mengatakan sastera adalah perakam gerak gempa kehidupan. pengarang sarawak sebenarnya melukiskan kembali gerak gempa ter-sebut untuk tatapan para pembaca dan masyarakat. membaca pindah dan gugurnya langit hijau nanga tiga, karya jong chian lai, kita sebenarnya membaca denyut resah masyarakat iban yang dilanda kemajuan dan pembangunan. mereka terpaksa memilih sama ada menerima kemajuan atau terus berpegang kepada cara hidup tradisi. dan jika memilih kemajuan bermakna mereka terpaksa mendepani cabaran hidup moden yang individualistik sifatnya. membaca kelingkang tulisan douglas jaga, kita juga turut merasai konflik keyakinan masyarakat iban generasi baru ter-hadap cara serta nilai-nilai tradisi. dalam bidang perubatan 346</Page><Page Number="364">perkembangan novel sepanjang 25 tahun mereka terpaksa memilih antara cara lama atau cara moden untuk mengubat penyakit. ternyata cara lama ada keistimewa-an yang tersendiri dan cara moden pula menekankan logik yang memerlukan bukti. apabila kita membaca novel kenya-lang terbang bebas kita disuakan dengan konffik masyarakat kampung melayu yang terpaksa meninggalkan kampung asal untuk berpindah ke kawasan baru. rasa serba salah dan tidak yakin dengan janji wakil rakyat masih menghantui sebahagian masyarakat. segalanya menuntut kesetiaan dan pengorbanan. seterusnya median haji dahlan dalam novel catatan se-orang patriotmemaparkan kembali rakaman sejarah negeri sarawak semasa berkonflik dengan komunis. perit getir dan nyala semangat polis hutan selaku barisan hadapan dalam mempertahankan negeri sarawak dapat dirasakan dalam karya ini. ngayau air karya hamlin abolhi pula membuka dimensi lain dengan melihat kerakusan manusia daripada kaca mata buaya. ternyata manusia lebih ganas daripada bujang senang. manusia juga sebenarnya lebih kejam daripada buaya dalam banyak perkara. radzemah bolhassan pula cuba mengangkat martabat wanita dengan memaparkan kegigihan mereka berjuang untuk mencari kebahagiaan hidup. wanita tidak lemah dan tidak mudah mengalah. malah wanita pada radzemah bolhassan ada kekuatan tersendiri yang harus dipergunakan sepenuhnya. demikian sebahagian daripada novel-novel pe-nulis sarawak yang dapat mewakili sikap hidup masyarakat di negeri ini. mereka adalah pentafsir kehidupan yang amat peka dengan gerak gempa masyarakatnya. mereka mencatat setiap keresahan dan keinginan masyarakat untuk dapat dinikmati oleh kita. jadi membaca novel mereka kita sebe-narnya membaca diri kita dan masyarakat kita. kesimpulan memang tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa penubuhan dbpcs sejak 25 tahun yang lalu telah menumbuhkan perkem- bangan novel yang amat memberangsangkan di sarawak. bu- 347</Page><Page Number="365">sastera kebangsaan: isc dan cabaran kan setakat kuantiti, bahkan kualiti karya tersebut juga sudah boleh dibanggakan. nama-nama seperti jamilah morshidi, jong chian lai, jais sahok, douglas jaga, radzemah bolhas-san dan hamlin abolhi adalah antara novelis sarawak yang kini mempunyai tempat yang tersendiri dalam kesusasteraan kita. ini kerana mereka bukan setakat bercerita, malah mereka sebenarnya mentafsirkan erti kehidupan yang seharusnya. bibliografi a. wahab ali, 1988. tradisi pembentukan sastera melayu. petaling jaya: penerbitan sarjana (m) sdn. bhd. foster, e.m., 1987. aspek-aspek novel. kuala lumpur: dewan ba-hasa dan pustaka. hamzah hamdani (peny.), 1988. wajah sastera sarawak. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. hazami jahari, 1992. "novel-novel penulis sarawak: satu pembi-caraan umum". latihan ilmiah sarjana muda sastera, jabatan penulisan, universiti malaya. hazami jahari, 2001. "buku-buku sastera terbitan dbp sarawak (1988-1998): penerimaan dan kedudukannya di sarawak". di- sertasi sarjana sastera. jabatan penulisan, universiti malaya. ismail ahmad, 1988. memahami novel dan cerpen. petaling jaya: ibs buku sdn. bhd. "kumpulan esei perkembangan novel di sabah", 1997. dbp cawangan sabah: kota kinabalu. shahnon ahmad, 1988. gubahan novel. kuala lumpur: dewan ba-hasa dan pustaka. shahnon ahmad, 1991. sastera sebagai seismograf kehidupan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. watt, ian, 1972. the rise of novel. london: penguin books. wellek, rene dan warren, austin, 1966. theory of literature. usa: penguin books. kertas kerja ini dibentangkan dalam perkampungan penulis sarawak di hotel mega, anjuran putera dan dbp pada 5-8 jun 2002. hamzah hamdani dan abang haliman abang julai (ed.), 2003. pelagus: antologi sastera sarawak (jilid ii) kuching: dewan bahasa dan pustaka cawangan sarawak 348</Page><Page Number="366">pengukuhan bahasa melalui persatuan-persatuan bahasa melayu idros samsudin '1ertubuhnya sesebuah per-satuan bahasa melayu di negara ini sering kali dikaitkan dengan sejarah pergerakan kebangsaan di kalangan cende-kiawan melayu. golongan cendekiawan ini mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa melayu sudah mula menurun. kemampuan bahasa melayu yang selama ini menjadi bahasa lingua franca perlu diperjuangkan agar bahasa melayu dapat bersaing dengan bahasa-bahasa terkemuka di dunia. para cendekiawan melayu berganding bahu menubuh-kan beberapa persatuan bahasa melayu sejak tahun 1888 lagi. persatuan-persatuan ini turut memperjuangkan bidang sastera kerana kedua-dua bidang ini berkait rapat antara satu 349</Page><Page Number="367">sastera kebangsaan . isu dan cabaran dengan yang lain, umpama "aur dengan tebing". kelahiran pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa di johor pada tahun 1888 yang kemudiari ditukarkan namanya kepada pakatan bahasa melayu persekutuan buku diraja johor pada tahun 1934 menandakan titik permulaan usaha orang melayu untuk memperjuangkan kedaulatan bahasa melayu. melalui persatuan ini, berbagai-bagai aktiviti dijalan-kan seperti memelihara, memperlengkap dan mempermoden bahasa melayu dan memelihara tulisan jawi, mencipta per-kataan baru dan menyeragamkan ejaan dan perkataan. hasil daripada aktiviti-aktiviti ini maka lahirlah beberapa perkataan baru yang digunakan secara meluas. di samping itu usaha ini juga turut menambahkan lagi buku tentang bahasa melayu dan buku ilmu pengetahuan dalam bahasa melayu. pada 15 april 1934, muncul sebuah persatuan lagi yang dikenali sebagai persaudaraan sahabat pena malaya (pas-pam). perjuangan paspam dalam usaha mendaulatkan bahasa melayu jelas dilihat dengan penubuhan lembaga bahasa pada 26 september 1938. kegiatan utama lembaga bahasa ialah (i) menerbitkan kamus melayu; (ii) menentu-kan suatu ejaan yang tetap; (iii) mencipta perkataan melayu baru daripada perkataan inggeris yang sering digunakan oleh orang melayu, dan (iv) mengadakan peraduan karang-mengarang. usaha persatuan ini untuk memper euas kegiatan mereka terbantut akibat kemasukan tentera jepun. usaha bebera-pa orang ahli untuk menghidupkan kembali persatuan ini setelah inggeris kembali ke tanah melayu mengalami jalan buntu. akhirnya jaafar hj. muhammad (jymy asmara) dan beberapa orang teman seperjuangan rnenubuhkan sahabat pena (1947). menerusi persatuan ini ahli-ahlinya mula me-mikirkan bahawa perjuangan mereka akan lebih bermakna sekiranya ditubuhkan sebuah persatuan yang dapat dijadikan sebagai medan kegiatan bagi bakat-bakat muda yang bermi-nat dalam bidang penulisan. hasil daripada perbincangan di kalangan ahli persatuan maka pada 6 ogos 1950 terbentuklah angkatan sasterawan 50 (asas 50). 350</Page><Page Number="368">pengukuhan bahasa melalui persatuan bahasa melayu perjuangan asas 50 untuk mendaulatkan dan memper-juangkan bahasa melayu jelas tergambar sewaktu berlang-sungnya kongres bahasa dan persuratan melayu i pada 12 dan 13 april 1952. dalam kongres ini, asas 50 yang dibantu oleh beberapa pertubuhan lain seperti lembaga bahasa me-layu, kesatuan guru-guru melayu, dan persatuan persuratan pemuda pemudi melayu, telah mencadangkan agar tulisan rumi dirasmikan penggunaannya. usul ini diluluskan kemu-diannya dalam kongres kedua pada 1 dan 2 januari 1954 di seremban. asas 50 yang selama ini peka dengan soal kebahasaan, merasakan bahawa sistem pelajaran kebangsaan seperti yang termaktub dalam penyata pelajaran 1956, tidak meng-gambarkan usaha ke arah mendaulatkan bahasa melayu. mereka telah mengemukakan satu memorandum mengenai penyata pelajaran 1956 ini. menurut mereka, pelaksanaan yang dijalankan masih mengekalkan pengaruh bahasa ing-geris. alasan mereka ialah (i) mengikut penyata ini, bahasa melayu wajib dipelajari oleh murid-murid hanya sehingga darjah lima sahaja; (ii) bahasa inggeris masih menjadi syarat mutlak bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke se-kolah menengah atau universiti, atau yang ingin memohon pekerjaan. ini mendorong rakyat memberikan tumpuan ke-pada bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. selain asas 50 wujud beberapa persatuan lain yang se-angkatan dengannya yang turut memperjuangkan kedaulatan bahasa melayu. persatuan-persatuan tersebut ialah lembaga bahasa melayu; ikatan persuratan melayu melaka; angkatan sasterawan melayu utara, pulau pinang; lembaga pemba-ngunan sastera perak; lembaga pembangunan bahasa me-layu kedah; angkatan tenaga sasterawan pahang; perseku-tuan bahasa melayu universiti malaya, dan beberapa kesatuan guru-guru melayu yang ditubuhkan di setiap negeri. lembaga bahasa melayu yang ditubuhkan pada 1 okto-ber 1950 oleh kesatuan guru-guru melayu singapura juga lahir semata-mata untuk memperjuangkan bahasa melayu. di kedah, gagasan untuk mewujudkan sebuah persa- 351</Page><Page Number="369">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran tuan bahasa lahir akibat pengaruh yang meluas di kalang-an anggota sahabat pena. perhimpunan yang dianjurkan oleh anggota sahabat pena telah melahirkan lembaga per-suratan bahasa melayu sahabat pena kedah. persatuan ini akhirnya ditukar nama kepada lembaga pembangun bahasa melayu kedah. tujuan utama penubuhan lembaga ini adalah untuk memelihara dan memperjuangkan bahasa dan persu-ratan melayu dalam semua bidang dan untuk mendaulatkan bahasa melayu menjadi bahasa rasmi negara dalam bidang sosioekonomi, pentadbiran dan politik. institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini turut memberikan kesempatan kepada mahasiswa untuk melibat-kan diri dalam pertubuhan bahasa dan sastera. universiti malaya, yang ditubuhkan di singapura pada tahun 1949 telah menggerakkan mahasiswa melayu mengikuti kongres ba-hasa persuratan melayu kedua. golongan mahasiswa turut memperjuangkan status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. hasrat ini diperkuatkan dengan tertubuhnya jabatan pengajian melayu di universiti tersebut pada tahun 1953. zaba yang ketika itu menjadi ketua jabatan pengaji-an melayu dan ungku aziz sebagai pensyarah di universiti tersebut telah mendorong mahasiswa untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dapat dijadikan landasan untuk ber-juang mendaulatkan bahasa dan sastera melayu. lantaran itu pada 26 januari 1955, tertubuhlah persatuan bahasa melayu universiti malaya. dalam bidang bahasa persatuan ini cuba mengembangkan bahasa melayu dan rnenggalakkan peng-gunaannya dengan cara menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil seperti lembaga bahasa bahagian sastera, lembaga bahasa bahagian perubatan, jawatankuasa loghat melayu, dan jawatankuasa menyesuaikan bahasa melayu dan bahasa indonesia. di samping itu persatuan ini juga telah menubuh-kan sebuah badan menyemak ejaan. pada 12 februari 1961, lahir sebuah persatuan lagi yang turut memainkan peranan mendaulatkan bahasa melayu. persatuan tersebut dikenali dengan nama persatuan penulis nasional malaysia (pena). perjuangan pena dalam bidang 352</Page><Page Number="370">pengukuhan bahasa metalui persatuan bahasa melayu bahasa jelas tergambar dalam matlamat penubuhannya yang kedua iaitu berusaha seluas-luasnya dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan kepentingan nasional dengan tidak terikat kepada dasar poli-tik kepartian atau terkeluar daripada bidang undang-undang negara. keghairahan persatuan-persatuan untuk memperjuang-kan bahasa melayu tidak hanya berpusat di semenanjung malaysia sahaja, malah telah merebak ke negeri sabah dan sarawak. di sabah, persatuan yang agak menonjol mem-perjuangkan bahasa melayu ialah badan bahasa sabah (bahasa). badan ini telah ditubuhkan pada 19 mac 1970. sambutan terhadap penubuhan persatuan ini amat meng-galakkan. sebanyak 27 cawangan telah ditubuhkan di setiap bandar dan daerah di negeri sabah. satu sumbangan besar dalam bidang bahasa yang dilakukan oleh persatuan ini ia-lah desakan ke arah penubuhan dewan bahasa dan pustaka cawangan sabah. sementara itu di sarawak telah wujud beberapa per-satuan yang memperjuangkan bahasa dan sastera. persatuan yang aktif ialah angkatan sasterawan sarawak (anssar), persatuan bahasa dan sastera malaysia sarawak (pebas), angkatan penulis dan karyawan sastera malaysia sarawak (aks), persatuan penulis utara sarawak (putera), angka-tan karyawan kawasan tenggara (angkat). pebas, aks dan putera kemudian bergabung dalam gabungan persa-tuan penulis sarawak (gpps) yang ditubuhkan pada 27 mac 1982. sebuah lagi persatuan yang lahir semata-mata untuk memperjuangkan bahasa melayu ialah persatuan linguistik malaysia (plm). penubuhan persatuan ini adalah ekoran daripada hasrat beberapa orang ahli bahasa yang merasakan bahawa segala kegiatan yang berhubung dengan bahasa akan lebih terancang jika dijalankan di bawah satu badan tertentu. lantaran itu pada 12 november 1975 satu perjumpaan diada-kan di jabatan pengajian melayu, universiti malaya. hasil daripada perjumpaan ini, satu jawatankuasa sementara diben- 353</Page><Page Number="371">sastera kebangsaan isu dan cabaran tuk dengan dipengerusikan oleh dato' prof. dr. asmah haji omar. berikutan pertemuan ini, satu mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 1 september 1976 di dewan kuliah a, fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. tujuan utama plm adalah untuk menggalakkan peng-kajian terhadap bahasa dan masalah bahasa di malaysia serta mengeratkan perhubungan di kalangan ahli-ahli bahasa. bagi mencapai tujuan ini plm secara bersenclirian atau bergabung dengan institusi-institusi lain menjayakan seminar, simpo-sium, bengkel dan forum yang khusus membicarakan soal-soal kebahasaan. pelita bahasa,januari 1992. 354</Page><Page Number="372">persuratan melayu menjana, mengembang pembinaan tamadun bumiputera sabah ismail abbas pendahuluan bahasa melayu berasal daripada perkataan "malaya". akarnya daripada bahasa sanskrit (mardiwarsita, 1978:894), sudah wujud di sabah dari sejak pemerintahan kesultanan brunei di pantai barat utara dan selatan negeri sabah dan kesultanan suluk di pesisir pantai timur sabah sejak abad ke-17 lagi. malah bahasa melayu sudah berkembang luas dan menyebar seawal abad ke-7 dan semarak sehingga abad ke-15. bermula dari abad ke-7, bahasa melayu sudah menjadi lingua franca di seluruh kepulauan melayu dan di seluruh nusantara (teeuw, 1970). ketika itu bahasa melayu adalah 355</Page><Page Number="373">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran bahasa utama dalam perdagangan, bahasa dalam hubungan diplomatik, bahasa dalam pendidikan dan bahasa dalam pe-nyebaran agama islam. pedagang-pedagang dari arab, india, china dan eropah sudah menggunakan bahasa melayu dalam hubungan niaga mereka dengan masyarakat tempatan bumiputera di sarawak dan negeri sabah dan peribumi di kepulauan melayu/nusan-tara terutama bumiputera peribumi yang tinggal dan menetap di pesisir pantai. bahasa melayu sebagai lingua franca di sabah semua bangsa asing yang bertembung di kepulauan me-layu dan wilayah-wilayah nusantara yang lain seperti sabah dan sarawak sepakat menerima bahasa melayu sebagai lin-gua franca dalam pertuturan dan interaksi sosial mereka. ini bermakna orang arab, cina, eropah, india/pakistan dan suku-suku bangsa bumiputera lain yang tidak menggunakan bahasa melayu di seluruh kepulauan melayu dan di seluruh nusantara, menerima pakai bahasa melayu sebagai lingua franca mereka demi memudahkan perhubungan komunikasi, perdagangan kemasyarakatan dan kebudayaan. bahasa melayu pada era penjajah kerajaan kompeni pada tahun 1881, kesultanan brunei telah menyerahkan wilayah kekuasaannya di borneo utara kepada chartered company iaitu "kompeni berpiagam" mi]ik british. penyerah-an ini secara tidak langsung membuka lembaran sejarah pen-jajahan di sabah. walaupun chartered company sebuah syari-kat perniagaan, namun sedikit demi sedikit pihak syarikat itu mengatur strategi supaya penyerahan kuasa itu kelihatan sebagai suatu perdagangan. hakikatnya ia adalah penjajahan, dan sejak itu sabah mula menjadi wilayah jajahan british me-lalui syarikat tersebut. sejak mula berkuasa pada tahun 1881, pihak company mula menyusun dasar-dasar pendidikan sesuai dengan 356</Page><Page Number="374">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah keperluan dan strategi jangka panjang. kompeni berpiagam berusaha mengekalkan bahasa dan persuratan melayu dalam gerak kerja penjajahan mereka supaya gerakan penjajahan mereka tidak kelihatan ketara sangat. persuratan melayu pada era kegemilangan bahasa melayu semasa era kegemilangan bahasa melayu seawal abad ke-7 hingga ke-15 persuratan melayu di kepulauan melayu diisi dengan cerita-cerita yang berunsur animisme, hinduisme dan cerita panji dari jawa pada era pemerintahan majapahit dan islam sejak kurun yang ke-15. pengaruh ini berkembang dan berleluasa sesuai dengan perkembangan agama dan ke-fahaman dari zaman awal dunia (animisme) dan penularan dan pengaruh hinduisme di kepulauan melayu dan nusan-tara, sejak bermulanya empayar hindu dan majapahit. walaupun cerita-cerita persuratan ini dalam bentuk lisan pada mulanya, namun jurucerita ini ketika itu dipelopori oleh jurucerita di dalam istana mahupun di luar istana iaitu dari-pada kalangan bijak pandai kita yang terlatih khusus dalam genre cerita-cerita mitos, legenda asal usul, dongeng, hantu jembalang dan berbagai-bagai lagi. cerita lisan ini diikuti pula oleh cerita-cerita ber tulis dalam bahasa hindu, bahasa sanskrit dan bahasa melayu kuno. pengaruh cerita-cerita lisan yang bersumber daripada cerita nenek moyang, cerita si tukang cerita dan daripada kitab-kitab besar seperti buku cerita daripada cerita epik dari kitab mahabrata, pendawa limadan cerita-cerita daripada hi-kayat jawa seperti cerita-cerita panji. pada era islam seawal abad ke-15, cerita-cerita dari kitab suci al-quran, hikayat-hikayat dan syair-syair seperti syair nabi bercukur, syair nabi wafat, hikayat zamzumah, hikayat dandan setia dan berbagai-bagai hikayat lagi banyak terdapat dalam persuratan melayu. ia diceritakan secara lisan, ditulis, dan dicetak apabila mesin pencetak sudah direka cipta dan masyarakat tahu membaca. 357</Page><Page Number="375">sastera kebangsaan: isu dan cabaran semua cerita, hikayat, syair yang diceritakan secara lisan dalam majlis-majlis rasmi, cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek dan datuk kepada cucunya adalah bertujuan men-didik, membina moral, menyemarakkan patriotisme, dan kepahlawanan kanak-kanak. daripada cerita-cerita ini dapat membina jati dirinya, menyemarakkan rasa berbangsa dan rasa bernegara serta meningkatkan perkembangan minda dan sahsiah serta tamadun individu, masyarakat, bangsa dan menyemarakkan pengembangan dan pembinaan bangsa dan pengembangan negara. hal seperti ini tidak hanya berlaku di sabah sahaja, ia me-nyeluruh di seluruh kepulauan melayu dan di seluruh nu-santara. inilah pendidikan tidak formal diberi oleh para ibu bapa ketika itu dalam meneruskan kesinambungan masyara-kat bangsa dan mengekalkan jati diri. ini adalah pendidikan dengan keperluan dan strategi jangka pendek dan panjang sesuai dengan keadaan masyarakat ketika itu yang masih buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis. perkembangan sekolah berbahasa melayu di sabah william hood treacher, gabenor pertama chartered com-pany di sabah memikirkan tentang pendidikan kanak-kanak bumiputera di negeri ini bagi mengisi tenaga pekerja awam terutamanya kerani, pekerja pertanian, perhutanan, kerja raya dan berbagai-bagai lagi. pekerjaan ini amat diperlukan oleh kompeni berpiagam yang memerintah negeri sabah. pada tahun 1883 (tiga tahun selepas chartered company me-nguasai sabah), gabenornya telah berusaha keras mendirikan sebuah sekolah agama islam di sandakan yang mengguna-kan bahasa melayu sebagai bahasa pengantarnya. namun sekolah itu tidak mendapat sambutan daripada kalangan ma-syarakat bumiputera islam di sandakan. mereka curiga atas niat gabenor yang beragama kristian. pada 9 ogos 1886, william pryer meneruskan usaha w.h. treacher, dia menubuhkan sebuah sekolah secara formal. se- 358</Page><Page Number="376">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah ramai sembilan orang pelajar menjadi murid di sekolah ini. cikgunya bernama encik yusof. namun sekolah ini terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian kerana tidak ada sambutan daripada kalangan masyarakat bumiputera. pada awal kurun ke-20, barulah bermula revolusi mental di kalangan masyarakat melayu. pada ketika itu manusia melayu sudah mula berinteraksi dengan masyarakat luar terutamanya dari eropah - inggeris dan belanda, dari timur tengah - arab, dari cina, dan india. bangsa-bangsa ini sudah mempunyai tamadun, mempunyai aksara, tahu menulis dan membaca. disebabkan masyarakat melayu dan bumiputera tidak mempunyai aksaranya sendiri mereka tidak tahu menu-lis dan membaca. ini menjadikan mentaliti mereka rendah daripada masyarakat pendatang. ini juga menjadikan mereka lemah dari segi ilmu ekonomi, perdagangan, ilmu pemasaran, perniagaan dan ilmu jual beli serta ilmu sosial yang lain dan ini menjadikan teraksi sosial mereka tidak semarak, terbatas, dan tidak berkembang. interaksi sosial mereka lebih banyak kepada masyarakat serumpun di nusantara/kepulauan me-layu. mujurlah sebaran agama islam semarak ke kepulauan melayu/nusantara sekitar kurun ke-15. sebaran ini mem-bawa bersama-sama aksara arab yang secara bijak diguna-kan oleh masyarakat melayu membentuk aksara jawi men-jadi aksara melayu bermodalkan aksara arab. aksara inilah digunakan untuk menulis buku melayu lama - hikayat dan syair, cerita-cerita rakyat, dongengan, mitos, legenda, dan pada pertengahan kurun ke-20, lahirlah buku novel, sajak, cerita-cerita pendek dan lain-lain penerbitan di sabah dan di kepulauan melayu. persuratan melayu pada era penjajahan kerajaan kompeni british datang atas nama mahu berniaga ke negeri sabah, mereka menggunakan nama syarikat kompeni berpiagam - perniagaan "chartered company". namun atas kebijaksa- 359</Page><Page Number="377">sastera kebangsaan: isu dan cabaran naan inggeris yang melihat kehidupan bumi putera sabah ke-tika itu rata-rata buta huruf, tidak dapat memandang jauh ke hadapan dan daya intelek mereka yang agak rendah, tidak cu-kup kuat berinteraksi dan bersaing dengan bangsa inggeris/ eropah menyebabkan mereka lemah, tidak dapat mentafsir di sebalik yang tersirat dalam perjanjian bersurat yang dibuat dan disediakan oleh inggeris. mereka menurunkan cap mohor mereka secara mudah dan berjanji menerima pakai perjanjian itu. inggeris yang bermuslihat lama-kelamaan mentafsir perjanjian sewa gadai itu menjadi sewa beli hingga akhirnya sabah menjadi jajahan kompeni berpiagam secara total. seorang lagi orang kuat kompeni berpiagam yang ber-nama william bryer membuka sekolah secara formal dengan sembilan orang murid dan seorang guru bernama encik yusof. sekolah ini menerima nasib yang sama, ditutup. keperluan tenaga pekerja daripada kalangan bumiputera sabah terutamanya pekerja-pekerja awam perkeranian, per-tanian, perhutanan, kerja raya amat mendesak. ini menye-babkan kompeni berpiagam mendirikan sekolah kompeni (kerajaan). gabenor e.w. birch mencadangkan penubuhan sekolah kompeni tersebut. pewujudan sekolah dan jabatan pendidikan sabah yang dipelopori oleh kerajaan kompeni berpiagam memulakan evolusi pendidikan di kalangan masyarakat bumiputera di sabah. perwujudan sekolah ini adalah didasarkan kepada perwujudan pekerja-pekerja yang celik huruf, tahu menulis, tahu membaca dan tahu mengira. sejak sabah diperintah oleh kerajaan kompeni iaitu dari tahun 1921 hingga tahun 1930, sebanyak 10 buah sekolah "vernacular" telah didirikan di sabah iaitu di kota belud, dan di papar (1921) , di keningau dan menumbok (1922), tuaran, mempagar, apin-apin. sekolah-sekolah kerajaan kompeni (vernacular) mendidik sekitar 377 orang murid. namun sebelum itu iaitu pada tahun 1915, sebuah seko-lah khas untuk anak-anak "orang kaya-kaya" (okk) telah didirikan di jesselton (kini kota kinabalu). mereka datang 360</Page><Page Number="378">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah dari kota belud, tawau, dan keningau. namun jumlahnya tidak seb erapa. semasa sabah mendekati periode perang dunia kedua pada tahun 1940, sudah terdapat 28 buah sekolah di sabah. jumlah muridnya cuma sekitar 1633 orang sahaja. jumlah ini relatif kecil jika dibanding dengan penduduk negeri sabah ketika itu. namun disebabkan penempatan penduduk ber-pecah-pecah di pulau-pulau dan di pedalaman ditambah pula oleh sikap negatif para ibu bapa yang enggan menyekolahkan anak mereka atas sebab-sebab tertentu, menyebabkan jum-lah murid-murid ini relatif kecil. kerajaan kompeni memilih bahasa melayu menjadi ba-hasa pengantar di sekolah-sekolah "vernacular" walaupun pelajar-pelajar daripada berbagai-bagai suku kaum bajau, dusun, murut, dan etnik yang lain. etnik-etnik ini tidak tahu berbahasa melayu pada mulanya tetapi sekolah telah men-dedahkan mereka kepada bahasa itu tambahan pula bahasa melayu adalah "lingua franca" di sabah ketika itu dan dijadi-kan bahasa kedua dalam pentadbiran dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan kompeni. bahan persuratan melayu pada era pemerintah penjajahan mahkota british selepas perang dunia kedua, sekitar 95% penduduk sabah adalah buta huruf kecuali orang islam yang berumur 40 tahun ke atas (tidak semua). mereka tahu membaca al-quran, mem-baca buku-buku bertulisan jawi dan menulis jawi dan sedikit-sedikit tahu, menulis dan membaca rumi terutamanya me-reka yang bersekolah dalam tahun 1915-1921-1940. begitu juga suku-suku bangsa bumiputera yang lain seperti dusun dan murut. buku-buku teks yang digunakan oleh sekolah-sekolah di-import dari malaya (maktab perguruan sultan idris, tanjung malim dengan ihsan jabatan pendidikan malaya). buku-buku seperti chanai bacaan (jawi), benih akal, kisah pelayaran abdullah, tangga bacaan, suloh bachaan, pelbagai cetera me- 361</Page><Page Number="379">sastera kebangsaan: isu dan cabaran layu dan cerita-cerita shakespeare yang diterjemahkan adalah buku-buku teks wajib di sekolah-sekolah kerajaan kompeni berpiagam dan kerajaan jajahan mahkota british. bahan bacaan tambahan yang lain terus dipakai oleh kerajaan mah-kota british selepas sabah diambil alih pemerintahannya oleh kerajaan penjajahan mahkota british selepas perang dunia kedua. bagi kanak-kanak islam yang bersekolah ketika itu, mem-baca buku-buku syair yang berunsur islam seperti syair nabi bercukur, syair nabi wafat, syair dandan setia, hikayat ali hanafiah, qisasul ambia, syair siti zubaidah dan berbagai-bagai lagi. buku-buku ini adalah bacaan tambahan kepada pelajar-pelajar islam yang minat membaca. dan inilah bahan persuratan melayu di sabah ketika itu. pada era penjajahan kompeni berpiagam dan pada era pemerintahan jajahan mahkota british, pelajar-pelajar bukan islam cekap dan mahir membaca dan menulis jawi. malah ada guru-guru bumiputera bukan islam mengajar tulisan jawi di sekolah-sekolah. trend pendidikan seperti ini berterusan hinggalah negeri sabah mencapai kemerdekaannya pada 16 september 1963. bahan bacaan tambahan lain seperti cerita sang lamri, cerita-cerita binatang (terjemahan daripada ba-hasa inggeris), cerita-cerita aesop, macbeth, orang-orang masyhur british dan lain-lain lagi digunakan. rasminya orang yang tidak mengenal huruf atau buta huruf tidak mempunyai gerak sosial yang dinamik. mentaliti mereka dan pemikiran mereka kekal pada tahap lama, begitu juga sosiobudaya mereka tidak berkembang, statik dan world view mereka tidak dapat menjangkau jauh dari persekitaran mereka. boleh dikatakan tamadun mereka tidak meningkat dan berkembang, minda fikir mereka terbatas, dunia sosial dan lingkungan serta persekitaran mereka tertutup. tidak ada dinamisme langsung. ini menjadikan tamadun mereka tidak berubah dan berkembang dan kekal statik. bumiputera yang direkrut menjadi polis pada tahun-tahun 1920-1950-an, kebanyakan mereka buta huruf, tidak tahu me-nulis dan membaca. mereka dipilih kerana fizikalnya, kerana 362</Page><Page Number="380">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah keturunannya, bangsa sukuan dan ketaatsetiaan keluarganya kepada kompeni. namun apabila rekrut-rekrut ini mula dilatih di kepayan, mereka diajar membaca, mengira dan menulis di pusat latihan polis di sana. dari sinilah mereka mempe-lajari tulisan, belajar mengira dan mula membaca dan menulis malah ada yang pandai berbahasa inggeris, sekurang-kurang-nya tahu membuat laporan harian tugasan kepolisian mereka. di sinilah juga bermulanya anjakan paradigma dan pembi-naan dan pengembangan minda fikir mereka. ini bermakna bahasa melayu dan persuratan yang mereka pelajari itu dapat merobah, membina dan mengembangkan tamadun mereka apalagi sesudah tahu membaca buku-buku dan bacaan tam-bahan yang mereka peroleh ketika itu. novel-novel, cerpen, puisi, makalah dan rencana sudah pun diterbitkan. cerita dongengan dan berbagai-bagai buku yang lain terutamanya buku-buku terjemahan, cerita-cerita orang ke-namaan dan tokoh-tokoh british telah membuka minda fikir bumiputera sabah terutama para pelajar yang sudah celik huruf dan mereka yang sudah tahu membaca. lingkungan dunia mereka juga berubah dan berkembang. begitu juga geografi mereka, pengetahuan sejarah mereka dan tentang nasib bangsa dan negara mula mereka renung dan fikirkan. penjajahan kompeni menyatupadukan bangsa bumi-putera sabah melalui bahasa melayu. penyatuan dibuat se-cara pentadbiran, persekolahan, komunikasi dan sosialisasi. ini menjadi kehidupan masyarakat semua bumiputera dan masyarakat cina menjadi tenteram, aman dan damai, memu-dahkan kerajaan kompeni mentadbir negeri ini tanpa banyak propaganda. bahan persuratan (melayu) pada era pemerintahan jepun pemerintahan jepun tidak membawa apa-apa bahan persu-ratan ke dalam persuratan melayu/bumiputera sabah. je-pun tidak dapat mengatur pentadbiran secara sistematik, teratur dan berkebudayaan. tumpuan pemerintahan jepun 363</Page><Page Number="381">sastera kebangsaan: isu dan cabaran hanya difokuskan kepada aspirasi pemerintahan fizikal yakni mendominasi pentadbiran dalam bentuk ketenteraan dalam usaha memenangi hati nurani rakyat secara menakut-nakut-kan. akan tetapi hal ini menjejas aspek kerohanian kerana kepentingan kebudayaan terabai. ia menyebabkan aspirasi penjepunan tidak kesampaian. pemerintahan jepun dibenci rakyat jajahannya kerana adanya unsur-unsur kekejaman dalam pelaksanaan pemerintahan kuku besi mereka. aspek persuratan jepun tidak ada yang tembus mempe-ngaruhi persuratan (melayu) bumiputera sabah disebabkan angkara bentuk penjajahan cara jepun ini. tidak terdapat satu pun aspek persuratan jepun dalam masyarakat bumiputera sabah. jepun tidak berkesempatan menyerapkannya apalagi pemerintahan jajahannya singkat saja — 3 1/2 tahun dari januari 1942 hingga julai 1945. persuratan (melayu) selepas perang bahan-bahan persuratan melayu selepas perang beransur-ansur berubah. masyarakat sabah mula tidak tertarik de-ngan bahan-bahan persuratan melayu dari bahan-bahan lama seperti hikayat, syair, gurindam, cerita-cerita dongeng, cerita-cerita hantu, cerita-cerita penglipur lara dan puisi-puisi tradisional serta cerita-cerita bangsawan kerana bahan-bahan yang bercorak dan berbentuk begitu tidak lagi menarik. sebagai ganti kepada bahan-bahan cerita tersebut dibacalah cerita-cerita atau cereka moden seperti cerita pendek, novel, sajak dan karya-karya kreatif dan nonkreatif. masyarakat ke-tika itu mula menukar selera. mereka lebih suka membaca novel-novel melayu, inggeris, dan majalah. si tukang cerita-nya pun berubah daripada si tukang cerita tradisional yang berubah-ubah kepada si tukang cerita baru seperti novelis, cerpenis, pemakalah, penulis rencana, penulis sandiwara, penulis drama dan sebagainya. buku-buku cerita novel, cer-pen, rencana diimport dari malaya, singapura dan juga dari indonesia. daripada cerita dongeng, khayalan, cerita rakyat, dan 364</Page><Page Number="382">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah penglipur lara mereka membaca cerita-cerita nyata, yang ada realitinya dan mempunyai perutusan yang bersifat nasio-nal sesuai dengan pejuang bangsa yang sudah memikirkan tentang kemerdekaan ketika itu. era ini berlanjutan hingga sabah mencapai kemerdekaan dan turut bersama menubuh-kan malaysia pada bulan september 1963. persuratan (melayu) selepas merdeka lanjutan daripada aspek-aspek di atas masyarakat bumi-putera sabah yang sudah "memelayukan" dirinya melupakan secara terus bahan-bahan persuratan (melayu) lama. mereka menggantikan bahan ini dengan bahan-bahan sastera melayu moden. ketika ini bahasa tidak jadi masalah lagi. keseluruhan masyarakat bumiputera sabah sudah terdidik dalam bahasa melayu hingga ke peringkat universiti. bahasa melayu sudah seperti menjadi bahasa utama mereka malah anak cucu me-reka ada yang sudah tidak tahu berbahasa ibunda mereka. mereka lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa malaysia walaupun leluhur dan bahasa nenek moyang mereka masih ada dan kekal digunakan cuma mereka tidak lagi fasih menu-turkan bahasa ibunda. mereka pilih bahasa melayu kerana dalam bahasa itu ada ilmu, sebarannya luas dan ia menjadi bahasa nasional negara. dari segi persuratan (melayu) suku-suku bangsa bumi-putera ini tidak berasa kehilangan apa-apa kerana bahan per-suratan mereka memang daripada bahan-bahan kesusastera-an lama yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa tuturannya. ini menjadikan mereka akur dan tidak berasa ada perubahan dalam tradisi persuratan mereka. pada tahun-tahun 1940-an, 1950-an dan 1960-an, nama pengarang-penga-rang melayu juga bertambah apabila hasil-hasil persuratan (melayu) bertambah. nama-nama seperti abdullah hussain, arena wati, shahnon ahmad dan ahmad lutfi muncul dan bekerja keras meneruskan kesinambungan tradisi persu-ratan (melayu) hingga ke era pertengahan abad ke-20 dan awal abad ke-21 iaitu masa kini. 365</Page><Page Number="383">sastera kebancsaan: 1su dan cabaran persuratan melayu pada era pemerintahan jajahan mahkota british persuratan (melayu) kekal seperti persuratan (melayu) pada awal era pemerintahan kerajaan kompeni berpiagam. bahan-bahan bacaan seperti buku, teks sekolahnya dan cerita-cerita-nya berkisar kepada bentuk yang sama. cuma kini cerita-cerita lisannya mula diakui. tradisi yang biasa ada dalam persuratan (melayu) seperti bentuk kesusasteraan lama dibawa terus ke era penjajahan mahkota british. tokok tambahnya hanya pada buku-buku novel. pada zaman awalnya buku-buku no-vel terbitan tahun 1920/1930-an dan pengarang-pengarang-nya terdiri daripada pengarang-pengarang yang sudah celik huruf, cerita/cereka mereka tidak lagi secara lisan tetapi su-dah dalam bentuk tulisan. tokoh-tokoh pengarangnya pun sudah bernama cuma ramai antara mereka memakai nama samaran. pada awal tahun-tahun 1950-an dan hingga ke awal tahun 1960-an (pramerdeka) buku-buku seperti chanai bacaan (jawi), pelbagai cerita melayu (rumi), benih akal, kisah pelayaran abdullah, tangga bacaan, hikayat merong maha-wangsa , hikayat malim deman, hikayat awang sulung merah muda, hikayat panji samerang (rumi), terus diguna pakai di sekolah-sekolah rendah kerajaan (srk). buku seperti ini sudah menjadi buku teks dan buku bacaan tambahan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu yakni dari sejak sekolah ren-dah "vernicular" (gps) hinggalah ke government primary school (gps). persuratan (melayu) selepas merdeka sabah merdeka pada 31 ogos 1963, selepas itu bersama-sama membentuk gagasan malaysia pada 16 september 1963. dasar negara berubah secara perlahan-lahan. evolusinya bergerak secara bertatih-tatih pada mulanya terutama dalam aspek mengimplementasikan bahasa melayu/malaysia. namun se-lepas 16 september 1973, gerakan pengimplementasian itu bergerak pantas dan drastik. bahasa melayu dijadikan bahasa 366</Page><Page Number="384">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah rasmi di sabah pada tarikh itu dan diguna pakai di sabah, di samping dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. gerakan ini menyebabkan semua buku teks inggeris diubah secara perlahan-lahan ke dalam bahasa melayu. begitu juga buku yang menjadi bahan bacaan tambahan. banyak novel moden terbitan malaysia dan indonesia dijadikan buku teks dan bahan bacaan tambahan di sekolah rendah, sekolah menengah dan di kolej-kolej perguruan. ini menyemarakkan penggunaan bahasa melayu di sekolah-sekolah dan di kolej-kolej. disebabkan begitu, bahan persuratan (melayu) bertam-bah banyak seperti novel, cerita pendek, sejarah, bahasa dan sejarah kesusasteraan serta menjadi penting dan menjadi kajian dan selidikan para mahasiswa, dan bacaan tambahan pelajar-pelajar. pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam menggunakan pelbagai buku novel untuk bacaan dan kajian mereka malah ada novel indonesia diguna pakai. ini bermakna lingkungan persuratan (melayu) bertambah dan meluas serta semarak. malah ada pengasingan antara sastera klasik dan sastera moden. masyarakat bumiputera sabah dengan sendirinya menyuburkan pertumbuhan dan perkem-bangan persuratan (melayu). masyarakat etnik ini sebaha-gian besarnya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi, pun bahasa persuratan mereka. pelajar-pelajar yang lulus sekolah menengah semakin ramai dan mereka masuk dalam perkhidmatan awam malay-sia menjadi kerani, guru, polis, pekerja hutan, pekerja per-tanian, pekerja laut, pekerja hospital dan dispensari, pentad-bir di pejabat-pejabat. sedar berbangsa dan sedar bernegara. kelulusan pendidikan mereka bertambah tinggi malah ada yang berkelulusan universiti selepas universiti kebangsaan malaysia (ukm) ditubuhkan. buku-buku, majalah, majalah berkala, novel, buku-buku terjemahan dari bahasa inggeris bertambah banyak di pasar-an sabah. penerbitan-penerbitan itu dibeli dan dibaca oleh masyarakat sabah. minda fikir mereka bertambah subur, jangkau minda fikir, world view mereka bertambah luas, ke- 367</Page><Page Number="385">sastera kebangsaanu isu dan cabaran sedaran berbangsa, berbudaya dan bernegara dan beragama bertambah luas, interaksi mereka dengan dunia dan masya-rakat antarabangsa semakin menyerlah. mereka tidak lagi berasa kekok, rendah diri dan jauh sekali hidup pada tahap primitif seperti pada tahun-tahun sebelum perang dunia ke-dua. pendek kata persekolahan, sedar huruf, sedar bangsa, sedar negara, sedar masyarakat dan sedar geografi serta sedar sejarah telah menjana pembinaan dan pengembangan tamadun masyarakat bumiputera di negeri sabah ini hasil pendidikan yang menggunakan bahasa pengantara bahasa melayu. persuratan (melayu) benar-benar telah mengubah nasib, pemikiran, mentaliti sosial, paradigma, tindakan dan aspirasi masyarakat sabah. dari bangsa yang agak primitif pada awal kurun ke-19 atau sebelumnya, melonjak menjadi masyarakat dan bangsa yang bertamadun (selepas merdeka) yang bermula pada era 1960-an. sesungguhnya persekolahan, persuratan (melayu), ke-sedaran berpolitik, berbudaya dan berpendidikan benar-benar telah merobah minda fikir mentaliti dan paradigma masya-rakat bumiputera negeri ini sehingga tamadun mereka turut berganjak, dan berkembang apalagi apabila mereka berinter-aksi dengan masyarakat serumpun mereka iaitu masyarakat melayu melalui pembentukan malaysia. kehidupan mereka semakin maju dan moden serta yang bergerak secara senyap dalam menyasarkan kesempurnaan bangsa dan negara. ini-lah hasil didik yang diperoleh oleh masyarakat bumiputera negeri ini yang pada mulanya disemarakkan oleh persuratan melalui pendidikan, tradisi lisan dan persuratan bertulisnya. pergerakan pembinaan dan pengembangan tamadun bangsa masih berterusan, oleh itu masyarakat bangsa ini harus meneruskan hakikat pergerakan ini dan bersama-sama membina tamadun bangsa bersama-sama bangsa malaysia yang lain. pergerakan ini sesuatu yang tidak ada henti dan batasnya. dalam jangka masa 50 tahun, perjuangan bangsa bumi-putera negeri sabah ini sudah banyak mengubah dan me-ningkatkan tamadun bumiputera sabah khasnya dan malay- 368</Page><Page Number="386">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah sia amnya hingga ke tahap sekarang ini (2005). bagaimana agaknya keadaan tamadun kita sekitar 100 tahun yang akan datang. bayangkan dan imaginasikan segala-galanya dan se-diakanlah generasi kita bagi menghadapi dan memasukinya serta memainkan peranan dalam gerakan penyemarakan bangsa dan negara kita. penutup sesungguhnya persuratan melayu melalui penggunaan ba-hasa melayu telah menyemarakkan dan mencemerlangkan serta menggemilangkan pencapaian matlamat dan aspirasi negara bangsa. sebelum bahasa melayu diterima pakai se-bagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan (sk) dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan (smk) serta di universiti, keadaan pelajar terumbang-ambing ketika itu. bahasa inggeris diutamakan dan sekolah inggeris digerak-aktifkan sedangkan pelajar-pelajar melayu ramai yang tidak lulus dalam peperiksaan yang menggunakan bahasa inggeris. peratusan orang melayu lulus amat merosot. dan pihak uni-versiti malaya ketika itu tidak mahu menerima pelajar-pelajar yang tidak fasih berbahasa inggeris. ini menjadikan maha-siswa di universiti malaya dipenuhi pelajar-pelajar bukan me-layu. kesannya lapangan pekerjaan di sektor awam dipenuhi oleh bukan melayu. mujurlah kesedaran cepat memenuhi minda pemikir-pemikir melayu dan bumiputera. mereka mendapati pelajar melayu juga berkemampuan mencapai kelulusan akademik yang baik dan tinggi masalahnya cuma pada penggunaan ba-hasa (inggeris). kerana bahasa inilah kelulusan masyarakat melayu merosot. oleh itu dalam satu kongres yang diadakan pada awal tahun 1970-an direvolusikan supaya bahasa pengan-tar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan menggunakan bahasa melayu. dan kelas tingkatan satu bermula dengan pengantar bahasa melayu di semua sekolah. hasilnya pada tahun 1974, ramai pelajar melayu lulus sijil tinggi persekolahan (stp) di seluruh malaysia. dan pada 369</Page><Page Number="387">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bulan julai tahun itu ribuan pelajar melayu yang lulus stp berbahasa pengantar melayu diterima masuk ke universiti kebangsaan malaysia (ukm). mereka dikuliahkan dalam ba-hasa melayu dan empat tahun kemudian mereka lulus, ada yang kepujian dan cemerlang sama seperti pelajar-pelajar ber-bahasa pengantar inggeris. beberapa tahun kemudian pelajar melayu berkelulusan ukm ini ramai. mereka diterima dan diiktiraf sebagai intelektual dalam pelbagai bidang ilmu malah ada yang berkelulusan doktor perubatan dan berkelayakan mengurus hospital-hospital dan kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan. sesungguhnya bahasa melayu telah berjaya membina dan membangunkan peradaban melayu dan bumiputera. hingga sekarang ratusan ribu pelajar yang sudah berkelulusan uni-versiti malah mereka sudah sampai ke tahap menganggur. walaupun mereka menganggur pada masa ini kerajaan ha-rus berbangga bahawa rakyatnya berkelulusan universiti su-dah cukup ramai. dan mahasiswa tidak harus berasa rendah diri kerana tiada pekerjaan. negara maju memang begitulah. namun yang manisnya minda fikir mereka yang berkelulusan universiti cukup aktif. mereka sentiasa berusaha dalam apa-apa saja lapangan asalkan mereka dapat meneruskan kelang-sungan kehidupan mereka. penggunaan bahasa melayu harus diteruskan dan di-semarakkan supaya pelajar kita dapat mengisi universiti-universiti di negara ini. pengguna bahasa inggeris haruslah juga disemarakkan sebagai bahasa antarabangsa. namun penggunaannya janganlah diagung-agungkan dan diutama-kan sangat sehingga kelihatannya bahasa kita terpinggir. kementerian pelajaran, kementerian pendidikan danjabatan-jabatan pendidikan perlu memikirkan apa-apa yang harus di-lakukan bagi menyemarakkan penggunaan bahasa melayu di samping bahasa inggeris itu. bibliografi aminah haji musally, aisah jaman, raisin saidin dan awang seman awang tahir. education in sabah, part 1. sektor pengurusan 370</Page><Page Number="388">persuratan melayu menjana tamadun bumiputera sabah akademik, jabatan pendidikan sabah. ismail abbas. "sastera membina integrasi budaya dan integrasi nasional di malaysia". ismail abbas, 2004. "persatuan, institusi keguruan, agensi ke-rajaan, media massa dan individu yang menyumbang di dalam pembinaan dan pengembangan kesusasteraan di sabah sepan-jang 50 tahun 1954-2004", 23-25 ogos 2004. jamdin buyong, 1993. "bahasa melayu membantu membina kera- jaan peradaban masyarakat sabah", 13-14 november 1993. k.y. mustapha, 2003. "peranan kerajaan negeri dalam pelaksanaan bahasa melayu di sabah", 5 jun 2003. kertas kerja dialog borneo-kalimantan viii, sandakan sabah, 2-5 julai 2005. 371</Page><Page Number="389">citrawirama tiang seri tegak berlima: siti muhsinat lambang rukun hidup ismail dahaman siti muhsinat yang mulia itu berhujan emas memohon restu hilang dahaga fakir di desa bertiang seri tegak berlima. siti muhsinat dipanggil puteri tabah semangat wajah berseri bawa hikayat seluruh negeri menegak lima si tiang seri. insan terkorban di sempadan siti menangis siti tersedan di kampung sini di rantau sana dodoikan adik tersenyum lena. 372</Page><Page Number="390">citrawirama lambang rukun hidup citrawirama tiang seri tegak berlima (tstb) merupakan sebuah lagi drama satira dan simbolis yang agung dalam idea dan bentuknya sebagai drama muzik yang dihasilkan oleh noordin hassan. tstb membawa kisah ramalan masa depan anak cucu keturunan seorang mualaf cina di kampung sukamenanti - kampung tempat berlakunya ramalan masa depan keturunan pak leman dalam bukan lalang ditiup angin (blda). pak ku, musafir cina tersebut, menceritakan ramalan tuk nujum tentang nasib anak cucunya seperti yang dialami oleh anak perempuannya, siti muhsinat, kepada pak leman. siti muh-sinat berkali-kali selaku bermimpi tanpa tidur, ternampak benda dan mendengar suara yang ganjil dan dahsyat: lemba-ga-lembaga hodoh membaham mayat, dan kemudian setelah siti muhsinat datang membawa lampu, lembaga-lembaga hodoh ditawan dengan belas-mesra oleh lembaga-lembaga yang bersembahyang. pak ngah menyifatkan mimpi itu sebagai wahyu dan me-minta siti muhsinat menyampaikannya kepada semua orang, terutama kepada ahli-ahli yang berpenyakit dan runcing di dalam! pak ngah mahu siti muhsinat mengikut jejak mek bongsu merah bernyala yang suatu ketika diambil saudagar lut dan tinggal di taman kencana", tetapi kemudiannya be-rasa sedih dan malu lantas keluar menjadi marhain pembawa wahyu. mimpi ini diceritakan oleh siti muhsinat dan pak ngah kepada beberapa orang kampung yang mereka ketemu dalam perjalanan ke rumah kenduri kahwin. kisah ini meng-gerunkan lelaki i dengan isterinya limah (seakan lelaki jua!), lelaki ii dan lelaki iii yang sentiasa bertelingkah dan tuduh-menuduh antara satu sama lain: dayus, penipu, penge-cut, sampah masyarakat dan pengkhianat. sesampainya mereka di rumah kenduri, peristiwa luar biasa berlaku dalam majlis bersanding: pengantin perem-puan dipersandingkan dengan sebilah kapak - lambang ke-luarga dan keturunan - mewakili mempelai. majlis menjadi sibuk apabila mak andam dan siti muhsinat cuba membela pengantin perempuan; tetapi mereka terpaksa mengalah apa- 373</Page><Page Number="391">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bila pemimpin kumpulan kapak menggunakan kuasa dan memaksa pengantin perempuan dan siti muhsinat meng-ikutnya ke rumah ketua mereka. semasa dihadapkan kepada si tua ketua kumpulan kapak, siti muhsinat sempat mempe-ngaruhi hidayat - anak ketua kumpulan kapak yang banyak memiliki tanah dan pengikut, tetapi berhaluan dengan tujuan dan cara hidup lain - menjadi sedar akan tanggungjawabnya, lantas memasuki askar. justeru itu, siti muhsinat dipenjarakan; tetapi dalam pen-jara siti muhsinat sempat dan berjaya menyeru dan menyatu-kan orang-orang tahanan. raja ridhwan serta kapten ali, leftenan lim thong weng, hidayat, dengan bantuan orang kampung, dapat mengalahkan dan menawan ketua kumpul-an kapak yang didapati menolong pengganas dan mendapat bantuan luar negeri. siti muhsinat dan orang tahanan di-bebaskan; dan askar-askar yang gugur dikebumikan dengan penuh penghormatan. rangka lakon pentas tstb disusun dan dirangkai demi-kian rupa - menggambarkan bahagian-bahagian kisah seperti "kepingan-kepingan" adegan dalam blda. sebagai lanjutan daripada blda, citrawirama ini dimulai dengan mukadimah "kintan" daripada blda dalam bentuk tablo. kemudian satu per satu diikuti kisah-kisah yang dapat dirangkum ke dalam tajuk-tajuk berikut: "siti muhsinat", "hasrat", "mek bongsu kembang saudagar", "persimpangan jalan", "wahyu", "kadi-yulhajat", "di kediaman ketua kumpulan kapak", "di mana raja ridhwan syah", "dalam tahanan", "bersatu", "pembe-basan" dan "restu". seluruh pentas digubah menjadi satu seting tetap tanpa tirai, dengan pemain-pemain muzik dan penyanyi-penyanyi koir disusun di atas pentas. pemain-pemain muzik, dengan abdul fatah abdul karim (biola) memimpin enam orang pe-main muzik lain (sani ibrahim - mandolin, aziz sutan - akor-dion, ali kutty mohamad - gitar utama, ahmad ismail - gitar irama, shahiran samad - gitar rentak, ramli buyong kahat - dram) , ditempatkan di penjuru kiri pentas. penyanyi-penyanyi koir seramai 39 orang (25 orang dari kumpulan koir perem- 374</Page><Page Number="392">citrawirama lambang rukun hidup puan maktab perguruan harian kuala lumpur dan 14 orang dari kumpulan koir lelaki maktab perguruan sultan idris (mpsi) dengan pakaian seragam aneka warna didudukkan dalam dua baris di belakang tengah pentas. seluruh pentas dihubungkan ke lantai dengan tiga anak tangga yang dihiasi awan larat hitam kuning. dekor dan alat pentas dibawa masuk menurut adegan dan ditinggalkan di pentas. di lantai dewan depan pentas tertegak tiga batang tiang seri emas: sebatang diukir dengan ayat-ayat al-quran, sebatang diselimutkan de-ngan bendera malaysia pada bahagian atas, dan sebatang lagi dihiasi dengan ukiran-ukiran bercorak melayu. tstb mengemukakan beberapa buah lagu baru yang dicipta khusus yang dinyanyikan sama ada oleh pelakon-pelakon atau koir. lagu mukadimah "kintan" (lagu "kemba-li" dari blda) nyanyian koir yang mengiringi tablo mengan-dungi kisah blda. lagu "siti muhsinat" nyanyian ramai melagukan kedatangan, kisah dan watak siti muhsinat yang "membawa hidayat seluruh negeri" dan "menegakkan lima si tiang seri". lagu "hamba" dendangan siti muhsinat sendiri (dengan diharmonikan oleh koir) menyeru manusia bersim-pati sesama manusia dan menegakkan tiang seri berlima. lagu "mek bongsu" alunan pak ngah dengan marwasnya dan lagu "mana meriam hendak dibakar?" nyanyian ramai meriwayat-kan perihal mek bongsu keluar meninggalkan kemewahan lantas menjadi "pemimpin" golongan rakyat. lagu "kadiyul-hajat" merupakan berbalas pantun "masuk pelamin" antara pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan yang ingin hendak melihat wajah mempelai. lagu "ke mana siti" nyanyian pak ngah menyatakan hasrat dan azam hendak membebaskan siti muhsinat yang ditawan. lagu "bersatu" yang dialunkan oleh siti muhsinat merupakan seruan kepada manusia-manusia lemah supaya bangun dan hidup bersatu dengan berpedomankan rukun yang lima dalam mencapai ke-adilan dan kebahagiaan bagi semua manusia. manakala lagu "restu" nyanyian ramai dan koir merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada perajurit-perajurit yang gugur ke-rana mempertahankan negara, bangsa dan agama. lagu tema 375</Page><Page Number="393">sastera kebangsaan: isu dan cabaran "tiang seri tegak berlima" nyanyian koir mempunyai per-lukisan, watak dan perutusan siti muhsinat sebagai penegak tiang seri berlima. tidak termasuk pemain-pemain muzik, penyanyi-penyanyi koir, pekerja-pekerja pentas dan bahagian penerbitan, tstb membariskan lebih daripada 180 orang pelakon wahyu, orang tahanan, perajurit-perajurit dan pembantu-pembantu kum-pulan kapak. para pelakon utama terdiri daripada dorothy pereira (siti muhsinat) , shamsuddinjaafar (pak ngah) , irwan gunda (pak leman), wong chee fook (pak ku), mohd. diah ilias (ketua kumpulan kapak), abdul rahim muhammad (lelaki i), razman long (lelaki ii), amir hamzah ibrahim (lelaki iii), haris abdullah (limah), hassan (hidayat), nadz-ri md. nor (raja ridhwan syah), zaleha abdul fatah (mek bongsu), yassin mahmud (pemimpin kumpulan kapak) dan sharifah (mak andam). ketika menulis dan mementaskan drama muziknya yang pertama blda (1970), noordin hassan mungkin tidak ber-maksud mahu memperkenalkan bentuk muzika seperti yang kita faham dengan konsep musical drama dari eropah atau amerika, kerana konsep ini rasanya terlalu awal hendak di-ketengahkan kepada peminat dan perkembangan drama me-layu di tanah air kita, sungguhpun kemudiannya muzika uda dan dara (1972) telah meletakkan asas yang menggalakkan. mungkin atas kesedaran inilah noordin hassan memilih isti-lah "citrawirama" sebagai ganti "muzika" atau musical, de-ngan hasrat membebaskan pemikiran penonton supaya tidak memandang, mengulas dan "me" — apa-apa saja pementasan berasaskan musical seperti yang difaham di negeri-negeri lain, terutama amerika. dengan "citrawirama" yang meng-gabungkan "cetera" dan "irama", noordin hassan sesungguh-nya telah berjaya mengetengahkan suatu konsep dan bentuk baru dalam dunia penulisan dan pementasan drama melayu. kejayaan ini sebenarnya timbul daripada tanggapan kita ba-hawa, baik tstb mahupun blda, kedua-duanya tidaklah harus diukur dengan memperbandingkannya dengan musi-cal drama dari barat. blda dan tstb mempunyai identiti, 376</Page><Page Number="394">citrawirama lambang rukun hidup nilai, bentuk dan ideanya tersendiri yang hanya baru dapat di-nilai semula apabila konsep dan tradisi muzika seperti dalam uda dan dara dipupuk dan diperkembangkan. sebenarnya, setahu saya, istilah "citrawirama" telah wujud semenjak tahun 1960-1962 lagi, tetapi ia dimaksudkan kepada "cerita yang ditarikan" atau "cerita dalam/dengan irama" yang sekarang terkenal dengan istilah "taridra". tidaklah salah malah dikira wajar sekiranya istilah "citrawirama" mahu terus digunakan bagi maksud khusus bentuk drama seperti blda dan tstb. tstb adalah sebuah percubaan elektis yang ber tema-kan falsafah rukun hidup dengan latar belakang keagamaan, kerakyatan dan kemasyarakatan. mengambil agama islam sebagai bahan olahan secara satira simbolis, tstb cuba mengemukakan beberapa nilaian falsafah yang harus men-jadi tunggul atau tiang tempat berpegang terutama oleh warganegara malaysia. nilaian falsafah pertama ialah bahawa sambil syariat palu-memalu, hakikat balas-membalas, se-seorang (manusia) hendaklah sedar tentang tanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan juga kepada zuriat dan warga dunia seluruhnya. falsafah kedua ialah bahawa di mana bumi dipijak maka di situlah langit dijunjung. falsafah ketiga ialah bahawa eksploitasi sesama manusia membuat indi-vidu yang tidak berkuasa dan tidak terkuasa mengsublimasi-kan dirinya dengan berbagai-bagai helah — walaupun meng-gunakan agama sebagai saluran atau "madat". hal ini dikira melemahkan bangsa dan negara; dan apabila ini berterusan, maka berlanjutanlah pula eksploitasi. justeru itu, sambil me-nasihati rakyat supaya hidup berprinsip, mereka yang jadi kuasa hendaklah atau haruslah tegas dan berani mencuba dengan ikhlas membasmikan eksploitasi sesama rakyat dan manusia; dan sebaliknya, simpati sesama manusia hendaklah disemai dan dibajai selalu. sejauh mana mesej nilai falsafah noordin hassan sampai dan berkesan kepada penonton adalah terletak kepada ke-sanggupan penerimaan dan pemahaman penonton sendiri. dalam hal ini, sama seperti blda, ternyata penonton dan peminat drama biasa tidak mudah dapat memahami seluruh 377</Page><Page Number="395">sastera kebangsaan: isu dan cabaran persembahan ini tanpa mengetahui dan mengerti setiap dia-log, lirik dan lambang yang digunakan. tepat sekali dengan tajuknya tstb, kita disogokkan oleh noordin yang mahu berkempen tentang rukun negara yang lima dan/atau ru-kun islam yang lima, tetapi semuanya dikemukakan dengan begitu halus dan simbolis sekali sehingga sama sekali tidak ketara sebagai propaganda "seni untuk negara" seperti mesej kebanyakan drama dalam siri potret pekerti! secara perbandingan, memang ternyata bahawa pembi-kinan skrip pentas tstb adalah lebih baik dan teliti daripada blda dalam banyak hal. selain daripada mengemukakan watak-watak yang lemah dan dilemahkan, yang menceroboh dan dicerobohkan, yang kecewa dan yang dikecewakan, serta yang penuh harap seperti dalam blda, tstb terang-terangan memasukkan watak siti muhsinat sebagai manusia serba sempurna yang dijadikan alat dan model untuk me-nyampai dan mencapai cita-cita penulis. watak siti muhsinat adalah watak dasar atau watak plot yang tanpanya seluruh tstb tidak bisa wujud. mengapakah seorang siti muhsinat ditugas membawa "wahyu" untuk menegakkan tiang seri berlima? sesungguh-nya, siti adalah siti, dan muhsinat pula. siti tidak lain dari-pada sebutan kepada wanita yang mulia atau perempuan yang tinggi mar tabatnya; dan muhsinat membawa pengertian perempuan yang baik pekerti dan hidupnya. seorang perem-puan yang baik budi pekerti dan mulia pasti boleh diharapkan untuk menjadi penasihat atau pemimpin. tetapi, mengapa seorang perempuan? tidakkah ada watak lelaki yang mulia dan baik serta tinggi martabatnya untuk tujuan ini? sebagai ajaran atau petunjuk yang diturunkan dengan perwujudan, "wahyu" seperti yang dibawa oleh siti muhsinat adalah ke-mujaradan yang tidak harus sama sekali dipaksakan kepada manusia. seruan supaya menerima ajaran/petunjuk atau se-barang ideologi dalam zaman ini harus dengan cara baik dan mulia seperti seorang perempuan. ajaran/petunjuk atau ideologi yang dibawa oleh siti muh-sinat tidak lain daripada rukun negara dan rukun islam yang 378</Page><Page Number="396">citrawirama lambang rukun hidup hendaknya dijadikan tonggak kehidupan rakyat malaysia yang adil, harmoni dan bahagia sepanjang zaman. pada pi-hak yang lain, melihat sesuatu dalam tstb sebagai lambang semata-mata, siti muhsinat adalah rukunegara dan rukun islam serta keadilan, keharmonian, kebahagiaan dan kemu-liaan. dengan kata-kata lain, siti muhsinat adalah lambang rukun hidup. watak-watak lain dalam tstb adalah watak manusia-manusia lemah yang mudah sekali dieksploitasikan oleh ma-nusia-manusia yang tahu menggunakan kuasa dengan apa cara jua. kelemahan dan kekurangan dalam diri watak-watak tersebut berpunca dari tidak adanya prinsip hidup yang te-gas yang berdasarkan kenegaraan dan keagamaan. mereka adalah orang yang lemah dan tertindas seperti orang tahanan yang mulutnya ditutup, walaupun suara mereka memper-juangkan segala yang benar dan baik. mereka adalah rakyat miskin yang tidak berdaya dan tidak berkuasa - marhaen, pengemis, nelayan, petani, buruh, pekerja golongan bawahan dan orang kampung yang tidak mengenal kuasa dan politik serta kurang pendidikan, tetapi sering menuntut keadilan, keharmonian dan kebahagiaan hidup. tetapi sebaliknya, mereka sering tidak insaf dan sedar akan keburukan dan kelemahan diri masing-masing; beriri hati, sengketa, tuduh-menuduh dan rendah budi. keburukan dan kelemahan diri anggota golongan rakyat ini memberikan kesempatan kepada orang yang tidak setia dan curang, seperti ketua kumpulan kapak, menegakkan kuasa penindasan dan kezaliman. untuk membasmikan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh segelintir manusia yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka, golongan rakyat hendaklah sedar akan tanggungjawab dan kembali bersatu di bawah rukun hidup yang berteraskan kenegaraan, kebangsaan dan terutamanya keagamaan. secara lebih terperinci, tstb cuba mengemukakan se-banyak mungkin kelemahan dan keburukan manusia dalam bentuk kritik diri secara sinis dan simbolis: manusia dengan agama dan kepercayaan, manusia dengan diri sendiri, dan ma- 379</Page><Page Number="397">sastera kebangsaan: isu dan cabaran nusia dengan kenegaraan dan kebangsaan. kelemahan dan keburukan tersebut terdapat di mana-mana dan pada semua orang: kecil-besar, tua-muda, miskin-kaya dan berkuasa-tidak berkuasa. sesungguhnya, ada kelemahan dan keburukan yang jelas dapat dirasa dan dipandang dengan pancaindera dan mata ke-pala semua manusia; sebaliknya lebih banyak lagi yang hanya tersimpan dalam hati nurani dan jiwa rohani diri sendiri. bagi pengikut-pengikut agama dan orang-orang beriman, setiap pemikiran/tindakan dan niat/amalan akan menerima pem-balasan yang setimpal di akhirat — buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. bagi orang yang tidak beragama atau penganut-penganut yang kurang keimanannya, seperti yang dikemukakan dalam tstb, pembalasan baik jahat di akhirat dianggap seolah-olah sudah bukan lagi rukun iman yang se-cara langsung menyempurnakan rukun hidup di dunia jua. yang nyata dalam diri mereka ialah masing-masing ber-usaha menutup atau menyembunyikan keburukan/kecacatan diri sendiri dan sebaliknya cuba mendedahkan keburukan/ kecacatan orang lain; tetapi, tanpa disedari, dengan berbuat demikian bererti membuka pekung di dada. akan tetapi, sekiranya secara tiba-tiba tuhan memutuskan bahawa baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat di dunia ini juga, bagaima-na? soal iman dan soal percubaan tak timbullah; dan kerana takut dan malu, semua manusia kelak menjadi baik. manusia dengan diri sendiri digambarkan oleh tstb dengan watak-watak yang tamakkan harta, kekayaan dan kuasa, dan watak-watak kecil yang berpecah-pecah dan ber ta-buran, kecuali siti muhsinat. terdapat pula watak-watak atau adegan-adegan yang melambangkan penindasan ke atas rak-yat dan kaum perempuan; watak-watak yang melambangkan kepentingan diri sendiri lebih daripada kepentingan orang ramai. demikian juga, watak-watak besar yang melambang-kan perjuangan bahawa menegakkan sesuatu ideologi itu lebih utama daripada sebarang peranan seseorang terhadap dirinya, negaranya atau agamanya. sebagaimana pentingnya kedudukan agama dalam rukun 380</Page><Page Number="398">citrawirama lambang rukun hidup negara, maka amat bijak sekali ia diambil menjadi tema dan persoalan dalam tstb. memanglah wajar noordin hassan menganggap keimananlah satu-satunya saluran yang benar sebagai landasan rukun hidup di dunia. hanya berlandas-kan keimanan yang kukuh barulah dapat didirikan tonggak-tonggak rukun hidup yang lain, yang dalam konteks masya-rakat dan negara malaysia, termaktub dalam rukun negara. penulisan skrip tstb amat baik. baik blda mahupun tstb, kedua-duanya mempunyai kekuatan seni dan nilai dra-ma yang tinggi mutunya. dialog-dialog ringkas, kemas dan bernas - suatu keistimewaan daya cipta noordin - yang mem-punyai pengertian-pengertian daripada fungsi-fungsi yang ti-dak membazir. akan tetapi, dialog inti bagi adegan wahyu yang diucap-kan oleh siti muhsinat dikira mengandungi ketaksaan makna dan mengelirukan: "kalaulah qadak dan qadar tidak selepas mati, bagaimana? kalaulah tuhan tiba-tiba memutuskan, baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat di dunia ini juga, bagai-mana? fikirkan!" apakah pengertian "qadak" dan "qadar" dalam dialog tersebut menepati konsep "qadak" dan "qadar" menurut islam amat disangsikan. ciptaan rangka lakon agak memuaskan; tetapi jalinan cerita menjadi kurang kemas kerana penonton susah hen-dak mencari/mengikuti perkembangan watak plot (terutama dalam adegan-adegan rakyat). adegan separuh mimpi wahyu yang menggambarkan pembalasan buruk ke atas "jasad" selepas mati dianggap amat meragukan, sungguhpun ia merupakan gambaran/lambang sesuatu konsep semata-mata. apakah dosa (kejahatan) yang akan menerima pembalasan seksaan kubur atau seksaan di akhirat itu dapat diramal atau digambarkan dengan beberapa manusia hodoh (syaitan?) memamah mayat? atau itulah salah satu daripada jutaan jenis seksa yang mungkin dialami oleh manusia-manusia lemah/ cacat seperti watak-watak dalam tstb? lakonan pelakon-pelakon penting pada keseluruhannya boleh dipuji, terutama dorothy pereira, abdul rahim mu-hammad, haris abdullah dan mohd. diah ilias. di samping 381</Page><Page Number="399">sastera kebangsaan: isu dan cabaran menunjukkan mutu lakonan yang baik sesuai dengan watak siti muhsinat, dorothy pereira mempunyai suara dramatis yang lantang, mempunyai bakat dan kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik (biola). shamsuddin jaafar (j. sham) memang seorang penyanyi popular, tetapi lakonannya amat sederhana sekali. haris abdullah dan abdul rahim muham-mad dikira menunjukkan lakonan watak yang terbaik. pelakon tambahan yang sungguhpun kecil peranan tetapi mempunyai bakat lakonan yang membanggakan dapat disebut nama zainuddin daud (wakil dait). pelakon-pelakon lain memer-lukan banyak latihan dan arahan, terutama dalam hubungan dengan adegan-adegan rakyat. sesuai dengan bentuk dan peranannya sebagai unsur teknik dalam persembahan berbentuk citrawirama, lagu-lagu dalam tstb dicipta, digubah dan dipersembahkan demikian rupa sehingga sebuah cerita satira simbolis ini kelihatan be-gitu menarik sekali. lagu-lagu tersebut mempunyai mutu dan unsur-unsur melayu tradisional dan daerah yang diadun dengan unsur-unsur moden dan teknik pentas. koir yang di-tempatkan di atas pentas seperti penyanyi-penyanyi makyung dikira sesuai dengan idea citrawirama ini. beberapa buah lagu memperlihatkan dengan jelas unsur-unsur dikir barat, makyung dan lagu-lagu daerah kelantan, misalnya lagu "mek bongsu". disejajarkan dengan tema, suasana, tempat dan peristiwa serta kostum yang realis, unsur-unsur tersebut me-mang sesuai dengan keseluruhan lirik dan dialog tstb. dari segi ciptaan dan gubahan, ternyata lagu-lagu dalam tstb lebih bermutu daripada lagu-lagu dalam blda. lagu epilog "ffintan" seharusnya hendaklah lagu tema blda atau "bukit senyum" dan bukan lagu "kembali". sama seperti dalam blda, di sana sini, dan sering berlaku, lagu dan lirik yang penting dinyanyi dan diharmonikan dengan bantuan koir. ke-cacatan yang nyata dalam semua nyanyian ialah bahawa lirik tidak jelas kedengaran kerana kekurangan alat teknik akus-tik. reka bentuk dekor tidak begitu kreatif dan tidak halus atau teliti — pilihan warna yang rata-rata begitu suram juga 382</Page><Page Number="400">citrawirama lambang rukun hidup tidak dapat menggambarkan idea yang betul menurut skrip. malah, yang lebih penting, gubahan seting juga tidak begitu kemas, sehingga menyebabkan lakon pentas tidak dapat di-susun sebaik-baiknya. arahan seni masih lemah dan tidak cukup kreatif, kecuali satu dua bahagian atau adegan: ade-gan wahyu dan mek bongsu kembang saudagar. kelemahan teknik lampu terletak kepada alat kelengkapan yang amat miskin yang dengan hanya beberapa lampu bukan spot, sama sekali tidak mencukupi bagi sebuah persembahan citrawirama sebegitu unik dan besar. mungkin, sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh, sebuah lampu spot urut dapat mem-bantu menghidupkan pusat jalinan plot. semua kelemahan arahan seni dan teknik adalah terletak pada kemiskinan dan kekurangan alat dan kemudahan pentas yang ternyata terlalu sempit dan tidak sesuai dengan sebuah terbitan yang begitu besar dan ramai pelakon. sungguhpun susunan keseluruhan seting dan adegan sederhana selesanya, namun kepujian harus diberikan kepada kemampuan menggunakan kemu-dahan minimum untuk mencapai hasil yang maksimum. tstb, karya dan arahan noordin hassan adalah lanjut-an daripada drama muzik blda, juga karya dan arahannya, yang dipentaskan pada tahun 1970. tstb dipersembahkan sebagai acara kemuncak perayaan tiga hari, 20-23 julai 1973, sempena sambutan jubli emas mpsi tanjung malim, yang dirasmikan oleh yab tun abdul razak. persembahan indah selama satu setengah jam di dewan abdul rahman talib mpsi yang penuh sesak turut disaksikan oleh yb tan sri syed nasir ismail, ketua pengarah pelajaran perak, tuan haji zainal abidin ali dan lepasan-lepasan mpsi dari seluruh malaysia yang khusus datang mengunjungi "ibu kandung", serta tokoh-tokoh dan peminat-peminat drama tanah air. terlepas daripada sebarang sentimen, kepujian harus di-berikan kepada noordin hassan yang bukan sahaja mampu mencipta skrip yang baik bahkan juga menerbit; mengarah dan menjadi penasihat kepada segala-gala yang berhubung dengan pementasan tstb yang hanya memakan belanja lebih kurang rm1500.00 sahaja! kita sangat berharap noordin akan 383</Page><Page Number="401">sastera kebangsaan: isu dan cabaran terus menyambung kegiatannya menulis dan menerbitkan citrawirama lain sebagai memperkukuh dan mempopularkan satu aliran seni drama yang baru dikemukakan dalam bidang kegiatan budaya kebangsaan kita. semoga tstb yang akan dipentaskan lagi secara besar-besaran di auditorium rtm wisma radio pada 21 dan 22 september 1973 ini mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. dewan sastera, september 1973. 384</Page><Page Number="402">isu-isu pemikiran sastera dekad 1980-an a4 jaafar abdul rahim dekad 80-an menyaksikan sekurang-kurangnya empat isu pemikiran sastera. isu per-tama ialah kemasukan teori baru sastera yang digelar teori pascastrukturalisme. isu kedua ialah hubungan politik de-ngan sastera. isu ketiga persoalan mogok seni dan isu ke-empat ialah fenomena ciplakan di kalangan sarjana sastera. perkembangan baru dalam kesusasteraan tanah air khususnya dalam bidang perkembangan teori dan kritikan sastera ialah kemasukan teori dan kritikan sastera baru dari barat yang ikut mempengaruhi kritikan sastera tanah air. untuk memudahkan pemahaman kita maka saya menge-mukakan pengelasan teori dan kritikan sastera barat dan 385</Page><Page Number="403">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kemudiannya menjelaskan teori dan kritikan yang dikerjakan dalam kritikan sastera tanah air. raman selden dalam bukunya a readers' guide to con-temporary literary theory mengelaskan teori-teori ini kepada formalisme rusia, teori marxis, teori strukturalis iaitu teori naratologi strukturalis yang didukung oleh propp, claude-levi strauss, greimas, todorov, gennette; teori metafora dan metonimi yang didukung oleh jakobson dan lodge; teori pui-tik strukturalis oleh jonathan culler; teori pascastrukturalis yang didukung oleh roland barthes, julia kristeva, jacques lacan, jacques derrida; teori deconstruction amerika di-dukung oleh paul de man, white, bloom, hartman dan miller. selanjutnya masuk juga teori berorientasikan pembaca yang diasaskan oleh hans robert jauss, stanley fish, michael fiffaterre, jonathan culler dan norman holland serta david bleich. demikian juga terdapat teori kritikan feminis yang didukung oleh tokoh-tokohnya seperti simmone de beauvior, kate millet, julia kristeva dan lain-lain. selanjutnya masuk juga teori semiotik seperti yang di-perkenalkan dalam beberapa buah buku semiotik termasuk a theory of semiotics oleh umberto eco dan the subjects of semiotics oleh kaja silverman. demikianlah teori barat mula "dikenali" dan "masuk" di sini bermaksud pengenalan dan pengajaran sebahagian be-sar teori ini di universiti kita khususnya yang memberikan penekanan kepada teori dan kritikan sastera. juga ada antara teori-teori ini dijabarkan dalam kritikan sastera seperti teori berorientasikan pembaca atau yang diistilahkan sebagai teori resepsi pembaca dan teori semiotik. antara pensyarah sas-tera yang mengerjakan, baik kritikan secara teori terhadap teori semiotik dan resepsi sastera ialah umar junus, supardy muradi dan sahlan mohd. saman. umar junus, misalnya menghasilkan buku resepsi sas-tera, supardy muradi menulis esei tentang semiotik, herme-nutics, teori berorientasikan pembacaan, dan deconstruction dalam majalah dewan sastera sepanjang 1984-1985. selanjut-nya sahlan mohd. saman menganalisis antologi cerpen an- 386</Page><Page Number="404">isu-1su pemikiran sastera dekad 1980-an tara dua kepercayaan dari sudut semiotik (dewan sastera, disember 1988). selanjutnya sarjana sastera yang memperkenalkan teori psikoanalisis, sigmund freud, dalam perkembangan teori dan kritikan sastera malaysia ialah hashim awang. teori dan kritikan psikoanalisis ini terdapat dalam bukunya kesusas-teraan melayu dalam kritikan dan sejarah. penerapan kri-tikan psikoanalisis terhadap teks tempatan dapat dikatakan berjaya terutama apabila dilihat daripada psikologi pengarang atau karyawan dan psikologi watak. pengajaran teori baru ini terutama di universiti sains malaysia (usm) adalah pada peringkat teori dan bukan pada peringkat penjabarannya. teori-teori ini sesuai pada pering-kat permulaan tetapi tidak sebagai kajian ilmiah selanjutnya. hal ini disebabkan teori-teori ini diajar secara tidak mendalam terutama sekali tentang penjabarannya sebagai kritikan teks. di sinilah timbulnya isu sastera terutama isu ilmu sas-tera. isu ini timbul kerana ada sarjana sastera tempatan yang berpendapat bahawa cukup sekadar teori-teori ini diajar pada peringkat teori sahaja. sarjana sastera lain mengatakan ba-hawa teori sahaja tidak cukup tanpa penjabarannya sekali gus. malah ada sarjana sastera mengatakan bahawa teori kri-tikan dari barat terutama teori kritikan pascastrukturalisme kurang bermanfaat. malah tidak kurang pula timbul masalah di kalangan penuntut yang major sastera di sesetengah uni-versiti tempatan untuk memahami apakah ia teori sastera pas-castrukturalisme? apakah sebab-sebab ini terjadi? apakah cara mengatasi masalah ini? inilah antara soalan yang menuntut penyelesai-an daripada para sarjana sastera khususnya yang mengajar teori baru di universiti-universiti tempatan. soalan lain ialah apakah teori ini sesuai diperkenalkan dan diajarkan di univer-siti tempatan sedangkan perkembangan pengkaryaan belum mencapai taraf yang sesuai untuk menerima kritikan pasca-strukturalisme? malah perkembangan pengkaryaan kita ma-sih sesuai dan utuh dilihat dari segi kritikan formalisme dan struktur, iaitu kritikan yang berkembang sebelum berkem- 387</Page><Page Number="405">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bangnya kritikan strukturalisme dan pascastrukturalisme (kritikan post-modern). demikian juga antara metode yang sesuai digunakan untuk melihat keutuhan dan kebulatan karya sastera khusus-nya daripada keseimbangan isi dengan bentuk masih berada dalam daerah kritikan struktur yang diperkenalkan oleh new criticism yang berkembang di amerika syarikat dalam tahun 1930-an hingga 1950-an. jadi mengkritik karya sastera dari berbagai-bagai pendekatan kritikan terutama kritikan pasca-strukturalisme tentulah akan menjahanamkan karya sastera kita kerana perkembangan karya sastera kita berbeza sekali dengan perkembangan sastera di barat dalam semua segi. apatah lagi kritikan sastera di barat berkembang atas dasar falsafah yang sekular, nihilistis, meaninglessness dan lowless-ness. perkembangan teori sastera, misalnya strukturalisme dan pascastrukturalisme yang asing sekali dengan perkembang-an sastera tanah air inilah antara isu sastera yang tumbuh di pusat pengajian tinggi kita yang sekali gus menjadi isu ilmu dan keilmuwan sastera. isu ini memang penting diketengahkan dan difikirkan apatah lagi memikirkan manfaat yang kita peroleh daripada pengajaran teori dan kritikan sastera di universiti kita walau-pun isu ini hanya menjadi isu ilmiah sastera. hal ini demikian kerana karya sastera yang dikritik harus lebih tinggi daripada tahap karya yang sedia ada, misalnya sebagai meminjam kata-kata rene wellek dan austin warren dalam bukunya theory of literature bahawa karya sastera yang bermutu ialah karya yang baik dan bermanfaat. akan tetapi teori-teori pascastrukturalisme tidak dapat memenuhi hasrat ini. jadi isunya, haruskah pengajaran teori pascastrukturalisme diajarkan. ternyata teori-teori ini tidak disenangi oleh ahli falsafah dari barat sendiri. misalnya ber-nard belfgaaum dalam bukunya filsafat abad 20 mengutuk strukturalisme dengan menyebut bahawa memang human-isme ditolak oleh kaum strukturalis kerana dipandang se-bagai kecenderungan palsu untuk menempatkan manusia 388</Page><Page Number="406">isu-ise pemik1ran sastera dekad 1980-an pada pusat masalah. memang, itulah akhir riwayat manusia, seperti yang dikatakan oleh michel foucault. demikianlah ada antara teori pascastrukturalisme ber-usaha melepaskan teks daripada pengarangnya. antaranya ia-lah teori deconstruction yang diperkenalkan oleh jacques der-rida dalam ceramahnya di john hopkins university, amerika syarikat dalam tahun 1966. teori deconstruction ini secara umumnya berkembang daripada falsafah derrida sendiri ba-hawa teks harus dibongkar, dan setelah dibongkar teks tidak ada makna apa-apa lagi. pemikiran derrida ini banyak dipengaruhi oleh pemi-kiran friedrich nietzsche, ahli falsafah jerman abad ke-19 yang menghasilkan buku antaranya beyond good and evil, the genealogy of morals, the birth of tragedy, ecce homo, untimely meditations, thus spoke zarathustra dan twilight of the idols/the anti-christ. pemikiran nietzsche bertolak daripada kehidupan manusia yang tidak ada makna apa-apa, nihilistis, lowlessness. nietzsche juga mengisytiharkan kema-tian tuhan. pemikiran seperti ini menjadi dasar pemikiran falsafah derrida dan pengikutnya paul de mann, yang melahirkan buku blindness &amp; insight essays in the rhetoric of contempo-rary criticism. pemikiran seperti ini memang tidak disenangi oleh setengah-setengah sarjana sastera tempatan. dalam pengajaran teori pascastrukturalisme terutama teori deconstruction kita haruslah berfikir secara kritis ter-hadap penjabarannya dalam situasi sastera tempatan. pema-haman kritis sarjana sastera dan penuntut sastera terhadap teori deconstruction ini akan menyekat mereka daripada di-pengaruhi oleh teori ini secara melulu. antara sarjana sastera tempatan yang mengatakan kita perlu kritis terhadap teori pascastrukturalisme terutama deconstruction, termasuklah md. salleh yaapar dan baharudin ahmad. pada md. salleh yaapar, deconstruction berusaha meruntuhkan keberkesanan komunikasi manusia dengan cara meruntuhkan autoriti dan membongkar teks sehingga kita tidak memperoleh apa-apa makna daripada teks. jadi kehidupan manusia tidak ada apa- 389</Page><Page Number="407">sastera kebangsaan: isu dan cabaran apa makna lagi dan tidak stabil. inilah pegangan nietzsche yang disenangi oleh derrida. kalau pemikiran ini terus di-garap dalam kritikan sastera kita, maka kita akan mengang-gap akhirnya teks sastera kita tidak bermakna apa-apa lagi. inilah yang dikatakan bahaya oleh md. salleh yaapar. selanjutnya baharudin ahmad dalam kertasnya "islam, sufisme dan sastera" menyebutkan bahawa kita harus mengimbangi teori-teori ini dari sudut pandangan islam. ba-harudin menggariskan tiga kemungkinan bagi keilmuwan is-lam menghadapi masalah (isu-penulis) tersebut: 1. menganggap kesemua teori dan kritikan itu sebagai sesuatu yang bersifat keilmuwan dan islam tidak me-nentang ilmu. jadi islam dapat menerima teori dan kritikan tersebut. 2. menolaknya sebagai bukan ilmu dengan satu hu-kuman atau fatwa bahawa ia bertentangan dengan islam. 3. menganalisis isi kandungan setiap satu daripadanya dan mengemukakan satu perbincangan ilmiah akan kelemahan teori tersebut secara terperinci. menurut baharudin ahmad lagi, dalam memikirkan soal ini kita harus kembali kepada isi falsafah barat itu sendiri dan melihat apakah yang diperbincangkan, sebelum kita membuat keputusan. demikianlah daripada penjelasan beliau, dapatlah disimpulkan bahawa beliau berkecenderungan memanfaat-kan keilmuwan islam sebagai alternatif pascastrukturalisme. malah dapatlah dianggap bahawa baharudin menjelaskan deconstruction merupakan taktik subversif derrida untuk meruntuhkan komunikasi manusia. namun demikian, sarjana sastera seperti umar junus ti-dak berpendapat demikian. pada umar junus, prinsip decon-struction ada di mana-mana. cumanya prinsip itu tidak diru-muskan secara formula ilmiah. menurut umar, deconstruction mempermainkan hubungan antara kata-kata. maka timbullah kepelbagaian makna, timbullah ambiguiti. apabila struktural- 390</Page><Page Number="408">isu-isu pemik1ran sastera dekad 1980-an isme percaya kepada kata mempunyai satu erti (monosem0 , deconstruction menolak hal ini atas alasan bahawa kata mem-punyai kepelbagaian makna. selanjutnya hari ini dapat dijelas-kan dengan mengatakan satu makna dapat memunculkan makna lain. dialog ini akan wujud pula tanpa hentinya kerana setiap dialog akan mewujudkan permasalahan lain pula. demikian pegangan umar junus tentang persoalan ke-pelbagaian makna, soal dialog dan permasalahan memang terdapat dalam tulisan-tulisan kajian sastera dan kritikannya. pada beliau, kehidupan kita sentiasa mempunyai masalah dan permasalahan yang menyebabkan manusia hidup. ternyata beliau memanfaatkan pemikiran tersebut daripada pemikir-an mikhai bakhtin. malah penulisan umar junus yang ber-metodekan problematik dan dialogik ini dimanfaatkannya dalam buku terbarunya fiksyen dan sejarah suatu dialog terbitan dewan bahasa dan pustaka, 1989. demikianlah ada pemikiran yang bertentangan antara sarjana sastera tentang permasalahan teori pascastrukturalisme terutama deconstruc-tion. satu pihak cukup kritis terhadapnya, pihak yang satu lagi semacam menyenanginya. ternyatalah hal ini merupakan isu pemikiran sarjana yang tentunya daripada latar belakang ke-susasteraan yang berbeza. malah isu ini dengan sendirinya menjadi isu pemikiran sastera yang berpusat di universiti. isu lain ialah pemikiran semula kepada teori psikologi iaitu teori psikoanalisis tajaan sigmund freud. teori dan kri-fikan ini cuba digunakan oleh hashim awang. sudah sampailah masanya kritikan psikoanalisis ini di-fikirkan semula penerapannya terhadap kritikan teks sastera kita kerana bagi freud, pengarang akan menghasilkan karya-nya apabila jiwa mereka tertekan. salah satu tekanan yang kuat ialah tekanan seks. jadi freud menyatakan pengarang mempunyai nafsu kebinatangan. untuk melepaskan nafsu kebinatangan, maka pengarang melahirkan teks. jadi teks adalah pancaran nafsu manusia. hal inilah yang perlu diperbetulkan. kita perlu mencari al-ternatif. salah satu alternatifnya ialah memanfaatkan kritikan psikologi yang berlandaskan islam. mohd. khalid haji taib, 391</Page><Page Number="409">sastera kebangsaan: isli dan cabaran berusaha memanfaatkan pemikiran teori personaliti islam ansari yang dipetik oleh g.m. karim, ahli psikologi sudan dan malik badri, yang melahirkan buku dilemma of muslim psychologists, sebagai alternatif kepada kritikan psikoanalisis ini. kesemua isu pemikiran ini dapatlah disimpulkan sebagai isu pemikiran sastera yang menuntut penyelesaian secepat mungkin, terutama dalam saat-saat kita memasuki dekad 1990-an ini. demikianlah isu pemikiran yang kedua berkait dengan persoalan politik dan sastera. persoalan ini tidak berkait dengan politik sastera atau sastera politik seperti yang di-mengerti oleh sesetengah kalangan. persoalannya tidak lain tidak bukan daripada hubungan politik dengan sastera, salah satu cabang yang dapat menjadi kajian ilmiah sastera. kedua-dua isu itu ialah isu media sastera dan politik dan isu campur tangan organisasi sastera dalam hal politik. untuk isu pertama, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa cerpen "maharaja beruk" yang disiarkan dalam dewan sas-tera, jun 1988 telah menimbulkan hangat di kalangan parti politik umno dan "semangat 46". cerpen karya yahaya ismail, sasterawan yang dikenal pasti menyokong "semangat 46" ini adalah satira yang kiasannya mengutuk pemerintah yang ada sekarang dan menimbulkan kemarahan di kalangan ahli parti umno, sebaliknya memanfaatkan ahli "semangat 46" yang tidak menyenangi pemerintah. malah "maharaja beruk" dijadikan bahan kempen untuk memburuk-buruk-kan pemerintah. khabarnya dewan sastera, jun 1988 laris di pasaran dan habis terjual. isu ini ikut menarik perhatian bukan sahaja bagi kalangan politik yang bertentangan, malah oleh "peminat" sastera yang tidak langsung meminati sastera sebelumnya. disebabkan sambutan kalangan politik terha-dap cerpennya, yahaya ismail menerbitkan novelet maharaja beruk dan beruk-beruk lainnya. kedua-dua penerbitan, dewan sastera, jun 1988 dan penerbitan novelet ini mempunyai signifikannya dalam me-mahami hubungan politik dengan sastera. signifikannya ia- 392</Page><Page Number="410">isii•isu pemikiran sastera dekad 1980-an lah kedua-duanya muncul setelah umno diharamkan pada 4 februari 1988. yahaya ismail sebagai sasterawan, berusaha melancarkan serangannya terhadap pemerintah melalui karya sastera. walaupun jika diteliti cerpen dan noveletnya, tidak ada apa-apa nilai seni yang dapat dimanfaatkan, namun melalui kedua-dua wahana ini, dia dapat menyampaikan sikap politiknya. dewan sastera sebagai milik pemerintah tidak sepatut-nya menyiarkan "cerpen" (kalau dapat dikatakan "cerpen") yang kiasannya menentang pemerintah, apatah lagi ditulis oleh yahaya ismail yang jelas sikapnya terhadap pemerintah. tetapi penyiaran "cerpen" ini sangat bermanfaat sebagai ka-jian politik semasa yang ada hubungannya dengan fenomena sastera dan kajian yang bermanfaat dalam disiplin bantu sas-tera khususnya yang melibatkan politik sebagai ideologi dan hubungannya dengan sastera. dengan demikian, isu sastera seperti ini dapat meng-gerakkan orang berfikir sejauh mana batas kesusasteraan yang dapat dihubungkan dengan politik sebagai ideologi pemerintah dan ideologi kenegaraan. tentunya usaha kerajaan untuk memastikan media sas-tera kerajaan tidak digunakan sebagai wahana propaganda untuk menentang pemerintah, memangnya usaha yang wa-jar. apatah lagi tarikh penyiaran "maharaja beruk" dengan novelet maharaja beruk dan beruk-beruk lainnya sangat dekat. demikianlah isu pertama diikuti dengan isu campur tangan organisasi sastera dalam hal-hal politik. isu pemikiran ini menarik perhatian umum sehingga persatuan penulis na-sional (pena) tiba-tiba muncul sebagai juara perpaduan me-layu. ini bertolak daripada usaha pena untuk mengadakan kongres perpaduan melayu (kpm) pada 12 hingga 13 no-vember 1988 di kelab sultan sulaiman, kuala lumpur. soalan-nya ketika itu wajarkah pena yang non-partisan melibatkan diri dalam hal politik partisan? usaha pena dengan mengadakan kpm adalah untuk me-nyatupadukan orang melayu yang didakwanya berpecah be- 393</Page><Page Number="411">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lah. yahaya ismail yang menjadi ketua satu pena mendapat mandat daripada jawatankuasa pena untuk mengadakan kpm yang akan mempertemukan datuk seri dr. mahathir dengan tengku razaleigh hamzah yang mewakili "semangat 46" demikianlah kalangan politik mempertikaikan kredibiliti pena untuk mengadakan kpm apatah lagi pendirian yahaya ismail terhadap kerajaan adalah jelas. hasilnya, timbullah kontroversi politik mengenai isu kpm ini. malah ada ahli jawatankuasa dan ahli pena sudah tidak sejiwa lagi dengan yahaya ismail. keadaan ini menimbulkan krisis dalam tubuh pena sen-diri. krisis ini berpunca daripada penyingkiran 21 orang ahli termasuk ketua dua pena, ahmad kamal abdullah, hana-piah sudin dan sutung umar rs kerana gagal membayar yuran ahli selama dua tahun. sementara 36 orang ahli mene-rima surat tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dipecat sebagai ahli kerana melanggar disiplin dan memburukkan imej pena. berikutan dengan pemecatan itu maka sutung umar rs berusaha mendapatkan tandatangan daripada ahli pena untuk membolehkan mesyuarat agung luar biasa untuk memberikan undi tidak percaya kepada kepimpinan yahaya ismail dan ahli jawantankuasa yang merestui kpm. kon-troversi ini berakhir dengan kegagalan pena untuk menga-dakan kpm atas nasihat pihak berwajib. jelaslah isu sastera seperti ini memperlihatkan dua hal iaitu pertama, badan penulis seperti pena harus dipertahan-kan kredibilitinya sebagai badan yang non-partisan dan kedua, jelaslah sebahagian besar daripada penulis kita terutamanya yang menjadi ahli pena sama ada menyebelahi kerajaan atau tidak, mahu pena mencampuri hal politik. selanjutnya, isu pemikiran yang ketiga ialah isu "mogok seni" yang dilancarkan oleh sasterawan negara a. samad said. isu ini merupakan isu pemikiran sastera yang cukup serius untuk difikirkan. hal ini demikian kerana sejak mogok seni dilancarkan iaitu pada 22 julai 1989, terdapat banyak 394</Page><Page Number="412">pemikiran sastera dekad 1980-an sekali esei/tulisan penulis tempatan yang tidak menyentuh persoalan pokok mogok seni. banyak tulisan yang menyebut masalah peribadi dan kewangan yang menyebabkan a. sa-mad said melancarkan mogok seni ini. maka untuk lebih jelas tentang isu mogok seni ini dipetik di sini tulisan a. samad said sendiri dalam diarinya bertarikh 22 julai 1989 yang menjelaskan terus terang seluruh aspek mogok seni. pemetikan ini diberi izin oleh a. samad said sendiri; tulisan samad: berfikir lagi tentang diri, sastera dan reaksi. terasa semakin pedih dan rasaku wajar satu tindakan seniman yang waras dan gila. aku perlu melancarkan mogok seni lima tahun — rasminya mulai 1990 sehingga 1995, tetapi sudah boleh dimulakan sekarang juga memandangkan perkembangan seni yang perit (sekitarku saja, mungkin). aku akan terus menulis tetapi untuk dibaiki dan di-simpan. hanya selepas 1996, (kalau masih ada umur) baru diterbitkan mana yang dikira perlu. setakat ini aku terpaksa belajar hidup dengan royalti daripada buku-buku yang lalu atau (yang diulang cetak). selama lima tahun ertinya tidak akan ada royalti daripada sebuah pun buku baru kecuali yang telah dihantar atau yang telah dijanjikan terlebih dahulu (buku-buku seperti balada hilang petadan adik datang). aku rasa azam dan tindakan ini bukanlah aku me-ngambilnya secara tergesa. sudah lama aku menimbang-kannya dan sudah sering aku bayang-bayangkan soal ini kepada beberapa telinga yang sewajarnya mendengar dan mengerti. dan kini aku rasa bayangan sudah tidak perlu lagi. aku perlu buktikan bahawa aku tidak pernah bermain-main dalam arena sastera apabila aku kata: aku ingin hidup semata-mata atas royalti buku sahaja. aku sudah bertindak secara penuh yakin pada 1987 dan kini 1989 dan aku dapati sebenarnya aku boleh hidup atas royalti buku. tapi entah mengapa di sana sini selalu sahaja terdapat insensitiviti terhadap cita-cita seorang seniman. aku harus mula banyak berfikir, dan merancang tentang kedudukan ekonomi harianku tetapi kerana aku tidak banyak bergerak belanja pun tidak akan besar. aku yakin boleh hidup sepan-jang masa mogok seni lima tahun ini. 395</Page><Page Number="413">sastera kebangsaan isu dan cabaran petikan di atas memperlihatkan dengan jelas persoal-an mogok seni ini. malangnya kebanyakan tulisan tentang mogok seni lebih melihat mogok seni sebagai isu peribadi daripada isu pemikiran sastera. sebenarnya kajian terhadap mogok seni harus dimulakan dari sudut sosiologi sastera, autobiografi dan psikologi pengarang. kajian dari ketiga-tiga sudut ini akan menyerlahkan world view pengarang seperti a. samad said. barangkali bertolak daripada kes a. samad said, orang boleh membuat tanggapan atau mengeluarkan hipotesis bahawa penulis tidak boleh hidup atas royalti penulisan. hipotesis ini perlu ada untuk sampai kepada kesimpulan, ka-lau tidak pun kepada teori yang mantap yang dapat diangkat dalam kajian sosiologi sastera. kajian dari sudut autobiografi penting untuk menentukan apakah world view a. samad said kini akan terpancar dalam karya-karya selepas mogok seni. selanjutnya kajian daripada psikologi pengarang akan menen-tukan apakah sebenarnya dorongan psikologi yang sedia ter-pancar dalam karyanya, juga yang mungkin terpancar pada masa depan. jadi, kajian dari ketiga-tiga sudut bermanfaat untuk mewujudkan hubungan sastera dan masyarakat. selanjutnya isu pemikiran sastera yang keempat ialah isu ciplakan. isu ini mengambil tempat dalam pelbagai me-dia tempatan. pada mulanya genre-genre sastera termasuk cerpen dan puisi dikatakan diciplak. tetapi akhirnya ciplakan menjalar ke dalam dunia kesarjanaan. surat layang yang diedarkan pada bulan mac 1989 men-dakwa supardy muradi, melakukan ciplakan ke atas karya terry eagleton, literary theory: an introduction. sebelum adanya surat layang ini terjadi kehebohan di kalangan sarjana sastera bahawa supardy muradi melakukan ciplakan, tetapi persoalan ini sepi begitu sahaja sehingga talib samat menulis dalam mingguan malaysia dan watan bertarikh 15 julai 1989 yang berusaha membuktikan supardy muradi melakukan ciplakan terhadap karya eagleton. persoalan ciplakan ini jika benar-benar terjadi memang-lah mengecewakan dunia keilmuwan dan dunia kesarjanaan 396</Page><Page Number="414">isu-ise pemikiran sastera dekad 1980-an kerana terjadinya pengambilan idea orang tanpa diberikan kredit kepada pengarang asalnya. ini memperlihatkan mas-alah mutu pemikiran di kalangan sarjana kita yang rata-rata-nya rendah. walau bagaimanapun, perbualan saya dengan profesor madya lim chee seng, di jabatan bahasa inggeris, universiti malaya, menuntut kita menentukan dengan jelas apa sebenar-nya ciplakan itu. lim chee seng menyebut ciplakan sebagai fenomena dalam pengkaryaan sastera. beliau mengemukakan sebuah teori yang dinamakan teori parodi yang disebut oleh linda hutcheon dalam bukunya a theory of parody (metheun &amp; co. ltd., 1985). secara umumnya teori parodi menyatakan bahawa karya seni boleh dilahirkan dalam bentuk yang lain daripada idea yang sama. misalnya pada halaman 49 buku tersebut dipaparkan dua buah lukisan yang seakan-akan sama daripada dua orang pelukis. lukisan pertama, oleh pe-lukis j.a.d. ingris, berjudul la grande odalisque, dan lukisan kedua oleh mela rames, plenti grand odalisque, 1973. selanjutnya pada halaman 66 buku tersebut tertera dua buah lukisan yang seakan-akan sama. lukisan pertama oleh edourd manet, l'execution de maximilien, 1967 yang meng-gambarkan skuad penembak sedang menghalakan senapang mereka ke arah mereka yang dihukum bunuh (?). lukisan kedua oleh pablo picasso, massacres en coree, 1950, meng-gambarkan skuad yang menghalakan pedangnya ke arah perempuan yang berbogel. saya kira pada linda hutcheon ini adalah parodi. akan tetapi muncul pula soalan lain. apakah lukisan pablo picasso menciplak yang pertama? soalan ini tidak akan mudah terjawab tanpa adanya suatu kajian yang benar-benar adil, benar dan saksama terhadap sarjana sastera yang dituduh menciplak apatah lagi dengan adanya teori parodi, tentulah kita akan lebih berhati-hati melemparkan tuduhan terhadap orang yang menciplak itu. walau bagaimanapun, jika benarlah fenomena ciplak ini wujud secara berleluasa, maka universiti-universiti kita harus lebih berhati-hati menangani setiap tulisan para sarjana di 397</Page><Page Number="415">sastera kebangsaan isu dan cabaran universiti kita. manuskrip pensyarah sastera sebelum diter-bitkan perlu dinilai secara halus dan terperinci. demikianlah fenomena ciplak ini jika berlaku seperti yang didedahkan oleh surat layang dan dalam tulisan talib samat yang dinyatakan tadi, fenomena ini akan mengurang-kan keyakinan penuntut sastera kepada pensyarah sastera tertentu, malah mungkin menyebabkan penuntut sastera mempertikaikan tentang ilmu-ilmu sastera itu sendiri. maka isu kesarjanaan sastera ini harus menjadi isu pe-mikiran sastera pada awal abad 1990-an. adanya isu sarjana sastera menuntut semua pihak memandang dunia kesarjana-an sastera dengan pandangan yang serius. dewan sastera, januari 1990. 398</Page><Page Number="416">sastera sarawak perlu perubahan? jaafar haji hamdan perkembangan sastera masa masa kini amat dipengaruhi oleh keadaan dunia yang berorien-tasikan teknologi maklumat. sastera perlu meletakkan dirinya dalam kelompok arus komunikasi yang didominasikan oleh teknologi maklumat. sekiranya sastera masih selesa bertun-jangkan pada akar dirinya maka sastera akan mengalami satu proses peralihan yang amat perlahan dan mungkin tidak lagi dipedulikan serta tertinggal mencari arah tujunya. aspek ini bukan sahaja perlu dilihat dari segi kegiatan sastera semata-mata bahkan juga dari segi penghasilan karya sastera. dalam konteks negeri sarawak, kegiatan sastera be-gitu terserlah akhir-akhir ini dengan kejayaan bengkel penu- 399</Page><Page Number="417">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lisan yang diadakan mampu melahirkan penulis muda yang cukup berbakat dalam pelbagai genre serta pelbagai kegiatan yang telah dijalankan secara menyeluruh dan terancang. bah-kan tahun 2002 juga menjadi sejarah yang cukup bermakna buat negeri sarawak apabila penulis sarawak memenangi hadiah sastera perdana. namun demikian, sastera sarawak memerlukan pem-binaan serta perancangan yang berterusan agar mampu me-ngiringi tuntutan semasa. kejayaan yang telah diperoleh hen-daklah dijadikan satu cabaran yang akan mengundang lebih daya fikir setiap warga sastera di sarawak untuk lebih berani ke depan dengan idea-idea baharu. ini bermaksud setiap karyawan sama ada yang sedia mapan atau karyawan muda perlu bersatu dan saling bantu-membantu menyusun atur satu usaha bersama memperkembangkan sastera di sarawak. justeru, sastera sarawak perlu melakukan perubahan, selaras dengan perkembangan semasa. perubahan ini juga perlu mengiringi hasrat kerajaan yang menginginkan sebuah negara yang masyarakatnya maju dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya dan se-terusnya sains dan teknologi. untuk mencapai aspirasi muluk ini, salah satu prasyaratnya ialah perlu mewujudkan budaya fikir di kalangan masyarakat. dalam sejarah tamadun bangsa-bangsa yang pernah men-capai zaman kegemilangan mereka, jelas terbukti mereka mengamalkan penghayatan budaya fikir yang tinggi. con-tohnya, tamadun yunani yang unggul kerana ketinggian daya intelek dan ketulenan pemikiran mereka yang mengagum-kan. nama-nama besar seperti aristotle, socrates, pluto dan phythagoras tetap harum sehingga ke hari ini. begitu juga dengan tamadun islam yang menghasilkan gagasan-gagasan ilmu yang asli dalam pelbagai bidang seper-ti agama, politik, sosial, undang-undang, perubatan dan sains. para pemikir besar islam seperti al-ghazali, al-kindi, al-farabi dan beberapa lagi nama besar telah memberi sinar yang amat berguna kepada dunia hari ini. mungkin agak keterlaluan sekiranya mengharapkan di 400</Page><Page Number="418">sastera sarawak perle perubahan? sarawak akan lahir pemikir besar khususnya dalam sas-tera seperti dato' a. samad said, tetapi tidak juga mustahil ia boleh berlaku. di sarawak, nama-nama seperti dr. adi badiozaman, awangku merali, jong chian lai, saiee dris, jais sahok, jeniri amir, awang azman awang pawi, hazami jahari, abang patdeli abang muhi (sekadar menyebut bebe-rapa nama) bukan lagi asing dalam dunia penulisan sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan. mereka mempunyai bukan sahaja kehebatan berkarya, berhujah dan menyuarakan pendapat bahkan juga berpotensi memikirkan rentak yang paling sesuai untuk menarikan sas-tera sarawak dalam arus kepesatan sains dan teknologi ini. hakikatnya, penulis baru/muda akan mencontohi penulis yang sedia mapan. sekiranya penulis sedia mapan masih ber-takuk di lingkaran yang biasa maka penulis baru/muda juga akan terkepung dalam lingkaran yang sama. ini penting bagi menyediakan golongan karyawan pelapis dengan irama yang sesuai agar tarian mereka tidak akan cang-gung sewaktu melahirkan karya yang tahapnya memenuhi kehendak semasa, kerana sastera sarawak juga menjanjikan satu persaingan yang cukup hebat dengan kemunculan penu-lis pertengahan dan baru yang mempunyai daya penulisan yang amat berpotensi menerobosi kehebatan penulis mapan yang sedia ada. nama-nama seperti abizai abi, jaya ramba, dahiri saini, rosani hiplee, abdul malek bedu, khatem ariffin, buang haji omar, radzemah bolhassan, sriwati labot (sekadar menye-but beberapa nama) begitu terserlah dan mula meletakkan diri serta mengisi ruangan sastera kebangsaan. karya-karya mereka menampakkan kematangan, menyerlah kewibawaan dan telah membina kejatian diri mereka dalam penulisan. tidak dinafikan kewujudan "wadah bahasa dan sastera" serta "yang indah itu bahasa" dan jugajendela sarawaktelah membuka horizon sastera sarawak dengan lebih luas, lebih menyeluruh dan lebih tersebar bagi masyarakat mengenali sastera sarawak. di samping menjadi taruhan bagi penulis sarawak mengembang bakat dan mengetengahkan diri dalam 401</Page><Page Number="419">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dunia penulisan sastera di sarawak. perubahan yang dituntut dalam konteks sastera sarawak perlu dilakukan kerana proses perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. ini bukan sahaja melibatkan proses pengubahsuaian bahkan juga proses pembinaan yang berte-rusan terhadap nilai sastera itu sendiri. perubahan juga perlu dilakukan bagi mewujudkan persaingan yang sihat di kalang-an karyawan agar persaingan itu nanti mampu melahirkan karya yang besar sifatnya. perlu diingatkan bahawa perubahan ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh individu penulis semata-mata bahkan juga oleh kumpulan dan khalayak sastera. sesebuah kum-pulan yang dibentuk khususnya dalam kelompok penggiat sastera perlu menyemai rasa tanggungjawab membantu se-sama mereka bagi mempertingkatkan paradigma pemikiran secara lebih telus dan terbuka. khalayak sastera juga perlu bijak memilih bacaan yang sesuai, bermanfaat dan berguna untuk dibaca, dirujuk dan dihayati. perubahan bukanlah sesuatu yang semula jadi. ia perlu dihadapi. ia tidak berlaku dengan sendiri. ia harus diterima dan dijadikan sebagai satu keperluan. perubahan tidak dapat ditentang. menyedari hakikat ini, perubahan terhadap sas-tera sarawak perlu ditangani oleh setiap karyawan sekiranya mahu melihat sastera sarawak berkembang dengan baik. tidak dinafikan sesuatu perubahan akan mengundang pelbagai tafsiran dan andaian. perubahan adalah relatif. ter-pulang kepada setiap individu karyawan, peminat dan kum-pulan sastera menentukan corak sasteranya, asalkan tidak terkeluar daripada norma-norma kesusasteraan yang menjadi santapan sahsiah dan minda masyarakat. ini bermakna setiap karyawan perlu menjadikan sesuatu perubahan itu sebagai asas membina nilai dirinya dalam penulisannya. seseorang karyawan perlu melakukan perubahan kogni-tif bagi membina daya fikir yang lebih terangsang untuk me-nerima pelbagai maklumat yang kemudiannya disaring untuk dijadikan ilham dan seterusnya bahan karya bagi tatapan khalayak sastera. kemudian seseorang karyawan perlu juga 402</Page><Page Number="420">sastera sarawak perlu perubahan? melakukan perubahan efektif dengan membina rangkaian kerjasama dengan karyawan lain bagi berbincang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea sama ada dalam konteks penghasilan karya ataupun menjalankan kegiatan sastera. yang paling penting seseorang karyawan perlu melaku-kan perubahan kognitif dengan mengambil kira ilham yang dicerna dan karya yang dihasilkan adalah untuk menjalan-kan tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk manusia bagi menyatakan sesuatu yang baik tetap baik dan sesuatu yang tidak baik perlu diperbetulkan. penekanan ini juga perlu disalurkan dalam hubungan sesama karyawan agar mencapai kata sepakat yang pasti mengeratkan ikatan kepenulisan se-sama mereka. sebagai seorang karyawan yang merupakan seorang pemikir, perlu percaya bahawa perubahan yang dilakukan adalah selaras dengan perkembangan semasa, yakin bahawa perubahan sebagai satu proses revolusi diri untuk lebih ke depan dari segi pemikiran serta mahir untuk bertindak atau mengambil langkah-langkah untuk berubah agar karya yang dilahirkan sesuai dengan kehendak masyarakat masa kini. kemahiran dan keyakinan untuk melakukan perubahan terhadap karya atau menjalankan sesuatu kegiatan sastera boleh dipelajari dari semasa ke semasa dengan menilai setiap yang dihasilkan, bahkan mampu dikongsikan bersama orang lain bagi menentukan kaedah dan pendekatan yang paling sesuai. sebagai contoh hasil karya yang dihasilkan perlu menitik-beratkan isu semasa yang dianggap remeh, tetapi diwarnai dengan nilai estetika yang tinggi, pasti akan menarik minat pembaca termasuk menggunakan istilah atau diksi yang segar (baru). apa pun, yang diharap daripada setiap perubah-an yang dilakukan mampu membawa perubahan persekitar-an sastera itu sendiri khususnya sastera di sarawak. mungkin masyarakat tidak lagi memperlecehkan sastera sekiranya perubahan yang dilakukan menampakkan tautan yang cukup erat dengan keciciran sosial masa kini. di sam-ping itu, perubahan yang dilakukan terhadap sastera akan 403</Page><Page Number="421">sastera kebangsaan: isu dan cabaran memberi nafas baru kepada sastera dengan bertambahnya khalayak sastera daripada mereka yang menguasai pelbagai bidang kemahiran lain. mungkin juga tanggapan awal ini mampu menjadi asas untuk dihayati dan direnungkan bersama demi memper-tingkatkan kesusasteraan sarawak dan dalam kesempatan lain, amat dituntut agar ada di kalangan mereka yang lebih berpengaruh dalam sastera sarawak untuk tampil bersama melihat dan mengutarakan idea bagi menangani perubahan sastera sarawak dengan lebih terperinci dan kajian yang rapi perlu dijalankan. abang haliman abang julai dan jaafar haji hamdan (ed.), 2004. getus fikir sastera sarawak 2000-2003. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 404</Page><Page Number="422">istana dalam perkembangan budaya nusantara .... jamilah haji ahmad apabila memperkatakan pe-ranan istana dalam perkembangan budaya di nusantara, kita pasti tidak dapat lari daripada memperkatakan kerajaan-keraja-an yang telah pernah wujud dan memerintah di kawasan berkenaan. dalam sistem pemerintahan feudal di nusantara, istana bukan sahaja merupakan pusat pemerintahan bahkan juga menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan ke-budayaan. telah terbukti bahawa sejak zaman kerajaan jawa purba hingga ke zaman kerajaan johor-riau, istana menjadi tempat bernaung para cerdik pandai dan pujangga. di situ berkembang hasil seni sastera dan budaya yang sering kali digolongkan oleh para sarjana sebagai tradisi agung (great 405</Page><Page Number="423">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tradition). "it was at the royal courts that the bards and the scribes could be maintained to write or adopt from foreign sources scholarly works on religion, compile the histories or se-jarah of ruling dynasties and copy works on islamic law, history and theology and the colourful romances featuring persian, in-dian and local dramatis personae and settings" (mohd. taib osman, 1984:17). dengan kegiatan itu, istana lalu menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan, agama dan pengaruh asing yang utama. ii pengaruh peradaban hindu mula berkembang di nusantara sejak lebih kurang abad pertama masihi. menurut catatan pelayaran i-tsing, seorang pendeta agama buddha dari negeri china, pada tahun 671 masihi beliau pernah singgah di sumatera dan mendapati telah wujud sebuah kerajaan di sana bernama sriwijaya. di situ telah ada sebuah pusat pe-ngajian agama buddha mahayana dan murid-muridnya ter-diri daripada berbagai-bagai bangsa. batu-batu bersurat di ta-lang tua dan kota kapur di sumatera yang bertarikh 686-7 masihi pula membuktikan bahawa ketika itu telah wujud tu-lisan dalam bahasa melayu kuno dan sanskrit, menggunakan huruf kawi. menurut para penyelidik, kira-kira pada tahun 1000 masihi, atas perintah raja darmawangsa telah disalin ringkasan mahabharata dengan menggunakan huruf yang sama. sebelum itu, pada 925 masihi, seorang pujangga ber-nama yogiswara telah menyalin ramayana ke dalam bahasa jawa kuno dan kini dikenali sebagai kakawi ramayana. pada zaman kerajaan jawa-hindu di kediri, singasari dan majapahit, keraton (istana) terus memainkan peranan sebagai pusat perkembangan sastera, budaya dan agama. pada zaman raja erlangga (1010-1042 masihi) seorang pe-ngarang bernama empu kanwa telah mengarang kakawin arjunawiwaha. kegiatan pujangga dan pengarang seperti ini berterusan sehingga beberapa abad kemudian. antara hasil karya yang penting ialah kakawin nagarakartagama yang 406</Page><Page Number="424">istana dalam perkembangan budaya nusantara dicipta oleh prapanca pada 1365 masihi, bertujuan memuja raja hayam wuruk, meriwayatkan salasilah keturunannya dan mengagungkan kebesaran majapahit. kemudian muncul pula karya-karya seperti babad pararatonyang merupakan riwayat raja singasari yang pertama dan kidung-kidung me-ngenai riwayat raja-raja majapahit. nyatalah bahawa para pujangga dipanggil oleh raja-raja ke keraton untuk men-catatkan segala sesuatu yang berlaku. mereka juga diperin-tah menulis mitos dinasti raja-raja berkenaan (abd. rahman kaeh, 1981:101). iii selepas kejatuhan kerajaan-kerajaan hindu di rantau ini, pada kira-kira akhir abad ke-13, muncul pula kerajaan-kera-jaan islam. mulai dari masa itu kebudayaan melayu yang berteraskan islam telah berkembang pesat bersama-sama jatuh bangunnya beberapa kerajaan berkenaan. dalam waktu beberapa abad itu telah muncul sejumlah tokoh intelektual dan pujangga melayu. sejarah perkembangan islam telah membawa kepada perkembangan peradaban melayu dalam berbagai-bagai bidang, "... kalau ditinjau dari sejarah kebu-dayaannya, yang jelas dan terang dalam konteks selepas 1400. islamlah yang mencetuskan semangat dan tradisi intelektual melayu di rantau nusantara ini" (abd. rahman kaeh dan mohd. yusof hashim, 1978:13). berhubungan dengan ini, raja-raja dan istanalah yang memainkan peranan sebagai penaung dan pelindung kepada cerdik pandai dan pujangga tersebut. jika pada zaman kerajaan pra-islam istana menjadi tempat bernaung cerdik pandai dan ahli agama, pada zaman pemerintahan islam mereka tetap mendapat perlindungan di tempat yang sama. mereka ini menjadi penasihat kerohanian yang penting kepada raja-raja. sejarah membuktikan bahawa pasai telah menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan melayu islam sejak abad ke-14. sejak itu pasai menjadi tempat tumpuan para ulama. sejarah melayu ada mencatatkan peristiwa raja melaka meng- 407</Page><Page Number="425">sastera kebangsaan: isu dan cabaran hantar kembali sebuah kitab tasawuf supaya dapat dibuat ulasan dan disalin ke dalam bahasa melayu dan merujukkan satu masalah ilmu kalam ke pasai. dipercayai, ketika itu hasil penulisan bercorak keagamaan telah berkembang pesat di pasai. sayangnya, tidak ada tinggalan hasil penulisan zaman itu yang dapat ditemui pada hari ini kecuali hikayat raja-raja pasai, sebuah karya sejarah yang tidak diketahui pengarang-nya dan tarikh penulisannya (ismail hamid, 1979:36). apabila kerajaan melayu mula berkembang, melaka pula menjadi tumpuan cerdik pandai, pujangga dan pengembang agama islam. raja-raja melaka sangat berminat kepada ilmu pengetahuan. pada zaman itu bilangan hasil kesusasteraan yang berkaitan dengan agama dan salinan hikayat-hikayat daripada kesusasteraan arab dan parsi makin bertambah. legenda-legenda wira islam mendapat tempat di hati raja-raja melaka. hikayat iskandar zulkarnain yang menghuraikan kod etika raja daripada pandangan islam umpamanya dijadi-kan contoh untuk diikut oleh raja-raja melaka. asal usul raja-raja melaka juga ditimba daripada legenda ini (mohd. taib osman, 1981:118). hikayat amir hamzah dan hikayat mu-hammad ali hanafiyah juga telah dikenal pada waktu itu. sejarah melayu ada menceritakan bagaimana minat raja-raja melayu melaka terhadap ilmu pengetahuan. sejarah melayu sendiri disusun oleh seorang keturunan bendahara melaka (tun seri lanang) yang telah turut bersama sultan berpindah ke johor apabila melaka diserang portugis. se-lain daripada itu, undang-undang melaka juga dihasilkan pada zaman kesultanan melaka. sejarah melayu ada me-nyebutkan sultan muzaffar syah yang memerintah melaka antara 1446-1456 masihi sebagai sultan yang memerintahkan supaya digubal sebuah kitab undang-undang (ismail hamid, 1987:222). undang-undang ini banyak mempengaruhi undang-undang negeri-negeri lain seperti undang-undang pahang dan undang-undang johor. selepas kejatuhan melaka ke tangan portugis, pedagang-pedagang, pujangga dan ulama islam berpindah mengikut sultan ke johor dan ke batam. kebangkitan kerajaan jo- 408</Page><Page Number="426">istana dalam perkembangan budaya nusantara hor ini berlaku serentak dengan perkembangan kebudayaan dan pengetahuan islam di aceh. oleh sebab, kerajaan johor ketika itu sentiasa berpindah tempat dan menghadapi pepe-rangan, peranannya dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan tidaklah menonjol. pada zaman itu, yang kita ketahui ialah tersusunnya sejarah melayu oleh tun seri la-nang. dalam karya itu tercatat pula bahawa bendahara seri maharaja tun isap misai (datuk tun seri lanang) telah me-ngarang "anak panah sedasa". hasil karya ini tidak pernah kita temui sehingga hari ini. menurut sesetengah penyelidik, oleh sebab karya ini dicipta pada zaman kerajaan melayu melaka telah jatuh, ada kemungkinan isinya bermaksud un-tuk mengukuhkan semangat dan memupuk keberanian orang melayu dalam usaha mempertahankan kehormatan bangsa dan raja-raja melayu. iv dalam pada itu aceh telah berkembang, menggantikan pe-ranan melaka dalam perkembangan ekonomi dan kebudayaan di rantau ini. banyak pengarang dan ulama besar berkumpul di aceh dalam zaman kegemilangannya itu. syeikh nuruddin al-raniri dalam bukunya bustan-al-salatin (1638 masihi) ada menyebutkan nama ulama-ulama yang termasyhur di aceh dalam kurun ke-16 dan 17. antaranya ialah abu'l khair ibn al-hajar, muhammad al-yaman, syeikh muhammad jailani dan muhammad azhari. ulama-ulama ini mendapat naungan istana dan menjadi guru atau penasihat kepada sultan. berhubung dengan kegemilangan kerajaan aceh ini kita tentu tidak melupakan empat tokoh agama dan sastera yang telah memberikan sumbangan yang berkesan dalam perkem-bangan ilmu pengetahuan islam dan kesusasteraan melayu. mereka ialah hamzah fansuri, syamsuddin al-samaterani, nuruddin al-raniri dan abdul rauf singkel. ahli tasawuf dan pengarang terkemuka hamzah fansuri hidup dalam zaman pemerintahan sultan alauddin riayat syah (1588-1604 masihi). hamzah telah menghasilkan kitab- 409</Page><Page Number="427">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kitab agama dan karya-karya sastera seperti syair perahu, syair burung pingai dan sebagainya. dalam zaman peme-rintahan sultan iskandar muda mahkota alam (1606-1636 masihi), kuasa kerajaan aceh tambah meluas. pada masa itu juga istana aceh telah menjadi pusat kebudayaan islam yang masyhur. syeikh syamsuddin al-samaterani ketika itu merupakan guru dan penasihat sultan. beliau juga dikatakan pernah memangku jawatan perdana menteri. banyak kitab karangannya yang telah dibakar selepas kemangkatan sultan iskandar muda mahkota alam kerana perbezaan fahaman dengan syeikh nuruddin al-raniri. syeikh nuruddin, ulama dan pujangga yang terkenal itu pula dinaungi oleh sultan iskandar thani (1636-1641 ma-sihi). kitab bustan al-salatin telah dikarangnya atas perin-tah baginda. beberapa kitabnya yang lain pula mengandungi perdebatannya menentang fahaman ilmu suluk hamzah fansuri dan syamsuddin al-samaterani. syeikh abdul rauf singkel juga merupakan tokoh tasawuf dan pengajar agama di aceh. kitab mirat al-tullab telah di-tulis oleh beliau atas perintah permaisuri tajul alam yang memerintah aceh antara 1641-1675 masihi. ketika itu (se-jak 1661 masihi), aceh telah menjadi tempat persinggahan jemaah haji indonesia (untuk belajar) sebelum meneruskan pelayaran ke tanah suci. ternyata bahawa aceh mencapai puncak kegemilangan-nya ketika di hawah pemerintahan sultan iskandar muda dan sultan iskandar thani. ketika itu telah lahir karya-karya sejarah dan tatanegara scperti hikayat aceh, hikayat malim dagang, taj al-salatindan beberapa karya undang-undang di samping kitab-kitab agama. v selepas 1636 masihi, aceh diperintah oleh empat orang raja perempuan. ketika itu kerajaan aceh mulai lemah. kerajaan johor-riau mula mengambil tempat aceh mulai sekitar 1650 masihi. raja-raja riau yang terkenal berminat kepada ilmu 410</Page><Page Number="428">istana dalam perkembangan budaya nusantara pengetahuan dan kesusasteraan melayu telah menjadikan pulau penyengat sebagai pusat pengajian islam dan kebu-dayaan melayu. dari kalangan istana dan pemerintah sendiri telah lahir tokoh-tokoh pengarang seperti raja ahmad dan anaknya raja ali haji yang terkenal itu. antara karya pen-ting yang lahir pada zaman ini ialah tuhfat al-nafis, silsilah melayu dan bugis, bustan al-katibin dan kitab pengetahuan bahasa (karangan raja ali haji), syair engku puteri, syair raksi dan syair perang johor (oleh raja ahmad), syair sul-tan abdul muluk (oleh raja salihah) dan hikayat negeri johor (oleh ydpm raja ali). kitab-kitab agama juga banyak diter-jemahkan di penyengat, antaranya kitab sabil al-hidayat war-risyad fi dzikr nubdhah min fad'ail al-kutb al-haddad dan kitab al-hakim. dalam kegemilangan perkembangan ilmu dan kebu-dayaan di penyengat ini juga telah ditubuhkan sebuah per-kumpulan intelek riau bernama rusydiah club di samping dua percetakan yang dinamakan matba'atul riauwiyyah dan matba'tul ahmadiah (abu hassan sham, 1978). di samping itu, penyengat juga didatangi para ulama dari luar negeri se-perti syeikh al-sagaf, kiyai berenjang, syeikh jibrati dan lain-lain (abu hassan sham, 1978). vi selepas 1719, apabila empayar johor mulai berpecah, muncul pula kerajaan-kerajaan melayu yang lain seperti terengganu, pahang, kelantan dan sebagainya (abd. rahman kaeh dan mohd. yusof hashim, 1978:2). tradisi istana sebagai penaung kepada para pujangga dan ulama tetap hidup dan berterusan di negeri-negeri itu. demikian juga dengan tradisi penulisan terutama karya-karya sejarah yang bertujuan meriwayatkan salasilah raja-raja dan mencatat peristiwa yang berlaku. misa melayu umpamanya telah dikarang oleh raja chulan atas perintah sultan iskandar zulkarnain, dan hikayat itu selesai ditulis pada 1908 masihi. hikayat merong mahawangsa pula merupakan karya sejarah negeri kedah yang dikatakan telah 411</Page><Page Number="429">sastera kebangsaan: isc dan cabaran ditulis daripada sastera lisan pada abad ke-18 atau ke-19 ma-sihi. hikayat ini juga memperlihatkan bukti bahawa istana memainkan peranan dalam penulisannya. di dalamnya ter-catat bahawa hikayat ini ditulis atas perintah sultan muazzam syah ibn sultan musalfal syah. hikayat pahang pula memuatkan kisah dan peristiwa yang berlaku di pahang antara 1832-1932 masihi, sewaktu pemerintahan bendahara ali, bendahara tun mutakhir dan bendahara tun ahmad (sultan ahmad al-muazzam syah) (kalthum jeran (ed.), 1986:ii). pengarang hikayat ini tidak diketahui, tetapi berdasarkan isi hikayat, dapat diagak bahawa pengarang sangat rapat dengan istana atau ada ke-mungkinan daripada kerabat diraja sendiri. segala peristiwa sama ada peperangan mesyuarat dan perundingan, adat isti-adat, perkahwinan, keputeraan, berkhatan, kemangkatan dan sebagainya yang berlaku di istana dan di negeri pahang ditulisnya dengan jelas. pengarang telah bersikap sebagai pemerhati dalam penceritaannya. hanya sekali dua beliau "memperlihatkan" dirinya: "inilah hamba maklumkan di dalam hikayat cetera yang kedua puluh tiga ini; fasal raja pahang yang sudah hamba lihat. tiadalah berjumpa seperti raja ini, berani dan tawakal, bijaksana, pandai mengikatkan peperangan, mengambil hati sekalipun hulubalang dan lemak manis tutur katanya...." (kalthum jeran (ed.) , 1986:44) "maka tiadalah hamba panjangkan kisah pekerjaan yang termaklum itu." (kalthum jeran (ed.) , 1986:50) sejarah negeri kelantan pula terkandung dalam hikayat seri kelantan. secara umum, hikayat ini terbahagi kepada dua bahagian. bahagian per tama meliputi kisah sejarah se-belum pemerintahan sultan mahmud i dan bahagian kedua mengandungi kisah-kisah selepas itu. bahagian kedua ini lebih lengkap — menceritakan kisah raja-raja kelantan, peris- 412</Page><Page Number="430">istana dalam perkembangan budaya nusantara tiwa-peristiwa dalam negeri, hubungan dengan negeri-negeri luar (siam dan terengganu) dan adat istiadat (mohd. taib osman, 1963:14). vii tinjauan ringkas mengenai peranan istana dalam perkembang-an budaya di nusantara ini ternyata memperlihatkan bahawa tradisi memberikan naungan kepada pujangga, pengarang dan para ulama oleh raja-raja memainkan peranan yang pen-ting. tradisi yang bermula pada zaman kerajaan hindu itu se-makin memberikan kesan apabila islam datang ke rantau ini. bermula dengan karya-karya sejarah yang bertujuan meri-wayatkan salasilah raja yang memerintah dan mengagungkan kerajaannya, istana kemudiannya menjadi pusat perkembang-an ilmu pengetahuan dan budaya melalui karya-karya yang meliputi berbagai-bagai bidang keilmuan dan kebudayaan. istana bukan sahaja telah menggalakkan penghasilan karya oleh para pujangga dan cerdik pandai yang dinaungi, bahkan turut juga menghasilkan pujangga yang terdiri daripada kera-bat diraja itu sendiri. perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan ini pula kemudiannya tersebar luas kepada ma-syarakat ramai di luar istana melalui berbagai-bagai institusi yang didirikan. bibliografi a. bakar hamid (ed.), 1976. diskusi sastera jil.•sastera tradisi. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. a. samad ahmad, 1966. sejarah kesusasteraan melayu i. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. abd. rahman kaeh dan mohd. yosoff hashim, 1978. "tradisi intelek-tual melayu 1400-1800 tm: suatu tinjauan sejarah". kertas kerja dalam seminar intelektual dan perjuangan kebangsaan melayu. universiti malaya, 18 november 1978. abu hassan sham. "pulau penyengat sebagai pusat intelektual me-layu" dlm. berita minggu, 23 julai 1978. ismail hamid. "pusat-pusat kebudayaan melayu di nusantara" dlm. dewan budaya 1:9, hlm. 35-37, september 1979. 413</Page><Page Number="431">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran ismail hamid, 1987. perkembangan kesusasteraan melayu lama. petaling jaya: longman malaysia sdn. bhd. ismail hussein. "hikayat negeri johor" dlm. dewan bahasa 7:8, hlm. 341-51, ogos 1963. jamilah haji ahmad (ed.), 1981. kumpulan esei sastera melayu lama. kuala i,umpur: dewan bahasa dan pustaka. jamilah haji ahmad. "suatu catatan tentang karya-karya dari penye- ngat" dlm. dewan sastera 13:12, hlm. 48-50, disember 1983. kalthum jeran (ed.), 1986. hikayat pahang. petaling jaya: penerbit fajar bakti. liaw yock fang, 1975. sejarah kesusasteraan melayu klasik. singa-pura: pustaka nasional. mohd. khalid saidin. "naskhah-naskhah lama mengenai sejarah negeri johor" dlm. dewan bahasa 15:8, hlm. 339-50, ogos 1971. mohd. taib osman. "hikayat seri kelantan" dlm. bahasa 3.1, hlm. 2-17,1963. mohd. taib osman, 1984. bunga rampai: aspects of malay culture. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. siti hawa haji saleh (ed.), 1987. cendekia kesusasteraan melayu tradisional. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. t. iskandar. "nuruddin al-raniri pengarang abad ke-17" dlm. de- wan bahasa 8:10, hlm. 436-41, oktober 1964. t. iskandar. tun seri lanang pengarang sejarah melayu" dlm. de-wan bahasa 8:11, hlm. 484-92, november 1964. t. iskandar. "raja ali haji tokoh dari pusat kebudayaan johor-riau" dlm. dewan bahasa 8:12, hlm. 533-40, disember 1964. hamzah hamdani (peny.), 1988. pemikiran sastera nusantara. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 414</Page><Page Number="432">ketandusan akhbar melayu di sarawak: salah siapa? jaraiee sawal akhbar dan bidang penulisan bidang penulisan di negeri sarawak sering dianggap tidak bermaya dan tidak bersema-ngat. kalaupun ada kegiatan penulisan dijalankan, yang seme-mangnya ada dan sekali-sekala, nyata sekali mutu karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan belum dianggap se-tinggi yang diharapkan. barangkali kurangnya bilangan karya serta kurangnya mutu karya menyebabkan kegiatan tersebut kurang mendapat perhatian, walaupun kegiatan seperti ini sudah bermula sejak begitu lama. contoh yang paling mudah 415</Page><Page Number="433">sastera kebangsaan: isc dan cabaran dapat dilihat daripada kajian dewan bahasa dan pustaka me-ngenai akhbar dan majalah melayu dari tahun 1876 sehingga 1968. kajian yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1974, persuratkhabaran melayu 1876-1968, tidak me-nyebut tentang wujudnya akhbar atau majalah melayu di sarawak. hanya pada cetakan kedua buku tersebut barulah disebut tentang wujudnya dua buah akhbar melayu di negeri ini. inilah satu tanggapan sepintas lalu tentang kegiatan penu-lisan di sarawak. tanggapan seperti ini ada benar dan ada tidaknya. walau bagaimanapun, kita harus mengakui hakikat bahawa perkembangan bidang penulisan di sarawak kurang subur walaupun tradisinya sudah lama. tradisi ini terputus-putus dan tidak kekal sepanjang zaman, dan dengan demikian mewujudkan jurang yang besar di antara sejarah kegemilang-an yang ada dengan perkembangan masa kini. sejarah dan matlamat tahun 1930, tersebut dalam sejarah persuratkhabaran sarawak sebagai tahun yang melihat wujudnya akhbar fajar sarawak (fs). fajar sarawakyang terbit dalam tulisan jawi dipercayai sebagai akhbar melayu yang pertama di negeri ini dan mung-kin juga di borneo. akhbar ini diusahakan oleh sekumpulan lima orang yang diketuai oleh muhammad rakawi yusuf. yang lain-lain ialah mohammad johari anang, haji abdul rahman kassim, mohd. daud abdul ghani dan mohd. awi anang (r.h.w. reece, 1981:9). walaupun fs hidup dalam suatu tem-poh yang singkat, iaitu ia terbit dua kali sebulan dari bulan februari 1930 hingga jun 1930, ia telah memulakan era baru dalam perkembangan penulisan di sarawak. wujudnya fs adalah seiring dengan perkembangan persuratkhabaran di tanah melayu ketika itu. ini dapat dilihat kalau diteliti sejarah terbitnya akhbar-akhbar melayu yang dimulakan oleh jawi peranakan (1876) di singapura. kemudian timbul beberapa akhbar lain seperti al-imam (1906), lembaga melayu (1914), utusan melayu (1907 — terbitan free press singapura),warta 416</Page><Page Number="434">ketandusan akhbar melayu di sarawak malaya (1930), al-ikhwan (1926 - pulau pinang) dan saudara (1928 - pulau pinang) (ahmad saleh, 1962:164-65). ter-bitnya fs seiring dengan beberapa buah akhbar ini adalah manifestasi suatu hasrat beberapa orang melayu negeri ini yang ingin melihat bangsanya bergerak maju seiring dengan bangsa-bangsa lain. kemunculannya memperlihatkan adanya golongan inteligensia melayu yang berpelajaran formal, ber-pengetahuan dan yang menyedari betapa pentingnya kema-juan dan perubahan bagi masyarakat melayu di sarawak. hal ini dapat dibuktikan melalui tulisan-tulisan yang menyen-tuh kelemahan serta kedudukan sosial dan ekonomi orang melayu, dan saranan-saranan yang dibuatnya. selain itu, fs dikatakan diterbitkan demi kepentingan agama dan politik. 1  pengasasnya berharap melalui pengetahuan agama, masyara-kat melayu akan menyedari kedudukan mereka. mereka juga mengutamakan usaha membangkitkan semangat masyarakat islam sebagai satu golongan dan bukan daripada berbagai-bagai suku kaum. walau bagaimanapun, usaha murni ini tidak dapat dianggap berjaya kerana hakikat akhbar ini sen-diri yang keluar 10 kali sahaja. penutupannya dalam bulan jun 1930 disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat diatasi oleh pengasas-pengasasnya. antaranya mungkin ke-rana keadaan ekonomi yang tidak baik, tekanan daripada pe-mimpin-pemimpin melayu tempatan dan kurangnya sambut-an daripada masyarakat. selepas fs diberhentikan penerbitannya, tidak terdapat sebuah akhbar melayu pun untuk hampir dua dekad. hanya pada tahun 1948 barulah muncul sebuah akhbar, iaitu utusan asas. walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu yang boleh menimbulkan rasa curiga pihak pemerintah, akhbar ini ditukar namanya kepada utusan sarawak (us) dalam ta-hun 1949 (mohd. setar mohd. rani, 1984:65). dengan cogan kata "oleh rakyat untuk rakyat", us mula diterbitkan pada 16 januari 1949 sebagai akhbar tengah bulanan (dua kali se-bulan). penerbitnya ialah abang ikhwan zainie bagi pihak ariff press company. harganya pula ialah 10 sen senaskhah (us, 1949:1) . selain ber tindak seb agai penerbit, abang ikhwan 417</Page><Page Number="435">sastera kebangsaan: isu dan cabaran zainie secara langsung mengetuai akhbar ini. sebagaimana akhbar-akhbar lain, wujudnya us adalah untuk memenuhi matlamat tertentu. antaranya dikatakan bahawa akhbar ini adalah sebuah akhbar yang bebas, diterbitkan untuk memberi keadilan dan kebenaran, dan menentang segala kezaliman dan pergerakan yang melampau bertentangan dengan undang-undang. sebagai sebuah akhbar yang bebas ia tidak terikat kepada mana-mana parti dan pergerakan (us, 1949:2). walau-pun dikatakan bebas, tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh mana-mana pergerakan, namun harus diingat bahawa negeri sarawak dan orang melayu khasnya pada ketika itu sedang melalui zaman yang genting. zaman selepas perang dunia kedua adalah zaman pergolakan politik yang hebat. rakyat sarawak dan orang melayu khasnya terbahagi ke-pada dua golongan — satu golongan menyokong penyerahan sarawak kepada kerajaan kolonial inggeris dan satu lagi anti penyerahan. seiring dengan keadaan ini us muncul memain-kan peranan memperjuangkan hak-hak orang melayu yang tidak lagi mendapat perhatian kerajaan inggeris yang meng-ambil alih daripada keluarga brooke. us memainkan peranan menyuarakan pendapat dan sikap mereka dalam hal ehwal semasa sama ada yang berupa soal politik, sosioekonomi dan lain-lain. hal ini terbukti terutama daripada tulisan-tulisan awal dalam us. mohd. setar mohd. rani dalam satu kajian beliau mengenai akhbar ini berpendapat: hasil berita dan tulisannya memperlihatkan kecen-derungannya menyebelahi golongan inteligensia melayu yang anti penyerahan. ruangan rencana pengarang, ruang-an sepintas lalu, rencana-rencana bersiri dan kenyataan-kenyataan daripada pkms (persatuan kebangsaan me-layu sarawak) dan ppm (pergerakan pemuda melayu) yang tersiar di utusan sarawak amat menarik perhatian. kebanyakan penulisnya memperlihatkan sikap anti penye-rahan sarawak kepada britain.... kalau diteliti tentang si-kap golongan inteligensia melayu melalui tulisan-tulisan mereka di dalam akhbar utusan sarawak soal penyerahan sarawaklah yang banyak dibicarakan. (1984:58-61) 418</Page><Page Number="436">ketandusan akhbar melayu di sarawak pendapat mohd. setar ini sebenarnya boleh memperlihat-kan matlamat soal wujudnya akhbar us. walaupun dikatakan akhbar ini adalah sebuah akhbar yang bebas, soal penyerahan sarawak kepada britain secara langsung menjadi salah satu sebab ia diterbitkan. ia terbit sebagai meneruskan perjuangan abang ikhwan zainie dan rakan-rakannya menentang penye-rahan sarawak. 2 beliau percaya bahawa akhbar merupakan salah satu alat yang penting dan berkesan untuk menebus kembali kemerdekaan daripada penjajah. maka itulah banyak tulisan dalam tahun 1949 dan 1950 memperkatakan hal penye-rahan sarawak. menjelang pertengahan 1950-an, perasaan antipenyerah-an dan antipenjajah mulai reda. namun satu pergolakan lain memuncak. ini adalah pergerakan parti-parti politik. kerajaan kolonial inggeris telah membenarkan penubuhan parti-parti politik di negeri ini. dalam hubungan ini us sekali lagi memainkan peranan penting. sebagai akhbar tunggal ia berusaha menyedarkan penduduk-penduduk bumiputera khasnya orang melayu tentang betapa pentingnya kuasa poli-tik untuk menjamin hak-hak mereka tidak terlepas ke tangan orang lain. hasilnya ialah penubuhan parti negara sarawak (panas). abang ikhwan zainie sendiri adalah salah seorang pengasasnya. pada awal tahun 1960-an, ketika konsep malay-sia mula disiarkan oleh tunku abdul rahman, uslah akhbar yang memberi sokongan kepada konsep tersebut. demikian sepintas lalu us pada dekad 1950-an dan awal 1960-an. sepanjang penerbitannya selama lebih 20 tahun, us dapat dianggap sebuah akhbar yang stabil. ia dikeluar-kan dalam empat halaman. untuk beberapa keluaran dalam tahun 1957, ia diterbitkan dalam enam halaman. tetapi ke-luaran enam halaman ini tidak kekal. dari mula dikeluarkan sehingga tarikh ia diberhentikan pada 31 januari 1971, harga us tetap 10 sen. akhbar yang mula terbit dua kali sebulan ini pada 7 mac 1949 menjadi akhbar mingguan; diterbitkan dua kali seminggu mulai bulan april 1952 dan pada bulan januari 1958 ia terbit tiga kali seminggu. pada tahun 1968, setelah pengurusannya bertukar, akhbar ini dikeluarkan setiap hari 419</Page><Page Number="437">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kecuali hari ahad dan kelepasan am. mulai 3 ogos 1969, barulah us menjadi akhbar harian sepenuhnya sehingga ia diberhentikan dua tahun kemudian. selepas terhentinya us dalam tahun 1971, sekali lagi negeri sarawak mengalami ketandusan akhbar berbahasa melayu. pada tahun 1975, muncullah sinar sarawak/ming-guan sinar (ss/ms). ia mula terbit pada 21 mac 1975 dengan harga 20 sen. mula-mula ia keluar sebagai akhbar tengah bu-lanan (dua minggu sekali) dalam 18 halaman. 3 cogan katanya ialah "memupuk kesedaran rakyat". pada keluaran 18 april 1975, cogan katanya ditukar kepada "berikhtiar untuk ke-bahagiaan". dan mulai 20 mei 1975, ia dijadikan akhbar min-gguan. daripada apa yang ada di muzium sarawak, sepanjang tahun 1975 cuma didapati 14 keluaran ss/ms (yang akhir pada tahun tersebut ialah pada 18 julai). selepas tarikh ter-sebut ss/ms terbit setakat 14 keluaran sahaja. barangkali juga ia tidak mendapat sambutan masyarakat atau tidak dapat langganan sewajarnya. pada 1 mac 1978, ss/ms terbit semula dengan cogan kata yang sama ketika ia diberhentikan dalam tahun 1975. harga-nya tidak disebut (ia sebenarnya akhbar percuma sehingga sekarang). mula-mula ia diterbitkan dua minggu sekali, ke-mudian seminggu sekali dan mulai bulan julai 1978 ia menjadi akhbar harian. walau bagaimanapun, ia tidak kekal sebagai akhbar harian. inilah yang berlaku kepada ss/ms sehingga ke hari ini. walaupun keluarannya berterusan (sekurang-kurangnya sekali seminggu), ia memuncak pada waktu-waktu tertentu. ini bermakna ss/ms boleh menjadi akhbar harian apabila diperlukan. kalau dalam keadaan biasa ia diterbitkan sebanyak 8000 - 10 000 naskhah, tetapi menjelang pilihan raya atau ketika pilihan raya ia boleh terbit sebanyak 30 000 - 50 000 naskhah. dari lapan halaman yang biasa, ia boleh ber-tambah menjadi 12 atau 24 atau 32 halaman. maka itu dapat dikatakan ss/ms bergantung pada suasana politik negeri ini. ia akan menjadi akhbar yang "menarik", dengan halaman dan kandungan yang lebih banyak apabila keadaan politik meng-izinkannya berbuat demikian. 420</Page><Page Number="438">ketandusan akhbar melayu d1 sarawak ss/ms sebenarnya adalah sebuah akhbar biasa. ia di-edarkan percuma sebagai memenuhi kehendak pembaca yang kurang mampu, terutama sekali masyarakat melayu dan suku kaum bumiputera lain di luar bandar. pada mulanya ia dianggap "kepunyaan" sebuah parti politik dan memper-juangkan kepentingan parti tersebut. walau bagaimanapun, sekarang ss/ms mempunyai matlamat yang agak berlainan sedikit daripada ketika mula-mula terbit. ia hanya dianggap sebuah media yang "membenarkan apa yang benar dan me-nyalahkan apa yang salah". ia bukan bertujuan memecah-belahkan rakyat dan bukan juga untuk menimbulkan isu-isu ketidakselesaan kepada rakyat sebagai didakwa oleh golong-an tertentu. ia hanya bertujuan memberitahu apa yang harus diketahui (temu bual dengan tuah iskandar). sebagai sebuah akhbar yang mempunyai kepentingan tertentu, lebih-lebih lagi dalam soal politik (walaupun tidak semestinya bermotif politik), ss/ms sekarang banyak mengandungi rencana dan komentar politik dan kurang sekali berita semasa atau per-kara lain yang biasa didapati dalam sebuah akhbar. barang-kali juga ia tidak mampu memuatkan perkara seperti itu me-mandangkan ia terbit seminggu sekali dalam lapan halaman sahaja. sebuah lagi akhbar berbahasa melayu di sarawak hari ini ialah akhbar us. akhbar ini dikeluarkan oleh warta distri-bution sdn. bhd., anak syarikat sarawak press sdn. bhd. nama serta cogan katanya "oleh rakyat untuk rakyar adalah sama dengan akhbar yang diterbitkan oleh abang ikhwan zainie dalam tahun 1949. walau bagaimanapun, ia di-katakan tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan akhbar yang terdahulu itu (temu bual dengan haji mohd. rakawi). us mula diterbitkan dalam bulan september 1983 dalam ben-tuk dwimingguan (hari rabu dan sabtu). ia dijual dengan harga 30 sen. sejak diterbitkan sehingga sekarang, us kekal dengan terbitan kira-kira 8000 naskhah. sebagai akhbar yang dikatakan masih baru, us belum dapat diedarkan ke seluruh negeri. lagipun ia dikatakan hanya sebagai "projek kemasya-rakatan" penerbitnya untuk membantu pelajar-pelajar dan 421</Page><Page Number="439">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran masyarakat bukan bumiputera di bandar-bandar di sarawak belajar bahasa malaysia dan menguasainya. selain us, sya-rikat yang sama menerbitkan akhbar sarawak tribune/sun-day tribune dan the chinese daily news/chinese daily news sunday edition. akhbar inggeris dengan halaman bahasa melayu selain akhbar berbahasa melayu sepenuhnya, di sarawak terdapat juga akhbar dwibahasa, iaitu inggeris/melayu. wa-lau bagaimanapun, halaman bahasa inggeris lebih dominan. halaman bahasa melayunya pula kurang daripada separuh, dan biasanya dua hingga empat halaman sahaja. sekarang terdapat sebuah sahaja akhbar berbentuk demikian, iaitu bor-neo post. ia mula terbit pada 24 april 1978. tradisi dwibahasa ini bagaimanapun sudah dimulakan lebih 10 tahun yang lalu. akhbar the vanguard yang mula terbit pada 1 oktober 1964 adalah akhbar yang pertama memperuntukkan halaman ba-hasa melayu. ini dimulakannya dalam tahun 1974. akhbar ini diberhentikan pada awal tahun 1980. pada 27 november 1976 timbul pula akhbar the sarawak herald. akhbar dwibahasa ini diberhentikan beberapa bulan kemudian. sebuah lagi akhbar berbentuk dwibahasa ialah akhbar minggu malaysian focus. ia mula terbit pada 16 mei 1981 tetapi diberhentikan pada bulan november 1981. pada keluaran pertamanya ia mengandungi lapan halaman bahasa malaysia. peranan secara idealnya semua sedia maklum bahawa akhbar me-mainkan peranan penting dalam pembentukan fikiran dan sikap masyarakat. masyarakat yang tidak mempunyai akhbar (dan tidak membaca) adalah masyarakat yang diibaratkan tunggul, beku dan tidak bergerak. akhbar dapat membentuk peribadi dan identiti bangsa. akhbar dapat memecahkan tem-bok-tembok kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit seperti itu. melalui pembacaan, anggota masyarakat boleh berfikir secara terbuka dan mengikuti 422</Page><Page Number="440">ketandusan akhbar melayii di sarawak perkembangan yang berlaku di sekitarnya, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. tulisan-tulisan dalam akhbar boleh membawa kepada perbincangan dan polemik yang membuka jalan kepada pemikiran yang rasional dalam semua bidang. pendeknya masyarakat akan bergerak dan bertindak selaras dengan pemikiran yang berkembang dan terbuka hasil dari-pada pembacaan. demikian juga halnya dengan akhbar-akhbar melayu di sarawak. walaupun semua akhbar melayu di negeri ini ber-sifat regional dan mungkin pula tidak dapat diedarkan ke seluruh negeri memandangkan masalah perhubungan di ne-geri ini, namun sebagai akhbar melayu ia mempunyai harap-an yang tinggi terhadap masyarakat melayu negeri ini. wa-laupun tidak menguntungkan, akhbar-akhbar ini mengharap penuh masyarakat melayu menerima dan membacanya demi kepentingan dan kemajuan pemikiran mereka sendiri. hal ini selalu menjadi tajuk seruan akhbar, terutama akhbar us sepanjang dua dekad penerbitannya. walau bagaimanapun, masyarakatlah penentu segala-galanya. masyarakatlah yang menentukan hidup matinya sebuah akhbar. sebagai akhbar berbahasa melayu, sambutan orang melayulah yang boleh menjadi penentu. dikatakan misalnya ada beberapa sebab kenapa fs diberhentikan setakat 10 keluaran sahaja dalam tahun 1930. masyarakat melayu ketika itu belum dapat meng-hargai sumbangan akhbar. kurangnya sambutan ini ditambah pula oleh kadar kenal huruf yang rendah dan tekanan dari-pada pemimpin-pemimpin melayu tempatan. bahkan dalam keluarannya yang terakhir, fs menyeru masyarakat melayu menyambut baik berita-berita yang termuat dalam akhbar tersebut. 4 akibat kurangnya sambutan daripada masyarakat, fs tidak berjaya dalam usahanya menyedarkan masyarakat melayu sarawak. seruan-seruan agar masyarakat melayu bergerak ke arah kesedaran sosioekonomi kurang memberi kesan yang segera. walaupun demikian, ia dapat dianggap memulakan satu era baru dalam merintis jalan ke arah ke-sedaran masyarakat. kewujudan akhbar us selama lebih 20 tahun adalah se- 423</Page><Page Number="441">sastera kebangsaan: isu dan cabaran suatu yang membanggakan. inilah satu bukti adanya orang melayu sarawak yang sanggup berkorban demi kemajuan pemikiran masyarakatnya. walaupun pada mulanya us di-gunakan untuk memperjuangkan cita-cita politik pengasas dan pengikut-pengikutnya, namun pada akhirnya motif "poli-tik" seperti ini diketepikan demi perpaduan masyarakat me-layu sendiri. us menjadi akhbar yang "biasa". ia berjuang untuk masyarakat melayu sarawak seluruhnya. dalam erti kata yang lain, us bergerak gagah dalam dua zaman yang serba mencabar bagi masyarakat melayu, terutama dalam hubungan masyarakat dan bahasanya. perkembangan bahasa melayu di sarawak dapat dibahagi-kan kepada beberapa tahap. pada tahap pertama, iaitu dalam zaman pemerintahan keluarga brooke (1842-1941), bahasa melayu diberikan kedudukan istimewa. ia dijadikan bahasa rasmi. kerajaan menggalakkannya melalui sistem pelajaran. pada tahap kedua iaitu selepas perang dunia kedua, bahasa melayu melalui zaman kegelapan. kerajaan kolonial inggeris telah mengabaikan sekolah-sekolah melayu. bahasa melayu tidak lagi digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah sebagaimana sebelum perang. maka itu lahirnya us dalam tahun 1949 sebagai akhbar melayu yang ulung dalam zaman tersebut adalah satu rahmat kepada kedaulatan bahasa melayu itu sendiri. akhbar tentu sahaja bukan semata-mata untuk menyampaikan berita atau sebagai alat hiburan, malah boleh juga menjadi media untuk membimbing masyarakat ke arah kemajuan politik, sosioekonomi dan sebagainya. ini tentu sahaja termasuk hal seperti bahasa melayu. maka itu lahirnya us bukan semata-mata untuk memperjuangkan fahaman poli-tik pengasasnya, malahan ia dapat dianggap sebagai pejuang kepada kedaulatan bahasa melayu. kemunculannya dalam zaman yang serba mencabar membuktikan hakikat ini. walaupun us adalah sebuah akhbar yang kecil, selain berita semasa, berita politik, ekonomi dan sosial serta iklan, ia mampu memuatkan berbagai-bagai rencana mengenai ba-hasa melayu. soal kepentingan bahasa melayu, soal bahasa melayu dalam konteks serantau serta pelajaran bahasa me- 424</Page><Page Number="442">ketandusan akhbar melayu di sarawak layu kepada anak-anak melayu sentiasa mendapat tempat dalam akhbar ini. malahan inilah satu perkara yang agak isti-mewa liputannya sejak dari mula terbit sehingga diberhen-tikan. rencana-rencana bahasa melayu yang termuat dalam us sepanjang dekad 1950-an misalnya, adalah manifestasi kedudukan bahasa melayu di sarawak ketika itu. dengan mengambil contoh kedudukan bahasa melayu di indonesia dan tanah melayu, us mengingatkan penduduk negeri ini bahawa maruah bahasa melayu harus dipertahankan. de-ngan memikirkan kepentingan masyarakat melayu seluruh-nya tanpa sempadan politik, us menyokong sepenuhnya bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan ketika tanah melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957. galakan diberikan kepada orang melayu dan penulis-penulis untuk menghasilkan rencana tentang bahasa melayu supaya orang melayu sentiasa ingat betapa pentingnya bahasa melayu. soal bahasa melayu menjadi pokok perbincangan yang hebat lewat 1950-an dan awal 1960-an, lebih-lebih lagi apabila gagas-an malaysia diumumkan. dalam hubungan ini terbukti us menjadi penyokong kuat bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negeri ini (jarmi @ jaraiee sawal, 1984/85:63). perjuangan us dalam menegakkan ba-hasa melayu ke tempat asalnya yang istimewa akhirnya men-jadi kenyataan juga. penubuhan malaysia dalam tahun 1963 menjadi puncak perjuangannya. us mengalu-alukan perkem-bangan ini walaupun negeri sarawak diberi peruntukan khas berhubung dengan persoalan bahasa kebangsaan. maka itu semenjak tahun 1964 sehingga 1971, sedikit sahaja persoal-an bahasa melayu terdapat dalam akhbar ini. dalam tahun-tahun selepas merdeka, kurangnya perhatian us dalam soal ini seolah-olah memperlihatkan bahawa bahasa melayu se-bagai bahasa kebangsaan akan sendirinya berkembang dan berdaulat. hari ini kita melihat kenyataannya. sebagaimana dikatakan oleh usman awang, bahasa adalah alat sastera yang mutlak (usman awang, 1983:79). ba-hasa dan sastera adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan. setiap penulis memerlukan bahasa untuk karya sasteranya. 425</Page><Page Number="443">sastera kebangsaan isu dan cabaran maka itu sejak dari dulu lagi penulis-penulis sangat menghar-gai bahasa. dalam hubungan bahasa dan sastera, us tidak terkecuali. di samping bahasa melayu ia juga memperjuang-kan kesusasteraan melayu negeri ini. kalaupun boleh dianggap bahawa bidang kesusasteraan di sarawak lambat berkembang sebagaimana terbukti dari-pada karya-karya dalam us, namun bidang ini tidak diabai-kan terus. tahun pertama penerbitan us sudah memper-lihatkan beberapa buah puisi yang baik walaupun terdapat unsur-unsur puisi lama. namun inilah hakikat perkembangan kesusasteraan di sarawak. sebagaimana pendapat ahli-ahli kesusasteraan kita bahawa kesusasteraan mencerminkan masyarakat zamannya, maka kita harus mengakui bahawa karya kesusasteraan dalam us juga mencerminkan masyara-kat melayu zamannya. maka itu kalau dalam tahun 1949 us telah memuatkan beberapa buah puisi yang bertema anti pen-jajah, ia sebenarnya adalah suara masyarakat melayu ketika itu yang merasakan tekanan-tekanan tertentu akibat peme-rintahan kerajaan kolonial inggeris yang baru berusia tiga tahun. redanya perasaan antipenjajah dalam tahun 1950-an menghilangkan terus puisi-puisi yang bersemangat patriotik. malangnya masyarakat melayu sarawak dalam tahun 1950- an dan awal 1960-an belum "sedar" tentang kedudukannya sebenar dalam hubungannya dengan masyarakat melayu negeri-negeri jiran. perkembangan kesusasteraan yang hebat dalam tahun 1950-an, sama ada di tanah melayu atau indo-nesia, langsung tidak diketahui (atau diberitahu) oleh pemi-nat kesusasteraan di negeri ini. tidak adanya rencana tentang perkembangan kesusasteraan di tanah melayu ketika itu dalam us adalah sesuatu yang sukar difahami. ketandusan ini berlangsung sehingga lewat 1960-an. walau bagaimanapun, karya kesusasteraan yang terdapat lewat 1960-an (selepas 1968) tidak juga menunjukkan mutu yang diharapkan. walau apa pun telah terjadi, satu hal yang tidak dapat disangkal ialah bahawa us telah memainkan peranan yang wajar dalam perkembangan kesusasteraan melayu di sa- 426</Page><Page Number="444">ketandusan akhbar melayu di sarawak rawak. dengan memuatkan karya-karya penulis tempatan, terutamanya cerpen dan puisi serta ulasan-ulasannya, us turut membuktikan bahawa di sarawak ada juga penulis yang boleh menghasilkan sesuatu walaupun barangkali tidak se-tanding dengan karya dari negeri lain. setidak-tidaknya se-bagai akhbar melayu yang tunggal untuk lebih dua dekad, us berusaha sedaya yang mampu. dalam hubungan ini us boleh dianggap berjaya. ia berjaya dalam erti kata bukan sahaja memperjuangkan kedaulatan bahasa melayu setiap masa, bahkan telah membuktikan bahawa di sarawak ada karya kesusasteraan dan ada penulis yang boleh diketengah-kan. sepanjang wujudnya akhbar tersebut, ia telah memuat-kan kira-kira 91 cerpen dan 462 puisi. us adalah sebuah akhbar yang kecil (4 halaman). walau-pun demikian ia mempunyai harapan yang tinggi terutama terhadap masyarakat melayu. ia sentiasa mengharapkan sambutan yang baik daripada orang melayu. tetapi mung-kin kerana keadaannya yang hanya mampu keluar empat halaman, ia tidak dapat memenuhi kehendak pembaca yang sentiasa berubah. tidak mungkin selera dan kehendak pem-baca melayu dalam zaman awal 1950-an sama dengan selera dan kehendak mereka pada akhir 1960-an. barangkali inilah masalah besar bagi us. ia gagal menghadapi keadaan yang berubah. hal ini pernah diakui oleh sidang pengarangnya se-bagaimana dikatakan, "... kita pernah mengetahui sumbang-an kita kepada masyarakat terutama sekali masyarakat me-layu tidak mencukupi sepertimana sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh surat-surat khabar yang lain" (us, 1971:2). untuk selama 22 tahun us tidak berkembang. tidak ada usaha sungguh-sungguh untuk menambah halamannya. ada hasrat untuk menambah halaman cetak dan jumlah edarannya dalam tahun 1970, tetapi tidak dilaksanakan. sebagai akhbar yang serba kurang, adalah satu kebanggaan us dapat ber-tahan begitu lama. ini memandangkan harga jualannya hanya 10 sen dan bilangan cetaknya amat terhad. tidak diketahui jumlah cetakannya yang sebenar. tetapi dalam tahun 1970, ke- 427</Page><Page Number="445">sastera kebangsaan isu dan cabaran tika jabatan pengarangnya diketuai oleh ahmad boestamam, jumlah cetakannya sehari dikatakan kira-kira 100 naskhah sa-haja (ahmad boestamam, 1979:110). dengan jumlah cetakan sebanyak itu tentu sahaja tidak ada akhbar yang boleh hidup. lagi pula pada tahun akhirnya us dikatakan tidak aktif lagi. jabatan pengarangnya sudah membeku dan tidak ada usaha dijalankan supaya akhbar ini diperbaiki. iklan untuk menam-pung kos pengeluaran tidak dicari. pengedaran dibuat dengan bersungguh-sungguh. namun, sebagai akhbar tunggal berba-hasa melayu yang diusahakan sendiri oleh orang melayu, us berperanan besar membimbing orang melayu dalam segala aspek hidup. ia bergerak sebagai alat menyuarakan pendapat serta suka duka orang melayu. peranan seperti ini tentu sa-haja tidak boleh diharapkan daripada akhbar dalam bahasa lain, kecuali barangkali kalau diusahakan oleh orang melayu. sebagai suara orang melayu ia telah memberikan khidmat yang sedaya mungkin. hanya pembaca dan orang melayu sendiri dapat menilai sumbangannya selama lebih dua dekad itu. dipandang dari sudut mana sekalipun, terutama perkem-bangan bahasa dan kesusasteraan, jasa us kepada masyara-kat melayu tidak ternilai. hari ini kita masih dapat melihat dua buah akhbar ber-bahasa melayu diedarkan — satu percuma, lapan halaman dan sekali seminggu, dan satu lagi dengan harga 30 sen, 16 halaman dan dwimingguan. seimbas pandangan kedua-dua-nya boleh dianggap tidak mempunyai banyak keistimewaan daripada us yang dulu. kedua-dua belum mampu memenuhi hakikat akhbar yang lengkap. ss/ms yang terbit seminggu sekali sekarang, walau tidak mempunyai motif politik, memperlihatkan kecenderungan ke arah itu. ini terbukti daripada hakikat bahawa ia pada suatu masa adalah akhbar yang memperjuangkan kepentingan se-buah parti politik; dan bertindak sebagai "jurucakap" parti politik tersebut. ini dikuatkan pula dengan kecenderungan-nya menjadi akhbar harian pada setiap kali menjelang pilihan raya atau pada waktu pilihan raya. dalam keadaan seperti ini ia memberi komentar terhadap pergolakan politik semasa 428</Page><Page Number="446">ketandusan akhbar melayu di sarawak sambil "menghentam" parti politik lawan. sekarang ia masih memperlihatkan minat ini. cuma sekarang ia tidak lagi men-jadi "suara" parti politik tertentu. walau bagaimanapun, ss/ms tidak semata-mata ber-tujuan untuk memberi komentar politik, memperjuangkan kepentingan parti politik atau golongan berkepentingan ter-tentu. ia turut memuatkan berita-berita semasa (walaupun di-saring supaya tidak basi), soal-soal sosioekonomi dan budaya negeri sarawak, khasnya yang menyentuh masyarakat islam dan bumiputera. ia juga memuatkan banyak teguran menge-nai hal-hal yang tidak disenangi, sama ada yang menyentuh individu atau masyarakat. ss/ms tidak lupa memperkatakan bahasa dan kesusasteraan melayu. ini banyak terdapat dalam keluaran awalnya beberapa tahun dulu. ia pernah memuatkan rencana bahasa dan kesusasteraan, cerpen dan puisi sebagai menyahut seruan penulis-penulis tempatan supaya media negeri ini memuatkan karya mereka. walau bagaimanapun, harapan penulis sarawak kini tidak tertunai lagi. cerpen mahupun puisi tidak terdapat dalam ss/ms sekarang. us (1983) barangkali lebih "istimewa" sedikit daripada ss/ms. ini memandangkan bahawa ia dapat memuat lebih banyak berita dan rencana. barangkali yang jelas kurang ia-lah ia hanya terbit dua kali seminggu dan oleh sebab itu ada kalanya berita yang dimuatkan dapat dianggap sudah "basi". hal seperti ini barangkali sukar dielakkan. ini memandang-kan juga bahawa sebagai suatu "projek kemasyarakatan", akhbar ini tidak mampu bergerak sepenuhnya sebagaimana akhbar kembarnya sarawak tribune. berdasarkan matlamat tersebut juga adalah jelas bahawa akhbar ini tidak mempunyai kepentingan tertentu melainkan pembimbing kepada sesiapa yang ingin belajar dan menguasai bahasa malaysia. dengan kata lain ia tidak cenderung memperlihat satu-satu hal se-cara berlebih-lebihan. maka itu didapati utusan sarawak mengandungi banyak berita semasa sama ada berita dalam negeri, seluruh malaysia atau dari luar. selain itu, terdapat juga berita dan rencana mengenai perkembangan sukan, hi-buran mahupun ekonomi dan perdagangan. sekali-sekala ada 429</Page><Page Number="447">sastera kebangsaan: isu dan cabaran juga iklan dimuatkan selain daripada beberapa iklan tetap. malangnya us nampaknya tidak berminat langsung memberi sumbangan terhadap perkembangan kesusasteraan semasa. tidak adanya cerpen, puisi mahupun rencana-rencana ke-susasteraan sebenarnya boleh menimbulkan tanda tanya, ter-utama kepada masyarakat melayu, adakah akhbar berbahasa melayu ini boleh menyuarakan pendapat dan suka duka me-reka? agaknya inilah sesuatu yang "hilang". masalah dan saranan adalah jelas bahawa akhbar berbahasa melayu di sarawak merupakan akhbar yang bermasalah. masalah ini seolah-olah serupa sahaja sejak dulu. ini dapat dilihat dari dua sudut akhbar tersebut sebagai media dan sumbangan masyarakat terhadapnya. kedua-dua akhbar berbahasa melayu yang ada sekarang, iaitu ss/ms dan utusan sarawak, tidak dapat dianggap akh-bar yang lengkap, bukan sahaja ia nipis atau terbit sekali atau dua kali seminggu tetapi lebih-lebih lagi disebabkan kandung-annya. akhbar yang mempunyai kepentingan tertentu tidak dapat/tidak mahu dibaca oleh setiap golongan masyarakat. akhbar yang percuma menimbulkan masalah lain pula. ia tidak akan dianggap bermutu dan berwibawa walau setebal mana sekalipun. hakikat "percuma" itu sebenarnya sudah menurunkan nilai sesuatu. sesuatu yang percuma boleh pula membawa pengertian lain. orang akan menganggap mesti ada sesuatu motif di sebalik yang percuma itu. orang yang waras fikiran akan berasa waswas juga apabila menerima se-suatu secara percuma. selain kurangnya halaman, akhbar mingguan juga berhadapan dengan beberapa masalah. se-bagai akhbar mingguan ss hanya mampu menampung kan-dungan yang bernilai mingguan atau yang tahan lebih lama. ia tidak dapat memuatkan sesuatu yang bersifat harian kerana tentu sahaja perkara seperti ini menjadi tidak berguna dalam masa seminggu. masalah yang dihadapi oleh us agak serupa seperti yang 430</Page><Page Number="448">ketandusan akhbar melayu di sarawak dihadapi oleh ss/ms. ia terpaksa menyaring bahan-bahan yang hendak dimuatkan. walau bagaimanapun, dalam hu-bungan ini us barangkali agak kurang berjaya. banyak kandungannya kalau diperhatikan sudah terdapat dalam akhbar lain sehari dua lebih awal. kandungannya juga banyak berupa terjemahan daripada akhbar kembarnya. ini disebabkan us banyak memuat berita dan rencana yang bersifat harian, dan sedikit sahaja rencana yang tahan lama. walaupun us dicetak kira-kira 8000 naskhah sekarang, ia dikatakan belum mendapat sambutan yang sewajarnya, ter-utama daripada masyarakat melayu. adalah tidak jelas yang sama ada akhbar ini berusaha ke arah menjadi akhbar utama masyarakat melayu atau tidak. kalau benar ia hanya bertujuan menjadi akhbar bacaan masyarakat yang belum fasih berba-hasa malaysia, maka masyarakat melayu negeri ini harus me-mahami hakikat ini. kalau dikaji kandungannya, nyata sekali dakwaan bahawa ia hanya akhbar "projek kemasyarakatan" adalah benar. rintihan suka duka orang melayu tidak per-nah disiarkan. karya-karya seni orang melayu terutamanya cerpen dan puisi tidak mendapat tempat. rencana-rencana yang memperkatakan nasib masyarakat melayu sarawak ja-rang sekali. maka itu walaupun us adalah akhbar berbahasa melayu, ia tidak dapat menjadi "suara" masyarakat melayu. tidak ada usaha dibuat supaya akhbar ini mempunyai identiti sendiri, mencari berita atau rencananya sendiri. barangkali ini disebabkan tidak adanya pemberita yang ditugaskan khas untuk akhbar tersebut. akhbar tanpa pemberita dan wartawan seolah-olah sudah menjadi tradisi dan darah daging akhbar berbahasa melayu di sarawak. nampaknya sejak dulu sehingga sekarang akbar-akhbar ini hanya bergantung kepada beberapa orang editor-nya untuk menulis, menterjemah daripada bahasa inggeris serta menerima bahan daripada penulis sukarela dan sumber luar seperti kerajaan, agensi berita akhbar yang lain. tidak ada usaha sungguh-sungguh dibuat agar akhbar ini menem-patkan pemberita di tiap-tiap bandar/daerah secara tetap su-paya ia mendapat berita yang sumber asal atau membuat pe- 431</Page><Page Number="449">sastera kebangsaan: isu dan cabaran nyelidikan tentang sesuatu yang menarik minat orang ramai. rasanya inilah satu perkara yang tidak menyenangkan bagi akhbar-akhbar melayu negeri ini. kita tahu sebuah akhbar yang berwibawa mesti mempunyai pemberita atau wartawan. sebuah akhbar yang berwibawa tidak hanya menunggu berita disampaikan ke pejabatnya. akhbarlah yang sepatutlah men-cari berita bukan sebaliknya. memandangkan bahawa zaman sekarang bukan lagi seperti awal 1950-an, akhbar mingguan atau dwimingguan yang nipis sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat. masyarakat melayu sarawak, walaupun barangkali belum so-fistikated, sudah mengenal erti "mutu". tanpa memikirkan saingan daripada akhbar-akhbar yang terbit di kuala lumpur, kita dapat mengagak bahawa orang melayu di sarawak tidak gemar membeli dan membaca akhbar berbahasa melayu yang terbit di sini semata-mata kerana ia berbahasa melayu atau semata-mata ia terbit di sini. kemungkinan mereka lebih senang membeli majalah (walaupun lebih mahal). maka itu kita perhatikan sekarang akhbar-akhbar berbahasa melayu yang diterbitkan di kuala lumpur dijual bagai menjual goreng pisang panas. mungkin pula ini hanya satu prasangka, namun tidaklah ia menyimpang jauh daripada hakikat sebenar. dalam keadaan sekarang dan mungkin untuk beberapa tahun akan datang, jika akhbar-akhbar melayu di sarawak masih statik selagi itulah ia tidak mendapat tempat di hati ma-syarakat. dan selagi kurangnya sambutan selagi itulah penga-ruhnya tidak seberapa. sekalipun pada seimbas pandang, akhbar melayu di sa-rawak agak muram jika diberi tugas memperjuangkan nasib orang melayu negeri ini dengan lebih berkesan, ini tidak bermakna ia tidak mempunyai masa depan langsung. ka-lau ada orang melayu yang mampu mengeluarkan akhbar secara percuma untuk sekian lama, tentu sahaja mereka mampu menerbitkan sebuah akhbar secara perdagangan, dengan har:ga yang berpatutan sebagaimana akhbar-akhbar lain. walau bagaimanapun, akhbar seperti ini janganlah ter-ikat kepada mana-mana golongan berkepentingan dan jangan 432</Page><Page Number="450">ketandusan akhbar melayu d1 sarawak pula hanya untuk memperjuangkan sesuatu motif. jumlah penduduk negeri sarawak masih kecil, kadar kenal huruf masih belum tinggi dan rakyat yang faham bahasa malaysia sepenuhnya pun belum ramai. namun jika ada pihak yang ingin menguasai secara perdagangan pembaca melayu dan pembaca yang tahu bahasa malaysia, sebuah akhbar yang lengkap amatlah diperlukan. iklan perlu dicari setiap masa dan seberapa banyak yang boleh. pemberita/wartawan mesti ada untuk membuat liputan peristiwa di seluruh negeri atau di luar negeri sekalipun. rasanya satu lagi yang penting ialah kesedaran bahawa akhbar berbahasa melayu harus meru-pakan akhbar harian. hal ini perlu diambil kira memandang-kan bahawa akhbar nasional dalam bahasa malaysia yang ada sekarang kurang memberi perhatian dan liputan terhadap apa yang berlaku di negeri ini (kalau adapun, amatlah kecil) melainkan jika berlaku krisis politik atau persoalan-persoalan yang memerlukan penglibatan kerajaan persekutuan. segala rintihan suka duka rakyat negeri ini, terutama di luar bandar, tidak mendapat perhatian akhbar nasional tersebut. lagipun akhbar yang diterbitkan di kuala lumpur adalah lebih ma-hal (misalnya di kuching, berita harianberharga 50 sen dan utusan malaysia berharga 65 sen), dan akan bertambah ma-hal di luar bandar negeri ini. bahasa malaysia sudah diterima sepenuhnya sebagai bahasa rasmi di negeri ini. dengan itu masa depan akhbar berbahasa malaysia tetap ada asalkan sahaja ada pengusaha yang sanggup menghadapi cabaran menerbitkan sebuah akh-bar yang lengkap dalam erti kata yang sebenarnya. dengan wujudnya akhbar seperti itu, bahasa malaysia akan lebih cepat berkembang, bakat penulis tempatan akan lebih ter-serlah, dan bidang penulisan di negeri ini akan bertambah maju. nota 1 r.h.w. reece, 1981:9. lih.j. "kata pengantar" dlm. fajar sa-rawak — akhbar bahasa melayu yang pertama di sarawak 1930 433</Page><Page Number="451">sastera kebangsaan: isu dan cabaran (dirumikan oleh dr. phillip lee thomas). petaling jaya: pener-bit fajar bakti sdn. bhd., bagi pihak persatuan kesusasteraan sarawak. 2 temu bual dengan haji mohd rakawi tan sri datuk amar abang haji ikhwa n pada 23 april 1984. 3 temu bual dengan sdr. tuah iskandar daripada akhbar sinar sarawak pada 2 oktober 1985. 4 temu bual dengan sdr. paul kho daripada sarawak press sdn. bhd., pada 2 oktober 1985. bibliografi ahmad boestaman, 1979. memoir seorang penulis. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. ahmad saleh. "peranan suratkhabar dalam perkembangan sastera melayu moden" dlm. dewan bahasa, april 1962. jarmi @ jaraiee sawal, 1984/85. "sumbangan utusan sarawak ter-hadap perkembangan bahasa dan kesusasteraan melayu di sa-rawak 1949-1971". latihan ilmiah ba hons, jabatan pengajian melayu, universiti malaya. "kata pengantar" dlm. fajar sarawak — akhbar bahasa melayu yang pertama di sarawak 1930 (dirumikan oleh dr. philip lee thomas), 1984. petaling jaya: penerbit fajar bakti sdn. bhd. mohd. setar mohd. rani. "kegiatan golongan melayu terpelajar sarawak di dalam bidang penulisan, 1930 hingga 1950" dlm. malaysia dari segi sejarah, bil. 13, 1984. persuratkhabaran melayu 1876-1968, 1974. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. reece, r.h.w. "the first malay newspaper in sarawak" dlm. the sarawak gazette. april 1981. usman awang, 1983. "sastera dan masyarakat" dlm. dinsman dan sutung umar rs (ed.). sikap dan pemikiran usman awang. petaling jaya: penerbit fajar bakti sdn. bhd. utusan sarawak, 16 januari 1949. utusan sarawak, 30 januari 1971. kertas kerja seminar persuratkhabaran melayu sarawak di dewan majlis islam kuching pada 26 oktober 1985, dan 434</Page><Page Number="452">ketandusan akhbar melayu di sarawak tersiar dalam majalah dewan masyarakat, januari 1986. hamzah hamdani (peny.), 1988. wajah sastera sarawak (sebuah kumpulan esei). kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. 435</Page><Page Number="453">perkembangan penulisan cerpen di sarawak (satu gambaran dan tanggapan umum) jiso rutan pengenalan/latar belakang sejarah penulisan cerpen di negeri sarawak dipercayai sudah bermula pada tahun 1930-an lagi. karya-karya penulis sarawak seperti mohammad haji bujang atau melati sarawak dan bolhassan matasip pernah tersiar dalam media-media di semenanjung ketika itu seperti warta ahad, warta melayu dan warta jenaka dan juga dalam akhbar fajar sarawak.walau bagaimanapun, selepas tahun 1930-an sehinggalah tahun 1949-an, tidak terdapat perkem-bangan penting dalam tradisi ini. penulisan cerpen (dan juga 436</Page><Page Number="454">perkembangan penulisan cerpen di sarawak karya-karya lain dalam bahasa melayu) seolah-olah berada dalam keadaan yang malap dan vakum. ramai yang memper-talikan perkembangan demikian dengan dasar kependuduk-an jepun yang tidak menggalakkan penulisan dalam bahasa ibunda. tradisi penulisan ini hanya mula bernafas kembali dengan penerbitan akhbar utusan sarawak (bukan akhbar yang ada sekarang!) pada tahun 1949-1971. dalam tempoh kewujudan-nya akhbar ini telah banyak menyiarkan karya sastera terma-suk cerpen oleh penulis-penulis setempat ketika itu seperti madzhi johari, morshidi shebli, razali paiee dan nawawi abdul rahman. penubuhan borneo literature bureau atau biro kesusas-teraan borneo (bkb) pada tahun 1958 juga turut menyum-bang sedikit sebanyak kepada kebangkitan semula tradisi penulisan dalam bahasa melayu meskipun secara beransur-ansur. sehingga tahun 1977 apabila bkb diambil alih oleh dewan bahasa dan pustaka (dbp) ia telah sempat mener-bitkan beberapa judul karya kreatif dalam bahasa melayu oleh penulis sarawak seperti novel, antologi sajak dan juga antologi cerpen. pada tahun 1970 juga bkb mula menerbit-kan majalah perintis yang lebih kurang sama dengan majalah dewan pelajar. walau bagaimanapun, kegiatan dan penulisan cerpen yang serius boleh dikatakan hanya bermula dari sekitar tahun 1979 selepas penubuhan cawangan dbp di sarawak (juga di sabah). penubuhan dbp cawangan sarawak (dbpcs) di kuching pada tahun 1977 merupakan satu fasa baharu dalam sejarah perkembangan penulisan dalam bahasa melayu di negeri ini. dengan penubuhan dbpcs negeri sarawak buat pertama kalinya, mempunyai sebuah badan khusus yang ber-tanggungjawab langsung terhadap usaha pengembangan dan kemajuan penulisan serta kesusasteraan berbahasa melayu. sejajar dengan matlamat penubuhannya dbpcs dari awal-awal lagi telah merangka, menyusun dan seterusnya melak-sanakan pelbagai program, kegiatan serta aktiviti kepenu-lisan dan kesusasteraan yang berkaitan. usaha dbpcs itu, 437</Page><Page Number="455">sastera kebangsaan isu dan cabaran ditambah lagi dengan sumbangan serta peranan (baik secara langsung mahupun tidak langsung) beberapa pihak lain telah membawa kepada keadaan yang ada sekarang. kertas kerja ini akan cuba memberi satu gambaran dan tanggapan umum tentang perkembangan penulisan cerpen di negeri ini dalam tempoh kira-kira 20 tahun (dua dekad), iaitu dari sekitar tahun 1981 hingga 2001 - dari segi kelahiran/ kemunculan penulis, kegiatan kepenulisan dan penghasilan serta mutu karya, pencapaian dan kejayaan penulis pada pe-ringkat negeri dan nasional, peranan dan sumbangan badan dan agensi yang berkaitan. kemunculan bakat kepenulisan tempoh 1981-1991 penulis cenderung melihat tempoh kira-kira 10 tahun yang pertama (1981-1991) sebagai tempoh paling gemilang dan colourful dalam sejarah perkembangan cerpen di negeri sa-rawak dari segi bilangan penulis berbakat yang muncul, mutu dan kekuatan karya yang dihasilkan dan juga pencapaian dan prestasi penulis sarawak terutama sekali pada peringkat na-sional. dari segi bakat kepenulisan, tempoh inilah yang paling banyak menyaksikan kemunculan penulis cerpen berbakat di sarawak - nama-nama seperti jong chian lai, awangku merali pengiran mohammed, jais sahok, majuni plera, ab-dillah sm, hajijah jais, zakeria embi, jamilah morshidi, su-hai ragas, median haji dahlan, awang rosli awang jaya, openg onn, dedo nanas, ratnawati jamil, lena piee, khatem ariffin, lucas takip dan abang patdeli abang muhi (sekadar menyebut beberapa nama). bakat sebilangan besar daripada mereka itu mula-mula tercungkil dan dikesani menerusi pe-nyertaan serta pencapaian mereka dalam peraduan-peraduan mengarang yang dianjurkan khususnya pada tahun-tahun awal penubuhan dbpcs lagi. di samping itu, ada juga be-berapa nama seperti ahmad sabu yang sudah berkarya sejak zaman bkb lagi dan sekarang terus memantapkan karyanya 438</Page><Page Number="456">perkembangan penulisan cerpen di sarawak sebagai penulis cerpen berbakat. banyak daripada penulis tersebut kemudian berjaya me-nempah nama dan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam persada penulisan cerpen baik pada peringkat negeri mahupun nasional. karya mereka mula mengisi ruangan cerpen dalam pelbagai akhbar dan majalah yang berkenaan termasuk akhbar dan majalah ternama pada peringkat nasio-nal seperti berita harian, dewan sastera, dewan budaya dan dewan masyarakat. dalam tempoh yang sama beberapa orang daripada mereka itu seterusnya telah berjaya meraih beberapa hadiah berprestij seperti hadiah cerpen esso-gapena, hadiah cerpen dbp-malayan banking dan hadiah sastera malaysia. dalam beberapa siri sayembara hadiah cerpen esso-gapena dan sayembara hadiah cerpen dbp-malayan bank-ing nama awangku merali pengiran mohammed, jong chian lai dan jais sahok jarang-jarang tertinggal daripada senarai pemenang. sebaliknya mereka selalu juga meraih hadiah dan tempat utama dengan mendapat ulasan dan kritikan yang cukup positif dan menggalakkan daripada panel hakim bukan saja dari segi pemilihan tema dan persoalan bahkan juga dari segi penyampaian serta struktur cerita yang kreatif dan me-narik. jong chian lai merintis jalan apabila berjaya memenangi hadiah sagu hati dalam sayembara hadiah cerpen esso-gapena pada tahun 1982 dengan cerpennya "semajau ta-pan". jong kemudian terus mencapai kejayaan demi kejayaan - menerima hadiah sastera pada tahun 1984/1985 dengan cerpennya "tanah bukit", pada tahun 1986/1987 dengan cer-pennya "siapa pembunuh anakku", dan pada tahun 1988/1989 dengan cerpen "pemberontakan". pada tahun 1989 juga jong memenangi hadiah penghargaan sayembara hadiah cerpen dbp-malayan banking dengan cerpen "dunia orang tua". setahun kemudian, jong mencapai peningkatan besar apa-bila berjaya memenangi hadiah pertama dengan cerpennya "antara ombak keributan" dalam siri sayembara yang sama. ini disusuli oleh hadiah sagu hati dalam sayembara utusan- 439</Page><Page Number="457">sastera kebangsaan: isu dan cabaran public bank tahun 1991 dengan cerpennya "rabut". jais sahok menyusul pada tahun 1983 apabila berjaya me-menangi hadiah penghargaan dalam sayembara hadiah cer-pen esso-gapenav dengan cerpennya "engkabang". dalam sayembara hadiah cerpen esso-gapena vii pada tahun 1988, jais sekali lagi memenangi hadiah sagu hati - kali ini un-tuk tiga buah cerpennya - "luka tidak berdarah", "seorang puteri sebuah pelukan" dan "marilah sayang pulang bersa-maku". pada tahun 1991, jais maju setapak lagi apabila ber-jaya meraih hadiah kedua dalam sayembara hadiah cerpen dbp-malayan banking dengan cerpen "refleksi paradigma". pada tahun yang sama beliau turut memenangi hadiah peng-hargaan sayembara hadiah cerpen esso-gapena lagi de-ngan cerpen "garis panorama". awangku merali (bersama jong chian lai) juga me-menangi hadiah sastera malaysia pada tahun 1984/1985 de-ngan cerpen "angin dari senayan" dan pada tahun 1986/1987 dengan cerpen "merah banjir di hulu". pada tahun 1991, awangku merali berjaya pula menggondol dua hadiah utama dalam sayembara hadiah cerpen esso-gapena, hadiah per-tama dengan cerpen "cerita dari sebuah taman" dan hadiah ketiga dengan cerpen "berselindung di balik gunung". ke-dua-dua cerpen ini mendapat ulasan serta komen yang cukup baik dan memberangsangkan daripada panel penilai yang dengan sendirinya mencerminkan kekukuhan serta kema-tangan bakat awangku merali sebagai penulis cerpen tanah air yang disegani. kejayaan ketiga-tiga nama besar di atas (cuba) disusuli oleh jali kenoi yang memenangi hadiah penghargaan dalam sayembara hadiah cerpen dbp-malayan banking tahun 1991 dengan cerpen "bot ekspres". tempoh 1991 - 2001 tempoh ini melihat kemunculan beberapa orang lagi bakat dan nama baharu dalam bidang penulisan cerpen - nama- nama seperti hamlin abolhi, sarimah alit, abdul malik haji 440</Page><Page Number="458">perkembangan penul1san cerpen di sarawak bedu, tega bilong, livis empanang taka, rafaie ismail, da-hiri saini, abang median abang said dan haslinda nong chee (juga sekadar menyebut beberapa nama). seperti nama-nama yang lebih awal tadi, kebanyakan bakat baharu itu juga mula-mula tercungkil melalui penyertaan mereka dalam peraduan mengarang dan/atau menerusi karya mereka yang pernah tersiar dalam media tempatan. karya penulis-penulis tersebut kemudian turut juga me-ngisi dan menghiasi ruangan dalam media-media tempatan seperti akhbar the borneo post dan kemudian, utusan sara-wak selain muncul dalam beberapa peraduan yang diadakan sepanjang tempoh ini. ada juga beberapa nama yang karya mereka pernah mendapat tempat dalam media-media kebang-saan — penulis seperti livis empanang taka, tega bilong dan haslinda nong chee. dari segi hadiah atau anugerah yang diterima pada pe-ringkat nasional, livis empanang taka dan tega bilong masing-masing pernah terpilih memenangi hadiah cerpen dbp-malayan banking (kategori penulis bukan melayu) dan hadiah cerpen esso-gapena. livis empanang taka me-menangi hadiah cerpen dbp-malayan banking pada tahun 1992 dengan cerpen "demi sebuah kemerdekaan" (hadiah kedua) dan pada tahun 1993 dengan cerpen "misi sadok" (hadiah penghargaan); tega bilong memenangi hadiah cer-pen esso-gapena pada tahun 1995 dengan cerpen "anekdot seorang pejuang" (hadiah penghargaan). walau bagaimana-pun, pencapaian mereka ini nampaknya masih belum dapat menandingi pencapaian penulis-penulis sarawak dalam dekad sebelum itu. pencapaian oleh penulis-penulis dari kumpulan yang awal tadi dalam tempoh ini juga kurang cemerlang berban-ding tahun-tahun sebelumnya. dalam tempoh ini kejayaan penulis sarawak dari segi penerimaan hadiah atau anugerah pada peringkat nasional hanyalah menerusi beberapa keja-yaan sederhana jong chian lai, jais sahok, yusuf mustanir, khatem ariffin dan lucas takip: dalam sayembara hadiah cerpen dbp-malayan banking 1992, jais sahok mendapat 441</Page><Page Number="459">sastera kebangsaan: isu dan cabaran hadiah penghargaan dengan cerpen "akad akal"; jong chian lai meraih hadiah pertama (kategori penulis bukan melayu) pada tahun 1995 dengan cerpen "meroboh tembok" dan hadiah penghargaan dengan cerpen "menziarah dunia se-bayan"; lucas takip memenangi hadiah penghargaan dalam sayembara hadiah dbp-malayan bangking tahun 1996 de-ngan cerpen "hijau-hijau bumi kemarau"; yusuf mustanir memenangi hadiah penghargaan sayembara hadiah cerpen esso-gapena tahun 1988 dengan cerpen "tanah mas"; kha-tem ariffin mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara hadiah cerpen esso-gapena tahun 1999 dengan cerpen "biarlah kami di sini". kesinambungan berkarya dari sekian banyak nama dan bakat yang sudah tercungkil pada peringkat awal banyak pula yang seperti "menghilang-kan diri" daripada terus berkarya selepas itu. ada yang mula "menghilang" dari awal-awal lagi sebelum bakat dan kemam-puan mereka sudah benar-benar mantap dan teruji. selepas sekali dua menyertai dan/atau memenangi peraduan ataupun selepas menghasilkan sebuah dua karya, mereka mula me-nyepi diri. awang rosli awang jaya, selepas menghasilkan cerpen "adk" dan cerpen "antara dua kepercayaan" (yang me-menangi hadiah pertama peraduan tahun 1980 dan 1983) yang membantu mengangkat namanya sebagai penulis ber-bakat, sehingga hari ini belum lagi menghasilkan karya-karya susulan. openg onn yang diketengahkan bakatnya dalam peraduan tahun 1979/1980 menerusi cerpen "selambo" dan peraduan tahun 1983 menerusi cerpen "diri yang merasa terasing" juga tidak menampilkan karya-karya lain selepas itu. cerpen "rezeki bukit lakas" karya julaihi bujang (sem-pena peraduan tahun 1979/1980) merupakan satu-satunya cerpen beliau yang pernah sampai ke perhatian khalayak dan peminat sastera sehingga kini. ada juga yang menyepi secara beransur-ansur setelah 442</Page><Page Number="460">perkembangan penulisan cerpen d1 sarawak giat berkarya dalam satu tempoh masa tertentu atau selepas beberapa tahun berkarya dan setelah bakat mereka sudah cu-kup terserlah dan terbukti. (seorang dua pula, apabila sesekali cuba berkarya semula, karya-karya baharu mereka terasa ti-dak lagi sehebat karya-karya mereka yang terdahulu). dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak juga nama yang sudah seperti (hendak) meninggalkan terus dunia dan lapangan penulisan ini meskipun ruang dan peluang untuk mereka berkarya masih ada malah mungkin lebih baik ber-banding dengan waktu mereka mula-mula bergiat dahulu. selepas menghasilkan cerpen "pelagus" yang meme-nangi hadiah pertama dalam peraduan tahun 1991, awangku merali menyepi diri hampir kira-kira 10 tahun sebelum meng-hasilkan cerpen beliau yang selanjutnya, "tanjung" (tersiar dalam dewan sastera, september 2000, disusuli kemudian oleh "tuan direktur bikin filem di mallywood" juga dalam dewan sastera, ogos 2001). abdillah sm menyepi diri bebe-rapa tahun selepas menghasilkan "hening cipta" yang meraih hadiah pertama dalam peraduan tahun 1988 dan apabila beliau kembali berkarya semula mulai pertengahan dekad 1990-an, karya-karya baharunya seperti "merentap waktu" dan "sang sagerba" terasa tidak lagi dapat menyaingi kehebatan bebe-rapa karyanya sebelum itu seperti "kunang-kunang", "pur-nama", wajah" dan "hening cipta". zakeria embi, selepas menghasilkan cerpen "sembelih" yang memenangi hadiah penghargaan penulis sarawak (hpps) tahun 1991 sudah lama tidak menampilkan karya yang baharu. nama jamilah morshidi yang cukup giat berkarya di sekitar tahun 1980 — 1992 sudah mula tidak kedengaran sejak pertengahan dekad 1990-an lagi. begitu juga dengan sarimah alit dan haslinda nong chee yang banyak menulis sekitar pertengahan dekad 1990-an; nama mereka sudah jarang-jarang kedengaran. daripada senarai nama mereka yang sudah teruji sebagai penulis cerpen berbakat baik dari kumpulan yang awal mahu-pun yang kemudian hanya beberapa nama yang berkarya secara berterusan atau secara (agak) konsisten sehingga ke hari ini (seperti dibuktikan oleh karya mereka yang selalu 443</Page><Page Number="461">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran tersiar dalam media-media tempatan dan kebangsaan atau/ dan menyer tai peraduan-peraduan sepanjang tempoh ini) — nama-nama seperti jais sahok, jong chian lai, jali kenoi, lucas takip, majuni plera dan hajijah jais. daripada semua nama ini, nama jais sahok berada di anak tangga teratas. jais sahok paling gigih berkarya malah karya-nya bukan hanya terbatas pada cerpen — jais turut menghasil-kan esei/kritikan, skrip drama, puisi dan novel. kesibukan dan tuntutan tugas dan kewajipan harian lain baik sebagai pegawai kerajaan (guru/pengetua sekolah/pegawai pendidik-an) mahupun sebagai seorang suami, ayah dan ketua sebuah keluarga seperti tidak banyak menyekat keprolifikannya. ke-gigihan dan disiplin dirinya cukup luar biasa. sementara karya kebanyakan penulis yang lain ada tempoh pasang surut dan tenggelam timbulnya, karya jais sahok tidak. karya-karyanya sentiasa saja terpampang dan tersiar di sana sini sejak dari awal beliau mula-mula berkarya sehingga sekarang. nama jais sahok juga jarang-jarang tertinggal daripada senarai nama peserta peraduan-peraduan menulis yang diadakan sepanjang tempoh dua dekad ini (sama ada yang dianjurkan oleh dbp ataupun pihak lain). meskipun kadang-kadang namanya ter-cicir juga daripada senarai nama pemenang (utama) namun jais sahok tidak pernah serik untuk berkarya. penulisan cerpen di sarawak sehingga sekarang masih lagi didukung dan dipelopori sebahagian besarnya oleh penulis-penulis kelahiran dekad 1980-an dan awal 1990-an. karya-karya mereka inilah yang masih banyak mengisi ruang dalam media-media yang ada. dalam kebanyakan peraduan mengarang yang diadakan pun, nama mereka juga yang se-lalu menonjol dan tercatat dalam senarai pemenang (utama) meskipun sejak beberapa tahun yang lalu sudah muncul juga beberapa bakat baharu dari generasi yang lebih muda. na-mun nama-nama dan bakat baharu ini belum banyak yang dapat menyaingi mereka. kebanyakan nama besar dalam penulisan cerpen ini ber-upaya mencipta nama (dengan mencapai kejayaan besar) dan seterusnya memperkukuh kedudukan mereka sebagai penu- 444</Page><Page Number="462">perkembangan penulisan cerpen di sarawak lis cerpen yang mantap dalam tempoh masa yang relatif sing-kat. dalam tempoh masa yang kurang daripada dua atau tiga tahun, sejak nama dan bakat mereka mula-mula tercungkil, penulis seperti abdillah sm, jong chian lai, jais sahok dan awangku merali sudah mampu mencipta nama sebagai penu-lis yang disegani apabila berjaya menghasilkan karya-karya susulan yang lebih bertenaga dan bermutu atau memperoleh kejayaan demi kejayaan dalam peraduan dan sayembara pada peringkat negeri dan juga kebangsaan. dengan sekali dua percubaan saja mereka sudah dapat membuktikan bakat dan keupayaan mereka untuk menghasilkan karya-karya besar. latar belakang penulis meskipun nama-nama seperti awangku merali, awang rosli awang jaya, jais sahok, jali kenoi, hajijah jais, lucas takip, ahmad sabu, abang patdeli dan khatem ariffin semuanya lulusan atau lepasan universiti namun banyak daripada me-reka sebenarnya sudah mula menulis (lama) sebelum itu lagi. ada yang sudah menulis atau memperlihatkan bakat mereka sewaktu masih di bangku sekolah lagi seperti lucas takip, awang rosli awang jaya dan khatem ariffin. karya-karya hajijah jais banyak yang ditulis sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke usm pada pertengahan tahun 1990-an. keba-nyakan nama yang lain adalah lepasan sc/mce/spm, sijil perguruan dan juga diploma. sama ada latar belakang pendi-dikan seseorang penulis itu ada kesan dan pengaruh ke atas mutu dan kekuatan karya yang dihasilkan sukar pula dibukti-kan. yang jelas, masing-masing mempunyai bakat, kekuatan dan kelebihan sendiri. daripada kalangan nama dan bakat penulis yang mun-cul terutama sekali pada awal tahun 1980-an, banyak yang datang dari sistem pendidikan (sekolah rendah hingga sekolah menengah) yang masih beraliran bahasa inggeris - nama-nama seperti ahmad sabu, abdullah sm, median haj dahlan, saiee driss, awangku merali, hajijah jais dan juga jais sahok. meskipun tidak terdidik sepenuhnya atau dari 445</Page><Page Number="463">sastera kebangsaan: isu dan cabaran awal-awal dalam bahasa melayu namun kebanyakan mereka masih tetap mampu menghasilkan karya dalam bahasa terse-but dengan cukup baik dan lancar. penulis-penulis (cerpen) yang ada sekarang datang dari latar belakang pekerjaan atau profesion yang pelbagai — guru, pegawai perkhidmatan pendidikan, kerani, pekerja bank, suri rumah dan sebagainya. walau bagaimanapun, penulis yang terdiri daripada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan nampaknya lebih ramai berbanding dengan mereka daripada pekerjaan atau profesion lain — nama-nama seperti awangku merali, jais sahok, ahmad sabu, jali kenoi, khatem ariffin, douglas jaga, abdul malek haji bedu, harun siji, livis em-panang taka, abang median abang said, desmond manja, yusuf mustanir, rafaie ismail, justi @ saini aban, azeman jerani dan rashid hassan. tega bilong yang bukan seorang guru mahupun kakitangan perkhidmatan pendidikan meng-hasilkan kebanyakan cerpennya ketika mengajar sebagai guru sementara pada awal 1990-an. sama ada latar belakang pekerjaan seseorang penulis itu ada kaitan langsung atau tidak dengan karya yang mereka hasilkan, misalnya dari segi tema atau persoalan yang dige-mari ataupun dari segi mutu atau kekuatan karya, kurang jelas. walau bagaimanapun, kerja-kerja penulis daripada ka-langan guru seperti jais sahok, jali kenoi, yusuf mustanir dan khatem ariffin banyak yang berkisar pada dunia pendidikan, alam persekolahan dan psikologi kanak-kanak. walaupun sebilangan besar daripada penulis-penulis cer-pen di sarawak masih lagi daripada keturunan melayu/mela-nau tetapi bakat dari keturunan dan suku kaum lain sebenar-nya ada meskipun tidak ramai. selain jong chian lai yang memang sudah mantap kedudukannya bukan sahaja pada peringkat negeri bahkan juga kebangsaan, bakat-bakat lain yang pernah muncul ialah seperti tega bilong (kayan), livis empanang taka (iban), sirai daha (iban), sophia michael jenang (iban) dan stephen chung nguk huoi. bakat tega bilong dan livis empanang taka (yang mula-mula tercung-kil menerusi penyertaan mereka dalam beberapa peraduan 446</Page><Page Number="464">perkembangan penulisan cerpen d1 sarawak menulis anjuran dbpcs dan juga jpns) sudah teruji sam-pai ke peringkat nasional apabila masing-masing pernah me-menangi hadiah cerpen dbp-malayan banking dan hadiah cerpen esso-gapena. tega bilong juga pernah memenangi hadiah penghargaan penulis sarawak untuk beberapa buah cerpennya — "belian tumbang" (1991/1992) dan "keliring" (1992/1993). bakat sirai daha, sophia michael jenang dan stephen chung juga mula-mula terserlah menerusi kejayaan mereka dalam peraduan anjuran dbpcs. walau bagaimana-pun, atas sebab-sebab yang tidak jelas, kebanyakan nama-nama ini hanya muncul untuk seketika, (apabila berjaya memenangi sesuatu sayembara atau hadiah peraduan) atau dalam jangka masa yang singkat dan lepas itu mula tidak kedengaran lagi. sarawak mempunyai beberapa orang penulis wanita ber-bakat seperti jamilah morshidi, ratnawati jamil, hajijah jais, lena piee, sarimah alit, haslinda nong chee, naziah naziri dan sophia michael jenang. bakat dan nama jamilah mor-shidi, ratnawati jamil dan hajijah jais, misalnya sudah cukup dikenali oleh peminat dan pemerhati sastera bukan saja di sa-rawak bahkan juga pada peringkat nasional. walau bagaimana-pun, seperti halnya dengan penulis-penulis bukan melayu tadi, beberapa daripada nama-nama ini sudah jarang-jarang atau sudah lama tidak diketemui karya baharu mereka. latar dan bahan cerita kebanyakan penulis menggunakan latar yang pelbagai serta berbeza-beza untuk membangunkan cerita mereka. mereka menggunakan unsur-unsur dari budaya dan masyarakat sen-diri dan juga dari masyarakat lain di sekitar sebagai bahan dan juga latar cerita. walau bagaimanapun pada peringkat awal ra-mai juga yang seperti lebih selesa menggunakan unsur-unsur dan bahan-bahan yang lebih dekat dengan budaya mahupun pengalaman sendiri untuk membangunkan cerita mereka. dalam pada itu terdiri juga beberapa penulis yang ge-mar menggunakan unsur-unsur dan bahan-bahan dari luar 447</Page><Page Number="465">sastera kebangsaan: isu dan cabaran budaya sendiri ke dalam karya-karya yang mereka hasilkan baik sebagai latar mahupun bahan cerita: karya jong chian lai banyak bermodalkan unsur dan nilai hidup dari budaya dan masyarakat orang iban seperti cerpen "pindah", "tanah bukit", "meroboh tembok", "rabat" dan "menziarahi dunia sebayan". cerpennya "menganyam kedukaan", "antara om-bak keributan" dan "pasrah" pula semuanya berkisar pada keluarga dan masyarakat orang india. pun begitu, jong tidak mengabaikan langsung latar dan budaya masyarakat cina dalam karyanya seperti yang terbukti dalam cerpen "dunia orang tua" dan "si ho si guek". karya awangku merali - "angin dari senayan", "merah banjir di hulu", "berselindung di sebalik gunung" dan "pelagus" - juga menggunakan un-sur-unsur dari masyarakat dan budaya orang iban dan orang ulu. jais sahok pula banyak menggunakan unsur-unsur dari budaya dan masyarakat suku kaum selakau terutama sekali dalam karya-karya awalnya seperti "sabung ayam", "ber-akhirnya pesta ngoncong", "jagung pulut pusaka moyang" dan "langkau". abang patdeli abang muhi, seperti jong dan awangku, juga pernah menggunakan unsur-unsur dari bu-daya dan masyarakat iban dalam beberapa cerpennya seperti "kumang", "y.b. keling" dan "rentap". yang menarik, kebanyakan penulis yang menggunakan unsur-unsur dari luar budaya dan masyarakat sendiri itu se-bagai latar atau bahan cerita mereka masih dapat melakukan-nya dengan baik dan berkesan tanpa menimbulkan (banyak) kontroversi. lebih mengagumkan lagi, karya-karya yang menyerlah sama ada pada peringkat negeri mahupun ke-bangsaan banyak yang dari jenis ini - "angin dari senayan", "merah banjir di hulu", "berselindung di balik gunung" dan "pelagus", karya awangku merali; "tanah bukit", "meroboh tembok", "antara ombak keributan" dan "pindah", karya jong chian lai. selain itu, terdapat juga beberapa penulis yang berani men-cuba menggunakan latar cerita atau bahan-bahan yang sama sekali asing kepada mereka (yang mereka ketahui menerusi pembacaan atau berita daripada akhbar atau tv) tentunya 448</Page><Page Number="466">perkembangan penulisan cerpen d1 sarawak dengan bantuan daya imaginasi-kreativiti yang kuat: cerpen "ogaden" oleh jong chian lai yang memenangi hadiah penghargaan penulis sarawak (1992/1993) berlatarbelakang-kan perang saudara di somalia, afrika; cerpen "senja di bumi yang luka" oleh tega bilong yang memenangi hadiah sagu hati hadiah galakan sastera kenyalang 1993/1994 berlatar-belakangkan peperangan di bosnia; cerpen "diari sukimoya" oleh desmond manja gasan yang memenangi hadiah sagu hati peraduan menulis sempena hari guru 1997/1998 ber-latarbelakangkan keadaan di negeri jepun; cerpen "ngayau air" oleh hamlin abolhi yang memenangi hadiah kedua per-aduan tahun 1991 cuba menyelami dan memahami perasaan, tindak-tanduk serta jiwa nurani seekor buaya yang sedang mengganas (di batang lupar?). semua percubaan ini ter-nyata berjaya apabila karya-karya berkenaan turut terpilih memenangi hadiah-hadiah yang disediakan. penulis-penulis bukan melayu (kecuali jong chian lai) kebanyakannya seperti lebih mesra dan selesa menggunakan unsur-unsur dan bahan-bahan yang lebih dekat dengan bu-daya dan masyarakat mereka sendiri terutama sekali dalam karya-karya awal mereka: cerpen-cerpen tega bilong seperti "belian tumbang", "keliring" dan "lambaian dari lembah malau" semuanya berlatarbelakangkan masyarakat dan bu-daya orang ulu (orang kayan); cerpen-cerpen sirai daha yang menyertai peraduan dbpcs - "mengepung mimpi" dan "maruah" - berlatarbelakangkan adat dan kepercayaan orang iban berhubung dengan dunia orang mati; cerpen-cerpen li-vis empanang taka seperti "laluan maut", "pak balong" dan "misi sadok" juga berlatarbelakangkan masyarakat dan bu-daya orang iban. usaha untuk memaju dan mengembangkan penulisan (cerpen) peranan dbpcs tiga (jenis) kegiatan utama yang dikelolakan oleh dbpcs sejak ditubuhkan, yang boleh dikatakan telah banyak mem- 449</Page><Page Number="467">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bantu dalam perkembangan tradisi penulisan cerpen di ne-geri ini ialah peraduan atau sayembara menulis, bengkel atau bimbingan penulisan dan juga penyediaan ruang untuk me-nampung karya-karya penulis (dalam bentuk akhbar, majalah atau penerbitan lain termasuk kemudahan untuk menerbit buku). kegiatan peraduan atau sayembara mengarang (cerpen) yang dimulakan semenjak tahun 1979/1980 bukan saja mem-beri peluang dan avenue kepada calon-calon penulis di negeri ini untuk mengasah bakat bahkan pada masa yang sama, dapat membantu mengetengahkan atau mencungkil bakat yang ada. misalnya, peraduan siri pertama yang diadakan pada tahun 1979/1980 telah dapat mencungkil bakat serta men-getengahkan nama-nama penulis seperti majuni plera, saie dris, dedo nanas, openg onn, julaihi bujang dan zaini oje (meskipun tidak semuanya berkembang selepas itu). nama dan bakat sebilangan besar daripada penulis-penulis yang lain juga mula-mula dikenali menerusi penyer taan mereka dalam peraduan-peraduan yang diadakan sepanjang tempoh ini. se-hingga tahun 2001, tidak kurang daripada 18 kali peraduan penulisan cerpen (termasuk cerpen pelajar dan kanak-kanak) telah sempat diadakan. dengan purata 40 judul setiap penyer-taan, jumlah cerpen yang dihasilkan khusus untuk menyertai peraduan-peraduan ini saja, dengan mudah mencecah angka 700 judul (termasuk judul-judul yang tidak menang). kegiatan bengkel penulisan (yang dimulakan pada tahun 1982 dengan bengkel penulisan wilayah) dapat membantu memperkukuh serta memantapkan lagi bakat seseorang penulis yang sudah mula tercungkil atau dikesani dalam sesuatu peraduan — mendedahkan mereka kepada ilmu dan petua-petua yang penting bagi meningkatkan mutu penulisan mereka. contohnya, bengkel tahun 1982 itu telah disertai oleh beberapa orang peserta peraduan menulis yang diada-kan pada tahun 1979/1980. karya-karya yang dihasilkan dan dibincangkan khas (sebagai kerja kursus) sempena sesuatu bengkel juga dapat dibina untuk diterbitkan dalam bentuk buku atau antologi. sehingga kini, bengkel penulisan cerpen 450</Page><Page Number="468">perkembangan penulisan cerpen di sarawak yang kebanyakannya dibimbing oleh tokoh-tokoh/penulis-penulis cerpen berpengalaman seperti othman puteh dan ali majod sudah banyak kali diadakan, baik untuk bakat dan nama yang baharu saja tercungkil mahupun nama-nama yang sudah mula giat berkarya. sehingga kini belum ada satu kajian khusus untuk meli-hat hubungan dan kesan bengkel dengan peningkatan atau pemantapan bakat seseorang penulis. namun demikian, dari-pada kalangan nama-nama penulis cerpen yang ada sekarang, banyak yang pernah atau selalu mengikuti bengkel-bengkel penulisan ini. jong chian lai, jais sahok, hajijah jais, zake-ria embi, jamilah morshidi, sarimah alit dan haslinda nong chee, misalnya pernah atau selalu menghadiri bengkel yang dianjurkan sama ada ketika bakat mereka baharu sahaja dikesani ataupun sesudah mereka sudah agak giat berkarya. pun begitu terdapat juga beberapa penulis seperti awangku merali dan abdillah sm yang jarang-jarang atau tidak pernah mengikuti sebarang bengkel atau kursus penulisan tetapi ma-sih mampu menghasilkan karya-karya yang bermutu. beberapa ruang penampungan yang pernah disediakan oleh dbpcs bagi menampung karya-karya (cerpen) penulis (sarawak khususnya) ialah seperti ruangan "yang indah itu bahasa" dalam akhbar the borneo post (sekitar tahun 1986- 1992), risalah bahasa (sekitar tahun 1991-1993), ruangan "hadiah galakan sastera kenyalang" dalam akhbar berita harian edisi sarawak (sekitar tahun 1993/1994), ruangan "wadah bahasa dan sastera" (sekitar tahun 1995-1998) dan ruangan "yang indah itu bahasa" dalam akhbar utusan sara-wak (sekitar tahun 1999-sekarang). inilah ruangan-ruangan utama pada peringkat negeri yang menampung hasil karya kebanyakan penulis tempatan dalam tempoh ini. hasil daripada siri-siri peraduan dan bengkel yang di-adakan semenjak tahun 1979 sehingga sekarang, telah dapat membantu dbp menerbitkan sebahagian besar antologi cerpen penulis-penulis sarawak yang ada sekarang (lih. lam-piran 1). di samping itu, dbpcs juga dari semasa ke semasa meng- 451</Page><Page Number="469">sastera kebangsaan: isu dan cabaran usahakan penerbitan buku/antologi yang diterima manuskrip-nya secara unsolicited daripada penulis (selain hasil peraduan atau bengkel) dan sehingga kini sudah terdapat beberapa judul yang terbit secara demikian (lih. lampiran 1). di samping tiga kegiatan utama itu, untuk menarik dan/ atau menambah minat, penghayatan, apresiasi serta pema-haman tentang cerpen dan selok-belok penulisannya, db-pcs juga kerap mengadakan sesi-sesi ceramah dan diskusi atau perbincangan yang berkaitan baik untuk khalayak yang umum (para pelajar, guru dsb) mahupun untuk khalayak pe-nulis yang sudah dikenal pasti. semua jenis/bentuk kegiatan ini masih lagi dilaksanakan sehingga ke hari ini. ada yang diadakan (hampir) setiap tahun seperti peraduan menulis (untuk khalayak umum dan juga khalayak khusus seperti pelajar sekolah), ceramah dan diskusi. ada yang diadakan dari semasa ke semasa seperti bengkel atau kursus singkat. peranan dan sumbangan badan/persatuan penulis tugas untuk memaju dan mengembangkan penulisan dan sastera kebangsaan (termasuk cerpen) dalam tempoh ini tu-rut didukung dan disokong oleh badan dan persatuan penulis seperti gpps (gabungan persatuan penulis sarawak) dan badan-badan gabungannya seperti angkatan karya (di ku-ching), angkatan karyawan kawasan tengah atau angkat (di sibu) dan persatuan penulis utara sarawak atau putera (di miri). badan-badan ini, semasa hayatnya (gpps, angkatan karya dan angkat sudah tidak wujud lagi), cukup aktif men-jalankan kegiatan-kegiatan untuk membantu dalam usaha me-maju dan mengembangkan penulisan dan sastera kebangsaan di sarawak. dengan peruntukan kewangan dan prasarana yang terbatas badan-badan ini masih mampu menjalankan ke-giatan-kegiatan tersebut - mengadakan sesi-sesi diskusi dan perbincangan karya serta bengkel penulisan terutama untuk ahli-ahlinya, bekerjasama dengan organisasi lain seperti dbp dalam penyelenggaraan kegiatan-kegiatan seperti bengkel 452</Page><Page Number="470">perkembangan penulisan cerpen di sarawak dan seminar dan menerbitkan/ mengusahakan penerbitan karya-karya para ahlinya. beberapa contoh kegiatan yang pernah dianjurkan yang berkait dengan penulisan cerpen ialah seperti bengkel pe-nulisan kreatif (cerpen) di miri pada tahun 1985 (anjuran putera dan dbpcs), bengkel asas penulisan cerpen di sibu pada tahun 1986 (anjuran angkat dan dbpcs), kur-sus asas penulisan (termasuk cerpen) atau kaps di kuching pada tahun 1988/1989 (anjuran angkatan karya dan dbpcs) , majlis meraikan penerima-penerima hadiah sastera malaysia dari sarawak (cerpen dan puisi) yang diadakan di miri pada tahun 1987. gpps juga sempat menerbitkan antologi (cerpen) persendirian beberapa orang ahlinya (lihat lampiran 1). peranan dan sumbangan jabatan pendidikan negeri sarawak (jpns) semenjak tahun 1986 jpns turut memainkan peranan pen-ting dalam usaha untuk menanam dan menggalakkan minat terhadap penulisan sastera kebangsaan khususnya di kalang-an guru dan pegawffi perkhidmatan pendidikan. pada tahun tersebut, jpns (dengan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri) telah memperkenalkan (buat pertama kali) kegiatan peraduan menulis kreatif dan bukan kreatif sempena peraya-an/sambutan hari guru. peraduan yang meliputi genre cer-pen (juga puisi, esei dan skrip drama) dan diadakan khusus untuk para guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan itu, kerana sambutan yang baik dan menggalakkan, kemudian telah menjadi kegiatan tahunan jpns sehingga ke hari ini. selain menjadi medan tambahan untuk penulis-penulis daripada kalangan warga pendidikan mempertajamkan bakat mereka, peraduan-peraduan itu juga telah (dapat) membantu mencungkil dan mengetengahkan beberapa lagi nama dan bakat baharu dalam bidang penulisan (cerpen) di negeri ini (selain nama yang diketengahkan melalui kegiatan-kegiatan dbpcs). antara nama dan bakat yang mula-mula muncul me-lalui peraduan hari guru ini ialah seperti desmond manja, 453 •</Page><Page Number="471">sastera kebangsaan: isu dan cabaran abd. malek haji bedu, livis empanang taka dan rashid has-san. dengan purata 35-40 judul cerpen untuk setiap kali (ta- hun) penyertaan, jumlah cerpen yang dihasilkan oleh warga pendidikan di sarawak sempena peraduan ini sehingga seka- rang sudah mencecah angka di sekitar 500 judul (termasuk judul-judul yang tidak terpilih/memenangi sebarang hadiah). sehingga tahun 2001, hasil daripada peraduan-peraduan tersebut, jpns telah dapat menerbitkan 14 siri antologi cikgu —dari cikgu i hingga cikgu xiv (satu antologi setiap tahun) —yang memuatkan karya-karya terpilih/yang memenangi peraduan (cerpen, puisi, esei dan skrip drama) dengan cer-pen berjumlah tidak kurang daripada 80 judul. masalah dan cabaran sarawak sebenarnya mempunyai banyak bakat penulis (cer-pen) dari dahulu sehingga sekarang seperti yang pernah muncul setiap kali peraduan diadakan. walau bagaimana-pun, banyak juga daripada bakat itu yang kurang atau tidak menjadi ataupun tidak (dapat) berkembang ataupun teruji secukupnya. di kalangan mereka yang dikira sudah mantap dan kukuh kedudukan sebagai penulis berbakat, banyak juga yang sudah mula tidak berkarya lagi. akibatnya, penghasilan/penulisan cerpen sejak beber-apa tahun kebelakangan ini nampak seperti dikuasai oleh segelintir nama dan bakat yang sama (terutama mereka yang mula-mula muncul pada awal 1980-an). karya-karya mereka inilah yang sering atau banyak mengisi ruangan yang ada baik pada peringkat negeri mahupun peringkat nasional. perkembangan ini, misalnya amat dirasai oleh teman-teman di dbpcs yang mengelolakan ruangan "yang indah itu baha-sa". mereka selalu kekurangan cerpen (yang sesuai dan ber-mutu) untuk disiarkan apabila karya yang diterima daripada bakat-bakat baharu/muda selalunya belum mencapai tahap yang diharapkan. dalam keadaan yang sedemikian, mereka terpaksa juga menyiarkan bahan daripada segelintir penulis 454</Page><Page Number="472">perkembangan penulisan cerpen di sarawak yang sama saja. keadaan begini seolah-olah membayangkan negeri sarawak memang benar-benar kekurangan atau ketan-dusan bakat penulis! kesimpulan soalan dan cabaran besar kepada semua pendukung, peng-giat dan peminat sastera dan penulisan (cerpen) di sarawak sekarang, termasuk badan dan organisasi berwajib (dbp, persatuan penulis dll) ialah: pertama, bagaimana untuk "me-narik balik" penulis-penulis yang sudah tidak atau kurang aktif berkarya itu untuk aktif dan giat berkarya semula; dan kedua, bagaimana untuk memantap serta memperkukuh lagi bakat-bakat muda atau bakat-bakat yang baharu muncul dan memastikan mereka dapat, bukan saja menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi bahkan juga mampu berkarya se-cara terus-menerus. kedua-dua soalan ini mesti dicari jawapan dan jalan pe-nyelesaiannya bersama. jika tidak, besar kemungkinan du-nia dan tradisi penulisan cerpen di negeri ini akan menemui masa depan yang malap apabila bakat-bakat besar yang masih berkarya sekarang sudah tidak ada lagi. beberapa cadangan untuk difikirkan bersama untuk penulis-penulis mapan 1. disedia/diberi grant kepada penulis-penulis yang sudah terbukti bakat serta kemampuan mereka untuk meng-hasilkan judul/karya tertentu. 2. dilantik penulis-penulis ini untuk menjalankan/mengen-dalikan kegiatan-kegiatan tertentu seperti kursus, beng-kel dsb (bagi pihak badan atau organisasi berwajib) se-cara terancang untuk sekumpulan penulis/bakat muda yang terpilih. 3. disediakan penerbitan khas untuk menyiarkan karya penulis-penulis ini. 455</Page><Page Number="473">sastera kebangsaan: isu dan cabaran untuk bakat yang baharu muncul 1. disediakan kemudahan-kemudahan untuk mereka ber-bengkel, berkursus dan berlatih menulis secara teran-cang dan intensif. 2. dilantik pembimbing/mentor khusus untuk membim-bing sekumpulan calon penulis/bakat muda untuk satu tempoh tertentu/sehingga bakat mereka sudah mantap. 456</Page><Page Number="474">perkembangan penulisan cerpen di sarawak lanipiran 1 antologi cerpen penulis-penulis sarawak (1984 - 2001) judul antologi• sumber/hasil 1. hati (dbp, 1984) - 15 cerpen/15 penulis•peraduan 1979/1980 2. suatu pencarian (dbp, 1984) - 10 cerpen/ peraduan 1981 3. antara dua kepercayaan (dbp, 1985) - 4. surat dari pulau (dbp, 1985) - 16 cerpen/ 16 penulis bengkel 5. kedamaian yang hilang (peny. hamzah hamdani, dbp, 1987) - 12 cerpen/10 penulis 10 penulis 10 cerpen/10 penulis bengkel peraduan 1982/ 1983 bengkel (bengkel wilayah 1982 peraduan 1984 6. berakhirnya pesta ngoncong (peny. jiso•peraduan 1988 rutan, dbp, 1991) - 14 cerpen/10 penulis 7. musim terakhir (dbp, 1988) - 18 cerpen/antologi persendirian jong chian lai 8. kepulangan yang ditunggu (peny. hamzah peraduan 1980/ hamdani, dbp, 1988) - 10 cerpen/6 penulis 1982 9. sepanjang jalan beronak (dbp, 1989) - 4 cerpen/2 penulis 10. dunia tidak terlalu sepi (gpps, 1989) - 15 cerpen/antologi persendirian jais sahok 457</Page><Page Number="475">sastera kebangsaan: isu dan cabaran judul antologi• sumber/hasil 11. wali (peny. hajijah jais, dbp, 1991) - 14 cerpen/6 penulis wanita 12. mengepung mimpi (peny. yeop johari•peraduan 1991 yaakob, dbp, 1992) - 24 cerpen/20 penulis 13. potret lusiana (peny. jiso rutan, dbp, 1996) bengkel 1990 - 15 cerpen/11 penulis 14. meminggir angin (peny. hajijah jais,•bengkel 1994 dbp, 1997) - 15 cerpen/6 penulis 15. garis panorama (dbp, 1994) - 17 cerpen/ antologi persendirian jais sahok 16. bunga rimba (dbp, 1997) - 13 cerpen/•hadiah cerpen antologi persendirian jong chian lai•dbp/malayan banking 17. menganyam kedukaan (peny. jiso rutan,•hadiah dbp, 1997) - 15 cerpen/9 penulis•penghargaan penulis sarawak 1991/1992/1993 18. rindu sang puteri (dbp, 1998) - 30 cerpen/ antologi persendirian haslinda nong chee 19. penghujung resah (peny. che zainab omar, bengkel 1997 dbp, 1999) 20. keti pung bunga jambu (peny. abang patdeli abg. muhi/hajijah jais, dbp, 1995) - 27 cerpen/ 11 penulis 21. pilihan (peny. jalil abd. rahman, dbp, 1996) - 15 cerpen/staf dbpcs 458</Page><Page Number="476">perkembangan penulisan cerpen di sarawak judul antologi• sumber/hasil hadiah galakan sastera kenyalang 1993/1994 22. caturrangga (dbp, 1999) — 20 cerpen/ 14 penulis 23. mawar merah untuk slena (gaya media, 1999) — 10 cerpen/antologi persendirian abd. malek haji bedu 24. jambatan laut cina-selatan (dbp, 2000) —18 cerpen/antologi jais sahok dan mohd. fadhil ismail 25. cerita dari sebuah taman (dbp, 2001) —antologi persendirian awangku merali pengiran mohamed 459</Page><Page Number="477">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lampiran 2 beberapa kejayaan penulis pada peringkat nasional (hadiah/anugerah cerpen) penulis• hadiah/anugerah diterima 1. awangku merali pengiran mohamed 2. jong chian lai 1. hadiah sastera malaysia 1984/85 ("angin dari senayan") 2. hadiah sastera malaysia 1985/86 ("merah banjir di hulu") 3. hadiah esso-gapena 1991 — pertama ("cerita dari sebuah taman"); ketiga ("berselindung di balik gunung") 1. hadiah sastera malaysia 1984/85 ("tanah bukit") 2. hadiah sastera malaysia 1985/86 ("siapa pembunuh anakku") 3. hadiah sastera malaysia 1986/87 ("pemberontakan") 4. hadiah dbp-malayan banking 1989 — sagu hati ("dunia orang tua") 5. hadiah dbp-malayan banking 1990 — pertama ("antara ombak keributan") 6. hadiah utusan-public bank 1991 — sagu hati ("rabut") 7. hadiah dbp-malayan banking 1995 — pertama ("meroboh tembok"); kedua ("menziarahi dunia sebayan") 460</Page><Page Number="478">perkembangan penul1san cerpen di sarawak 3. jais sahok 4. jali kenoi 5. lucas takip 1. hadiah esso-gapena 1983 — sagu hati ("engkabang") 2. hadiah esso-gapena 1984 — sagu hati ("luka tidak berdarah"); sagu hati ("marilah sayang pulang bersamaku"); sagu hati ("seorang puteri sebuah pelukan") 3. hadiah dbp-malayan banking 1991 — kedua ("refieksi paradigma") 4. hadiah esso-gapena 1991 — sagu hati ("garis panorama") 5. hadiah esso-gapena 1992 — sagu hati ("akad akal") 1. hadiah dbp-malayan banking 1991 — sagu hati ("bot ekspres") 1. hadiah dbp-malayan banking 1996 — sagu hati ("hijau-hijau bumi kemarau") 6. livis empanang taka 1. hadiah dbp-malayan banking 1992 — kedua ("demi sebuah kemerdekaan") 2. hadiah dbp-malayan banking 1993 — sagu hati ("misi sadok") 7. yusuf mustanir 8. khatem ariffin 9. tega bilong 1. hadiah esso-gapena 1988 — sagu hati ("tanah mas") 1. hadiah esso-gapena 1999 — sagu hati ("biarlah kami di sini") 1. hadiah esso-gapena 1995 — sagu hati ("anekdot seorang pejuang") 461</Page><Page Number="479">sastera kebangsaan: ise dan cabaran lampiran 3 penerima anugerah peringkat negeri hadiah sastera kebangsaan negeri sarawak (cerpen) 1. awangku merali p. mohamed — 1994 2. majuni plera — 1995 3. jong chian lai — 1996 4. abdillah sm 1997 5. hajijah jais — 1998 6. jais sahok — 2000 hadiah penghargaan penulis sarawak (cerpen) 1. zakeria embi — 1991 ("sembelih") 2. jais sahok — 1991 ("ini yang kupilih"); 1992 ("afif'); 1993 ("pengorbanan"); 1994 ("dayak bukit"); 1998 ("di pinggir desa") 3. jong chian lai — 1991 ("menganyam kedukaan"); 1992 ("oga-den") ; 1999 ("bulan bertanda"); 2000 ("xi ahua") 4. abang patdeli abang muhi — 1991 ("kumang"); 1992 ("fajar merah") 5. hajijah jais — 1992 ("mentua menantu"); 1998 ("sindrom 40"); 2000 ("antara dua darjat") 6. tega bilong — 1992 (belian tumbang di kaki gunung"); 1993 ("keliring") 462</Page><Page Number="480">perkembangan penul1san cerpen di sarawak 7. jeli bohari bihar — 1992 ("pesta kaul") 8. ratnawati jamil — 1993 ("bergendang") 9. idris boi — 1994 (tong drum") 10. rafaiee ismail — 1994 ("syawal 1414h"); 1995 ("muhammad ramadhan"); 1996 ("kematian") 11. abg. kassim abg. bujang — 1995 ("pengertian sebuah cin-ta") 12. alantha nyibomb — 1995 ("puisi untuk mimi") 13. roziah taib — 1995 ("keinsafan") 14. abg. median abg. said — 1995 ("catatan katarsi diri"); 1996 ("benarkah begitu"); 2000 ("dari dalam diri") 15. sarimah alit — 1996 ("bersama hati yang luka") 16. lucas takip — 1996 ("pembantu rumah baru"); 1999 ("batu berlumut") 17. rabian ahim — 1996 ("secalit warna, sekepal tanah") 18. iqmal hisham dolek — 1997 ("tiada tuhan di oklahoma?") 19. azeman jarani — 1997 ("antara aku, angin dan sang buana") 20. abd. malek haji bedu — 1997 ("jejak-jejak yang hilang") 21. norasmah othman pawi — 1997 ("mawar putih untuk mummy"); 1998 ("fragmen perempuan merdeka"); 1999 (dj@hotmailcom) 22. robin junang — 1997 ("amuk"); 1998 ("hutan") 23. abdillah sm — 2000 ("ke dalam rafflesia") 463</Page><Page Number="481">sastera kebangsaan: isu dan cabaran 24. douglas jaga - 2000 ("tumm") 25. dahiri saini - 1998 ("mentafsir mimpi") 26. majuni plera - 1999 ("sebuah destinasi") kertas kerja ini dibentangkan dalam perkampungan penulis sarawak di hotel mega, anjuran putera dan dbp pada 5-8 jun 2002. hamzah hamdani dan abang haliman abang julai (ed.), 2003. pelagus: antologi sastera sarawak (jilid ii) kuching: dewan bahasa dan pustaka cawangan sarawak. 464</Page><Page Number="482">teater kita: maruahnya di mana, hasilnya bagaimana? johan jaaffar saya gunakan "kita" dengan insaf, tanpa ragu dan prasangka. seharusnya kita mempunyai teater nasional, dengan imej dan identiti yang dijangkakan, yang menyerlahkan pernyataan kreatif satu bangsa yang bermaruah dan bertamadun tinggi. padanya kita letakkan nilai atau ukuran sebagai tahap pencapaian bersama. hasil-nya adalah milik yang terpelihara dan dibanggakan. apabila dipersembahkan ia menjadi sebahagian daripada tradisi ke-senian negara. orang jerman mempunyai faust, perancis mempunyai moliere dan racine, inggeris mempunyai shake-speare. kita mempunyai apa? 465</Page><Page Number="483">sastera ksbangsaan: isu dan cabaran secara aneh revolusi perancis dikatakan bermula dengan persembahan pertamamarriageoffigarokarya beaumarchais. sewaktu pergerakan nasionalis ireland bermula pada abad yang lalu, yeats dan lady gregory perlu menubuhkan abbey theatre dengan matlamat melahirkan teater nasional yang beridentiti sendiri. malah baris-baris yang diucapkan oleh raja henry v di agincourt dikatakan menjadi inti dan model pada semangat kesetiaan negara england sejak tiga abad yang lalu. lalu pementasan "henry v" karya shakespeare itu perlu menjadi ritual nasional! hasil teater sesungguhnya berkemampuan membuat per-nyataan lebih baik daripada sebarang medium perhubungan manusia yang lain. di dalamnya terkandung aksi yang amat simbolik dan termuat metafora. teater harus dilihat sebagai satu bentuk pemikiran, satu proses kognitif. satu cara yang membolehkan kita menterjemah konsep yang abstrak ke-pada pengertian yang konkrit atau memungkinkan kita me-nyediakan satu suasana dan mencari penyelesaiannya, jika mampu. teater kita rniskin. teater kita sakit. kasar. hina. tidak terbela. dalam kemiskinannya, ia menongkah arus, mencari tanpa jemu, seperti seorang adam dalam bukan bunuh diri. mencari hakikat diri dan kewujudannya. dalam sakitnya, ia merangkak, bertatih, kadangkala diulit mimpi, bagai patani dalam angin kering. ia lancang menyoal, celopar mencabar, tanpa segan-silu mencarut macam watak-watak komedi bidin subari. dalam kedaifannya ia dianggap kecil, second-class dan disisihkan dari arus pemikiran intelektual, macam alang yang tidak pernah diambil serius. ia bebas lepas, kacau, haru dan ragu, penuh pretensi macam jelmaan watak-watak penglipur lara dalam karya-karya hashim yassin. inilah imej-imej yang terbangun daripada teater kita. imej-imej yang memancarkan keadaan sebenar teater kita itu. teater kita adalah mega, adalah jebat, adalah agus, adalah maha tahu, adalah pandir, adalah culan, adalah mak andak, adalah jumal. sebelum ini kita punya si bongkok, panglima khalid, 466</Page><Page Number="484">teater kita: maruahnya d1 mana shamsuddin, setia dan falel hasil daripada shaharom husain, kalam hamidy, kala dewata, usman awang dan a. samad said. itu zaman gemilang teater realistik. zaman orang boleh datang berbondong-bondong melihat kejadian harian dilakonkan semula di pentas prosenium atau di tanah lapang. itu zaman yang memungkinkan tambak johor berlaku kesesakan lalu lintas apabila ada pementasan drama shaharom hussein di johor bahru. itu zaman kebangkitan semangat nasionalisme dan rakyat rakus mencari nilai kesetiakawanan di pentas teater. geruh bangsawan belum seluruhnya berakhir. orang masih menggilai anak wayang. sekalipun kesannya tidak se-hebat bangsawan, orang masih pergi ke panggung menik-mati drama. tidak lagi keadaannya sekarang. kita kehilangan audiens. benar ini bukan fenomena tempatan sahaja, di mana-mana pun orang teater merintih kerana audiens semakin menipis. the mousetrap, drama agatha christie yang memegang rekod paling banyak kali dipentaskan itu dapat bertahan kerana ia sebahagian daripada package deal untuk pelancong. atau kerana england mempunyai tradisi teater yang ber-lanjutan dan terbela. tradisi teater kita adalah tradisi rakyat. sekalipun ada perlindungan istana, naungan itu hanya untuk satu atau dua jenis kesenian sahaja. itu pun tidak bertahan lama. tradisi rakyat juga menuntut kesinambungan yang tersendiri. juga penaungnya. naungannya selalu bersifat kerakyatan juga. sambutan misalnya. penghibur rakyat hanya dapat bertahan dengan sokongan rakyatnya. wayang kulit dapat bertahan se-bagai teater popular di kelantan kerana hakikat ini. teater kita seharusnya punya tradisi kerakyatan yang kuat dan berakar umbi ini. seharusnya. cuma sayang, sekalipun orang teater kita mempunyai akar kerakyatan, tetapi dalam melengkap dan memenuhkan keperluan ilmunya dia meneng-gelamkan dirinya dengan tradisi ilmu dari barat yang amat asing baginya. tradisi yang memberikannya faham, aliran 467</Page><Page Number="485">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dan konsep yang sekalipun memang berakar umbi di dalam masyarakatnya, diberikan nama lain. dia lebih mengenali iliad, odyessey, oresteia, oedipus dan hamlet. dia lebih mengenal chekhov, ibsen, brecht dan beckett. dia betah menganalisis tradisi dan kebudayaan asing ini secara jelas, dengan faham dan aliran yang terhasil dari setiap peringkat tamadun itu. dia akan menghujah dan menghurai teori adolphe appia, antonin artaud, bertolt brecht, gordon craig, bernard shaw, konstantin stanilslavsky, richard wagner atau emile zola. inilah tradisi keilmuan yang dihadapkan kepadanya. dalam menyedia dirinya menjadi orang teater, dia mengenal teori dan kon sep, fahaman dan falsafah, sekalipun kesemuanya asing. lalu setelah puas mengunyah faham akan teori asing ini, dia kembali ke akar umbinya, mengenal gerak dan riak pada perlakuan primitif bangsanya. pada tradisi perbomohan, pemujaan, juga teater tradisinya makyung, menora, wayang kulit, bangsawan dan sandiwara. ini adalah dilema teater kita. dilema nilai dan hakikat. dilema manusia atau senimannya. jangan salahkan mereka. kita tidak mempunyai tradisi pembelajaran atau penghayatan seni dalam pendidikan kita sebelum ini. berdrama hanya satu acara masa lapang untuk hari ibu bapa atau latihan bahasa dalam kelas. anak-anak kita tidak dilatih mengenal teater se-bagai seni, sebagai satu cabang pernyataan bangsanya. lalu anak-anak ini tidak pernah peduli menghayati. apatah lagi dengan kehadiran tv yang menyediakan seribu satu bahan tontonan yang lebih merupakan sampah sarap yang menyakitkan daripada tontonan rohani yang sebenar. inilah tradisi yang kita sediakan untuk anak-anak kita. tradisi yang meletakkan dallas, six million dollar man, bionic woman dan entah apa lagi sebagai hiburan bermutu. hiburan kelu-arga yang pasti. untuk kemudian dibicara dan dihujahkan. audiens teater semakin menghilang. ini bukan krisis kita sahaja. ini krisis broadway, krisis paris, krisis west end. ini krisis universal. krisis yang melanda masyarakat yang mem- 468</Page><Page Number="486">teater kita: maruahnya di mana punyai tradisi teater yang berlanjutan, apalagi kita, yang tradi- si teaternya selalu dianggap baharu dan masih mencari arah. teater mempunyai audiens yang setia. audiens ini terus menduduki ruang-ruang penonton. sekalipun jumlahnya ti-dak bertambah, mereka akan hadir, orang yang sama bagi hampir setiap pementasan yang berbeza. mana hasilnya? sering pula soalan ini timbul. sesekali dalam keghairahan mencari salah krisis ini, kita melupakan hakikat sebenarnya. hasil itu sendiri. berapa banyakkah drama yang tertulis setiap tahun? dan berapa banyak pemen-tasan pula setahun? beberapa waktu kebelakangan ini terasa benar sepinya. tidak terdengar satu produksi yang mendapat perhatian besar. selepas riuh-rendah pesta teater generasi ketiga itu, tidak lagi terdengar sebarang khabar tentang teater. kalau ada pun, persembahan kecil, di ruang tersorok, jauh dari mesin publisiti yang selalunya lebih ghairah menggembur-kan bintang yang gagal berkemilau. secara jujur, dalam tahun ini berapa buahkah naskhah baharu terhasil? tanyalah dinsman, hatta, hashim. dan berapa banyak pula karya tersimpan tanpa dipentaskan. alasannya seribu satu. pementasan teater selalu gagal me-narik audiens. hambatan wang selalu menghantui pembikin teater. teater perlukan naungan. sastera mempunyai dewan bahasa dan pustaka, teater ada apa? pengurusan sastera te-rancang, dokumentasinya lengkap, dasarnya pasti, matlamat-nya jelas. sasterawan selalu terbela. tetapi teater kita tidak dapat menumpang kasih pada apa pun. pembiayaannya selalu bergantung pada ihsan seorang atau dua teman di beberapa institusi, sekurang-kurangnya untuk belanja membuat poster atau buku cenderamata. berapa kerat kumpulan teater yang bernasib baik mendapat pembelaan ini? kementerian kebudayaan, belia dan sukan (kkbs) tidak banyak memb antu. teater bukan prioriti di kkbs. peruntukan untuk galakan teater diletakkan dalam vot yang sama untuk pesta burung, wau dan gasing. sesekali kkbs mengadakan 469</Page><Page Number="487">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bengkel, kesannya tidak pernah dihujahkan. pertandingan drama bukan jawapan pada krisis itu. pertandingan tidak per-nah berjaya menghasilkan manikam. kkbs tidak mempunyai dasar teater nasionalnya. teater harus dirancang strateginya. dasarnya, harus diperjelas. di tangan para birokrat ini, teater hanya kegiatan masa luang, kalau tidak membuat tandas curah, buat drama. supaya belia tidak terjerumus dalam wabak dadah, aktiflah berteater. teater generasi ketiga bukan gabungan teater. ia sekadar gerakan dan suara kolektif segolongan orang teater ibu kota yang berasa perlu menyuarakan ketidakpuasan mereka ter-hadap dasar dan perancangan teater yang ada, sikap peng-urus kebudayaan terhadap teater dalam menentukan arah teater nasional. hasratnya murni. cuma teater generasi ketiga gagal merealisasikan impiannya. teater generasi ketiga mahu mengadakan pesta 18 malam, mengumpulkan para simpati-sannya dari 13 kumpulan teater yang aktif di seluruh negara bermula pada 1 februari tahun lalu untuk membuktikan orang teater boleh menguruskan dirinya sendiri. mereka perlukan rm90 000.00 untuk itu. siapa yang mahu memberikan wang sejumlah itu untuk sebuah pesta teater? orang teater generasi ketiga adalah anak-anak muda yang sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja. di belakang mereka ialah cerita kemarahan dan kekecewaan yang berbaur kecekalan. mereka merayu, mendesak dan cuba meyakinkan. mereka ke firma insurans, motokar, rokok dan entah apa lagi. mereka rela "kompeni sekian" menganjurkan "pesta teater generasi ketiga". asalkan grup teater terbaik negara ini dapat ke kuala lumpur menunjukkan persembahan terbaik mereka. komputer dan tamu dari terengganu, teater malini dari kelantan, majlis teater sekolah-sekolah kedah, grup teater kota kinabalu, seri tarina dari sarawak, juga kumpulan-kumpulan terbaik dari ibu kota: grup teater elit, grup dewata dbp, anak alam, 470</Page><Page Number="488">teater kita: marliarnya di mana grup avant-garde, grup teater kreatif dan grup teater ukm. di dalamnya tergabung nama-nama seperti dinsman, johan jaaffar, hatta azad khan, zakaria ariffin, nasir jani, hashim yassin, aziz h.m., norjaya di jassan, meor hashim manaf. mereka gagal. tiada siapa yang berani mempertaruhkan wang sebanyak itu sekalipun untuk sebuah peristiwa teater sebesar itu. siapa yang pedulikan teater di negara ini? tanyalah orang teater, sakit dan seksanya mementaskan teater di negara ini. panggung dan cukainya. hiruk-pikuk birokrasi yang tidak ada kesudahannya. batasan media massa. entah apa lagi. sesekali orang teater berasa bahagia apabila ada institusi sanggup membiayai pementasannya. kalau tidak sepenuh-nya, sebahagian pun jadi. teater negara ini berserabut de-ngan masalah, banyak daripadanya dapat dielakkan sekiranya peranan naungan dapat diambil alih oleh institusi berwajib, jika ada. pengalaman mengajar orang teater bahawa dengan se-dikit kerjasama daripada semua pihak, orang akan berbon-dong-bondong kembali ke pentas teater. pada tahun 1979, jabatan pengajian melayu sempena perayaan 25 tahunnya menganjurkan pesta teater 25 tahun dengan kerjasama majlis kebudayaan kuala lumpur. biayanya besar, tetapi rasanya belum pernah perhatian yang begitu meluas diberi-kan terhadap teater tempatan. audiens memenuhi setiap inci ruang pementasannya baik di panggung eksperimen, pang-gung bandaraya, dewan british council atau dewan tunku cancelor. siapa kata kita terus kehilangan audiens? teater kita perlukan publisiti sebegitu. tetapi yang lebih penting biaya dan perancangannya. di tangan orang yang betul, teater kita akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. seringnya perancangan kesenian di tangan orang yang salah. para birokrat yang malas dan tidak sensitif tidak akan berupaya memikirkan arah dan masa depan kesenian negaranya. seringnya pertimbangan bukan kebudayaan men- 471</Page><Page Number="489">sastera kebangsaan isu dan cabaran jadi kayu ukur sebarang pelaksanaan kebudayaan. seringnya pula dasar kebudayaan itu, akibat tidak jelas pentakrifannya, jadi landasan kontroversi yang tidak berkesudahan. sering pula penyalahtakrifan membangkitkan penilaian yang me-nyimpang pula. mestikah masa depan kebudayaan kita di tangan orang seperti ini? orang yang kehilangan minat dan tidak perasa ter-hadap arus kebudayaan semasa. pengurus kebudayaan yang tidak berfikir. yang tidak dapat menyediakan arah dan lan-dasan masa depan kebudayaan negara, apalagi merangsang pemikiran orang banyak ke arah itu. mereka bersembunyi di sebalik himpunan fail yang tidak perlu, mencari justifikasi ke-jahilan mereka, menjadikan rumusan kongres kebudayaan kebangsaan sebagai hadis, rumusan yang mereka sendiri ti-dak fahami sepenuhnya. mereka mempunyai idea sendiri tentang kebudayaan. dan seringnya mengajak para pengkritik mereka berdialog, dialog yang akan dirakamkan, disimpan seperti banyak lagi pita, di satu penjuru yang terbiar. mereka istilahkan dialog itu "gaduh" dan akan dirujuk demikian setiap kali dibicarakan soal yang buruk-buruk tentang kebudayaan. kita usah bercakap tentang masa depan teater dengan orang seperti ini. usah diberikan mereka mengurus sebuah panggung kesenian, kerana panggung itu kelak akan men-jadi medan mereka membeberkan teori pengurusan, bukan gelanggang seniman berkarya. kita banyak diwarnakan oleh slogan. tidak ada salahnya berslogan. teater secara kasar bermuat slogan. tetapi slogan selalunya sementara, kesannya terasa hambar. teater slogan adalali teater miskin idea dan fahaman. ia jadi teater anak-anak. setiap gerak harus diterangkan maknanya, pengertian-nya, malah dipaksakan kepada audiensnya. pantomim atau apa pun istilahnya, anehnya menjadi satu klise pula bagi se-setengah acara negara. gagal menarik audiens di ruang sebenarnya, teater harus mencari audiensnya sekalipun menghina diri menjadi teater slogan? 472</Page><Page Number="490">teater kita: maruahnya di mana apakah yang mewajarkan teater sebagai teater? imitasi dari-pada yang real? perlakuan manusia yang dilakonkan semula? apa pula konsep realiti dalam teater? realiti yang disajikan semula? persembahan bentuk-bentuk dramatik memang sejak sekian lama menjadi alat utama bagi anggota masyarakat me-nyampaikan pengajaran dari segi pola perlakuannya. teater se-benar adalah satu cara berfalsafah, menghujah secara pemikir-an tiap watak manusia tadi. dalam situasi inilah, tenaga dan kekuatan imaginasi terus melahirkan pemikiran intelektual tentang alam dan kehidup-an. alatnya ialah konvensi, ukurannya struktur perasaan, yang apabila dirangkaikan menjadi pernyataan kreatif dan imaginatif yang paling intim dengan masyarakat itu. seperti pengucapan lainnya, teater kita selalu dekat pada permasalahan kerakyatannya. alam fantasi bangsawan yang menyeret audiens ke dunia eskapisme tidak lagi mendapat tempatnya dalam genre sandiwara. secara tegas ketidakadilan, kepura-puraan dan penindasan sering menjadi sasaran kritikan ini. kritikan yang mengambil bentuk imej dan simbol di pentas terbuka. sering juga sejarah ditafsirkan semula, diungkap ke pentas teater. tradisi teater moden kita mengaitkan pula teo-ri dan fahaman baharu dalam berbagai-bagai segi, termasuk pendekatan, cara persembahan, malah lakonan. teater moden kita disemarakkan oleh percubaan-per-cubaan ini, kadangkala terlalu berani, hingga memualkan se-setengah orang. teater moden kita jadi lancang, kasar dan terus terang. ia memanifestasikan kegelisahan seniman ba-haru pada zaman baharu, dilema orang kreatif yang penuh permasalahan. teater moden kita cenderung ke arah absurdisme? label selalunya mengelirukan. tetapi menarik sebagai latihan intelektual. pernah satu waktu, teater moden kita dikocakkan oleh label ini. ada beberapa orang ahli teater kita yang mem-bawa aliran ini kononnya. lalu pada mereka dikaitkan "sukar" dan "payah difahamkan" teater moden teater absurd. teater moden sukar difahami. ini satu lagi krisis teater kita. audiens kita malas berfikir. 473</Page><Page Number="491">sastera kebangsaan. isu dan cabaran tradisi intelektual kita tidak cukup diuji oleh hasil karya yang bermutu. maka yang mediocre selalu mendapat perhatian. pada akhirnya kita tidak dapat lagi mengenal batu dengan permata. ukuran faham dan tidak faham juga sering mengeliru-kan. diambil secara fragmen, gerak dan korus dalam drama-drama yunani yang straight-forward itu sekalipun menimbul-kan kesukaran menanggapnya. brand dan peer gynt karya ibsen harus difahami daripada konsep berteater karyawan-nya. drama-drama antifeminisme strindberg tidak selurus plotnya. brecht harus difahami dari konteks verfremdung-seffekt (yang selalu disalahtafsirkan sebagai alienasi) yang dibawakannya. malah apabila penulis teater mula mewakilkan dunia fan-tasi dan impiannya secara absurd, dia tidak boleh dianggap su-kar difahami. bukan kriteria itu yang menggolongkan beckett, adamov, ionesco atau genet ke dalam aliran absurdisme. absurdisme adalah aliran yang mendasari pernyataan se-golongan dramatis. ia lebih dilihat aspek intelektualnya dari-pada saranan visualnya. intinya yang absurd, bukan bentuk. measure for measure karya shakespeare, the cherry orchard karya chekhov, tartuffe karya moliere, woyzeck karya buchner, the government inspector karya gogol, strange interlude karya o'neil, sekiranya diperhalusi, mem-punyai kecenderungan "absurd" ini. kecenderungan ini ber-laku kerana teater menuntut exaggeration, elevation dan realiti yang tersendiri. waiting for gordot, la grande et la petite manoevre, le ping-pong, the chairs, the lessons, the maids melihat ma-nusia dengan pendekatan yang lain, dari kaca mata yang ab-surd. pasti ada nilai dan ukuran bagi mewajarkan label ini dihalalkan. nilai dan ukuran yang masih saya cari apabila orang menganggap karya saya absurd. teater yang bagaimanakah yang kita mahukan? teater popular yang memungkinkan apa-apa sahaja? farce, slapstik atau melodrama? dari satu segi teater popular tidak terkong- 474</Page><Page Number="492">teater kita maruahnya di mana kong pada kesatuan stail atau satu wadah pengucapan lumrah. audiens tidak akan menyoal konsistensi realisme dan saran-an, mime atau dialog, malah set dan pakaian. penggunaan istilah teater popular jangan pula dianggap satu penghinaan. ia bukan membawa konotasi tidak bermutu atau tidak dihor-mati, cuma ia kasar. kasar juga bukan membawa implikasi tidak baik atau lawan pada kata "halus". jadi apakah kita mahukan teater ala noel coward? atau teater makan malam seperti yang dipertunjukkan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota? atau teater bidin yang selalu penuh gelak ketawa, atau teater hashim yang selalu disalahmengertikan itu. teater ala kala dewata? atau perlu dicari satu pengucapan baharu yang sesuai dengan suasana intelektual zaman baharu. teater grotowski mungkin? teater brecht dan konsep alienasinya? atau apa? atau teater untuk semua. yang membuka dirinya untuk ditontoni oleh setiap lapisan masyarakat, seperti dallas atau eight is enough? teater bukan lagi milik eksklusif penjun-jungnya, tetapi milik massa, hiburan popular untuk semua. atau akan ada gagasan tentang teater kita. teater untuk pembangunan (seperti yang berlaku pada sastera pada awal tahun 70-an). teater untuk persyarikatan malaysia? teater untuk perpaduan? gagasan tidak pernah memperkayakan teater, yang memperkayakan ialah mutunya. teater tidak pernah gagal merangsang pemikiran. sekali-pun apa kudis terminologi dan jargon intelektual yang diberi-kan kepadanya, ia seharusnya menggerakkan kita berfikir. orang punya idealisme dan tanggapan sendiri tentang teater. para moralis mahukan nilai yang boleh diambil iktibar. para agamawan mahu berkhutbah. penganut marxis mahu meng-gantungkan mesej di atas segala-galanya waima seni. rasanya pertimbangan artistiklah yang menjadi ukuran teater kita. tanpa sebarang pretensi mendidik, tamu di bukit kenny, bila bulan selalu retak, anak kerbau mati emak, tok perak, alang rentak seribu dapat bertahan sebagai skrip yang bermutu. kejujuran kreatiflah yang memungkinkan karya-karya 475</Page><Page Number="493">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran seperti bukan lalang ditiup angin, bukan bunuh diri, protes, angin kering, patung-patung, paku alam dan banyak lagi dapat dibanggakan oleh kita. seperti juga a doll's house, mother courage, ghosts, hedda gabler, a street car named desire, death of a sales-man dapat bertahan sebagai penghasilan teater yang akan terus dihormati. teater boleh berdakwah, menyarankan buku hijau atau dasar pandang ke timur sekalipun. jika mahu. asal subtle. se-cara seni. secara artistik. asal pertimbangannya seni bukan propaganda. sejarah teater membuktikan bahawa karya agung dinilai daripada pertimbangan seninya. teater mempunyai peranan-nya sendiri. kita sudah mempunyai cukup pendakwah, ahli politik dan para moralis. yang kita kurang ialah hasil seni. karya teater yang bermutu. berilah kebebasan kepada orang teater mengucapkan dirinya. naungilah, bantulah, jangan khianati dengan sogokan dan slogan. pada mereka ada komitmen dan kesungguhan. dalam usaha untuk dihormati kita harus sanggup menye-diakan mereka landasan untuk pengucapan kreatif yang pen-ting ini. kebebasan dalam konteks nilai dan ukuran kita sendiri. dewan sastera, september 1983. 476</Page><Page Number="494">dari pbmpb hingga dbp: renungan terhadap sejarah perkembangan organisasi bahasa dan sastera melayu jumaat dato' haji mohd. noor "adalah suatu hairan, lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang melayu ini, belum sedar akan dirinya. ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri, dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. maka mustahil pada akal, adakah orang yang tiada be-lajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang melayu?" abdullah bin abdul kadir munsyi, 1849. hikayat abdullah (1). kuala lumpur: pustaka antara, 1974, hlm. 43 477</Page><Page Number="495">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pendahuluan dalam tempoh satu abad ini beratus-ratus organisasi baha-sa dan sastera telah muncul dan berkembang di tanah air kita untuk memperjuangkan kedaulatan bahasa dan sastera melayu. dalam rencana ini saya mencuba menyusurgalur-kan sejarah perkembangan bahasa dan sastera melayu yang telah memperlihatkan kesan yang nyata kepada usaha-usaha pembinaan dan perkembangan bahasa dan sastera melayu yang kini menjadi bahasa dan sastera kebangsaan. benih kesedaran untuk mempelajari bahasa melayu kesedaran orang melayu untuk mempelajari bahasanya dapat dike san sejak pertengahan abad ke-19. abdullah bin abdul kadir munsyi dalam hikayatnya, iaitu hikayat abdullah yang dihasil-kan pada tahun 1849, menyatakan kekesalannya terhadap si-kap orang melayu yang tidak mahu belajar bahasanya sendiri. pandangan abdullah munsyi ini tentulah hasil daripada peng-aruh pergaulannya dengan orang inggeris di negeri-negeri selat. abdullah dapat melihat kedudukan bangsanya secara lebih objektif dan kritis kerana beliau tinggal di luar negeri-negeri melayu. yang penting daripada pandangan abdullah munsyi ialah, orang melayu harus mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh kepandaian, agar setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. pada hemat saya, kesedaran abdullah munsyi ini boleh kita anggap sebagai benih kesedaran bangsa melayu terhadap peri pentingnya mempelajari bahasa sendiri sebagai lambang maruah dan tamadun bangsa. benih kesedaran yang disemai oleh abdullah munsyi ini berkembang luas kerana hikayat abdullah itu telah diper-banyakkan melalui alat cetak dan dapat disebar luas kepada masyarakat. abdullah menggalakkan penggunaan bahasa melayu yang betul dan baik dari segi peraturan-peraturannya. jika orang melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermat-nya bahasa melayu, di samping menerima serta menambah 478</Page><Page Number="496">dari pbmpb hingga dbp pengetahuan-pengetahuan baharu. penyebaran semangat kesedaran untuk mempelajari bahasa sendiri di kalangan orang melayu berkait erat dengan munculnya teknologi per-cetakan dan pertumbuhan akhbar-akhbar yang memuatkan seruan-seruan dan semangat kemajuan kepada bangsa me-layu pada penghujung abad ke-19. pertumbuhan organisasi bahasa dan sastera 1. lahirnya pakatan belajar-mengajar pengetahuan ba-hasa usaha-usaha untuk memajukan bahasa melayu secara per-kumpulan bermula pada tahun 1888, iaitu apabila ter-tubuhnya pakatan belajar-mengajar pengetahuan bahasa (pbmpb) di johor bahru. pengasas pertubuhan ini ialah dato' seri amar diraja abdul rahman andak dan dato' mu-hammad ibrahim munsyi. kedua-dua mereka mempunyai jawatan yang penting dalam pentadbiran negeri johor. dato' muhammad ibrahim munsyi ialah putera kepada abdullah munsyi. pada tahun 1882, beliau dilantik menjadi setiausaha kerajaan johor, dan setelah berjaya menubuhkan empat buah sekolah melayu, pada tahun 1883, beliau menjadi ketua ja-batan pelajaran johor yang pertama. dato' muhammad ibra-him munsyi menerbitkan kitab pemimpin johor pada tahun 1878; sebuah buku yang memperkatakan nahu melayu dan dijadikan buku pelajai.an di sekolah-sekolah melayu di johor. dato' abdul rahman andak pula mendapat pendidikan di england (1871-1878), dan setelah kembali ke johor meme-gang jawatan yang penting di pejabat sultan, setiausaha dan penterjemah inggeris kerajaan johor, menteri hal ehwal luar johor, setiausaha kerajaan negeri dan penasihat politik kepada kerajaan johor. satu persoalan menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah, mengapakah sebuah organisasi yang menjadi batu tan-da bermulanya sejarah perkembangan organisasi pergerakan bahasa-bahasa di tanah air kita lahir di johor. mengapakah tidak di negeri lain? 479</Page><Page Number="497">sastera kebangsaan: isu dan cabaran negeri johor telah mendahului negeri-negeri melayu yang lain dalam usaha mengajar pengetahuan duniawi kepada anak negerinya (m.a. fawzi basri, 1984:13). pada tahun-ta-hun 1850-an, kerajaan johor telah pun mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran. temenggung ibrahim yang memerintah johor pada waktu itu telah menghantar putera-putera baginda belajar di sekolah inggeris yang dikenda-likan oleh paderi keasberry di singapura. hasilnya, sewaktu ungku abu bakar menjadi temenggung johor pada tahun 1862, baginda telah memajukan pentadbiran negeri melalui penempatan pegawai tadbir johor yang mendapat pendidik-an duniawi dan agama islam dari sekolah yang dikendalikan oleh keasberry. pada tahun-tahun 1880-an, johor mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang pelajaran. dengan gam-baran tersebut, tidak hairanlah jika organisasi pergerakan bahasa-sastera yang awal itu lahir di johor bahru pada tahun 1888. pbmpb merupakan "suatu perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat di dalam pengetahuan dan peraturan bahasa melayu". tujuan utama ditubuhkan pbmpb adalah untuk mengendalikan perbincangan-perbincangan tentang bahasa dan menubuhkan sebuah kutubkhanah sebagai pusat sumber mengenai persoalan-persoalan bahasa (melayu dan inggeris). kegiatan pbmpb tertumpu kepada usaha-usaha mengasuh ahli-ahlinya dalam soal-soal bahasa. perjumpaan ahli-ahli diadakan seminggu sekali bagi membincangkan dan mengambil beberapa keputusan tentang berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu perkataan dan ejaan. kegiatan pbmpb menjadi lembap pada akhir abad ke-19, tetapi cuba dihidupkan kembali pada tahun 1904 oleh dato' abdul rahman. namun, kegiatan penting persatuan ini bermula pada tahun 1934, iaitu apabila dato' abdullah rahman menjadi yang dipertuanya, major dato' haji muhammad said sulaiman dan dato' awang omar sebagai naib-naib yang dipertua, dan major musa yusof se-bagai setiausaha. pada 14 april 1935, persatuan ini dikurnia gelaran "diraja" oleh dymm sultan johor, sultan ibrahim ibni sultan abu bakar; diikuti pula dengan pertukaran nama 480</Page><Page Number="498">dari pbmpb hingga dbp kepada pakatan bahasa melayu persuratan buku diraja johor (the royal society of malay literature of johore). matlamat pakatan ialah: (a) memelihara, memperlengkapkan dan mempermoden-kan bahasa melayu dan memelihara tulisan jawi. (b) menstandardkan ejaan dan perkataan. (c) mencipta perkataan baharu. (d) mengembangkan pengetahuan melalui ceramah-ceramah dan penyelidikan. (e) mengeluarkan peredaratau jurnal enam bulan sekali. (f) mengadakan perpustakaan. kegiatan pakatan yang utama ialah menghasilkan buku, membentuk istilah dan menganjurkan majlis-majlis ceramah serta perbincangan. tokoh utama pakatan pada era ini ialah major dato' haji muhammad said sulaiman, yang menghasil-kan buku-buku yang penting seperti buku katan (1936),jalan bahasa melayu (1937) dan penokok dan penambah (1939). oleh sebab sumbangannya yang banyak lagi bermakna untuk kemajuan bahasa melayu, pakatan telah menganugerahkan gelaran pendeta kepada beliau. dalam bidang penerbitan, sepanjang tempoh antara ta-hun 1935 hingga 1947, pakatan telah berjaya mengusahakan 34 buah buku yang diterbitkan oleh percetakan ahmadiah, lemb aga malaya dan sheikh alwi shahab. buku-buku tentang bahasa (sebanyak 16 buah) meliputi bidang perkamusan, tatabahasa dan penggunaan, ejaan dan penyediaan daftar kata (guguskatan). buku-buku lain (sebanyak 18 buah) meliputi bidang sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan laporan organisasi serta perkembangan sejarah pakatan. usaha pakatan yang penting ialah membentuk istilah bagi menentukan pemakaian perkataan-perkataan terten-tu atau menggubal istilah-istilah bagi perkara atau benda yang perkataannya belum ada dalam bahasa melayu. paka-tan telah melantik guru, pegawai kerajaan, ahli bahasa dan orang perseorangan menjadi ahli jawatankuasa istilah yang dibentuknya. dalam peredar terbitan tahun 1940, dalam 481</Page><Page Number="499">sastera kebangsaan: isu dan cabaran usaha menyeragamkan ejaan dan sebutan perkataan, pakatan telah mengeluarkan peraturan: "... tiada sekali dibenarkan se-siapa ahli mengeja atau membunyikan suatu perkataan atau rangkaian perkataan dengan ejaan atau bunyi yang memberi makna atau tafsiran yang lain daripada keputusan pakatan." antara perkataan baharu yang dicipta oleh pakatan ialah se-tiausaha, pejabat, kerja raya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan. kegiatan-kegiatan pakatan yang penting ini berlaku dalam tahun-tahun 1930-an dan 1940-an. lebih daripada 200 orang telah menjadi ahli, bukan sahaja dari johor, malah dari perak, singapura, kelantan dan negeri sembilan. tokoh-tokoh yang turut menganggotai pakatan ialah dato' onn jaafar, a. rahim kajai, zaba dan ibu zain. setelah diteliti pelbagai kegiatan pakatan dan hasil yang telah dicapainya kita dapat menganggap bahawa pakatan telah memainkan peranannya sebagai sebuah badan pembi-naan dan pengembangan bahasa melayu. prof. madya dr. nik safiah karim berpendapat, "dalam konteks masyarakat yang bergolak, dengan ancaman yang kuat daripada bahasa penjajah, bahasa melayu johor-riau (yang kemudiannya menjadi teras bahasa melayu standard) mendapat pengukuh-an melalui segolongan pejuang-pejuang yang di sebalik kesi-bukan tugas-tugas harian dapat menyusun kegiatan-kegiatan kebahasaan yang untuk masa itu agak berkesan juga. pada saat buku-buku dalam bahasa melayu amat kurang, pakatan menyediakan kemudahan ini; pada saat wujud keperluan untuk huraian-huraian tatabahasa, pakatan tampil dengan kemudahan ini; pada saat bahasa melayu memerlukan isti-lah-istilah baru untuk memperkatakan perkara-perkara baru yang dipinjam daripada kebudayaan luar, pakatan menubuh-kan jawatankuasa-jawatankuasa istilah yang bertugas sebagai badan menggubal istilah, yang banyak antaranya masih digu-nakan sehingga hari ini. pada saat konsep badan pembina be-lum difikirkan oleh masyarakat melayu, pakatan telah wujud dan menjalankan tugas-tugas pembinaan dan pengembangan bahasa" (prof. madya dr. nik safiah karim, 1987:52-53). 482</Page><Page Number="500">dari pbmpb hingga dbp pada saat kita mengenang kembali peristiwa-peristiwa ba-hasa dan sastera seabad yang lalu, wajar benar kita menghar-gai tokoh-tokoh bahasa yang sekali gus menjadi pegawai tad-bir kerajaan johor pada waktu itu, yang dengan gigih telah berusaha mengumpulkan cerdik pandai bangsa melayu un-tuk mempelajari dan memperkaya perbendaharaan dan waris-an bangsa kita dan secara tidak langsung telah membentuk asas badan pengembang bahasa di tanah air kita ini. 2. persaudaraan sahabat pena malaya seiring dengan zaman kegemilangan kegiatan pakatan pada tahun-tahun 1930-an, di pulau pinang muncul pula sebuah persatuan persaudaraan sahabat pena malaya (paspam) yang diusahakan oleh syed sheikh bin ahmad al-hadi me-lalui akhbar saudara. syed syeikh telah mengelolakan ruang-an "sahabat pena" dalam akhbar saudarayang kemudiannya berkembang dengan pesat lalu menjadi sebuah persatuan per-suratan melayu yang besar dengan beribu-ribu orang ahlinya bertaburan di seluruh pelosok tanah melayu, singapura, labuan, borneo utara, brunei dan sarawak. antara tujuan utama paspam ialah: (a) mendirikan suatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan dan mempereratkan perserikatan sahabat sesama ahli. (b) hendak memperluaskan sekalian ahlinya bagi me-ngarang kepada baca-membaca dan menggalakkan karang-mengarang di dalam bahasa dan buku-buku melayu. (c) mendirikan satu kutubkhanah. dibandingkan dengan pakatan yang kegiatannya terbatas di johor, paspam dengan ahli-ahlinya yang terdapat di mera-ta tempat di tanah melayu, dengan jelas telah mencapai taraf kebangsaan dalam kegiatannya. pada 11 november 1934, paspam telah berjaya menganjurkan persidangan orang me-layu seluruh tanah melayu buat kali pertama, yang diadakan 483</Page><Page Number="501">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran di taiping, perak. peristiwa ini amat penting bagi menimbul-kan kesedaran persaudaraan orang melayu seluruh tanah air disalurkan melalui bidang persuratan. abdullah hussain yang pernah menganggotai paspam berpendapat bahawa, "pada dasarnya paspam bergerak di dalam bidang bahasa dan persuratan saja, tetapi lambat-laun telah diresapi oleh kebangsaan sehingga secara tidak rasmi telah menjadi semacam sebuah pertubuhan politik. sebab membicarakan masalah bahasa, soal kebangsaan pun ikut terbawa-bawa juga. sesuai dengan namanya, maka satu rasa persaudaraan yang mesra telah terjalin antara sesama ahli sehingga dengan melihat lencana paspam yang tersemat di atas dadanya saja, baik dia dikenal atau tidak terus ditegur, diajak ke rumah di samping utus-mengutus surat antara ahli dari kangar, perlis dengan ahli yang tinggal di seria, brunei. pertemuan-pertemuan pun selalu diadakan, ada yang bersifat pekan dan daerah dan ada pula negeri dan wilayah. paspam telah menjadi sebuah pertubuhan yang besar dan berpe-ngaruh menerbitkan majalah sendiri dan sebuah buku ke-nang-kenangan yang tebal yang berisi nama ahli, gambar dan alamat" (abdullah hussain, 1982:25-26). rancangan paspam yang memperlihatkan persamaan dengan kegiatan pakatan ialah kegiatan melalui lembaga bahasa yang ditubuhkan oleh paspam johor pada 26 sep-tember 1938, yang berpusat di segamat. bahnan yusuf, yang dipertua paspam johor, menjadi yang dipertua lembaga bahasa. antara rancangan lembaga bahasa ialah: (a) mengeluarkan buku-buku adat melayu. (b) membeli karangan daripada ahli-ahli paspam. (c) mengatur tarikh-tarikh negeri melayu. (d) mengeluarkan kamus melayu. (e) mengadakan peraduan karang-mengarang. (f) mengeluarkan buku tahunan paspam bagi semua ahli. (g) menentukan suatu ejaan paspam yang tetap. (h) mereka perkataan melayu baru' daripada perkataan inggeris yang kerap digunakan oleh orang melayu. 484</Page><Page Number="502">dari pbmpb hingga dbp meskipun kita tidak dapat memastikan sejauh mana pas-pam melalui lembaga bahasa ini berjaya melaksanakan rancangan-rancangan yang telah dinyatakan itu, namun apa yang ingin dipaparkan di sini ialah betapa sudah berakarnya kesedaran orang melayu untuk bergerak secara kolektif bagi memajukan bahasa dan persuratannya. hal ini dapat dimengertikan dengan lebih jelas berdasarkan sebuah ren-cana tulisan mahmud ahmad s.p. (singapura) dalam taman paspam (1940), yang berjudul "bangsa melayu yang akan datang". mahmud ahmad berkata, "bahawa paspam telah didirikan dengan tujuan lebih kurang seperti persatuan-per-satuan melayu itu (misalnya, persatuan melayu selangor) juga hanya jalan yang ditempuhnya tiada terus sebagaimana persatuan-persatuan melayu, melainkan satu jalan yang jauh dan dura, iaitu membangunkan semangat persuratan melayu antara ahli-ahlinya. tetapi yakinlah kita apabila persuratan' dan kebudayaan' itu telah termasuk pada hati tiap-tiap umat melayu baharulah boleh dikatakan umat melayu telah penuh dengan perasaan kebangsaan yang tiada dapat dikikis oleh sebarang pengajaran atau kepercayaan lain" (prof. khoo kay kim, 1982:24). paspam, berdasarkan format pergerakannya, berhasil menyebarkan semangat persaudaraan di kalangan ahli-ahlinya yang berada di seluruh pelosok tanah air. perhubungan melalui surat-menyurat di kalangan ahli-ahlinya merupakan satu gerakan merakyat dan secara tidak langsung merupa-kan latihan dalam bidang karang-mengarang kepada mereka. menurut abdullah hussain, "melalui ruangan kumpulan sahabat itulah saya belajar menulis. berutus-utus dengan ahli-ahli lain. daripada menulis dalam ruangan yang khas itu saya merangkak keluar menjadi pemberita, penulis sajak dan meningkat naik ke penulisan cerpen serta novel. banyak penulis-penulis yang terkenal kemudiannya berpunca dari sana" (abdullah hussain, 1982:26). dalam zaman penjajahan, ketika orang melayu yang men-dapat pendidikan belum ramai, dan peluang bertemu dalam acara-acara seminar amat sedikit, wadah pergerakan paspam 485</Page><Page Number="503">sastera kebangsaan: isu dan cabaran adalah melalui hubungan surat-menyurat di kalangan ahlinya dan sebaran informasi melalui akhbar merupakan jalan yang paling berkesan untuk menyebarkan kesedaran semangat perjuangan kepada orang melayu. menurut pandangan prof. khoo kay kim, "... sama ada pakatan atau paspam, memper-lihatkan kesedaran tentang kewujudan dan pangkalan bangsa melayu. secara umum dapat dikatakan unsur nasionalisme wujud dalam pertanggapan kedua-dua persatuan itu walaupun hanya secara tidak langsung" (prof. khoo kay kim, 1982:23). kegiatan paspam dalam bidang bahasa dan persuratan tersebar melalui pelbagai majalah yang diusahakan oleh cawangan-cawangannya di pelbagai negeri. di singapura, sejak tahun 1936, paspam telah bergiat cergas dan berjaya mener-bitkan majalah suara pena (1938) dan pancaran pena(1939). di pulau pinang terbit majalah paspam, yang kemudian ber-tukar nama kepada pemberita pejabat. paspam cawangan batu pahat pula berjaya menerbitkan majalah taman paspam. walau bagaimanapun, perang dunia kedua dan pendudukan jepun telah melumpuhkan kegiatan paspam. 3. pejabat karang mengarang sumbangan kerajaan inggeris dalam bidang bahasa dan per-suratan dapat kita kesan melalui kegiatan pejabat karang me-ngarang yang diasaskan oleh o.t. dussek dan zaba di mak-tab perguruan sultan idris (mpsi), tanjong malim pada tahun 1924. pejabat ini telah dibiayai oleh kerajaan negeri-negeri selat dan negeri-negeri bersekutu melalui peruntukan mpsi. tujuan utama pejabat ini ialah: pertama, mengeluarkan se-banyak mungkin buku-buku sekolah melayu (melalui malay school series; dan kedua, mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat melayu amnya (melalui malay home library series). untuk rancangan jangka panjang, pejabat ini meran-cangkan pengeluaran beberapa jurnal yang bergambar, meng-adakan kutubkhanah yang dibawa ke kampung-kampung dan membawa buku ke kampung-kampung untuk dijual. antara tahun 1924 hingga 1957, melalui the malay school 486</Page><Page Number="504">dari pbmpb hingga dbp series, pejabat ini berjaya menerbitkan 85 buah buku yang terbahagi kepada empat bahagian, iaitu buku bacaan sekolah, buku teks mata pelajaran sekolah, buku pekerjaan tangan dan buku panduan seperti ilmu pengakap umpamanya. melalui the malay home library series (1929-1957) pula, sebanyak 64 buah buku karya terjemahan untuk umum dan kanak-kanak telah diterbitkan. karya-karya dari barat yang diterjemah-kan adalah cerita yang mudah untuk masyarakat kampung. di samping karya terjemahan, pejabat ini menerbitkan karya asli hasil daripada peraduan karang mengarang anjuran peja-bat pelajaran, umpamanya cincin rahsia, pahlawan berkaki kayu, hidup berjuang dan cerita rekaan. sumbangan pejabat karang mengarang dalam bidang bahasa dan sastera terbatas kepada anak-anak sekolah dan guru-guru sekolah melayu. buku-buku untuk bacaan umum, seperti cerita mata-mata gelap dan pengembaraan, sedikit sebanyak berjaya memperkenalkan karya popular dari barat kepada masyarakat melayu, dan membukakan mata mereka kepada hasil kesusasteraan dunia, yang berbeza daripada hikayat-hikayat lama yang diwarisi daripada datuk nenek mereka. kesedaran terhadap hal ini penting dalam proses meningkatkan pengetahuan orang melayu untuk mengekal-kan kesinambungan tradisi bangsanya. pejabat karang mengarang tidak berkembang seperti yang dicita-citakan oleh zaba kerana sikap kerajaan inggeris yang tidak begitu serius terhadapnya. pada tahun 1931, setelah zaba melakukan lawatan ke balai pustaka di indo-nesia, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan inggeris supaya pejabat karang mengarang dibesarkan seperti balai pustaka yang mempunyai kakitangan seramai lebih 70 orang. tetapi cadangan itu tidak diterima. jadi kekallah peranan pe-jabat ini menumpukan usahanya kepada penerbitan buku un-tuk keperluan pelajar-pelajar melayu di sekolah rendah dan masyarakat melayu di kampung-kampung. kesan penting hasil sumbangan pejabat karang menga-rang ini ialah, pembinaan asas pengetahuan bahasa melayu dan ilmu karang-mengarang di kalangan orang-orang melayu 487</Page><Page Number="505">sastera kebangsaan isu dan cabaran pada peringkat sekolah rendah. buku-buku hasil pejabat ini digunakan di sekolah-sekolah di seluruh tanah air di samping guru-guru lepasan maktab sultan idris yang menyebarkan bakti di seluruh tanah air. pendidikan asas ini merupakan landasan kepada kebangkitan kesedaran bangsa melayu ter-hadap nasib mereka sebagai bangsa yang dijajah. sesungguhnya, sepanjang tahun 1920-an, bahkan pada lewat 1940-an dan awal 1950-an, suasana di tanah melayu memberi kesan penting kepada hampir semua aspek kegiatan orang melayu. oleh sebab pada waktu itu mereka amat se-dar tentang kedudukan diri sendiri dalam bidang sosial, eko-nomi dan juga politik, segala percubaan untuk mengumpul-kan orang melayu dalam satu pertubuhan tidak dapat tidak terpengaruh oleh kesedaran bahawa mereka perlu bersa-ing dengan kaum-kaum lain yang berada di tanah melayu. "bahasa, kebudayaan, lebih-lebih lagi agama menjadi sim-bol wujudnya bangsa melayu. oleh yang demikian lahirlah usaha dan hasrat untuk mempertahankan ketiga-tiga unsur itu dalam kegiatan-kegiatan berorganisasi" (prof. khoo kay kim, 1982:24). meskipun buku-buku terbitan pejabat karang menga-rang tidak dihasilkan untuk tujuan membangkitkan semangat kebangsaan secara langsung namun pengetahuan asas dalam pembacaan dan karang-mengarang merupakan pintu untuk memahami dunia yang lebih luas, seperti yang ditemui dalam media persuratkhabaran pada zaman itu, yang menyeru su-paya bangsa melayu bangkit bersaing dengan bangsa-bangsa lain di tanah melayu. 4. asas 50 dan kongres bahasa dan persuratan melayu pendudukan tentera jepun di tanah melayu dan singapura pada awal tahun-tahun 1940-an menimbulkan kesan yang mendalam kepada bangsa melayu. kekalahan kerajaan inggeris dan kekejaman pemerintah jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. meskipun tempohnya amat singkat, 488</Page><Page Number="506">dari pbmpb hingga dbp namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesak orang melayu melancarkan perjuangan politik ke arah ke-merdekaan sama ada melalui parti politik ataupun pertubuh-an yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. pusat penerbitan akhbar dan majalah yang penting pada waktu ini ialah singapura. di sinilah berkumpulnya tenaga-tenaga penulis muda yang bercita-cita tinggi untuk memaju-kan dan memodenkan bahasa dan sastera melayu agar sesuai dengan keperluan perkembangan fikiran, ilmu pengetahuan, pergolakan politik, sosial dan ekonomi. satu angkatan penulis generasi muda, yang untuk bebera-pa tahun selepas tamatnya perang dunia kedua telah mencuba memahami konsep pembaharuan dalam bidang persuratan, telah membentuk sebuah persatuan penulis yang bernama angkatan sasterawan 50 (asas 50) di singapura pada 6 ogos 1950. penggerak asas 50 yang awal ialah mohd. arif ahmad (mas), hamzah, rosmera, jymy asmara, masuri s.n., keris mas dan asraf. matlamat utama asas 50 adalah untuk: (a) memperluas dan mempertingkatkan kesusasteraan dan kebudayaan melayu. (b) melindungi hak-hak ahli dan juga para pengarang. (c) mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama. pada 1 september 1950 pula, kesatuan guru-guru melayu singapura telah menubuhkan lembaga bahasa melayu de-ngan matlamat utamanya untuk: (a) mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya dan menghidupkan bahasa melayu supaya menjadi bahasa yang hidup. (b) memperbincangkan hal-hal kesulitan bahasa melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh lembaga. (c) menyesuaikan penggunaan bahasa melayu mengikut kehendak peredaran zaman. 489</Page><Page Number="507">sastera kebangsaan: isu dan cabaran (d) menerbitkan risalah-risalah, buku, kitab dan majalah. (e) bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuan dengan lembaga. perbezaan antara kedua-dua buah pertubuhan ini ialah pada tokoh penggeraknya. asas 50 dianggotai oleh tenaga penulis muda yang berjiwa baru. lembaga bahasa melayu pula dianggotai oleh penulis-penulis lama. namun dalam kegiatan, kedua-duanya memberikan perhatian terhadap politik kebu-dayaan dan menitikberatkan soal kedudukan bahasa sebagai unsur terpenting dalam hubungannya dengan kemerdekaan. pada waktu itu, bahasa melayu hanya layak digunakan di sekolah rendah sahaja. nilai ekonomi dan ilmiahnya boleh dikatakan kosong. antara tahun 1951 hingga tahun 1953, asas 50 dan lembaga bahasa melayu mengadakan ceramah bahasa dan sastera di radio singapura setiap dua minggu sekali. di samping menguasai akhbar dan majalah, kedua-dua pertubuhan ini dapat pula menyebarkan pengetahuan bahasa dan sastera serta membangkitkan semangat perjuang-an politik bahasa di kalangan orang melayu melalui media radio. kesempatan ini merupakan kesempatan yang cukup baik, terutama bagi asas 50 yang berjuang menjadi pressure group terhadap perjuangan politik bahasa dan kesusasteraan melayu. keris mas yang memimpin asas 50 pada tahun 1951— 1952 pernah menyatakan dalam memoirnya, 30 tahun seki-tar sastera,asas 50 mengutamakan perjuangan status politik bahasa itu lebih dahulu dan kelak dengan kuasa politik mung-kin usaha memajukan dan memodenkan bahasa melayu itu akan dapat dilaksanakan" (keris mas, 1979:130-31). untuk menyatakan cita-cita tersebut, asas 50 telah berusaha meng-himpunkan persatuan-persatuan bahasa, sastera dan budaya (sebanyak 20 buah) dari singapura dan tanah melayu dalam konferensi sasterawan setanahair pada 12 april 1952. per-himpunan ini telah melahirkan badan kongres bahasa dan persuratan melayu atau ringkasnya kerabat kongres. per-himpunan pada 13 april 1952, telah dinamakan kongres ba- 490</Page><Page Number="508">dari pbmpb hingga dbp hasa dan persuratan melayu yang pertama, dan berjaya me-mutuskan: "bahawa kongres bahasa dan persuratan melayu akan bertindak dari semasa ke semasa untuk mencapai tujuan menjadikan bahasa melayu bahasa kebangsaan". selaras dengan cita-cita tersebut, kongres bahasa dan persuratan melayu yang kedua, yang diadakan di seremban dari 28 disember 1953 hingga 2 januari 1954, telah meneri-ma usul daripada kesatuan guru-guru melayu singapura tentang tulisan rumi sebagai tulisan rasmi. usul tersebut bertujuan semata-mata untuk membuktikan bahawa dengan tulisan rumi, potensi bahasa melayu menjadi bahasa kebang-saan, bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah tercapai. sebagai sokongan kepada usul tersebut, asas 50 telah mengemukakan "memorandum mengenai tulisan rumi untuk bahasa melayu" pada bulan mac 1954. menepati peranannya sebagai badan yang menjadi pres-sure group dalam perjuangan politik bahasa, asas 50 telah menghantar "memorandum kepada suruhanjaya perlem-bagaan rendell" pada 15 disember 1953. memorandum ter-sebut khusus menyentuh soal kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa yang mesti dijadikan bahasa pengantar dari sekolah rendah hingga ke universiti. pada 11 jun 1956, asas 50 menghantar satu lagi memorandum kepada kerajaan: "memorandum mengenai pe-nyata pelajaran persekutuan tanah melayu 1956". matlamat memorandum tersebut adalah untuk memastikan bahawa dalam tempoh 10 tahun (mulai 1957), bahasa melayu akan menjadi bahasa kebangsaan yang sebenarnya, dan menca-dangkan langkah untuk menghilangkan pengaruh bahasa inggeris yang bersifat menekan kesempatan maju bagi ba-hasa melayu melalui sekolah-sekolah tetapi tidak menghi-langkan kesempatan pelajar mempelajari bahasa tersebut se-kadar untuk dijadikan alat mencari pelajaran yang lebih tinggi. pergerakan organisasi bahasa dan sastera yang paling penting pada dekad 1950-an ialah kongres bahasa dan persu-ratan melayu yang ketiga. kongres ini telah berlangsung di 491</Page><Page Number="509">srstera kebangsaan: isij dan cabaran singapura dan johor bahru pada 16-21 september 1956. per-satuan bahasa melayu universiti malaya (pbmum), yang di-tubuhkan pada bulan januari 1955 atas usaha ungku aziz dan zaba menjadi nadi kepada urus setia kongres tersebut. dalam kongres tersebut, asas 50 telah mengemukakan memorandum yang penting tentang: (a) konsep asas 50 yang berbau politik dalam perjuang-an bahasa dan kesusasteraan melayu. (b) fikiran asas 50 tentang balai pustaka yang sedang dibentuk oleh kerajaan persekutuan tanah melayu dengan tujuan menarik perhatian kongres untuk me-nerima gagasan asas. (c) sikap asas 50 tentang penyatuan bahasa melayu malaya dan indonesia yang diharap dapat dimengerti sepenuhnya oleh kerabat kongres. (d) peranan bahasa melayu di sekolah rendah dan seko-lah menengah untuk menggambarkan keadaan yang sedang dihadapi oleh bidang pelajaran dengan maksud menarik perhatian kongres membuat keputusan yang kelak akan cocok dengan memorandum dasar pelajar-an yang telah dihantar kepada pihak berkuasa. (e) gagasan asas 50 tentang perkembangan bahasa me-layu semasa dan akan datang dengan meninjau aspek ekonomi, sosial, kebudayaan dan politiknya, untuk menjadi asas pemikiran kerabat kongres. di samping itu, ahli-ahli asas 50 seperti asraf, usman awang, masuri s.n., keris mas, abdullah majid dan s. roomai noor, telah menyumbangkan tujuh buah kertas kerja kepada kongres. sumbangan asas 50 dalam kerja meletakkan dasar untuk pembinaan bahasa dan kesusasteraan melayu baru pada dekad 1950-an amat penting kerana pada era tersebut negara kita sedang berada di ambang pintu kemerdekaan. segala asas pembangunan, terutama pembangunan bahasa kebangsaan dan bidang pendidikan, harus disediakan dengan jelas dan sesuai dengan cita-cita bangsa melayu yang menjadi 492</Page><Page Number="510">dari pbmpb hingga dbp bangsa teras di negara ini. tentang hal ini, keris mas ber-pendapat, soal bahasa bukan soal sosial dan kebudayaan saja tetapi sudah menjadi soal politik yang pokok yang kelak akan menentukan corak kebangsaan dalam sebuah negara merde-ka yang rakyatnya berbilang kaum dan berbilang kebudayaan serta berbilang agama (keris mas, 1979:165). rumusan penting yang telah diterima oleh kongres baha-sa dan persuratan melayu yang ketiga ialah tentang penubuh-an dewan bahasa dan pustaka (dbp). sebenarnya, pihak kerajaan persekutuan tanah melayu telah menubuhkan ba-lai pustaka di kementerian pelajaran pada 22 jun 1956. hasil daripada rumusan kongres, nama balai pustaka telah ditukar kepada dbp. kongres juga mencadangkan supaya dbp dija-dikan sebuah badan umum yang bertujuan: (a) menjadi pusat bagi menjaga hal ehwal dan perkem-bangan bahasa dan persuratan melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat tanah me-layu. (b) untuk menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil-hasil kesusasteraan melayu zaman purba. cadangan kongres supaya dbp dijadikan badan umum dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 ogos 1959. asas 50 telah menghantar "memorandum mengenai rang undang-undang dewan bahasa dan pustaka" kepada kerajaan pada 15 april 1959, kerana insaf bahawa masalah bahasa dan kesusastera-an kebangsaan di negara persekutuan tanah melayu yang merdeka adalah masalah yang maha penting. demikianlah gambaran tentang perjalanan sejarah per-kembangan organisasi bahasa dan sastera melayu sejak munculnya pbmpb pada tahun 1888 hingga lahirnya dbp pada tahun 1956. perjalanan sejarah ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kebangkitan orang melayu secara kolektif; kebangkitan yang merupakan satu semangat kesedaran ter-hadap seluruh orang melayu yang merasakan bahawa mereka 493</Page><Page Number="511">sastera kebangsaan ise dan cabaran berada dalam berbagai-bagai masalah dan dilema akibat dari-pada pertembungan-pertembungan baru, khususnya yang dibawa oleh kaum penjajah di rantau ini. orang melayu mu-lai sedar bahawa untuk berjaya mencapai sebarang objektif, mereka harus bergerak melalui kumpulan-kumpulan kolektif yang mempunyai semangat dan idealisme. 5. dewan bahasa dan pustaka (dbp) idealisme dan impian perjuangan orang melayu menjadi nyata apabila tertubuhnya dbp pada 22 jun 1956, sebagai sebuah jabatan di bawah kementerian pelajaran. pada tahun 1959, ordinan dbp diluluskan oleh parlimen, dan dbp meningkat tarafnya menjadi sebuah badan berkanun. matlamat dbp se-bagaimana yang termaktub dalam ordinan dbp 1959 (dengan pindaannya dalam tahun 1972) adalah seperti yang berikut: (a) memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan; (b) memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam ba-hasa kebangsaan; (c) mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa ke-bangsaan dan bahasa-bahasa lain; (d) menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. matlamat-matlamat ini tidak sahaja menepati beberapa usul dan memorandum daripada kongres, malah mencakupi bidang yang lebih luas. pada hari ini, setelah tiga dekad ber-lalu, dbp telah bergerak ke suatu tahap yang melebihi im-pian dan harapan pejuang dan tokoh-tokoh bahasa terdahulu. dbp tidak sahaja berperanan sebagai balai pustaka, malah berperanan juga sebagai pusat pembinaan dan pengembang-an bahasa, dan taman ismail marzuki di indonesia. dari tapak pertamanya di bukit timbalan, johor bahru yang hanya mempunyai petugas seramai 17 orang, dbp kini mempunyai seramai 1001 orang petugas. operasi sudah me- 494</Page><Page Number="512">dari pbmpb h1ngga dbp luas, iaitu tidak sahaja bergerak di semenanjung, bahkan mu-lai tahun 1977, telah mengembangkan sayapnya ke sabah dan sarawak. semenjak ditubuhkan, dbp telah mengalami beberapa kali perubahan struktur organisasinya untuk memenuhi matlamat yang disebutkan itu. dbp melaksanakan tiga tugas besar, iaitu tugas membina dan mengembangkan bahasa dan sastera serta melaksanakan program penerbitan buku-buku ilmu pengetahuan. (i) pembinaan dan pengembangan bahasa selepas tahun 1957, bahasa melayu menghadapi cabaran ba-haru yang luar biasa dan mendesak sebaik sahaja ia diterima sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal di negara yang baru mencapai kemerdekaan. tugas pertama dbp adalah untuk memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan di tengah-tengah masyarakat dan rakyat berbilang kaum. keyakinan mereka terhadap bahasa ini perlu dibina. gerakan psikologi telah di-lancarkan oleh dbp melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat dalam kegiatan-kegiatan ba-hasa secara popular. gerakan "minggu bahasa" dan "bulan bahasa" diadakan di seluruh negara pada setiap tahun selama tujuh tahun (1960-1966). tugas selanjutnya perlu dilaksanakan. persoalan yang timbul ialah apakah bahasa dapat dibina secara revolusi atau dibiarkan berkembang secara evolusi, secara natural seperti pada zaman sebelumnya? hal ini menjadi tanggungjawab penting dbp untuk melaksanakan tugas "perancangan ba-hasa" sejajar dengan perkembangan masyarakat yang ber-laku dengan cepat dan kompleks selepas merdeka. dalam perancangan bahasa, timbul persoalan konsep dan kaedah yang perlu digunakan bagi mempercepatkan perkembang-an bahasa tanpa menimbulkan kesan buruk pada struktur dan sistem dalaman yang ada pada bahasa melayu, sehingga boleh menyebabkan bahasa ini menjadi bahasa yang artifisial 495</Page><Page Number="513">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dan kacau (hassan ahmad, 1988:193). "perancangan bahasa" (di dbp disebut "pembinaan dan pengembangan bahasa"), dikembangkan dalam dua segi, iaitu "pengembangan korpus" dan "pengembangan taraf'. se-cara yang lebih khusus, "pengembangan korpus" mencakupi bidang-bidang ejaan, perkamusan dan tatabahasa. "perkem-bangan taraf' pula bererti peluasan atau peningkatan taraf penggunaan atau peranan bahasa itu dalam masyarakat. kongres bahasa dan persuratan melayu ketiga banyak menimbulkan perhatian terhadap sistem ejaan, terutamanya tentang cita-cita penyatuan sistem ejaan rumi di tanah me-layu dan di indonesia. cita-cita ini mula menampakkan hasil-nya apabila pada tahun 1959, dibentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pengarah dbp ketika itu, syed nasir ismail (allahyarham), dan di pihak indonesia dike-tuai oleh prof. slametmuljana. hasilnya ialah sistem ejaan melindo. walau bagaimanapun, sistem ini tidak menjadi ke-nyataan kerana suasana politik yang tidak mengizinkan ke-tika itu. sebuah jawatankuasa lain dibentuk pada tahun 1965 yang diketuai juga oleh syed nasir dan s.w. rudjiati bertin-dak sebagai ketua pihak indonesia. muafakat ini menghasil-kan sistem "ejaan baharu" atau "ejaan yang disempurnakan", yang dilancarkan serentak pada 16 ogos 1972, oleh tun abdul razak (allahyarham) di kuala lumpur dan presiden suharto di jakarta. sistem ejaan baharu ini telah berkembang baik dan diterima dengan meluas yang akhirnya tidak sahaja digu-nakan di kedua-dua negara tersebut, malah digunakan juga di singapura dan negara brunei darussalam. bidang peristilahan pun merupakan satu korpus bahasa. sesuai dengan usaha menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu yang moden lagi kompleks, penciptaan isti-lah dalam pelbagai bidang telah diberikan perhatian yang cukup besar oleh dbp. bermula dengan pembentukan dua buah jawatankuasa istilah pada tahun 1959, pembentukan ini berkembang menjadi 24 buah jawatankuasa untuk 24 bidang dalam tahun 1966, iaitu 10 tahun selepas dbp ditubuhkan, dengan melibatkan 264 orang sarjana dan profesional dalam 496</Page><Page Number="514">dari pbmpb hingga dbp bidang masing-masing. hari ini dbp telah menghasilkan 560 836 istilah dalam 300 bidang/subbidang dengan mengguna-kan kira-kira 1479 orang pakar setempat. jambatan yang menjadi penghubung kepada usaha-usaha penyamaan dan penyelarasan sistem ejaan dan peristilahan ini telah dilakukan dengan amat baiknya oleh majlis bahasa ma-laysia-indonesia (mbim) yang ditubuhkan pada tahun 1972. majlis ini dianggotai oleh jawatankuasa tetap bahasa malay-sia (jktbm) dan panitia kerjasama kebahasaan indonesia-malaysia. keanggotaan mbim bertambah besar apabila negara brunei darussalam ikut menganggotainya pada tahun 1985. dengan penyertaan ini, mbim mengubah namanya ke-pada majlis bahasa brunei, indonesia dan malaysia (mab-bim). singapura juga ikut menjadi pemerhati pada setiap kali persidangan majlis ini. dbp terlibat secara langsung dalam pentadbiran majlis ini bagi pihak malaysia. hasil daripada per-sidangan mabbim ini terbitlah beberapa buah buku seperti pedoman umum ejaan rumi (1975), pedoman umum pem-bentukan istilah (1975), pedoman khusus pembentukan istilah kimia (1980), daftar istilah mbim (1986). kerjasama seran-tau ini amat penting dalam usaha menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa yang besar, yang bukan sekadar diucapkan oleh 16 juta orang, tetapi hampir 2000 juta jiwa di seluruh nu-santara. selain menangani projek pembinaan dan penyelarasan istilah, dbp juga menjalankan beberapa projek bahasa yang lain seperti projek ejaan jawi dan projek sebutan baku. projek-projek yang dijalankan sejak tahun 1984 ini telah mendatang-kan beberapa hasil. umpamanya dbp telah berjaya mener-bitkan daftar ejaan rumi-jawi bahasa malaysia (1988) dan pedoman umum sebutan baku bahasa malaysia (1988). satu lagi maksud pembinaan korpus bahasa melayu ialah usaha menyusun kamus untuk maksud pembakuan bahasa dan menjadi pedoman masyarakat. dalam tugas ini, dbp telah berhasil menerbitkan kamus dewan pada tahun 1970 dan dicetak semula dengan tambahan pada tahun 1984. dbp juga telah menerbitkan kamus pelajar pada tahun 1975 (edisi 497</Page><Page Number="515">sastera kebangsaan ise dan cabaran baharunya tahun 1988), dan dalam tahun 1979 terbit pula kamus dwibahasa (bahasa inggeris-bahasa malaysia). kini dbp sedang mengusahakan kamus "bahasa inggeris-bahasa malaysia" (mengambil alih projek universiti nasional austra-lia) , "kamus ekabahasa" (kamus umum bahasa malaysia), "kamus berilustrasi untuk sekolah rendah" dan "kamus isti-lah" dalam pelbagai bidang. selain itu, cita-cita pembakuan tatabahasa diperkukuhkan pula melalui projek penyusunan sebuah buku tatabahasa. pada tahun 1986, lahirlah buku tatabahasa dewan jilid 1 dan jilid iinya sedang dalam proses penyelenggaraannya. projek ini diusahakan bersama oleh beberapa orang ahli bahasa dari universiti setempat. selain itu dbp juga melaksanakan peng-kajian kosa kata dialek di semenanjung dan bahasa sukuan di sabah dan sarawak. dua projek besar yang sedang dilaksanakan oleh dbp sekarang ini ialah penulisan sebuah "sejarah bahasa melayu", dan sesuai dengan teknologi moden, dbp juga se-dang menyediakan "pangkalan data bahasa kebangsaan" yang mengandungi pelbagai maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat melalui sistem komputer supaya hasil daripada berbagai-bagai projek pengembangan bahasa ini dapat disebarluaskan kepada masyarakat dan memberikan pengetahuan bahasa dengan seluas-luasnya kepada masyara-kat. selain daripada itu, taklimat kursus ejaan, istilah dan tatabahasa sering diberikan oleh dbp kepada sektor awam, sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan pihak yang me-merlukannya. dbp juga memberi khidmat penyediaan pan-duan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua urusan mereka. pada hemat saya, dbp telah berjaya dalam usaha menye-diakan korpus bahasa dan menyebarluaskannya di kalangan masyarakat. sayangnya dbp tidak mempunyai kuat kuasa un-dang-undang untuk melicinkan penggunaan bahasa kebang-saan ini, sehinggakan kadang-kadang tugasnya menjadi tidak lebih daripada mengawas sahaja. kesalahan penggunaan bahasa dan ketidaktegasan beberapa pihak terhadap peng- 498</Page><Page Number="516">dar1 pbmpb hingga dbp gunaan bahasa kebangsaan boleh membantut usaha yang se-dang rancak dijalankan ini. (ii) pembinaan dan pengembangan sastera seperti juga proses pembinaan dan pengembangan bahasa, tugas pembinaan dan pengembangan sastera ter tumpu ke-pada pengembangan "korpus" dan "taraf' sastera. pengembangan korpus sastera bermaksud usaha-usaha penerbitan karya sastera, penyelidikan sastera dan kegiatan-kegiatan sastera untuk meningkatkan apresiasi di kalangan masyarakat. secara lebih jelas matlamat utama pembinaan dan pengembangan sastera ini adalah seperti yang berikut: (a) berusaha meninggikan mutu penulisan kreatif atau mutu sastera yang ditulis dalam bahasa kebangsaan dengan kerjasama pihak-pihak lain yang mempunyai minat dan kaitan dalam lapangan ini. (b) mengadakan rancangan-rancangan yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan fikiran dan minat ter-hadap sastera yang ditulis dalam bahasa kebangsaan. (c) mengadakan rancangan-rancangan penyelidikan dan kajian asas mengenai kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa kebangsaan dengan tujuan memperluaskan pengetahuan masyarakat terhadap kesusasteraan me-layu. (d) menjadikan dbp sebagai pusat dokumentasi sastera melayu moden dengan tujuan supaya segala hasil kreativiti sastera dapat dikumpulkan secara sistema-tik untuk kemudahan para sasterawan, penulis dan sarjana sastera. (e) berusaha menerbitkan karya-karya sastera kreatif dan hasil-hasil penyelidikan mengenai sastera melayu. kekurangan bahan bacaan yang berupa karya sastera yang baik pada waktu negara baru mencapai kemerdekaan amatlah dirasakan. pendeta zaba, pada tahun 1956 umpa-manya, pernah menulis surat kepada pengarang a. samad 499</Page><Page Number="517">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ahmad, "kesusahan kami yang besar dalam bahagian mela-yu di sini ialah tentang tak ada buku-buku yang layak dipakai istimewa bagi darjah tinggi. buku-buku yang ada pada kita tidak dicap lagi. jadi kenalah memilih buku-buku itu yang keluaran indonesia" (a. samad ahmad, 1981:264). pendeta zaba pada waktu itu menjadi pensyarah di universiti malaya, singapura yang menggunakan buku singapura dilanggar to-dak dan batu belah batu bertangkup karya a. samad ahmad sebagai buku teks mahasiswanya. pada peringkat awal penubuhan dbp, perhatian ditum-pukan kepada usaha "membongkar dan mengumpul semula serta memperhalusi hasil-hasil kesusasteraan melayu dari zaman hindu, islam dan barat serta pengaruh-pengaruh ke-susasteraan itu kepada penghidupan orang-orang melayu" se-bagaimana yang tercatat pada "kertas kerja mengenai balai pustaka", dalam kongres bahasa dan persuratan melayu ke-tiga. hasilnya, terbitan tidak kurang daripada 60 buah karya sastera lama sejak dbp ditubuhkan hingga tahun 1970, dalam beberapa kategori buku di bawah "siri bunga rampai sas-tera lama" dan "siri klasik dbp". siri pertama merupakan pengeditan dan penerbitan beberapa buah manuskrip lama yang sedia tersimpan di dbp, manakala siri kedua berupa rakaman cerita-cerita penglipur lara, yang mula dijalankan pada akhir tahun 1950-an berjumlah 224 judul. beberapa buah karya klasik terpenting yang diterbitkan pada ketika itu ter-masuklah cerita raja dera (1962), hikayat bakhtiar (1963) dan selindung bulan kedah tua (1964). tajuk-tajuk ini tidak termasuk usaha menerbitkan beberapa buah hikayat penting seperti hikayat hang tuah (1964), hikayat pendawa lima (1964), hikayat iskandar zulkarnain (1967), dan hikayat amir hamzah (1969). usaha penerbitan sastera klasik ini berterusan hingga sekarang dan perancangan besar yang sedang dilakukan ialah penulisan sebuah buku "sejarah sastera melayu klasik" yang diusahakan oleh dbp dengan kerjasama beberapa orang to-koh sastera klasik di pusat-pusat pengajian tinggi setempat. namun begitu usaha penyelidikan sastera baharu tidak pula 500</Page><Page Number="518">dari pbmpb hingga dbp ditinggalkan begitu sahaja. semenjak bahagian perkem-bangan sastera ditubuhkan secara khusus dalam tahun 1971 (kemudiannya dikenali sebagai bahagian pembinaan dan pengembangan sastera), pengkajian terhadap sastera baharu telah mula diberi perhatian. tiga buah projek penye-lidikan yang besar telah dijalankan iaitu penulisan "sejarah kesusasteraan melayu moden", "biografi penulis" dan "glosari istilah kesusasteraan". hasilnya maka lahirlah se-jarah kesusasteraan melayu (jilid 1) (1981), wajah: biografi seratus penulis (1981, edisi baru 1988) dan glosari istilah kesusasteraan (1988). sejarah kesusasteraan melayu (jilid 1), mengandungi sejarah penulisan sastera di malaysia sejak mula hingga perang dunia kedua. yang sedang diusahakan sekarang ini ialah penulisan "sejarah kesusasteraan melayu" (jilid ii), iaitu penulisan sejarah sastera selepas perang dunia kedua hingga tahun 1979. sebagai usaha memajukan bakat kesusasteraan, dbp menyediakan wadah yang menyeluruh yang meliputi semua genre. majalah dewan sastera yang mula diterbitkan pada ta-hun 1971 telah memberi nafas baharu kepada para penulis menajam pena mereka dalam lapangan sastera kreatif sesuai dengan motonya waktu itu, "peneroka sastera kreatif. dbp juga tidak putus-putus menganjurkan beberapa per-aduan penulisan bagi mencungkil bakat-bakat baharu. ber-mula dengan peraduan mengarang cerita pendek 1957, yang menghasilkan buku cerita-cerita pendek dbp (1958), hingga-lah beberapa penulisan yang lain hingga kini dan dbp telah dapat mencungkil ratusan bakat penulis muda. beberapa orang daripadanya telah menjadi terkenal hasil daripada pe-raduan seumpama ini. hassan mohd. ali dan a. samad said umpamanya menjadi terkenal selepas musafir (1959) dan sa-lina (1961) menerusi peraduan mengarang cerita panjang tahun 1958. salina pernah diangkat oleh prof. a. teeuw se-bagai, "satu-satunya novel melayu moden yang telah mening-galkan tradisi penulisan cereka sebelumnya hingga dapat di-anggap sebagai sudah mencapai taraf antarabangsa" (prof. a. teeuw, 1964). 501</Page><Page Number="519">sastera kebangsaan: 1s11 dan cabaran beberapa peraduan lain yang pernah dianjurkan oleh dbp bagi menyediakan korpus sastera ini termasuklah peraduan mengarang cerita pendek kanak-kanak (1960), peraduan mengarang drama (1963), peraduan mengarang cerita re-kaan sains (1967), peraduan menterjemah novel (1978), hadiah sastera berunsur islam (1988) dan hadiah cerpen dbp-malayan banking (1988) yang terbuka kepada penulis-penulis bukan melayu. sebagai usaha mengangkat taraf sastera kebangsaan, kerajaan malaysia telah menyediakan hadiah sastera ma-laysia dan anugerah sastera negara. dbp telah diberi ke-percayaan menjadi penggerak utama kedua-dua anugerah ini. dengan adanya hadiah-hadiah ini, penulis-penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang ke-susasteraan tanah air diberikan pengiktirafan peringkat nasi-onal. hadiah karya sastera (1971-1976), dan kemudiannya hadiah sastera malaysia yang dimulakan pada tahun 1982, bukan sahaja memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para penulis tanah air yang menghasilkan karya yang bermutu, malah kerja-kerja penilaian karya ini telah menye-diakan satu bahan dokumentasi yang amat berharga kepada para penyelidik sastera. anugerah sastera negara yang bermula pada tahun 1981 mengangkat para sasterawan kita ke taraf yang tinggi. perha-tian kerajaan terhadap golongan sasterawan melalui usaha ini merupakan satu perhatian yang besar yang jarang-jarang di-laksanakan di negara-negara membangun yang lain. sehing-ga ini lima orang sasterawan kita telah diangkat menerima anugerah sastera negara ini, iaitu keris mas (1981), shahnon ahmad (1982), usman awang (1983), a. samad said (1985) dan arena wati (1987). di luar sempadan negara, dbp yang menjadi penggerak utama sastera di malaysia, telah diberi kepercayaan ber-sama-sama gapena memilih sasterawan yang wajar diberi anugerah sastera asia tenggara (sea write award) yang berpusat di bangkok. semenjak anugerah ini ditubuhkan pada tahun 1979, malaysia telah mengetengahkan 11 orang 502</Page><Page Number="520">dari pbmpb hingga dbp penulisnya untuk menerima anugerah peringkat serantau itu. pengembangan taraf sastera kebangsaan diperhebatkan lagi apabila wujudnya usaha memperkenalkan karya-karya kita ke luar sempadan dunia berbahasa melayu. beberapa buah karya sastera malaysia diterjemahkan iaitu salina (1975), the white dove flies again (1985), saga (1987), modern malay-sian stories i 8i ii (1977/1983) dan modern malaysian poetry (1980) (sekadar menyebut beberapa nama). rancangan se-dang dibuat untuk menterjemah karya-karya terpilih daripada sasterawan negara. di samping itu, untuk memantapkan perkembangan ilmu dan teori kesusasteraan di kalangan penulis kita, dbp telah menterjemahkan buku-buku teori kesusasteraan karya penu-lis-penulis penting seperti rene wellek dan austin warren, terry eagleton, raman selden, danziger dan w.s. johnson dan lain-lain. masyarakat setempat juga didedahkan kepada beberapa buah karya sastera yang penting hasil karya pengarang-pengarang besar dunia yang tidak sahaja terdiri daripada sas-tera inggeris malah juga dari filipina, jepun, korea, thailand, mesir, perancis, afrika, india dan sebagainya. pendedahan seumpama ini amat penting bagi para penulis kita membuat kajian perbandingan dan mengukur pencapaian mereka dalam bidang penulisan. sehingga ini sebanyak 56 buah karya sas-tera dunia telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. dbp masih terus mengusahakan terjemahan karya-karya klasik dunia dan hasil-hasil dunia dan hasil-hasil tulisan para pemenang hadiah nobel bagi kesusasteraan. di samping berusaha mencungkil, membina dan memu-puk bakat ini, dbp turut menganjurkan beberapa kegiatan sas-tera seperti ceramah, forum, bengkel, seminar dan sebagainya yang bertujuan untuk menimbulkan suasana kehidupan sas-tera dan seni di kalangan penulis dan masyarakat umum, yak-ni suasana yang diharapkan akan dapat mendorong kreativiti dan apresiasi sastera. sudut penulis, balai budaya, dan balai seminar merupakan tempat yang sering menjadi tumpuan ke-giatan-kegiatan ini. 503</Page><Page Number="521">sastera kebangsaan isu dan cabaran salah satu usaha terbesar yang telah dilaksanakan oleh dbp dalam meningkatkan pengalaman dan pengetahuan penulis baharu ialah menganjurkan bengkel-bengkel penu-lisan di seluruh tanah air. bengkel penulisan kreatif yang pertama telah diadakan di port dickson pada tahun 1974 dan diikuti dengan beberapa buah bengkel lain seperti bengkel penulisan kreatif wilayah yang dianjurkan bersama-sama gapena. siri bengkel wilayah ini telah diadakan di pulau pinang (1980), muar (1981), kota kinabalu dan kuching (1983), kuala terengganu (1984) dan kuala lumpur (1986). pada tahun 1985, bengkel seumpama ini telah dilangsungkan di dbp khusus untuk penulis-penulis bukan melayu yang menulis dalam bahasa malaysia. dbp juga melalui program pengembangan sastera ini telah melantik beberapa orang penulis tamu sebagai tanda penghormatan kepada para penulis veteran yang telah ba-nyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan tanah air, sekali gus mendapatkan karya-karya yang bermutu dari-pada mereka. sehingga ini beberapa orang penulis setempat dan luar negeri telah dilantik, antaranya ialah keris mas, a. samad ahmad, adibah amin, latif mohidin, rattiya salleh (thailand), prof. chong young rhim (korea) dan rene dail-lie (perancis). (iii) penerbitan usaha pengembangan bahasa kebangsaan tidak akan ber-makna sekiranya tidak didukung oleh usaha penerbitan buku bahasa ini. matlamat penerbitan dbp pula bukanlah untuk mendapatkan keuntungan ekonomi, tetapi adalah untuk ke-pentingan sosial, bahasa, sastera dan pendidikan. penerbitan dbp bermula dengan penerbitan buku anak raja dengan anak bapa, sebuah karya terjemahan yang diusa-hakan oleh pendeta zaba dan diterbitkan dalam tahun 1958. sejak itu dbp berkembang sebagai sebuah badan penerbitan yang terbesar di negara ini, menerbitkan kira-kira 300 tajuk 504</Page><Page Number="522">dari pbmpb hingga dbp buku setahun. skop penerbitan dbp cukup luas, mencakupi hampir semua jenis atau bidang penerbitan buku teks (dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi), buku umum (dewasa), buku kanak-kanak, buku bahasa, sas-tera dan majalah. kegiatan penerbitan buku teks dalam bahasa malaysia secara serius bermula pada tahun-tahun 1960-an. dbp boleh dianggap sebagai badan yang memulakan langkah mener-bitkan buku teks dalam bahasa malaysia untuk mengisi kekosongan yang amat ketara pada masa itu. penyertaan ini berterusan sehingga sekarang. pada mulanya kebanyakan buku teks, terutamanya untuk peringkat sekolah menengah, adalah buku terjemahan, tetapi mulai tahun 1975, buku teks baharu pada peringkat ini hampir semuanya terdiri daripada karangan asli. dbp memulakan penerbitan buku teks pengajian tinggi dalam tahun 1964 untuk memenuhi keperluan pelajar-pela-jar aliran bahasa malaysia yang akan meneruskan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi mulai tahun 1965. pada masa itu tidak ada sebuah pun buku pengajian tinggi dalam bahasa malaysia. usaha dbp dirintangi banyak masalah, ter-utamanya masalah kekurangan penulis, penterjemah dan edi-tor buku pengajian tinggi yang terlatih dan berpengalaman. namun demikian, dengan tenaga penulis dan penterjemah yang amat terbatas, dbp berjaya juga menghasilkan lebih kurang 180 buah tajuk buku pengajian tinggi sehingga awal tahun 1981. dalam bulan oktober 1980, dbp telah mengadakan suatu perjumpaan dengan kira-kira 300 orang sarjana dan pensyarah dari semua pusat pengajian tinggi setempat untuk mem-bincangkan rancangan peningkatan penghasilan buku teks asas pengajian tinggi dalam tempoh lima tahun (1981-1985). matlamatnya adalah untuk menghasilkan sekurang-kurang-nya 200 buah tajuk baharu dalam berbagai-bagai lapangan yang diajarkan di pusat-pusat pengajian tinggi. di samping menulis karangan asli atau menterjemah buku-buku dalam bahasa lain, dbp juga memilih buku-buku 505</Page><Page Number="523">sastera kebangsaan isu dan cabaran pengajian tinggi dari indone sia yang dianggap sesuai untuk diubah suai dan diterbitkan dalam edisi bahasa malaysia. dalam tahun 1980, sebanyak lebih kurang 250 buah tajuk buku pengajian tinggi dari indonesia telah diperoleh dan dbp menerbitkan lebih kurang 50 tajuk dalam masa yang singkat. pada masa yang sama dbp telah mengadakan ker-jasama yang rapat dengan penerbit-penerbit indonesia, untuk memilih buku-buku dbp dan diterbitkan di indonesia. di malaysia, bidang penerbitan buku umum masih belum mencapai kemajuan yang tinggi. penerbit-penerbit lebih ter-tarik untuk menerbitkan buku teks kerana mereka mengang-gap buku teks lebih menguntungkan dan pasarannya lebih besar. tujuan dbp menerbitkan buku-buku umum ini adalah untuk menggalakkan pembacaan di kalangan masyarakat. hal ini bukan sahaja penting dari segi perkembangan pendidikan masyarakat, bahkan juga besar kesannya kepada kemajuan bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu. buku bacaan umum untuk kanak-kanak dan golongan remaja diberikan perhatian juga. bidang ini cukup penting untuk kemajuan fikiran kanak-kanak di luar sistem pendidik-an yang formal di sekolah. tujuan dan matlamat penerbitan umum untuk kanak-kanak ini ialah: • (a) untuk menyemat atau memupuk minat gemar mem-baca. (b) untuk menimbulkan sikap cinta dan gemar terhadap ilmu pengetahuan am. (c) untuk mengasah atau mengembangkan akal fikiran kanak-kanak. (d) untuk membentuk perwatakan dan peribadi yang positif dan bertatatertib (terutama pada fikiran dan tingkah laku) di kalangan kanak-kanak. berdasarkan tujuan atau matlamat itu maka jenis buku kanak-kanak yang diutamakan adalah buku yang bercorak ilmu pengetahuan am, baik yang disampaikan secara lang-sung atau melalui cara kreatif, seperti cereka sains, buku- 506</Page><Page Number="524">dari pbmpb hingga dbp buku cerita yang membawa unsur-unsur moral yang baik dan sebagainya, dan buku-buku mengenai alam sekitar kanak-kanak. novel untuk golongan remaja diterbitkan juga. tujuan menerbitkan buku adalah untuk dibaca, bukan un-tuk disimpan di dalam gudang buku atau perpustakaan atau stor penerbit. dengan demikian perlu ada dalam negara kita suatu masyarakat yang gemar membaca buku. di malaysia, masyarakat pembacanya belum besar; minat membaca di ka-langan penduduknya belum begitu tinggi, walaupun kadar ke-nal huruf agak tinggi, iaitu lebih kurang 80% dan kesanggupan daya beli juga cukup besar. kerana menyedari hal inilah dbp mengambil inisiatif menyusun projek gerakan membaca yang telah dilancarkan pada 28 januari 1980. tiap-tiap negeri dan daerah dicadangkan supaya menubuhkan jawatankuasa gerakan membaca masing-masing. rancangan ini mendapat sambutan yang amat meriah dan positif. beberapa buah ne-geri sudah pun menubuhkan jawatankuasa gerakan mem-baca. projek ini juga mendapat perhatian dan sokongan daripada dua pertubuhan luar negeri, noma foundation dari negeri jepun, melalui international reading association yang berpejabat di amerika syarikat, telah mendermakan wang se-banyak us10 000.00 (lebih kurang rm22 000) kepada dbp, manakala toyota foundation telah membiayai projek penyeli-dikan pembaca melalui projek ini. dbp maju setapak lagi dalam bidang penerbitan apabila pada tahun 1972, dbp memulakan satu lagi fungsi baharu, iaitu percetakan. tujuannya bukanlah untuk bersaing de-ngan pencetak-pencetak swasta tetapi untuk menampung kerja percetakan buku dbp yang semakin bertambah yang tidak semuanya dapat dicetak dengan sebaik-baiknya oleh pencetak-pencetak swasta. demikianlah dalam seluruh perjuangan dbp bagi me-majukan dan memperkaya bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa kebangsaan, dbp telah mengalami detik-detik yang cukup teruji dan penuh cabaran. namun begitu, sama ada diakui atau tidak, jika diukur dari segi waktu, dbp telah dapat memainkan peranan yang baik khususnya dalam bi- 507</Page><Page Number="525">sastera kebangsaan: isu dan cabaran dang bahasa dan sastera. kejayaan dbp sehingga kini tentulah berkat usaha gigih pengarah-pengarah dbp yang lalu, iaitu prof. ungku aziz, allahyarham tun syed nasir ismail, allahyarham dato' ali haji ahmad, datuk haji sujak rahiman sehinggalah kepada datuk haji hassan ahmad. saya sebagai penyambung usaha-usaha yang telah dilaksanakan itu insya-allah akan terus menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini. dewan bahasa dan pustaka dalam dekad 1990 -an setelah melalui tiga dekad perkembangannya, dbp pada era tahun-tahun 1990-an akan memesatkan kegiatan perancang-an bahasa pada tahap "pengembangan". pada tahap ini, akan diambil usaha-usaha tegas untuk memantapkan penggunaan bahasa mengikut bidang atau laras ter tentu, yang dicirikan dengan sifat-sifat kejelasan dan keindahan. dalam tiga dekad yang lalu, dbp telah berhasil menyediakan korpus bahasa se-perti pan duan ejaan, kamus, tatab ahasa pegangan dan panduan sebutan di samping menghasilkan ratusan ribu istilah dalam pelbagai bidang ilmu untuk kegunaan masyarakat. dengan lengkapnya korpus itu, kita memasuki tahap "pengembang-an" untuk memantapkan bahasa malaysia menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang berupaya memperkatakan segala aspek kehidupan dengan baik dan indah. usaha sedang dirancang ke arah menjayakan bentuk ba-hasa melayu tinggi bagi menghadapi cabaran zaman. "apa yang dimaksudkan dengan bahasa melayu tinggi ialah ba-hasa yang menjadi alat penyampaian buah fikiran dan ilmu-ilmu yang moden serta kompleks, bahasa yang menjadi dasar budaya tinggi, yang mengungkapkan perasaan-perasaan yang halus. bahasa melayu tinggi adalah bahasa yang betul dari segi penggunaan tatabahasanya, berkesan dan indah. dalam hal ini dua aspek dipentingkan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. keintelektualan bahasa ialah keupaya-an sesuatu bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan cekap dan berkesan. kesempurnaan bahasa pula 508</Page><Page Number="526">dari pbmpb hingga dbp bermaksud bahasa yang tepat, berkesan dan sesuai dengan situasi penggunaannya" (prof. madya dr. nik safiah haji a. karim, 1987:ix). sesuai dengan cita-cita tersebut, usaha pembakuan baha-sa yang sedang pesat dijalankan sekarang merupakan lang-kah menyediakan tapak yang kukuh bagi berlangsungnya satu transformasi yang bersendikan ilmu dan pemikiran. dbp hanya berperanan menyediakan korpus bahasa dan menye-barkan kepada masyarakat dengan cara yang berkesan. pe-ranan masyarakat pula adalah untuk memberikan perhatian dan tindakan agar korpus bahasa itu benar-benar bermanfaat dan mampu digunakan sebagai alat asas pemerolehan dan pe-nyebaran ilmu. dengan yakin kita menganggap bahawa proses pengem-bangan bahasa melayu tinggi ini akan mencapai tahap yang memuaskan pada akhir dekad 1990-an, hasil daripada proses pelajaran di sekolah dan pesatnya perkembangan media massa yang membantu menjayakan pemantapan bentuk ba-hasa melayu tinggi. keyakinan masyarakat terhadap hal ini harus terus diperteguhkan dengan menjadikan proses pem-bakuan bahasa sebagai satu agenda penting dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. selaras dengan cita-cita tersebut, usaha-usaha pembinaan dan pengembangan sastera oleh dbp akan terarah kepada empat matlamat utama, iaitu pertama, memantapkan sastera berbahasa melayu sebagai teras sastera kebangsaan; kedua, meningkatkan mutu penulisan pengarang-pengarang sastera kebangsaan; ketiga, menjadikan sastera berbahasa melayu sebagai bentuk pengucapan sastera yang dapat diterima oleh semua dan melibatkan masyarakat berbilang kaum di malay-sia dan keempat, memperkenalkan sastera kebangsaan ke peringkat serantau dan antarabangsa melalui penyelidikan dan terjemahan. matlamat utama dbp dalam bidang sastera adalah untuk memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan. dalam tempoh tiga dekad yang lalu, dbp telah memperlihat-kan kejayaan dalam usaha membina dan mengembangkan 509</Page><Page Number="527">sastera kebangsaan: isu dan cabaran sastera kebangsaan. penerbitan karya sastera bermutu dalam bentuk buku dan majalah berterusan. banyak karya terbitan dbp telah memenangi hadiah. penerbitan karya sastera, ter-utamanya melalui majalah dewan sastera di samping buku-buku sastera, membanjiri pasaran. kita dapat menganggap bahawa tahap pembinaan sastera kebangsaan sudah menca-pai tingkat yang membanggakan. kini, sastera kebangsaan tidak sahaja dihasilkan oleh penulis melayu, malah penulis-penulis bukan melayu pun turut menyertai bidang ini dengan bakat dan ilmu yang meyakinkan. satu lagi peranan dbp yang penting kepada masyara-kat ialah penerbitan buku untuk bacaan umum dan teks di institusi pendidikan. sehingga kini jumlah penerbitan buku meliputi pelbagai bidang karya dapat dianggap memuaskan. namun cabaran paling besar yang harus diterima oleh dbp pada dekad 1990-an adalah permintaan terhadap buku ilmiah untuk pusat-pusat pengajian tinggi. selaras dengan perkembangan bahasa malaysia menjadi bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi pada tahun 1983, maka keperluan terhadap buku ilmiah semakin mendesak. untuk memenuhi keperluan tersebut, dbp telah memulakan skim penterje-mahan dan penerbitan buku pengajian tinggi (ringkasnya skim nadi) pada tahun 1988. meskipun skim ini memerlukan biaya yang tinggi, namun pelaksanaannya yang segera amat perlu kerana jumlah bidang kursus di pusat-pusat pengajian tinggi pada masa ini dianggarkan sebanyak 3000 subbidang sedangkan jumlah buku dalam bahasa malaysia yang telah ter-bit amat sedikit. skim ini merupakan langkah positif ke arah penyelesaian krisis kekurangan buku untuk pengajian tinggi, terutama menjelang dekad 1990-an, ketika kita mempergiat-kan usaha mengembangkan bahasa melayu tinggi untuk keperluan masyarakat yang semakin kompleks dan canggih. pelaksanaan skim nadi akan menjadi tumpuan usaha dbp pada dekad 1990-an di samping terus menggiatkan penerbitan buku ilmu dan kreatif karya asli. skim nadi merupakan pro-ses perpindahan budaya ilmu daripada bahasa-bahasa moden 510</Page><Page Number="528">dari pbmpb h1ngga dbp dunia kepada bahasa malaysia. faedah yang ketara daripada projek ini, tetapi lebih besar ertinya kepada negara ialah per-tama, bahasa malaysia dapat diperluaskan dan dipesatkan perkembangannya dalam suasana terancang; kedua, bahasa malaysia dapat dipertingkat sebagai bahasa ilmu pelbagai bidang; ketiga, penerbitan dan penterjemahan buku dalam bahasa malaysia dapat dirancangkan dan diselaraskan; ke-empat, penciptaan istilah dapat dipesatkan, dan penggunaan-nya dapat diselaraskan; dan kelima, tenaga pakar dan sektor tertentu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. harapan kita ialah supaya projek ini akan mencapai ke-jayaan seperti yang dirancangkan kerana kejayaannya akan membuktikan bahawa bahasa malaysia mampu menjadi ba-hasa ilmu dalam zaman sains dan teknologi ini. dewan bahasa dan pustaka dan gerakan massa dengan kesedaran bahawa dbp lahir hasil daripada perjuang-an seluruh pencinta bahasa melayu dan kesusasteraannya, khususnya perjuangan badan-badan yang bergabung dalam kongres bahasa dan persuratan melayu yang ketiga, maka dbp telah bergerak atas dasar kebangsaan dan kerakyat-an seperti yang dicadangkan oleh memorandum asas 50 kepada kongres tentang dasar yang harus menjadi landasan perjuangan dbp. pengertian kebangsaan di sini ialah faham-an yang luas dan kukuh yang mengatasi segala fahaman keya-kinan perseorangan, fahaman politik dan ideologi yang ter-tentu. yang dimaksudkan dengan kerakyatan pula ialah suara dan fikiran serta kepentingan rakyat yang mengatasi suara, kepentingan dan fikiran golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. dalam tempoh tiga dekad, dbp terus berusaha mem-bantu dan berganding bahu dengan organisasi bahasa dan sastera yang dipelopori dan digerakkan oleh pencinta dan pejuang bahasa dan sastera. umpamanya apabila persatu-an penulis nasional (pena) ditubuhkan pada tahun 1961, dbp menjadi tempat persatuan ini bergerak dengan tenaga 511</Page><Page Number="529">sastera kebangsaan: isu dan cabaran petugasnya menjadi nadi kepada perjuangannya. kemudian, apabila persatuan-persatuan bahasa dan sastera dari selu-ruh pelosok tanah air bersatu untuk membentuk gabungan persatuan penulis nasional malaysia (gapena). dbp juga menjadi tempat mereka berkumpul lalu gapena lahir pada tahun 1970. dbp terus memberikan sokongan kepada badan-badan tersebut dalam segala kegiatannya, sama ada dari segi tenaga penggerak, kemudahan tempat, bantuan kewangan dan penerbitan. pada era 1980-an, apabila persatuan linguistik malaysia dan persatuan penterjemah malaysia memperlihatkan ke-giatannya yang bererti dan berterusan, maka dbp telah turut sama berganding bahu menjayakan projek-projek yang ber-manfaat untuk memajukan dan mengembangkan bahasa ma-laysia. di samping itu dbp tidak melupai badan di iuar kuala lumpur, sementara dbp cawangan sabah dan sarawak me-mainkan peranan membantu gerakan massa di kedua-dua negeri tersebut. kesimpulannya, dbp memang sentiasa membantu se-gala kegiatan badan-badan sukarela, malah sektor swasta juga, yang mendukung cita-cita mendaulatkan dan mengem-bangkan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi yang utama. dbp menganggap semua badan sukarela tersebut sebagai teman seiring jalan dan se-perjuangan dalam usaha menjadikan bahasa kebangsaan itu sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam kehidupan na-sional yakni kehidupan politik, kehidupan sosial, kehidupan ilmu pengetahuan dan kehidupan kebudayaan (keris mas, 1979:165) . penutup demikianlah gambaran umum 100 tahun pergerakan bahasa dan sastera di tanah air kita. perjalanan sejarah yang lalu tidak berlangsung secara licin, tetapi penuh ranjau dan onak yang mencabar kegigihan tokoh-tokoh pejuang bahasa dan sastera. mereka melaksanakannya secara sukarela, tanpa mengharap 512</Page><Page Number="530">dari pbmpb hingga dbp apa-apa balasan yang berbentuk material. hasrat dan impian mereka telah terlaksana, yang sebahagian besarnya telah di-laksanakan oleh dbp sejak mula ditubuhkan. namun demiki-an, pihak dbp masih merasakan ada kekurangan di sana sini dalam menjalankan tugas-tugasnya yang telah diamanahkan itu. melalui pertemuan dan perbincangan seperti seminar ini tentunya akan dapat memberikan "input" baru dalam usaha kita menegakkan maruah bangsa kita untuk menjadikan ba-hasa melayu moden yang setaraf dengan bahasa-bahasa be-sar di dunia. bibliografi a. samad ahmad, 1981. sejambak kenangan. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. a. teeuw. "sastera melayu moden yang saya baca (kesan sebagai orang luar)" dlm. dewan bahasa, november 1964, hlm. 517— 24. abdullah bin abdul kadir munsyi, 1974. hikayat abdullah (jilid i) . kuala lumpur: pustaka antara. abdullah hussain. "ruang kumpulan sahabat melahirkan ramai penulis terkenal" dlm. dewan sastera, disember 1982. anwar ibrahim, 1989. "kata pengantar menteri pendidikan ma-laysia" dlm. bahasa melayu baku asas pembinaan tamadun. kuala lumpur: persatuan linguistik malaysia. awang sariyan dan safian hussain, 1984. "peranan dewan bahasa dan pustaka dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera di malaysia" dlm. bahasa dan sastera nusantara: se-jarah dan masa depannya. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. bahagian penterjemahan, 1987. "skim penterjemahan dan pener-bitan buku pengajian tinggi (skim nadi)". kuala lumpur: de-wan bahasa dan pustaka. buku cenderamata ulang tahun ke-30 dewan bahasa dan pustaka, 1986. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. fawzi basri, m.a., 1981. "kitab pemimpin johor: suatu pengenal-an" dlm. malaysia dari segi sejarah. kuala lumpur: persatuan sejarah malaysia, no. 10. 513</Page><Page Number="531">sastera kebangsaan•dan cabaran fawzi basri, m.a., 1984. "perkembangan pendidikan di negeri jo-hor 1856-1939: satu kajian ringkas" dlm. khoo kay kim (ed.). sejarah masyarakat melayu moden. kuala lumpur: persatuan muzium malaysia. hassan ahmad, 1988. bahasa, sastera, buku: cetusan fikiran has- san ahmad. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. insan, 1981. warisan asas 50. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. jk perancangan bahagian pembinaan dan pengembangan sastera, 1988. "program pembinaan dan pengembangan sastera lima tahun (1990-94)". kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. keris mas, 1979. 30 tahun sekitar sastera. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. khoo kay kim. "persatuan persuratan sebelum perang dunia ke-dua. politik atau persahabatan" dlm. dewan sastera, disember 1982. mohd. thani ahmad. "pertubuhan bahasa dan sastera melayu" dlm. dewan sastera, disember 1982. nik safiah karim, 1987. "kata pengantar edisi kedua" dlm. memo-randum angkatan sasterawan 50. petaling jaya: penerbit fajar bakti. nik safiah karim, 1987. "sumbangan pakatan bahasa melayu" dlm. tradisi johor-riau: kertas kerja hari sastera 1983.kuala lum-pur: dewan bahasa dan pustaka. nik safiah karim, 1989. "bahasa melayu baku: ke arah pembinaan bahasa kebangsaan yang sempurna" dlm. bahasa melayu asas pembinaan tamadun. kuala lumpur: persatuan linguistik ma-laysia. rohani rustam dan idros samsudin. "pertubuhan bahasa dan sas-tera di malaysia" dlm. dewan budaya, disember 1986. dewan bahasa, januari 1989. 514</Page><Page Number="532">kesusasteraan dan masyarakat umum kamaludin muhammad hubungan kesusasteraan dengan masyarakat umum pada dasarnya ialah hubungan yang bersifat pengintegrasian budaya-masyarakat. melalui hasil-hasil kesenian umumnya dan melalui seni sastera khas-nya, subculture dari unit-unit masyarakat diintegrasikan kepada kebudayaan yang menyeluruhi masyarakat besar, negara atau bangsa. oleh sebab kesusasteraan adalah hasil seni yang terpan-car dari daya kemahiran dan daya akal yang tinggi yang melahirkan penciptaan keindahan (estetik) dan kemampuan intelek maka hubungan yang bersifat pengintegrasian budaya-masyarakat itu hanya akan berhasil dengan wujudnya ke- 515</Page><Page Number="533">sastera kebangsaan isu dan cabaran sanggupan menghargai atau kesanggupan apresiasi terhadap kesenian. fungsi hubungan ini tidak berlaku kalau apa-apa yang dikatakan karya sastera itu tidak memanifestasikan realiti kehidupan manusia di dalam masyarakat melalui pen-ciptaan keindahan dan kemampuan intelek yang tinggi atau tidak ada kesanggupan apresiasi terhadap ciptaan itu. maka itu fungsi kesusasteraan sebagai satu ciri daripada penginte-grasian budaya-masyarakat bergantung kepada kesanggupan memberi daripada pihak sasterawan dan kesanggupan me-nerima oleh pihak khalayak umum. dengan penerimaan bahasa malaysia sebagai bahasa ke-bangsaan maka secara assumption dapat dikatakan bahawa kesusasteraan bahasa malaysia diterima sebagai kesusastera-an kebangsaan lantas kesusasteraan itulah dengan mutlak akan menjadi satu ciri pengintegrasian sosiobudaya kebang-saan. atas assumption ini, perkara yang memerlukan penin-jauan mengenai hubungan kesusasteraan dengan masyara-kat umum ialah kesanggupan daripada pihak sasterawan yang mencipta sastera kebangsaan untuk memberi kepada masyarakat dan kesanggupan pihak masyarakat untuk mene-rima kesusasteraan kebangsaan. dalam kesanggupan mem-beri dan menerima ini akan terlihat betapa sebenarnya fungsi perhubungan itu berlangsung dan kita harapkan dapat pula melihat betapa kesannya kepada pengintegrasian budaya-ma-syarakat kebangsaan malaysia. walaupun subculture dari unit-unit masyarakat kecil di seluruh nusantara masih hidup dalam zaman unit-unit itu sendiri tetapi pada keseluruhannya suatu sosiobudaya yang lebih luas telah berintegrasi, menjadikan suku melayu dalam nusantara ini dikenal dengan keperiba-diannya sendiri. peranan pantun, syair, pepatah, hikayat dan cerita-cerita penglipur lara rakyat dan seterusnya karya sas-tera moden telah berlangsung dalam fungsi pengintegrasian budaya-masyarakat suku melayu ini. malah dalam beberapa hal bersama-sama dengan pengaruh ciri-ciri pengintegrasian sosiobudaya yang lain, kesusasteraan seperti pantun, syair, hikayat dan lain-lain itu telah juga menolong pengintegrasian subculture unit suku-suku bumiputera yang lain sehingga ter- 516</Page><Page Number="534">kesusasteraan dan masyarakat umum lihat bahawa hampir seluruh suku-suku bangsa bumiputera di nusantara ini terikat dalam penganutan satu kebudayaan yang besar. di tanah melayu (satu aspek yang lebih penting) malah kelihatan integrasi sosiobudaya berlaku antara unit masyara-kat melayu dengan unit masyarakat kaum baba. pantun khas-nya memainkan peranan penting dalam integrasi ini selain ciri-ciri lain. dalam pengertian nasional malaysia sekarang ini telah tumbuh unit-unit masyarakat yang lain daripada unit melayu atau bumiputera, yakni unit-unit masyarakat kaum cina dan tamil yang masing-masing mempunyai penganutan kebudaya-an sendiri. maka kebudayaan daripada unit-unit ini menjadi subculture dalam masyarakat besar malaysia. kesusasteraan, seperti telah berlaku pengintegrasian sosiobudaya bumi-putera pada masa yang lalu, akan menjadi satu ciri integrasi sosiobudaya kebangsaan malaysia sekarang yang terdiri dari-pada subculture unit masyarakat melayu, cina dan tamil itu. sebanyak mana kesanggupan sasterawan memberi dan sebanyak mana kesanggupan masyarakat menerima ciptaan-ciptaan sastera kebangsaan pada masa yang akan datang akan menjadi ukuran sebanyak mana terlaksananya fungsi hubungan kesusasteraan dengan masyarakat dan ini menjadi ukuran berjaya atau tidak berjayanya kesusasteraan menjadi satu ciri integrasi sosiobudaya nasional kita. berdasarkan latar belakang keadaan sekarang, dari segi kesanggupan memberi pihak sasterawan, kuantiti penu-lis dan kuantiti hasil boleh dikatakan amat menggalakkan. penulis yang berbakat boleh dikatakan sedang bertumbuh amat subur dengan daya produktiviti yang mengagumkan. dalam beberapa tahun yang terakhir ini kira-kira 600 sajak, 400 cerita pendek, pukul rata diterbitkan dalam setahun. drama, esei, kritik sastera makin banyak memenuhi ming-guan dan bulanan. peraduan novel anjuran kerajaan kerana menyambut 10 tahun merdeka menerima 48 buah novel yang tiap-tiap satu tidak kurang daripada 300 muka tebalnya. kuan-titi penulis dan hasil penulisan ini boleh dikatakan mencapai 517</Page><Page Number="535">sastera kebangsaan: isu dan cabaran bilangan yang hampir tidak tertampung lagi oleh penerbit. maka dipandang dari segi kuantiti, kesanggupan memberi daripada pihak sasterawan adalah amat baik. tetapi kesang-gupan memberi daripada pihak sasterawan ini tidaklah terba-tas kepada kesanggupan kuantiti saja. dipandang dari sudut integrasi budaya-masyarakat maka kualiti hasil sastera itu juga menjadi ukuran kesanggupan. satu perkara yang masih dengan mudah dapat dilihat dari karya-karya sastera kebang-saan ialah masalah tema yang masih sedikit hubungannya dengan kehidupan keliling yang bukan melayu. understand-ing penulis-penulis kita tentang kehidupan dan nilai-nilai yang dianut oleh rakyat bukan melayu masih belum begitu men-dalam. paling banyak yang terlibat ialah kenyataan-kenyataan hidup lahir saja. apa yang dikatakan the basic truth of reality kehidupan rakyat bukan melayu itu belum dapat diselam de-ngan mendalam. maka itu dari segi isi yang mencerminkan kekuatan daya fikiran power of mind — yang diperlukan untuk menimbulkan idea-idea baru tentang nilai-nilai hidup baru masih belum begitu kuat. peranan hubungan sastera dengan masyarakat dari jurusan ini dapat dikatakan belum memadai sebagai satu ciri integrasi sosiobudaya nasional. karya-karya yang ditulis dalam bahasa inggeris, cina dan tamil yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan pun menunjuk-kan gejala-gejala yang sama. penulis cina menggambarkan kehidupan unit masyarakat cina dan seterusnya karya tamil menggambarkan kehidupan unit masyarakat tamil. kesu-sasteraan kebangsaan seharusnya menembusi batas-batas unit masyarakat ini yang secara tidak langsung menolong penembusan yang dilakukan oleh ciri-ciri pengintegrasian sosiobudaya melalui sistem ekonomi, politik, pelajaran dan lain-lain. yang patut dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah mendirikan sebuah pusat pentadbiran supaya usaha-usaha yang teratur dapat dijalankan untuk menggembleng kaum sasterawan belajar mengenal unit-unit masyarakat yang mem-bentuk masyarakat kebangsaan kita. di samping itu belajar juga mempertajamkan kesanggupan daya seni dan daya pe- 518</Page><Page Number="536">kesusasteraan dan masyarakat umum mikiran meneliti dengan secara pengkajian yang mendalam terhadap unsur-unsur yang diperlukan dalam penciptaan karya sastera yang boleh menjadi ciri integrasi sosio budaya kebangsaan. penubuhan sebuah akademi sastera dalam erti yang sesuai dengan kehendak kebangsaan masa ini memang sangat perlu. di samping itu sebuah akademi sastera juga akan membuka jalan bagi sasterawan yang menulis dalam ba-hasa yang bukan bahasa kebangsaan untuk belajar berfikir dan mencipta dalam bahasa kebangsaan. pokok yang utama dalam keunggulan kesusasteraan sebagai ciri integrasi sosio-budaya ialah bahasa. dari sudut kesanggupan menerima oleh pihak masyarakat pula, juga ditinjau berdasarkan keadaan sekarang, beberapa gejala yang kurang memuaskan dapat dilihat. pertama sekali jumlah penerbitan naskhah-naskhah karya sastera, kecuali buku-buku yang dijadikan teks untuk sekolah, boleh dikata-kan amat rendah. sebuah buku novel, misalnya, tidak dapat dijual 5000 naskhah dalam setahun. antologi cerpen pun demikian. antologi sajak hampir tidak mendapat pasaran sama sekali. jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk yang boleh membaca bahasa malaysia dalam negeri ini maka peratus yang membaca karya sastera dalam masyarakat kita amat kecil sekali. memang ada waktunya seperti dalam tahun 1966, 1967, penjualan novel agak meningkat tetapi makin me-rosot dan oleh sebab merosot bilangan pembaca maka bilang-an penerbitan pun ikut merosot. dalam tahun 1966, 48 buah novel diterbitkan. dalam tahun 1967, 62 buah. tahun ini se-hingga masa ker tas kerja ini ditulis, jumlah novel yang diterbit-kan belum melebihi 10 buah. bahawa cerita pendek, sajak dan drama diterbitkan begitu banyak dari tahun ke tahun belum dapat dijadikan jaminan bahawa pembacaannya juga banyak. cerita-cerita pendek, sajak dan drama itu kebanyakannya diterbitkan dalam akhbar-akhbar mingguan dan majalah-ma-jalah yang isinya berbagai-bagai jenis, dari berita sampai ke-pada rencana. berapa peratuskah daripada jumlah pembaca mingguan dan majalah itu yang membaca sajak atau cerpen, tidak dapat dipastikan melainkan dengan satu penyiasatan 519</Page><Page Number="537">sastera kebangsaan: isu dan cabaran yang menyeluruh. akan tetapi kalau daripada jumlah penjual-an satu-satu novel atau antologi sajak dan cerpen tadi, walau dengan melipatgandakan dua tiga kali sekalipun, masih juga menampakkan kurangnya jumlah pembaca mengikut kadar jumlah penduduk yang tahu membaca. sebuah majalah khu-sus memuatkan karya dan pengetahuan kesusasteraan pada masa ini dibaca oleh kira-kira 7000 pembaca saja, sedangkan akhbar-akhbar mingguan kita yang memuat sajak dan cerpen ada yang mempunyai pembaca 100 000. sudah tentu keadaan ini tidak seharusnya menjadi gejala atau symptom daripada satu penyakit yang tidak boleh diubat. sebaliknya keadaan ini sebenarnya menunjukkan adanya penerimaan daripada pihak masyarakat dan kerana itu jelas sekali boleh menimbulkan optimisme. optimisme ini seha-rusnya menimbulkan kegiatan yang konkrit untuk memper-tinggikan kadar kesanggupan menerima daripada pihak ma-syarakat itu. beberapa soal boleh dianggap sebagai sebab mengapa penerimaan masyarakat yang agak kurang ini. sebab yang pertama ialah nipisnya semangat suka membaca. sebab kedua, mungkin bersifat ekonomik, kurangnya tenaga beli pada rakyat yang ingin membaca. sebab ketiga, mungkin kurangnya apresiasi, penghargaan terhadap seni. sebab ke-empat, untuk kaum terpelajar, mungkin karya-karya sastera ini sendiri belum mencapai kualiti yang boleh memuaskan taraf pemikiran dan taraf apresiasi seni mereka. antara sebab ini yang penting sekali ialah kurangnya semangat suka membaca dan kurangnya apresiasi terhadap seni. sebab yang dua ini, kalau benar berlaku dalam masyara-kat, maka walaupun ada kesanggupan daya beli dan walaupun karya-karya sastera kita sama nilainya dengan mutu sastera terbaik di dunia, karya-karya itu tetap tidak akan mendapat sambutan. kesanggupan menerima oleh pihak masyarakat patah sama sekali kalau tidak ada semangat suka membaca dan tidak ada kesanggupan menghargai seni dan ilmu penge-tahuan mengenai kemanusiaan. melihat betapa rakyat kita terutama golongan pemuda 520</Page><Page Number="538">kesusasteraan dan masyarakat umum dan pemudi yang membanjiri hiburan ringan, berupa per-tunjukan-pertunjukan filem, pesta-pesta aneka ragam dan se-bagainya yang tidak kurang memerlukan perbelanjaan wang dan masa, maka nyata sekali daya beli masyarakat tidaklah terlalu rendah sekadar untuk membeli beberapa buah buku dalam setahun. dan memandang kepada adanya kritik dan perhatian kaum terpelajar, termasuk juga intelek-intelek luar negeri terhadap karya-karya sastera kita, maka tentulah su-dah ada sesuatu dalam karya-karya itu yang dapat menyentuh kemampuan intelek dan keunggulan seni. mutu ini sudah tentu akan makin lama bertambah tinggi jika terus-menerus ada kritik dan pendapat dikemukakan daripada golongan in-telek. tetapi kritik dan pendapat kaum intelek itu tidak akan bertambah jika golongan itu tidak membaca karya-karya tersebut. untuk menyelesaikan soal yang lebih utama lebih dulu maka sesuatu yang konkrit mestilah dibuat untuk menimbul-kan semangat suka membaca di kalangan masyarakat. seren-tak dengan itu, sesuatu mesti juga dibuat untuk mendidik ma-syarakat supaya dapat menghargai seni sastera. kedua-dua soal ini ada hubungannya yang rapat dengan pendidikan di sekolah. sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun yang akhir ini kita melihat betapa dalam amalannya kanak-kanak dan pemuda-pemuda yang masih di bangku sekolah menghabiskan masanya untuk membuat kerja rumah. yang dikatakan kerja rumah itu bukannya mengu-lang kaji pelajaran tetapi menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru untuk dikerjakan di rumah. tiap-tiap mata pelajar-an ada kerja rumahnya. jarang kita lihat murid membawa buku sastera atau bacaan tambahan untuk dibaca di rumah. kalau tidak membuat kerja rumah murid-murid pergi bela-jar lagi di kelas-kelas bimbingan atau kepada guru-guru yang khas mengadakan kelas di luar sekolah. keadaan ini tentu-lah mungkin sekali disebabkan tidak cukup waktu di seko-lah. dan ini pula mungkin disebabkan terlalu banyak mata pelajaran atau mungkin juga kerana sukatan pelajaran yang merangkum terlalu banyak topik dalam satu mata pelajaran 521</Page><Page Number="539">sastera kebangsaan: 1su dan cabaran yang harus diselesaikan dalam satu tahun. mungkin juga ada sebab-sebab yang lain. akan tetapi kenyataannya, keadaan itu mengurangkan kesempatan untuk guru memberikan arahan supaya anak-anak membaca lain daripada pelajaran sekolah saja. jika ada arahan dan galakan sekalipun, murid-murid ti-dak akan dapat mematuhinya. tiap-tiap murid dikehendaki pertama sekali mempelajari segala yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran dan mereka mesti lulus dalam peperiksaan. murid yang selama umur sekolahnya tidak biasa membaca lain daripada buku sekolah tidak akan memperoleh semangat suka membaca. usaha mengadakan perpustakaan di sekolah, di luar daripada soal sama ada perpustakaan-perpustakaan di sekolah itu berjalan dengan baik atau tidak, pun tidak akan berhasil untuk menggalakkan murid suka membaca oleh se-bab-sebab yang dinyatakan itu. di samping kekurangan peluang untuk menanamkan se-mangat suka membaca di sekolah (yang seharusnya mesti diperbaiki), maka semangat suka membaca dalam kalangan khalayak ramai pun harus menjadi perhitungan. jika sema-ngat itu tidak dapat ditanamkan dengan meluas di sekolah maka sudah wajarlah usaha itu diperbuat berlipat ganda terhadap pemuda pemudi yang telah memasuki kehidupan dewasa dalam masyarakat. patutlah ada kegiatan-kegiatan yang teratur dirancangkan dan diamalkan terutama dalam rancangan pembangunan negara anjuran kerajaan atau anjur-an badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan pemuda dan sebagainya yang boleh menimbulkan semangat suka mem-baca. jika penubuhan perpustakaan dalam semua rancangan pembangunan negara dan pertubuhan-pertubuhan swasta diadakan maka perpustakaan itu tidaklah cukup diserahkan begitu saja kepada pihak rakyat. rakyat itu hendaklah pula digalakkan menggunakan perpustakaan itu dengan cara-cara yang berkesan. penggalakan itu bukanlah sekadar khutbah-khutbah dan ucapan-ucapan yang memberangsang saja tapi dengan sistem dan kaedah yang berdisiplin. jika rakyat tidak suka membaca, khususnya memb aca karya-karya sastera, maka fungsi kesusasteraan sebagai satu 522</Page><Page Number="540">kesusasteraan dan masyarakat umum ciri pengintegrasian sosiobudaya tidak akan berjalan. apresiasi, penghargaan terhadap seni sastera juga ada hubungan dengan pendidikan dan pelajaran kesusasteraan di sekolah. selain daripada membiasakan membaca buku-buku kesusasteraan yang ringan-ringan semasa di sekolah rendah dan menengah rendah untuk menimbulkan kegemaran ke-pada keindahan sastera maka pelajar-pelajar diberi mempela-jari mata pelajaran kesusasteraan pada peringkat menengah atas dan tinggi. tidak dapat dipastikan apakah metode dan approach yang digunakan untuk mengajarkan mata pelajaran ini di sekolah. akan tetapi daripada kertas-kertas peperiksaan untuk sijil pelajaran dan sijil tinggi pelajaran dapat diambil kesimpulan bahawa, yang diuji ialah pengetahuan akademik pelajar-pelajar mengenai sastera seperti sejarah sastera, ri-wayat hidup pengarang-pengarang tertentu, perbezaan ben-tuk-bentuk puisi dan prosa dalam sastera melayu. soalan yang pokok biasanya berdasarkan sebuah buku teks sastera moden dan sastera lama. jenis-jenis pertanyaan yang dike-mukakan mengenai buku-buku teks itu biasanya jenis mema-hami karangan seperti atau bagaimana pembahagian plotnya; siapa-siapa watak yang penting dan tidak penting; mengapa seseorang watak itu mengatakan sesuatu, kepada siapa, di mana dan kenapa; mengapa seseorang watak itu bertindak, kepada siapa ia bertindak, dalam situasi apa; dan lain-lain per-tanyaan jenis memahamkan karangan. soalan yang menguji kesanggupan pelajar terhadap apresiasi keindahan seni serta mengenal idea-idea yang bererti dalam bidang kemanusiaan yang dilahirkan oleh kesanggupan intelek jarang sekali dite-mui. secara umum sesebuah hasil seni itu adalah terpancar dari daya kemahiran dan daya akal yang tinggi yang melahirkan penciptaan keindahan dan kemampuan intelek. demikian-lah juga halnya dengan kesusasteraan kerana kesusasteraan adalah hasil seni, hasil dari daya kemahiran dan daya akal yang tinggi. minat kepada sebuah karya sastera kerana se-bab-sebab hiburan dan excitement saja belum bererti menun-jukkan adanya apresiasi kepada hasil seni. maka kerana tidak 523</Page><Page Number="541">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ada apresiasi yang benar terhadap kesenian, dalam hal ini seni sastera, maka orang muda yang sudah lulus sekolah atau masih dalam sekolah dan pelajaran tinggi lebih suka menon-ton wayang, televisyen atau membaca cerita adventure dan roman-roman picisan daripada membaca karya sastera yang biasanya lebih berat daripada cerita-cerita yang ditayangkan di layar putih dan buku-buku picisan itu. inilah ciri-ciri yang akan melemahkan atau menafikan sama sekali fungsi per-hubungan kesusasteraan dengan masyarakat sebagai pengin-tegrasian sosiobudaya. terutama sekali kalau kalangan terpe-lajar sendiri tidak terdidik untuk menghargai kesusasteraan maka segala idea yang menimbulkan nilai-nilai baru yang dipancarkan oleh karya-karya sastera itu tidak mempunyai kemungkinan langsung untuk sampai kepada rakyat umum kerana kaum terpelajar itulah biasanya pemimpin yang bersi-fat kapitalis terhadap masyarakat umum. dalam hal ini juga, sama seperti dalam hal kurangnya semangat ingin membaca, apresiasi atau penghargaan ter-hadap seni sastera itu bukan saja harus ditinjau kembali di sekolah malah juga usaha-usaha yang berkesan harus dituju-kan kepada masyarakat. kegiatan-kegiatan para sasterawan mendekatkan seni sastera kepada rakyat seperti yang ber-jalan pada masa ini sepatutnya mendapat galakan dan bantu-an serta pimpinan yang teratur. kiranya akan ada sebuah akademi sastera nasional maka satu lagi tugas yang patut bagi akademi itu ialah mengadakan bimbingan dan bantuan terhadap kegiatan-kegiatan sasterawan menghubungi rakyat untuk mendekatkan rakyat itu kepada seni sastera dan de-ngan demikian menanamkan kesanggupan apresiasi rakyat umum kepada kesusasteraan. kesimpulan mengenai gagasan-gagasan yang dikemuka-kan dalam ker tas kerja ini dalam ikhtiar untuk menjayakan fungsi hubungan kesusasteraan dengan masyarakat sebagai ciri integrasi sosiobudaya nasional maka dapat diusulkan: 1. peninjauan semula terhadap approach dan method pengajaran kesusasteraan di sekolah untuk memasti- 524</Page><Page Number="542">kesusasteraan dan masyarakat umum kan bahawa pelajar-pelajar dididik untuk dapat meng-hargai seni sastera. 2. peninjauan semula tentang pemberian kesempatan kepada murid-murkl sekolah untuk membaca seba-nyak mungkin bahan-bahan bacaan selain daripada buku-buku pelajaran bagi menumbuhkan semangat suka membaca. 3. memasukkan rancangan pembacaan melalui per-pustakaan dalam semua rancangan pembangunan oleh kerajaan dan swasta. 4. penubuhan akademi sastera yang sekurang-kurang-nya berguna untuk: (a) menjamin kebebasan seni dan intelek; (b) membimbing kesusasteraan ke arah seni yang bererti bagi kesusasteraan perikemanusiaan; (c) membimbing kegiatan sasterawan untuk men-dekatkan seni sastera kepada rakyat bagi tujuan hubungan sastera dengan masyarakat sebagai ciri pengintegrasian sosiobudaya nasional; (d) memper-tinggi kedudukan dan kesanggupan sasterawan bagi melahirkan karya-karya sastera kebangsaan yang mencapai mutu paling tinggi. dewan sastera, oktober 1971. 525</Page><Page Number="543">pengarang kita. hari ini dan masalah-masalahnya ,45, kassim ahmad saya sebenarnya berasa se-dikit ragu untuk bercakap kepada saudara-saudara mengenai soal sastera. agak lama saya hanya mengikuti pergolakan dan perkembangan sastera kita dari pinggir. ini bukanlah kerana minat saya terhadap perkembangan sastera kita telah berkurang dan saya telah beristirahat sebagai seorang penu-lis. sebab-sebabnya lain. walau bagaimanapun, saya mempu-nyai beberapa fikiran dan pendapat mengenai perkembangan-perkembangan dalam bidang sastera kita sekarang yang ingin saya kemukakan. jadi, apabila studi kelab saudara-saudara dengan murah hati menjemput saya kepada saudara-saudara, maka saya memberanikan diri menerimanya. 526</Page><Page Number="544">pengarang kita hari ini dan masalah-masalahnya kalau saya bertanya kepada diri saya sendiri apakah kesan-kesan saya terhadap perkembangan-perkembangan sastera akhir-akhir ini, yakni dalam masa lima atau 10 tahun yang lalu, saya akan menjawab: tidak begitu menyenangkan. penilaian ini adalah relatif kepada zaman angkatan 50. saya sedar ramai daripada penulis kita sekarang tidak akan ber-setuju dengan kesimpulan ini, tetapi saya fikir ada sebilangan penulis berpengaruh yang mempunyai perasaan yang serupa. dengan demikian, pada pendapat saya, inilah masalah besar yang harus mendapat perhatian kita semua dan yang harus kita selidiki dengan serius dan teliti. pertama sekali, biarlah kita perhatikan beberapa kenyata-an atau fakta berhubung dengan kaum penulis yang wujud sekarang: (i) kita mempunyai bilangan penulis dan penerbit yang lebih ramai; (ii) kebanyakan penulis ini terdiri dari-pada generasi muda; (iii) pihak pemerintah mengakui taraf dan peranan penulis dalam masyarakat; (iv) jumlah pembaca lebih ramai; (v) keadaan negara dan masyarakat kita telah berubah. inilah kenyataan-kenyataan penting yang wujud seka-rang yang mungkin mempengaruhi fikiran dan peranan para penulis kita hari ini. dari segi keadaan-keadaan material dan kemudahan-kemudahan lahiriah, nampaknya kaum penulis kita hari ini lebih bernasib baik daripada penulis-penulis za-man asas 50 - banyak penerbitan yang boleh menerbitkan karya-karya mereka dan kerajaan memberi galakan kepada mereka dengan hadiah-hadiah tahunan. akan tetapi dari segi keadaan-keadaan lain - moral dan politik mereka kurang ber-nasib baik. penulis-penulis asas 50 mempunyai satu tang-gungjawab sosial dan satu perjuangan yang dipikul bersama-sama bangsanya, iaitu mengemblengkan fikiran dan tenaga rakyat untuk perjuangan kemerdekaan. slogan "seni untuk masyarakat" yang mereka jadikan cogan kata perjuangan mereka adalah sesuai dengan tanggungjawab sosial ini. seka-rang bagi kaum penulis kita tanggungjawab sosial ini sama ada tidak wujud atau tidak begitu jelas. kebanyakan mereka menolak penglibatan dengan politik dan ideologi. sungguh- 527</Page><Page Number="545">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pun mereka tidak menyatakan slogan mereka secara terang-terangan, bolehlah kita katakan slogan itu ialah "seni untuk seni". pihak pemerintah cuba hendak melibatkan kaum penu-lis dengan program pembangunan dengan menyogokkan slo-gan "sastera pembangunan", tetapi ini sewajarnyalah, tidak mendapat sambutan daripada penulis-penulis yang berpenga-ruh. ketiadaan satu tanggungjawab sosial yang terang, ketia-daan satu perjuangan — inilah salah satu sebab yang besar mengapa penulis-penulis kita hari ini kehilangan haluan dan tenaga. kebanyakan mereka terdiri daripada generasi muda — latiff mohidin dan kemala, dua orang penyajak yang terke-muka daripada golongan ini, kedua-duanya lahir dalam tahun 1941 — dan ini menafikan mereka pengalaman langsung dalam pergolakan sosial bangsa kita yang dilalui oleh penulis-penu-lis angkatan tua seperti ishak haji muhammad, harun ami-nurrashid, usman awang, keris mas dan masuri s.n. walau bagaimanapun, kekurangan ini bukanlah satu perkara yang tidak boleh diatasi. kemala dalam suara tujuh, umpamanya adalah kemala yang dengan terang menjadi jurucakap rakyat tertindas kerana beliau melibatkan dirinya di pihak mereka, berbeza dengan kemala dalam sajak panjangnya "meditasi". sebaliknya, seorang pengarang yang pernah menjadi jurubi-cara rakyat boleh merosot dengan pengasingan beliau dari-pada rakyat. keadaan politik dan sosial di tanah air kita dalam tahun-tahun enam puluhan telah berubah. kemerdekaan politik telah dicapai dan dengan demikian perjuangan bangsa dan rakyat kita memasuki satu peringkat baru. peringkat ini de-ngan sendirinya adalah kompleks: tidak ada musuh bangsa penjajah yang asing seperti dulu. musuh dan kawan kita ada-lah dalam masyarakat kita sendiri. soalan-soalan apakah corak masyarakat yang kita cita-citakan, apakah corak pembangu-nan yang kita mahu, apakah sikap kita terhadap pelbagai golongan dalam masyarakat kita, apa dia keadilan sosial dan bagaimana mencapainya, apa dia kebenaran dan bagaimana mencapainya, apakah sikap kita terhadap pergolakan yang 528</Page><Page Number="546">pengarang kita har1 ini dan masalah-1v1asalahnya sedang berlaku di seluruh dunia - meminta jawapan daripada kita semua, termasuk penulis-penulis. bagi tiap-tiap soalan ini ada dua jawapan yang mempunyai dua tafsiran. di sinilah letaknya keanekaragaman keadaan dan masalah yang kita ha-dapi. bagi penulis-penulis asas 50, jawapan kepada soalan-soalan mereka adalah jelas dan terang. penjajah mesti diten-tang, kemerdekaan mesti direbut, dan pena mereka mesti digunakan untuk mencapai tujuan-tujuan ini. sekarang kita perlu memilih satu antara dua jawapan atau dua tafsiran atau dua garis bagi tiap-tiap soalan atau masalah kita. dua garis atau dua konsep ini wujud dan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita, termasuk seni dan sastera. satu konsep lama yang kita warisi dari zaman penjajahan dan feudal yang melihat segala masalah dari kaca mata kaum atasan dan yang ingin menciptakan sastera kaum atasan. konsep kedua ialah konsep rakyat yang antifeudal dan antipenjajah yang melihat segala masalah daripada kaca mata rakyat dan yang ingin menciptakan sastera rakyat. dalam sastera moden kita tidak ada satu karya sastera yang seratus peratus bercorak feudal dan penjajah, tetapi banyak yang sedikit sebanyaknya mengandungi unsur-unsur fikiran feudal dan penjajah. se-baliknya banyak yang boleh dianggap sebagai hasil sastera rakyat yang mencapai mutu seni yang agak tinggi, umpama-nya novel-novel ishak haji muhammad anak mat lela gila dan putera gunung tahan dan beberapa cerpen dan sajak keris mas, usman awang dan masuri s.n., beberapa novel arena wati dan lain-lain. pada fikiran saya, inilah soal pokok yang patut disedari dan diinsafi oleh kaum penulis, terutama penulis-penulis muda kita yang sedang berkembang. soalnya pendirian kita di sebe-lah mana - di pihak rakyat jelata dan kebenaran atau di pihak penjajah dan kaum atasan dan kepalsuan? untuk siapa kita menulis - untuk kaum penjajah dan atasan atau untuk rakyat tertindas? penulis-penulis tidak dapat mengelak daripada soal ini, walaupun mereka cuba hendak meletakkan diri mereka di atas daripada soal ini. di sinilah letaknya hubungan antara sastera dan politik. penulis-penulis sebagai anggota masyara- 529</Page><Page Number="547">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kat tidak boleh bebas daripada pertentangan-pertentangan yang wujud dalam masyarakat kita. mereka mesti memilih sama ada hendak menjadi jurubicara bagi rakyat ramai atau bagi kaum atasan. kebanyakan penulis kita datang dari kelas-kelas bawah-an — petani atau pekerja, atau borjuis kecil seperti guru, wartawan, kerani, askar dan sebagainya. oleh sebab pertali-an mereka yang rapat dengan rakyat tertindas, maka karya-karya mereka banyak berhubung dengan kehidupan kelas-kelas bawahan atau dengan perjuangan kebangsaan dan rakyat, seperti salina, rentong dan sandera. namun demiki-an, setelah masyhur dan mendapat kedudukan baru, mereka menjadi kian lebih tinggi dalam masyarakat dan menjadi kian terpisah daripada rakyat dan menampakkan kemerosotan dalam pendirian mereka. ini adalah satu kontradiksi yang sukar hendak dielak. di satu pihak sebagai anggota-anggota kelas menengah yang baru dan sebagai petugas-petugas dalam badan-badan atau institusi-institusi kelas ini, mereka harus menyuarakan ideologi dan kepentingan-kepentingan kelas ini. di pihak lain, sejarah mereka dan orientasi kelas mereka yang dulu, menuntut mereka berbicara bagi pihak rakyat. bagaimanakah mereka harus menyelesaikan kontra-diksi ini? saya fikir mereka mestilah dengan tegas mengam-bil pendirian di pihak rakyat serta menentang fikiran-fikiran dan amalan-amalan yang berlawanan dengan ideologi ini baik di dalam dan di luar diri mereka. di samping itu mereka ha-rus kerap mendampingi rakyat supaya mereka tidak terpisah dari sumber sastera yang memberikan mereka bahan-bahan penulisan. mendampingi masyarakat rakyat serta mengkaji ma-syarakat ini adalah satu syarat penting bagi kaum penulis untuk terus memelihara keutuhan pendirian mereka serta menjadi jurubicara rakyat dalam karya-karya mereka. con-toh perkembangan beberapa orang penulis muda kita dalam beberapa tahun lalu dari aliran realisme kepada aliran-aliran simbolisme, mistik dan surealisme adalah satu petunjuk dan pelajaran yang baik bagi penulis-penulis. daripada suara yang 530</Page><Page Number="548">pengarang kita hari ini dan masalah-masalahnya jelas, terang dan mengharukan kepada suara yang terkulum, samar dan sayu. daripada tema-tema sosial kepada tema-tema kejiwaan. umpamanya, shahnon ahmad dalam ren-tong adalah seorang realis, tetapi dalam ranjau beliau adalah seorang yang mistik. dalam rentong watak-wataknya meng-hadapi soal-soal yang nyata, konkrit dan hidup, tetapi dalam ranjau mereka menghadapi soal-soal yang dibuat-buat. ke-mala dalam suara tujuh membicarakan perkara-perkara so-sial dengan suara yang lantang dan tegas, tetapi dalam sajak panjangnya "meditasi", beliau menjadi seorang romantik mencari keindahan pada alam dan bunyi bahasa dan cinta peribadi. sajak-sajak latiff mohidin juga menggambarkan keterpencilan dan pengasingan penulis daripada masyarakat dan pergolakan sosial. dari segi seninya, sajak beliau "sungai mekong" sungguh indah, tetapi keindahan ini hanya mencer-minkan pelarian ("kaki kananku/ke bulan/kaki kiriku ke ma-tahari"), kesayuan dan kemarahan yang pasif ("ada ibu bersu-ara sayu/mencari suara puteranya yang hilang") dan ("ribut dari utara akan tiba/tebingmu akan pecah"), ("airmu akan merah/dan arusmu akan lebih keras/dari niagara"). saya amat bersetuju bahawa kesenian dan keindahan adalah satu aspek yang penting yang perlu wujud pada karya-karya sastera penulis-penulis kita. saya bersetuju juga ba-hawa sajak "sungai mekong" dan novel ranjau sepanjang jalan mempunyai seni. saya juga bersetuju, banyak karya-karya penulis-penulis asas 50 tidak memperlihatkan ke-senian seperti ini. oleh sebab pentingnya aspek ini, maka pe-ngarang-pengarang kita harus mempelajari seni mengarang dan mencipta sastera. akan tetapi, di samping kita menolak slogan-slogan kosong, klise-klise dan kenyataan-kenyataan politik yang dangkal dalam karya-karya sastera kerana keti-adaan seninya, kita juga tidak boleh menerima kesenian atau keindahan yang terpisah daripada manusia dan pergolakan kehidupan manusia. sesuatu karya sastera yang tidak mem-punyai nilai seni adalah tidak bertenaga, walau bagaimana progresif pendirian politiknya. sebaliknya, sesuatu karya sas-tera yang mempunyai nilai seni yang tinggi isinya tetapi reak- 531</Page><Page Number="549">sastera kebangsaan, isu dan cabaran sioner adalah bahaya dan perlu ditolak. daripada perbincangan di atas, dua perkara adalah nyata. pertama, tujuan kita untuk membangunkan satu sastera rak-yat, sastera yang popular, sastera yang dibaca oleh ramai me-letakkan tanggungjawab kepada penulis-penulis kita supaya menulis tentang kehidupan rakyat jelata — cita-cita, harapan, kasih sayang, perjuangan, masalah-masalah, kebimbangan dan ketakutan mereka. tema-tema penulis-penulis kita patut ditimba daripada kancah kehidupan ini. bererti tema-tema sosial yang menyentuh kehidupan rakyat ramai atau manu-sia ramai patut diutamakan daripada tema-tema lain. dengan demikian penulis-penulis kita mestilah mengkaji masyarakat, mengkaji kehidupan buruh, petani, nelayan dan golongan-golongan lain. dengan pengetahuan ini barulah mereka dapat menggambarkan kehidupan ini secara benar dan realistik. mereka tidak boleh bergantung kepada pengetahuan second-hand yang mereka dapat daripada akhbar-akhbar, majalah-majalah atau buku-buku semata-mata; mereka mesti melihat dan mengalami sendiri. dan mereka tidak boleh berdasarkan kepada khayalan yang tidak berdasarkan kenyataan seperti watak lahuma dalam novel ranjau sepanjang jalan. lahuma tidak boleh dikemukakan sebagai seorang petani yang tipikal dalam masyarakat kita. seorang petani tipikal dalam masyara-kat kita ialah seorang petani miskin yang mempunyai tanah antara 3 dengan 4 relung, bukan seperti lahuma yang mem-punyai 14 relung bendang. dewan sastera, oktober 1975. 532</Page><Page Number="550">masalah perwatakan dalam kesusasteraan kita ,a&amp;k m. noor azam kesusasteraan kita seka-rang sedang dalam kegiatan yang pesat. karya-karya dalam pelbagai bentuk kian bertambah. penulis-penulis baharu timbul dengan berbagai-bagai tema dan teknik. akan tetapi, ketika membaca karya-karya itu, baik novel, cerpen mahu-pun drama, kita sering berhadapan dengan watak-watak yang mewakili manusia-manusia yang seolah-olah tidak berdaya untuk berfikir dengan serius dan bergerak dengan dinamik. kita bertemu dengan pemuda-pemuda liar tetapi keliaran-nya itu keliaran biasa yang tidak berketentuan. kita bertemu dengan orang yang kehilangan pegangan hidup atau yang hidup seperti mesin sahaja. kita menyaksikan isteri-isteri dan 533</Page><Page Number="551">sastera kebangsaan: isu dan cabaran suami-suami yang curang, ketua pejabat yang berfoya-foya dengan stenonya, orang berpangkat dan pemimpin-pemimpin yang tidak jujur serta ber watak "buaya". pendeknya setiap kali kita membaca karya kesusasteraan, kita akan bertemu, berkenal dan melihat tingkah laku serta jalan fikiran manusia yang sudah runtuh atau yang sedang menghadapi keruntuh-an peribadi, semangat dan cita-cita. jarang sekali kita bertemu dengan watak yang mencuba secara sungguh-sungguh, berani, degil dan dengan penuh tang-gunawab memperjuangkan keyakinan dan cita-cita hidupnya. kadang-kadang kita diperkenalkan dengan watak yang aktif, dinamik dan bersemangat, tetapi watak itu segera akan patah di tengah perjalanan, terumbang-ambing di tengah-tengah per-golakan masyarakat dan dihanyutkan oleh angan-angannya mencari kenikmatan hidup yang murah. banyak sekali dari-pada watak-watak sudah mencapai puncak cita-citanya apabila sahaja bertemu dengan wanita atau lelaki atau barang idaman-nya. karya-karya kesusasteraan kita seperti juga surat-surat khabar yang sering menjadi panas dengan berita-berita he-bat, sensasi seperti khalwat, tangkap basah, rogol, baju man-di, pakaian ketat, kisah-kisah jenayah dan peristiwa-peristiwa "keramat". watak-watak yang lahir daripada berita-berita ini-lah yang timbul dalam kesusasteraan kita. masalah ini menimbulkan dua kemungkinan. pertama mungkin kerana memang tidak ada dalam masyarakat kita sekarang orang yang bercita-cita serta berfikir dan bekerja bersungguh-sungguh, berani, degil dan bersedia mengha-dapi sebarang cabaran alam dan pergolakan zaman. seluruh bangsa kita sekarang hanya merupakan mesin yang akan ber-jalan, bergerak dan bekerja menurut garis-garis tertentu dan mengikut perintah operatornya sahaja. kita hanya sanggup mengikuti aliran zaman dari belakang, memakai dan meng-gunakan hasil usaha dan pemikiran orang, sedang kita sen-diri tidak pernah berfikir secara teratur dan serius, dan tidak pernah pula memikirkan tentang kemungkinan kita sendiri untuk menguasai alam dan menjadi tenaga pencipta. 534</Page><Page Number="552">masalah perwatakan dalam kesusasteraan kita kemungkinan yang kedua bukanlah kerana tidak ada anggota masyarakat kita yang berwatak serius, tetapi adalah mungkin kerana ketiadaan tenaga pemikiran, kelemahan tanggapan pancaindera, dan kekurangan fantasi pengarang sendiri. kalau pendapat yang pertama itu merupakan sebabnya, dan kalau memang benar bahawa watak-watak seperti yang tergambar dalam karya-karya kesusasteraan itulah watak umum bangsa kita sekarang, maka nyatalah kita sedang menghidap suatu penyakit masyarakat yang amat berbahaya. pada lahirnya kelihatan kita sebuah negara yang sedang mem-bangun dan bersiap menghadapi cabaran sains dan teknolo-gi, tetapi di dalamnya hidup anggota masyarakat yang lemah tidak bermaya, sanggup menyerah sahaja. oleh sebab itu sudahlah sampai masanya bagi setiap ang-gota masyarakat yang sedar terutama para pemimpin dan cer-dik pandai untuk memikirkan masalah ini dengan sedalam-dalamnya, mencari punca-punca penyakitnya dan kemudian mengubatinya dengan cara dan ubat yang paling berkesan. seluruh masyarakat kita sekarang sedang berada dalam zaman pembangunan. terutama sekali masyarakat bumi-putera, kita sedang berjuang, berusaha dan berikhtiar seribu upaya untuk meninggikan taraf ekonomi, taraf pelajaran dan juga untuk menguatkan kedudukan politik kita. dari segi ke-bangsaan, kita bercita-cita menegakkan satu bangsa yang maju dan mempunyai kehormatan, sebuah negara yang berdaulat dan suatu masyarakat yang aman damai dapat berdiri di atas kekuatan sendiri. ini semua tentulah mesti dibangunkan dan ditegakkan oleh manusia-manusia yang bercita-cita, berfikir dan bekerja serius, bukan oleh manusia-manusia yang ingin hidup mudah dan bersenang-senang. akan tetapi sekiranya pendapat kedua itu pula yang benar, maka ada dua pula kemungkinannya. pertama boleh jadi memang benar ada kelemahan daya berfikir dan men-cipta oleh pengarang-pengarang kita, kedua mungkin oleh sebab para pengarang itu terlalu benar kuat dipengaruhi oleh karya-karya semasa (contemporary) yang bersifat hiburan 535</Page><Page Number="553">sastera kebangsaan isu dan cabaran dari dunia barat yang sentiasa membesar-besarkan sex sensa-tionalism dan jenayah. kalau inilah yang menjadi sebab novel-novel dan cerpen-cerpen kita mengemukakan watak-watak yang berupa ma-nusia lemah itu, maka tugasnya terletaklah pula kepada para penulis, pengkritik dan pusat-pusat pengajian kesusasteraan. hasil-hasil kesusasteraan kita perlulah diteliti semula kerana ia tidak lagi menjadi cermin masyarakat yang sebenarnya. kesusasteraan yang diharapkan — secara tidak langsung — dapat menjadi alat pembangunan rohani dan fikiran, cita-cita dan keperibadian bangsa tentu tidak mungkin mencapai harapan itu sekiranya kita sentiasa sahaja berhadapan dengan watak-watak dari manusia yang lemah tidak bertenaga. bagi orang barat yang bangsanya sudah mencapai suatu peringkat kemajuan yang begitu tinggi, yang sudah menaklu-ki negara dan bangsa lain dalam bidang politik, ekonomi atau kebudayaan, yang sudah menjelajah ke angkasa lepas dan sedang menuju ke bulan, mungkin sudah ada kesempatan untuk bersenang-lenang. akan tetapi dalam sastera senang-lenangnya itu pun wataknya tetap manusia-manusia yang ber-jiwa besar dan berfikir. kami berpendapat masalah watak-watak yang mewakili manusia melayu dalam kesusasteraan moden kita sekarang adalah satu persoalan kesusasteraan yang perlu kita bincang-kan bersama. ruangan majalah ini sentiasa sahaja terbuka untuk perbincangan tersebut asalkan perbincangan itu ditulis atas dasar-dasar pemikiran yang tegas, jelas dan mengan-dungi hujah-hujah yang bernas. dewan bahasa, oktober 1965. 536</Page><Page Number="554">laut sebuali ayunan: keakraban penyair terhadap alam dan nelayan matlin dullah pak lot man langgisan landu noh ku manisan banan sumping kayu maka dendam kahilu bagai bong takulek tiong sah populek nah minsan limaun nuku ngabut liang pekubu enah sanggilah nah matai kelilahan nahl 537</Page><Page Number="555">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pengenalan pertama kali saya mende-ngar sajak daripada kumpulan laut sebuah ayunan ini ialah pada 25 jun 1988, ketika penyairnya membacakannya dalam majlis perisytiharan penulis anak angkat 1988, anjuran dbp cawangan sabah di salah sebuah hotel di kota kinabalu. ke-tika menghayati pembacaan sajak tersebut, saya telah mem-buat beberapa kesimpulan yang akan menjadi inti pati dalam perbincangan saya seterusnya: (i) laut sebuah ayunan menyajikan satu gugusan sajak yang menarik dan indah. penyairnya (saibil madun) adalah salah seorang penyair (muda?) sabah yang bukan hanya berbakat secara semula jadi malah mempunyai kesungguhan dalam penciptaan sajak. analisis penyair telah membahagikan kumpulan ini kepada dua ba-hagian iaitu bahagian i: moluska, dan bahagian ii: sehabis badai. kumpulan ini mengandungi 36 buah sajak. dari segi jumlah, 36 buah sajak bagi sebuah kumpulan sajak, yang rata-rata sajaknya pendek adalah terlalu kecil bilangannya dan nipis. walaupun begitu, ini tidak pula bermakna mutu sajak-sajaknya juga demikian. bahagian i: moluska, mengandungi sajak-sajak yang kebanyakannya memberikan gambaran tentang kehidupan nelayan. sebagai penyair yang dekat dengan kehidupan ne-layan, saibil telah berjaya mengungkapkan kata-kata yang bu-kan hanya memahami kehidupan tersebut malah dapat meng-hayatinya dengan baik seperti sajak di bawah: ada nestapa bergetaran di bawah tapak kaki kita marilah mengembara ke pantai-pantai putih menyaksikan perahu-perahu tua nelayan bolak-balik mengharung samudera. (moluska, hlm. 3) 538</Page><Page Number="556">keakraban penyair terhadap alam dan nelayan walaupun menyedari tentang kesusahan hidup nelayan, penyair masih menaruh sedikit harapan tentang kehidupan mereka pada masa hadapan: kita akan saling bersahabat menggenggam takdir dari laut badai ini kita tenun menjadi pulau harapan. "tengkujuh", "sajak tengkujuh" dan "sajak akhir teng-kujuh" merupakan sajak tiga serangkai yang menarik, me-nyoroti musim tengkujuh sebagai penghalang utama dalam kehidupan nelayan. gambaran yang diberikan oleh penyair sudah cukup untuk kita merasai keperitan nelayan mengha-dapi musim tersebut: sayap angin merah berderai di muka pintu hangat busa darah dari lidah ombak kapal-kapal nelayan yang kehilangan kemudi ("tengkujuh", hlm. 6) keperitan hidup nelayan tidak hanya terhenti di situ. dalam sajak "kerang tua", penyair melihat bahawa laut dan pantai adalah tempat hidup dan mati para nelayan. laut sebagai penyambung nyawa dan laut jugalah sebagai pemutus nyawa tanpa menolak ketetapan takdir: bagaimana pantai menjadi tanah permakaman si pemburu mencari jejak-jejak kepiting dan belangkas orang-orang mengaduh bayang-bayang musim tengkujuh. ("kerang tua", hlm. 10) keakraban penyair dengan nelayan bukan hanya dilihat dalam konteks sebagai sahabat malah lebih luas daripada itu. keakraban itu dapat dianggap sebagai isi dengan kuku, atau pantai dengan ombak. malah dalam kebanyakan sajak, kita dapati bahawa penyair sebenarnya berada bersama dalam dunia dan kehidupan nelayan. bersama merasai getaran jiwa, degupan jantung dan mimpi ngeri para nelayan. penyair 539</Page><Page Number="557">sastera kebangsaan isu dan cabaran adalah sebahagian daripada nelayan itu sendiri. dalam sajak "palahu", penyair mengemukakan persoalan tentang corak kehidupan satu kelompok kecil masyarakat yang tinggal di bahagian pantai timur, sabah yang masih bergantung sepenuhnya pada laut. laut bukan hanya sebagai tempat mencari rezeki, bahkan juga sebagai tempat mereka tinggal. masyarakat ini tinggal dan berkeluarga di atas pera-hu. penyair berasa pesimis tentang kehidupan dan masa de-pan masyarakat ini. ini rumah kehidupan kita senandungkan bagai bumi dan lautan sekali gus tempat menyemai mimpi anak-anak kita melahirkan generasi pelaut. ("palahu", hlm. 12) dalam bahagian ii: sehabis badai, terdapat sajak-sajak yang juga membicarakan persoalan tentang kehidupan ne-layan tetapi dipandang dari sudut yang berlainan sedikit jika dibandingkan dengan bahagian pertama tadi. persoalan yang dikemukakan oleh penyair adalah lebih luas. penyair tidak lagi memandang dunia nelayan secara langsung, yang sentiasa berada di lautan yang bergelora dan diancam oleh kehadiran musim tengkujuh. dalam bahagian ini, penyair memandang ke hadapan serta melihat penyesuaian atau kemungkinan-ke-mungkinan akibat daripada keperitan hidup nelayan. dalam sajak "laut sebuah ayunan" yang dijadikan judul kumpulan ini, penyair merasai bahawa kehidupan nelayan adalah tidak menentu dan pergantungan pada dunia nelayan tidak akan menjamin kehidupan yang lebih baik sama ada untuk ge-nerasi nelayan masa kini atau yang akan datang. tiba-tiba kita berada di taman penuh bunga-bunga kita berada di sebuah kota penuh gemerlapan lampu seketika kita berada di batu-batu karang separuh terendam 540</Page><Page Number="558">keakraban penya1r terhadap ala1v1 dan nelayan di tepi pantai atau di sebuah pulau yang jauh kemudian kita saling bertanya mana langit dan bumi kita. ("laut sebuah ayunan", hlm. 27) daripada judul sajak ini sudah dapat kita ketahui betapa kehidupan nelayan itu sentiasa "berayun" ibarat ayunan atau buaian yang digunakan untuk menidurkan bayi. walaupun demikian, keadaan itu telah mendewasakan kehidupan nelayan. pengalaman-pengalaman yang ditempuhi menjadikan mereka mengenali erti hidup yang sebenar. sebentar kita dewasa pula oleh air masin laut diselimuti rahsia-nya dan kemungkinan seperti tiram yang mengeram mutiara kita zuriatkan kehidupan antara pasang surut lautan akhirnya timbul tenggelam suratan tangan kita. ("laut sebuah ayunan", hlm. 28) persoalan yang sama juga terdapat dalam sajak "sehabis badai", "nelayan" dan "tellin matahari terbit". dalam bahagian ii ini, permasalahan yang dibicarakan tidak hanya tertumpu kepada kaum nelayan yang berada di lautan tetapi juga meliputi penyelam teritip dan mutiara, pencari kepah dan lokan, yang berada di dalam lautan dan di pinggir pantai, di celah-celah pohonan bakau. dalam sajak "doa seorang budak pengutip kepah", pe-nyair merumuskan bahawa apa pun cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh kaum nelayan, segala-galanya adalah atas kehendak allah. setiap yang berlaku mempunyai hikmat dan rahmat yang sudah ditentukan oleh allah. satu perkara yang agak menarik ialah keupayaan saibil madun menghasilkan sajak-sajak yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. hampir keseluruhan sajak dalam antologi ini diolah dengan teliti. walaupun persoalan yang dibicara-kan dalam antologi ini adalah berkisar di sekitar kehidupan 541</Page><Page Number="559">sastera kebangsaan:•dan cabaran nelayan, namun penyair telah memanfaatkan sebaik yang mungkin aspek-aspek yang penting dalam sesebuah sajak. jika dilihat dari segi gaya bahasa, kebanyakan sajak saibil madun mempunyai gaya bahasa yang segar, indah dan penuh makna. imej alam yang digunakan menjadi inti pati perma-salahan dalam sajak-sajaknya. imej tersebut dikembangkan dan diperindahkan sehingga menghasilkan pengucapan yang puitis dan bermakna. kita saling berayun dalam pelukan badai tengkujuh bersama nyanyian angin disember digoncang-goncangkan perahu takdir mengapung-apungkan mimpi kita terasa harapan melayang-layang dibolak-balik ombak membara menjejaki arah ke pintu kuala. ("laut sebuah ayunan", hlm. 27) imej-imej alam yang dikemukakan adalah berkaitan se-cara langsung dengan denyut nadi kaum nelayan. antaranya ialah "laut", "samudera", " ombak", "pantai", "belangkas", " pu-lau", "pangkalan", "bunga karang", "lumut", "ikan", "badai", "teritip", "obor-obor" dan lain-lain. bagi menimbulkan kesan yang lebih baik, penyair juga memasukkan imej-imej alam yang bersifat setempat, yang lebih dikenali di tempat-tempat ter tentu seperti "kitun", "kepiting", "tiram", "mutiara" dan lain-lain. jika dilihat dari segi jangka masa berkarya, saibil madun masih boleh digolongkan sebagai penyair baru; beliau mula berkarya di sekitar awal tahun 1980-an. walaupun begitu, bakatnya dalam bidang penulisan sajak semakin menyerlah. kekuatan sajak-sajak beliau juga dapat dilihat dari segi per-lambangan. beliau seboleh yang mungkin cuba mengelakkan daripada menggunakan perlambangan yang sudah lumrah di-gunakan oleh penyair lain. keaslian perlambangan yang digu- 542</Page><Page Number="560">keakraban penyair terhadap alam dan nelayan nakan telah dapat mengangkat mutu sajak-sajaknya seperti penggunaan "lumpur purba" (moluska), "mahligai" (meng-anyam jala), "burung badai" (sajak akhir tengkujuh), "fajar perak" dan "arus merah" (kerang tua), "tanah gurun" dan "bunga anggerik" (palahu dan riwayat), "bayangan istana" (pelaut), "mahkota bunga karang" (laut sebuah ayunan) dan lain-lain. perlambangan-perlambangan tersebut selain bersesuaian dengan keadaan persekitaran dan permasalahan yang dibi-carakan, juga mengandungi makna yang mendalam. gaya bahasa perorangan dan metafora telah dimanfaat-kan dengan sepenuhnya oleh penyair. penguasaan yang baik oleh penyair dalam aspek-aspek ini telah melahirkan sajak-sajak yang indah dan memberikan kesan dalaman. sebagai penyair yang teliti, aspek-aspek itu dilahirkan dalam bentuk yang asli, lahir daripada pengamatan yang tajam. daripada keseluruhan sajak yang terdapat dalam kumpul-an ini, "laut sebuah ayunan" adalah antara sajak yang ter-kuat. inti pati pemikiran dapat diperturunkan dengan lancar dalam sajak ini. keindahan dan kemurnian bahasa memang tidak dapat dipertikaikan. kebanyakan sajak saibil mempunyai bentuk bebas. wa-laupun begitu, rata-rata sajaknya pendek dan hanya mempu-nyai beberapa bait. daripada semua sajak yang terdapat dalam antologi ini, hanya sajak "laut sebuah ayunan" yang agak panjang dan mempunyai enam bait. sajak berbentuk pendek sangat digemari oleh penyair ini. sajak sedemikian seperti sudah menjadi identiti penyair. malah dalam antologi sajak bersama serindit padi, saibil juga mengemukakan sa-jak-sajak yang pendek. sajak-sajak yang pendek, melahirkan pengucapan yang lebih tegas, ringkas dan padat. dalam hal ini, penyair telah dapat mengelakkan diri daripada menghasilkan sajak yang panjang dan meleret-leret. walau bagaimanapun, beberapa buah sajak saibil mem-punyai bentuk yang khusus atau terikat. sebagai contoh sa-jak "pemandangan" dan "pangkalan" mempunyai bentuk 543</Page><Page Number="561">sastera kebangsaan' isu dan cabaran puisi melayu tradisi; empat baris sebait. dalam sajak-sajak lain juga terlihat kecenderungan sedemikian. penghasilan sajak-sajak sedemikian berkemungkinan mempunyai kaitan dengan puisi tradisi suku kaum bajau yang dipanggil kalang. kalang adalah salah satu jenis puisi tradisi suku kaum bajau yang menyerupai pantun. kalang selalunya dipersembahkan ketika majlis tarian runsai diadakan. kalangmempunyai ben-tuk dua baris, tiga baris atau empat baris sebait. penyair sebagai individu yang berada dalam kelompok masyarakat yang masih berpegang kepada tradisi, tidak mungkin melepaskan dirinya daripada pengaruh tersebut. malah, keakraban dengan masyarakat dan tradisi itulah yang menjadi renungan penyair. kesimpulan saibil madun adalah salah seorang penyair sabah yang bu-kan hanya berbakat secara semula jadi, malah teliti dan tajam pengamatannya. sebagai penyair angkatan baru (muda?) di sabah, masa depannya dalam bidang penulisan sajak adalah cerah. kemampuannya sebagai penyair sudah terserlah me-lalui kumpulan sajak laut sebuah ayunan ini. bagi menentu-kan pencapaian dan kecemerlangannya semakin meningkat pada masa depan, penyair ini perlu memastikan kelangsung-an atau kesinambungan berkarya, memilih persoalan yang bersifat pelbagai, luas, mendukung kemanfaatan moral dan keluar dari lingkungan penyair serta dapat membuat tafsiran secara dalaman. nota 1 ismail abbas dan charles shaong, 1984. tarian-tarian tradi-sional sabah. kementerian kebudayaan belia dan sukan sabah, hlm. 56. 544</Page><Page Number="562">keakraban penyair terhadap alam dan nelayan bibliografi danziger, m.k. dan johnson, w.s., 1983. pengenalan kritikan sas-tera. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. h.b. jassin, 1977. tifa penyair dan daerahnya. jakarta: pt gunung agung. mana sikana, 1983. aliran dalam sastera melayu. kuala lumpur: utusan publications &amp; distributors sdn. bhd. muhammad haji salleh, 1977. tradition and change in contempor-ary malay-indonesian poetry. kuala lumpur: penerbit univer-siti kebangsaan malaysia. sahlan mohd. saman, othman puteh dan ramli isin, 1986. mem-perkatakan tiga genre. petaling jaya: penerbit fajar bakti sdn. bhd. wellek, r dan warren, a., 1988. teori kesusasteraan. kuala lum-pur: dewan bahasa dan pustaka. kertas kerja "minggu sastera", di balai seminar, dewan bahasa dan pustaka, 10 mac 1990. 545</Page><Page Number="563">penyair dan kepenyairan: keghairahan generasi kini mohamad daud mohamad munculnya generasi muda yang meledak-ledak, mengobrak-abrik, melaung-laung dan berteriak lantang menuntut hak, sering kali disalahtafsir-kan oleh individu atau generasi terdahulu daripada mereka. golongan terdahulu menganggap generasi muda (kini?) be-lum teruji kemampuan mereka, atau belum boleh dianggap dewasa (?) dalam perjuangan kreativiti. timbul pula anggap-an yang lebih ekstrem: menuduh dan mempersoalkan atas kriteria atau kayu ukur apakah generasi kini harus diberikan prioriti? untuk menjawabnya, saya petik pendapat h.b. jassin (shanti: penyair yang meramalkan kematiannya. jakarta: 546</Page><Page Number="564">penyair dan kepenyairan: keghairahan generasi kini hasta mitra, hlm. 10) antara lain dinyatakan: "... bahawa un-tuk menjadi seorang penulis yang berbobot/berkaliber ada empat inti persyaratan yang harus dipenuhi, iaitu murni, ju-jur, wajar dan tidak dipaksa-paksa...." merenung sejenak pernyataan ini dikaitkan dengan shan-ti yang baru berusia 20 tahun dinobatkan oleh h.b. jassin sebagai penyair, mengapa kita harus menjadi "terkejut" apa-bila generasi kini seperti air yang penuh melimpah dengan sendirinya. adakah generasi terdahulu harus takut melihat kebangkitan generasi kini yang sedang dilanda pergolakan lahir dan batin muncul di tengah-tengah gelanggang sebagai penyair, novelis, penganalisis dan pengkritik sastera? ada-kah perlu dipersoalkan tali/kayu seperti alat pengukur banjir yang menentukan tanda-tanda tertentu bahawa penduduk ha-rus pindah kerana air sudah tiba di aras bahaya. kriteria yang meletakkan generasi kini belum menemui identiti sehingga timbul prasangka bahawa mereka masih terpengaruh dengan generasi terdahulu — baik dari segi ide mahupun kata-kata — itu pun suatu yang bersifat keterlaluan. mengapa? soalnya, kata-kata yang terdapat dalam bahasa melayu kini masih terbatas. keterbatasan itulah yang menye-babkan timbulnya persamaan kata-kata antara satu penyair dengan penyair lainnya. begitu juga dari segi nuansa pada se-sebuah puisi, sering kali terdapat nuansa yang hampir sama. umpamanya, puisi yang berjudul "tuhan", kita akan me-nemui kata "tuhanku". kata "tuhanku" bukan milik chairil anwar semata, tetapi sudah disebut oleh manusia 1500 tahun terdahulu daripadanya. inilah yang harus sama disedari, bu-kan dimungkiri. untuk jelasnya perihal yang diungkapkan di atas dapat diteliti ucapan dua tokoh dahulu iaitu hamzah fansuri dan sunan bonang. hamzah fansuri secara tersirat menyatakan bahawa tidak perlu mengembara beribu-ribu batu mencari tuhan kerana tuhan sudah berada di rumahku. sedangkan sunan bonang menyatakan tidak usah jauh-jauh mencari sas-tera sebab sastera sudah ada di dalam diri kita masing-masing, tempat alam semesta terbentang, tempat melihat dan mem- 547</Page><Page Number="565">sastera kebangsaan isu dan cabaran bandingkan kebenaran serta kenyataan dengan apa-apa yang terdapat dalam diri kita. hanya dengan penginderaan batinlah kita dapat melihat apa-apa yang menampak kepada kita dan hal-hal yang benar-benar memperlihatkan segi-seginya kepa-da kita (prof. r. ng. purbotjaroko, 1957. kepustakaan jawa. jakarta: jambatan, hlm. 106). nuansa kedua-dua pendapat tersebut hampir sama meskipun objeknya berbeza. maksud-nya, "hanya dalam diri kita semuanya sudah ada". dengan begitu, terbuktilah bahawa persamaan kata-kata tidak pernah mempengaruhi identiti atau terpengaruh antara yang kini dan terdahulu. elemen selanjutnya berkaitan dengan penyair dan kepe-nyairan generasi kini. untuk memperkatakan elemen ini dapat dilihat pada grafik. penyair dan kepenyairan karya   pernyataan       induksi  pengukuran fakta grafik proses susur galur penyair dan kepenyairan. grafik di atas memperlihatkan adanya penyair dan kepe-nyairan. jika dihubungkaitkan dengan pernyataan umum, se-cara individu jelas menunjukkan bahawa setiap penulis puisi dapat digolongkan sebagai penyair. soal pernyataan itu betul atau tidak, tidak perlu dibuktikan. begitu juga dari segi pe- 548</Page><Page Number="566">penyair dan kepenyairan: keghairahan generasi kini ngukurannya sejauh manakah pernyataan umum itu benar dan dapat dipertanggungjawabkan (?). itu tergantung kepada dua sudut yang berbeza iaitu individu penulis puisi itu sendiri dan pengkritik sastera. yang penting, dalam menentukan in-dividu itu penyair atau tidak tergantung kepada sikap dan ke-peribadian individu yang tertakluk kepada pernyataan umum (induksi) serta karyanya. sekiranya dihubungkaitkan penyair dan kepenyairan generasi kini dengan pernyataan sunan bonang jelas menunjukkan generasi kini memang penyair-pe-nyair dan kepenyairan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. begitu juga soal siapa dahulu dan siapa kemudian juga tidak harus menjadi polemik kecil di ruang akhbar. sebab, pende-wasaan sesebuah karya tidak tergantung pada usia, lama atau baru menulis atau banyak sedikit antologi atau banyak sedikit karya. sengaja ditimbulkan gejala di atas kerana shanti dan vivence yang menulis tidak lebih daripada 20 buah puisi di-nobatkan sebagai penyair, mengapa kita harus mempertikai-kan. penyair: siapakah dia? seorang insan seni yang berfikir secara rasional untuk mempertemu objek yang konkrit de-ngan memperguna lambang yang abstrak, dan demikian se-baliknya. objek-objek yang diolah sudah tentu kehidupan dan penghidupan yang konkrit juga abstrak disampaikan dengan kata-kata. setiap kata yang diperguna itu tidak seenaknya sahaja ditempatkan, sebaliknya melalui proses berfikir yang matang, kerana penyair menyedari bahawa setiap kata yang hendak ditempatkan harus bermakna dan dapat ditafsir se-suai dengan idea yang dituangkan. menyedari hakikat akan individu sebagai penyair: hak dan autoritinya tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkannya. pernyataan brewster ghiselin antara lain dapat dirumuskan bahawa proses kreatif seseorang adalah proses perubahan dalam organisasi kehidupan peribadi (the creative process, 1952:12). dengan demikian jelas menunjukkan bahawa kela-hiran seseorang penyair tidak terikat pada bilakah dia mulai menulis puisi? sekiranya seseorang penyair ditentukan oleh 549</Page><Page Number="567">sastera kebangsaan: isu dan cabaran tempoh bermula penghasilan karyanya, sudah pasti karya-karya rejab f.i., sabar bohari, nawawee mohamad, mohd. daud molly dan banyak lagi, berada pada tahap yang tinggi atau setaraf dengan puisi muhammad hj. salleh, baha zain, latiff mohidin, suhaimi hj. muhamad dan kemala. akan teta-pi, kenyataannya puisi-puisi yang dihasilkan oleh kelompok terdahulu dibandingkan dengan generasi kini berada pada tahap yang setaraf. kenapa demikian? ini membuktikan ba-hawa batas usia dan tempoh kepenyairan tidak menentukan status penyair dan karya itu sendiri. untuk memecahkan persoalan yang berkaitan dengan pe-nyair, perlulah kita kemb ali melihat batas usia penyair generasi kini yang dibincangkan. kedewasaan generasi usman awang, amir hamzah dan chairil anwar dalam berkarya belum men-capai usia 40-an. amir hamzah yang dinobatkan sebagai pe-nyair pujangga baru dan kekal sebagai penyair berkaliber hingga kini meninggal dalam usia yang relatif muda. begitu juga dengan chairil anwar yang dikatakan oleh supardi djoko dharmono dalam kertas kerjanya "tentang keghairahan menulis dan mutu tulisan kita dewasa ini": tetapi mengapa maka chairil anwar masih saja menampakkan menonjol di antara kita? sedangkan, chairil meninggalkan hanya dua buah antologi puisinya yang tipis dalam usianya yang muda. jadi, yang penting dalam menentukan "penyair" adalah kedewasaan karyanya bukan usianya. sebab, sampai kini ha-rus diakui bahawa puisi-puisi yang dihasilkan oleh beberapa penyair kita seperti zahari hasib, nawawee mohamad, m. daud molly, wan razuhar, pyanhabib, ladin nuawi, wan ahmad ismail, awang abdullah, lim swee tin, mohd. azli lee bin abdullah (lee choeng beng), suwanlerd pro poul dan banyak lagi berada pada garis yang seimb ang kedewasaan-nya. oleh itu, wajarlah mereka dikelaskan dalam golongan generasi kini dan bukan generasi terdahulu, kerana karya mereka belum sampai ke tahap kedewasaan yang sebenar-nya. kepenyairan generasi kini pula tidak lebih daripada ke-ghairahan untuk digelar sebagai penyair. mereka seakan- 550</Page><Page Number="568">penyair dan kepenyairan: keghairahan generasi kini akan takut tidak disebut penyair atau digolongkan sebagai penyair. fenomena ini tidak seharusnya dibesar-besarkan. se-bab, penentuan kepenyairan seseorang adalah "kedewasaan" karya itu sendiri. jika karya seseorang penyair itu sudah sam-pai pada tahap yang dinilai dan dikehendaki dengan sendiri-nya seseorang itu tergolong sebagai penyair. umpamanya, zaen kasturi yang baru saja terlibat dalam dunia puisi sudah menampakkan kedewasaannya dalam berkarya. demikian juga dengan m. said muharam. di sini menunjukkan kreati-viti yang meluap-luap menghasilkan karya hanya merupakan landasan awal dalam mengemukakan gagasan membentuk diri sebagai penyair bukan penyair. hal ini perlulah disedari apabila kita kunyah inti pati daripada firman allah dalam surah al-syura ayat 51, yang bermaksud; dan tiadalah mungkin bagi manusia bahawa allah akan bi-cara kepadanya kecuali dengan wahyu atau dari belakang tirai atau dengan mengirimkan seorang utusan untuk me-wahyukan apa yang dia kehendaki dengan seizin-nya. se-sungguhnya dia maha tinggi lagi maha bijaksana" (al-quranul karim — bacaan mulia, h.b. jassin, hlm. 681). jika allah menghendaki individu tertentu menjadi pe-nyair atau apa-apa sahaja, meskipun individu tertentu hanya menghasilkan sepuluh atau lebih puisi, maka wajarlah jika dia tergolong sebagai penyair. kerana itu, kita tidak perlu mem-persoalkan kepenyairan seseorang itu berdasarkan dekad kepenyairannya. setelah meneliti penyair dan kepenyairan, didapati ma-syarakat generasi kini dan sedikit terdahulu dalam berkarya kurang mengadakan penelitian dan didukung dengan ilmu bantu (bahan bacaan) apabila menggarap sesuatu objek. sedangkan pengembaraan lahir mahupun batin sebenarnya belum mencukupi untuk menjadi seorang penyair. dalam persiapan diri menjadi seorang penyair sewajarnya individu tersebut mengisi diri dengan pelbagai bahan bacaan - baha-sa, psikologi, filsafat, agama, kebudayaan dan sebagainya - di 551</Page><Page Number="569">sastera kebangsaan: isu dan cabaran samping mengadakan penyelidikan secara khusus dan bukan sekadar menaip berdasarkan kekuatan intuisi. disebabkan kurangnya inisiatif mendalami pelbagai ilmu bantu dan penyelidikan tidak hairanlah kebanyakan puisi ma-hupun karya sastera lainnya yang dihasilkan oleh generasi kini dan sebelumnya kelihatan kering dan hambar. keham-baran inilah juga yang menyebabkan kehambaran pihak pengkritik sastera menerapkan pelbagai pendekatan dalam merumus atau meneliti karya sastera itu sendiri. selain itu, pengkritik juga tidak menguji (melalui perbandingan sastera) keistimewaan setiap karya yang dihasilkan kerana warna-warna yang terpapar dalam karya penyair atau penulis gene-rasi kini coraknya hampir sama, yang berbeza adalah pengo-lahannya sahaja. sekiranya hasil karya penulis generasi kini masih berada pada tahap analisis umum (tema dan struktur sahaja), amat sukar untuk kita meletakkan nafas kesusasteraan pada tahap yang tinggi. kita tidak akan pernah melahirkan karya yang tergolong legendaris seperti karya-karya muhamad iqbal, khalil gibran coleridge dan banyak lagi penyair besar lain. demikian juga jika penyair generasi kini tidak mahu me-ngubah sikap keghairahan mereka kepada kematangan dan kesederhanaan sudah pasti hasil karya mereka yang meru-pakan ledakan-ledakan dalam akhbar dan majalah serta an-tologi terbitan sendiri yang sekadar menjadi bahan dokumen-tasi perpustakaan serta individu tertentu sahaja. hal inilah seharusnya sama-sama disedari. dewan sastera, mac 1991. 552</Page><Page Number="570">daripada etos kepada moralisasi: pantun sebagai pancarannya mohamad shahidan lebat daun bunga tanjung, berbau harum bunga cempaka; adat dijaga pusaka dijunjung, baru terpelihara adat pusaka. (kumpulan pantun melayu, 1984:44) adat, secara dasarnya, meru-juk pada suatu peraturan yang telah diamalkan turun-temu-run dalam sesuatu masyarakat sehingga adat itu merupakan hukum-hukum yang harus dipatuhi. pusaka pula ialah harta turun-temurun daripada nenek moyang yang boleh diguna- 553</Page><Page Number="571">sastera kebangsaan isc dan cabaran kan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual (kamus dewan, 1994:1000). apabila maksud pantun yang di atas me-negaskan bahawa "adat dijaga pusaka dijunjung", penegasan itu tidak lain daripada peringatan kepada pewaris adat pusaka itu agar berkewajipan menjaga dan memastikan "adat pusaka" itu terus hidup seiring dengan hidup dan kehidupan masya-rakatnya. jika adat pusaka diabaikan, akhirnya adat pusaka itu akan pupus begitu sahaja. lebih daripada itu, masyarakat itu akan kehilangan warisan nenek moyangnya, sekali gus akan kehilangan jati dirinya. sejauh mana adat pusaka hidup seiring dengan hidup dan kehidupan masyarakat melayu dan sebanyak mana adat pusa-ka itu telah dipupuskan oleh masyarakat melayu kerana tidak dijaga dan dijunjung, merupakan persoalan yang lain pula. akan tetapi, persoalan adat pusaka melayu, banyak dipan-carkan dalam pantun. cakupan persoalan adat pusaka yang cukup luas itu, rnemperlihatkan bahawa masyarakat melayu adalah antara masyarakat yang kaya akan adat pusakanya. persoalan adat dalam pantun sebenarnya juga tidak lain daripada persoalan etika. malah, kedua-duanya mempunyai pengertian yang sama. etika yang berasal daripada perkataan yunani itu juga membawa maksud adat. etika atau adat se-suatu masyarakat atau bangsa itu pula merupakan sebahagian daripada proses pemahaman terhadap etos sesuatu bangsa itu. sementara kebanyakan etos sesuatu bangsa itu berada dalam hati bangsa itu, dalam apa-apa yang mereka harapkan daripada orang lain dan daripada diri sendiri, dalam hal-hal yang mereka letakkan sebagai bernilai tinggi dan mereka re-mehkan, dalam harapan dan ketakutan mereka. jika etika menjadi sebahagian daripada etos sesuatu bang-sa, moral pula menjadi sebahagian daripada etika. malah, moral menjadi persoalan yang paling penting dalam etika. moral menjadi ajaran atau pegangan tentang baik buruk se-suatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur dari segi ketentuan-ketentuan tentang baik buruk sesuatu akhlak, yang betul dan adil, menyokong dan mempertah-ankan sesuatu yang benar, dan semangat untuk menghadapi 554</Page><Page Number="572">daripada etos kepada moralisasi ejekan demi mempertahankan kebenaran (kamus dewan, 1994:834). oleh itu, moralisasi lebih menjurus kepada per-soalan anggota sesuatu masyarakat harus hidup dan etika mewajarkan moralisasi itu harus diikuti. moralisasi dalam sesuatu masyarakat itu disampaikan se-cara lisan atau bertulis - tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baik (franz magnis-suseno, 1987:14). moralisasi secara lisan dalam ma-syarakat melayu tradisional turut dibungkus dalam bahasa lisan yang puitis. pantun terutamanya, bukan sahaja puisi dan bahasa lisan yang puitis, bahkan membungkus moralisasi masyarakatnya juga. ia menjadi penunjuk dalam proses hidup dan kehidupan harian masyarakat melayu agar kehidupan itu tidak melanggar aturan-aturan adat. persoalan moralisasi, jika dikhususkan kepada prinsip bersikap baik, adil, dan hormat diri, tidak sedikit jumlahnya yang dipancarkan dalam pantun. mengenal pasti, mengum-pulkan, dan menggolongkan setiap pantun mengikut setiap prinsip itu, tentunya akan mengizinkan setiap prinsip mora-lisasi dalam pantun dapat dilihat dengan lebih mendalam lagi. apa pun, yang jelasnya, bersikap baik mendahului sikap moral yang lain. menghendaki, menyetujui, membenarkan, mendukung, membela, membiarkan, dan menunjang perkem-bangannya demi diri itu sendiri (franz magnis-suseno, 1987:131), iaitu demi hidup dan kehidupan individu sebagai manusia, ialah prinsip bersikap baik. bersikap baik kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja, menjadi moralisasi yang dituntut oleh masyarakat melayu. prinsip ini dinyatakan dengan jelas dalam pantun: di sana padi di sini padi, itulah nama sawah dan bendang; di sana budi di sini budi, barulah sempurna bernama orang. (kumpulan pantun melayu, 1984:76) 555</Page><Page Number="573">sastera kebangsaan isu dan cabaran maksud pantun yang di atas mengacu kepada sikap baik yang terkandung dalam kata "budi". sikap ini harus berada dalam diri setiap individu yang menjadi anggota masyarakat kerana manusia secara semula jadinya bersikap baik. pengu-kuhan bahawa manusia ialah manusia dan bukanlah binatang, dikatakan dalam baris terakhir rangkap pantun tersebut, iaitu "barulah sempurna bernama orang". prinsip bersikap baik kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja, haruslah disertai dengan sikap baik dibalas baik. sikap ini harus menjadi amalan anggota masyarakat. malah, amalan ini dituntut kepada orang yang pernah menerima ke-baikan daripada orang lain. tuntutan ini terserlah dalam pan-tun yang berbunyi: pisang kaki buah angki, bawa orang pulang ke china; budi jangan dibawa mati, terlebih kurang balas di dunia. (kumpulan pantun melayu, 1984:74) budi yang abstrak sifatnya dan abstrak juga nilainya itu, harus dibalas. balasannya itu mungkin secara "terlebih kurang" sahaja. akan tetapi, budi yang konkrit sifatnya, yang dapat ditimbang ukurannya, akan dapat dibayar. kedua-dua persoalan budi yang bersifat abstrak dan konkrit ini terakam dalam pantun yang cukup popular dalam kalangan masyara-kat melayu. pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti; hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. (kumpulan pantun melayu , 1984:79) jelas juga bahawa pantun tersebut turut mengatakan ba-hawa ada hutang yang dapat dibayar dan ada hutang yang 556</Page><Page Number="574">daripada etos kepada moralisasi mungkin tidak akan dapat dibayar. hutang yang tidak dapat dibayar itu dikatakan "dibawa mati" iaitu menjadi ingatan yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya oleh orang yang telah menerima budi itu. akan tetapi, anafora "hu-tang" pada bahagian maksud pantun itu tetap menegaskan dan menekankan bahawa persoalan hutang itu jauh lebih penting daripada jumlah hutang. prinsipnya, hutang mesti dibayar! prinsip berbuat baik dibalas baik yang dituntut oleh moralisasi juga tidak semestinya berupaya dipatuhi oleh ang-gota masyarakat. terdapat juga anggota masyarakat yang melanggar moralisasi itu. ada kebaikan yang dibalas dengan kejahatan. pembalasan seperti ini biasanya akan melahirkan kehairanan anggota masyarakat. penglahiran kehairanan dapat dinyatakan oleh masyarakat secara langsung dan tidak langsung. pernyataan tidak langsung itu misalnya, disam-paikan dalam bentuk-bentuk lambang, seperti yang terdapat dalam pantun: satu tangan bilangan lima, dua tangan bilangan sepuluh; saya tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh. (kumpulan pantun melayu, 1984:191-92) kebaikan yang dibalas dengan kejahatan dalam pantun tersebut disampaikan melalui lambang buah, iaitu "delima" dan "peria". harun mat piah (1997:143) mengatakan bahawa "delima" dan "peria" ialah lambang yang melambangkan dua keadaan yang berkontras: manis, sedap, baik dan pahit, jahat atau tidak menyenangkan. maksud yang hendak dinyatakan daripada kedua-dua lambang itu ialah sesuatu yang berlaku di luar jangkaan seseorang, di luar kebiasaan atau adat, sama ada adat alam atau adat manusia. dalam masyarakat, dikatakan "baik dibalas baik" tidak berlaku kerana yang berlaku ialah kebalikannya, baik dibalas dengan jahat. pembalasan seperti itu sememangnya tidak diduga, akan tetapi tidak mustahil boleh berlaku kerana logik matematik 2 x 5 10 dalam ba- 557</Page><Page Number="575">sastera kebangsaan isu dan cabaran hagian pembayang pantun tidak sama dengan logik alam yang boleh berlaku di luar dugaan, seperti yang digambarkan dalam bahagian maksud pantun. melanggar moralisasi, walau apa pun, tetap tidak dapat diterima oleh masyarakat. masyarakat tetap memberi hukum-an moral kepada individu yang melanggar moralisasi. bentuk hukuman juga pelbagai. hukuman moral dalam pantun yang di bawah ini dapat dikesan daripada nada cemuhan masyara-kat kepada individu yang tidak tahu mengenang jasa baik orang kepadanya. orang daik pulang ke daik, anak angsa terenang-renang; buat baik tak dapat baik, sahaja bangsa tidak mengenang. (kumpulan pantun melayu, 1984:73) moralisasi melayu juga tidak menggalakkan anggota ma-syarakatnya bersikap baik yang keterlaluan. bersikap baik itu harus ada sempadan-sempadannya, batasan-batasannya. na-mun, perbuatan yang jahat jelas diingatkan dan ditegaskan agar jangan dilakukan. peringatan itu memperlihatkan ba-hawa moralisasi tetap tidak dapat menerima perbuatan jahat. peringatan itu terpancar dalam pantun: tanam balik buah peria, buah peria mahal sekali; buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (kumpulan pantun melayu, 1984:135) prinsip bersikap baik kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja, agak terbatas kerana kemampuan manusia untuk bersikap baik secara hakiki juga sebenarnya terbatas. oleh itu, terdapat sikap lain sebagai tambahan untuk me-nentukan bagaimana kebaikan itu harus dilakukan. sikap itu 558</Page><Page Number="576">daripada etos kepada moralisasi ialah adil. keadilan bermaksud memberikan kepada sesiapa sahaja, apa-apa yang menjadi haknya kerana pada hakikatnya semua orang sama nilainya sebagai manusia. oleh itu, tuntut-an paling dasar dalam keadilan ialah perlakuan yang sama ter-hadap semua orang lain yang berada dalam situasi yang sama dan untuk menghormati hak semua pihak yang bersangkutan (franz magnis-suseno, 1987:132). ciri-ciri adil seperti yang dikatakan itu banyak juga terpancar dalam pantun. sebuah pantun yang memancarkan sikap adil dapat dilihat dalam pan-tun lapan kerat yang di bawah ini: bertanam ubi di sawah, ditimbun dengan hampa berat, dicangkul dengan beladang, dijual oleh anak bangkulu; kalau menguji nak sama merah, kalau mengganti nak sama berat, kalau mengukur nak sama panjang, itulah hukum pada penghulu. (kumpulan pantun melayu, 1984:59) kata "hukum" pada baris akhir pantun di atas itu diacukan kepada penghulu. penghulu ialah simbol dan sekali gus ikon-ik kepada penguasa dan kuasa. penguasa yang diamanahkan kuasa kepadanya, wajarlah berlandaskan "hukum" dalam me-mutuskan keputusan. hukum yang dimaksudkan itu ialah ke-adilan. penguasa harus berlaku adil dan berkewajipan mem-beri hak kepada yang berhak kerana manusia itu mempunyai haknya. jika penguasa memberi kepada sesiapa pun, apa-apa yang menjadi hak orang itu, maka adillah penguasa itu kerana keadilan ialah pengakuan dan perlakuan terhadap hak (r. poedjawijanta, 1986:63). keadilan juga menuntut agar jangan mahu mencapai tujuan-tujuan tertentu, termasuk tujuan yang baik dengan melanggar hak orang lain, kecuali penguasa itu dapat memperlihatkan dengan jelas mengapa ketidaksamaan itu dapat dibenarkan. penguasa ialah pentadbir, biar pada peringkat mana pun 559</Page><Page Number="577">sastera kebangsaan 1su dan cabaran wilayah pentadbirannya. jika penguasa menjadi indeksikal kepada pentadbiran, hulubalang pula bertindak sebagai in-deksikal kepada persilatan dan senjata. petak indeksikal ini wajar disedari supaya: sariat palu-memalu, adat dunia berbalas-balasan; kalau kita jadi penghulu, sifat hulubalang jangan pakaikan. (kumpulan pantun melayu, 1984:50) antara penghulu dengan hulubalang, jelas ada jurang per-bezaannya, termasuk perbezaan berkeputusan. jika penguasa yang tidak menyangka akan mendapat kuasa yang lebih tinggi, daripada hulubalang kepada penghulu, akan tetapi masih bersifat hulubalang, maka penguasa itu tidak berupaya menjalankan tugas-tugas penghulunya. akibatnya, penghulu itu bukan sahaja tidak dapat berlaku adil dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya, malah berkecen-derungan besar menjadikan nafsunya kepada berhawa nafsu untuk mencapai kepentingan-kepentingan tertentu. penguasa yang berhawa nafsu biasanya sudah tidak berupaya memutuskan keputusan yang adil kerana kata hatinya tidak lagi tajam dan daya pilihnya menjadi lemah. penguasa yang tidak adil atau kejam ini, biasanya menyem-bunyikan ketidakadilannya dalam pelbagai cara. memperlihatkan elemen keagamaan, hanya salah satu cara yang dilakukan oleh penguasa untuk menyembunyikan ketidakadilannya. akan te-tapi, masyarakat melayu juga telah meletakkan nafsu tidak sa-haja menyerang penguasa yang ingin dilihat sebagai golongan agama, malah golongan agama juga, jika berkaitan dengan nafsu, tidak dapat dipercayai. tali-temali pengikat lukah, jalan menuju arah ke paya; sepuluh kali pergi ke makkah, fasal nafsu usah percaya. (kumpulan pantun melayu, 1984:152) 560</Page><Page Number="578">daripada etos kepada moralisasi ketidakadilan penguasa kerana dorongan hawa nafsunya akan menjadi sia-sia jika diminta dan dituntut daripadanya bertindak dan bersikap adil. hal ini demikian kerana keadilan hanya dapat dilakukan oleh penguasa yang sudah tahu ten-tang keadilan atau telah memahami terlebih dahulu dengan apa-apa yang dikatakan keadilan itu. tanpa pemahamannya tentang keadilan, menjadi sia-sia juga untuk mengajaknya be-runding kerana perundingan itu tidak ubah: kemuning di tengah balai, bertumbuh semakin tinggi; berunding dengan orang tak pandai, sebagai alu pencungkil gigi. (kumpulan pantun melayu, 1984:138) penguasa seperti ini bukan sahaja tidak digalakkan be-runding, tetapi diingatkan: anak cina mengail ruan, labah-labah umpamanya; orang buta jangan dilawan, kita yang celik jadi meraba. (kumpulan pantun melayu, 1984:149) sungguhpun beberapa pantun memberikan beberapa pandangan dalam mendepani ketidakadilan, akan tetapi be-berapa pantun juga telah memancarkan prinsip hormat diri. ingatan "jangan menjadi hamba orang" yang terdapat dalam baris akhir pantun empat kerat di bawah ini, jelas berteraskan prinsip hormat diri. baik-baik mengail tenggiri, takut terkena ikan parang; baik-baik merendah diri, jangan menjadi hamba orang. (kumpulan pantun melayu, 1984:126) 561</Page><Page Number="579">sastera kebangsaan isu dan cabaran prinsip hormat diri dalam masyarakat tradisional yang bernaung di bawah feudalisme dapat dilihat dalam diri hang jebat. episod pertikaman jebat dengan tuah dalam hikayat hang tuah bukanlah episod penentangan atau penderhakaan jebat terhadap feudalisme kerana feudalisme juga sebenar-nya mempunyai sistem-sistem keadilannya. akan tetapi, penentangan jebat itu menjurus pada tonggak feudalisme yang menzalimi keadilan, menghukum tanpa menghakim, hingga jebat sebagai manusia dan manusia yang memiliki kebebasan dan suara hati serta akal budi untuk memperlaku-kan dirinya sebagai manusia, akhirnya memilih hormat diri daripada patuh kepada tonggak feudalisme yang zalim itu. memilih hormat diri oleh jebat itu, melebihi daripada mem-biarkan diri diperhambakan sesuka hati, tidak lain daripada kesedaran bahawa melakukan apa-apa sahaja yang disuruh untuk menyesuaikan dengan tradisi, tidak dapat dianggap sebagai kebaikan moral lagi, tetapi akan dianggap sebagai pengecut. dengan memilih hormat diri, jebat telah mendu-kung satu nilai tertentu dan menolak nilai lama. sebagai manusia yang tahu menghormati diri, jebat tidak mahu diperas, diperalat, dan diperhambakan sesuka hati. je-bat mempunyai harga diri dan memilih melawan kerana dia berpeluang melawan, meskipun yang terpaksa dilawannya itu ialah sahabat karibnya sendiri, dan lebih ironis lagi, orang yang dibelanya. prinsip hormat diri yang lain ialah mengembangkan diri supaya bakat dan kemampuan yang ada pada diri tidak menjadi sia-sia. satu daripada cara mengembangkan diri yang dipancar-kan dalam pantun adalah dengan merantau kerana merantau memperluas dan memperkaya pengalaman hidup. oleh itu, anak-anak muda di kampung, digalakkan merantau. galakan ini bersesuaian pula dengan jiwa orang muda yang sememang-nya berkeinginan untuk merantau. pantun yang di bawah ini menggambarkan alasan anak muda digalakkan merantau. karatau madang berbulu, berbuah berbunga belum, 562</Page><Page Number="580">daripada etos kepada moralisasi berbunga ketika repak, habis repak bingkuang pula, bingkuang ambil ke bangkalai, bangkalai anak rang kota lola, kota kecil jalan ke selidi; merantau anak dahulu, di rumah berguna belum, berguna ketika sesak, lepas sesak terbuang pula, terbuang lagi berpakai, berpakai waktu kau menolong kurang menolong terbuang saja. (kurik kundi merah saga, 1990:263) sebelum anak muda merantau untuk mengembang-kan diri dan memperluas daerah kehidupannya, mereka juga dinasihatkan antaranya seperti yang terdapat dalam pantun: korek perigi di tepi parit, tepi parit tumbuh mengkudu, berselang dengan pohon puding, hidup subur kanan dan kiri; tuan pergi dagang seorang, tiada saudara tempat mengadu, tiada sahabat tempat berunding, pandai-pandailah membawa diri. (kumpulan pantun melayu, 1984:236) hormat diri bukan sahaja setakat tidak membiarkan diri diperhambakan dan mengembangkan diri agar dapat mem-berikan sumbangan kepada masyarakat, akan tetapi meng-hormati diri juga termasuk mencintai dan melihat diri sendiri. muhasabah diri bukan sekadar ucapan mencintai perkataan itu atau insaf dalam riak sahaja, akan tetapi menjadi satu daripada cara mencari kelemahan diri agar dapat dibaiki. ini 563</Page><Page Number="581">sastera kebangsaan isu dan cabaran digambarkan dalam pantun yang berbunyi: jangan dibuka pintu lukah, jika dibuka ikan meluru; jangan suka mencari salah, salah kita baiki dahulu. (kumpulan pantun melayu, 1984:143) hanya dengan sikap membaiki diri sendiri akan melahir-kan sikap mencintai diri sendiri, mencintai sesama manusia, berkomunikasi, dan menerima orang lain seadanya. untuk menghargainya, bersikap baik kepadanya, biasanya dengan kemampuan kita untuk menerima diri kita sendiri, untuk merasai dan gembira dengan diri kita (franz magnis-suseno, 1987:135) . jelaslah bahawa pantun sebagai pancaran moralisasi turut memberi perhatian kepada tiga prinsip moral, iaitu bersikap baik, adil, dan menghormati diri sendiri. adil dan menghor-mati diri sendiri ialah pelaksanaan sikap baik. gabungan keti-ga-tiga prinsip ini akan menjuruskan manusia untuk menjadi manusia yang berperikemanusiaan. bibliografi franz magnis-suseno, 1987. etika dasar• masalah-masalah pokok filsafat moral. yogyakarta: penerbit kanisius. harun mat piah, 1997. puisi melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. kamus dewan, 1994. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. kurik kundi merah saga, 1990. kumpulan pantun lisan melayu. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. r poedjawijanta, 1986. etika filsafat tingkah laku. jakarta: pt. bina aksara. zainal abidin bakar (peny.), 1984. kumpulan pantun melayu. kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. perisa: jurnal puisi melayu,8, 2000. 564</Page><Page Number="582">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak: satu pendekatan dari sudut sejarah mohammad dris rencana ini bertujuan untuk meneliti sejarah perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak. dalam konteks rencana ini, kesusasteraan malay-sia yang penulis maksudkan ialah hasil karya sastera yang ditulis dalam bahasa malaysia dengan berlatarbelakangkan kehidupan rakyat malaysia.' dalam tulisan ini penulis mengkhususkan perbincangan berdasarkan bahan-bahan yang bercetak atau yang bertulis sahaja. sebarang kenyataan daripada sumber tertentu yang tidak mempunyai rujukan dikesampingkan. adalah menjadi harapan penulis agar tulisan ini akan dapat menghuraikan beberapa hipotesis yang datangnya dari- 565</Page><Page Number="583">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pada pelbagai pihak tertentu, termasuk para penulis sarawak sendiri, bahawa sarawak merupakan sebuah negeri yang ti-dak mempunyai tradisi sastera bertulis atau bercetak. tim-bulnya pandangan serong dan pelbagai hipotesis yang agak negatif mengenai latar belakang kesusasteraan malaysia di sarawak ini adalah implikasi daripada beberapa keadaan yang mewujudkan jurang yang begitu besar dan luas antara sejarah kegemilangan yang pernah dicapai dan perkembangan masa kini kesusasteraan malaysia di negeri ini. tiada mustahil jika ada pihak yang menjadi terperanjat apabila dikatakan bahawa tradisi bertulis dan bercetak dalam perkembangan kesusas-teraan malaysia di sarawak pernah wujud, pernah mencapai kemuncaknya (madzhijohari, 1971:56) . bahkan perkembang-an yang ada itu adalah sejajar dengan perkembangan yang ada di semenanjung. dan perkembangan itu bukanlah se-takat menyebut sekitar peranan yang dijalankan oleh sastera-wan dan reformis islam sarawak, allahyarham muhammad rakawi bin yusuf dan sumbangannya sekitar zamannya. sebenarnya kebelakangan ini sudah mula banyak diperbin-cangkan mengenai perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak dalam media massa dan seminar atau simposium. adanya keghairahan beberapa pihak membincangkannya menunjukkan bahawa ia sudah mula kembali ke kedudukan asalnya dengan peranan sebagai pembentuk pemikiran ma-syarakat peminat sastera di negeri ini. dengan hal demikian, membincangkan mengenai masa depan perkembangannya bukanlah menj adi peranan para penulis dan peminat sastera se-mata-mata bahkan kini sudah bermain di bibir para pemimpin dan mereka yang bergiat dalam bidang tertentu termasuk poli-tik, ekonomi dan perundangan. kehadiran pejabat cawangan dewan bahasa dan pustaka malaysia di kuching menjadi sebagai ejen pendorong kepada berlakunya hal ini. maka itu pada hari ini semacam tiada keraguan lagi bagi mana-mana pihak untuk turut melibatkan diri dalam usaha memulihara, membina dan memperkembangkan kegiatan kesusasteraan di negeri ini. kenyataannya ialah adanya penglibatan pelbagai pihak dalam kegiatan seperti hari puisi nasional di sematan 566</Page><Page Number="584">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak dari 2 hingga 6 ogos 1984 ini dan peranan yang dimainkan oleh beberapa jabatan kerajaan yang berkaitan seperti jabatan penyiaran, jabatan kebudayaan, belia dan sukan dan jabatan penerangan adalah bukti jelas daripada pihak kerajaan, se-mentara di sektor swasta pula adanya kesediaan pihak syarikat sarawak shell berhad menaja peraduan penulisan kreatif, hadiah penulisan shell-gpps 1 anjuran gabungan persatuan penulis sarawak adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. kembali kepada tujuan asal rencana ini, penulis sukacita menggalurkan secara umum akan sejarah perkembangan ke-susasteraan malaysia itu di sini dari satu titik yang selewat-lewatnya diketahui iaitu sekitar tahun 1870-an. dalam usaha menggalur sejarah perkembangannya, rasa-nya ada baiknya sastera di negeri ini dilihat sebagai sebaha-gian daripada himpunannya yang besar yang meliputi seluruh negara dan pada satu peringkat lagi harus dilihat sebagai satu unit tersendiri dengan latar belakangnya yang tersen-diri. pendekatan ini perlu lantaran sarawak mempunyai latar belakang politik, ekonomi, kebudayaan dan komposisi kaum yang berbeza berbanding dengan negeri-negeri lain di malay-sia, khususnya di semenanjung. naskhah lama melayu di sarawak titik permulaan kegiatan penulisan sastera berbahasa me-layu (malaysia) di negeri ini masih sukar dipastikan. namun demikian sejarah kelahiran tradisi bertulis dan bercetak dalam bidang sastera di negeri ini (sarawak) mula terserlah dengan beberapa penemuan naskhah lama karya penduduk sarawak atau yang berkenaan dengan negeri sarawak de-ngan mengesampingkan soal asal keturunan penulisnya atau naskhah tersebut. penemuan mutakhir yang lengkap dengan tarikh penulisannya (penerbitannya) ialah sebuah naskhah tulisan ahmad shawal bin abdul hamid, dalam bentuk cap batu (cetakan lito) bertarikh 30 jun 1876, ber-judul hikayat panglima nikosa. naskhah ini merupakan sebahagian daripada koleksi risalah borneo oleh sir hugh 567</Page><Page Number="585">sastera kebangsaan: isu dan cabaran low seorang pegawai inggeris yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan brooke sebelum menjadi residen di perak. koleksi beliau, yang antaranya ialah naskhah ini, kini tersimpan di rhodes house library, oxford (philip lee thomas, 1983:1). yang menarik mengenai naskhah ini ialah ia dapat men-jadi catalyst yang memberi motivasi kepada perkembangan sastera melayu selanjutnya di sarawak. dalam naskhah cetak-an semula yang diterbitkan oleh persatuan kesusasteraan sarawak (1983), rh.w. reece dan philip lee thomas men-catatkan: apart from its significance as sarawak's first known piece of malay literature, the hpn (hikayat panglima nikosa) must also be seen as an historical document: a political tract and practical farming guide designed to persuade malays of the importance both of education and of systematic and develop-mental farming as the basis of economic security. it is thus part of the same tradition which resulted in the newspaper fajar sarawak and muhammad rakawi bin yusufs didactic novel, melati sarawak (sarawak jasmine) more than sixty years later (philip lee thomas, 1983:1) naskhah hikayat panglima nikosa didapati lebih baik se-bagai pegangan bagi usaha menyusurgalurkan sejarah per-kembangan sastera di sarawak berbanding dengan naskhah-naskhah melayu di muzium sarawak. hal ini kerana selain tiada terdapat tarikh pada naskhah terdahulu itu, juga tiada tercatat nama tuan punya sebenarnya dan asal usulnya masih samar-samar. keadaan ini berbeza dengan naskhah hikayat panglima nikosa kerana ia juga mempunyai nilai sejarah di samping nilai yang lain. as the first known published or unpublished classical malay work from sarawak, the hpn (hikayat panglima nikosa) has a historical importance which exceeds any intrinsic lite-rary value. (philip lee thomas, 1983:5) 568</Page><Page Number="586">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak seperti juga halnya dengan naskhah-naskhah lain abad ke-19, naskhah ini hanya mencatat nama penerbitnya sahaja tetapi tidak sedikit pun menyebut nama penulis. maka itu agak sulit juga untuk menentukan asal usul naskhah tersebut. beberapa pandangan penyusun naskhah cetakan semula ke-lihatan lebih cenderung mengatakan bahawa naskhah ini berbau tempatan serta banyak diwarnai oleh latar dan unsur tempatan, termasuk bahasanya, walaupun nama watak utama "nikosa" itu adalah amat asing bagi penduduk negeri ini. consequently the following remarks are descriptive of the hpn (hikayat panglima nikosa), but fail to give a satisfac-tory indication of whether the manuscript should be treated as minangkabau in origin though adapted to sarawakian us-age, whether it was created in sarawak by shawal or whether it is sarawakian in provenance but published under shawal's guidance. (philip lee thomas, 1983:10) akan tetapi apabila ditinjau dari sudut lain, kelihatannya naskhah-naskhah melayu di muzium sarawak berkemung-kinan lebih tua daripada naskhah ini. hal ini kerana sistem ejaan yang digunakan dalam naskhah tersebut jelas menun-jukkan sistem ejaan yang amat arkaik, terutama dari segi penggunaan vokal alif dan wau (abu hassan sham, 1984:338). sistem ejaan sedemikian ini hanya terdapat pada tulisan-tulisan abad ke-19. naskhah tersebutjuga merupakan naskhah tulisan tangan dan mengandungi ciri-ciri sastera hindu-jawa walau-pun pada beberapa bahagian ada gambaran pengaruh islam. seperkara lagi yang menarik mengenai naskhah hpn ini ialah tarikh penerbitannya sama dengan tarikh kemun-culan akhbar mingguan jawi peranakan di singapura. dan tahun 1876 itu merupakan titik perubahan penting dalam perkembangan kesusasteraan berbahasa melayu di malay-sia dan di singapura termasuk sarawak. selepas kemuncul-an hpn terdapat semacam satu kekosongan dalam bidang kesusasteraan di negeri ini. tiada juga diketahui sama ada 569</Page><Page Number="587">sastera kebangsaan isu dan cabaran pernah ada diusahakan percetakan karya sastera atau non-sastera di percetakan lito yang diusahakan oleh ahmad shawal di bukit persinggahan itu (sebuah bukit berdekat-an dengan kampung boyan, petra jaya, kuching). bah-kan tujuan sebenar penerbitan hpn masih samar-samar. it must be left to the reader to decide whether shawal had suf-ficiently mastered local usage to provide reading materials for his students, orang whether he simply undertook the task of preparing someone else's manuscript for publication. (philip lee thomas, 1983:10) agak beruntung juga kerana empat tahun kemudian muncul pula the sarawak gazette (1880), sebuah surat be-rita penerbitan kerajaan brooke dan dicetak di pejabat cetak kerajaan, kuching (jabatan cetak negara sekarang). pener-bitan ini sekali-sekala turut menampung ruang bagi menerbit-kan bahan dalam bahasa melayu tulisan rumi dan jawi. akan tetapi kebanyakan bahan yang diterbitkan adalah bercorak berita kenyataan rasmi, pemberitahuan dan sekali-sekala ba-han dalam bentuk rencana mudah, sama ada bahan asli atau terjemahan. the sarawak gazette masih diterbitkan hingga ke hari ini di bawah pengawasan jabatan muzium sarawak. kemalapan sambutan penduduk negeri ini terhadap usaha baik yang dimulakan oleh ahmad shawal itu besar kemungkinan berhubung kait dengan latar pendidikan ma-syarakat pada waktu itu. hal ini mungkin menjadi alasan mengapa naskhah hpn yang diusahakannya itu tidak ter-dapat dalam koleksi penduduk tempatan. kemunculan golongan literate melayu di negeri ini ber-laku selepas kedatangan islam. sebagai tunjang bagi meneliti seterusnya pertalian tarikh kedatangan islam dengan perkem-bangan dunia pendidikan orang melayu, kenyataan yang me-nyebut bahawa islam telah menjadi satu kuasa yang kuat di pulau borneo sekitar abad ke-17 masihi bolehlah menjadi titik tolak. "silsilah raja-raja brunai" pula mencatatkan baha-wa raja brunei yang pertama, awang alak betatar, daripada 570</Page><Page Number="588">perkembangan kesusasteraan malays1a di sarawak suku kaum bisaya, limbang telah memeluk islam di johor dalam tahun 1476. 2 walaupun tarikh tersebut diragui oleh para sarjana namun ia dapat membantu kita menoleh kembali titik bermulanya soal kenal huruf di kalangan orang melayu yang kemudiannya menggunakan kemahiran membaca dan menulis itu dalam merakamkan pandangan; pertimbangan dan persoalan hidupnya yang dilahirkan melalui media sas-tera bangsanya. maka kemasukan islam yang sekali gus de-ngan unsur sasteranya sebagai media berdakwah telah secara tidak langsung mengliteratkan orang melayu di negeri ini. adapun soal pengaruh kemasukan sastera luar dan ke-datangan islam disentuh dalam rencana ini kerana kedua-dua unsur ini turut menyumbang ke arah membentuk sekum-pulan intelektual melayu yang seterusnya telah mengambil daya usaha melanjutkan perjuangan yang dibawa oleh ahmad shawal dalam hpn. institusi sekolah dalam sejarah pendidik-an di sarawak hanya bermula dalam tahun 1883 (tujuh tahun selepas penerbitan hpn) apabila sebuah sekolah untuk anak-anak melayu dibina (s.m. seymour, 1970:156). sekolah yang mulanya digelar sekolah abang kassim kemudiannya dike-nali sebagai sekolah kampung jawa. dengan terbentuknya institusi sekolah sedemikianlah maka hadirnya manusia yang membawa pelbagai pandangan yang lebih ideal bagi peng-hidupan masyarakatnya seperti yang termuat dalam hpn. perkembangan dalam tahun 1930 - an kehadiran kelompok manusia ini membawa kepada terbitnya akhbar fajar sarawak (1930) iaitu selang 56 tahun selepas kemunculan hpn. fajar sarawak yang diterbitkan dalam tulisan jawi sebanyak dua kali sebulan dari bulan februari hingga jun 1930 dipercayai sebagai akhbar berbahasa me-layu terawal pernah diterbitkan di sarawak atau mungkin juga di borneo. penerbitan akhbar ini diusahakan oleh se-kumpulan lima orang yang terdiri daripada muhammad rakawi bin yusuf, haji mohainmad daud bin abdul ghani, mohammad johari bin anang, haji abdul rahman bin haji 571</Page><Page Number="589">sastera kebangsaan: isu dan cabaran kassim dan mohammad awi bin anang. syarikat putera sarawak kepunyaan mohammad awi dibentuk khas bagi mengendalikan penerbitan akhbar ini. sepanjang tempoh pener-bitannya, akhbar ini dibiayai oleh muhammad rakawi bin yusuf daripadawang gratuiti persaraannya daripada perkhidmatan ke-rajaan (r.h.w. reece, 1984:xvi). akhbar ini dicetak di diocesan press, leboh wayang, kuching. dengan adanya sekelompok manusia penulis yang sanggup mengusahakan sebuah pener-bitan sedemikian ini dapatlah kita katakan bahawa semangat untuk bersatu dalam satu kelompok masyarakat penulis telah wujud sejak tahun 1930. sekalipun fajar sarawakhidup dalam satu tempoh masa yang singkat, namun ia telah banyak menyumbang kepada perkembangan sastera malaysia moden di sarawak. karya prosa yang berunsur cerpen dengan judul "penawar ke-dukaan" karya jab diterbitkan secara bersiri dalam akhbar ini (penggal 3 dalam vol. 1, no. 10 keluaran 16 jun 1930). karya tersebut setakat ini diambil kira sebagai karya pertama dalam bentuk serupa yang diterbitkan di negeri ini ataupun juga di pulau borneo (li chuan siu, 1971:117-18, 124, 130, 133-36,160,170). seperti juga hpn, fajar sarawak hadir dengan sema-ngat kebangsaan yang berusaha untuk menyedarkan bangsa melayu kepada suasana sekitaran yang sebenar. persaingan daripada kaum pendatang sama ada dalam bidang ekonomi dan pelajaran dan beberapa isu mengenai perpaduan bangsa melayu khasnya dan orang islam amnya adalah antara isu hangat yang mendapat perhatian penulis wartawan yang mengisi ruang akhbar ini. kelihatannya sidang pengarang fajar sarawakamat menyedari akan hakikat yang sebenar apa yang dimaksudkan dengan "kata-kata itu lebih tajam daripada pedang", terutama dalam penulisan. ini jelas se-perti tersebut dalam syair yang memenuhi ruang "kepala rencana" dengan judul "berkatalah fajar". perkataan jangan dilepas sebarang, tajamnya lebih daripada pedang, 572</Page><Page Number="590">perkembangan kesusasteraan malays1a di sarawak racun yang bisa dialah garang, dahsyatnya pula bukan sebarang. jikalau hendak bertutur kata, baik pun hendak bercerita, bersihkan lidah daripada dusta, supaya namamu tiada leta. (fajar sarawak, 1930:1.3) fajar sarawak yang mendukung cita-cita ke arah me-nyampaikan "perkhabaran am, pengajaran dan penghiburan" seperti ter tulis di kepala akhbar itu juga diusahakan dengan motif politik dan agama. fajar sarawak diterbitkan bukanlah semata-mata dimak-sudkan bagi faedah diri sendiri, akan tetapi sebenar-benar-nya ialah bagi faedah ramai, yakni bagi mekhidmatkan kaum dan bangsa kami yang telah nampak pada hari ini sangat-sangat mundur ke belakang oleh bangsa asing di dalam medan perlumbaan kehidupannya. (fajar sarawak, 1930:1.2) walaupun penerbitan fajar sarawakterpaksa diberhenti-kan setelah keluaran bilangan 10, pada 16 jun 1930, namun dalam pemberitahuan penerbit dan anggotanya (sidang pe-ngarang) telah dengan nada optimis menyebut: fajar di dalam kehidupannya yang baharu kelak barang-kali bertukar rupa dan gaya baik ditentang hurufnya atau serba-serbinya. ya! barangkali dari surat khabar menjadi majalah yang diterbitkan sebulan sekali. (pemberitahu,"fajarsarawak di dalam ikhtiar" fajar sarawak, 1930:10.2) ada beberapa alasan yang mungkin membawa kepada pemberhentian penerbitan ini. berikut adalah andaian penulis: (a) kandungan akhbar ini kurang menarik bagi pem- 573</Page><Page Number="591">sastera kebangsaan: isu dan cabaran baca umum kerana bahan berita mengenai isu-isu semasa tidak banyak dimuatkan. (b) kemajuan kegiatan penerbitan di singapura dan semenanjung dengan bahan penerbitan yang lebih menarik yang turut diimport ke negeri sarawak menyaingi akhbar ini secara langsung umpamanya majalah dunia melayu dari singapura dan akhbar saudara dari semenanjung. (c) masyarakat pembaca fajar sarawakadalah terhad. ada kemungkinan akhbar itu tidak diedarkan di luar bandar kuching. (d) bahasa yang digunakan dalam akhbar ini terlalu berbunga-bunga dan dicampuradukkan dengan ba-hasa inggeris dan arab di sana sini hingga menjadi tidak komunikatif. ini mungkin disebabkan keegoan sidang pengarang tanpa mempertimbangkan soal kemampuan sesetengah pihak dalam masyarakat melayu yang hanya pandai membaca dan menulis sedikit seb anyak. (e) pihak pencetak (diocesan press) bersikap pilih ka-sih hingga penerbitannya selalu terlambat hingga masalah pasaran timbul. walau apa pun rintangan yang telah dihadapi oleh se-kelompok masyarakat penulis yang mengusahakan pener-bitannya, demi menyampaikan pandangan hidup mereka, namun ia merupakan satu bukti akan kesedaran orang melayu sarawak (golongan orang kebanyakan) dan kelom-pok itu tadi harus dianggap sebagai satu bentuk baharu pe-mimpin melayu bukan bangsawan yang dikehendaki dalam menghadapi tuntutan zaman (philip lee thomas, 1983:5). lantaran tentangan kelompok ini terhadap cara penghidup-an yang diamali oleh golongan bangsawan melayu sarawak itulah maka tiada mustahil jika ada pandangan yang me-nyebut motif politik. hal ini dilakukan dengan berselin-dung di sebalik konsep "darah keturunan" dalam meng-klasifikasikan penduduk keturunan melayu di negeri ini. 574</Page><Page Number="592">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak sekalipun peranan dan perjuangan kumpulan fajar sa-rawak itu berjaya disekat oleh golongan pemimpin bang-sawan namun sebagai aktivis dalam bidang sosial dan budaya, kedudukan muhammad rakawi tidak tergugat. selanjutnya melalui perkhidmatan sarawak printing company kepunyaan kawannya haji abdul rahman, rakawi telah berjaya mener-bitkan dua buah buku tulisannya. hikayat sarawak (penggal pertama 1932 - diterbitkan dalam dua jilid) merupakan satu-satunya buku sejarah sarawak tulisan anak tempatan, semen-tara sebuah lagi ialah novel melayu sarawak yang pertama, melati sarawak (1932). kedua-dua buku ini diterbitkan dalam tulisan jawi. novel melati sarawak telah diterbitkan semula oleh dewan bahasa dan pustaka, kuala lumpur dalam tahun 1980 dengan transliterasi dalam tulisan rumi oleh phillip lee thomas dan rosenah ahmad. dalam karya terbaharu dan yang terakhir, rakawi mem-buat satu pendekatan lain dalam usaha menyemaikan rasa keinsafan anak-anak bangsanya kepada soal meningkatkan taraf hidup serta menyedari akan saingan yang kuat daripada kaum pendatang. kemajuan sesuatu bangsa itu hanya akan tercapai dengan adanya usaha memperlengkapkan diri bang-sa itu dengan ilmu pengetahuan. isu pelajaran telah disebut beberapa kali sepanjang sejarah perkembangan kesusastera-an malaysia di negeri ini semenjak zaman ahmad shawal dalam tahun 1876. maka itu sebagai intelektual zamannya, rakawi berani menyatakan pemikirannya untuk mengkritik perlakuan-perlakuan anggota masyarakatnya yang meng-halang kemajuan (hamzah hamdani, 1984:37). unsur-unsur budaya bangsanya yang bercanggah dengan ajaran islam, si-kap suka berfoya-foya dan beberapa kelemahan masyarakat zamannya diberi perhatian oleh rakawi melalui karyanya. dengan adanya usaha sedemikian ini dan hubungan de-ngan semenanjung, perkembangan yang berlaku di semenan-jung dalam tahun 1930-an turut mempengaruhi suasana di sarawak. peranan sekolah sebagai sebuah institusi bagi men-didik masyarakat semakin disedari. semakin banyak keluarga menyekolahkan anak mereka dan semakin banyaklah seko- 575</Page><Page Number="593">sastera kebangsaan: isu dan cabaran lah dibuka. permintaan kepada bahan bacaan dari dalam dan luar negeri meningkat. suasana ini memungkinkan kelahiran lebih banyak penulis hingga perkembangan yang berlaku dalam tahun 1930-an merupakan zaman kegemilangan awal dalam sejarah kesusasteraan malaysia di sarawak. melalui karyanya dapat dirasa bahawa perkembangan ini turut mem-pengaruhi diri rakawi dan penulis-penulis sarawak yang sezaman. tema dan persoalan mengenai percintaan teruna dara, kerukunan rumah tangga dan kahwin paksa yang amat ketara dalam karya penulis di sini. novel melati sarawak (1932) dianggap berkemungkinan besar adalah kesan daripada pengaruh yang terbit di semenan-jung. terdapat banyak persamaan antara novel ini (melati sa-rawak) dengan novel iakah salmah? (1929) karya ahmad haji muhammad rashid talu. persamaan ini dilihat sama ada dari segi sudut pandangan atau gaya penyampaian (hamzah ham-dani, 1984:37). hal ini berlaku mungkin bukan melalui pem-bacaan semata-mata tetapi adalah juga disebabkan rakawi mempunyai hub ungan dengan rakan penulis di semenanjung. rakawi adalah salah seorang daripada ahli pertubuhan persaudaraan sahabat pena malaya atau singkatnya pas-pam. sesetengah pihak berpendapat ada kemungkinan rakawi bertanggungjawab menubuhkan cawangan paspam di negeri ini. rakawi dikatakan pernah menghadiri perhim-punan pertubuhan ini di singapura (r.h.w. reece, 1984:xvi). paspam ialah sebuah pertubuhan yang bercorak sosial dan kebudayaan yang ditubuhkan di semenanjung dalam tahun 1934 (abdul latiff abu bakar, 1982:26). pergerakan pertubuhan ini pada zahirnya adalah ke arah pengembangan dan perluasan kegiatan bahasa dan persuratan (penulisan) melayu. akan tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu per-gerakan politik yang mendukung dasar "hidup bahasa hidup-lah bangsa" (mohd. thani ahmad, 1982:14). pergerakan politik melayu bentuk baharu yang didalangi oleh paspam dengan berselindung di sebalik kegiatan bahasa dan per-suratan telah dapat mengembangkan semangat kebangsaan 576</Page><Page Number="594">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak di kalangan orang melayu di tanah melayu, singapura, borneo, sarawak dan brunei. di samping pengembangan semangat kebangsaan, penu-buhan cawangan paspam di negeri ini membantu kepada pembentukan semacam ikatan kemesraan berpersatuan di kalangan penulis dan peminat sastera negeri ini. sebagai cawangan pertubuhan yang bersifat bahasa dan persuratan, pergerakan paspam di sarawak telah dapat sedikit seba-nyak membantu membangkitkan satu barisan penulis pelapis bagi mewujudkan kesinambungan kepada usaha yang dirin-tis oleh rakawi dan rakan-rakannya. malangnya muhammad rakawi yusuf meninggal dunia dalam tahun 1936 dan usaha-nya cuma separuh yang terlaksana. namun melalui karyanya, amat terasa bahawa perkembangan ini turut mempengaruhi diri rakawi. kesan baik daripada perjuangan rakawi yang disuarakan melalui fajar sarawak (1930) ialah perluasan dasar pelajaran brooke yang membawa kepada penghantar-an penuntut sarawak untuk dilatih dalam bidang perguruan ke maktab perguruan sultan idris di tanjung malim (rh.w. reece, 1984:xx). mereka yang terlatih di luar sarawak dan terdedah dengan kegiatan bahasa dan sastera di luar inilah yang banyak bergiat memenuhi gelanggang sastera malay-sia di sarawak dalam periode ini di samping para aktivis tem-patan terdahulu. hubungan rapat sama ada melalui paspam atau hubung-an peribadi penulis sarawak dengan rakan penulis yang telah established di semenanjung telah menghasilkan perkembang-an yang seimbang. selain daripada peluang bergaul dan ber-tukar pandangan, para penulis sarawak waktu itu mula ter-dedah dengan kegiatan penerbitan dan percetakan di sana. kesan baik ini ialah kejayaan beberapa orang penulis sarawak membuat penembusan karya mereka di beberapa penerbitan di malaya. semangat kebangsaan yang ditiup oleh paspam melalui kegiatannya telah membangkitkan kesedaran di kalangan para penulis sarawak kepada menyelaraskan per-juangan mereka dalam bidang penulisan. dengan ini, mereka menjadi semakin berani mengungkapkan pandangan dan sin- 577</Page><Page Number="595">sastera kebangsaan: isu dan cabaran diran yang tajam terhadap masyarakat, para pemimpin hingga-lah kepada pentadbiran brooke pada waktu itu. antara tokoh politik sarawak yang banyak menyumbang-kan karyanya kepada perkembangan sastera tahun 1930-an ialah haji mohamad bujang. beliau merupakan salah seorang daripada beberapa orang penulis guru lulusan maktab per-guruan sultan idris, tanjung malim, perak. haji moham-mad bujang mendapat bimbingan penulisan daripada harun aminurrashid yang pada waktu itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di maktab perguruan sultan idris. dalam ke-giatan penulisannya, haji mohammad bujang menggunakan nama melati sarawak, nama yang diilhamkan daripada novel melati sarawak. peranan dan kedudukan haji mohammad bujang dalam perkembangan kesusasteraan melayu zaman sebelum perang dunia kedua tidak kurang pentingnya. hashim awang dalam kajiannya menyebut: dan seorang lagi penulis yang patut disebutkan di sini ialah melati sarawak yang banyak menulis dalam warta melayu (mungkin warta malaya) terutama pada tahun-tahun tiga puluhan. jadi jelas yang penulis-penulis cerpen itu bukan-lah terdiri dari bumiputra tanah melayu sahaja tetapi juga di sarawak. (hashim awang, 1975:8) kegiatan penulisan mohammad bujang meliputi genre puisi, cerpen dan rencana. penyiaran karyanya yang per-tama, sebuah puisi berjudul "tidur" dalam majalah warta ahad menjadi pendorong utama baginya untuk terus menu-lis. karya-karya beliau kemudiannya turut mendapat tempat dalam warta malaya, warta jenaka, al-hikmah, utusan sarawak dan yang terakhir dalam majalah balai muhibah (1973). sebilangan besar karyanya adalah dalam ben-tuk cerpen dan cerpen bersiri. antara karya beliau ialah "si buta dengan si pekak" (warta ahad, bil. 99, 21 mac 1937), "ingatan budi" (warta ahad, bil. 30, 29 mac 1937), "siapa salah?" (disiarkan dalam empat siri: siri i, jil. 9.48 578</Page><Page Number="596">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak - 28 februari 1938, siri ii, jil. 9.49 - 1 mac 1938, siri iii, jil. 9.50 - 2 mac 1938 dan siri iv, jil. 9.51 3 mac 1938). selain daripada itu terdapat beberapa buah cerpen lagi yang tidak ketahuan tarikh siarannya, seperti "bencana adik ipar" (disiarkan dalam enam siri), "musuh dalam selimut", (disiar-kan dalam tiga siri), "siapa salah?" (disiarkan dalam empat siri), kesemua cerpen ini disiarkan dalam warta malaya (hashim awang, 1975:209, 215). judul-judul lain cerpennya yang tidak diingati penerbitannya ialah "keris pusaka" dan "kalau saya kaya" (malam penghargaan penulis, 1982:11). mohammad bujang juga pernah menggunakan nama ikhlas dan penulis khas simanggang, terutama dalam karya-nya selepas tamat latihan dari maktab perguruan sultan idris dan berkhidmat sebagai guru. dalam penulisannya ter-kemudian itu, mohammad bujang lebih berani menyuarakan pandangannya mengenai masa depan bangsa melayu di sa-rawak. melalui tulisannya beliau mula melemparkan sindiran tajam terhadap para pemimpin tempatan khasnya dan peme-rintahan brooke amnya. oleh sebab ketajaman sindirannya itu dia telah beberapa kali diberi amaran oleh pihak yang berke-naan. khazanah tulisannya yang terkumpul telah dimusnah-kan oleh pemerintahan jepun ketika perang dunia kedua. hal ini kerana peranannya sebagai penulis "politik" pada wak-tu itu juga kerana beliau diketahui sebagai salah seorang dari-pada anggota pasukan sukarelawan semasa di maktab per-guruan sultan idris (malam penghargaan penulis, 1982:11). dalam periode yang sama muncul pula beberapa orang penulis lagi di sarawak. bolhassan matasip merupakan salah seorang penulis sarawak ketika itu yang tulisannya pernah mendapat tempat dalam akhbar lembaga malaya (1934), warta malaya (1930-an) dan merupakan penulis yang aktif dalam zaman fajar sarawak (1930) (madzhi johari, 1971:57). bolhassan matasip menulis rencana, cerpen dan sebuah no-velet di samping risalah berhubung dengan pengajaran agama islam. buku pertamanya berjudul sinaran jasa diterbitkan dalam tahun 1955 diikuti kemudiannya oleh kebahagiaan cinta (novelet), panduan kajian hakiki dan kejurusan ke 579</Page><Page Number="597">sastera kebangsaan: isu dan cabaran alam bahagia. setakat ini penulis belum dapat memastikan nama penerbit karya-karya bolhassan. haji mohammad tahir abdul ghani merupakan seorang lagi penulis yang tidak kurang pentingnya pada zaman itu. karangannya yang terbesar ialah sebuah roman sejarah ber-judul hikayat datuk merpati iaitu sebuah cerita dongeng se-jarah yang melibatkan salah seorang tokoh awal penduduk melayu sarawak. haji mohammad tahir juga mengarang syair. antara syairnya yang menarik ialah "syair seratus ta-hun sarawak" (sarawak di bawah pemerintahan brooke) dan "sythr jepun". adalah dipercayai haji mohammad tahir juga turut menulis beberapa buah rencana yang tersiar dalam the sarawak gazette dengan menggunakan nama mohammad pada waktu itu. beberapa buah karyanya dalam bentuk tulisan tangan ketika ini masih ada dalam simpanan madzhi johari. setakat ini tidak banyak yang diketahui mengenai per-kembangan kesusasteraan malaysia di sarawak dalam za-man pendudukan jepun. tentangan terhadap propaganda peperangan jepun nampaknya tidak dilakukan melalui penulisan dari luar. hal ini kerana pada waktu itu tiada ter-dapat sebarang media berbahasa melayu di sarawak yang boleh dijadikan media penyaluran. apabila perang berakhir, perhatian tertumpu pada isu-isu politik, terutama peris-tiwa yang mengaitkan tentang pergerakan "anti-cessionist" (1946), iaitu pergeseran fahaman politik antara usaha me-nyerahkan sarawak kepada kerajaan british dengan usaha mempertahankan sarawak di bawah pemerintahan brooke. pergolakan politik itu telah menampilkan beberapa orang penulis muda seper ti hanis mahli, haji wasli abu talip, othman abang teh, kaderi wai, osman zainuddin dan ajibah abol (sekadar menyebut beberapa nama). karya penulis ini kebanyakannya disalurkan ke luar sarawak se-perti singapura bahkan ke indonesia. belum pernah dibuat pandangan mengenai tulisan-tulisan mereka. bahkan nama-nama mereka, kecuali seorang dua, adalah agak asing pada zaman ini. ini mungkin kerana ketiadaan kesinambungan an-tara kegiatan zaman itu dengan perkembangan selanjutnya. 580</Page><Page Number="598">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak perkembangan zaman selepas perang dunia kedua pengalaman semasa perang meletus dan suasana selepasnya apabila usaha dibangkitkan oleh pihak penjajah untuk kem-bali berkuasa di negeri ini telah memantapkan pandangan dan pertimbangan politik penduduk negeri ini, khususnya orang melayu. melihat perkembangan di semenanjung, kesedaran kepada peranan persuratan dalam bidang komunikasi amat terasa terutama bagi anggota "anti-cessionist". perkembang-an yang baik ini membuka hati beberapa orang pengusaha di kuching untuk kembali bergiat dalam bidang penerbitan. dengan cogan kata "rakyat yang mengetahui ialah kese-lamatan negara", anggota semangat anak negeri sarawak (singkatnyaasas) telah menerbitkan sebuah akhbar berjudul utusan asas (1947-1949). akhbar ini diterbitkan oleh pejabat perhubungan raya asas dan dicetak di asas press, di peja-bat asas (tingkat satu), 39, india street, kuching, sarawak. utusan asas (25.5 cm x 36 cm) yang dicetak dengan mesin gestetner jenis lama diterbitkan dua kali sebulan semenjak bulan november 1947, dan dijual dengan harga sepuluh sen senaskhah. pengarang yang bertanggungjawab menerbitkan utusan asas ialah abang ikhwan zainie (ketika itu memegang jawatan setiausaha agung angkatan semangat anak negeri sarawak) dan abdullah bokhari. dalam tahun 1949, utusan asas mengalami perubahan baru dan tempatnya digantikan oleh utusan sarawak mulai 16 januari 1949. dengan per-ubahan dan penyusunan baru itu, sarawak mula mendapat akhbar yang diterbitkan secara mingguan, kemudian dua kali seminggu, tiga kali seminggu dan seterusnya apabila jamil haji busrah mengambil alih tugas pengawasan pener-bitan, utusan sarawak pun mula diterbitkan setiap hari dan diadakan pula keluaran mingguan (madzhi johari, 1971:57). bermula dari tarikh inilah perkembangan kegiatan per-suratan sarawak-melayu itu menjadi semacam diselaraskan walaupun pada hakikatnya perkembangan yang berlaku di sa-rawak merupakan pengaruh langsung daripadaperkembangan 581</Page><Page Number="599">sastera kebangsaan: isu dan cabaran di semenanjung (malaya) dan sedikit persamaan tarikh de-ngan perkembangan di indonesia. para penulis sarawak, ter-utama mereka yang pernah bergabung dalam paspam, sekali lagi ingin kembali berpersatuan. kemunculan beberapa buah badan penulis di malaya dan singapura, terutama penubuhan angkatan sasterawan 50 (asas 50) pada 6 ogos 1950 dan pertalian sejarah penubuhannya dengan paspam, telah men-dorong penulis sarawak ke arah usaha menubuhkan sebuah badan penulis. parker 51 malaya (seorang penulis sarawak) melalui rencananya yang berjudul "badan persuratan sara-wak" (tersiar dalam akhbar utusan sarawak, 24 april 1952): bahawa meskipun sarawak sebuah negeri yang belum maju, anak negeri sebahagian besar buta huruf, tidak ada halangan sama sekali untuk menyelenggarakan sebuah badan persuratan yang biasa memimpin atau membangkit hati rakyat kepada cita-cita yang sedang kita semua kerja bersama-sama. percayalah bahawa jalan yang akan ditem-poh ini membawa keuntungan yang berlipat ganda, sebab dari sanalah tercapainya nanti "rasa sayang" kepada bahasa pertiwi dan dialah juga yang dapat menjayakan usaha kita dalam lapangan yang mengenai mass-education. (parker 51 malaya, 1952:4) tulisan parker 51 malaya mendapat perhatian para pe-nulis sarawak. wasli abu talib turut mengulas pandangan parker 51 malaya itu melalui rencana berjudul "inilah masa-nya patut diketengahkan" yang disiarkan dalam akhbar yang sama (wasli abu talib, 1952:3). wasli telah melahirkan keyakinannya bahawa para penulis bangsanya pasti akan menyambut baik cadangan itu, terutama bagi mereka yang turut menyumbang untuk diterbitkan dalam akhbar utusan sarawak, pasti akan menyambut baik cadangan tersebut. be-liau tidak menafikan bahawa usaha menubuhkan badan per-suratan bukanlah sesuatu yang mudah dalam suasana ketika itu. walau bagaimanapun, kata beliau dalam rencananya itu, penulis sarawak harus jangan patah semangat dan hendaklah 582</Page><Page Number="600">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak sentiasa berpandangan jauh dan menaruh keyakinan untuk ingin maju walaupun selangkah demi selangkah. wasli turut menyeru para cerdik pandai dan ahli baha-sa tempatan agar sama-sama bergabung tenaga untuk me-wujudkan sebuah badan yang secara langsung memperjuang-kan masa depan bahasa dan kesusasteraan melayu di sini. badan yang berpusat di kuching, wasli mencadangkan di-gelar badan persuratan bahasa melayu sarawak. beliau juga turut menyarankan agar diwujudkan jalinan kerjasama antara pihak di sarawak dengan mana-mana persatuan yang senada dan serupa perjuangannya di negara jiran atau di malaya. jika ada kemungkinan usaha untuk bergabung atau dengan per-kataan lain menjadi cawangan badan besar seperti yang ber-laku pada paspam yang mempunyai cawangannya di negeri ini. selain daripada dua buah tulisan itu tiada terdapat tulisan-tulisan lain yang membawa nada yang serupa dalam zaman tersebut. juga tiada kedapatan usaha selanjutnya untuk mem-perjuangkan cadangan kedua-dua penulis itu. kalau penubuhan asas 50 mempunyai pertalian dengan badan sahabat pena atau paspam, badan persuratan baha-sa melayu sarawak juga diilhamkan serta mendapat sokong-an daripada bekas anggota badan yang sama, cuma suasana politik pada waktu itu tidak memungkinkan penubuhan se-barang pertubuhan kerana pihak inggeris yang kembali men-jajah mencurigai pergerakan mana-mana pertubuhan selepas peristiwa berdarah di sibu dalam tahun 1949. seperkara menarik ialah tahun 1950-an menjadi semacam titik permulaan bagi perkembangan selanjutnya kesusastera-an malaysia itu. di sarawak perkembangan itu menambah jalan yang agak panjang dan berbelit-belit. satu lagi perkem-bangan dunia kesusasteraan di sarawak yang patut dicatatkan ialah peristiwa penubuhan biro kesusasteraan borneo (bkb) yang pada mulanya dikenali sebagai borneo literature bureau (blb) dalam tahun 1958. ini adalah ekoran daripada penu-buhan dewan bahasa dan pustaka (dbp) di semenanjung dalam tahun 1956. penubuhan biro ini menampakkan adanya penglibatan serta kesedaran, walaupun tidak seluruhnya, 583</Page><Page Number="601">sastera kebangsaan: isu dan cabaran oleh pihak pemerintahan kepada soal pemuliharaan khaza-nah sastera tempatan dan kegiatan penerbitan buku pelajar-an. laporan tahunan yang dikeluarkan setiap tahun sepan-jang tempoh 1960-1977 (ini kerana cuma selepas tahun 1960 bkb mempunyai tabung bagi kegiatan penerbitannya) oleh badan tersebut menunjukkan sejumlah 47 tajuk buku bahasa malaysia telah diterbitkan, ini termasuk buku-buku sastera di samping buku pelajaran dan penerbitan khas jabatan kerajaan lain bagi kegunaan jabatan mereka masing-masingnya. kebanyakan buku sastera yang diterbitkan merupakan koleksi cerita rakyat. sementara itu terdapat beberapa judul yang merupakan karya kreatif penulis sarawak, menunggu esok (novelet karya salbiah painah), kembang setangkai lambang di tugu (antologi sajak latifah haji shebli dan mali-ah haji shebli), yang terputus dan terkandas (antologi sajak madzhi johari @ hayam wuruk) , warung pak hitam (antologi cerpen) dan beberapa buah lagi. hanya dalam tahun 1970, ba-haru diterbitkan sebuah majalah berbahasa malaysia dikenali sebagai perintisyang secara kasarnya mempunyai persamaan dengan majalah dewan pelajar terbitan dbp, kuala lumpur. walau bagaimanapun, kesan langsung ke atas kegiatan penulis tempatan dalam hubungannya dengan penubuhan bkb itu hampir tidak ada pada tahun-tahun awalnya. hal ini kerana kegiatan penerbitan buku berbahasa melayu oleh bkb hanya dijalankan selepas tahun 1966. dari segi lain, perkembangan di semenanjung terus mempengaruhi perkembangan di sa-rawak khususnya dalam usaha penubuhan persatuan penulis. seperti juga yang berlaku dalam tahun 1950-an, ekoran dari-pada penubuhan pena (persatuan penulis nasional dalam tahun 1961) ditubuhkan annsar (angkatan sasterawan sarawak) dalam tahun 1962. tujuan sebenar penubuhan annsar masih kurang jelas. adalah tidak mustahil jika penulis katakan penubuhan annsar yang dipelopori oleh abdul taib mahmud, seorang peguam muda (sekarang ketua menteri sarawak), turut membawa motif politik di samping memperjuangkan nasib bahasa dan sastera melayu ketika itu. hal ini jelas kerana pada waktu itu suasana politik 584</Page><Page Number="602">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak memuncak apabila timbulnya usaha untuk memerdekakan negeri ini melalui malaysia. kekurangan tenaga penggerak yang ber wibawa dalam bidang bahasa dan sastera mungkin menjadi alasan yang membawa kepada annsar berkubur tanpa nisan sebelum sempat didaftarkan. dalam usia yang sesingkat itu, annsar telah dapat menghimpunkan bebe-rapa orang penulis seperti kaderi wai (penyair), hanis mahli (karyanya pernah tersiar dalam majalah mutiara dan hi-buran), mortadza haji daud, dayang sabtuyah dan beberapa orang lagi (madzhi johari, 1971:57- 58). untuk satu tempoh yang agak lama (hampir sepuluh tahun selepas itu), perkem-bangan sastera malaysia di sarawak agak perlahan, melain-kan beberapa peranan yang dilakukan oleh penulis sarawak melalui ruangan sastera akhbar utusan sarawak dan bebe-rapa penerbitan hasil daripada peraduan mengarang anjuran bkb. ke arah mengisi erti kemerdekaan dalam kesusasteraan malaysia di sarawak tahun-tahun awal selepas tercapainya kemerdekaan adalah detik cabaran kepada perkembangan sastera malaysia di sarawak. dalam zaman ini bukan lagi soal memperjuangkan kemerdekaan itu yang menjadi tajuk utama pembicaraan pe-nulis, tetapi soal mengisi erti kemerdekaan itu. namun satu tempoh yang hampir menjangkau sepuluh tahun itu (selepas berkuburnya annsar), penulis sarawak seperti kehilang-an arah. mereka seperti tidak tahu hendak ke mana dan bagaimana bidang yang mereka ceburi itu dapat memberi sumbangan dalam mengisi erti kemerdekaan negeri mereka. apa yang lahir dalam karya mereka waktu itu ialah soal tidak puas hati dengan tindak-tanduk pihak lain yang tidak selari dengan jalan pemikiran mereka. sesetengahnya pula mem-bawa pengucapan yang terlalu individu sifatnya hingga diri penulis itu bagai hanya berupaya membicarakan mengenai dunianya sahaja. tema yang termuat dalam karya penulis pada zaman itu menjadi terlalu ringan dan remeh. penubuhan 585</Page><Page Number="603">sastera kebangsaan isu dan cabaran gapena (gabungan persatuan penulis nasional malaysia) dalam tahun 1970 telah turut membuka jalan bagi mengatur arah perjuangan penulis sarawak. pebas (persatuan bahasa dan sastera malaysia sarawak) telah ditubuhkan dalam tahun yang sama. pebas mendukung cita-cita: (a) menggalakkan ahlinya membuat penyelidikan ten-tang bahasa dan sastera. (b) menggalakkan ahlinya mempelajari kegiatan sastera (semua bidang). (c) meninggikan mutu bahasa dan sastera dengan menggalakkan ahlinya menulis. (d) mengeratkan hubungan melalui penulisan (utusan sarawak, 1970:5). serentak dengan penubuhan pebas yang merupakan sekelompok penulis yang bergiat menulis dalam utusan sa-rawak, telah timbul pula pada masa yang sama ura-ura bagi menubuhkan satu badan penulis lagi bagi menyaingi pebas. usaha kumpulan kedua ini sebenarnya adalah untuk meng-hidupkan semula annsar yang pada waktu itu dicadangkan untuk digelar asas (angkatan sasterawan sarawak). kumpul-an ini menganggap penubuhan pebas sebagai rival kepada usaha yang dijalankan oleh annsar terdahulu. penggerak utama asas ialah bung basri ismail, seorang bekas editor mingguan sinar jakarta dan harian waspada medan juga bekas ahli pwi (persatuan wartawan indonesia) dan pwa (persatuan wartawan afro-asia). asas dikatakan akan lebih menekankan soal kualiti hasil tulisan daripada soal kuantiti karya penulis. dalam satu kenyataan akhbarnya, asas me-nyebut tentang rancangan pihaknya untuk menerbitkan se-buah majalah yang mereka gelar sebagai pancanada (utusan sarawak, 1970:5). kenyataan itu juga menyebut bahawa asas dengan media utamanya itu akan berusaha untuk membim-bing penulis-penulis sarawak ke arah mencapai tahap nasional dalam penghasilan karya sastera. selepas kenyataan tersebut tiada ketahuan lagi perkembangan selanjutnya asas yang 586</Page><Page Number="604">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak dicadangkan penubuhannya itu. yang jelas dan lebih meya-kinkan ialah pebas telah diterima menjadi kerabat gapena sebagai wakil sarawak sejurus selepas pendaftarannya. tindak-an selanjutnya pebas dalam menghadapi cabaran daripada asas ialah dengan membuka sebanyak mungkin cawangan pada peringkat bahagian dan daerah. sebagai kerabat gape-na, badan ini bertanggungjawab langsung ke atas penentuan masa depan kesusasteraan di negeri ini. penutupan akhbar utusan sarawak (1949-1971) setelah berusia dua puluh satu tahun merupakan satu cabaran besar kepada pebas dalam mencari ruang baru bagi menyalurkan karya ahli-ahlinya. walau bagaimanapun, sepanjang tempoh kewujudannya, utusan sarawak telah banyak menyumbang kepada perkem-bangan kesusasteraan malaysia di sarawak. berdasarkan ka-jian ke atas naskhah yang terkumpul di bilik surat khabar, jabatan muzium sarawak, kuching sepanjang tempoh (1949- 1971) terdapat sejumlah 457 buah puisi, 91 buah cerpen, 29 buah rencana mengenai sastera dan sekurang-kurangnya 48 buah ulasan cerpen dan sajak telah diterbitkan dalam akhbar ini. penulis seperti hayam wuruk (madzhi johari), morshidi shebli, razali paiee, w.h. hafisah kaderi, a.b. nor, a. jo-hari, mashati kuching, sazali mohammad, mah kechewa, aini jaya, a. kassim, zaini ozea dan nawawi abdul rahman (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara penyum-bang kepada ruang sastera utusan sarawak. paling menarik mengenai perkembangan sastera pada waktu itu ialah adanya karya-karya penulis sarawak sendiri antaranya ialah wasli abu talib, nawawi abdul rahman (nar) dan awang bujang awang hamdan (a.b. nor). barisan penulis inilah yang meng-anggotai pebas. pemberhentian utusan sarawak juga menyebabkan ke-kosongan dalam dunia persuratkhabaran berbahasa melayu di sarawak. alasan penutupannya dikatakan atas sebab-sebab kewangan dan beberapa tekanan lain. amat menghairankan juga ialah, dalam kancah perkembangan itu dikatakan bahawa utusan sarawak, yang menjadi nadi penggerak dunia penulis waktu itu, pernah buat beberapa lama hidup dengan jumlah 587</Page><Page Number="605">sastera kebangsaan: isu dan cabaran pengedaran setiap penerbitan sebanyak seratus naskhah sa-haja (ahmad boestamam, 1979:110, 112). pebas masih wujud pada hari ini, cuma bentuknya sa-haja yang banyak berubah. hal ini mungkin kerana dalam riwayat hidupnya pebas pernah mengalami sejarah gelap walaupun ia pernah menganjurkan projek-projek kesusastera-an yang besar-besar hingga ke peringkat nasional. dalam ta-hun-tahun selanjutnya setelah pucuk pimpinannya bertukar tangan, nasib pebas menjadi malap. pebas langsung men-diamkan diri selepas tahun 1975. mulai saat itu semakin ramai ahlinya meninggalkan badan tersebut bahkan ada yang cuba pula membentuk persatuan baharu yang lebih se-rasi dengan perkembangan pada waktu itu. penulis sarawak sekali lagi bergiat secara sendiri-sendiri. walau apa pun pan-dangan umum tentang pebas, namun sejarah mencatatkan badan tersebut sebagai pelopor yang memainkan peranan memperkembangkan kesusasteraan malaysia di sarawak hingga ke peringkat nasional. setakat yang penulis tahu, pe-bas sepanjang hayatnya pernah menerbitkan sebuah surat berita stensilan yang berjudul "warta pebas" (dua keluaran 1973) dan sebuah antologi puisi stensilan berjudul "antologi karya sarawak" (1974) yang diterbitkan khas bagi hari sas-tera 1974. kegiatan kesusasteraan di sarawak hampir kembali malap pada pertengahan tahun 1970-an walaupun pada masa yang sama adanya kehadiran pebas selaku badan bersekutu dalam gapena. sebelum ini pebas telah berjaya menye-lenggarakan hari sastera 1974 dan bengkel penulisan kreatif 1975 dengan kerjasama gapena. keadaan menjadi muram selepas dua peristiwa penting itu. perlanjutan kepada usaha memperkembangkan bakat penulisan seperti yang telah di-bengkelkan itu hampir tiada. buah fikiran, pandangan dan lain-lain butir perbincangan di bengkel tersebut seterusnya dapat membangkitkan semacam kesedaran di sanubari para penulis muda. mungkin disebabkan oleh kelembapan dalam pentadbiran pebas maka kekosongan kegiatan kesusas-teraan itu amat keras hingga timbul pelbagai hipotesis dari- 588</Page><Page Number="606">perkembangan kesusasteraan malaysia di sarawak pada beberapa pihak mengenai ketandusan dunia sastera di sarawak. kesan ini telah mendenyutkan keinginan para penu-lis muda untuk mengatur rancangan sendiri dalam kelompok mereka sendiri tanpa menyimpangi hasrat mahu memajukan dunia sastera malaysia di negeri ini. perkembangan dekad 1980 - an sebagai mengisi kekosongan ini, penulis dan sazali moham-mad dalam satu perbincangan informal telah sepakat untuk membentuk sebuah kelab yang bergiat dalam bidang ba-hasa dan sastera. selain untuk memajukan bakat kepenu-lisan, kelab ini juga bertujuan untuk menyemaikan fahaman kesusasteraan di kalangan para pelajar demi mewujudkan golongan pelapis dalam barisan pemimpin badan penulis di negeri ini. kegiatan awal kelab ini dilakukan di rumah saza-li mohammad di lot 735, jalan bunga melati, jalan bunga raya, kampung gita, petra jaya, kuching dan kediaman saiee driss (tempat penulis menginap) di 135, jalan dagok timur, kuching. dalam pertemuan pertamanya beberapa orang ahli jawatankuasa kerja pebas juga turut hadir, antaranya ialah latifah shebli dan awang bujang awang hamdan (a.b. nor). daripada kegiatan dari rumah ke rumah para ahli, kegiatan kelab yang disebut pada awalnya sebagai keluarga diskusi sastera dan kemudian kelab studi bahasa dan sastera mula memenuhi ruang di balai raya, kampung gita, petra jaya, kuching dan seterusnya ke dewan besar tapian gelang-gang, kuching. walau bagaimanapun, skop perbincangan-perbincangan dalam siri pertemuan ini lebih kepada kegiatan kritik-mengkritik karya sesama mereka, yang mereka istilah-kan sebagai "pembedahan karya" di samping perbincangan mata pelajaran kesusasteraan melayu untuk persediaan para ahlinya (yang sebilangan besar adalah penuntut) menduduki peperiksaan spm. oleh sebab kelab ini tidak berdaftar, semua kegiatan-nya, setelah penulis berpindah ke kampung gita, diletakkan di bawah naungan unit saberkas, kampung gita. proses 589</Page><Page Number="607">sastera kebangsaan: isu dan cabaran ini perlu demi melindungi kegiatan dan pergerakannya dari-pada kaca mata undang-undang dan segala-galanya dimudah-kan hasil kerjasama pihak saberkas unit kampung tersebut. dalam tahun 1977, dbp menubuhkan pejabat cawangannya di kuching setelah melalui proses percantumannya dengan biro kesusasteraan borneo. suasana ini turut mengubah pandang-an dan susunan kegiatan kelab ters